BAB 7
Sara Adelina mundar mandir dalam biliknya dalam keresahan. Sekali sekala dia
menjeling ke arah meja solek yang terhias dalam bilik itu. Selama dua bulan
yang berlalu, dia sepatutnya sudah boleh mengagak apa yang sedang dia alami
namun seboleh-bolehnya dia menafikan perkara itu. Namun apabila tidur malamnya
sering terganggu dengan perkara itu, dia tidak boleh menangguh. Dia perlu
meredakan gelodak hatinya itu. Tetapi setelah dia peroleh keputusan itu
sendiri, hatinya bertambah runsing. Mengenangkan apa yang sedang dialami
olehnya sejak kebelakangan ini, dia tidak yakin untuk berhadapan dengan perkara
itu.
Akhirnya Sara
Adelina bergerak menuju ke meja solek. Alat yang diletakkan di atas meja itu
diraih ke dalam genggamannya. Apapun yang akan berlaku, dia perlu berhadapan
dengan kebenaran itu. Pantas dia aturkan langkah kakinya keluar bilik. Dia
perlu berterus terang dengan Syarifah Raziah, dengan Syed Ziqri.
Sara Adelina
melabuhkan duduk di sofa, berhadapan dengan Syarifah Raziah dan Syed Ziqri yang
sedang leka berbual. Setelah dia menimbang banyak perkara maka dia nekad mahu
memberitahu kedua-duanya akan hal itu.
Tindakan Sara
Adelina yang duduk tiba-tiba tanpa suara itu mengundang rasa hairan di hati
kedua-duanya. Syarifah Raziah dan Syed Ziqri yang leka berbual tadi berhenti
berbual. Kini perhatian mereka ditumpukan kepada Sara Adelina yang duduk sambil
menggenggam tangan memandang karpet.
“Sa...Sara
mengandung..” Kata Sara Adelina lambat-lambat.
Terpanar Syed Ziqri
dengan berita yang baru dikhabarkan oleh Sara Adelina itu. Matanya membulat
memandang Sara Adelina. Terkejut!, itulah yang dia baru rasakan saat itu.
Sementara Syarifah Raziah terdiam seketika. Terkejut dengan bicara yang baru
diluah oleh Sara Adelina itu.
“Sara pasti?” Soal
Syarifah Raziah apabila suasana diam kerana masing-masing terperanjat dengan
berita itu.
Sara Adelina hanya
mengangguk perlahan. Alat pregnancy test ditangannya
dihulurkan kepada Syarifah Raziah.
Syed Ziqri tanpa
suara terus bangun dan berlalu. Meninggalkan kedua-duanya yang sudah
mempamirkan riak terkejut di wajah.
“Ziq mungkin
terkejut.” Kata Syarifah Raziah tatkala wajah mendung Sara Adelina dijamah
matanya. Dia tahu bukan itu reaksi yang diharapkan oleh Sara Adelina dari Syed
Ziqri.
Sara Adelina hanya
mengangguk lemah. Walaupun hatinya terguris dengan tindakan Syed Ziqri yang
bangun dan berlalu tanpa kata namun dia sabarkan hatinya. Mungkin Syed Ziqri
terperanjat kerana tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku. Dan jika lelaki
itu perlukan masa dan ruang, dia tiada pilihan lain melainkan mengikut sahaja
rentak Syed Ziqri. Rela atau tidak, lelaki itu pasti akan menerima juga hakikat
itu. Hakikat bahawa dia kini sedang mengandungkan anak lelaki itu.
Kedinginan Syed Ziqri meresahkan hati Sara Adelina. Semenjak dia mengkhabarkan
tentang kandungannya, Syed Ziqri sudah tidak bertegur sapa dengannya. Apabila
dia menegur sekalipun lelaki itu hanya mempamirkan riak dingin. Bencikan Syed
Ziqri padanya?, pada anak dalam kandungannya?. Atau lelaki itu sebenarnya masih
belum dapat menerima hakikat bahawa Sara Adelina kini sedang mengandungkan
anaknya. Resah hati Sara Adelina memikirkan hal itu.
Reaksi Syed Ziqri
itu sedikit pun tidak dijangkakan oleh Sara Adelina. Sangkanya setelah berita
itu dimaklumkan kepada Syed Ziqri, lelaki itu akan cuba mendekatinya. Demi
untuk anak dalam kandungannya tetapi hal yang sebliknya pula yang berlaku. Syed
Ziqri semakin dingin tatkala berhadapan dengannya. Bertambah runsing hati Sara
Adelina memikirkan perkara itu. Jika keadaan berterusan begitu, bagaimana dia
akan meneruskan kehidupannya. Sejujurnya dia juga mahu Syed Ziqri memberikan
komitmen terhadap anak dalam kandungannya.
Bagaimana dengan
nasib anak itu jika Syed Ziqri bertindak menyisihkan diri?. Bagaimana pula dia
akan mengharungi dugaan mengandungkan anak lelaki itu jika Syed Ziqri tidak
berada di sisinya?. Sara Adelina menggigit bibirnya. Pelbagai persoalan
bermain-main dibenaknya. Entah kenapa dia tidak senang melihat penerimaan Syed
Ziqri terhadap kandungannya itu. Risau, bimbang, runsing dan takut semuanya
bergabung menjadi satu.
Kakinya melangkah laju menuju ke pintu bilik. Ketukan bertalu-talu itu
memeranjatkan Sara Adelina dari melipat baju-bajunya. Sejurus pintu bilik
dibuka, Sara Adelina diserang rasa hairan. Syarifah Raziah sudah berdiri di
depan pintu biliknya dengan wajah keruh dan ada air mata yang masih bersisa di
mata wanita itu.
“Umi..kenapa?” Soal
Sara Adelina prihatin.
Syarifah Raziah
diam tidak menjawab. Wanita itu kemudiannya melangkah laju masuk ke bilik Sara
Adelina tanpa suara. Manakala Sara Adelina pula sudah semakin pelik dengan
tingkah ibu mertuanya itu. Apa yang tidak kena dengan ibu mertuanya itu?.
“Umi....kenapa?”
Sara Adelina menyoal lagi.
“Umi tak sihat?”
Sambungnya. Hairan pula melihat Syarifah Raziah begitu. Jarang sekali wanita
itu menitiskan air mata.
“Ziq...” Ucap
Syarifah Raziah perlahan.
Sara Adelina sudah
mula mengerutkan keningnya.
“Kenapa dengan
abang Ziq?” Tanya Sara Adelina kemudiannya.
“Ziq....Ziq dah
pergi.” Kata Syarifah Raziah sebak.
“Pergi?...pergi
mana?” Sara Adelina sambung menyoal. Dia sudah mula mempamirkan riak pelik di
wajahnya.
“Ziq dah tinggalkan
kita. Dia dah pergi England.” Jawab Syarifah Raziah sambil menunjukkan sekeping
nota kecil ditangannya kepada Sara Adelina.
Sara Adelina
menyambut nota tersebut lambat-lambat. Setelah dibaca bait kata yang tercoret
di situ, dia turut terkedu. Tanpa sedar air matanya juga mengalir perlahan.
Tidak pernah dia sangka bahawa segala kerisauan yang selama ini bertamu
dihatinya menjadi kenyataan. Syed Ziqri sanggup bertindak begitu. Melarikan
diri dari tanggungjawab yang sepatutnya lelaki itu pikul.
“Maafkan umi Sara.
Maafkan umi.” Ucap Syarifah Raziah dalam linangan air mata. Tubuh Sara Adelina
diraih dalam pelukannya. Simpati dia rasakan pada nasib gadis itu. Dia sendiri
tidak pernah menyangka yang Syed Ziqri nekad bertindak begitu. Tegar benar anak
lelakinya itu lari dari kenyataan, lari dari tanggungjawab. Syarifah Raziah
tidak dapat lari dari berasa kesal kerana menjodohkan perempuan sebaik Sara
Adelina dengan Syed Ziqri. Andai dia tahu begitu pengakhiran nasib Sara
Adelina, sudah pasti dia tidak akan sekali-kali menjodohkan gadis itu dengan
anak lelakinya awal dahulu.
Sementara tangisan
Sara Adelina semakin melebat bila dia menyedari hakikat itu. Terasa betapa
terumbang ambing nasibnya dengan tindakan Syed Ziqri itu. Sampai hati Syed
Ziqri memperlakukan dirinya begitu. Apa salahnya?, Dimana silapnya?. Sungguhpun
lelaki itu tidak menyintai dirinya, sekurang-kurangnya dia berhak diberi
peluang. Andai Syed Ziqri memang benar-benar tidak dapat menerimanya, dia akan
mengundur diri dari perkahwinan itu. Dia tidak mahu semuanya berakhir dengan
cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa dia tahu letak
duduk status dirinya kepada lelaki itu. Rasa marah, kecewa, hampa dan sedih
semuanya bergabung menjadi satu. Tegar Syed Ziqri meninggalkan dirinya saat dia
mengandungkan anak lelaki itu.
Rambutnya yang sudah sedia kusut di raup kasar. Sapari kebuntuan. Semenjak Sara
Adelina menghilang beberapa bulan dahulu, dia sudah kehilangan jejak gadis itu.
Sudah puas dia mencari di merata-rata tempat tetapi bayang Sara Adelina tetap
tidak dijumpai. Ke mana hilangnya Sara Adelina?.
Semenjak kehilangan
itu juga dia terpaksa menghentikan perniagaannya. Kebanyakannya pelanggannya
sudah lari, sudah tidak mahu datang ke gerainya lagi dan lantaran itu dia telah
kehilangan sumber pendapatan. Dalam hatinya dia menyumpah ranah Sara Adelina.
Kerana gadis itu kini dia terpaksa pula menanggung beban hutang Ah Long.
Sejak gerainya
ditutup dia tidak punyai pendapatan dan demi untuk meneruskan kelansungan
hidup, dia terpaksa berhutang. Pada awalnya memanglah dia boleh hidup dengan
berhutang sedikit demi sedikit tetapi lama-kelamaan dia semakin perlu
menggunakan duit. Dan kerana itu dia dengan beraninya telah menambah jumlah
pinjaman dari Ah Long. Sejak dua bulan dahulu, hutangnya semakin meningkat.
Selagi dia tidak menjelaskan bayaran pinjaman, selagi itu jugalah jumlah
bunganya menaik. Dan dia semakin keresahan kerana sejak dua tiga hari ini, dia
sudah semakin kerap menerima ugutan dari Ah Long. Sekiranya dia tidak mula
menjelaskan pinjamannya maka nyawanya dijadikan taruhan. Dan memikirkan hal itu
membuatkan kepalanya bertambah kusut. Dia tidak boleh bertangguh, dia perlu
segera menemukan penyelesaian kepada permasalahan yang sedang dialami itu.
“Bang Sapar!, bang
Sapar!.” Panggil satu suara dari luar rumah.
Sapari yang hilang
dalam menungan terkejut. Tangannya segera mematikan tindakannya melurut rambut
sebentar tadi.
“Bang Sapar!” Sapa
suara tadi lagi. Kali ini lebih kuat bila panggilannya awal tadi tidak
bersambut.
Sapari yang
kerimasan, bingkas bangun dari duduk.
“Kau ni apa hal,
terpekik terlolong macam orang gila!.” Marah Sapari bersahaja. Dia sudahlah
pening kepala, kini diganggu pula. Pada masa-masa seperti itu dia tidak mahu
diganggu. Dia ingin bersendirian.
“Bang Sapar, saya
ada berita gembira.” Beritahu Rudi dengan wajah yang bercahaya. Dia percaya
berita yang bakal dia sampaikan akan meredakan emosi Sapari yang nyata sedang
dalam keadaan marah.
“Berita apa?” Soal
Sapari kembali.
“Kot ya pun, abang
jemputla saya masuk dulu.” Sambut Rudi sambil tersenyum sumbing.
“Masuklah!.” Pelawa
Sapari kasar.
Rudi tanpa
bertangguh, terus masuk ke rumah Sapari.
“Berita apa sampai
kau terjerit-jerit macam orang gila tadi?” Soal Sapari menyindir.
“Abang mesti
gembira kalau dengar berita ni.” Ujar Rudi dalam nada teruja.
“Berita apa?!,
jangan nak berteka-teka dengan aku. Cepat bagitahu!.” Jerkah Sapari. Dia tiada
hati mahu berteka teki dengan Rudi. Hatinya masih panas.
Terkejut Rudi
dengan jerkahan Sapari. Wajah yang ceria sebentar tadi bertukar kelat.
“Sa..sa..saya dah
jumpa anak buah bang Sapar.” Kata Rudi tergagap-gagap. Takut dia menanggapi
sikap amarah Sapari itu.
“Apa?!” Soal Sapari
inginkan kepastian.
“Saya dah jumpa
Sara, dia dah jadi menantu orang kaya.” Jawab Rudi cepat-cepat. Takut dijerkah
untuk kali yang kedua.
Sapari tersenyum
sinis.
“Anak celaka tu dah
kahwin rupanya.” Sinis nada suara Sapari.
“Orang kaya yang
duduk kat pinggir bandar tu.” Jawab Rudi teragak-agak.
“Bagus!, tapi
sekarang bukan itu yang aku runsingkan. Aku kena selamatkan diri dulu. Sekarang
Ah Long tengah cari aku. Aku kena tinggalkan tempat ni. Lepas semuanya reda,
aku akan cari anak bedebah tu semula.” Sahut Sapari keras. Gembira hatinya
dengan perkhabaran itu. Sekurang-kurangnya sekarang dia tahu Sara Adelina di
mana. Tetapi buat masa itu, itu semua harus dilupakan dahulu. Dia perlu
menyelamatkan dirinya terlebih dahulu. Selepas semuanya selesai, dia akan
kembali semula. Kembali mencari Sara Adelina!.
*ada ke yang nak sara end up ngan miezy bukan dgn ziq?..
xnk dgn miezy..bukak kn lah pintu hati si ziq tuh...
ReplyDeletebiarlah sara dgn ziq...tp biar ziq merayu cinta dgn sara kaw2 punye.
ReplyDeletenak ngan ziq juga tapi nak bg ziq taste his own medicine...
ReplyDeletestrongly agree...=)
Deleteluv luv luv...
ReplyDeletenak sara dgn ziq, though ziq such a loser.
ReplyDeletebut yeah, make him taste his own medicine first.
it's will be totally worth it! haha
salam Tulip..
ReplyDeleteciter semakin memanaskan hati yg membaca pasal perangai mamat sengal suami si Sara tukan..ada ke patut dia meninggalkan siSara begitu sahaja..sedangkan anak yg dikandungkan oleh Sara adalah anaknya... Apa masalah si si Ziq tu..taulah isteri pertama dia dah meninggalkan nya..tapi patut kah dia menghukum Sara dan ada ke patut tinggalkan nota sahaja kat mak dia..mmg dayus..
Pernahkah kau merasa jarak antara kita
ReplyDeleteKini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku
*courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
tuu dia..lagu yg sgt kenaa dgn sara cik tulip..like! like! like!...hehehe...
DeleteCik Tulip, apa tajuk lagu ni.. mcm best aje
DeleteBIS bila nk pblsh eq?
ReplyDeleteBIS insyaallah tahun dpn,bulan nya bulan confirm lagi tp rasanya bukan awal tahun..kna Q..hukhuk..
DeleteHmmmmm kesian sara......cepatla lagi 5 tahun,,, hehe
ReplyDeleteNak lg
ReplyDeletewah debor ! haha
ReplyDeletedek nak u wat betapa parah ati ziq menagih kasih isteri yang di perlaku kan cam tak dek harga diri or cam rubbish...n wat lah ziq kesal bab tinggal kan sara,yg mengandung kan zuriat nyer...n ade guy yg wat ziq makan ati or jeles!!!tak suke kat ziq yg lari dari tanggung jawab...jahat sangat sesangat!!!'
ReplyDeleteAgreed
Deleteciter makin best...karya tulip ungu mmg x penah menghampakan...cpt2 la smbung..x sbr nk tau citer...yg pasti nak sara n ziq jugak....
ReplyDeletenak dengan miezy... biar bertambah sentap citer nih huhuhuhu...
ReplyDeletetp dlm mse 5 thn, anything can happen... ntah2 miezy yg dok tlg sara kaga ank2... x heran kalo sara nak dekat miezy.... ish... geram btol la dgn ziq nie... ade ke blah mcm tue je... grrrr....
ReplyDeleteDgn sesiapa pun boleh
ReplyDeleteBukan dgn ziqri
Tp kl nk buat citer tragis bolehla sara dgn ziqri, pastu ziqri madukan sara
Kejamkah saya ?
nak smbungan lgi.hehe
ReplyDeletenak Sara dengan Ziqri...tapi sebelum tu kasi ajar cukup2 si Ziqri tu sampai lunyai...pastu baru bagi dia bahgia dengan Sara...tapi kalau boleh taknak la sampai Ziqri tu madukan Sara..letih la nk baca...
ReplyDeleteKalu nak ikut hati, mmg sy pilih Miezy biar padan muka Ziqri. Kononnya masih cinta kat arwah isteri, tp kenapa masih beri harapan kat Sara Adelina.
ReplyDeleteSkrg selepas 5 thn Ziqri dh balik, harap Sara Adelina tuntut fasakh. Biar padan muka si Ziqri tu, biar tahu betapa sakitnya hati seorang wanita yg dipermainkan. Lebih-2 lag anak yatim. (alamak! dh terlebih pulak Cik Tulip, harap maaf ye.)
has cyg, lagu tu tajuknya AKU YANG TERSAKITI oleh JUDIKA-penyanyi dari Indonesia..sedap lagunya :)
Deletenak sara dngan zikry, tp ajar dlu dia biar kapok, n pulangin kekasìh hati zikry yg di kuar negara it, sepupu arwah tu buat miezy ja ya.
ReplyDeleteakak tulip,berjaya!sentap~
ReplyDeleteHi there, You have done a fantastic job.
ReplyDeleteI'll definitely digg it and personally recommend to my friends. I'm confident they ωill be bеnefited fгom this web sіte.
Feel free to surf my web blog : loans for bad credit
Tak sentap sgt kak tulip
ReplyDelete