BAB 10
Joe menyambut kertas dari tangan Ridza. Air muka Ridza yang beriak tenang dipandang sekilas.
"Apa ni?"Tanya Joe dengan kerut di wajahnya.
"Apa ni?"Tanya Joe dengan kerut di wajahnya.
"Alamat rumah perlindungan wanita."Jawab Ridza senada. Semenjak beberapa hari lepas,dia kerap berfikir akan permintaan Joe kepadanya. Dia tidak mampu untuk menduakan Zaliya. Lantaran itu dia memutuskan untuk membantu Joe dengan cara lain.
"Maksud kau?" Soal Joe lagi. Masih kurang jelas.
"Aku akan tolong kau dapatkan rumah perlindungan. Kau boleh pilih mana-mana yang ada dalam senarai alamat tu. Diaorang sediakan banyak perkhidmatan untuk membantu orang yang macam kau. Aku mintak maaf sebab aku memang tak boleh nak kahwin dengan kau. Aku tak boleh menduakan isteri aku. Aku terlalu cintakan dia. Masih ada banyak cara yang boleh aku buat untuk tolong kau. Tak semestinya aku kena kahwin dengan kau. Sekarang banyak pusat perlindungan wanita yang dibuka untuk bantu beri perlindungan dan bantu pulihkan wanita bermasalah samada yang terlanjur atau yang jadi mangsa rogol macam kau. Tambahan lagi diaorang juga ada dapat bantuan dari sukarelawan yang sedia membantu dari segi khidmat nasihat dan kata-kata semangat." Ridza menerang. Hanya itu sahaja bantuan yang boleh dia hulurkan buat Joe. Cintanya pada Zaliya terlalu kuat. Tidak mungkin dia menduakan isterinya itu.
Joe mengangguk perlahan. Faham dengan penjelasan Ridza. Sejujurnya dia juga tidak tahu tentang kewujudan pusat itu. Lega hatinya andai ada tempat yang boleh dia tuju untuk memohon perlindungan. Seboleh-bolehnya, dia juga tidak mahu meruntuhkan rumahtangga sahabatnya itu.
"Thanks Ridz. Janji kau akan tolong aku." Tutur Joe dalam senyum nipis.
"Kau kawan aku, selagi termampu, aku akan tolong." Balas Ridza. Dia turut tersenyum balas.
"Thanks Ridz. Janji kau akan tolong aku." Tutur Joe dalam senyum nipis.
"Kau kawan aku, selagi termampu, aku akan tolong." Balas Ridza. Dia turut tersenyum balas.
Ridza mundar mandir di luar biliknya. Sejak Zaliya melancarkan perang dingin antara mereka, dia lebih banyak memberi ruang kepada isterinya itu. Tidak memaksa Zaliya yang sedang marahkan dirinya. Dia tahu dia silap kerana menyatakan keinginan Joe itu kepada Zaliya. Seharusnya dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan memberitahu isterinya itu. Tambahan pula, bukan dia tidak kenal dengan sikap isterinya itu. Sedangkan perkara kecil juga sudah mampu membuat Zaliya mudah naik angin, inikan pula perkara sebesar itu.
"Liya, tolonglah buka pintu ni. Maafkan abang." Seru Ridza di luar pintu bilik. Besar harapannya supaya Zaliya membuka pintu dan membenarkannya masuk. Tidak betah dia terus-terusan begitu.
Zaliya tidak memberikan sebarang reaksi. Ridza resah lagi. Dalam pada itu, kepalanya ligat berfikir. Bagaimana agaknya cara untuk dia meraih perhatian isterinya itu kembali. Kalau tidak dapat bertemu pandang dengan Zaliya, bagaimana dia mahu berbicara dengan isterinya itu. Dia mahu maklumkan kepada Zaliya yang dia telah membuat keputusan. Joe tidak akan dikahwini sebaliknya sahabatnya itu akan di bantu untuk meminta perlindungan di rumah perlindungan wanita.
"Liya, kalau Liya tak bagi abang peluang bercakap, macam mana masalah kita nak selesai." Kata Ridza lagi. Kali ini nadanya mengendur sedikit.
Masih tiada jawapan dari Zaliya di dalam bilik.
"Abang tahu Liya marah, tapi Liya pun kena bagi abang peluang kan?" Kata Ridza lagi separuh menyoal. Membawa isterinya itu berfikir.
Keadaan masih sama. Zaliya masih tidak memberi respon terhadap kata-katanya.
"Kalau Liya layan abang macam ni. Abang rasa lebih baik abang balik rumah ibu." Luah Ridza putus asa. Tidak tahu apa lagi yang boleh dikatakan bagi memujuk rajuk isterinya itu.
"Kalau Liya perlukan abang, Liya call abang. Abang nak pergi rumah ibu sekarang." Sambung Ridza putus asa. Kakinya itu berhenti dari mundar mandir. Dia berpusing menghadap ke birai tangga. Berkira-kira mahu berlalu meninggalkan isterinya itu sendirian di situ. Dia bukannya mahu melarikan diri dari tanggungjawab namun kedinginan Zaliya membuatkan dia hilang punca. Tidak tahu bagaimana lagi yang boleh dia lakukan untuk memujuk isterinya itu kalau isterinya itu lansung tidak mahu memberinya peluang.
Ridza mengeluh perlahan, seketika kemudian kakinya dihela perlahan menuju ke anak-anak tangga. Namun tiba-tiba dia terdengar pintu biliknya terbuka dari dalam.
"Abang..." Suara Zaliya yang perlahan menyapa gegendang telinganya. Membuatkan dia pantas berpaling.
"Liya.." Ridza mula melangkah perlahan ke arah Zaliya yang berdiri di jenang pintu sambil menundukkan kepala ke bawah.
"Maafkan abang, abang tahu abang salah sebab minta yang bukan-bukan dari Liya." Ridza pantas merangkul tubuh isterinya. Kesal kerana disebabkan pertimbangan akal ceteknya, Zaliya menghindar darinya.
"Abang takkan duakan Liya. Abang cintakan Liya." Kata Ridza seraya menarik kepala Zaliya dan dilekapkan ke dadanya. Pantas kepala Zaliya dikucup perlahan.
"Abang sepatutnya fikir dulu sebelum lukakan hati Zaliya dengan permintaan tu." Luah Ridza lagi. Sesekali dirangkul erat tubuh Zaliya.
Sementara Zaliya sudah mula mengalirkan air mata. Entahkan terharu, entahkan lega dengan pengakuan suaminya itu. Dia bahagia andai hanya ada dia di hati suaminya itu. Sejujurnya memang dia tidak mahu lagi berkongsi. Cukuplah dia terpaksa berkongsi Ridza dengan Nazirah, kini dia tidak lagi mahu berkongsi suaminya dengan perempuan lain. Dia hanya mahukan Ridza untuk dirinya seorang.
"Liya maafkan abang?" Soal Ridza lagi.
Zaliya hanya mengangguk perlahan dalam esak tangis. Tidak mampu berbicara walaupun sepatah perkataan. Terharu dan gembira dengan ujaran Ridza bergabung menjadi satu.
"Liya sayangkan abang?" Soal Ridza. Cuba menarik isterinya itu supaya berbalas kata dengannya.
Sekali lagi Zaliya angguk tanpa suara. Kali ini anggukan Zaliya diselangi dengan senyum manis.
Ridza yang mulai lega mengukir senyum, membalas senyuman Zaliya yang sudah mendongak memandangnya. Zaliya yang masih tidak mahu bersuara menarik perhatian Ridza. Tiba-tiba timbul idea nakal mahu mengenakan isterinya itu. Faham benar dengan sikap Zaliya yang begitu, kalau dah menangis teresak-esak di dadanya begitu, tandanya marah isterinya itu sudah hilang.
"Liya marahkan abang?" Soal Ridza.
Zaliya menggeleng.
"Kalau tak marah, maknanya Liya dah maafkan abang?" Ridza sambung menyoal.
Zaliya mengangguk pula.
"Liya sayangkan abang?" Soal Ridza lagi.
Zaliya mengangguk lagi.
"Liya sayangkan abang?" Sambungnya menyoal.
Sekali lagi Zaliya mengangguk.
"Liya nak tidur dengan abang?."
Tanpa sedar Zaliya mengangguk lagi.
Pecah ketawa Ridza. Bijak dia memutar soalan sehingga Zaliya terperangkap dengan pertanyaannya. Sementara Zaliya yang baru tersedar dengan soalan pelik Ridza sudah mula membuntangkan biji mata. Suaminya yang meleret senyum gatal itu membuatkan dia resah seketika. Dia sudah terlanjur mengiakan pertanyaan Ridza itu. Terasa membahang wajahnya kerana malu. Malu kerana seolah-olah dia pula yang tidak sabar!.
"Takpe, sekejap lagi abang tunaikan permintaan Liya tu" Ridza mengusik. Sengaja dikenyitkan matanya tatkala mata Zaliya sudah membulat besar. Ridza memang pandai, memerangkapnya dengan soalan sehingga dia tertipu.
"Abang!." Zaliya tumbuk manja dada suaminya.
"Abang jahat." Zaliya sambung menumbuk berkali-kali.
Ridza yang kegembiraan dengan perubahan mood Zaliya itu tertawa lepas. Suka melihat wajah Zaliya yang sudah merah menahan malu. Tangan kecil isterinya menyentuh manja dadanya. Walaupun tumbukan Zaliya nampak serius namun tidaklah sekuat mana. Sekadar tumbukan manja sahaja.
Ridza tangkap tangan Zaliya yang terus-terusan menumbuk dadanya.
"Jangan buat macam tu, takut abang 'hilang sabar'." Ujar Ridza penuh makna. 'hilang sabar' yang dimaksudkannya bukanlah marah. Tapi hilang sabar kerana kemanjaan Zaliya yang berlebihan!
Zaliya hanya tersenyum. Kalau tadi Ridza mengenakan dirinya. Kini dia pula mula merencana. Ingin membalas permainan Ridza dengan cara yang sama.
"Abang ni jahat." Kata Zaliya manja. Sengaja dia larikan jari jemarinya ke dada bidang suaminya itu.
Ridza mula angkat keningnya tinggi. Kalau tadi dia yang berniat mahu mengusik Zaliya, kini isterinya itu pula sudah menukar corak permainan. Kalau tadi dia pemangsa, kini dia pula yang menjadi mangsa!.
"Whoa....Liya kalau buat macam ni, haruslah abang cepat dapat sakit jantung." Balas Ridza seraya menjarakkan tubuhnya menjauhi tubuh Zaliya. Dia masih ada perkara yang mahu diselesaikan. Tetapi kalau Zaliya menggodanya begitu. Pasti sahaja semua tugasannya terbengkalai. Dia hanya berniat memujuk. Belum sampai ke tahap mahu berintimasi dengan isterinya itu. Malam masih ada. Bisiknya dalam hati.
Zaliya yang tahu jeratnya sudah mengena, tidak mahu mengaku kalah. Kalau tadi Ridza yang beria-ia, mengapa pula dia harus menarik diri. Bukankah suaminya itu yang memulakan permainan tadi, dia hanya memainkan peranannya sahaja.
"Kalau sakit jantung disebabkan Liya, Liya rela." Balas Zaliya menggoda. Dia mara semula mendekati tubuh Ridza. Tatkala hampir, dipaut tubuh suaminya dengan kedua-dua tangan lalu ditarik hampir dengan tubuhnya. Sengaja mengundang gemuruh di dada suaminya itu pula. Alang-alang menggoda, biar sahaja Ridza jatuh dalam pelukannya!.
Sementara Ridza sudah kehilangan kata-kata. Zaliya memang pandai menggoda. Isterinya itu memang sukar dijangka. Bila marahnya datang, Zaliya diam seribu bahasa. Kalau dah nakalnya pula yang datang, Ridza pula yang terdiam seribu bahasa!.
Zaliya tarik tangan Ridza menuju ke bilik tidur mereka. Dalam hatinya dia tersenyum gembira. Mudahnya mahu mengalahkan Ridza. Kalau tadi nampak sangat dominan suaminya itu kini hanya menurut kerana kalah dengan godaannya. Zaliya sambung tersenyum. Hebat juga kuasa godaannya itu, detiknya dalam hati.
"Abang dah fikir masak-masak. Abang takkan kahwin dengan Joe." Ridza memulakan bicara. Zaliya yang berbaring di sisinya ditarik supaya merehatkan kepala di atas lengannya.
Zaliya yang mendengar tidak mencelah. Hanya membiarkan Ridza meluahkan cerita. Sejujurnya dia juga masih tidak faham sepenuhnya.
"Abang akan hantar Joe ke rumah perlindungan wanita. Di sana, mereka akan bantu orang-orang yang alami masalah macam Joe." Sambung Ridza lagi.
" Kenapa dengan Joe?" Zaliya menyoal tiba-tiba. Dia tidak tahu hujung pangkal cerita. Hanya tahu yang sahabat Ridza itu telah mengandung. Namun cerita sepenuhnya, dia masih kabur. Adakah mengandungkan anak Ridza atau anak lelaki lain?
"Joe dirogol. Sekarang dia mengandung. Hari tu dia minta abang kahwin dengan dia untuk tutup malu dia tapi abang dah fikir masak-masak. Untuk apa abang duakan isteri abang yang pandai menggoda ni untuk kahwin dengan perempuan lain. Liya sahaja dah cukup. Dah boleh buat jantung abang ni berdegup kencang tak sekata. Dah boleh buat abang sakit jantung dan dapat diabetes dalam satu masa." Cerita Ridza diselangi usikan kepada Zaliya. Dijeling Zaliya disebelahnya.
Zaliya yang mendengar terasa lega hati. Maknanya Ridza dan sahabatnya itu bukanlah terlanjur seperti yang disangka-sangka.
"Kalau sakit jantung, padan muka abang. Kalau dapat diabetes, padan muka dua kali. Ada hati nak duakan Liya." Zaliya pura-pura merajuk. Di tekan-tekan dada suaminya yang terdedah dengan jari. Tanda protes dengan tindakan Ridza yang membuat keputusan mahu mengahwini Joe dalam keadaan tergesa-gesa. Tahulah baik hati, tapi janganlah sampai terkorban hati, bisik Zaliya sendiri.
"Kalau abang mati macam mana?" Soal Ridza pula. Sengaja ingin menguji hati Zaliya pula.
"Kalau abang mati, Liya cari ganti." Giliran Zaliya pula mengusik.
Berubah air muka Ridza mendengar ujaran isterinya itu. Tiba-tiba hatinya diamuk cemburu. Membayangkan Zaliya yang manja melayaninya membuatkan dia tidak betah jika ada lelaki lain yang turut mendapat layanan sama dari isterinya itu.
"Betul Liya akan cari ganti?" Soalan Ridza semakin serius.
Zaliya yang hairan dengan nada suara Ridza pantas mengangkat wajahnya. Mencari riak wajah suaminya yang mungkin sedang terasa hati dengan balasan katanya.
Zaliya kemudiannya tersenyum. Cemburu juga suaminya itu. Tanpa kata, tanpa bicara, Zaliya dakap erat tubuh Ridza.
"Mana boleh cari ganti abang Ridza seorang ni. Satu-satunya dalam dunia. Romantik, baik, gagah, macho, kaya, smart, bijak, pandai dan kasaaaaaaaaaanovaaaaaaa." Zaliya menjawab dalam tawa galak. Sengaja dia leretkan perkataan KASANOVA itu. Merujuk kepada sikap Ridza yang banyak kali bertunang dan putus.
Ridza yang terkena dengan lelucon isterinya itu kecilkan biji matanya. Pandai juga Zaliya berseloroh dengannya. Dek kerana 'geram' dengan sikap manja Zaliya itu, dia kemudiannya memandang Zaliya dengan pandangan penuh makna. Tersenyum nakal hingga jelas mempamirkan air mukanya yang mahu mengulangi apa yang telah mereka lakukan bersama sebentar tadi.
Sementara Zaliya yang faham dengan lirikan mata suaminya itu sudah mula menjarakkan tubuh.
"Liya banyak kerja lain." Kata Zaliya sejurus melompat turun dari katil. Takut-takut gayanya. Takut andai Ridza menariknya semula.
"Liya banyak kerja lain." Kata Zaliya sejurus melompat turun dari katil. Takut-takut gayanya. Takut andai Ridza menariknya semula.
Ridza sudah tersenyum nakal. Kerja tak kerja. Kemanjaan Zaliya membuatkan dia tak boleh tahan!.
"Liya yang goda abang dulu." Sambut Ridza seraya menerkam!
Zamri hanya memerhatikan Zaliya dari kejauhan. Lenggok anak tirinya itu yang sibuk memilih sayur-sayuran direnung lama. Segala perancangannya sudah disusun rapi bersama Haiqarl, tinggal dilaksanakan sahaja.
Zamri tersenyum sinis. Marahnya yang bersatu dengan dendam membuatkan dia sanggup bersetuju dengan rancangan kotor Haiqarl. Dia termenung jauh mengingati perbualannya dengan Haiqarl beberapa hari sebelumnya.
"Kau dah aturkan semuanya?" Soal Zamri teruja.
"Kau janganlah risau. Orang muda macam aku, tentulah boleh merancang dengan hebat." Kata Haiqarl meninggi diri.
"Jangan cakap je lebih. Kerja macam sampah!." Tukas Zamri menyindir.
"Tengok kaki la. Aku ni keturunan pahlawan tahu. Kalau setakat culik-culik orang ni, celah gigi je." Sekali lagi jawapan Haiqarl membangga diri.
"Habis tu bila nak laksanakan rancangan hebat kau tu?" Soal Zamri menukar topik. Tidak berminat melanjutkan bicara Haiqarl yang perasan hebat dan bagus.
"Kan aku dah bagitahu, tunggu laki dia outstation dulu. Lepas tu kita lancarkan 'serangan' kita.'" Balas Haiqarl yakin.
"Okey, aku percaya pada kau." Sambut Zamri.
Zamri tersedar dari lamunan apabila ternampak kelibat Zaliya mahu meninggalkan pasar itu. Semenjak awal tadi, dia mengintip pergerakan Zaliya. Dari Zaliya menaiki teksi hinggalah anak tirinya sampai ke situ. Kalau mengikut perancangan Haiqarl, mereka ingin menculik Zaliya pada hari itu juga. Zamri keluar dari keretanya. Dia lantas berjalan ke arah Zaliya yang sudah ingin berlalu keluar dari pasar.
Sejurus hampir dengan anak tirinya itu, Zamri tergesa-gesa merapati. Dan apabila dia berdiri dihadapan Zaliya. Pantas dipaut kasar tangan anak tirinya itu.
"Jangan menjerit!, buat macam biasa." Kasar suara Zamri mengarah. Dia tarik tangan Zaliya supaya mengikut langkahnya.
Sementara Zaliya yang terperanjat sudah tergamam. Tidak mampu menjerit ataupun meminta tolong. Dia hanya mengikut gerak kaki Zamri yang memegangnya kasar. Dalam hatinya itu sudah penuh dengan rasa takut. Takut dengan Zamri!
Zamri tarik kasar tangan Zaliya sehingga dia ternampak keretanya di seberang jalan. Dia toleh kiri dan kanan bagi memeriksa kenderaan yang lalu lintas, sejurus pasti tiada kereta. Dia melintas jalanraya itu untuk menuju ke keretanya. Terasa lega kerana perancangan Haiqarl berjalan dengan lancar. Sejurus tiba di seberang jalan, Zamri mara ke arah keretanya namun tiba-tiba langkahnya mati. Dilihatnya Ridza sedang berdiri disisi keretanya dengan wajah keruh. Mata suami Zaliya itu mencerlun tajam ke arahnya. Tiba-tiba dia berasa takut. Bukan ke dia sepatutnya outstation? Soalnya dalam hati.
"Abang." Zaliya rentap tangannya dari pautan Zamri lalu berlari meninggalkan Zamri yang sudah tergamam.
Pantas dipeluknya tubuh Ridza tanda lega kerana bertemu dengan suaminya di situ. Selamat dia dari tangan rakus bapa tirinya itu.
Ridza yang terasa barannya naik ke kepala merenggangkan tubuh Zaliya. Dia harus membuat perhitungan dengan lelaki bangsat dihadapannya itu.
"Tunggu sini." Arah Ridza tanpa berpaling memandang Zaliya. Kakinya dihayun pantas menuju ke arah Zamri yang masih terpaku berdiri. Panas hatinya melihat Zamri yang tidak putus-putus mahu menganiaya Zaliya. Sejurus berdiri dihadapan lelaki itu,
"Apa yang kau nak lagi?" Soal Ridza kasar sekaligus menumbuk wajah Zamri tanpa belas. Tidak dipedulikan pada mata-mata yang mula memandangnya pelik. Ada juga yang sudah berjalan-jalan laju menjauhinya.
Terduduk lelaki tua itu diatas jalanraya.
Ridza paut kolar baju Zamri dan dia berdirikan semula lelaki itu.
"Dah tua-tua masih nak buat jahat!." Herdik Ridza seraya menumbuk muka Zamri untuk kali yang kedua. Terhuyong hayang tubuh tua itu namun sempat dipaut Ridza sebelum jatuh semula. Dia masih belum puas mengajar Zamri.
"Kan elok kalau buat ibadat kat rumah!." Marah Ridza dalam nada menyindir. Sekali lagi dihayunkan penumbuknya ke muka Zamri. Jatuh terjelepuk lelaki tua itu di atas jalanraya.
"Orang macam kau ni layaknya dalam penjara aje." Ridza heret kolar baju Zamri menuju ke keretanya. Dia mahu menghantar Zamri ke balai polis. Biar polis pula menguruskan lelaki yang cuba mengganggu isterinya itu.
"Masuk." Arah Ridza kepada Zaliya sejurus menghampiri keretanya.
Sejurus isterinya itu masuk, Ridza bukakan bonet keretanya lalu sekali lagi tubuh Zamri yang lembik dengan tiga tumbukannya itu diheret kasar lalu di sumbat dalam bonet belakang keretanya. Puas hatinya. Selepas ini biar polis pula yang mengajar lelaki tua tak sedar diri itu, detik Ridza dalam hati.
p/s: harap semua suka:)
maaf margin nya lari..rasanya mungkin sebab lappy guna perisian window 8..maaf sangat2 kpd pembaca :)
ReplyDeletefuhhh!!! nasib baik ridza tak jadi kahwin dgn joe.. dan amat nasib baik pulak si zaliya tak kena culik.. :) thanks kaktulip.. :)
ReplyDeleteYeayyyy my hero Ridza,luku jaa sie zamri tu...menyemakk jerr..... Alololo sweettt bangattt kak tulip...likeessssss....
ReplyDeleteuntung ridza datang, tinggal remukan haiqarl ni
ReplyDeletehahahaaaa... terbaekkk la abg ridza...padan muka si tua kutuk zamri...macam ne boleh kantoi ekkk...macho sesangat abg ridza pojaan hatiku nih...
ReplyDeleteBest. Tak sangka hero ada.
ReplyDeletePatut ler tak le baca guna hp cap ayam akak...
yeaa...
ReplyDeletexksh lari ke margin..
jni ad.. hehehe
best..
smbg lg ya.. :D
me like the story verrryyyy mucchhhhh.....
ReplyDeleteWah!hebat hero kali ni...mmg seorng suami brhak pertahankn maruah isterinya
ReplyDeleteJgn ikut telungjuk org lain utk buat kputusan....
Perghhhhhh terbaikla ridza !!!!! Hahahhaha padan muka zamri bongok tu!
ReplyDeleteWalawehhh mmg leh kene diabetiss ni.... sweeettttt like gula..
ReplyDeleteAlhamdulillah ridza ada, suka tau ada hero dtg menegah n mencegah...
Biar padan ngan muka zamri tu...
Hope polis tangkap haiqal pastu dpt bktikn joebmengandungkn anak saper...
Amin..terlepas liya dari bala yg bakal di cipta bapa tiri..agar ridza sentiasa disisi bile liya memerlu kn nyer..semuga helah haiqarl pun dapat dihidu olih ridza n pengajaran gak utk mamat songeh tuh...sumbat kn jer si haiqarl tuh dlm penjara gak!pasni tk de lh yg dapat memisah kn ridza n zaliya biar lh perjalanan yg bakal di layari bersama meniti sebuah kebahgian wat mereka berdua sampai penghujung nyer..
ReplyDeletejahatnya ayah tiri ni.....padan muka kena htr ke balai polis.
ReplyDeletenak lg.
ReplyDeletebila nk sambung cik tulip ....hari2 masuk tunggu sambungan....mesti cik tulip sangat sibuk yer.....maaf jika terasa memaksa ampun
ReplyDelete--za--
best cite ni :) keep it up! bila nk keluar versi cetak? tk sbr nk beli :D
ReplyDelete