“Tengku Zainal, jemput duduk dulu.”
Kata Tuan Aliyes lembut. Sopan nadanya.
“Saya harap, Tuan Liyes ada penjelasan ke atas semua ni.”
Ujar Tengku Zainal senada. Dia mengambil tempat di salah satu sofa yang telah
dikosongkan oleh anak-anak Tuan Aliyes. Manakala gadis yang mengekorinya
sebentar tadi turut duduk.
Ashraf juga duduk selepas mendapat
isyarat mata dari Tuan Aliyes sementara Hannah Irdina masih terpaku berdiri
dalam keadaan yang masih bingung sebenarnya.
“Dina duduk sekali.” Arah Tuan
Aliyes selepas dilihatnya Hannah Irdina masih berdiri dalam keliru.
Sementara Nek Nab dan Puan Yati
sudah pun bersedia di tempat masing-masing. Bersedia untuk berhadapan dengan
apa yang bakal berlaku sebentar lagi.
“Kenapa Tuan Liyes buat anak saya
macam ni?” Soal Tengku Zainal sambil matanya memanah tepat ke mata Tuan Aliyes.
‘Saya minta maaf.” Hanya kata-kata
itu sahaja yang mampu diluah dari bibir Tuan Aliyes. Entah kenapa buntu
kepalanya mahu merungkai semua persoalan yang yang diutarakan oleh Tengku
Zainal itu.
“Kan Raf dan DeAnna dah bertunang,
kenapa pula tiba-tiba Raf boleh berkahwin dengan orang lain.” Soal Tengku
Zainal serius.
Hannah Irdina tersentak, pantas dia
palingkan wajahnya memandang Ashraf. Dilontarkan pandangan penuh tanda tanya
kepada Ashraf namun lelaki itu hanya tertunduk memandang lantai.
“Tengku dah lupa ke pada perjanjian
kita masa mula-mula diorang bertunang dulu. Kalau dalam masa dua bulan, tiada
usul dari keluarga Tengku untuk menikahkan mereka berdua, secara automatiknya
pertunangan mereka putus.” Luah Tuan Aliyes dalam satu nafas.
“Abang Raf tak boleh buat Anna macam
ni.” Celah DeAnna sambil memandang wajah Ashraf.
Ashraf masih menekur memandang
karpet. Tidak tahu bagaimana reaksi yang seharusnya dia pamirkan saat itu.
“Sepatutnya keluarga Tuan Liyes
berjumpa dengan kami sekeluarga sebelum menetapkan sebarang keputusan.” Selar Tengku
Zainal keras.
“Maafkan keluarga kami, bukan kami
tak nak putuskan dengan beradat cuma masa kami nak selesaikan dengan keluarga
tengku, tengku yang larikan diri ke luar negara. Sekarang tengku nak
menyalahkan keluarga kami. Sepatutnya tengku kena tahu, siapa yang menolong
siapa sebenarnya. Jika anak lelaki saya tiada, agak-agaknya macam mana dengan
air muka tengku ketika itu. dan sekarang tengku datang semata-mata nak
menyalahkan keluarga kami, sedangkan tengku tahu keluarga tengku yang bersalah,
memaksa Raf lakukan sesuatu yang kami sendiri tak setuju. Kalau tengku rasa
kami bersalah terhadap tengku, rasanya kesalahan kami tu tak dapat dibandingkan
dengan kesalahan tengku terhadap keluarga kami!” Tukas Puan Yati pula panjang
lebar. Dia tidak betah bila keluarganya dituduh dengan tuduhan melulu kerana
bagi dirinya semua yang berlaku bermula dengan keluarga Tengku Zainal.
Terdiam Tengku Zainal mendengar kata-kata
Puan Yati. Wajahnya kering dengan darah. Pucat.
“Saya rasa betul kata menantu saya
tu, hubungan cucu saya dengan anak tengku dah lama putus. Tengku sepatutnya
berterima kasih pada keluarga kami sebab selamatkan air muka tengku, jika
tidak, pasti sampai sekarang tengku sekeluarga menanggung malu yang besar.”
Sambung Nek Nab pula.
Sekali lagi Tengku Zainal tersentak.
Memang dia akui apa yang berlaku antara DeAnna dan Ashraf dahulu ialah
perancangannya. Merancang pertunangan kedua-duanya setelah dia kematian ikhtiar
untuk menutup malunya.
“Saya rasa hal ni tak perlulah dipanjangkan
lagi, DeAnna boleh pulangkan cincin pertunangan pada keluarga kami semula, biar
semuanya selesai disini, hari ini.” Ucap Tuan Aliyes dalam kenduran suara.
Tengku Zainal diam tidak berkutik,
mana mungkin dia bisa membidas semua kata-kata dari keluarga Tuan Aliyes kerana
semua yang diperkatakan itu benar-benar belaka.
“Anna tak nak putuskan pertunangan
dengan Abang Raf, Anna nak kahwin dengan abang Raf!.” Kata DeAnna tiba-tiba.
Air matanya yang bergenang di tubir matanya sudahpun mula mengalirkan air
hangat.
Seisi rumah tersentak dengan
pengakuan DeAnna. Semua mata memanah tepat ke arah wajah putih gebu gadis itu.
Sementara Hannah Irdina turut
tersentak. Matanya juga sudah mulai berair. Baru sahaja mendirikan rumahtangga,
dia sudah diuji sehebat itu.
“Anna cakap apa ni?” Soal Ashraf
tiba-tiba.
“Anna nak kahwin dengan abang, Anna
sanggup jadi isteri kedua abang.” Jawab DeAnna tanpa segan silu.
Hannah Irdina yang mendengarkan
pengakuan dari gadis kecil molek itu terus mengangkat punggung dalam bingung,
tidak sanggup rasanya dia mendengar semua itu, hatinya luluh dengan pengakuan
gadis yang bernama DeAnna itu.
Pantas kakinya diatur menaiki
anak-anak tangga menuju ke biliknya. Tidak lagi dia pedulikan dengan semua yang
ada di ruang tamu itu. Yang dia rasakan saat itu ialah hatinya hancur, hancur
dengan permintaan DeAnna.
Tombol pintu ditekan cepat-cepat, dia hanya mahu bersendirian ketika itu.
memikirkan semula semua tindakannya. Dia mahu pergi dari semua yang sedang
melanda keluarga Ashraf, tidak sanggup
rasanya dia mahu berhadapan dengan semua itu.
“Dina, buka pintu ni.” Seru Ashraf
dari sebalik pintu.
Hannah Irdina tidak menjawab, dia
menuju ke almari yang terisi dengan baju-bajunya, pantas tangannya menarik
semula pakaiannya dari dalam almari lalu disumbatkan ke dalam beg baju yang
dibawa ke situ seawal kenduri berlansung. Dia mahu pergi menenangkan dirinya
seketika. Bingung dengan apa yang berlaku dan dia tidak tahu apa yang terbaik
yang seharusnya dilakukan, cuma ketika itu, hatinya kuat mengatakan bahawa dia
harus pergi dari banglo Nek Nab.
Usai memasukkan baju-bajunya ke
dalam beg pakaian, dia pantas berjalan menuju ke pintu. Di kuak kasar daun
pintu sehingga Ashraf yang berdiri di hadapan pintu tersentak seketika.
“Dina nak pergi mana ni?” Soal
Ashraf tatkala matanya tertangkap beg pakaian yang dibimbit Hannah Irdina.
“Dina nak balik rumah ibu.” Jawab
Hannah Irdina sambil berjalan melepasi Ashraf.
“Nanti dulu.” Ujar Ashraf lalu
meraih pergelangan tangan Hannah Irdina.
“Lepaskan Dina!.” Kata Hannah Irdina
kasar. Tangannya cuba
direntap dari pegangan Ashraf namun pegangan Ashraf terlalu kejap.
“Biar abang explain dulu.” Sambung Ashraf dengan wajah yang serius. Dia tidak
mahu Hannah Irdina salah sangka dan membuat pertimbangan sendiri.
“Tak perlu explain, Dina dah dengar semua!” Jawab Hannah Irdina. Nadanya
bertambah kasar lantaran Ashraf tidak mahu melepaskan pautan di tangannya.
“Dina kena dengar sendiri dari mulut
abang, bukan buat pertimbangan sendiri!” Ashraf turut bersuara keras. Tangannya
menarik kasar tangan Hannah Irdina supaya masuk semula ke dalam bilik
bersamanya.
Pantang bila kata-katanya diambil
ringan oleh Hannah Irdina. Dia seboleh mungkin mahu bertoleransi dengan Hannah
Irdina tapi Hannah Irdina pula yang menunjukkan sikap degilnya. Dan dia memang
tidak boleh bertahan dengan sikap yang begitu. Hilang rasa sabar yang dia
kumpul semenjak diijabkabul dengan Hannah Irdina.
“Lepaslah!, Dina sakit!.” Tegas Hannah Irdina. Air matanya sudah mula
mengalir.
“Kalau sakit, jangan buat abang marah, nanti lagi sakit Dina abang
kerjakan!” Ashraf turut bersuara tegas. Hilang sudah kelembutan yang dia
pamirkan semalam.
“Kenapa buat Dina macam ni.” Ucap Hannah Irdina dalam lirih.
“Sebab abang nak Dina dengar penjelasan abang dulu, bukan buat penilaian
sendiri.” Jawab Ashraf. Ditariknya tangan Hannah Irdina untuk duduk di birai
katil.
“Abang tipu Dina.” Sambung Hannah Irdina.
“Abang tak tipu, semua yang berlaku, bukan salah abang. Abang terpaksa
bertunang dengan DeAnna.” Terang Ashraf dalam kenduran suara. Hilang sebentar
amarahnya melihatkan air mata Hannah Irdina.
“Masa bertunang dengan dia, abang sendiri tak rela, papa dengan mama pun
tak rela, tapi kami terpaksa terima usul Tengku Zainal sebab tengku ugut akan
lucutkan jawatan papa yang pada masa tu bekerja dibawah naungan Tengku Zainal.
Bila sumber rezeki keluarga yang jadi taruhan, papa tak boleh menolak, terpaksa
ikut kata tengku. Masa tu Abang Ridza pun dah berkahwin, tak mungkin papa boleh nak tunangkan dengan
DeAnna, yang ada cuma abang sahaja, sebab tu abang yang terpaksa jadi korban.
Tapi papa pun tak mudah ikut saranan tengku membuta tuli, papa pun ada
rancangan sendiri untuk jaga kepentingan kami sekeluarga. Papa ikat perjanjian
dengan keluarga Tengku Zainal, kalau dalam masa dua bulan, kami tak
dikahwinkan, papa mahu pertunangan abang dengan DeAnna terputus secara
automatik sebab papa tak mahu keluarga kami dipergunakan lagi selepas tu. Papa
letakkan syarat macam tu sebab papa yakin, tak mungkin dalam masa dua bulan
kami akan berkahwin.” Sambung Ashraf panjang lebar.
“Tapi, kenapa tengku nak abang bertunang dengan anak dia, tentu ada
sebabnya?” Soal Hannah Irdina ingin tahu. Hilang sudah air matanya mendengarkan
cerita Ashraf.
Ashraf menghela nafas berat.
“Anak tengku kena tangkap khalwat dengan sorang lelaki inggeris, tapi
lelaki tu lari masa tengku paksa dia bertanggungjawab. Disebabkan takut dapat
malu besar, tengku paksa keluarga abang tutup malu diorang, tengku ugut kalau
papa tak ikut kata tengku, jawatan papa akan dilucutkan.” Jawab Ashraf senada.
Dia merenung kosong ke pintu bilik.
“Abang memang tak pernah sukakan DeAnna, abang terpaksa bertunang dengan
dia.” Luah Ashraf mengendur.
“Habis tu, sekarang macam mana, dia tak nak putuskan pertunangan dengan
abang.” Luah Hannah Irdina pula.
“Abang tak mampu nak beristeri lebih dari satu, abang tak mungkin akan
berkahwin dengan dia. Cukuplah Dina sorang je.” Jawab Ashraf sambil meraih jari
jemari Hannah Irdina.
“Dina kena percaya pada abang.” Sambung Ashraf dalam kenduran suara.
Hannah Irdina membalas kata-kata Ashraf dengan meramas kembali tangan
suaminya itu.
“Dina percaya pada abang.” Jawab Hannah Irdina ringkas.
“Baju tu kemas balik, nanti apa pula kata papa dengan mama. Baru semalam
kahwin, hari ni dah nak lari, majlis resepsi pun belum selesai lagi.” Usik
Ashraf dalam senyum nipis.
Hannah Irdina tersenyum.
“Macam tu kan
lebih manis. Dina bukanlah cantik sangat, tapi kalau senyum, terserlah
kemanisan tu.” Ashraf sambung menyakat.
“Kalau macam tu, padan muka abang sebab kahwin dengan perempuan tak
cantik macam Dina.” Kata Hannah Irdina berjauh hati.
“Sayang, cantik tu kan
subjektif, bagi abang, Dina perempuan paling cantik, paling manis. Beauty is in the eye of the beholder, di
mata abang, sayang paling menawan.” Ucap Ashraf romantis.
“Habis tu masalah DeAnna macam mana?” Soal Hannah Irdina kembali.
Teringat pula akan kejadian yang berlaku di tingkat bawah. Sudah lebih setengah
jam dia meninggalkan tetamu tidak diundang itu.
“Yang itu biar abang fikirkan penyelesaiannya, cuma sekarang, abang tak
nak sayang curiga dengan abang.” Ucap Ashraf serius.
“Dina cuma tak nak abang main-mainkan Dina.” Kata Hannah Irdina lagi. Bimbang
jika Ashraf sekadar mahu mempermainkan perasaannya.
“Abang akan layan Dina seadilnya, selayaknya Dina sebangai isteri abang.
Mungkin dulu abang nakal, tapi lepas Nek Nab brainwash abang, abang nak belajar jadi lelaki baik. Dan dengan
Dina, abang nak mulakan semua tu. Belajar jadi suami yang baik dan dalam masa
yang sama, belajar jadi lelaki baik. Tinggalkan sikap buruk abang dulu, tapi
Dina kena bantu abang. Abang cuma manusia biasa, kadang-kadang abang takut
terlupa, tersasar dari landasan yang sepatutnya. Mungkin sukar bagi Dina nak
percaya pada abang, cuma abang mohon Dina berikan abang peluang. Abang ingin
berubah. Mungkin perkara yang terjadi antara kita dulu merupakan petunjuk untuk
abang berubah ke arah yang lebih baik.” Jawab Ashraf panjang lebar. Dia hanya
mahu Hannah Irdina yakin dengan kata-katanya. Tidak mustahil jika dia ingin
berubah. Bukankah sifat manusia itu sering berubah, dan bagi dirinya, biarlah
perubahan yang datang itu membawa kebaikan kepada dirinya dan Hannah Irdina.
Setelah ditunjuk ajar oleh Nek Nab semasa dia menunggu tarikh diijabkabul
dengan Hannah Irdina, dia sedar yang dia sudah jauh tersasar. Dan dia tidak
mahu nasib Hannah Irdina dipercaturkan di atas kejahilannya terhadap agama.
Lantaran itu dia berusaha mempelajari apa yang patut sebelum bergelar suami.
Dan setakat ini, dia berjaya melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik. Dan
besar harapannya supaya dirinya kekal begitu.
“Dina percaya pada abang.” Ucap Hannah Irdina lembut.
“Dah, jom kita turun, entah apa jadi kat bawah tu, lain kali jangan buat
perangai macam ni, tak elok, sepatutnya tunggu sampai orang habis berbincang
dulu.” Tegur Ashraf lembut. Dia bangun dan meraih tangan Hannah Irdina untuk
turut bangun.
“Maafkan Dina.” Tutur Hannah Irdina dalam nada mengendur.
“Takpelah, abang tahu sayang cemburu tapi lain kali kalau Dina buat lagi,
abang cium dalam-dalam.” Usik Ashraf lagi.
Hannah Irdina tidak menjawab, dia cuma menampar manja dada Ashraf.
‘Sabarlah sayang, malam ni bukan saje tampar, nak peluk abang pun boleh.”
Sambung Ashraf dalam senyum nakal.
“Gatal!.” Kata Hannah Irdina manja.
“Kalau tak gatal, tak la kahwin dengan sayang.” Jawab Ashraf selamba
seraya menghilang ke pintu.
“Tengku balik la dulu, saya rasa tiada
apa lagi yang boleh kita bincangkan, Ashraf pun dah buat keputusan, dia dah
beristeri dan tak mungkin dia akan beristeri lain lagi.” Ucap Tuan Aliyes
sambil membuang pandang ke arah Tengku Zainal dan DeAnna.
DeAnna sudah mula mengesak tangis,
kecewa hatinya tatkala Ashraf menolak dirinya mentah-mentah.
“Sampai hati abang buat Anna macam
ni.” Kata DeAnna dalam lirih. Dia memandang tepat ke wajah Ashraf.
Ashraf hanya membuang pandang ke
luar rumah, jemari Hannah Irdina diramas kemas. Dia sama sekali tidak akan
menuruti permintaan keluarga Tengku Zainal, cukuplah sekali mereka sekeluarga
dipergunakan. Kali ini, dia akan pastikan sejarah lama tidak berulang kembali.
Tengku Zainal yang malu dengan apa
yang baru berlaku, bingkas bangun. Tangan anak gadisnya diraih lalu ditarik
supaya mengikuti langkah lajunya. Malu menebal dihatinya saat itu.
Ashraf baru berkira-kira mahu
melelapkan matanya tatkala dia terdengar bunyi deringan di telefon bimbitnya.
Matanya yang semakin layu kembali segar, pantas tangannya meraih telefon bimbit
di atas meja sisi katil. Hannah Irdina sudah lama terlena disebelahnya.
“Hello.” Ucap Ashraf memulakan
bicara.
“Abang…” sambut suara dari hujung
talian.
“Siapa ni?.” Soal Ashraf tiba-tiba.
Hatinya sudah mula menebak.
“Ini Anna, Anna ada perkara nak
dibincangkan dengan abang.” Jawab DeAnna.
Ashraf bangun dari perbaringan,
Hannah Irdina yang lena tidur dikerling sekilas. Dia kemudiannya turun dari
katil dan berjalan menuju ke balkoni bilik. Lebih selesa untuk berbicara di
luar, jauh dari Hannah Irdina. Bimbang perbualan itu akan mengejutkan Hannah
Irdina dari tidur.
“Nak bincangkan apa lagi?” Soal
Ashraf dingin. Dia membuang pandang ke arah jalan raya yang lengang.
“Abang tak boleh ke pertimbangkan
permintaan Anna.” Kata DeAnna kemudiannya.
Ashraf mengeluh nafas berat.
“I’m
not the same person anymore…apa yang pernah berlaku antara kita dah jadi
sejarah, abang tak kan ubah kenyataan
tu... I have my own life now…” Jawab
Ashraf dalam kenduran suara. Dia memang tidak mahu mengulangi lagi apa yang
pernah terjadi diantara dirinya dan DeAnna, biarlah yang berlaku kekal menjadi
sejarah dalam hidupnya.
“Tolonglah bang, Anna betul-betul
mahu berkahwin dengan abang, jadi isteri kedua pun Anna tak kisah. Anna
sanggup.” Sahut DeAnna sungguh-sungguh. Besar harapannya Ashraf akan menerima
dirinya kembali.
“I’m
sorry…”Kata Ashraf seraya mematikan panggilan.
Ashraf memusingkan tubuhnya,
berkira-kira untuk masuk semula ke bilik, namun belumpun sempat dia melangkah,
sekali lagi telefon bimbitnya berbunyi.
“Abang, tolonglah Anna, Anna memang
betul-betul perlukan abang, abang kena tolong Anna.” Rayu DeAnna sebelum sempat
Ashraf bersuara.
“Apa lagi yang Anna tak faham,
keadaan kita dah tak sama macam dulu.” Tegas Ashraf keras.
“Tolonglah bang, Anna sanggup buat
apa sahaja, Anna sanggup bayar abang.” Kata DeAnna penuh yakin.
“Apa yang Anna cakap ni.” Tukas
Ashraf serius.
“Tolonglah bang, Anna…..Anna mengandung..”
Kata DeAnna lambat-lambat, sayu nadanya.
“What?!”
Soal Ashraf terperanjat.
“Abang kena tolong Anna, Kevin tak
nak bertanggungjawab, dia tinggalkan Anna. Abang tolonglah….Anna rayu pada
abang.” Rayu DeAnna dalam tangisan.
“Anna gila ke?, takkan abang nak
bertanggungjawab pada perkara yang abang tak buat!.” Marah Ashraf keras.
“Abang tolong lah Anna, cuma abang
je yang Anna ada.” Rayu DeAnna lagi.
“Maaf, abang tak boleh!.” Tegas
Ashraf seraya mematikan talian. Dia tidak mahu mengikut kata-kata mengarut
DeAnna.
Pantas tubuhnya dipalingkan untuk
masuk, namun tatkala itu juga dia terlihat Hannah Irdina sudah berdiri di
bingkai pintu.
“Apa abang buat tengah-tengah malam
kat sini?” Soal Hannah Irdina dengan mata yang masih layu.
“Takde apa-apalah, jom masuk tidur.”
Jawab Ashraf seraya menarik tangan Hannah Irdina lalu masuk.
DeAnna menangis teresak-esak di birai
katil, hancur sudah harapannya untuk memujuk Ashraf membantunya. Entah kenapa
terasa lemah seluruh anggotanya, kelam masa depannya setelah apa yang berlaku.
Kala dan saat itu barulah dia kesal dengan apa yang pernah dia lakukan bersama
Kevin. Segala keseronokan itu rupanya hanya sementara. Kevin hanya mahu
mempergunakan dirinya. sebak hatinya, air matanya mengalir laju, menzahirkan
rasa hatinya yang sudah retak seribu.
aduhai jgn la ashraf sggp lagi... cian dina
ReplyDeleteAlamak.... Permulaan jln cerita dah best dah... Jgn ler ashraf dimanipulasi sekali lagi oleh anna dan bapanya.... Kesian sgt sbb skrg ashraf dah ada tanggungjawab, iaitu dina....
ReplyDeleteSengal ler...
ReplyDeleteBerani buat berani tanggung
Xpasql2 lak nak cari org xbsalah suh tanggung
Jangan bagi ashraf kahwin ngan anna tu!! Tak rela. Hehe
ReplyDeleteahhh...x suka ada watak pengacau nih...mana boleh kawen dgn asyraf...xboleh2...
ReplyDeleteplease please pleaseeeeeee.... jangan biar Asraf kesian dgn Deanna.....asraf bukan mudah utk diperkotak-katikkan.....
ReplyDeleteHrp asyraf berfikir dgn waras.. Jd pak sanggup bkn bllh selesai mslh..
ReplyDeletePi lla cr kevin tu blk
ahhhhh konflik plak,,, tapi tetap ohsem.,,,, nk lagiiiiiii
ReplyDeletetnks cik writer...
ReplyDeletehope konflik yg ringan2....
~ze~
pi cari org lain la anna oiiiiiiii
ReplyDeleteashraf, tolong la tetapkan pendirian anda..
ReplyDeletejgn termakan pujuk rayu mana2 pihak plak..xnk ashraf jd pak sanggup..kesian kat dina nty...
best !! :D
jgn lah ashAf jd pak snggup..huhu
ReplyDeleteAshraf, jgn nak memandai-mandai jd kambing hitam mcm ari tu. Dina adalah keutamaan awak, so please say "NO" to Anna... cepat-2 bt sambungannyer, x sabar nk tahu kisah selanjutnya.
ReplyDeleteAnna, tlg settlekan masalah sendiri ok, jgn la bebankan org lain yg tak bersalah just because nak tutup aib sendiri, be responsible to yourself & yr baby... Ashraf, pls be firm ok. No means No, ni semua dugaan...
ReplyDeleteAshraf berlaku setia pada Hannah ok....
ReplyDeleteHarap sangat Ashraf berterus terang tentang Anna pada keluarga dan Hannah .... jagan ada salah faham ok.... cukup-cukup lah Anna menyusahkan keluarga Ashraf .... Anna hanya mahu mempergunakan Ashraf sahaja.... mentang-mentang banyak duit....
suka laa.. tak macam sekarang ,semua nya trend tonjolkan cerpen atau novel kawin paksa, macam xde identiti jee.. .. huhuhu .. thumbss up penulis.. support u !!
ReplyDeletehehe...tapi dua novel cik tulip yg telah dan bakal terbit bertemakan kahwin paksa cuma jln ceritanya lain sikit kot,hehe :)
Deletemasalah2....ksian kat dina...hope story ni pjg lagi ye cik penulis...hehe
ReplyDelete