Hannah Irdina masih bermenung di meja
makan. Beg kecil yang terisi dengan berapa helai pakaiannya diletakkan dikaki
kerusi. Ibunya sudah lama pulang, usai majlis doa selamat selesai tadi, Hanya
dia masih menunggu di situ, meneruskan kerja-kerja yang masih berbaki sejak
majlis selesai.
“Dina, boleh tak kalau malam ni
terus bermalam kat sini?” Tiba-tiba Nek Nab yang muncul dari pintu utama rumah
menyoal.
“Kenapa Nek Nab, Dina memang dah
siap-siap ni.” Sambut Hannah Irdina pelik. Tadi Nek Nab sendiri yang memintanya
menunggu sebentar sementara wanita tua itu pergi mendapatkan Encik Razak,
pemandunya.
“Pakcik Razak takde pula, Nek Nab
ingat dia ada tadi, keluar tengok kat laman, kereta takde. Entah mana dia
pergi, tak pula bagitahu Nek Nab.” Rungut Nek Nab perlahan.
“Apa kata Dina tidur semalam lagi,
nanti Nek Nab tolong telefon ibu Dina, bagitahu.” Sambung Nek Nab lagi.
“Eh, takpelah Nek Nab, Dina rasa nak
balik juga malam ni. Semalam dah tidur sini, tak sedap pula tinggalkan ibu
tidur sorang-sorang kat rumah.” Dalih Hannah Irdina. Walhal dihatinya, dia
tidak mahu kejadian semalam berulang. Seboleh-bolehnya dia mahu cepat-cepat
pulang ke rumah. Tidak sanggup rasanya mahu berhadapan dengan lelaki itu.
lelaki yang berjaya menganggu gugat perasaannya.
“Sape nak hantar Dina? , pakcik
Razak tiada ni.” Soal Nek Nab sekaligus menyuarakan kegundahannya.
“Biar Raf yang hantar.” Tiba-tiba
Ashraf bersuara dari anak-anak tangga.
Terbuntang mata Hannah Irdina
mendengar perlawaan lelaki itu. Tidak pernah dia menyangka lelaki itu pula yang
akan menjadi driver yang bakal menghantarnya ke rumah malam itu. Tidak senang
duduk Hannah Irdina ketika itu, ada gusar bersulam takut yang bertamu
dihatinya. Ikhlaskah perlawaan lelaki itu atau sebenarnya ada agenda yang ingin
lelaki itu lancarkan terhadap dirinya. Memikirkan perkara itu, terasa hatinya
diamuk resah.
“Err..takpelah Nek Nab, Dina tunggu
pakcik Razak balik dulu.” Suara Hannah Irdina gugup. Entah kenapa hatinya tidak
sedap mendengar perlawaan lelaki itu.
“Takpe, biar saya hantar.” Tegas
suara lelaki itu membuatkan hati Hannah Irdina kecut. Perkataan ‘saya’ yang
digunakan lelaki itu seolah-olah cuba menutup rahsia yang tersimpan
kemas diantara dirinya dan lelaki itu.
“Betul ke kamu ni Raf, selalunya
malas nak ambik tahu hal-hal macam ni.” Bebel Nek Nab, entah kenapa perlawaan
cucunya itu terasa janggal ditelinganya. Jarang sekali cucunya itu mengambil
berat akan hal orang.
“Biar Raf yang hantar, lagipun Raf nak
terus balik nanti.” Sahut Ashraf lagi.
“Kamu kata nak duduk lama sikit,
tiba-tiba je nak balik pula, pelik la kamu ni.” Rungut Nek Nab sambil
menggeleng-geleng kepala.
“Baru ingat ada hal sikit nak buat,
lepas selesai urusan Raf, Raf datang semula.” Jawab Ashraf acuh tak acuh.
“Kalau dah macam tu kamu kata,
terpulanglah. Tapi jangan jual pula anak dara orang.”Seloroh Nek Nab sambil
memandang ke arah Hannah Irdina yang sedari tadi diam membisu.
“Mana boleh jual nek, anak dara
mahal ni, 30 ribu harganya.” Sahut Ashraf sambil menjeling sekilas ke arah
Hannah Irdina sehingga menyebabkan gadis itu tertunduk menyembunyikan wajahnya.
“Ada-ada sahaja kamu ni.” Sambut Nek Nab tanpa mengesyaki apa-apa.
Telefon bimbit dari beg kecil
dikeluarkan. Pantas jemari Hannah Irdina menekan beberapa nombor namun belum
pun sempat dia melekapkan telefonnya ke telinga, Ashraf dengan selamba merampas
telefon itu dari tangan Hannah Irdina.
“Apa awak buat ni?!” Soal Hannah
Irdina kasar.
Ashraf hanya tersenyum sinis.
“Garang!, I like!.” Sahut Ashraf selamba.
“Nak call siapa?” Soalnya kembali. Sinis.
“Awak sibuk kenapa?” Soalan Ashraf
dibalas soalan kembali. Benci pula dia dengan tingkah lelaki itu.
“Mestilah sibuk sayang, sebab you tu
harta I.” Ucap Ashraf selamba sambil menjeling sekilas ke arah Hannah Irdina.
“saya manusia bebas, bukan hak
siapa-siapa!” Selar Hannah Irdina tegas.
“Iyeke?, habis tu duit abang yang
habis 30 ribu untuk sayang tu macam mana?” Sambut Ashraf sinis. Sengaja dia
lembutkan suaranya, berbicara lagak romantis.
Hannah Irdina terdiam. Nyata bicara
lelaki itu berupaya mengunci bibirnya dari menyahut. Kalau tadi dia petah
membalas kata-kata lelaki itu, kini dia terdiam dengan ungkitan yang bermain di
bibir Ashraf.
“Kita nak ke mana ni?” Soal Hannah Irdina
tiba-tiba bila lelaki itu memandu melencong ke arah lain, tidak menuju ke arah
yang menempatkan rumahnya.
‘balik rumah abang la sayang, bila
lagi nak bayar balik 30 ribu tu, sekarang la masanya, lainla kalau sayang ada cash 30 ribu sekarang, boleh bayar
terus, abang akan hantar sayang sampai depan pintu rumah.” Ucap Ashraf sinis.
“Awak jangan berani nak apa-apa kan saya!” Ucap Hannah
Irdina keras, namun getaran suaranya tidak dapat dia sembunyikan. Ada rasa takut bercampur
sedih yang bertamu. Air matanya sudah mulai bergenang di tubir mata.
“kalau aku nak buat jugak?” Soal
lelaki itu selamba dengan mata yang masih difokuskan pada jalan raya.
Tergamam Hannah Irdina mendengar
balasan kata dari Ashraf. Tanpa sedar air mata yang bergenang di tubir mata,
menitis ke pipi. Rasa takut, gusar dan sedih bercampur baur menjadi satu
perasaan yang menyentap tangkai hatinya. Kata-kata Ashraf seolah-olah
memberitahunya yang malam itu dia mungkin tidak akan terlepas lagi dari mulut
lelaki itu.
“Tolonglah jangan apa-apakan saya..”
Rayu Hannah Irdina dalam lirih. Air matanya sudah tidak mampu dibendung lagi.
Laju mengalir di pipi.
“Sepatutnya kau fikirkan risiko tu
dulu, sebelum kau jual diri kau!” Balas Ashraf sinis. Entah kenapa hatinya
keras.
Hannah Irdina terdiam. Nyata telahan
Ashraf tidak benar sama sekali. Dia tidak pernah menjual dirinya. Yang
sebenarnya bersalah adalah orang lain. Dia hanyalah mangsa keadaan, mangsa
kerana kenaifannya. Andai mampu diundurkan masa, pasti dia tidak akan pernah
mempercayai lelaki itu. Tiba-tiba Hannah Irdina teringat kembali kenangan yang
memalit sejarah hitam dalam diari hidupnya.
“Abang Rozi buat apa?” Soal Hannah
Irdina tidak faham. Sejak tadi lagi Abang Rozi asyik berbincang lama di hujung
sudut bilik itu, kini dia pula disuruh untuk mengikut dua orang lelaki yang
tidak dikenali itu. Dia sudah tidak sedap hati. Melihatkan tingkah kedua-dua
lelaki itu, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.
“Dina ikut diorang ni ye, nanti
diorang akan bagi kerja pada Dina.” Jawab Roziman senada. Duit ditangan
dimasukkan ke dalam poket seluar jeans lusuhnya.
“Kenapa pula Dina kena ikut
diaorang, abang kata nak bantu Dina dapatkan kerja?.” Soal Hannah Irdina tidak
faham. Sejak di kampung lagi Roziman sudah berjanji dengan ibunya bahawa lelaki
itu akan membantunya mencari kerja di bandar tetapi apabila tiba di bandar,
Roziman bertindak menyerahkan dia kepada orang lain pula. Tindakan Roziman itu
memang pelik pada pandangannya.
“Dina ikut saje diaorang, lepas ni
diaorang bawa Dina pergi tempat kerja Dina.” Dalih Roziman. Soalan Hannah
Irdina yang bertubi-tubi akan menyebabkan rahsianya bocor. Sedangkan sudah lama
dia merancang semua itu.
“Abang jual Dina ke?” Soal Hannah
Irdina serius. Melihatkan tingkah dua lelaki yang sedang menantinya itu, dia
sudah dapat mengagak apa yang berlaku. Dah bertambah pelik lagi apabila
dilihatnya Roziman menerima sejumlah duit dari salah seorang lelaki itu tadi.
Hatinya kuat mengatakan bahawa Roziman sudah menjual dirinya.
“Dah!, jangan banyak tanya. Kan abang dah suruh ikut
diaorang, apa lagi yang Dina bising-bising.” Sahut Roziman kasar.
“Sampai hati abang!, kan ibu harapkan abang
untuk cari kerja untuk Dina, kenapa abang sanggup buat Dina macam ni?” Soal
Hannah Irdina lagi. Matanya sudah tidak mampu menahan air mata dari mengalir.
Roziman memang kejam, harapkan pagar,pagar makan padi!.
“dah bawak dia pergi!” Kata Roziman
kasar.
Kedua-dua lelaki tadi menghampiri
Hannah Irdina lalu tangan Hannah Irdina dicengkam kuat.
“Tolonglah bang, jangan buat Dina
macam ni!” Rayu Hannah Irdina lagi.
Rayuan Hannah Irdina hanya dibiarkan
sepi. Roziman berlalu saat kedua-dua lelaki tadi mengheret tubuh Hannah Irdina
ke dalam kereta.
“Bukak baju kau tu!, Pakai yang ini!” Suara
kasar seorang wanita melayu dalam lingkungan usia 40 tahun menyebabkan Hannah
Irdina tersentak. Wanita itu kemudiannya mencampakkan sehelai gaun ketat pendek
tanpa lengan ke hadapan Hannah Irdina yang sedang duduk di katil sambil memeluk
lutut.
Hannah Irdina memerhatikan baju yang
baru sahaja dibaling dihadapannya. Tidak mungkin!. Itulah yang dia terfikirkan
saat itu. Tidak mungkin dia akan mengenakan baju seseksi itu. selama dia hidup,
tidak pernah lagi dia mendedahkan tubuhnya di khalayak ramai dan tidak mungkin
sekarang dia akan lakukan perkara sebegitu. Dia masih waras dalam memikirkan
dosa dan pahala!.
‘Saya tak nak!” Hannah Irdina
bersuara keras. Memang dia sama sekali tidak akan mengenakan baju itu pada
tubuhnya.
“Apa kau kata?” Soal wanita tadi
dalam senyum sinis.
“kau ingat kau ada pilihan?, kalau
kau tak nak pakai sendiri, aku boleh panggil lelaki-lelaki tadi tolong pakaikan
untuk kau!, jadi kau punya pilihan samaada nak pakai sendiri atau nak diaorang
pakaikan!” Kata wanita itu lagi dalam nada sinis.
Hannah Irdina terpanar seketika.
Kata-kata wanita itu menyebabkan hatinya diserang rasa takut.
“10 minit lagi aku masuk, pastikan
kau bersedia!” Kata wanita itu lagi seraya berlalu.
Hannah Irdina termenung jauh, berat
rasa hatinya ingin menuruti permintaan wanita itu tetapi jika dia membantah,
bermakna dia juga menempah bala. Bagaimana jika ugutan wanita tadi benar, jika
dia tidak menukar sendiri bajunya, bermakna lelaki-lelaki tadi yang akan
menukarkan untuknya. Memikirkan perkara itu, dia jadi takut sendiri. Mana
mungkin dia akan membenarkan perkara itu terjadi. Mahu tidak mahu dia terpaksa
juga memakai baju yang diberi kepadanya itu.
Hannah Irdina mengeluh berat. Kala
itu dia rasa teramat marah kepada Roziman. Memang Roziman bermulut manis,
menabur harapan palsu padanya walhal lelaki itu sebenarnya sudah punyai
rancangan jahat sendiri. Memikirkan semua itu Hannah Irdina jadi sebak,
bagaimana dengan ibunya. Tentu sahaja ibunya itu akan bimbang jika tahu dia
sebenarnya sudah di jual oleh Roziman. Tanpa sedar air mata Hannah Irdina
mengalir di pipi.
Tubuh Hannah Irdina terdorong ke
tengah-tengah pentas apabila ada tangan kasar yang menolaknya sebentar tadi.
Tatkala dia berdiri betul-betul ditengah pentas, dia terkejut apabila
menyaksikan dewan itu dipenuhi oleh puluhan manusia yang sedang memandang tepat
ke arahnya. Hannah Irdina gugup. Gaun seksi yang tersarung ditubuhnya
membuatkan dia rasa malu sendiri. Mata-mata yang memandang seolah-olah ingin
menelannya bulat-bulat.
“A
Virgin.”Kata seorang lelaki yang berdiri di sisi pentas. Lagaknya
seolah-olah pengerusi majlis dalam majlis itu. Tangan kirinya memegang mikrofon
sementara tangan kanannya mengunjuk ke arah Hannah Irdina.
Semua mata yang hadir memanah tepat
ke arah Hannah Irdina.
“Kita mula dengan lima ribu.” Sambung lelaki itu.
Sementara Hannah Irdina sudah
terpinga-pinga, tidak tahu apa yang sedang berlaku.
“Sepuluh ribu!” Kata satu suara di
tengah-tengah pentas.
“Okey, kita ada sepuluh ribu dari
encik yang duduk di kerusi nombor 55. Ada
lagi yang ingin….”
“Lapan belas ribu!” Tiba-tiba ada
suara yang meningkah sebelum sempat ‘pengerusi majlis’ tadi melanjutkan
kata-kata.
“Lapan belas ribu dari lelaki
berkemeja hijau di kerusi bernombor 12, ada lagi yang nak tambah harga?” Kata
pengerusi majlis sambil membuang pandang ke arah hadirin di hadapannya.
Hannah Irdina terpaku melihat semua
yang berlaku. Sedikit demi sedikit mindanya sudah mampu memproses apa yang
sedang berlaku. Lelaki-lelaki itu sedang membida dan yang paling menakutkan
dirinya ialah barang yang dibida itu adalah dirinya sendiri!
“Kita ada lapan belas ribu, kalau
ada yang mahu membida harga yang lebih tinggi, peluang masih dibuka.” Sambung
lelaki tadi.
Suasana diam seketika.
“Kalau tiada….”
“Lapan belas ribu satu….., lapan
belas ribu dua…”
“Dua puluh ribu!” sahut satu suara
dari kerusi yang paling belakang.
“Kita ada dua puluh ribu!, nampaknya
semakin hangat bidaan kali ini, ada lagi yang nak tawarkan harga lebih tinggi?”
Soal ‘pengerusi majlis’ itu lagi sambil membuang pandang ke hadapan.
Mencari-cari kelibat lain yang ingin membida dengan harga yang lebih tinggi.
Hampir sepuluh minit menunggu, masih
tiada reaksi dari semua tetamu.
“Dua…” Belum sempat dia menghabiskan
ayatnya, ada satu suara yang meningkah.
“tiga puluh ribu!” Tiba-tiba
terdengar suara dari arah pintu belakang dewan. Seorang lelaki sedang berdiri
menyandar bahu di bingkai pintu sambil menyilang kaki dengan salah satu
tangannya menyeluk poket seluar.
Semua mata mengalih pandangan ke
arah lelaki yang baru bersuara itu. Mereka tergamam.
“Tiga puluh ribu…!” Ucap ‘pengerusi
majlis’ itu meleret.
Suasana sunyi untuk seketika. Masa
seolah-olah terhenti. Masing-masing yang
berada dalam dewan terdiam. Dari harga bidaan dua puluh ribu, kini harga bidaan
naik ke tiga puluh ribu. Mana mungkin ada lagi yang mampu menawarkan harga yang
lebih tinggi. Jika ada pun hanya setakat dua puluh lima ribu sahaja.
“Tiga puluh ribu satu…., tiga puluh
ribu dua…, tiga puluh ribu tiga!.” Sambung ‘pengerusi majlis’ apabila tiada
lagi respon dan tindak balas dari hadirin lain. Kata-katanya tadi mati di situ.
Semua hadirin hanya terdiam.
“Sold!,
to the guy over there.” Kata ‘pengerusi majlis’ sambil menunjuk ke arah
lelaki yang berdiri di bingkai pintu tadi.
Tangan Hannah Irdina dicengkam kasar
dan dibawa menuju ke belakang dewan. Dia kemudiannya diserahkan kepada lelaki
yang membidanya tadi. Tatkala tubuhnya ditolak supaya mengikut lelaki yang
membidanya itu, dia mengeraskan tubuh. Entah apa lagi nasib yang akan
menimpanya sekiranya dia mengikut lelaki itu.
“Kalau kau degil, aku tak kan teragak-agak untuk
gunakan cara kasar!” Ugut salah seorang lelaki yang mengambilnya dari tangan
Roziman tempoh hari.
Kecut hati Hannah Irdina mendengar
ugutan lelaki itu. Dengan berat hati kakinya digagahkan jua menghampiri kereta
lelaki yang telah pun membelinya dengan harga tiga puluh ribu itu. Belumpun
sampai di pintu, dilihatnya lelaki itu sudahpun membuka pintu untuknya. Dengan
rasa takut yang masih kuat membelenggu hati, Hannah Irdina masuk ke dalam
kereta. Terlepas dari mulut buaya, kini dia masuk pula ke dalam mulut harimau.
Hannah Irdina membuang pandang
keluar tingkap apabila lelaki itu masuk ke dalam kereta. Entah apalah nasibnya
selepas itu, takut untuk dia membayangkan. Jauh di sudut hatinya dia tidak
berhenti berdoa, semoga musibah itu berlalu meninggalkannya dan dia selamat dan
tidak diapa-apakan. Untuk menangis ketika itu, dia rasa tidak berdaya,terlalu
tidak berdaya. Fikirannya buntu, akalnya beku untuk berfikir jauh. Yang pasti
dia cuma harapkan keajaiban berlaku dalam sekelip mata.
“Tiga puluh ribu untuk perempuan
macam kau, tak la berbaloi sangat tapi aku suka ambil risiko.” Ucap lelaki itu
tiba-tiba.
Hannah Irdina hanya mendiamkan diri.
Fikirannya buntu. Berserabut memikirkan nasibnya ketika itu.
“Kalau nak kata cantik, ada lagi
yang lebih cantik!” Sindir lelaki itu.
Hannah Irdina membuang pandang
keluar. Kata-kata yang terbit dari bibir lelaki itu memang cukup membuatkan dia
rasa terhina. Namun untuk membalas kata-kata lelaki itu dia tidak berdaya.
Hannah Irdina tersentak apabila
dengan tiba-tiba lelaki itu menyentuh pahanya yang terdedah.
Cepat-cepat Hannah Irdina
mengalihkan posisi kakinya.
“Kita nak ke mana lepas ni?” Soal
lelaki itu.
Hannah Irdina diam tidak menjawab.
Memang dia tiada jawapan untuk soalan lelaki itu.
“tolong lepaskan saya.” Kata Hannah
Irdina lambat-lambat. Memang ketika itu, hanya itu sahaja yang mampu dia
fikirkan.dia hanya mahu dirinya dilepaskan.
“What?!.”
Soal lelaki itu dalam senyuman sinis.
“Aku bayar kau tiga puluh ribu tapi
kau minta dilepaskan?, aku ni nampak macam orang bodoh ke?” Soalnya lagi.
Nadanya masih sinis.
“Tolonglah lepaskan saya, saya rayu
pada awak.” Rayu Hannah Irdina penuh harapan.
Lelaki itu diam tidak menjawab.
Selepas hampir setengah jam memandu,
mereka tiba di bangunan yang menempatkan unit-unit apartment.
“Turun.” Arah lelaki itu tegas.
Hannah Irdina yang masih takut-takut
hanya menurut. Mindanya mula terfikir untuk melarikan diri dan mendapatkan
pertolongan tetapi hatinya meningkah, bimbang jika tersalah langkah. Pasti
nasibnya akan lebih buruk lagi. Penyudahnya dia hanya menurut langkah kaki
lelaki itu menuju ke apartment yang terletak di tingkat 11.
Debaran jantung yang memang sedia
tidak sekata itu bertambah berdebar saat dia melangkahkan kaki masuk ke dalam
apartment itu. Entah apa lah nasib yang akan menimpanya selepas itu.
Dilihatnya ada beberapa perabot
yang tersusun kemas. Hannah Irdina hanya memandang dengan kerlingan mata
sahaja. Ada
rasa takut dan bimbang yang bertamu dihatinya saat itu. semenjak dia merayu
lelaki itu di dalam kereta tadi, tiada lagi perbualan yang tercetus antara
mereka.
“Duduk.” Arah lelaki itu sejurus dia
membaling gugusan kunci ke atas meja kaca di hadapan sofa berbentuk L. Lelaki
itu kemudiannya menuju ke dapur yang terletak bersebelahan ruang tamu itu.
Seketika kemudian, dia kembali
bersama dua tin air minuman.
“Minum.” Kata lelaki itu seraya
menghulurkan tin minuman karbonat itu kepada Hannah Irdina yang telahpun duduk
di sofa.
Hannah Irdina menyambut dengan tangan
yang sedikit menggigil.
Lelaki itu kemudiannya mengambil
tempat di sebelah Hannah Irdina sambil melingkar tangan ke atas sofa di
belakang Hannah Irdina sementara tangannya yang satu lagi memegang air tin.
Hannah Irdina mengengsot sedikit ke
kanan sofa, mencipta jarak antara mereka.
Namun semakin Hannah Irdina cuba
mencipta jarak, semakin lelaki itu mengengsot mendekati tubuh Hannah Irdina.
Hannah Irdina sudah mulai diserang rasa takut. Sekali lagi Hannah Irdina
mengengsot ke tepi sofa namun sepantas itu juga lelaki itu meletakkan minuman
di tangannya lalu merapatkan tubuhnya ke tubuh Hannah Irdina. Hannah Irdina
sudah mula tidak sedap hati.
Tatkala lelaki itu semakin merapatkan
tubuhnya, Hannah Irdina cepat-cepat menolak tubuh lelaki itu dengan tangannya.
Tidak mahu lelaki itu semakin mendekatinya namun tatkala Hannah Irdina cuba menolak
tubuh lelaki itu menjauh, kedua-dua tangan lelaki itu pantas menagkap dan
menggenggam kedua-dua tangannya sehingga menyebabkan pergerakannya kaku
sebentar. Hannah Irdina tergamam seketika.
Lelaki itu hanya tersenyum sinis
tanpa suara. Belumpun sempat Hannah Irdina mencerna apa yang sedang berlaku,
lelaki itu sudahpun bertindak mencium pipi Hannah Irdina. Sekali lagi Hannah
Irdina tersentak. Terasa degup jantungnya berdegup lebih pantas dari biasa.
Takut. Itulah yang dia rasakan kala itu.
“Tolong jangan apa-apakan saya.”
Rayu Hannah Irdina dalam getaran suara.
Sementara lelaki itu masih lagi
mempamerkan senyuman sinis. Tiada suara yang terbit dari bibirnya.
Tanpa bicara dan kata, lelaki itu
sekali lagi membawa bibirnya dekat ke wajah Hannah Irdina sehingga menyebabkan
Hannah Irdina kaku tanpa suara. Hanya takut yang menyelubunginya saat itu.
Hannah Irdina hanya mampu memejam rapat matanya saat dia rasakan wajah lelaki
itu sudah terlalu hampir dengan wajahnya.
Tiba-tiba, telefon bimbit lelaki itu
berbunyi dari sisi meja. Hannah Irdina terasa seperti tangannya dilepaskan
tiba-tiba. Namun begitu, matanya masih dipejam rapat. Seketika kemudian dia
rasakan seperti lelaki itu bangun dan bergerak menjauhinya. Hannah Irdina
pantas membuka matanya. Dilihatnya lelaki itu sudahpun menghilang ke luar
balkoni sambil telefonnya di lekap di telinga.
Untuk seketika Hannah Irdina
mendapat idea. Pada kesempatan itu, dia merancang untuk melarikan diri. Kunci
rumah di atas meja di tengah sofa diraih dengan jemari. Sepantas kilat dia
berlari menuju ke pintu rumah. Untung sahaja lelaki itu tidak mengunci gril
pintu, jika tidak pasti dia perlu mengambil masa yang lama untuk melarikan
diri.
Sejurus meloloskan diri keluar dari
apartment, Hannah Irdina menutup rapat pintu apartment dan dengan tangan yang
terketar-ketar dia mengunci pintu gril. Dia kemudiannya berlari menuju ke pintu
lif, kunci rumah lelaki itu sempat dibaling ke dalam tong sampah berdekatan.
Dia sudah tidak berpaling ke belakang lagi. Bimbang dapat dikejar oleh lelaki
itu. Dengan degupan jantung yang berdegup laju, Hannah Irdina masuk ke dalam
lif dan cuba
lari bagi menyelamatkan diri.
bersambung....
Saspennya citer. Next... hehehe
ReplyDeletegiler best..cik tulip,update la cepat2.xsabor den nak nunggu neh :)
ReplyDeletela apa ke bodoh bli virgin ni... mbazir jer dwit. kan hero bad boy, kalo stakat nak mistress, pompuan dkt luar pun blamabak, nama pun bad boy, ayat ckit dapat la... lgi2 pompuan zaman sekarag, dwit jer dorg nampak... tsk tsk manusia zaman sekarang ni, dah lupa agama agaknya.... aishhhh good job cik writer, pmulaan yg bagus....
ReplyDeletenaugthy bad boy... aii like
Deletenak lg,,,^_________^
ReplyDeletelari cepat.... takut!! huhu
ReplyDeletenice start!
makin suspense cerita ni padahal baru bab 2.... hihihi.... harap sambung entri seterusnya lagi....
ReplyDeletehihihi...best..smbg cepat2 ye...panjangkn skit n3
ReplyDeleteOowh.. Ai mmg suka bad boy niii.. Ptt la dia gerammmm sgt ngn dina! Hehehe.. Cerdik dina ni..m bgs2.. Hrp kali ni pon terrlepas lagi.. Chaiyokk dina
ReplyDeleteaii pun suka bad boy.... noty n yummy... ekekkeek
DeleteYummmy??? Hahaha
Deletecepatlah update
ReplyDeleteAla . . . .flashback la pulak. tapi apa jd pas si Raf bw HI tu. bw blk ke rumah Raf . . .
ReplyDeletehuh...berdebar plak bca en3 ni....agak2 ke mana la raf nak bawak hanah pergi ye...cik tulip cepat2 la update ye....
ReplyDeletehahha..best2~~ xsabar nak tggu next entry! good job writer!
ReplyDeletenak lagi...best...cepat2 update ye.
ReplyDeletesambung cepat2 ye.....tak sabar dah ni...best2...;)
ReplyDelete2nd tym bce.like part ni!huhu..
ReplyDeleteada lg ke dgg mnusia camni...
ReplyDelete