Wednesday 9 May 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 24

Salam, cik tulip rasa pasti ramai yg ternanti2 n3 kali ni.ramai yg tak sabar nk tahu progress hubungan El Nina ni.so n3 kali ni akan beri kepuasan pada hati rakan pembaca.n sadly to inform that this is the last n3 for BIS. melihatkan reaksi dr pembaca yang hangat membuatkan cik tulip teruja jika kisah ini dibukukan. berbekalkan semangat yg berkobar-kobar, cik tulip tlh korbankan masa tidur dan makan bg menyiapkan manuskrip cerita ini dan dihantar utk penilaian.alhamdulillah manuskrip ini telah lulus penilaian dan insyaallah akan keluar dalam bentuk naskah pula...so blhlah enjoy n3 kali ini..harap semua suka..
BAB 24



Azzura menghempaskan telefon bimbitnya ke katil. Panas hatinya apabila menjawab panggilan Daniel Arman sebentar tadi. Air matanya yang mengalir sejak awal perbualan tadi masih lagi mengalir laju. Tubuhnya dihempas kasar ke tilam empuk, jari-jemarinya mengelap kasar pada air mata yang jatuh di pipi. Masih terngiang-ngiang lagi kata Daniel Arman dalam telefon tadi.





“I tak dapat nak terima cadangan daddy I, dulu pun I dah bagitahu you, I tak nak rush, biarlah kita berkawan dahulu sebelum jalinkan hubungan yang lebih serius.”Kata Daniel Arman lembut.

            “Apa maksud you? Habis selama kita berkawan you cuma nak ambil kesempatan pada I.” Jawab Azzura penuh emosi walhal dia sendiri tahu sikap Daniel Arman. Tidak pernah sekali pun Daniel Arman menyentuhnya, hatta memegang tangannya pun lelaki itu tidak pernah lakukan. Sengaja dia berkata begitu, berharapkan Daniel Arman akan lembut hati dan menerima cadangan bapanya untuk mengikat tali pertunangan antara mereka.

            “Zurra please, kan I dah banyak kali bagitahu you, I ikhlas berkawan dengan you, I cuma anggap you kawan biasa sahaja, tak lebih dari itu.” Sambung Daniel Arman, nada suaranya dilembutkan bagi menjaga hati Azzura. Sudah tiba masanya bagi dia berterus terang dengan Azzura. Memang dia tidak pernah memberikan harapan pada Azzura, Cuma Azzura sahaja yang melayaninya seperti mereka pasangan kekasih. Disebabkan sikap Azzura yang manja dan mudah merajuk, dia tiada pilihan lain melainkan mengikut sahaja rentak Azzura. Jika ada yang salah, pasti Azzura bertindak lebih jauh.

Daniel Arman masih ingat, pernah sekali Azzura menelan beberapa biji pil tidur hanya kerana dia tidak mengangkat telefon. Tapi kali ini keadaan sudah jauh berbeza, Azzura mendesak supaya hubungan mereka disatukan dengan ikatan pertunangan sedangkan dalam hatinya dia tidak pernah punyai rasa cinta buat Azzura. Dia tidak mungkin akan mengikut rentak Azzura itu.

“You tak boleh buat I macam ni. Ni mesti PA you punya kerja kan. Mesti dia dah goda you sampai you lupa pada I, tak nak lagi pada I. Apa yang perempuan tu ada yang I takde. Segala-galanya I lebih dari dia. Tak kan dengan perempuan macam tu pun you boleh jatuh hati. Memang dasar perempuan tak sedar diri!.” Kata Azzura penuh emosi. Bukan dia tidak pernah nampak cara Daniel Arman memandang Nina. Pandangan yang dia sendiri faham maksudnya. Pandangan Daniel Arman kepada Nina penuh dengan cinta, rindu yang sarat cuma untuk dia mengiakan semua itu dia tidak berani kerana bimbang hatinya terluka. Lantaran itu dia memujuk papanya mempercepatkan ikatan antara dirinya dan Daniel Arman. Biar lelaki itu jatuh ke tangannya dahulu sebelum disambar oleh orang lain.

“Zurra please, nanti kita jumpa, kita bincang perkara ni face to face.” Pujuk Daniel Arman lagi. Berhadapan dengan sikap Azzura yang satu itu memerlukan kebijaksanaan. Dia bimbang Azzura akan bertindak melulu. Walaupun tuduhan Azzura terhadap Nina melampau, namun dia harus bijak menangani sikap Azzura itu. Silap langkah boleh membawa padah.

“I tak nak bincang-bincang lagi, I nak jumpa dengan perempuan tu!.” Jawab Azzura kasar. Butang mematikan talian di tekan kasar. Telefon bimbitnya dihempas ke tilam. Sakit hatinya ketika itu.





Daniel Arman merenung lampu-lampu jalan yang terhias indah di sepanjang jalan dari kerusi yang dia duduki. Namun keindahan itu tidak dirasai olehnya saat itu. Ingatannya teraih pada Nina. Pada saat Nina menjaganya ketika dia demam tempoh hari, hatinya sering bergetar rindu, mengalun sayang pada seraut wajah Nina, pada lembut tingkah Nina. Memang kala itu dia sudah jatuh cinta pada Nina. Isterinya yang dikahwini tanpa rela suatu waktu dahulu.

            Daniel Arman kemudiannya membuang pandang ke dada langit. Kerlipan bintang yang bersinar membuatkan hatinya bertambah syahdu. Dia terlalu ingin mendekati Nina, terlalu ingin membawa Nina tinggal bersamanya, namun apabila dia teringatkan kedinginan tingkah Nina, dia berputus asa. Nina terlalu jauh untuk dia gapai. Sejujurnya dia sendiri tidak dapat menebak apa yang terselindung disebalik hati Nina. Gadis itu terlalu melindungi isi hatinya.

            Daniel Arman meraup wajahnya dengan jemari. Tiba-tiba wajah Azzura menerjah ruang fikirannya. Bagaimana pula dia akan berhadapan dengan Azzura. Azzura tidak matang dalam banyak perkara. Menanggapi sikap Azzura umpama melayani karenah anak kecil. Sungguh dia buntu saat itu. Kata-kata Azzura semasa dalam telefon tadi membuatkan hatinya cuak. Bimbang kalau-kalau Azzura datang menemui Nina dan menghamburkan segala kemarahan. Dia turut bimbang hati Nina akan disakiti lagi.





Nina sedang mengemas-ngemas mejanya apabila tangannya ditarik kasar dari belakang. Terkejut dengan tindakan pelaku itu, Nina pantas berpaling ke belakang. Apabila wajah keruh Azzura dijamah matanya, Nina jadi terkejut. Kenapa tiba-tiba sahaja Azzura bertindak kasar terhadapnya. Apa kesalahannya pada gadis itu sehingga begitu sekali perlakuan Azzura.

            “Cik Azzura, kenapa ni?” Kata Nina sejurus dia berdiri berhadapan dengan Azzura. Gadis bertubuh kecil itu hanya separas hidungnya.

            “You ni memang perempuan tak sedar diri kan!, dah tahu Daniel Arman tu kekasih I, you masih lagi nak rampas!, dah tak cukup lagi jantan lain you nak goda sampai boyfriend orang pun you nak kebas!” Hambur Azzura dalam marah.

            “Apa yang Cik Azzura cakap ni, bila pula saya nak rampas Encik Arman dari Cik Azzura?” Soal Nina hairan. Tidak faham kenapa Azzura tiba-tiba muncul di pejabat dan menghamburkan marah padanya. Nasib baik semua staff pejabat tiada, semuanya keluar untuk rehat tengahari. Jika tidak, pasti satu pasaraya akan kecoh dengan perkara itu.

            “Jangan nak berlagak baik la Cik Nina, biasalah orang macam you ni, selalu nak ambil kesempatan ke atas lelaki macam El, jangan ingat I tak tahu niat sebenar you, cermin dulu diri you tu, layak ke tidak dengan Daniel Arman.” Kata Azzura sinis. Memang dia sakit hati kepada Nina. Kerana Nina lah Daniel Arman menolak cadangan Tan Sri Mahzan supaya mereka mengikat tali pertunangan.

            “Maafkan saya, tapi saya betul-betul tak faham apa yang Cik Azzura cakapkan ni. Saya tak pernah berniat nak rampas Encik Arman dari Cik Azzura, saya sedar taraf saya di mana. Jadi saya harap Cik Azzura boleh bertenang, jangan nak tuduh saya sebarangan. Siasat dahulu sebelum Cik Azzura buat tuduhan macam tu. Kalau boleh Cik Azzura maafkan saya, saya ada kerja sikit.” Kata Nina seraya berlalu. Tuduhan Azzura kepadanya dirasakan terlalu membuta tuli, bila masa pula dia cuba merampas Daniel Arman dari gadis itu. Selama ini, dia seboleh-bolehnya cuba menjarakkan dirinya dari Daniel Arman. Bukan kerana dia tidak sukakan lelaki itu tapi kerana dia sedar diri, sedar yang sememangnya dia tidak layak untuk Daniel Arman.

            Azzura yang tidak puas hati dengan respon yang ditunjukkan oleh Nina bertindak menarik semula tangan Nina. Kali ini lebih kasar. Hampir-hampir Nina jatuh terduduk.

            “Jangan ingat you nak lari dari bincangkan perkara ni. I nak kita selesaikan hal ni hari ni juga!.” Sambung Azzura kasar.

            “Cik Azzura, Cik Azzura dah salah sangka dengan saya, saya memang tak pernah berniat pun nak rampas Encik Arman dari Cik Azzura. Saya sedar diri saya siapa. Saya tak layak untuk Encik Arman.” Kata Nina lembut. Dia malas melayani marah Azzura, lagi sepuluh minit waktu rehat akan habis. Jika mereka masih begitu, tentu perkara itu akan merebak ke pengetahuan umum. Nina berpaling semula ke belakang, ingin meninggalkan Azzura. Berharap gadis itu percaya akan kata-katanya.

            “Hei perampas!, you jangan ingat you boleh tipu I dengan kata-kata you tu. Daniel Arman milik I, dah tiada sesiapa pun yang boleh halang I dari berkahwin dengan dia. Kalau I tahu you cuba nak dekat-dekat dengan El lagi. I tak kan teragak-agak ajar you faham!, Daniel Arman hak I!.” Hambur Azzura lagi seraya berlalu.

            Nina menghela nafas, siapa yang merampas Daniel Arman sebenarnya. Hakikatnya Daniel Arman ialah suaminya yang telah dikahwini lima tahun yang lalu. Perampas yang sebenarnya bukanlah dirinya tetapi Azzura sendiri. Dia tidak pernah merampas milik Azzura, Azzura yang sebenar-benarnya cuba merampas Daniel Arman darinya. Namun untuk dia zahirkan kata-kata itu, tidak mungkin akan berlaku. Menanggapi marah Azzura itupun sudah cukup memeningkan kepalanya, inikan pula memberitahu status sebenar hubungannya dengan Daniel Arman, pasti akan mengundang bahana yang lebih besar.





“Nina masuk bilik saya.” Suara Daniel Arman dari intercom mengejutkan Nina yang sedang leka mengemaskini fail. Sejurus menjawab arahan Daniel Arman, Nina bingkas bangun. Selalunya apabila Daniel Arman memintanya untuk masuk, tentu ada tugasan baru untuknya.

            Nina masuk setelah mengetuk pintu bilik Daniel Arman sebanyak dua kali. Daniel Arman dilihatnya sudah sedia menantinya di kerusi. Nina alihkan pandangan apabila matanya dan Daniel Arman bertemu. Begitulah reaksi Nina setiap kali perkara itu terjadi. Dia tidak pernah berani menentang mata Daniel Arman. Melalui pandangan mata sahaja dia bisa menzahirkan apa yang disimpan jauh di sudut hatinya itu iaitu cinta yang sarat untuk Daniel Arman.

            Kerana bimbang Daniel Arman dapat menebak apa yang ada dalam hatinya itulah yang menyebabkan dia seringkali melarikan pandangannya apabila bertembung dengan pandangan Daniel Arman.

            “Duduk.” Arah Daniel Arman apabila Nina berdiri betul-betul dihadapan mejanya.

            Nina tanpa banyak bicara hanya menurut. Begitulah kebiasaannya, seringkali kalah apabila suara Daniel Arman menerjah gegendang telinganya. Terasa semacam ada satu kuasa yang mengawal dirinya untuk tunduk pada arahan Daniel Arman.

            “Ada siapa-siapa yang datang nak jumpa saya tadi?” Soal Daniel Arman.

            Nina diam sebentar sebelum menjawab. Ingatannya teraih pada Azzura. Gadis itu ada datang semasa rehat tengahari tadi tapi bukan bertujuan untuk bertemu dengan Daniel Arman.

            “Takde Encik Arman.” Jawab Nina. Hal tentang Azzura itu biarlah sahaja menjadi rahsianya. Tiada keperluan untuk Daniel Arman tahu tentang itu.

            “Betul takde?” Soal Daniel Arman tidak puas hati. Dia tahu Azzura ada datang tengahari tadi kerana dia bertembung dengan kereta Azzura semasa dia masuk memarkir kereta manakala Azzura baru keluar dari perkarangan lot pasaraya, cuma Azzura mungkin tidak perasan akan hal itu kerana dia tiba dahulu sebelum Azzura keluar.

            “Takde Encik Arman.” Jawab Nina lagi. Hairan juga kenapa Daniel Arman menggasaknya dengan soalan begitu. Tidak mungkin Daniel Arman tahu tentang Azzura kerana Daniel Arman turut keluar makan tengahari tadi.

            “Atau ada orang yang datang cari Nina?” Tanya Daniel Arman sekali lagi. Sengaja dia ingin menguji. Dia tahu Azzura pasti datang untuk menemui Nina.

            Nina diam tidak menjawab. Untuk menipu dia tidak mahu, berdosa menipu terutama pada suami sendiri.

“Nina.” Seru Daniel Arman seraya mengangkat tinggi keningnya apabila Nina memandang wajahnya.

Nina mengangguk lemah. Entah bagaimana Daniel Arman boleh tahu tentang itu pun dia tidak pasti.

“Siapa?” Soal Daniel Arman kembali.

Sekali lagi Nina membisu. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu memberitahu Daniel Arman tentang apa yang berlaku diantara dirinya dan Azzura. Bukan dia malu tetapi dia tidak mahu memburuk-burukkan Azzura di hadapan Daniel Arman biarpun tuduhan Azzura terhadapnya keterlaluan. Sebagai wanita, dia faham gelodak hati Azzura, wanita itu cemburu.

“Nina.”Sekali lagi Daniel Arman menyeru nama Nina. Mengharapkan Nina menjawab soalannya sebentar tadi.

“Cik Azzura.” Jawab Nina lambat-lambat.

“Kenapa dia datang?” Soal Daniel Arman kembali. Dia mahukan Nina menceritakan segala-galanya kepadanya kerana satu sikap Nina yang dikesan oleh Daniel Arman ialah gadis itu sering sahaja menyembunyikan perasaannya. Bagaimana mungkin dia memahami Nina jikalau Nina berterusan begitu.

“Dia cari Encik Arman.” Dalih Nina. Biarlah perkara yang berlaku tadi menjadi rahsianya sahaja. Memanjangkan hal itu hanya akan menambah rumitkan keadaan.

“Nina tahu tak menipu itu berdosa, terutamanya menipu pada suami sendiri?” Soal Daniel Arman. Dia amat pasti Azzura sememangnya datang untuk menghamburkan marahnya pada Nina.

Nina terdiam, wajahnya ditunduk ke bawah. Hujah Daniel Arman memang tidak mampu disangkal. Memang dia sudah berdosa kerana menipu tetapi niatnya baik, dia tidak mahu memanjangkan isu itu ke pengetahuan Daniel Arman.

“Dia ada cakap apa-apa pada Nina?” Daniel Arman menyoal lagi. Kali ini nadanya lebih lembut dari tadi.

Nina masih diam, tidak tahu bagaimana mahu diceritakan kepada Daniel Arman akan perkara yang berlaku.

Melihatkan Nina yang mengunci bicaranya, Daniel Arman bertindak meraih tangan Nina ke dalam tangannya. Dielus lembut tangan Nina, seolah-olah menzahirkan perasaannya kepada Nina.

Nina hanya membiarkan perlakuan Daniel Arman. Entah kenapa hatinya tiba-tiba sayu. Sayu kerana layanan lembut Daniel Arman kepadanya tetapi dalam masa yang sama lelaki itu menyintai gadis lain iaitu Azzura.

Kusut kepalanya memikirkan perkara itu, kenapa mesti Daniel Arman memberinya harapan kalau cinta lelaki itu tertumpah kepada wanita lain. Tanpa sedar air matanya menitis.

Daniel Arman yang terlihat manik-manik jernih jatuh dari tubir mata Nina terus bangun dan berjalan mendapatkan Nina. Dia tidak tahu kenapa Nina menangis.

“Nina okey?” Soal Daniel Arman prihatin. Tubuh Nina ditarik sehingga berdiri disisinya, pantas tubuh Nina ditarik ke dalam pelukannya. Sayu hatinya melihat air mata Nina, sejujurnya dia sendiri tidak pasti kenapa Nina menangis. Adakah kerana kata-kata marah yang dihamburkan Azzura yang menyebabkan Nina mengalirkan air mata.

Air mata yang pada awalnya menitis perlahan mulai melebat sehingga Nina teresak-esak dalam pelukan Daniel Arman. Entah kenapa hatinya pilu dengan perhatian yang diberikan oleh Daniel Arman. Saat itu, apa yang dia rasakan ialah dia hanya mahukan Daniel Arman untuk dirinya seorang. Sama sekali dia tidak mahu berkongsi lelaki itu dengan Azzura.

Daniel Arman hanya membiarkan Nina menghamburkan air mata didadanya walaupun kemejanya dirasakan sudah basah dengan air mata.

Setelah tangisan Nina semakin reda, Daniel Arman paut bahu Nina dan menjarakkan tubuhnya dari tubuh Nina untuk memberi ruang kepada gadis itu.

“Nina okey?” Daniel Arman kembali menyoal.

Nina hanya mengangguk pendek.

“Nina cintakan saya?” Soal Daniel Arman lagi. Kali ini dia pasti, Nina memang ada menyimpan perasaan padanya. Jika tidak pasti Nina akan menolak perlakuannya sebentar tadi.

Sekali lagi Nina mengangguk perlahan, wajahnya ditunduk ke lantai. Dia sudah tidak dapat sembunyikan lagi perasaannya kepada Daniel Arman. Layanan dan perhatian Daniel Arman menyebabkan dia jatuh sayang kepada lelaki itu. Perasaan yang disimpan selama ini tidak mungkin dapat disembunyikan lagi. Biarlah Daniel Arman tahu isi hatinya. Biarlah lelaki itu tahu dalam hatinya ada kasih, cinta, sayang dan rindu kepada suaminya itu. Sekiranya Daniel Arman menolak cintanya sekalipun dia tidak kisah. Yang dia mahu saat itu ialah Daniel Arman faham apa yang dia rasakan selama ini. Hanya ada perasaan cinta untuk Daniel Arman.

Daniel Arman tersenyum tatkala Nina mengakui perasaannya. Tubuh Nina diraih kembali ke dalam pelukannya. Sekurang-kurangnya kini dia tahu apa yang Nina rasakan untuknya. Walupun tidak dizahirkan pada riak mukanya, namun hatinya melonjak gembira, dia tidak lagi bertepuk sebelah tangan. Sekurang-kurangnya ketika itu dia pasti, hatinya dan hati Nina bergetar satu irama. Irama cinta antara mereka.

“Abang sayangkan Nina juga.” Ucap Daniel Arman lembut. Ubun-ubun Nina dikucup perlahan. Syahdu hatinya saat itu. Cintanya berbalas.

“Abang cintakan Nina.” Sambung Daniel Arman. Tangannya mengusap lembut belakang Nina.

Nina membalas pelukan Daniel Arman. Kedua-dua tangannya dilingkar ke pinggang Daniel Arman, tubuh lelaki itu didakap erat, menzahirkan segala perasaannya ketika itu. Kata-kata yang diluah Daniel Arman betul-betul membuatkan dia terharu. Lelaki itu turut menyintai dan menyayangi dirinya. Esakan tangisnya masih bersisa. Sungguh dia bahagia saat itu, bahagia dalam dakapan Daniel Arman, bahagia kerana disayangi dan dicintai oleh satu-satunya lelaki yang bertakhta dihatinya.

“Sayang pindah duduk dengan abang?” Soal Daniel Arman apabila Nina perlahan-lahan meleraikan pautan tangan di pinggangnya.

Nina mengangguk perlahan. Sudah tiba masanya dia dan Daniel Arman maju ke hadapan dalam perhubungan mereka. Dia menyintai Daniel Arman dan lelaki itu turut menyintai dirinya.

“Kita mulakan semula hubungan kita.” Sambung Daniel Arman.

Nina mengangguk lagi. Dia sudah bersedia, bersedia menerima Daniel Arman ke dalam hidupnya, sebagai suaminya.

“Tapi sebelum tu ada beberapa perkara yang abang nak buat dahulu.” Kata Daniel Arman lagi. Tubuh Nina didorong untuk duduk di kerusi dihadapannya. Ada perkara yang ingin dia jelaskan pada Nina sebelum dia memulihkan hubungan mereka. Perkara tentang Danish Arham, Datuk Zainudin dan perkara tentang Azzura. Dia akan menjelaskan kepada Nina tentang segala-galanya. Dia juga akan menjelaskan kepada Datuk Zainudin tentang perasaannya terhadap Nina. Dia sama sekali tidak akan mengikut perancangan bapanya itu untuk mengahwini Azzura.

 Dan dia sendiri juga ada perkara yang ingin ditanyakan kepada Nina. Tentang Zachary dan Fiqri. Walaupun dia yakin cinta Nina kini hanyalah tercurah untuknya namun dia masih perlu mendapat kepastian dari Nina sendiri. Dia mahu Nina menceritakan sendiri perkara yang selama ini meninggalkan tanda tanya di benak hatinya itu.

Daniel Arman kembali mengambil tempat dihadapan Nina, tangan Nina kembali diraih ke dalam jemarinya. Dielus lembut jemari Nina.

“Tadi, Azzura datang cari Nina?” Soal Daniel Arman kembali. Lembut tuturnya. Dia harus tahu tentang perkara itu kerana dia berniat untuk terus berterus terang tantang perasaannya terhadap Azzura kepada Nina.

Nina hanya mengangguk. Lidahnya masih kelu untuk berbicara. Sedari tadi hanya Daniel Arman yang banyak menguasai perbualan antara mereka. Rasa hatinya hanya dizahirkan dengan perlakuan sahaja, kadangkala mengangguk, kadang-kadang menggeleng.

“Apa yang dia nak?” Soal Daniel Arman lagi. Matanya memandang redup mata Nina walaupun Nina tidak membalas pandangannya dan lebih banyak membuang pandang pada jemarinya didalam genggaman Daniel Arman.

“Cik Azzura marah.” Terang Nina ringkas. Nadanya sedikit mengendur. Wajahnya masih menunduk.

“Marah pada Nina?” Soal Daniel Arman lagi. Susah betul mahu mengorek rahsia hati dari Nina.

Nina mengangguk lagi.

“Dia cakap apa?” Daniel Arman sambung menyoal.

“Dia tak bagi Nina rapat-rapat dengan Encik Arman.” Luah Nina.

“Jangan rampas Encik Arman dari dia.” Sambung Nina lambat-lambat.

Daniel Arman tersenyum. Polosnya Nina kala itu. Itu yang dia suka tentang Nina. Walaupun nampak berdikari namun jauh disudut hatinya masih ada rasa ingin dilindungi walaupun tidak dizahirkan rasa itu dengan kata-kata dan perlakuannya.

“Boleh tak Nina panggil abang, ABANG, jangan panggil Encik Arman lagi. Nina kan isteri abang.” Ujar Daniel Arman. Bagaimana boleh mereka mulakan semula hubungan yang terhenti kalau Nina masih lagi tidak boleh membuang jarak antara mereka.

Nina mengangguk lagi.

“Siapa kata Nina rampas abang dari dia, abang kahwin dulu dengan Nina kan, dan kenapa pula Nina kena jauhkan diri dari abang, kan Nina isteri abang. Bukan kah tempat seorang isteri itu disisi suami.” Sambung Daniel Arman.

“Abang tak pernah cintakan Azzura, hubungan abang dan Azzura tak lebih dari sahabat sahaja.” Terang Daniel Arman.

“Lepas ni abang akan jelaskan pada dia. Memang selama ini pun abang tak pernah beri harapan pada Azzura dan abang pun dah banyak kali terangkan pada dia, abang hanya anggap dia sebagai kawan sahaja cuma Azzura yang terlalu mengharapkan abang. Abang tak dapat nak terima Azzura kerana dalam hati abang hanya ada Nina sahaja.” Sambung Daniel Arman.

Nina sedari tadi hanya menjadi pendengar sahaja. Luahan hati Daniel Arman menenangkan gelodak hati yang selama ini berombak hebat. Kini dia jelas, jelas dengan isi hati lelaki itu. Sekurang-kurangnya dia tahu kini lelaki itu hanya menyintai dirinya dan Azzura tidak lebih dari seorang kawan kepada Daniel Arman.

“Sayang percaya pada abang?” Soal Daniel Arman apabila dilihatnya Nina hanya menjadi pendengar sahaja sedari tadi.

Nina menggangguk lagi. Sekali lagi Daniel Arman tersenyum. Susahnya Nina hendak berkomunikasi dengannya. Dia tahu Nina pastinya malu untuk menzahirkan rasa hatinya setelah apa yang terjadi sebentar tadi.

“Sekarang giliran Nina pula cerita pada abang tentang Zachary dan Fiqri.”Kata Daniel Arman. Sejujurnya dia juga perlu tahu tentang kedua-dua orang lelaki itu. Apa perkaitan mereka dengan Nina.

Nina menarik nafas dalam. Bagaimana ingin dia ceritakan semuanya pada Daniel Arman. Dimana harus dia mulakan. Apa yang perlu dia katakan.

“Nina?” Seru Daniel Arman lembut apabila dilihatnya Nina masih diam seribu bahasa.

“Encik Zachary lamar Nina.” Kata Nina ringkas. Rasanya Daniel Arman juga sudah jelas akan perasaan Zachary terhadapnya.

“Dalam kotak merah tu, cincin?” Soal Daniel Arman lagi. Ingatannya teraih pada kotak merah yang diterima Nina semasa dia ternampak Nina dan Zachary keluar makan bersama suatu waktu dulu.

Nina angkat wajahnya apabila tersedar Daniel Arman tahu tentang kotak merah pemberian Zachary.

“Encik Ar…” Nina berhenti.

“A..a..abang tahu?” Soal Nina lambat-lambat. Janggal lagi lidahnya mahu menyebut perkataan ‘abang’ itu.

Daniel Arman tersenyum sebaris. Berbunga riang hatinya mendengar Nina memanggilnya dengan panggilan manja begitu. Polos wajah Nina saat panggilan itu meniti di bibir Nina.

“Nina masih simpan lagi?” Soal Daniel Arman kembali.

Nina mengangguk lemah. Masih teringat lagi reaksi Zachary semasa dia mahu memulangkan kotak itu kembali namun lelaki itu menolak.

“Nanti bagi pada abang. Abang akan pulangkan sendiri pada dia.” Sambung Daniel Arman. Sudah tiba masanya Zachary juga tahu tentang perhubungannya dengan Nina. Selama ini dia hanya menyabarkan diri melihat Zachary mengurat Nina dihadapan matanya. Selesai sudah satu masalahnya.

“Fiqri tu pula siapa?” Daniel Arman kembali menyoal.

Nina terdiam seketika sebelum menjawab.

“Kawan Nina masa kat U dulu.” Jawab Nina pendek. Antara dirinya dan Ziqri hanya tinggal sejarah, lelaki itu hanya masa silamnya. Dia tidak mungkin kembali lagi kepada Fiqri kerana dihatinya kini hanya terpahat nama Daniel Arman.

“Kawan atau teman lelaki?” Soal Daniel Arman lagi. Dia masih belum berpuas hati dengan jawapan Nina.

Nina tarik nafas dalam-dalam sebelum menjawab.

“Teman lelaki.” Jawab Nina pendek.

“Nina masih sayang dia?” Soal Daniel Arman, sengaja dia ingin menguji Nina walhal dia sendiri sudah tahu isi hati gadis itu.

Pantas Nina menggeleng. Dia menjeling sekilas pada Daniel Arman. Lelaki itu tersenyum sebaris saat mata mereka bertemu.

“Habis Nina sayangkan siapa sekarang?” Daniel Arman sambung menyoal. Nakal. Memang dia mahu dengar sendiri ungkapan cinta Nina terhadap dirinya.

Wajah Nina berona merah apabila terdengar soalan dari mulut Daniel Arman. Bagaimana dia mahu ungkapkan kata-kata cinta kerana masih ada rasa malu yang bertamu dihatinya kala itu.

“Sayang abang, Zachary atau Fiqri?” Soal Daniel Arman mengusik. Teringin benar dia mendengar luahan kata cinta dan sayang dari mulut Nina sendiri.

Suasana diam antara mereka.

Daniel Arman menguatkan genggaman tangan Nina. Menzahirkan apa yang dia rasakan saat itu sekaligus mengisyaratkan Nina supaya berterus terang dengannya.

“Nina sayangkan abang.” Luah Nina antara dengar dan tidak. Wajahnya terasa membahang apabila kata-kata sayang itu terluah dari bibirnya.

“Apa?, abang tak dengarlah sayang.” Usik Daniel Arman lagi.

Nina tarik nafas dalam-dalam.

“Nina sayangkan abang, sayang sangat-sangat. Abang jangan tinggalkan Nina.” Luah Nina seraya menentang mata Daniel Arman. Dia mahu Daniel Arman tahu isi hatinya saat itu. Dia hanya mahukan Daniel Arman menjadi suaminya dan dia mahu bersama Daniel Arman sehingga ke akhir hayatnya.

“Abang tak kan tinggalkan Nina, abang pun cintakan Nina sangat. Sayang ketat-ketat.” Kata Daniel Arman dalam nada seloroh. Dia membalas pandangan redup Nina dengan pandangan bersinar. Menzahirkan bahawa dia akan menjaga Nina sehingga ke akhir hayat mereka.

“Ada lagi satu perkara yang abang nak Nina tahu.” Kata Daniel Arman. Tangan Nina digenggam erat.

Nina hanya mendengar. Membiarkan sahaja Daniel Arman bermain dengan jemarinya.

“Danish Arham akan bekerja di sini.” Sambung Daniel Arman. Matanya memandang tepat ke mata Nina, cuba mencari kelainan pada wajah itu.

Nina terdiam, tiba-tiba dia rasa tidak enak dengan berita yang Daniel Arman sampaikan itu. Nina tarik nafas dalam-dalam. Genggaman tangan Daniel Arman dibalas, menzahirkan perasaannya yang tidak mampu diluahkan dengan kata-kata.

“Abang janji akan lindungi Nina, tak kan bagi dia apa-apakan Nina.” Ucap Daniel Arman seolah-olah dapat membaca apa yang bermain di hati Nina ketika itu.

Nina tersenyum nipis. Kata-kata Daniel Arman mengusir pergi kerisauan yang baru bertamu. Dia percaya dan yakin Daniel Arman akan melindunginya dari Danish Arham.

Daniel Arman termenung jauh, tautan jemarinya masih kuat menggenggam tangan Nina.

“Nanti abang umumkan hubungan kita dengan staff lain, tapi bukan sekarang. Nanti terkejut pula semua orang. Nanti abang akan rancangkan satu function untuk abang ‘bocorkan rahsia’.” Kata Daniel Arman lagi dalam senyum sebaris. Nadanya bertukar ceria.

Terharu di hati Nina saat mendengar Daniel Arman menuturkan kata-kata itu. Untuk kesekian kali dalam hidupnya, dia rasa bahagia. Bahagia kerana dihargai oleh lelaki sebaik Daniel Arman. Nina bangun dan berjalan menghampiri Daniel Arman.

Daniel Arman turut bangun apabila Nina menghampirinya. Tiba-tiba Nina memeluk erat tubuhnya. Terlalu erat sehingga dia merasakan seperti Nina tidak ingin melepaskan dirinya. Syahdu perasaannya saat itu. Pelukan Nina dibalas dengan rangkulan lembut. Sekali lagi ubun-ubun Nina dikucup lembut.

Nina pejamkan matanya saat itu. Disitu, dalam pelukan itu dia rasakan dirinya selamat. Hangat tubuh Daniel Arman membuatkan dia rasa tiada apa yang mampu menggugahnya saat itu. Sesungguhnya cinta yang dia rasakan saat itu terlalu indah, terlalu kuat, terlalu halus dan terlalu mendamaikan. Aku terlalu menyintai dirimu, kata Nina dalam hati.


p/s-terima kasih kepada pembaca yg senantiasa memberikan sokongan kpd tulisan cik tulip.insyaallah cerita ini akan dibukukan dan bolehlah disimpan sebagai kenangan para pembaca... :) with much love-TULIP UNGU...

150 comments:

  1. ooo dah habis, tapi bukan novel utk koleksi i. sowie

    ReplyDelete
    Replies
    1. it's okey, lain orang lain citarasa.terima kasih krn membaca.. :)

      Delete
    2. enche or chek 09 - x pe sya faham awak x de duit nak kumpul koleksi novel, Actually saya pun sama! huhu ... serupa nasib kita . sob3...

      (tpi jgn la ckp mcm tu kat writer ... Kalau awak faham perkataan IMPAK atau KESAN kan bagus ... KESAN bila awak komen mcm tu kat jiwa & emosi penulis amat besar... klau awak pernah rasa hendak menangis sebab ada org buat sesuatu yg kecilkan hati awak , tu la yg kak tulip rasakan sekarang ... )

      Delete
    3. Ni komen utk cik 09..(hantu tnduk pjg).. penulisan ialah seni..tak baik jika kita suka mengutuk karya orang lain ..lidah lagi berbisa dari mata sebilah pedang. Jika anda rasa novel ni novel ni x best x usahlah anda membacanya..buleh beli novel bercorak ilmiah..kadang2 kita ambil positif dengan apa yang ditulis jangan terus hendak menghukum orang.Anda punya komen buat orang rasa malas nak berkarya..kalau anda rasa anda pandai menulis silalah tulis novel dan saya akan komen pula karya anda samada buleh meresap jiwa ilmiah saya ataupun tidak..
      Sekian Terima Kasih

      Delete
    4. jgn jadikan isu tak matang seperti ini mematahkan semangat awak Tulip. Kita tak boleh puaskan hati semua orang tapi saya wonder sebenarnya...kalau dia tak suka kenapa baca ye? Kelakar la pulak!! anyway...saya tak sabar nak tunggu printed version utk koleksi.."aku untuk mu" sebuah karya yang hebat. Teruskan berkarya Tulip...semoga Allah swt memberkati usaha awak...insyaAllah

      Delete
    5. x suruh pn ko smpn wat koleksi.
      spesis papa kedana mcm ko ni mana da duit nk beli.
      harap tmpg blog org je la nk baca.
      nk menulis x pandai. nk berkarya apatah lg.
      poket kosong habuk pn tarak.
      klu x suka jgn baca.
      PUIHHHH UTK KO!!!

      Delete
    6. ye lh.org tk suruh pun simpan sebagai koleksi.tp tk pe lh..I dont care.tp jgn buat org cam tu lg.kasihan kak tulip susah2 nak tulis.kita cuma baca je..tp gud luck kak tulip!!

      Delete
    7. Dan sekarang novel cik tulip da masuk tv. Tahniah... nak cari le novel ni.

      Delete
    8. Saya masih mencari novel ni...tapi dah abisla...ada sesiapa nk jual x novel tajuk ni kat saya...plz....

      Delete
    9. Tahniah cik tulip.. novel n dah jadi drama kat tv...saya dah terjebak..nak cari novel...nak cari novel..

      Delete
  2. sob..sob..kena la dila tunggu kan cite ni dikeluarkan huhu, agak2 bila ye kak Tulip? biasenye 6 month after first novel release, second novel pun dh bleh kuar kan...kan? warghhh!! n jeles tahap x makan nasi ni, kak tulip dh meninggalkan berjaya siapkan manuskrip cite kedua. dila punye masih sangkut lagi ahaha...congrats akak ^_~ seriously, i'm happy for u

    ReplyDelete
  3. “Habis Nina sayangkan siapa sekarang?” Daniel Arman sambung menyoal. Nakal. Memang dia mahu dengar sendiri ungkapan cinta Nina terhadap dirinya.

    aww, notty tau el nie..dah tau masih lagi nak tanya dekat nina...hehe...

    Psst... owh dah nak jadi novel... :) gudluck cik tulip...! XD tumpang happy untuk cik tulip. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks ye utk sokongan.gembira dgn insan yg senantiasa memberikan sokongan dan galakan... :)

      Delete
  4. si makcik Azzura tu , hiiii!!! geram gila! kat dia!
    x pe el ada kan , bleh jadi pengubat lara dihati Nina ...

    ReplyDelete
  5. gudluck, akaq!! teruskan berkarya!

    ReplyDelete
  6. ala...dh abis ke?sob..sob..sob...sedeynye..lmbt ar nk tgu buku kuar..hukhukhuk...tp..entry mlm ni best..go EL...u can do it..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. x lama la kak lieda .. hehehe . kojap je tu~

      Delete
  7. aloooooooo.. up la sket lagii :(
    baru nak feeling.. :p

    ReplyDelete
  8. semoga berjaya dgn jayanya cik tulip.....:)

    ReplyDelete
  9. Cik Tulip we will always support u...teruskan berkarya...<3<3<3

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih,terharu cik tulip dgn sokongan kak yati77

      Delete
  10. akhirnya terluah jugak rasa hati El n Nina.....oohh cik tulip, kak zu sgt suka dan puas hati sgt2....best n3 kali, kepada cik tulip, kak zu harap dapat berjumpa EL n Nina dlm versi cetak.....kak zu setia menunggu BIS.....

    untuk 09 , seandainya anda tidak suka, tak usah anda layari dan baca, sesungguhnya komen anda itu melemahkan semangat penulis, harap maklum ya......

    ReplyDelete
  11. Err.. Dan n Nina cam best jugak kan.. (hehehe.. k.yus ni mmg suka watak2 hitam nih..) .. pe pun tak sabar tunggu novel ni release ..

    Err..err.. sorang tak nak wat koleksi tak apa, yg penting sorang tu baca juga.. bila dah baca ber'bab'2 tu maknanyer followlah tu.. tak payahlah nak tunjuk perangai 'tak baek' tu dgn kata2 yg tak blh blah .. tak jd racun pun..kan Cik Tulip.. lebiu lah..

    ReplyDelete
  12. I suka bila u ckp manuscript dh siap .maknanya xlama lagi kuarla kan..nanti war2kan ye ..infom via my e- mail bleh?

    ReplyDelete
  13. nak komen gak ar...hehe
    cik tulip,BIS akan jadi salah satu koleksi novel saya..hihi
    xsaba nk tgu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sayang..terharu G berikan sokongan.. :)

      Delete
  14. tak sabar nak tunggu versi cetak...cepat2 publish eik kat TU,HEE~~

    btw,novel kedua?novel pertama kak tulip tajuk apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel pertama kak tulip insyaallah akn terbit bulan julai ni.tajuknya Aku Untukmu..blh juga baca di blog ni..check di bulan januari :) terima ksih atas sokongan..

      Delete
    2. InsyaAllah xsabar tggu nvl tu. Akak ni mmg suke baca dulu blog2penulis & ikuti dulu berbab2 dgn sabar. Sbb tu nvl2 yg akak beli ada value tersendiri. Tahniah Tulip Ungu dgn gaya bahasa yg simple,romantik dn ahhh best.
      Jgn lupa gtahu penerbit nvl cik Tulil nanti

      Delete
  15. untok cik 'first coment' a.k a cik 09...
    bukan koleksi awak..tp koleksi kite sume pecinta novel yg dapt menghargai karya. menghargai penat lelah para writers...yg sagup menghasilkan karya tuk tatapn kite sume....

    cik tulip....alahaiii.....
    tak sabo nak tgu versi cetak dier la...
    pasti akan miss sesangat kt ELNINA...

    ^_______*

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih utk kata2 indah..terima kasih krn backup kak tulip :)

      Delete
  16. ala, da abis da...bru nk feeling...hehehe..
    x sabar nk tggu versi cetak...
    gud luck..!!

    ReplyDelete
  17. I will definitely buy this novel.
    Love your story & keep it up. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima ksih atas sokongan..terharu dgn perhatian yg diberikan :)

      Delete
  18. 1st time baca bab nie....best kna baca dari awal lah nampaknyan.....teruskan berkarya...teruja bila tahu dah nak dibukukan....tak apa hani dr brunei mau jdikan citer nie sebagai koleksi...semua pnulis tak sama gaya dan citarasa penulisan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Hani atas sokongan.cik tulip kuat dgn adanya yang sentiasa memberikan sokongan..:)

      Delete
  19. alahai tengah seronok baca ni...bile novel ni nak kuar kak? terseksa lagi jiwa raga saya nak menunggu lama2 ni...nanti dah nak kuar inform tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti cik tulip maklum di blog ye.terima kasih atas sokongan.. :)

      Delete
  20. saya sentiasa sokong Kak Tulip! hehe, setia tunggu ElNina juge:) Gud Luck kak~

    ReplyDelete
  21. sokong...cik tulip..
    nk lg..

    ReplyDelete
  22. xnk jdkan koleksi...?helo...sorang xnk..ramai lg yg nak,,.jgn nnt taim dah kuar novel..awk dlu g terjah kedai buku..ke xnk beli sebab xmampu..meh cni saye belanje awak..stakat blanje novel..pe la sgt..:D...

    kak tulip..seperti yg mie slalu ckp,.,,jdkan sume tu semangat akak,,now..BIS dah lpas penilaian,,so ignore je..n trus hasilkan novel yag best,,pedulikan hantu2 tu...

    ReplyDelete
  23. alohoi!!!! last n3 kew?? tapi takpe!! its okay. yg ptg dua2 dah confessed. i like it. bila nak terbit ke novel kak tulip??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah ada makluman,kak tulip maklum ye.. :)

      Delete
  24. terima kasih semua yang berikan sokongan padu pada cik tulip.kalian pembakar semangat..hanya satu komen mungkin bisa menggugah namun selagi blm tersungkur,akan ku bangun berdiri dgn tangan2 yang masih sudi memapah..kalian is the best.. :)

    ReplyDelete
  25. tahniah cik tulip....xsemua org ada bakat menulis mcm sy ada bakat membaca je....take +ve nd -ve comment ni sbg cabaran jd penulis...Gud 4 ur novel ni...xsabar nk dptkan yg full

    ReplyDelete
  26. tahniah utk cik tulip,sorang tak suka takper,at least dia baca jugak kan.Teruskan berkarya..

    ReplyDelete
  27. tak sabar nk tggu novel ni...dah berkali2 baca bab 24 ni...tk jemu....ELNINA...

    ReplyDelete
  28. agak2 bila lah novel nie kuar...x sabar nk beli wat tambah my koleksi novel...luv the story....

    ReplyDelete
  29. moga BIS akan cepat diterbitkan.....

    ReplyDelete
  30. Cik Tulip..tahniah sebab cerita ni akan diterbitkan..tak sabar saya nak beli buat koleksi..harap Cik Tulip kuatkan semangat dan terus berkarya..jangan mudah berputus asa..pedulikan komen2 yg negatif..anggap ia satu cabaran...masih ramai lagi yg akan terus menyokong Cik Tulip...

    ReplyDelete
  31. yer la kan ..kalo xsuka xpayah lah beli tp jgn lah sakitkan hati org..

    akak pun pernah post novel dulu tp xnk smbung lagi bila ada yg kata novel picisan ..huhu..sntap jg ati tau..

    ReplyDelete
  32. like!gudluck akk tulip!sentiase menyokong kamu~ ;)

    ReplyDelete
  33. Tahniah untuk novel yang akan dikeluarkan. semoga terus berkarya. amin-amin. semangat2

    ReplyDelete
  34. Tak sabar nak tunggu novel kuar. Aka akan membelinya untuk dibuat koleksi.


    Lynn amier

    ReplyDelete
  35. Suka sgt2....jalan cerita yg menarik......tak sabar nak tunggu novel kuar....thanks sbb buat cerita yg menarik mcm ni....kalau ada org tak suka, takpe...yg penting i likeeee it very much....;)

    ReplyDelete
  36. tahniah cik tulip sebab buat ku terus terpaku kat cerita ni sampai abes......love u blog!

    ReplyDelete
  37. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  38. Cik Tulip sayang, jgn kisah apa yg 09 a.k.a si mulut longkang itu kata. Teruskan berkarya selagi ada kami pembaca setia blog dan novel awak. All d best dear, keep moving forward.

    ReplyDelete
  39. Best sgt cter ni...nanyi dh publish bgitahu ya...x sbr nk tgu cter diaorg bdua...

    ReplyDelete
  40. salam.. sy trbaca bab neh..hehe.. nmpk mcm best, tp sy mls nk bc dlm blog so sy tnggu nvel kuar la yer..hehehe. agk2 bla yer? xsbr nk tnggu..hehe

    ReplyDelete
  41. first time bc citer nie....
    best gak....
    ble novel citer nie nk kuar....
    dalam thn nie ader x???
    x sabar nk tahu kesudahan nina ngan el.....

    ReplyDelete
  42. Besttttt gilerrrrrrrrr!!!!!!!!!! Nk lagiiiiiii

    ReplyDelete
  43. likeeeeeeeee..el dan nina mesti bersama kerana mereka telah berkorban utk org lain..apa kata danish arham kita satukan ngan arzurra ..mungkin dua org tu bioleh berubah setelah mendapat petunjuk dari Ilahi..x sabar menunggu BIS di pasaran..

    ReplyDelete
  44. Hi tulip! Bile novel akan keluar? Tak sabar nak beli ni :)

    ReplyDelete
  45. meaning...tahun depan baru keluar BIS?? tak sabarnyeee...hihihi

    ReplyDelete
  46. lmanye bru nk kluar....
    xsbar sgt nie....huhuhuu

    ReplyDelete
  47. lamanya..... hope dipercepatkan la ek cik tulip...

    ReplyDelete
  48. x sabar2 nk beli novel ni.. nak tau kesudahan citer ni..

    ReplyDelete
  49. best ape citer ni... yerlah kan taste org lain2.. tp kdg2 lbh baik diam dr berkata2. pepun novel ni akan jd 1 of my collection. majulah Cik Tulip utk dunia novel. hehehe
    xlast-RA

    ReplyDelete
  50. Cerita ni best sangat. But the end dia sampai sini je ke or ada lagi? Btw dah di bukukan ke belum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ni akan diterbitkan oleh penerbitan kaki novel dan dijadualkan utk terbitan tahun 2013..harap sabar menunggu :)

      Delete
    2. Ah tak sabarnyaaaaaaaa. Agak2 bulan berapa eh baru diterbitkan? :)

      Delete
  51. Cik Tulip....cerita nie sampai bab berapa semuanya....ceritanya best sangat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerita ini cik tulip post smpai bab ini je sbb bukan isteri sempurna akan diterbitkan dlm btk novel pd tahun dpn oleh penerbitan kaki novel, harap sabar menunggu :)

      Delete
    2. ok....tak sabarnya nak beli....

      Delete
  52. Cerita nya sangat menarik...saya suka sangat2 cerita nie.....walaupun banyak kali baca tetap tak jemu...

    ReplyDelete
  53. tak sabar nak jadikan koeleksi selepas novel untukmu...

    ReplyDelete
  54. cik tulip...bila nak sambung cite ni..rindu laaaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sweety saying, cerita ini akan diterbitkan dalam bentuk naskah :)

      Delete
  55. Tak sabar nk peluk El & Nina..
    ~fara~

    ReplyDelete
  56. x sabar nk tahu kisah selanjutnya...buku ada x

    ReplyDelete
  57. ingatkan novel ni da keluar.. baru ingat nak beli, ada jual dekat kedai buku biasa ke?

    ReplyDelete
  58. cik tulip nk tnya..kalau dlm bentuk hardcover story ni ad sambungan lagi x?psl Danish dan Zacry?

    ReplyDelete
  59. hai, maaf la ya... actually agak menghampakan la.. bukan hampa kerana jalan cerita ni.. hampa kerana sy tatau laman blog tulip ungu ni. dan agak mengecewakan terhadap diri saya sendiri.. memungkiri janji saya sendiri iaitu jgn sesekali bace novel dalam ape jua versi sekiranya novel belum di dalam tgn. tp agak membahagiakan juga walau pun wujud EL NINA.. terima kasih TULIP UNGU. kisah ni akn di jadi kan the best of my collection... teruskan berkarya... love you

    ReplyDelete
  60. kaq tulip berbakat sgt...sy suka... x sbar nk jdikan my new koleksi...
    sweet glerr El dn Nina.....
    harap kakaq tulip teruskan berkarya...
    jangan sesekali brputus asa...
    sayanggggg kaq tulip.....

    ReplyDelete
  61. Sya da bli novel ini dan ceritanya sngt romntik.. saya sgt suka.. inilh novel yg plg romntik yg pernh sya bca..

    ReplyDelete
  62. Saya dah beli novel ni...
    tahniah...ceritanya menarik...
    Daniel Arman memang seorang yang budiman...

    ReplyDelete
  63. Tak sabar nak beli novel ni..,, cerita dari awal lagi dah memang sentap...semoga tulip ungu akan terus hasilkan karya2 yang lebih mengagumkan...syabas...

    ReplyDelete
  64. dh bli dh buku ni..best gilerr..romantik laaahhhh!!!anyway,good luck.I like it so much

    ReplyDelete
  65. suke...xdpt nk tulis cerite sndri jd dpt baca yg org tulis tu best sgt

    ReplyDelete
  66. suke lah bile bace cite ni cik tulip.. dari awl sampailah akhir.. soooooo sweeeeeeeeet antara daniel arman n nina.. nak jugak brkarya mcm cik tulip.. berazam nak trbitkan novel hasil tangan sendri.. cik tulip memang terbbbaaaeeeekkkk arr!!! ;)

    ReplyDelete
  67. Ala dh hbs ke? Kenala pergi kedai cari novel ni. Novel ni dh terbit ke?

    ReplyDelete
  68. best sangat...Minta tunjuk ajar blh kka tulip hihi :-)

    ReplyDelete
  69. da kluar kew novel nie??nk tau gak kesudahnye..best sgt3..

    ReplyDelete
  70. Kak tulip kat mana boleh dptkan bukunya .. Nak sgt tau cite seterusnya .. Plsss :'(

    ReplyDelete
  71. best sangat cite ni Cik Tulip,,.. oh ye khabarnya bakal adaptasi erkk novel ni? harap2 best gak cam novel kalau wat drama..good luck :)

    ReplyDelete
  72. best lah cik Tulip... teruskn usaha... chaiyo2...

    ReplyDelete
  73. best lah cik Tulip... teruskn usaha... chaiyo2...

    ReplyDelete
  74. Cik tulip novel ni masi ada jual tak

    ReplyDelete
  75. Best cite ne..sy suka la...g popular xada pown...sedih nya....

    ReplyDelete
  76. Best cite ne..sy suka la...g popular xada pown...sedih nya....

    ReplyDelete
  77. Best cite ne..sy suka la...g popular xada pown...sedih nya....

    ReplyDelete
  78. sebuah crt yg hebat. penggunaan bhs yg dpt membuat pembaca terharu, perasaan watak bagai boleh terasa...

    ReplyDelete
  79. Best citer nih....x sbr nk tau ending citer nih kt tv smp cari novel kt on9.x puas arr...rasa nk srh sambung lg jer citer nih ....best! Tahniah yer kepada penulis.akhirnya keluar jugak kt tv......terbaeeek....

    ReplyDelete
  80. Tak de jual online ke?..kat emall ke..huhu...best lah citar ni..good luck.. Muaaahhhh.

    ReplyDelete
  81. Mana nak cari ni..kedai buku seme takde nih

    ReplyDelete
  82. Mana nak cari ni..kedai buku seme takde nih

    ReplyDelete
  83. cik tulip ungu..mcm mne yer nk dptkn novel nie...best sgt...

    ReplyDelete
  84. Crite kt tv best, baca online pun best. Tp hasrat hati nk beli novel xkesampaian lg. Xjumpe kt kedai.

    ReplyDelete
  85. Assalamualaikum sis Tulip.. congrats.. dh kluar tv pun kan.. pd first comment @ 09.. jangan jelessss yerr.. terbaik kak Tulip :)

    ReplyDelete
  86. Alahai sis... sampai kul 2 pagi baca cerita ni.. huhuhu. Esok kena cari novel ni. Best!

    ReplyDelete
  87. Alahai sis... sampai kul 2 pagi baca cerita ni.. huhuhu. Esok kena cari novel ni. Best!

    ReplyDelete
  88. Deabak!! nampak ja novel ni di adaptasi terus cari novel ni online..klu da kluar tv mesti cerita pun best ...apa2 pun yang nak komen2 negetiv tu tak perlu la layan sangat jika di bandingkan drg dia yang tak ada karya huhu..apa2 pun o penulis you terbaik teruskan berkarya...good luck

    ReplyDelete
  89. best cerita cik tulip ni...nak cari novel ini....
    #best giler novel nie tau...

    ReplyDelete
  90. Alaa.. dh abis.. ending dy best sgt tp klau pnjng kn lg mst lg best.. hihihi.. tgk kat tv best,kat cni lg best ! Hehehe.. tahniah cik tulip..

    ReplyDelete
  91. best sgt2 citer nie,...xpernah miss tgk drama kat tv3, pkul 10 mlm...

    ReplyDelete
  92. smpai situ je ke ending dy?? dlm bku pon mmang ending dy smpai situ??

    ReplyDelete
  93. anyway citer dy mmang best...tpi ending dy je krg best...rsa mcm trgntung..

    ReplyDelete
  94. Best citenya..tahniah pd penulis

    ReplyDelete
  95. Best citenya..tahniah pd penulis

    ReplyDelete
  96. Best citenya..tahniah pd penulis

    ReplyDelete
  97. Bestnya novel BIS congrats kak tulip .
    Sekarang dah drama dekat tv.
    Love you kak tulip. teruskan berkarya ya 👏

    ReplyDelete
  98. Saya x minat baca novel tp sekali dh tertengok cerita bukan isteri sempurna ni kt tv3 fuhh best sgt terus je baca karya cik tulip ni smpai abs.best sgt jalan ceritanya.suka!!

    ReplyDelete
  99. Memang tak puas la baca ni... memang kena beli novel nie..

    ReplyDelete
  100. akak bab 23 tkde ke ????

    ReplyDelete
  101. Terbaek.100% markah.ska sgt2.hehe

    ReplyDelete
  102. alahai...sambung la lagi cik tulip...apa jadi dengan danish dan azura...mesti ada kesudahannya..:-) seronok baca...

    ReplyDelete
  103. actually tak suka baca novel but once tertgk drama ni terus cari novel nye..seriously cerita ni best..kipidap kak tulip :)

    ReplyDelete
  104. mula2 cari BIS ebook shope x der nampak gayanya perlu beli naskah printed...huhuhu

    ReplyDelete
  105. Terbaik cik tulip... love it...

    ReplyDelete
  106. maaf,kak crita ni smpai bab 24 je ke??

    ReplyDelete
  107. Semangat berkobar nak dwload cerita ni untuk koleksi...berbekalkan cuti sekolah x seberapa lama ni...i olls akan dwload...i olls tunggu novel dr kawan pun x smpai2 lagi..saba jela...nak beli..serious la student xde duit 😢 tp xpe...hbis sem i will wprk for the novel to be one of my collection or i oll pujuk akk i supaya beli novel ni...kih3...sebab dia pun sngat minat cerita2 mcm gini...kak tulip mmg seorang yg beri inspirasi la...

    ReplyDelete
  108. Best nyer..
    Bukan Isteri Sempurna
    Sampai bab24 jea ker..
    @ saya yg ketinggalan...

    ReplyDelete
  109. Best cite nie..xprnh ktgln stiap episod.

    ReplyDelete
  110. Hallo sis saya from Indonesia berminat sangat dgn novel ini... bagaimana cara utk saya mendapatkan novel tersebut tolong kabari saya thank you

    ReplyDelete
  111. waduh....jatuh cinta kembali baca novel sejak 7tahun berhenti baca novel..cik tulip..boleh ka sy order novel ni terus dari cik tulip? sy x jumpa da d pasaran..huhu i realy want this novel...

    ReplyDelete
  112. Kak tulip nk nvel nihhhh..ktggalan da nihh..huhuhu..tudiah2 bekenan..ley x oder kat akk je??

    ReplyDelete
  113. waaaa.😭..abis da..ad lg x novel ni.?hmm.lmbt sgt bce blog ni.appn..novel ni best sgt.love it.😘congrat kak tulip😊

    ReplyDelete
  114. waaaa.😭..abis da..ad lg x novel ni.?hmm.lmbt sgt bce blog ni.appn..novel ni best sgt.love it.😘congrat kak tulip😊

    ReplyDelete
  115. cik tulip kenapa ending dlm ni x sama ngan ending kat dlm novel

    ReplyDelete