Mengigil-gigil tangan Hannah Irdina
menuangkan air ke cawan yang dipegang kejap oleh lelaki itu. Entah kenapa saat
matanya menjamah seraut wajah milik lelaki itu, tiba-tiba hatinya diserang rasa
takut. Masih kuat lagi ingatannya terhadap lelaki itu. Mana mungkin dia bisa
menghilangkan memori yang kuat melekat dalam kepalanya itu.
“Hati-hati tuang air tu, takut air
panas terkena tangan, aku tak nak nanti susut nilai pula bila tangan tu
melecur.” Kata lelaki itu seraya membawa tangan kirinya yang kosong bagi
mengampu jemari Hannah Irdina yang terketar-ketar.
Hannah Irdina yang terkejut dengan
tindakan lelaki itu tiba-tiba sahaja terlepaskan teko panas dari pegangannya.
Jatuh terhempas teko itu. Pecah berderai, bertaburan semua kaca di lantai.
“Dina..kenapa?” Soal Nek Nab yang
muncul tiba-tiba. Terkejut dan cemas dia apabila terdengar bunyi kaca jatuh.
“Tak..takde apa-apa, Dina ke dapur
dulu, ambil penyapu, nak bersihkan kaca” Jawab Hannah Irdina gugup. Sejujurnya
dia terkejut dengan kemunculan tiba-tiba lelaki itu. Rasa takut yang baru
sahaja menghilang selama tiga bulan itu muncul semula.
“Ashraf, bila sampai, kenapa tak
bagitahu Nek Nab yang Raf dah sampai.” Kata wanita tua itu apabila dia terlihat
kelibat lelaki yang tenang duduk berhadapan dengan Hannah Irdina sebentar tadi.
“Baru je sampai nek, sampai tadi
terus masuk.” Kata Ashraf tenang sedang matanya masih tidak lepas memandang ke
arah Hannah Irdina yang sedang menyapu serpihan kaca dari teko yang jatuh.
Nek Nab turut membuang pandang ke
arah yang sama.
“Kamu jangan kacau anak dara orang,
mesti kamu punya kerja sampai Dina terjatuhkan teko kaca tu agaknya.” Ucap Nek
Nab selamba. Sempat juga dia menjeling ke arah Hannah Irdina yang memandang
sekilas ke arahnya. Suaranya yang kuat itu memang dia sengajakan. Bukan dia
tidak kenal dengan cucunya Ashraf, memang cucunya itu suka mengganggu anak-anak
gadis, dan mungkin juga Hannah Irdina tidak terkecuali.
“Nek ni suka sangat tuduh Raf macam
tu, mana ada Raf kacau anak dara orang, rasanya anak dara orang yang buatkan
Raf pening kepala asyik memikirkan dia je.” Sahut Ashraf sambil merenung lama ke
arah Hannah Irdina yang turut memandangnya. Dalam maksud kata-katanya itu.
Sementara Hannah Irdina semakin
gugup, kata-kata yang terbit dari bibir lelaki itu mendalam maknanya dan dia
pasti kata-kata lelaki itu memang dituju khas buatnya. Walau dia nampak leka
meneruskan kerja-kerjanya namun jauh di sudut hatinya dia sudah mulai gusar.
Risau andai lelaki itu masih mendendami dirinya.
“Berapa lama kamu nak duduk sini?”
Soal Nek Nab sekaligus mematikan renungan Ahsraf kepada Hannah Irdina.
“Erm..entahlah, Raf ingat nak duduk
sini dulu untuk sementara waktu. Kenduri nenek ni bila?.” Sahut Ashraf
sekaligus menyoal, matanya dibuang ke arah para tetamu yang sibuk membantu Nek
Nab membuat persiapan majlis doa selamat. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu
bila tarikh sebenarnya kenduri tersebut. Dia cuma dimaklumkan oleh ibu bapanya
mengenai Nek Nab yang ingin membuat kenduri dan oleh kerana kedua ibu bapanya
itu tidak dapat hadir kerana ada urusan
di luar daerah, maka dirinya di arah untuk hadir bagi mewakili kedua-duanya.
“La.. kamu ni, ingatkan dah tahu, malam esok
kendurinya.” Jawab nek Nab lembut.
“Kalau malam esok, kenapa malam ni
dah sibuk-sibuk, macam nak buat majlis kahwin pula.” Sambung Ashraf. Untuk
seketika dia mencari semula kelibat Hannah Irdina, terlalu leka berbual dengan
Nek Nab sehingga kelibat Hannah Irdina menghilang pun dia tidak sedar.
“Nenek jemput ramai tetamu, jadi
kena la buat persiapan awal sikit, kalau esok baru nak buat, mana nak sempat. Kamu
pergilah naik ke bilik dulu, berehat. Kat bawah ni tak selesa, ramai orang
tengah buat kerja. Mungkin lewat malam baru semua beransur balik.” Saran Nek
Nab.
Mendengarkan saranan neneknya itu,
Ashraf berkira-kira untuk bangun dan berlalu ke tingkat atas, namun belumpun
sempat dia mengangkat punggung, matanya menangkap susuk tubuh Hannah Irdina
yang baru keluar dari pintu dapur. Ashraf tidak jadi bangun, dia duduk kembali
sambil memerhatikan Hannah Irdina dari jauh.
“Hai,punggung dah angkat tapi tak
jadi pula nak bangun?” Soal Nek Nab apabila melihatkan tingkah Ashraf sebentar
tadi. Matanya turut dibuang ke arah sorotan mata Ashraf. Apabila matanya dipaku
ke wajah Hannah Irdina, dia hanya mampu menggeleng-geleng kepalanya perlahan.
“Nek, siapa budak tu?” Soal Ashraf
tanpa menghiraukan kata-kata Nek Nab sebentar tadi. Dia menghantar pandangan
mata ke arah Hannah Irdina yang kembali duduk membantu serba sedikit golongan
wanita yang sibuk mengupas bawang-bawang.
“Kamu jangan mula nak mengarut,
bukan nenek tak tahu perangai kamu, sibuk nak mengacau anak dara orang, dah
pergi naik dulu, entah dah sembahyang ke belum.” Bebel Nek Nab.
Memang begitulah sikapnya apabila
berhadapan dengan Ashraf, bukan dia tidak tahu perangai cucu lelakinya itu.
Pantang sahaja bertemu anak dara berdahi licin, mula la cucunya itu naik
minyak.
“Nek, Raf serius ni, Raf macam
pernah tengok dia sebelum ni.” Sahut Ashraf serius. Mana mungkin dia boleh
melupakan seraut wajah milik Hannah Irdina, dia pasti Hannah Irdina ialah gadis
itu, walaupun penampilan Hannah Irdina nampak berbeza dari kali pertama dia
melihatnya, namun dia amat pasti dengan telahannya itu. Tidak mungkin matanya
itu menipu. Memang gadis yang ditemui tiga bulan dulu ialah orang yang sama;
Hannah Irdina. Dia amat pasti akan hal itu.
“Ah, anak kawan Nek Nab, kamu jangan
gatal ganggu dia pula, budak tu baik. Jangan nak buat perangai gila kamu kat
sini, kampung macam ni orang saling hormat menghormati. Kamu jangan pula malukan
nenek dengan perangai kamu tu, mengganggu anak dara orang.” Sambut Nek Nab
selamba.
‘Alah nek ni, orang tanya je..tak kan tak boleh.” Cebik
Ashraf seraya bangun dan berlalu ke tingkat atas. Langkahnya di atur laju
menuju ke bilik.
Sarat kepalanya memikirkan Hannah
Irdina.
“Dina, ibu balik dulu, kamu tidur la
rumah nek Nab, banyak lagi kerja yang nak dibuat. Kamu bantulah serba sedikit.
Esok ibu datang semula awal-awal pagi.” Kata Jamaliah saat dia bertembung
dengan Hannah Irdina semasa melewati tempat gadis itu duduk sambil mengupas
kulit bawang. Beberapa jiran berhampiran juga sudah mulai beransur pulang ke
rumah masing-masing. Hanya dia dan Maznah sahaja yang belum pulang.
“Baik bu, ibu balik dengan siapa?,
rasanya Mak Milah baru je balik tadi.” Soal Hannah Irdina kembali. Baru tadi
dia perasan jiran ibunya itu sudah pun berlalu keluar dari banglo itu hampir
setengah jam yang lalu.
“Ibu balik dengan Chik Maznah, dia
pun baru nak balik, kamu tolonglah nek Nab apa yang patut, esok kita balik
sama-sama.” Sahut Jamaliah sambil membuang pandang pada Maznah yang baru sahaja
berjalan ke arahnya.
“baik bu.” Jawab Hannah Irdina
pendek. Begitulah kebiasaannya. Memang jikalau Nek Nab anjurkan kenduri begitu,
dia dan ibunya ringan tulang untuk membantu. Dan dia juga seringkali
menghabiskan masa di banglo Nek Nab sejak habis pengajian hampir lima bulan yang lalu.
Begitulah rutinnya tatkala mengunjungi banglo Nek Nab, jarak rumah Nek Nab
dengan rumahnya yang jauhnya 5 kilometer itu menyebabkan ibunya terpaksa menumpang
jiran-jiran yang memiliki kereta untuk pulang ke rumah.
Sejujurnya dia sendiri tidak jelas
akan hubungan akrab yang terjalin antara ibunya dengan Nek Nab, yang dia tahu,
sejak dia kecil lagi, memang ibunya itu sedia akrab dengan keluarga Nek Nab walhal
jarak antara rumah mereka jauh dan dia sendiri tidak pernah terbuka mulut untuk
bertanya lanjut akan hal tersebut.
Keakraban tersebut jugalah yang membuatkan kadangkala Nek Nab menghantar
pemandunya Encik Razak untuk mengambil Hannah Irdina di rumahnya dan dibawanya
ke banglo Nek Nab. Bila ditanya apa tujuannya dia dijemput ke situ, Nek Nab
seringkali tersenyum dan mengatakan bahawa dia sering bosan dan memerlukan
teman untuk bersembang. Memang Hannah Irdina sendiri akui, Nek Nab selalunya
akan ajak dia duduk bersembang sahaja apabila dia berkunjung ke situ dan
apabila tiba waktu tengahari, wanita tua itu akan mengajaknya ke dapur, memasak
bersama-sama biarpun sudah ada pembantu rumah dibanglo besar itu.
“Boleh buatkan milo?” Sapa satu suara
membuatkan Hannah Irdina tersentak dari lamunannya. Jauh dia mengelamun di situ
sehingga tidak sedar. Cepat-cepat matanya dibuang ke arah empunya suara.
Tatkala matanya bertembung pandang dengan sepasang mata galak Ashraf, dia
tertunduk ke lantai tanpa bersuara balas.
“Masih ingat aku?” Soal lelaki itu
sinis. Soalan yang membuatkan Hannah Irdina kaku di tempat duduknya. Memang
waktu itu jam sudah menginjak ke nombor satu dan dia masih lagi meneruskan
beberapa kerja yang masih berbaki yang ditinggalkan oleh beberapa orang jiran
Nek Nab tadi. Nek Nab juga sudah lama naik ke atas untuk berehat. Hanya tinggal
dia sendirian meneruskan apa yang ditinggalkan. Tidak pula dia sangka lelaki
itu akan turun selewat itu.
“Buatkan aku milo.” Kata Ashraf lagi
apabila dilihatnya Hannah Irdina masih duduk memandang lantai. Dia sendiri
tidak tahu apa yang dia rasakan. Bertemu Hannah Irdina di rumah neneknya memang
di luar jangkaannya. Dan lebih memeranjatkan dirinya ialah tatkala melihatkan
penampilan Hannah Irdina yang jauh berbeza dari apa yang pernah dilihatnya tiga
bulan yang lalu.
Ashraf hanya mengekori langkah
Hannah Irdina sehingga ke pintu dapur dengan ekor mata. Hairan dan pelik dengan
pertemuan itu namun dia amat pasti matanya itu tidak mungkin akan menipunya.
Memang Hannah Irdina gadis yang dibida tiga bulan yang lalu. Dia amat pasti
akan hal itu.
Hannah Irdina membawa secawan milo
panas ke meja makan tempat Ashraf sedang duduk termenung jauh. Kali ini ketar
tangannya dikawal sebaik mungkin. Tidak mungkin lelaki itu akan melakukan
perkara yang tidak elok di banglo Nek Nab, jika ada cubaan daripada lelaki itu
untuk cuba
mengapa-apakan dirinya, dia tidak akan teragak-agak untuk menjerit kuat, biar
seisi rumah dengar jeritannya. Malah dalam banglo itu, bukan sahaja Nek Nab yang
ada, beberapa orang keluarga terdekat Nek Nab juga ada. Untung sahaja banglo
Nek Nab besar dan luas. Makanya, kunjungan beberapa keluarga itu tidaklah
mendatangkan masalah.
Hannah Irdina meletakkan cawan
berisi milo itu di hadapan Ashraf, sejurus itu dia pantas menuju ke tempat dia
duduk tadi. Ingin menghabiskan kerja mengemas, berada berdua-dua bersama lelaki
itu membuatkan jantungnya berdetak laju. Ada
rasa takut yang bertamu. Lebih cepat dia menyudahkan kerjanya, lebih cepat dia
boleh menghilangkan diri ke bilik, jauh dari lelaki itu.
“Kau hutang aku 30 ribu. “ Kata Ashraf
sambil membuang pandang ke arah Hannah Irdina yang masih tekun mengemas saki
baki surat
khabar yang digunakan bagi mengalas serpihan kulit bawang.
Hannah Irdina yang tekun menghabiskan
kerjanya bergegas ke dapur basah untuk membuang surat khabar yang telah digunakan itu.
Kata-kata Ashraf hanya dibiarkan sepi tanpa balasan. Detak jantungnya semakin
laju tatkala lelaki itu mengungkit akan hal itu.
“Kau hutang aku 30 ribu.” Kata lelaki
itu tenang sambil memerhatikan Hannah Irdina yang sedang membasuh tangan di
sinki secara membelakanginya.
Hannah Irdina yang terkejut dengan
kemunculan tiba-tiba lelaki itu di dapur terus berpaling menghadap Ashraf. Entah
bila lelaki itu mengekori langkahnya pun dia tidak sedar. Dilihatnya lelaki itu
sedang berdiri dibingkai pintu sambil menyandarkan bahu kanannya dibingkai
pintu, manakala kakinya disilangkan, sementara tangan kirinya memegang kemas
tangkai cawan yang berisi milo panas.
“Rasanya kau masih belum lupakan aku
kan ?” Soal
lelaki itu tenang sambil menghirup milo dicawan. Daripada tadi memang itulah
tingkahnya, tenang dan selamba.
Hannah Irdina terkejut. Dia yang
mulai takut dengan pertanyaan Ashraf bertindak mencapai salah satu pisau yang tersusun
rapi di rak pisau. Sebelum lelaki itu bertindak meelulu, lebih baik dia
bersedia untuk mempertahankan diri.
“Sa..sa..saya tak kenal awak.” Kata
Hannah Irdina gugup. Pisau ditangannya diangkat ke hadapan.
“Betul tak kenal? Atau…buat-buat tak
kenal?” Soal Ashraf seraya menapak perlahan-lahan menghampiri tempat Hannah
Irdina sedang berdiri.
“ja..jangan dekat, nanti saya bunuh!.”
Ucap Hannah Irdina takut-takut. Pisau ditangan sudah pun dihunus ke hadapan.
Mengisyaratkan supaya Ashraf tidak menghampirinya. Matanya dipejam rapat. Yang
dia rasakan saat itu hanyalah takut.
Ashraf hanya tersenyum nipis, ugutan
Hannah Irdina sedikit pun tidak mendatangkan kesan. Langkahnya masih diatur
senada menuju ke arah Hannah Irdina. Pantas cawan ditangan di letakkan di
kaunter pulau.
“Pegang pisau pun terbalik.” Ucap
Ashraf sambil membawa jemarinya ke arah pisau yang dipegang kejap oleh Hannah
Irdina. Membetulkan kedudukan pisau tersebut.
Jelas kata-katanya itu berjaya membuatkan mata Hannah Irdina terbuntang
sambil memerhatikan tingkahnya. Ashraf kemudiannya mengangkat sedikit
t-shirtnya dan meletakkan mata pisau di permukaan kulit perutnya yang berotot
“Sekarang baru betul, baru boleh tikam.” Ucapnya selamba sambil menekan
kulit perutnya ke mata pisau sehingga terbenam sedikit mata pisau di permukaan
kulit itu. Sengaja dia mahu menduga Hannah Irdina, mencabar jika benar Hannah
Irdina berani menikamnya.
Tindakan Ashraf itu menyebabkan Hannah Irdina panik dan melepaskan pisau
secara tiba-tiba. Hannah Irdina tergamam. Bunyi dentingan pisau yang jatuh ke
lantai seolah-olah menyedarkan tindakannya itu.
“Kenapa?, tak berani?” Soal Ashraf selamba. Keningnya dijungkit tinggi
bila mana mata Hannah Irdina terpaku diwajahnya.
Hannah Irdina pantas melarikan anak mata, membuang pandang ke lantai.
Panahan tajam anak mata Ashraf mengundang rasa takut di hatinya.
Ashraf tersenyum sinis. Kemudian dia kembali melangkah menghampiri Hannah
Irdina sehingga menyebabkan gadis itu terundur ke belakang dan berhenti tatkala
tubuh gadis itu bersatu dengan dinding dapur.
“Nak bunuh lipas pun tak lepas, inikan nak bunuh orang!.” Ucap lelaki itu
hampir di telinga Hannah Irdina sehingga menyebabkan gadis itu memejam rapat
matanya.
“hal tentang 30 ribu tu nanti kita bincang kemudian, sekarang aku nak
tidur dulu, dah lewat..”Sambung Ashraf lagi seraya melayangkan kucupan di pipi
Hannah Irdina sehingga membuatkan gadis itu tersentak.
Hannah Irdina menghela nafas lega
sejurus Ashraf menghilang ke biliknya namun kakinya masih belum mampu bergerak
untuk ke bilik. Tindakan lelaki itu mencium pipinya sebentar tadi benar-benar
melumpuhkan pergerakannya. Dia tidak menyangka lelaki itu berani sekali berbuat
begitu. Entah kenapa mulutnya juga terkunci untuk menjerit. Tatkala lelaki itu
menghampir tadi, dia seolah-olah buntu untuk berfikir.
Selang beberapa minit, barulah
kakinya mampu digerakkan. Pantas langkahnya di atur laju menuju ke biliknya. Ada rasa bimbang yang
bertamu. Kehadiran lelaki itu bakal menyingkap kisah yang selama ini disimpan
kemas. Pasti semuanya akan terbongkar jika Ashraf terus-terusan menggasaknya
seperti tadi. Dan dia juga tidak dapat menjangka tindakan Ashraf pada masa akan
datang. Sedangkan tadi juga lelaki itu sudah mengungkit akan hal wang 30 ribu
itu. Masakan dia boleh melarikan diri lagi setelah Ashraf dapat menjejaknya di
situ secara kebetulan.
Kalau best bagitahu ye :)
best..best..best..best!!!!!!!!! best sgt kak tulip haha..cpt2 sambung tau, dila jd yg pertame nk bce wehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa >_<
ReplyDeleteApeekah rahsia tuuuu..
ReplyDeleteAda kelainan di dlm storyline.... I likeee..... Harap sgt jgn ler cerita klise lagi.... Seronok dan teruja nak tau jln cerita yg seterusnya.... Suspense ni...
ReplyDeletebest nak lagi
ReplyDeleteseriously best (Y)...xsabar nak baca nie...update cepat2 eik
ReplyDeletesuka ! kak, fyi la kan.. kwn2 kita pon pggil kita Raf. lol. org terasa teruja giler ! cepat2 sambung entry baru ea? thx ! :)
ReplyDeleteserius best...cepat sambung...
ReplyDeletememang best...banyak persoalan..tak sabar nk tau camne adanya hutang rm30k diantara Ashraf n Hannah..hutang apakah itu?????..harap Cik Tulip cepat2 sambung..tak sabar dh ni...
ReplyDeletebest-best, sambung lagi kak tulip, kita tunggu ^^
ReplyDeletebest sesangat cik tulip.. kalo boleh sambung cepat2 ekh..
ReplyDeletetak sbar tunggu ne.,.
best..best...x sabar nak tahu kisah seterusnya..apa yg berlaku antara Ashraf dan Hannah...
ReplyDeletebest...
ReplyDeletebest..sambung lagi
ReplyDeleteBesstttttttttttt
ReplyDeletebestlah kak tulip. terbaikk! nk lagi. hehe
ReplyDeletebest cik tulip. harap cepatkan n3 seterusnya
ReplyDeletekalo hero bad boy mestilh la best... aii like
ReplyDeleteakak sukeeee...wat suspen je si asraf tu, jgn lama2 nxt n3 ye.
ReplyDeletebesttt...bad boy..aii likeeee...hahaa
ReplyDelete::TR::
actually..apa rahsia yg termetri diantara minah tu ngan mamat poyo tu tulip..adakah hannah tu rosak ahlaknya semasa duduk dibandar dan menjadi GRO...ce story sikit..teruja nak tahu..
ReplyDeletebest!mnarik akak tulip!!
ReplyDeleteBestlah, nak lg boleh. Suka sgt kalau jln cite dia penuh dgn suspen dan Trill.
ReplyDeleteBy d way, buku awk "Kau Untukku" pon best. Sy dah baca lebih dr 10 X. Skrg tgh tggu "Bukan Isteri Sempurna" pulak, agak-2nya bila nak kuar..
bukan isteri sempurna insyaallah 6 bulan lps novel pertama.novel cik tulip tu tajuknya 'aku untukmu'.yg 'kau untukku' tu rasanya tulisan aisya sofia :)
DeleteBest sgt,,,,,,,waaaaaa ohsemmmmmmm
ReplyDeleteBaru jumpa. Permulaan cerita yg ohsem. ;-)
ReplyDelete