BAB 8
Terpanar Syed Ziqri saat matanya terpandangkan Sara Adelina yang melangkah
perlahan menuruni anak-anak tangga dari tingkat dua banglo itu. Disebelah
wanita itu, kelihatan Emma Safiyya yang turut kemas memakai uniform sekolah. Penampilan
Sara Adelina yang anggun dan bergaya itu berjaya menarik perhatiannya seketika.
Dan matanya itu seolah-olah tidak dapat dilarikan dari terus merenung Sara
Adelina yang cantik mengenakan kurung Pahang di tubuh. Dengan penuh kusyuk,
Sara Adelina direnung. Memang tidak dapat dia nafikan, Sara Adelina sudah jauh
berubah, sudah tidak mencerminkan kenaifannya dahulu. Wanita dihadapannya itu
wanita anggun yang berkerjaya, yang penuh dengan keyakinan diri, matang dan
berdikari.
“Sara tak sarapan
dulu?” Tegur Syarifah Raziah setelah dilihatnya Sara Adelina berjalan terus
menuju ke pintu depan bersama Emma Safiyya.
“Sara dah lewat
umi, hari ni ada perhimpunan pagi.” Sahut Sara Adelina dari muka pintu sambil
mengeluarkan kasut tumit tingginya dan kasut sekolah Emma Safiyya dari dalam
rak kasut.
“Kan awal lagi ni.” Kata Syarifah Raziah
lagi. Faham sangat dia dengan reaksi Sara Adelina itu. Wanita itu cuba mengelak
diri dari Syed Ziqri.
“takpelah umi, nanti
Sara sarapan di AC je.” Jawab Sara Adelina seraya berjalan ke kereta dan
memasukkan beg-beg yang berisi buku ke dalam kereta Vivanya.
Sara Adelina
kemudiannya kembali masuk ke dalam rumah bersama Emma Safiyya, terus menuju ke
meja makan lalu bersalaman dengan Syarifah Raziah. Pipi ibu mertuanya itu
dikucup lembut. Satu-satunya ibu yang masih tinggal untuknya. Perlakuannya itu
kemudiannya ditiru oleh Emma Safiyya.
‘Hari ni balik awal
ke lewat?” Soal Syarifah Raziah lagi.
“Tak tahu lagi umi,
Sara takut tiba-tiba ada mesyuarat. Kalau Sara balik lambat, Sara telefon umi.”
Jawab Sara Adelina.
Syarifah Raziah
hanya mengangguk perlahan. Memang dia sudah faham dengan rutin Sara Adelina
itu, jika ada mesyuarat di waktu petang, pasti Sara Adelina akan memaklumkan
kepadanya, dan dia pula akan meminta
driver syarikat untuk pergi mengambil Emma Safiyya di sekolah dan di bawa
ke pejabatnya sementara Irfan Amsyar pula ditinggalkan di rumah bersama Nadha.
Memang begitulah rutin mereka semenjak Sara Adelina berkhidmat sebagai tenaga
pengajar di sebuah pusat Autisme persendirian hampir setahun lepas.
Syarifah Raziah
meneruskan bersarapan berdua dengan Syed Ziqri apabila Sara Adelina berlalu. Wajah
Syed Ziqri yang sedikit berubah menarik perhatiannya.
“Ziq bagila masa
pada Sara, umi yakin nanti-nanti
hilanglah marah Sara. Hati perempuan ni macam kerak nasi, lama-lama akan lembut
juga.” Kata Syarifah Raziah. Cuba
menenangkan apa jua gelodak hati yang dirasakan oleh syed Ziqri ketika itu.
Sebagai ibu dia juga mahukan yang terbaik buat kedua-duanya. Walaupun dia tahu
Syed Ziqri memang bersalah dalam hal itu namun dia juga harus bijak dalam
berkata-kata. Jika dimarah Syed Ziqri, dia bimbang anak lelakinya membuat
pertimbangan tidak wajar untuk kali yang kedua. Memikirkan cucu-cucunya yang
masih kecil, hanya itu sahaja yang mampu dia lakukan. Menerima kepulangan Syed
Ziqri dengan baik.
Syed Ziqri hanya
membalas kata-kata uminya dengan senyum tawar. Walaupun bukan perasaan kecewa
yang dia ingin rasa, namun perasaan itu jugalah yang datang bertandang,
mengusik sikit ketenangan tasik hatinya. Dia sangkakan segalanya mudah,
memberitahu uminya itu akan tujuan dia balik itu mudah, namun semenjak bertemu
semula dengan Sara Adelina, semenjak melihat sendiri Emma Saffiya dan Irfan
Asmyar terasa berat pula dia ingin meneruskan niatnya. Apa yang dia rasakan
sangat mudah selama ini, rupa-rupanya terlalu sukar untuk dilaksanakan.
Memberitahu uminya akan hasrat hatinya itu terlalu sukar!.
Syiling biliknya direnung dengan pandangan kosong. Semenjak pulang tempoh hari,
itulah rutin seharian Syed Ziqri, lebih banyak termenung dari melakukan
kerja-kerja lain. Ingatan terhadap Sara Adelina tiba-tiba datang tidak
dijemput.
“Maafkan abang.”
Terluah kata-kata itu dari mulut Syed Ziqri tanpa dia sendiri sedari.
Dalam kelekaan Syed
Ziqri mengelamun, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Pantas dia meraih
telefon bimbitnya dan dilekapkan ke telinga.
“Hello,
assalamualaikum.” Sapa suara dari hujung talian sebelum sempat Syed Ziqri
menjawab.
“Umi, ada hal apa?”
Soal Syed Ziqri tatkala suara Syarifah Raziah menyapa telinganya. Jarang-jarang
sekali ibunya itu memanggilnya.
“Ziq kat mana
sekarang?” Soal Syarifah tanpa menjawab soalan Syed Ziqri terlebih dahulu.
“Kat rumah la mi,
ada hal apa?” Soal Syed Ziqri untuk kali kedua. Ada rasa pelik yang bertandang
dihatinya tatkala menerima panggilan Syarifah Raziah itu.
“Umi nak minta Ziq
tolong pergi jemput Emma di sekolah sebab Sara tak balik pula tengahari ni, ada
mesyuarat. Umi selalu hantar driver
syarikat pergi jemput Emma selalunya tapi hari ni dia MC pula. Ziq boleh tolong
pergi ambil tak?” Terang Syarifah Raziah panjang lebar.
Syed Ziqri
tersenyum.
“Boleh mi, Ziq pun
bukan ada buat apa-apa pun kat rumah.” Balas Syed Ziqri. Permintaan Syarifah
Raziah itu dilihat sebagai peluang untuknya cuba mendekati Emma Saffiya.
“Elok la macam tu.
Setengah jam lagi Ziq pergilah, Emma keluar pukul 12.” Kata Syarifah Raziah
lagi.
“Baik mi.” Syed
Ziqri nyatakan persetujuan lalu meletak ganggang selapas Syarifah Raziah
ucapkan salam.
Tangan kecil Emma Saffiya digenggam erat sewaktu dia memimpin anak kecil itu
untuk melintas jalan. Tatkala hangat jari jemari Emma bertaut dengan jari
jemarinya, ada satu perasaan aneh yang menjalar dalam hati Syed Ziqri. Terasa
ada naluri kebapaan yang baru berputik dalam hatinya untuk Emma Saffiya.
Syed Ziqri
mendorong tubuh Emma Saffiya untuk masuk ke dalam kereta, dia kemudiannya
mengambil tempat di kerusi pemandu dan mula menghidupkan enjin kereta.
“Emma belajar apa
hari ni?” Soal Syed Ziqri lembut. Entah kenapa terasa ringan mulutnya ingin
membuka bicara bersama Emma Saffiya.
“Belajar pasal family.” Jawab Emma Saffiya petah.
“Family?” Soal Syed Ziqri lagi sambil
memandu semula kereta ke atas jalan raya.
“Emm, belajar pasal
mama, papa, kakak dengan adik.” Jawab Emma Saffiya lagi.
“Best tak belajar?” Syed Ziqri sambung
bertanya. Jawapan Emma Saffiya itu menarik perhatiannya untuk menyoal lanjut.
“Tak best..” Jawab Emma Saffiya dalam nada
mengendur.
“Kenapa tak best?” Soal Syed Ziqri ingin tahu.
Jawapan bernada keluhan dari bibir kecil itu cukup menarik perhatiannya.
“Sebab Emma takde
papa, cuma ada mama dengan adik je.” Jawab Emma Saffiya jujur.
Terkesima Syed
Ziqri mendengarkan jawapan Emma Saffiya. Rasa terpukul dengan kata-kata anak
kecil itu.
“Papa Emma pergi
mana?” Soalnya lagi. Bertambah tertarik dengan bicara Emma Saffiya itu.
“Mama kata papa kerja
jauh, tak boleh balik.” Balas Emma Safiyya lagi.
Terdiam Syed Ziqri
mendengarkan jawapan dari mulut Emma Safiyya itu. Entah kenapa tiba-tiba ada
rasa bersalah yang bertamu dihatinya saat itu. Rasa bersalah kerana segala
tanggungjawabnya terhadap gadis kecil itu diabai begitu sahaja.
“Uncle ada papa?” Kali ini Emma Saffiya
pula bertindak mengajukan soalan.
Sekali lagi Syed
Ziqri rasa terpukul. Namun bukan soalan Emma Saffiya yang membuatkan dia rasa
begitu tetapi gelaran yang digunakan oleh anak gadis itu yang membuatkan dia
rasa tersentak. Sejujurnya bukan gelaran ‘uncle’
yang dia nantikan dari bibir kecil itu.
“Boleh tak kalau
Emma panggil uncle papa?” Balas Syed
Ziqri tanpa menjawab soalan Emma Saffiya.
“Boleh ke?, Emma
takut mama marah. Dulu masa Emma selalu tanya pasal papa, mama marah-marah.
Emma takut nanti mama marah.” Jawab Emma Saffiya petah.
“Mama tu kawan
dengan uncle, dia mesti tak marah. Lepas ni Emma panggil uncle papa ye”. Ujar
Syed Ziqri lagi.
Emma Saffiya hanya
mengangguk laju sambil tersenyum manis. Manakala Syed Ziqri tanpa sedar telah
mencuit dagu runcing Emma Saffiya.
“Papa belum jawab
soalan Emma.” Kata Emma Safiyya mengingatkan Syed Ziqri akan soalan yang
ditanya awal tadi.
Syed Ziqri
tersenyum nipis.
“Erm....ayah papa
dah takde, dah lama meninggal dunia.” Sahut Syed Ziqri sambil mengimbau
kenangan lalu. Arwah bapanya Syed Mukhriz telah lama meninggal dunia.
Seingatnya sejak dia bersekolah menengah, dia sudah kehilangan kasih seorang
ayah. Hanya ibunya sahaja yang menggalas tanggungjawab ibu dan ayah kepadanya.
“Sama macam atuk,
atuk pun dah lama meninggal dunia.” Sambut Emma Saffiya mendatar.
Sekali lagi Syed
Ziqri tersentak. Dia dan Emma Saffiya sebenarnya membicarakan mengenai orang
yang sama, cuma Emma Saffiya masih terlalu muda untuk mengetahui perkaitan itu.
Dia juga tidak menyalahkan gadis kecil itu kerana sejak Emma Saffiya mengenali
dunia, dia sendiri tidak pernah kenal siapa ayahnya. Masakan anaknya itu faham
akan segala perkaitan yang ada.
Memikirkan hal itu
membuatkan Syed Ziqri tambah menyesal. Tegar sungguh dia meninggalkan Emma
Saffiya yang ketika itu masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Lebih kesal
lagi apabila dia teringatkan Irfan Amsyar. Anak itu lahir tanpa ada seorang
ayah disisinya untuk mengazan dan mengiqamatkan ke telinga anak kecil itu.
Tiba-tiba Syed Ziqri diserbu dengan rasa bersalah.
“Siapa jemput Emma tadi?” Tanya Sara Adelina seraya menyikat perlahan rambut Emma Saffiya yang
ikal. Jika dilihat secara fizikal, dia dan Emma Saffiya memang jauh berbeza.
Anak kecil itu berkulit cerah dengan rambut ikal. Sangat berbeza dengan rupa
paras Sara Aedelina. Namun kasih yang disemi oleh Sara Adelina tiada tandingan.
Sayangnya melebihi segala-galanya. Emma Saffiya, walaupun bukanlah anak yang
dilahirkan dari rahimnya namun anak gadis itulah buah hati pengarang jantungnya.
Sejak kali pertama dia melihat Emma Saffiya, kasihnya tertumpah buat anak gadis
itu.
“Papa jemput Emma.”
Jawab Emma Saffiya sambil bermain-main dengan getah pengikat rambut beriben warna
merah hati.
Terkejut Sara
Adelina mendengarkan jawapan Emma Saffiya itu.
“Papa?” Soal Sara
Adelina inginkan kepastian.
“Erm...papa. Uncle Ziqri suruh panggil dia papa. Mama
tak marah kan?” Soal Emma Saffiya jujur.
Sara Adelina
termenung seketika sebelum menjawab persoalan Emma Saffiya.
“Sara jangan rapat
sangat dengan uncle Ziqri, dia bukan papa Emma.” Hanya itu jawapan yang terbit
dari bibir Sara Adelina. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia berkata begitu
tetapi yang dia pasti, dia tidak mahu Syed Ziqri mendekati Emma Saffiya dan
Irfan Amsyar. Dia bimbang, bimbang jika lelaki itu mengulangi perbuatannya
dahulu. Meninggalkan mereka untuk kali yang kedua. Sejujurnya dia tidak mahu
Emma Saffiya dan Irfan Amsyar turut membina harapan. Bimbang kedua-dua buah hatinya
itu akan dikecewakan oleh Syed Ziqri sebagaimana yang lelaki itu pernah lakukan
terhadapnya dahulu.
Sara Adelina keluar dari bilik air sambil mengesat rambutnya yang basah. Sudah
dua hari dia tidak mencuci rambut. Kepalanya itu sudah terasa gatal. Entah
kenapa malam itu dia terasa ingin mandi dan mencuci rambut pula. Mungkin juga
kerana selepas mandi petang tadi, dia membantu ibu mertuanya menyusun atur
semula susunan pasu di halaman rumah. Rasa tidak selesa pula jika dia tidur
dengan baju yang sudah berbau peluh. Sementara Emma Saffiya dan Irfan Amsyar
pula merengek-rengek ingin tidur bersama Syarifah Raziah. Dan dia ikutkan
sahaja kehendak mereka. Kerana memang kadangkala, kedua-duanya itu akan tidur
bersama Syarifah Raziah.
“Sara tak patut
cakap macam tu dengan Emma.” Tiba-tiba terdengar suara Syed Ziqri dari birai
katil.
Tersentak Sara
Adelina mendengarkan suara Syed Ziqri di dalam biliknya. Dia pantas berpaling
menghadap katil. Mencari-cari kelibat Syed Ziqri dalam samar-samar lampu tidur.
“Abang buat apa kat
sini?!” Soal Sara Adelina kasar. Cepat-cepat dia menarik tuala lain dari dalam
almari bagi menutupi bahagian tubuhnya yang terdedah. Terkejut dan marah dengan
tindakan Syed Ziqri yang memecah masuk biliknya tanpa kebenaran.
“Ada perkara abang
nak bincangkan dengan Sara.” Jawab Syed Ziqri senada.
“Abang tiada hak
masuk dalam bilik Sara.” Balas Sara Adelina kasar.
“Abang ada hak.”
Ujar Syed Ziqri seraya bangun lalu berjalan perlahan menghampiri Sara Adelina
yang sudah terpaku berdiri di hadapan almari baju.
“Bilik Sara, bilik
abang juga.” Sambungnya.
Sementara Sara
Adelina sudah berasa takut dan bimbang. Jika lelaki itu cuba ingin mendekatinya
malam itu, dia akan pastikan lelaki itu tidak berjaya. Bukan mudah untuk dia
memaafkan kesalahan Syed Ziqri yang pergi meninggalkan dirinya selama lima
tahun lamanya. Meninggalkan dirinya yang ketika itu sedang mengandung dan Emma
Saffiya yang masih kecil dan belum mengerti apa-apa. Mana mungkin marahnya itu
surut dalam sekelip mata.
“Keluar.” Arah Sara
Adelina sambil tangannya mengarah ke arah pintu tanpa memandang wajah Syed
Ziqri sebelum sempat lelaki itu menghampirinya.
“Sara tiada hak nak
halau abang, ini rumah abang.” Tegas Syed Ziqri seraya menapak ke hadapan Sara
Adelina.
Sara Adelina sudah
semakin keresahan. Tingkah Syed Ziqri membuatkan dia bimbang. Bagaimana jika
lelaki itu hilang kawalan diri?. Takut dia menanggapi semua persoalan itu.
“Memang ini rumah
abang tapi sekarang abang dalam bilik Sara. Dan Sara nak abang keluar dari
bilik Sara sekarang.” Ulang Sara Adelina. Walaupun gugup dengan situasi itu
namun dia harus berani menanggapi apa jua tingkah Syed Ziqri. Dia tidak mahu
sekali lagi lelaki itu memperkotak katikkan dirinya. Cukuplah apa yang telah
Syed Ziqri lakukan dulu kerana dia tidak ingin mengulangi semuanya semula.
“Maaf, abang takkan
keluar selagi kita tak selesaikan hal antara kita.” Ucap Syed Ziqri lagi.
Langkahnya masih diteruskan.
Sara Adelina sudah
semakin takut dengan tingkah Syed Ziqri. Lelaki itu terlalu amat sukar diduga.
Syed Ziqri
menghampiri tubuh Sara Adelina yang semakin mengundur tatkala dia semakin
mendekat. Bila betul-betul berdiri dihadapan wanita itu, dia elus rambut Sara
Adelina yang basah. Tergugat nalurinya melihat keadaan Sara Adelina yang
begitu. Benar-benar menggoyah naluri lelakinya.
“Jangan sentuh
Sara.” Kata Sara Adelina tegas. Entah kenapa dia sendiri terasa lemah
berhadapan dengan sikap Syed Ziqri yang begitu.
Syed Ziqri tidak
mengendahkan amaran Sara Adelina. Tangan yang sedari tadi mengelus rambut Sara
Adelina terus di bawa ke pipi wanita itu. Dia juga hilang pertimbangan saat
terpandangkan Sara Adelina dalam keadaan begitu. Hilang sudah ingatannya
terhadap Syarifah Letisha.
“Jangan sentuh
Sara!” Kata Sara Adelina keras. Dia tidak suka, tidak suka bila Syed Ziqri
sewenang-wenangnya mendekatinya begitu. Lelaki itu seolah-olah cuba mengambil
kesempatan ke atas dirinya sahaja.
Tersentak Syed
Ziqri mendengar amaran keras Sara Adelina. Matanya tajam menikam wajah Sara
Adelina yang sudah merah menahan marah.
“Abang berhak ke
atas Sara.” Kata Syed Ziqri senada. Penolakan Sara Adelina itu membuatkan dia
rasa tegang seketika.
“Abang dah hilang
hak abang lima tahun yang lalu!” Balas Sara Adelina berani. Sinis nadanya.
Syed Ziqri
tersenyum sinis.
“Selagi abang tak
ceraikan Sara, abang tak pernah hilang hak abang.” Jawab Syed Ziqri dalam nada
tegas.
Geram Sara Adelina
menanggapi jawapan Syed Ziqri. Dia pantas mengambil baju-bajunya dari dalam
almari lalu berkira-kira untuk berlalu ke dalam bilik air. Malas dia mahu
melayani perangai Syed Ziqri yang tak tentu pasang surutnya.
“Abang belum
habis.” Kata Syed Ziqri keras. Tangan Sara Adelina ditarik sebelum sempat Sara
Adelina melangkah. Marah dia menanggapi sikap acuh tak acuh Sara Adelina
sedangkan ada perkara yang ingin dia bincangkan bersama Sara Adelina.
“Lepaskan Sara!”
Lantang Sara Adelina bersuara. Dia juga marah dengan sikap Syed Ziqri.
Mudah-mudah sahaja lelaki itu meninggalkan dirinya dan anak-anak dan
mudah-mudah sahaja lelaki itu kembali dan cuba mengatur apa yang perlu dia
lakukan. Sesungguhnya dia tidak suka lelaki itu mendesaknya begitu. Sudahlah
Syed Ziqri memecah masuk biliknya tanpa izin, kini lelaki itu seolah-olah cuba
memaksanya mengikut telunjuk lelaki itu pula.
“Abang tak kan
lepaskan selagi Sara tak ambil serius kata-kata abang!.” Ujar Syed Ziqri lagi.
Dia sudah memegang kemas bahu Sara Adelina dan dipusing supaya menghadapnya,
memandang wajahnya. Entah kenapa apabila menanggapi sikap Sara Adelina yang
begitu, dia turut naik angin. Dia tidak pernah menyangka penerimaan Sara
Adelina terhadapnya akan sedingin itu. Wanita itu tidak pernah bersikap begitu
sewaktu dia meninggalkan Sara Adelina hampir lima tahun yang lalu. Terlalu
banyak perubahan Sara Adelina dan dia tidak sukakan perubahan itu.
Dada Sara Adelina
sudah mula berombak. Sedih dan marah dengan sikap selamba Syed Ziqri. Tegar
benar lelaki itu mengambil ringan akan hati dan perasaannya. Tidakkah Syed
Ziqri tahu bahawa dia marah. Marah kerana lelaki itu tanpa kata-kata telah
pergi meninggalkannya suatu waktu dahulu dan kini apabila kembali, Syed Ziqri
bersikap seolah-olah dia tidak pernah melakukan kesalahan itu.
“Sara nak abang
keluar, kalau tak, Sara akan jerit.” Kata Sara Adelina dalam getaran suara. Dia
tidak mahu berhadapan dengan lelaki itu. Apa sahaja yang ingin dibincangkan
oleh lelaki itu bersamanya, dia tiada hati mahu mendengarnya.
Mendengarkan ugutan
Sara Adelina itu membuatkan Syed Ziqri tersentak. Segera bahu Sara Adelina
dilepaskan.
“Pakai baju dulu,
sekejap lagi abang datang semula.” Sambut Syed Ziqri dalam nada perlahan. Entah
kenapa tiba-tiba hatinya sayu tatkala suara sebak Sara Adelina menjamah
telinganya. Dia berlalu sebelum sempat Sara Adelina membalas kata-katanya.
Sementara Sara
Adelina berjalan perlahan ke katil. Disitu dia terduduk seraya menghamburkan
air matanya yang ditahan-tahan sejak Syed Ziqri pulang ke rumah itu. Rasa
marah, benci dan keliru semuanya bergabung menjadi satu perasaan. Sejujurnya
dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan pada saat dia menerima kembali
kepulangan lelaki itu ke situ. Dia tidak pernah menyangka, Syed Ziqri akhirnya
akan pulang dan dia tidak bersedia untuk berhadapan dengan Syed Ziqri setelah
lima tahun terpisah. Sejak lelaki itu menghilang tanpa khabar berita, dia sudah
berhenti berharap. Cukuplah dia menanti kepulangan Syed Ziqri selama dua tahun
selepas lelaki itu menghilang. Dia sudah penat menunggu.
Dan apabila dia sudah mula belajar menerima hakikat yang Syed Ziqri
mungkin tidak akan kembali, dia pasrah. Cinta yang pernah hadir dalam hatinya
cuba diusir pergi. Dia tidak mahu terus berharap jika cinta lelaki itu bukan
tercipta untuknya. Jika cinta lelaki itu benar-benar bukan untuknya. Tetapi
setelah dia berjaya memujuk hati, kenapa lelaki itu kembali semula ke dalam
hidupnya? Kenapa tasik hatinya itu kembali terusik dengan kepulangan Syed
Ziqri? Dia benci. Benci untuk mengakui hakikat yang cinta lelaki itu tidak
pernah mati di dalam hatinya.
Sara Adelina kesat air matanya yang jatuh ke pipi. Kata-kata Syed
Ziqri sebentar tadi membuatkan dia sebal. Cepat-cepat dia kenakan baju ke tubuhnya.
Dia tidak mahu Syed Ziqri kembali ke dalam biliknya. Jika lelaki itu mahu
berbincang dengannya, dia tidak mahu perbincangan itu dilakukan di dalam
biliknya. Tingkah Syed Ziqri sudah cukup menakutkannya. Lebih baik dia mengelak
dari berdua-duaan dengan lelaki itu. Jika ingin berbincang sekalipun, lebih
baik perbincangan itu dilakukan di tempat yang lebih terbuka. Hanya dengan cara
itu sahaja Syed Ziqri akan lebih menjaga jarak antara mereka.
Sara Adelina keluar dari bilik apabila dia lengkap berpakaian.
Sejurus tiba di hadapan bilik Syed Ziqri dia ketuk pintu bilik lelaki itu.
Tatkala lelaki itu muncul dari sebalik pintu. Pantas dia bersuara tanpa
memandang wajah Syed Ziqri.
“Sara tunggu di bawah.” Kata Sara Adelina sebelum menghilang.
Syed Ziqri melabuhkan duduknya di sofa berhadapan dengan Sara Adelina. Wajah
suram Sara Adelina menarik perhatiannya. Bukan dia tidak tahu apa yang Sara
Adelina rasakan, cuma dia tidak mahu membincangkan tentang perkara itu. Pada
asalnya memang dia pulang berhajat, dan dia nekad. Nekad mahu meneruskan niatnya.
Namun apabila dia bertemu semula dengan Sara Adelina, dia sendiri keliru dengan
apa yang dia benar-benar mahukan. Tambahan pula tatkala dia terlihatkan wajah
comel Emma Saffiya dan Irfan Amsyar. Bertambah berat rasanya dia mahu
menetapkan keputusan.
“Sara ada cakap
apa-apa pada Emma?” Soal Syed Ziqri memulakan perbualan. Nadanya serius.
Sara Adelina hanya
membalas kata-kata Syed Ziqri dengan pandangan pelik. Memang dia tidak faham
dengan apa yang Syed Ziqri cuba sampaikan kepadanya.
“Emma kata Sara tak
bagi dia rapat dengan abang, Sara kata abang bukan papa dia. Betul ke?” Soal
Syed Ziqri inginkan kepastian. Memang dia ada berbual dengan Emma Saffiya
petang tadi dan anak kecil itu yang memaklumkan hal itu kepadanya. Dan dia pula
tidak suka bila Sara Adelina bertindak meracuni fikiran Emma Safiyya begitu
kerana dia berhak untuk mendekati Emma Saffiya kerana anak kecil itu merupakan
anaknya. Dan Sara Adelina tiada hak untuk menghalang hubungan mereka.
Sara Adelina hanya
menjawab persoalan Syed Ziqri dengan keluhan. Dia tidak mahu memanjangkan hal
itu. Jika dia bertekak dengan Syed Ziqri sekalipun, dia tahu dia tidak akan
menang. Lelaki itu terlalu dominan tatkala berhadapan dengannya dan dia juga
seringkali mengalah dengan sikap Syed Ziqri.
“Jawab soalan
abang.” Kata Syed Ziqri tegas.
“Betul.” Jawab Sara
Adelina sepatah. Sengaja dia membuang pandang ke kaca TV, tidak mahu menentang
mata tajam Syed Ziqri.
Syed Ziqri
membiaskan riak pelik diwajahnya.
“Jadi betul la Sara
racun fikiran Emma. Kenapa Sara buat macam tu?” Soal Syed Ziqri lagi.
Sejujurnya dia juga ingin tahu kenapa Sara Adelina bertindak begitu. Adakah
kerana rasa marah wanita itu terhadapnya maka Emma Saffiya diajar supaya
menjarakkan dirinya daripada papanya sendiri.
“Sara cakap macam
tu bersebab.” Jawab Sara Adelina mendatar.
“Bersebab?. Sebab
apa?. Sebab Sara benci abang?. Sebab tu Sara sampai sanggup racun fikiran Emma
supaya benci ayah dia sendiri?” Soal Syed Ziqri sinis.
“Sara tak perlu
jawab soalan abang.” Balas Sara Adelina seraya berdiri. Dia tidak mahu
memanjangkan hal itu. Biarlah perkara itu berhenti di situ sahaja. Tidak
perlulah dia menerang panjang lebar kenapa dia bertindak begitu. Syed Ziqri
sepatutnya sudah faham sendiri.
“Sara kena jawab
soalan abang.” Tegas Syed Ziqri sambil menyambar tangan Sara Adelina yang
berjalan melewatinya.
Sara Adelina
berpaling memandang tepat ke wajah Syed Ziqri. Kenapa Syed Ziqri masih tidak
cuba faham apa yang cuba dia sampaikan kepada lelaki itu. Tentu tindakannya itu
bersebab. Cuma Syed Ziqri sahaja yang tidak cuba untuk memahami setiap
tindakannya.
“Sara tak nak beri
harapan pada diaorang.” Jawab Sara Adelina seraya menarik tangannya dari
pegangan Syed Ziqri.
“Apa maksud Sara?”
Soal Syed Ziqri tidak faham.
“Sara tak nak abang
bagi harapan pada diaorang, kemudian abang hancurkan harapan tu. Sara tak nak
diaorang kecewa sebagaimana Sara kecewa. Biarlah Sara sahaja yang rasa
sakitnya. Sara tak nak diaorang alami apa yang pernah Sara alami.” Jawab Sara
Adelina seraya berlalu meninggalkan Syed Ziqri.
Terkesima Syed
Ziqri mendengarkan jawapan Sara Adelina. Dia terduduk sambil melurut kasar
rambutnya. Sejujurnya dia sendiri tidak pernah terfikirkan hal itu. Patutlah
Sara Adelina bertindak begitu. Rupa-rupanya wanita itu cuba untuk melindungi
hati Emma Saffiya dan Irfan Amsyar.
Memang benar itulah
yang dia lakukan pada Sara Adelina, dia memberikan wanita itu harapan dan dia
juga yang menghancurkan harapan itu. Memikirkan itu semua membuatkan dia rasa
kesal.
p/s-Harap semua suka ngan n3 kali ni... :)
suka sangat2 dgn n3 kali ni cik tulip..hah kn dh terkesima si SZ tuu..main tuduh2 je kt SA kannn..hah kn dh kena..ni bru sikit kn cik tulip..hehe
ReplyDeleten3 kali ni wat syafyy xsabar2 nk tggu yg seterusnya..weee~~
suka sangat dengan jawapan Sara...tak terjawab kau Ziqri..padan muka..hahaha...
ReplyDeleteTerima kasih Tulip untuk n3 ini..
ReplyDeleteSuka Sara yang baru, yang tegas dan tidak lembut hati;
Zikri itu hanya pentingkan diri, mesti dia balik kerana
nak bercerai tetapi ubah pendirian kerana Sara yang semakin jelita...
Dari bab 1 smpai la bab 8 nie, x de satu pun karakter ziq yg sy bkenan... tinggal emma bby lg,sara tgh mgandung and umi dia.. bapa, suami dan anak yg x btanggungjawab... hmmm... bgos la sara ckp sbb ape dia x ske emma rapat dgn ziq pd ziq... amekaw ziq.. sentap kan?? pdn muke!!! hahahaha...
ReplyDeleteHuaaaaaaa best3,,,, syed ziqri dh sedar ...... Next entry,,,,
ReplyDeleteSara,
ReplyDeletesila buat yg berikut kpd Syed-tak-berpendirian tu sebelum terima dia kembali:-
- bagi backhand, fronthand, lefthand, righthand,
- kick his backside, frontside, leftside, rightside,
- punch his face, stomach and tuut.
- slap his face left & right.
- twist his hands.
Torture him mentally, physically and spiritually.... Pls lah.... Senang2 jer dia tinggalkan isteri, 2 org anak kandungnya dan ibunya sendiri selama 5 long years... He's not a man, he's a vege....a wicked one....
Nak lagi. Tak puas . terima kasih :)
ReplyDeletecerita cik tulip smua best2 tak rugi baca
salam Tulip..
ReplyDeleteBoleh kita minta kebenaran Tulip nak hempuk mamat poyo ni..
pergh..baca E3 ni..mmg panas rasa hati..kan..ada ke patut ..setelah menghilang 5 tahun ..tetiba balik dengan bercita cita untuk kawen diUK dengan gadis yg mirip bininya..tetapi apabila terpandangkan bini dan anak anaknya yg comel..boleh marah bila mereka bersikap asing dan dingin dengan dirinya..macamlah apa yg dibuatnya itu tidak berdosa..
Dan mmg tidak salah Sara untuk menyatakan bahawa dirinya bukan ayah pada anak anak nya kerana Sara tidak mahu anak anaknya akan rasa sedih dan sakit hati bila mengetahui diri ayahnya yg hanya berbin dan bintikan namanya sahaja tetapi tiada tanggungjawab dan kasih sayang yg dilontarkan kepada anak anaknya selama ini..dan dia bernasib baik kerana anak anaknya dipelihara dengan baikm oleh ibunya selama ini kerana dia tidak pernah memberi mereka nafkah ..apatah lagi kasih sayang..dan mmg wajar dan sara tidak hipokrit akak rasa ..bila haknya ditolak dan dinafikan oleh Sara..
Kenapa mesti mamat poyo ni begitu marah..kenapa nak dipersoalkan haknya kerana selama ni dia yg menolaknya..kan..
Teruja nak tahu..pendirian mamat poyo ni.. dan apa akan jadi dengan gadis yg ingin dikawininya..
sambung la lg...nice n3
ReplyDeleteteruskan...akak xnak komen apa2 krn semuanya berperasaan sprti akak...isteri adalah perhiasan diri kita..sekali kita biarkan prhiasan itu utk kita cemari ia pasti akn terasa buat selamanya...
ReplyDeletesambung lg n3 nya ya kak tulip, penngen tau mcm mana nasip,buah hati mamat tu,,benci dngan mamat tu lah, enak2 ja main kayu 3
ReplyDeleteapa kah pilihan yg sz ada? tinggalkan keje dan buah hati yg serias tu....
ReplyDeleteberusaha memenangi hati yg telah 'terluka'...errr emma tu ada iras emak dia ker?....biar hati si ayah tertambat....klau lh wajah serias yg tk dpt si ayah lupekan kononnnnn
apa pula perasah syarifah raziah trhadap sz yang tidak bertanggungjwb tu .....harap dia 'colorox' kan sz tuuuu
semakin suke ngan citer u...suke watak2 wanita yg 'strong'...bangkit lepas dilanda badai...tegas ngan kata2 & pendirian yg terbina pas kecewa...hhhmmmmm awaiting ur nxt n3
ReplyDeleteme too..suka ngan watak p'puan yg strong..
Deletesedeh lah bile akak baca n3 u dek!hope sara tegas pada hati sendiri...tak ade makna nyer berpaut pada dahan yang rapuh menjanji kan sesuatu yang tak ade kepastian nyer..berjalan lah mengharungi liku2 nye,ngan penuh keyakinan n taqwa pasti ALLAH SWT permudah kan perjalanan kite.sedar lah ziqri kepulangan u untuk ape sebenar nyer so memang harus sara bertidak jaga jarak dalam hubungan yang akan meluka kan hati sara n anak2.carik lah bahgia sendiri,jangan di tambah kelukaan yang masih berparut di hati sara!balik lah ziqri pada wanita yang bakal jadi isteri u,biar sara carik bahgia sendiri ngan anak2 disisi...so nyah lah ziqra!!!'sedeh sesangat...
ReplyDeleteHuh sentap! ni dah ct sek bolehla cikgu update lebih kerap ye :)
ReplyDeleteCik Tulio .lepas ni masuk n3 jejaka budiman yg cloaed dgn anak SZ tu. Buat SZ lg hangin dn sentap
ReplyDeleteBestnyaaaa !!!
ReplyDeletesuke!suke!suke!
ReplyDeletejantung ni jap mlompat.jp belari da ha..huhuh..
huhu..sedihnya......
ReplyDelete