Jamaliah membawa dulang berisi air milo
panas ke tengah-tengah ruang tamu. Dia hanya memerhatikan Hannah Irdina yang
kerapkali termenung semenjak pulang dari rumah Nek Nab awal pagi dua hari
lepas. Melonjak-lonjak hati ibunya ingin mengorek rahsia hati satu-satunya anak
gadisnya itu kerana hanya Hannah Irdina yang menjadi penyeri hidupnya setelah
suaminya pergi dijemput illahi hampir sepuluh tahun yang lalu.
“Dina fikirkan apa?. Daripada balik
rumah Nek Nab hari tu, ibu tengok Dina selalu sangat termenung.” Soal Jamaliah
prihatin.
Soalan Jamaliah membuatkan Hannah
Irdina tersentak. Pantas dia berpaling menghadap ibunya itu.
“Takde apa-apalah bu, Dina cuma
letih.” Dalih Hannah Irdina. Sejujurnya memang dia letih kerana tidak tidur
malam pada hari kejadian dia dilarikan oleh Ashraf tetapi letihnya itu sudah
beransur hilang. Namun hanya itu sahaja alasan yang kukuh yang boleh dia
jadikan sandaran. Untuk menipu ibunya itu, dia tidak sampai hati.
“Kalau letih, berehatlah. Tak payah
tolong ibu buat kerja.” Sambut Jamaliah ringkas. Dia juga faham jika Hannah
Irdina masih letih kerana menjadi tulang belakang Nek Nab semasa wanita tua itu
menganjurkan majlis kenduri beberapa hari lepas.
Hannah Irdina hanya membalas dengan
senyuman nipis. Cawan berisi air milo yang dibawa ibunya sebentar tadi diraih
dan dibawa ke bibir. Menghirup dua teguk lalu meletakkan semula ke dalam
dulang.
“Ibu nak ke pasar dengan Mak Long
Zima kejap lagi, Dina nak ikut?” Lanjut Jamaliah.
“Dina nak berehat je bu.” Jawab
Hannah Irdina sambil menyambung menghirup air milo sehingga habis.
Jamaliah kemudiannya mengangkat
semula dulang yang terisi dengan cawan kosong itu untuk dibawa ke dapur.
“Ibu..” panggil Hannah Irdina
perlahan sejurus Jamaliah bangun dan berlalu.
Jamaliah berpaling semula ke
belakang sambil menatang dulang ditangan.
“Kenapa?” Soal Jamaliah apabila
dilihatnya Hannah Irdina masih diam.
“Takde apa-apalah.” Jawab Hannah
Irdina dalam kenduran suara. Tidak jadi meluahkan apa yang terbuku dihatinya.
Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia ceritakan apa yang berlaku kepada ibunya
namun dia tidak sampai hati. Dia tidak mahu ibunya itu bimbang.
Jamaliah berlalu sambil menggeleng-gelengkan
kepala. Tidak faham dengan sikap anak
daranya itu.
“Apa perancangan kau lepas ni Dina?”
Soal Ziana sambil mencecah mempelam muda ke dalam gula yang dicampur kicap dan
beberapa biji lada api merah.
“Entahlah, aku ingat nak cari
apa-apa kerja pun.” Jawab Hannah Irdina sambil meniru perlakuan Ziana.
“Aku cadang nak pergi Johor, rumah
abang aku,boleh cari kerja kat sana .
Kerja kilang pun jadilah.” Kata Ziana lagi.
Hannah Irdina mengeluh. Ziana
sudahpun ada perancangannya sendiri.sedangkan dia masih lagi menimbang-nimbang
akan langkah seterusnya yang harus diambil. Teringat kejadian dia di jual
semasa cuba
mendapatkan kerja beberapa bulan lepas membuatkan dia rasa takut untuk
mengulangi perkara tersebut. Rasanya lebih selamat jika dia terus tinggal
bersama ibunya sahaja. Mencari pekerjaan dikawasan dekat-dekat sahaja.
“Kau nak ikut aku?” Soal Ziana
sambil meneruskan makannya.
Hannah Irdina tersentak dari
lamunannya tadi.
“Aku rasa aku malas la.” Dalih
Hannah Irdina. Sejujurnya dia sebenarnya takut mahu mengulangi semua itu
kembali. Bimbang perkara yang pernah berlaku kepadanya akan berlaku lagi. Bukan
dia tidak percayakan Ziana, tetapi dia takut bernasib malang untuk kali kedua. Kan
malang itu
tidak berbau!.
“Kalau jadi, minggu depan aku pergi.”
Sambung Ziana.
“Aku doakan kau berjaya dapat
kerja.” Sahut Hannah Irdina.
Semenjak habis belajar lima bulan yang lalu,
begitulah dia menghabiskan masanya. Samaada berkunjung ke rumah Nek Nab,
membantu ibunya ataupun meluangkan masa bersama Ziana seperti itu.
Teringatkan malang
yang menimpanya kali terakhir dia cuba mencari kerja menjadikan dia
serik untuk mencuba nasib untuk kali yang kedua.
“Dina, tadi Nek Nab telefon, dia kata
minta Dina pergi teman dia malam ni.” Kata Jamaliah sambil menyusun atur
beberapa barangan basah yang dibeli tadi ke dalam peti sejuk.
Hannah Irdina berhenti dari membasuh
pinggan untuk seketika. Kalau diikutkan kata nek Nab beberapa hari lalu dalam
telefon, cucunya Ashraf akan bertandang pada hujung mingggu itu. Tiba-tiba
ibunya pula memaklumkan yang wanita tua itu turut mahukan dia meneman pada
hujung minggu begitu. Kalau Ashraf sudah ada bersama, untuk apa lagi dia datang
meneman. Tambahan pula, dia tidak pernah selesa bila berhadapan dengan Ashraf.
Teringatkan pertemuan mereka kali
terakhir dulu, dia sudah tidak mahu bertemu lagi dengan lelaki itu. Nasibnya
sudah cukup baik bila lelaki itu bertindak melepaskannya tanpa mengapa-apakan
dirinya. Kini bila terpaksa bertemu semula, tentu sahaja lelaki itu akan
kembali menuntut janji.
“Hari tu Nek Nab kata cucu dia nak
datang, kenapa pula nak minta Dina teman pula bu?” Soal Dina sambil meneruskan
membasuh pinggan. Entah kenapa dia bertindak mengajukan soalan itu kepada
ibunya. Mungkin juga kerana dia sendiri pelik dengan permintaan Nek Nab itu.
“Entahlah, agaknya adala nak minta
Dina tolong dia apa-apa kot.” Jawab Jamaliah tanpa ada rasa curiga dalam
hatinya.
“Hah, hari ni Dina masaklah ye, ibu
nak pergi makan kenduri.” Kata Jamaliah tiba-tiba. Teringat yang dia telah berjanji
dengan Zaiton sebelah rumah untuk sama-sama pergi makan kenduri.
“Kenduri rumah siapa pula bu?” Soal
Hannah Irdina pelik. Seingatnya tiada pula ibunya itu pergi membantu merewang
di rumah kenduri.
“Rumah arwah Pakcik Rahman, isteri
dia buat kenduri tunang anak perempuan dia yang baru habis maktab tu.” Terang
Jamaliah.
‘Yang sebaya Dina tu ke bu?,
cepatnya dia nak tunang.” Tanya Hannah Irdina lagi.
“yelah, dia tu dah gerenti dapat
kerja, sebab tu cepat bertunang, lagipun bakal suami dia tu pun cikgu. Sebab tu
Makcik Hasnah tu terima je.” Sambung Jamaliah lagi.
“Untunglah dia bu.” Luah Hannah
Irdina.
“Eh, kamu ni macam terkilan pula,
kenapa?, kamu pun dah tak sabar nak bertunang ke?” Usik Jamaliah apabila
terdengar keluhan anak gadisnya itu.
“Eh ibu ni, ke situ pula dia, Dina
bukan cemburu dia dah tunang, tapi Dina cemburu sebab masa depan dia dah
terjamin, tak macam Dina ni. Entah dapat kerja ke tak.” Keluh Hannah Irdina.
“Kamu ni jangan la merungut macam
tu, Allah tak suka. Yang penting berusaha dan berdoa, rezeki Allah tu ada di
mana-mana, yang penting kita je yang kena rajin cari. Ibu percaya Dina pun akan
dapat kerja juga macam anak Makcik Hasnah.” Kata Jamaliah sekadar mahu
mengingatkan Hannah Irdina supaya tidak berputus asa.
Hannah Irdina mengesat tangan pada
tuala setelah selesai membasuh pinggan, memang kata-kata ibunya itu tidak dapat
dia nafikan, bumi Allah ini memang bertebaran pelbagai jenis pekerjaan dan
tiada halangan kepada sesiapapun yang ingin mendapatkannya cuma dia sendiri
tidak tahu dan tidak pasti apa yang terbentang dihadapan untuknya nanti.
Terkejut Hannah Irdina apabila tersedar
Ashraf sudahpun berdiri rapat dibelakangnya tatkala dia sedang leka membasuh
pinggan sebentar tadi. Entah bila lelaki itu sampai, dia pun tidak sedar.
“Kenapa, takut?” Soal Ashraf selamba
sambil mengambil tempat di salah satu kerusi di kaunter pulau sambil memandang
tepat ke arah Hannah Irdina yang baru mula mengelap dapur yang kotor dengan
kesan minyak usai membasuh pinggan seketika tadi.
“Awak ada mahu apa-apa?” Soal Hannah
Irdina tanpa mempedulikan soalan Ashraf sebentar tadi. Memang dia sudah
membulat tekad akan berhadapan dengan apa jua kerenah Ashraf sebelum dia
berkunjung ke situ tadi.
“Aku nak kau.” Selamba jawapan
Ashraf. Rokok dari poket jeansnya dikeluarkan lalu sebatang darinya ditarik
perlahan lalu diselit ke bibirnya. Pantas tangannya mengeluarkan lighter dari poket yang satu lagi dan
dicucuhkan api ke hujung rokok.
Hannah Irdina ingin berlalu apabila
kata-kata Ashraf sudah berbaur ugutan kepadanya. Tidak mahu dia berlama di
situ, mendengarkan kata-kata mengarut dari mulut Ashraf. Pantas kakinya
melangkah mahu meninggalkan Ashraf.
“Aku belum habis.” Kata Ashraf
sambil menangkap pergelangan tangan Hannah Irdina yang baharu jalan melepasinya.
“Apa awak ni!.” Kata Hannah Irdina
kasar sambil merentap tangannya. Namun tangan Ashraf lebih kemas memegang
tangannya.
“Cepat sangat kau lupakan budi aku kan . Kau dah cukup
bernasib baik aku lepaskan kau hari tu, jadi jangan nak berlagak sombong sangat.
Aku boleh buat lebih dari yang kau sangka, jangan sebab aku lepaskan kau
sekali, kau ingat kau dah selamat dari aku, kau masih berhutang dengan aku.
Ingat tu!.” Kata Ashraf tegas. Dia bingkas bangun dan berdiri dihadapan Hannah
Irdina. Asap rokoknya dihembus ke muka Hannah Irdina dalam senyuman sinis.
Hannah Irdina yang terkejut dengan
tindakan Ashraf menjeling tajam ke arah lelaki itu. Tindakan Ashraf itu memang
mencabar kesabarannya. Walaupun dia berhutang dengan lelaki itu, namun untuk
diperlakukan begitu, dia rasa dia tidak layak. Kerana rasa kurang sabarnya,
Hannah Irdina mengangkat tinggi tangannya, ingin dia menampar wajah Ashraf yang
cukup kurang ajar itu. Pantas dihayunkan tangannya sehingga hampir menyentuh
pipi Ashraf namun lelaki itu lebih cepat menangkap pergelangan tangannya.
“Tangan lembut ni jangan jadikannya
kasar dengan menampar orang!” kata Ashraf sinis.
Hannah Irdina yang tergamam dengan
tindakan Ashraf bertindak menarik tangannya semula. Namun semakin kuat dia
menarik, semakin kuat juga Ashraf memegang. Lelaki itu kemudiannya mencium
tangan Hannah Irdina dan ditekap lama ke bibirnya. Sebelah tangannya yang lain
masih memegang kemas rokok yang masih belum habis dihisap.
Hannah Irdina terkedu, belakang
tangannya yang berlaga dengan bibir lelaki itu terasa kurang selesa apabila
kumis nipis di atas bibir lelaki itu terasa tajam mencucuk-cucuk belakang
tangannya itu.
“Tangan yang halus ni kan bagus kalau
digunakan untuk membelai orang.” Kata Ashraf lagi sambil kembali menyelitkan rokok
dibibirnya. Dia kemudiannya, menarik sebelah lagi tangan Hannah Irdina sehingga
gadis itu terpeluk tubuhnya.
Pantas Ashraf memeluk erat tubuh
Hannah Irdina.
Hannah Irdina yang takut dengan
tindakan Ashraf pantas meronta-ronta ingin melepaskan dirinya. Namun semakin
dia meronta, semakin erat Ashraf memeluknya.
Hannah Irdina berasa
terhina, tindakan Ashraf benar-benar membuatkan dia rasa terlalu murah dimata
lelaki itu. Dimanakah Nek Nab saat lelaki itu memperlakukan dirinya
sewenang-wenangnya.
“Kan bagus kalau macam ni.” Kata Ashraf
selepas rontaan Hannah Irdina mati. Dia kemudiannya melepaskan tubuh Hannah
Irdina perlahan-lahan.
Sejurus dilepaskan, Hannah Irdina
berlari pantas menuju ke bilik persinggahannya. Air matanya terasa murah
mengalir di pipi. Tidak tahu apa perasaannya ketika itu, yang dia pasti, dia
bencikan Ashraf, cukup bencikan lelaki itu kerana melayannya begitu. Pasang
surutnya sikap Ashraf menyebabkan dia hanya mampu menanam perasaan benci yang
tidak bertepi terhadap lelaki itu.
Ketukan bertalu-talu dipintu bilik
menyebabkan Hannah Irdina terjaga dari tidurnya. Pantas jemarinya
menggosok-gosok matanya yang kabur. Dia kemudiannya mencapai tudung dibirai
katil lalu menyarungkan ke kepala lalu berjalan perlahan menuju ke arah pintu.
Sejurus pintu dibuka, muncul Nek Nab di muka pintu.
“Dina, kenapa tak turun minum petang
tadi?” Soal Nek Nab sambil merenung wajah Hannah Irdina yang sembab.
“Dina tak sihat?” Soal Nek Nab lagi.
Hannah Irdina hanya mengangguk,
sengaja dia tidak mahu menceritakan kepada Nek Nab tentang buruknya perangai
cucu wanita itu. Kalau Nek Nab tahu akan sikap Ashraf yang kurang ajar itu,
pasti hati wanita itu akan terguris. Dia juga tidak mahu memanjang-manjangkan
perkara itu. Selagi dia masih selamat, tidak perlulah dia kecoh-kecoh akan hal
itu. Namun sampai bila dia mahu menanggapi sikap tidak menentu Ashraf, sekali
dua mungkin dia boleh terlepas, kalau lain kali, siapa tahu nasib yang
menantinya, silap-silap haribulan dia akan jatuh juga ke tangan lelaki itu.
Mengenangkan itu semua, tanpa sedar Hannah Irdina mengeluh.
“Kalau Dina tak sihat, nanti Nek Nab
suruh Ashraf hantarkan ke klinik.” Saran Nek Nab tanpa mengesyaki apa-apa.
“Eh tak payahlah Nek Nab, Dina
sihat, cuma pening kepala je sikit.” Dalih Hannah Irdina. Kasihan dia lihat Nek
Nab, pasti dia tidak menyangka punca semuanya adalah dari cucunya sendiri.
“Tak elok kalau dibiarkan, takut
melarat pula.” Sahut Nek Nab seraya berlalu.
Sekali lagi Hannah Irdina mengeluh,
belumpun dia sempat mahu memberikan alasan, Nek Nab sudahpun menghilang. Entah
apalah yang akan dikhabarkan kepada cucunya itu. Bimbang pula jika Nek Nab
berkeras mahu dia ke klinik bersama Ashraf. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu
terus berhubung dengan lelaki itu. Sudah serik dilayan sewenag-wenangnya oleh
lelaki itu tadi.
Hannah Irdina membuang pandang keluar
tingkap. Perkara yang dibimbangi itu terjadi juga, Nek Nab memaksa dia ke
klinik bersama Ashraf. Penyudahnya dia hanya menurut kerana wanita tua itu
berkeras mahu dia membuat pemeriksaan lanjut.
“Aku baru peluk, kau dah demam.”
Kata Ashraf sambil tersenyum sinis.
Hannah Irdina hanya diam membatu.
Masih sebal dengan perbuatan lelaki itu, inikan pula bila lelaki itu mula
membangkitkan semula hal itu. Bertambah sebal hatinya.
“Agaknya kalau aku cium, kau mesti
pengsan berhari-hari.” Sambung lelaki itu selamba.
“Awak jangan kurang ajar!” Kata
Hannah Irdina tanpa berpaling. Memang bicara lelaki itu kedengaran seperti
lelaki itu memperlekehkannya, memijak-mijak maruahnya.
“Siapa yang kurang ajar, aku atau
kau?” Soal lelaki itu sinis.
“Kalau sentuh perempuan tanpa rela
tu boleh dikatakan sopan, tentu sahaja saya yang kurang ajar sebab cuba
tolak awak!” Selar Hannah Irdina sinis. Memulang paku buah keras kepada lelaki
itu.
“ha
ha ha…” Pecah ketawa Ashraf mendengarkan kata-kata Hannah Irdina. Gamat
kereta dengan ketawa besar lelaki itu.
“Kalau aku sentuh kau, aku ambil
buat isteri.” Balas lelaki itu selepas tawanya berhenti.
“Kalau dah pupus lelaki dalam dunia
ni pun, belum tentu saya akan pilih awak buat suami!” Balas Hannah Irdina
sinis. Sengaja dia mahu membakar lelaki disebelahnya itu. Marahnya dengan
kejadian petang tadi masih bersisa.
Ashraf terdiam. Tidak pernah lagi
ada wanita yang berbicara begitu dengannya. Entah kenapa dia rasa tercabar.
“Siapa kata kau yang akan pilih aku,
mungkin aku yang akan pilih kau!” Jawab lelaki itu lagi. Kata-kata Hannah
Irdina tadi memang benar-benar membuatkan dia rasa tercabar. Belum pernah ada
perempuan yang mencabarnya begitu. Hannah Irdina yang pertama, dan mungkin juga
yang terakhir kerana dia akan pastikan tiada lagi perempuan yang berani
berkata-kata begitu terhadapnya.
“Seseorang kena buatkan saya gila dulu
sebelum saya buat keputusan terima awak!” sahut Hannah Irdina tegas. Entah
kenapa walaupun dia sudah mengesan ketegangan suara lelaki itu tetapi dia masih
mahu mencabar. Lupa sebentar yang dia sebenarnya sedang bermain dengan api.
Kata-kata Hannah Irdina memang
berjaya memercikkan api kemarahan lelaki itu. Pantas Ashraf memberhentikan
keretanya di tepi jalan. Panas hatinya menanggapi kata-kata berunsur hinaan
daripada bibir Hannah Irdina.
“Kau ni memang suka mencabar kan ?” Kata Ashraf
sejurus mematikan enjin kereta. Dia kemudiannya berpaling menghadap Hannah
Irdina yang diam membisu disebelahnya.
Sementara Hannah Irdina masih belum
mampu mencerna sepenuhnya apa yang berlaku, hatinya turut dibakar dengan rasa
marah terhadap Ashraf.
“Tak perlu orang lain, aku sendiri
akan buatkan kau gila!” Kata Ashraf tegas sambil menarik tubuh Hannah Irdina
dekat dengan tubuhnya.
“Awak nak buat apa ni?” Tanya Hannah
Irdina cemas, tangan Ashraf sudah kemas memaut tubuhnya.
“Jangan buat yang bukan-bukan atau
saya menjerit!” Kata Hannah Irdina kuat. Namun sejurus dia habis menuturkan
ayat itu bibirnya dipaut kasar.
Hannah Irdina meronta-ronta ingin
melepaskan diri namun tangan sasa Ashraf kuat memaut bahunya dari berganjak.
Beberapa minit meronta, akhirnya
Ashraf melepaskan bibirnya. Terasa ada air mata yang bergenang ditubir matanya.
Sekali lagi lelaki itu bertindak kurang ajar kepadanya. Memijak-mijak maruahnya
sesuka hati. Sekali lagi tangannya diangkat tinggi, ingin dilayangkan ke pipi
lelaki itu namun belumpun sempat dia melakukannya, tangan Ashraf lebih cepat
menangkap tangannya.
“Ini yang akan aku buat setiap kali
kau cabar aku, faham!” Kata Ashraf tegas seraya kembali membawa keretanya ke
jalan raya.
Sementara Hannah Irdina sudah mula
mengalirkan air mata. Lama dia berkeadaan begitu sementara lelaki itu hanya
membiarkan dia menangis. Tiba di hadapan sebuah klinik swasta kecil, Ashraf memberhentikan
kereta dan membuka autolock keretanya.
Hannah Irdina tanpa banyak bicara
terus turun dan berlari keluar. Sudah dia tidak pedulikan apa yang berlaku pada
waktu itu. Yang dia tahu, dia mahu melarikan diri dari lelaki jahat itu. Langkah
kakinya pantas dihayun tanpa dia mahu menoleh lagi. Jeritan Ashraf
memanggil-manggil namanya sudah tidak dipedulikan lagi. Sesungguhnya dia benci,
Benci kepada lelaki yang bernama Ashraf itu!.
Hampir lima belas minit berlari, Hannah Irdina tiba
di tengah-tengah jalan diantara rumahnya dan juga rumah Nek Nab. Dia mengambil
keputusan untuk terus balik ke rumah. Mengenangkan apa yang Ashraf lakukan
padanya tadi, dia tidak betah untuk bertemu muka dengan lelaki itu lagi.
Hatinya sakit dengan perlakuan Ashraf, terang lagi bersuluh yang lelaki itu
terlalu lepas laku, terlalu memperlekehkan agama dengan memperlakukan dirinya
begitu. Sejujurnya dia kecewa dengan semua itu.
Hannah Irdina berjalan perlahan
apabila dia rasakan kakinya sudah lenguh kerana berlari sebentar tadi. Dalam
samar malam dia mengesat air matanya yang mengalir dan mengaburi pandangannya. Sedih
hatinya ketika itu apabila terkenang kembali perbuatan Ashraf di dalam kereta
tadi. Sungguh dia rasa terhina!.
Leka melayani perasaan sendiri,
Hannah Irdina tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran sebiji van yang berhenti
dihadapannya secara mengejut. Sebelum sempat dia mencerna apa yang sedang
berlaku ke atasnya, dia terasa tubuhnya dipaut dari belakang dan diheret masuk
ke dalam perut van, belum sempat dia menjerit, terasa ada tangan kasar yang
menekup mulutnya dengan kain yang basah. Tatkala dia terpandangkan wajah yang
sedang tersenyum sinis memandangnya, Hannah Irdina hampir tidak percaya,
Roziman!. Hannah Irdina rasakan pandangannya semakin kabur dan dia terkulai
tidak sedarkan diri.
Bersambung.... :)
sekali lagi hanna mnjadi mangsa riziman...apakah ashraf akn mnjadi pnyelamatnya?
ReplyDelete```roziman
Deletejgn la jd pape kt irdina.
ReplyDeletemintak2 la ashraf slmtkn irdina.
Alahai lari dr buaya masuk mulut naga plak
ReplyDeleteish..asyraf nie mmang truk la.ksian dina bru je lps dgn asyraf kne plak dgan org lain
ReplyDeleteashraf, cepat tolong..huhu
ReplyDeletedh kenapa plak la bule terserempak dgn roziman tu kn..
cik tulip, sebiji van ke? hehe..
ReplyDeletesilap, sebuah...thanks utk peringatan.cik tulip akn lebih berhati2,hehe ;)
DeleteAlahaiiii kesian Hannah irdina..waaaaaa best2 n buat kita tertanya2,,,, nk lagiiiiii
ReplyDeleteCepatlah ashraf selamatkan dina...harap2 tak jadi yg buruk kat dina
ReplyDeleteSambung cepat ye t/ksh cik writer
Tulah Hannah, nk lari dr Ashraf a.k.a boya lah konon. Kan dh masuk perangkap Naga berkepala tiga a.k.a Roziman.
ReplyDeleteHarap-2 Ashraf dtg tolong lepaskan Hannah dr genggaman Roziman. X sabar nk tggu m3 baru, tks Cik writer..
salam tulip..kesiannya perjalanan hidup irdina ni kan..sepatutnya dia melapurkan kejahatan roziman kat polis dari membiarkan dan mendiamkan diri. Sudah tentu mamat tu akan mencari dia kerana pulangan yg dia dapat menjual irdina satu waktu dulu sungguh lumayan. Apatah lagi mungkin Ashraf tu dah minta ganti rugi pada roziman pasai kehilangan irdina. Kesian irdian tak pasal pasal mak dia dah menjual anaknya kepada ahli kongsi yg menjadikan anaknya pelacur.
ReplyDeleteAkak harap Ashraf dapat menyelamatkan irdina dari jatuh ketangan mereka yg tidak berperikemanusian ini...
makin suspen! Hopefully Ashraf cepat2 selamatkan Hannah & pls la cool down sikit baru la hati Hannah tu lembut....kesian tau kat Hannah...Good luck cik tulip for the next n3!
ReplyDeleteyeah....suka ar ashraf peluk hannah..ops!...hehe.harap cik tulip cpatla sikit publish entry yer..i'm always support u!
ReplyDeleteabis la....cian..cepat la hero dtg menyelamat...
ReplyDeletesweet2 jht.plus suspen jugak~like la akak tulip!
ReplyDeleteIt's an remarkable piece of writing for all the internet users; they will take benefit from it I am sure.
ReplyDeleteAlso visit my blog post ... payday loans bad credit
WOW ϳust what I waѕ sеаrching foг.
ReplyDeleteCаme hеrе by sеarching fоr keуword
My web page :: loans for bad credit