BAB 4
Suasana di
dalam kereta hanya senyap sejak mereka bertolak awal tadi. Zaliya lebih banyak
membuang pandang ke arah pemandangan di luar kereta sementara Ridza lebih
menumpukan perhatiannya pada pemanduan sahaja. Tiada perbualan yang tercetus
antara keduanya. Zaliya sebenarnya masih marah dengan keputusan Ridza untuk
berbulan madu ke Kedah. Tidak tahu bulan madu yang bagaimana yang dimaksudkan
oleh lelaki itu kerana dia tiada hati mahu berbulan madu dengan lelaki itu.
Zaliya leka memerhatikan jalanraya
sehinggalah kereta yang dipandu oleh Ridza memasuki jalan kecil yang terdapat
tanaman pokok pisang di kiri kanan jalan. Melihatkan pada suasana di tempat
itu, dia tahu tempat yang akan mereka tuju itu jauh dari dunia luar. Setelah
hampir satu kilometer, hanya pohonan pisang sahaja yang mengisi ruangan
matanya. Tiada kedai atau pondok-pondok rumah seperti rumah kampung yang
dilihat seawal mereka masuk ke kawasan kampung itu tadi.
Setelah hampir dua kilometer
melepasi kebun pisang itu, Ridza perlahankan keretanya saat dia tiba di sebuah
rumah yang dibina dengan kayu. Rumah dua tingkat itu dihiasi dengan
ukiran-ukiran unik yang terdapat pada bumbung dan tingkap rumah. Cantik dan
indah, desis hati Zaliya. Namun sejurus dia teringatkan akan kesunyian di situ,
dia rasa takut pula. Bimbang kerana hanya tinggal dia dan Ridza sahaja di rumah
itu kelak. Tiba-tiba jantungnya berdegup laju.
“Tolong keluarkan semua beg-beg kat
bonet tu.” Suruh Ridza sejurus dia berjalan menuju ke pintu rumah.
Zaliya hanya menurut. Belakang Ridza
diperhatikan dari tempat dia berdiri. Benarkah Ridza sekejam yang dia sangka?.
Atau sebenarnya dia yang tidak melembutkan hatinya untuk mendengar penjelasan
lelaki itu? Entah kenapa tiba-tiba pula dia terfikirkan perkara itu. Bunyi
kunci yang jatuh ke lantai menyentak seketika lamunan Zaliya. Dia pantas menuju
ke belakang kereta. Bonet yang sedia dibuka oleh Ridza di angkat dan sejurus
itu dia mengeluarkan kesemua beg-beg yang ada.
Beg-beg
itu kemudiannya diangkat ke hadapan pintu rumah. Ridza dilihatnya turut
melakukan perkara yang sama. Sepanjang seminggu menjadi isteri lelaki itu, dia
tidak nampak sisi Ridza yang tidak menyenangkan hatinya, cuma pada malam
perkahwinan mereka sahaja lelaki itu seolah-olah mahu mengasarinya tetapi tidak
jadi meneruskan niatnya. Hal itu berlakupun kerana berpunca dari dirinya juga.
Dia yang terlebih ‘kurang ajar’ dengan lelaki itu. Namun apabila difikir-fikir
semula, memang Ridza bersalah kerana merahsiakan perkara perkahwinan lelaki
itu. Jika semenjak awal lagi Ridza berterus terang dengannya, mungkin
penerimaannya tidak akan sebegitu teruk.
Zaliya tarik nafasnya dalam-dalam.
Bagaimana dia mahu menwujudkan ‘mood’
baik antara mereka kerana asas perhubungan mereka sebenarnya dibina di atas
satu pembohongan. Pembohongan yang pada pandangan Zaliya terlalu besar untuk
dimaafkan dalam sekelip mata. Dia juga hanya manusia biasa, yang punyai
perasaan marah apabila tahu diri dikhianati.
“Apa yang tercegat lagi tu, cepatlah
masuk.” Kata-kata Ridza mematikan lamunan Zaliya. Dia pantas tanggalkan
sandalnya lalu melangkah masuk ke dalam ruang bawah rumah tumpangan itu.
Dilihatnya hiasan dalaman rumah itu lengkap. Semua perabot rumah tersusun rapi.
Lengkap, bisik hati Zaliya. Benar, memang tiada apa yang kurang dalam rumah
itu. Segalanya lengkap. Dengan susun atur perabot dan ruang dapur yang luas
serta dilengkapi dengan peralatan memasak.
“Abang nak keluar sekejap, nak pergi
ke kedai, cari barang untuk bekalan memasak seminggu dua ni.” Kata Ridza
tiba-tiba.
Zaliya yang leka memandang ke
segenap ruang rumah tersentak. Wajah Ridza dipandang seketika. Kacak, detik
hati Zaliya. Lelaki sekacak Ridza dan perempuan serba kekurangan sepertinya.
Entah bagaimana dia boleh terperangkap dengan lelaki itu. Zaliya berdesis dalam
hati.
“Tolong
bawa beg abang ni ke bilik kat tingkat atas.” Sambung Ridza apabila Zaliya
hanya memandangnya tanpa balasan kata. Tidak mengerti dengan pandangan Zaliya.
Panangan marah, suka atau benci?.
Sekali
lagi Zaliya hanya menurut arahan Ridza. Lidahnya masih kelu mahu membalas
kata-kata lelaki itu. Tidak tahu kata apa yang boleh diluah kerana jauh di
sudut hatinya, dia masih marahkan lelaki itu.
Terkejut Zaliya
apabila pintu biliknya tiba-tiba dikuak dari luar. Dilihatnya Ridza sudah masuk
ke dalam bilik keletihan. Zaliya kerling jam di dinding bilik tidur utama utama
itu. Jam sudah menunjukkan pukul 9 malam. Bermakna lelaki itu sudah keluar
selama tiga jam.
Zaliya sangkutkan telekungnya ke
penyidai kayu yang tersedia. Dia tidak berminat mahu bertanya lanjut ke mana
Ridza menghilang kerana dia tidak mahu mengambil tahu perihal lelaki itu.
“Abang ada beli makan malam. Nanti
Liya tolong hidangkan. Abang nak mandi dulu. Lepas ni kita makan sama-sama.”
Ujar Ridza seraya membuka baju T-shirtnya. Besar harapannya bulan madu itu akan
merapatkan hubungannya dengan Zaliya. Dia tahu Zaliya masih marah namun dia
juga perlukan Zaliya memberinya ruang dan peluang supaya dia boleh berterus
terang.
Zaliya hanya berlalu ke tingkat
bawah tanpa membalas kata-kata Ridza. Malah dia juga tidak berani mahu
memandang tubuh lelaki itu yang terdedah. Walaupun dia sedar, dia juga tidak
dapat melarikan matanya dari mencuri pandang tubuh Ridza sekali sekala. Tubuh
sasa yang menggetarkan naluri wanitanya. Namun dia tawar hati untuk bermesra
dengan lelaki itu lantaran penipuan Ridza terhadapnya.
Zaliya menghidangkan laksa yang
dibeli oleh Ridza di atas meja makan. Dia kemudiannya beralih ke sofa ruang
tamu sementara menunggu Ridza turun. Janggal pula dia rasakan apabila terpaksa
berdua-duaan begitu dengan lelaki itu. Tidak tahu bagaimana untuk bereaksi.
“Jom makan.” Tiba-tiba terdengar
suara Ridza menegurnya dari belakang.
Zaliya bingkas bangun dari duduk.
Sejurus berpaling dia terpanar melihat Ridza. Matanya itu seolah-olah terpaku
pada Ridza yang hanya berseluar trek tanpa baju menutupi tubuhnya. Berdegup
kencang jantung Zaliya untuk seketika. Terasa debaran dadanya meningkat dua
kali ganda. Melihat Ridza berkeadaan begitu membuatkan hatinya itu tidak
senang. Mengapa harus ada getar jika hatinya membenci? Mengapa dia harus
berdebar jika hatinya itu tidak sudi?
Ridza tersenyum memandang Zaliya
yang sudah merah muka.
“Abang panas. Lepas ni pakai semula
baju.” Tutur Ridza kemudiaannya.
Panas konon. Entah-entah cuba nak
cairkan hati aku. Detik Zaliya sendiri. Dia pantas melangkah menuju ke dapur
tanpa memandang wajah Ridza. Entah apa perasaan yang baru bertandang itu dia
tidak tahu. Tetapi yang dia pasti, dia tidak mahu hanyut dengan Ridza. Biar
seribu kali Ridza mendekat, dia akan beribu-ribu kali juga menjauh. Penipuan
Ridza masih mengisi ruang mindanya, dan dia tidak mahu tunduk kepada lelaki
seperti Ridza. Itu nekad Zaliya dalam hati.
“Ini untuk Liya.”
Kata Ridza seraya meletakkan beg kertas di tangan ke sisi Zaliya yang duduk di
birai katil. Dia turut melabuhkan duduknya bersebelahan beg yang baru
diletakkan sebentar tadi.
“Bukalah.” Katanya lembut sejurus duduk.
Walaupun Zaliya masih dingin dengannya, namun dia masih tidak putus asa untuk
memenangi hati wanita itu terlanjur Zaliya sudah menjadi isterinya.
Zaliya tanpa suara membuka bungkusan
itu. Namun sejurus dia melihat isinya, pantas tangannya membaling isi beg itu
ke lantai.
“Tak perlu nak buat semua ni sebab
hati ni masih belum berubah!.” Keras nada Zaliya menuturkan kata-kata itu.
Ridza yang tertegun dengan tindakan
Zaliya terperanjat. Dia pantas bangun dan meraih kembali gaun tidur nipis yang
dibelikan untuk Zaliya petang tadi. Terasa panas hati pula bila Zaliya
seolah-olah tidak menghargai pemberiaannya sedangkan dia berusaha membeli baju
itu di pekan. Puas mencari kedai pakaian dalam sehingga dia keletihan dan
hasilnya Zaliya pula tidak menghargai pemberiaannya. Perbuatan Zaliya itu
memang membuatkan hatinya hangat.
Dia sudah berusaha mahu meraih
perhatian Zaliya namun Zaliya yang seolah-olah keras hati dengannya.
“Tolonglah Liya, bagi abang peluang
untuk ceritakan hal sebenar.” Kata Ridza. Seboleh-bolehnya dia merendahkan
egonya supaya Zaliya memberinya peluang.
“Tak perlu!.” Kata Zaliya dingin.
“Macam mana hubungan kita nak elok
kalau Liya masih bersikap macam ni.” Kata Ridza lagi. Sejujurnya dia juga sudah
semakin hilang sabar dengan sikap dingin Zaliya.
“Hubungan kita setakat ni sahaja.
Tak perlu lebih-lebih.” Balas Zaliya senada. Dingin dan keras.
“Liya jangan paksa abang sesuatu
yang abang sendiri tak suka.” Cabar Ridza apabila Zaliya membalas kata-katanya
begitu. Dia tidak mahu mengasari Zaliya. Tetapi jika Zaliya terus mendesaknya,
mahu juga dia mengajar Zaliya supaya lebih menghormatinya sebagai suami.
“Kalau tak suka kita bercerai.”
Balas Zaliya tanpa perasaan bersalah. Entah kenapa hatinya itu keras pula mahu
berbaik-baik dengan Ridza walaupun dia sebenarnya tidak berniat menuturkan
kata-kata itu. Memang dia tidak rela menjadi isteri kedua Ridza namun dia juga
tidak boleh menafikan yang ikatan mereka masih terlalu awal untuk ditamatkan.
Hati Ridza yang semakin panas
dibakar dengan kata-kata Zaliya semakin hilang sabar. Dia kemudiannya tersenyum
sinis. Mahu menjinakkan Zaliya memang tidak boleh dengan cara lembut. Desisnya
dalam hati. Zaliya memang perlu diajar. Diajar supaya lebih menghormatinya.
“Kalau tak nak pakai baju yang abang
bagi pun takpe, tapi yang penting malam ni abang tetap mahukan layanan dari
Liya.” Putus Ridza seraya berdiri hampir dengan Zaliya. Dia sudah penat menanti
Zaliya datang kepadanya dengan rela hati. Wajah Zaliya direnung dalam. Cukup
tajam supaya maksud yang cuba disampaikan melalui pandangan mata itu mampu
difahami oleh Zaliya.
“Jangan harap yang lebih-lebih sebab
hubungan kita takkan ke mana-mana!.” Balas Zaliya tegas. Dia mahu berlalu
meninggalkan Ridza namun belum sempat dia melangkah, pergelangan tangannya
sudah ditangkap oleh Ridza.
“Kalau Liya tak relakan, abang akan
paksa. Cuba la halang abang.” Kata Ridza seraya menolak tubuh Zaliya rapat ke
dinding.
Jantung Zaliya sudah berdebar
kencang. Ridza memang nampak nekad. Dan dia pula sudah tersilap kerana mencabar
lelaki itu ditahap maksimum. Bukan dia tidak tahu Ridza memang selalu bertindak
di ‘luar batasan’ apabila dia bertindak melawan kata-kata lelaki itu.
“Macam mana?..nak abang paksa atau
Liya nak menyerah sendiri?” Soal Ridza dalam senyum sinis. Zaliya memang perlu
diajar sekali sekala.
Zaliya yang sudah sesak nafas
dihimpit oleh tubuh Ridza cuba menolak tubuh lelaki itu menjauh walaupun dia
tahu usahanya itu hanya sia-sia. Tiba-tiba ada rasa sebak yang menyerbu
dadanya. Tegarnya Ridza memberinya pilihan begitu.
“Abang dah bosan merayu-rayu pada
Liya.” Sambung lelaki itu seraya memainkan jari jemarinya di bibir Zaliya lalu
memagut kasar bibir Zaliya.
Zaliya hanya terpaku berdiri tanpa
mampu melawan perbuatan Ridza. Dia tahu andai melawan sekalipun belum pasti dia
boleh menandingi kudrat Ridza. Penyudahnya dia hanya membiarkan Ridza
memperlakukan apa sahaja padanya.
Sejurus beberapa minit berlalu,
Ridza melepaskan bibirnya. Zaliya memejam rapat matanya, tidak rela Ridza
memperlakukan dirinya begitu.
“Kalau Liya tak melawan sangat,
tentu abang tak layan Liya macam ni.” Tutur Ridza seraya menarik tangan Zaliya
ke katil.
“Jangan salahkan abang sebab Liya
yang suka abang gunakan cara macam ni.” Ujar Ridza lagi seraya menolak Zaliya
ke tilam.
Sekali lagi Zaliya pejamkan matanya.
Dia tidak rela. Tidak rela menyerah kepada Ridza namun dia tidak berdaya mahu
melawan. Dalam hatinya dia menyumpah-nyumpah lelaki itu. Bencinya semakin
mengunung. Sejurus lelaki itu membuka pakaiannya, hatinya menangis sedih,
merintih pilu. Sungguh dia tidak rela diperlakukan begitu. Dia bencikan Ridza!
Benci kerana lelaki itu menggunakan cara yang kotor untuk mendapatkannya!.
Zaliya bingkas
bangun sejurus Ridza berlalu ke bilik air. Hujan lebat diluar seolah-olah memahami
pilu hatinya saat itu. Air matanya yang mengalir laju sejurus Ridza
‘menakhluki’nya tadi masih bersisa. Rasa sedihnya tidak mampu dibendung, Zaliya
menangis lagi. Sungguh Ridza kejam!.
Zaliya pantas sarungkan semula baju
ke tubuhnya yang tidak dibaluti apa-apa. Tidak betah dia mahu menghadap muka
Ridza selepas apa yang lelaki itu lakukan padanya sebentar tadi. Dia tidak mahu
tinggal bersama-sama lelaki itu lagi. Dia benci pada Ridza! Sungguh dia benci!.
Zaliya berlari keluar dari bilik dalam air mata yang masih setia mengalir.
Marah, geram, sedih dan pilu bergabung menjadi satu rasa yang bergayut
dihatinya saat itu. Dia sudah tidak peduli, dia tidak mahu hidup bersama dengan
lelaki kejam seperti Ridza.
Zaliya buka pintu utama rumah
tumpangan itu lalu dia berlari keluar. Tidak peduli lagi pada hujan yang
mencurah-curah lebatnya. Hatinya itu terlalu pedih dan sedih. Dia tidak tahu
mahu berlari ke mana namun yang pasti dia mahu lari jauh dari Ridza. Jauh
sehingga lelaki itu tidak akan menemuinya lagi. Zaliya berlari dan terus
berlari, meninggalkan rumah tumpangan itu jauh dibelakang. Sekali sekala dia
terlanggar dengan daun-daun pisang yang lebat namun dia teruskan jua lariannya.
dia kesatkan air matanya yang bersatu dengan air hujan yang jatuh ke pipinya.
Sedihnya sudah tidak mampu dibendung, pilunya sudah tidak tertanggung. Kakinya
yang lenguh dan sakit tidak dipedulikan lagi. Dipaksakan jua kakinya melangkah
walaupun dia sudah tidak berdaya.
Zaliya sapu kasar air matanya yang
masih mengalir, kakinya serasa sudah tidak berdaya lagi. Penat, namun dia masih
belum mahu berhenti, Zaliya gagahkan jua namun dia tersungkur akhirnya. Zaliya
teresak-esak menangis. Sebahagian wajahnya tenggelam dalam air hujan yang
menakung di tanah tempat dia terjatuh. Untuk bangun dia rasa sudah tidak
berdaya. Kepenatan dan kesedihan menjadikan dia lemah. Kesejukan yang dirasakan
pada tubuhnya sudah tidak dipedulikan lagi. Wajah Zamri, Umar, Amirul dan Ridza
bersilih ganti mengisi ruang mindanya. Mengapa?, mengapa mereka terlalu kejam
terhadapnya?. Zaliya hanya mampu mengalirkan air matanya dalam kepenatan. Dalam
rasa sedih yang tidak mampu dia hilangkan Zaliya akhirnya tidak sedarkan diri.
Dia pengsan.
Ridza keluar
dari bilik air dengan hanya tuala yang membaluti tubuhnya. Dia membuang pandang
ke katil yang kosong. Tiada kelibat Zaliya di situ. Ridza mara ke arah katil
untuk memastikan matanya tidak silap. Namun yang hanya tertangkap oleh matanya
hanyalah pakaian dalam Zaliya yang ditinggalkan di lantai. Persalinan Zaliya
juga sudah tiada. Hairan, itulah yang Ridza rasakan saat itu. Hatinya itu sudah
tidak sedap apabila Zaliya tiada di situ.
Ridza pantas menyarungkan pakaian ke
tubuhnya. Dia kemudiannya bergegas ke tingkat bawah. Mana tahu jikalau Zaliya
marahkannya dan menyendiri di tingkat bawah. Ridza langkahkan kakinya laju ke
arah tangga, namun sejurus dia tiba dipertengahan anak-anak tangga itu,
dilihatnya pintu hadapan rumah sudah terbuka luas. Jantungnya tiba-tiba
berdetak laju. Ridza berlari ke segenap ruang rumah. Memeriksa sekiranya Zaliya
masih ada di situ. Namun dia tidak menemukan Zaliya di mana-mana. Mungkinkah?.
Mungkinkah Zaliya lari keluar dari rumah itu?. Jam di dinding rumah dikerling
sekilas, sudah jam 12 malam. Ke mana Zaliya menghilang? Ridza laju berlari
menuju ke pintu hadapan. Matanya dibuang ke arah gelap malam di hadapan. Dia
takut memikirkan kemungkinan itu. Ada rasa risau dan bimbang yang bergabung
menjadi satu. Tiba-tiba dia kesal dengan perbuatannya terhadap Zaliya tadi. Jika
dia tidak mengasari Zaliya sudah tentu Zaliya tidak senekad itu.
“Liya!” Panggil Ridza kuat ke arah
hadapan. Rambutnya dilurut kasar.
“Zaliya!.” Panggil Ridza lagi namun
tiada sahutan yang dia terima. Berdegup laju jantung Ridza memikirkan
kemungkinan yang berlaku. Kemungkinan yang Zaliya berada di luar sana dalam
hujan lebat yang mencurah-curah.
“Liya!” Panggil Ridza lagi. Buntu.
“Liya, tolong jangan buat abang
risau macam ni.” Akhirnya Ridza mengeluh perlahan. Kesal dengan perlakuan tidak
matangnya sehingga Zaliya melarikan diri.
Puas memanggil Zaliya Ridza akhirnya
berlari keluar, kerisauannya membuatkan dia tidak mampu berdiam diri dan tidak
melakukan apa-apa. Dia perlu mencari Zaliya!.
“Liya!.” Panggil Ridza lagi seiring
dengan lariannya dalam hujan. Buntu tidak tahu di mana harus dia mulakan pencariannya.
“Liya!, tolong jangan buat abang
macam ni. Maafkan abang.” Laung Ridza kuat namun kakinya tetap laju berlari.
Sekali sekala wajahnya yang dipenuhi air hujan di raup dengan tangan.
“Liya! Maafkan abang!.” Kata Ridza
lagi. Dia berlari ke kanan dan kiri. Mencari-cari kelibat Zaliya.
Puas berlari dan mencari, Ridza
akhirnya berhenti seketika. Tiba-tiba hatinya jadi sebak. Teringatkan akan
perbuatannya pada Zaliya. Mendatangi Zaliya tanpa kerelaan wanita itu.
“Maafkan abang.” Tutur Ridza kesal sambil
menyapu air hujan yang sudah bersatu dengan air matanya.
“Abang janji takkan buat lagi.”
Rintihnya sendiri. “Tolong jangan buat abang risau macam ni.” Sambungnya sebak.
Ridza berjalan perlahan apabila
panggilannya tidak bersambut, luahannya tidak bersahut. Dia menapak tanpa arah
tujuan. Hanya berjalan dengan harapan Zaliya akan kembali kepadanya.
“Maafkan abang Liya. Abang janji
takkan buat lagi.” Katanya sendiri.
Lima minit berjalan tanpa arah
tujuan, Ridza terhenti seketika. Sekujur tubuh yang terbaring lesu di sebalik
pokok-pokok pisang menarik perhatiannya.
“Liya!.” Ridza pantas berlari ke
arah sekujur tubuh yang tidak sedarkan diri itu.
Ridza terduduk di sisi tubuh Zaliya.
Pantas tubuh Zaliya ditarik ke dalam pelukannya.
“Liya!.” Seru Ridza seraya menepuk
pipi Zaliya dan bila Zaliya tidak bereaksi, Ridza tarik Zaliya ke dalam
pelukannya.
“Maafkan abang.” Tutur Ridza seraya
mencempung tubuh Zaliya menuju ke arah rumah tumpangannya kembali.
Ridza balutkan tubuh Zaliya yang
basah dengan selimut tebal. Tubuh Zaliya yang berbungkus kemas dengan selimut
itu akhirnya dipeluk erat. Kepala Zaliya dicium berkali-kali.
“Maafkan abang, maafkan abang
sayang.” Tutur Ridza lagi. Kekesalan yang dia rasakan membuatkan dia rasa
bersalah kepada Zaliya.
Ridza tiba-tiba teringatkan
sahabatnya Doktor Ramzi yang kebetulan tinggal di daerah itu. Zaliya perlukan
rawatan. Dan pada waktu selewat itu, tidak semua klinik yang masih menawarkan
perkhidmatan. Dan apabila teringatkan sahabat yang sama-sama menyertai kelab
motor besar yang turut disertainya, dia tahu dia boleh memohon bantuan
sahabatnya itu.
Ridza pantas turun dari katil.
Telefonnya diraih lalu nombor Doktor Ramzi di dail. Sejurus bercakap beberapa
minit Ridza matikan talian. Dia kemudiannya bergerak semula ke arah Zaliya.
Selimut yang membalut tubuh Zaliya dibuka semula dan dia mula menukarkan baju
Zaliya. Menukarkan baju yang basah kepada yang kering dan dia duduk di sisi
Zaliya sementara menunggu kehadiran Doktor Ramzi. Tubuh longlai Zaliya yang
sejuk diraih ke dalam pelukannya.
“Wife kau okey je.” Kata
Doktor Ramzi sejurus memeriksa Zaliya. Dia tersenyum nipis ke arah Ridza yang
sudah terbias dengan rasa bimbang di wajahnya.
“Aku risau pulak bila dia tak sedar
macam ni.” Kata Ridza jujur.
“Ini business card aku, ada alamat klinik. Esok kalau kau nak, boleh bawa
dia pergi klinik aku, boleh buat futher
check up. Tapi setakat ni, aku rasa dia cuma keletihan je.” Kata Doktor
Ramzi untuk meredakan kerisauan Ridza. Dia kemudiannya menghulurkan kadnya
kepada Ridza.
“Kau buat apa kat sini?” Soal Doktor
muda itu kemudiannya. Setahunya Ridza bukan tinggal di situ.
“Aku honeymoon, baru seminggu kahwin.” Jawab Ridza tanpa segan silu.
Doktor Ramzi tersenyum nipis. Dia
dan Ridza bukanlah kenalan rapat. Hanya sekadar teman yang sama-sama berkongsi
hobi. Berjumpa hanya ketika mereka sama-sama berkonvoi dengan motor besar.
Selebihnya masing-masing ada kehidupan sendiri.
“Honeymoon
pun kena take it slow. Jangan rush sangat. Bila gelojoh ini la
jadinya.” Balas Doktor Ramzi dalam nada seloroh.
Ridza hanya tersenyum membalas
kata-kata Doktor Ramzi.
“Okeylah, kalau takde apa-apa lagi
aku nak balik dulu. Apa-apa hal boleh call
aku. Nombor klinik pun ada kat business
card tu.” Ujar Doktor Ramzi seraya bangun dan berlalu ke pintu bilik.
Ridza turut bangun dan berjalan
mengiringi Doktor Ramzi sehingga ke pintu hadapan rumah.
“Thanks
for your time Ramzi.” Ucap Ridza sejurus berdiri di muka pintu.
“Small
matter je tu. Tapi kena ingat, nak ‘belasah’ wife pun kena berpada-pada. Jangan sampai pengsan lagi lepas ni.”
Seloroh Doktor Ramzi seraya menghulurkan tangan tanda ingin berpisah.
“I’ll
remember that.” Balas Ridza dalam senyuman. Sengaja menyambut sahabatnya
itu berseloroh.
Zaliya menolak
tubuh Ridza yang memeluknya erat. Marah pada Ridza masih belum surut dan
apabila dia tersedar, lelaki itu elok sahaja tidur dengan memeluk tubuhnya.
“Liya dah sedar.” Kata Ridza sejurus
matanya terbuka.
Zaliya hanya mendiamkan diri. Dia
berpaling dari tubuh Ridza. Masih marahkan lelaki itu. Kejadian malam tadi
diimbas kembali. Satu persatu melayari kembali mindanya. Dan apabila
teringatkan kejadian dia terjatuh di kebun pisang, dia tahu Ridza telah
menemuinya. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan.
“Kita pergi klinik pagi ni.” Kata
Ridza seraya bingkas bangun. Ingin bersiap-siap.
“Liya, kita pergi klinik ye. Malam
tadi Liya pengsan. Abang risau kalau Liya masih tak sihat.” Kata Ridza seraya
berlalu ke almari untuk mendapatkan tuala.
Sementara Zaliya sudah mengesak
tangis. Kenapa Ridza perlu mengambil berat terhadapnya kerana malam tadi,
lelaki itu juga yang mengasarinya.
Ridza yang terdengar esakan Zaliya
tersentak. Pantas dia pandang tubuh Zaliya yang membelakanginya.
Terhinjut-hinjut tubuh itu seiring dengan tangisan yang kedengaran. Pilu
seketika hatinya melihat Zaliya begitu. Terasa bersalah kerana dialah punca
semua itu berlaku. Ridza berjalan perlahan menuju ke arah Zaliya. Duduknya
dilabuhkan di sisi Zaliya.
“Liya, maafkan abang. Abang salah
pada Liya malam tadi. Abang janji abang takkan ulangi lagi.” Kata Ridza lembut.
Dia kemudiannya berbaring semula di sisi Zaliya. Tubuh Zaliya ditarik ke dalam
pelukannya dari belakang. Sungguh dia kesal.
Zaliya yang kesedihan bertambah
sedih dengan luahan kata Ridza. Tangis yang cuba ditahan semakin melebat pula.
“Berilah peluang kepada abang untuk
tebus kesalahan abang. Untuk berterus terang pada Liya tentang semua kisah
abang.” Luah Ridza perlahan. Tengkuk Zaliya dikucup penuh kasih. Walaupun
perkahwinan mereka dibina bukan berasaskan cinta namun dia yakin dia boleh
bahagia dengan Zaliya jika wanita itu mengizinkan. Dia akan belajar menyintai
Zaliya dan begitu juga sebaliknya.
Zaliya pejam rapatkan matanya
tatkala mendengarkan luahan kata Ridza. Adakah Ridza benar-benar kejam? Atau
sebenarnya dia yang terlalu keras hati untuk mendengar dulu penjelasan lelaki
itu?.
“Liya nak balik.” Hanya kata-kata
itu sahaja yang mampu diluah oleh Zaliya. Nadanya tidak lembut namun tidak juga
sekasar seperti biasanya. Mungkin dia juga harus bertolak ansur dengan Ridza.
Daripada terus berkasar dan menolak Ridza, dia juga boleh memilih untuk
mendengar penjelasan lelaki itu. Bukankah dia yang bersetuju dengan perkahwinan
itu dan dia pernah luahkan pada ibu dan bapa Ridza, baik buruk keputusannya itu
akan dia tanggung sendiri kerana dia yang memilih perkahwinan itu….
p/s-harap semua suka dgn n3 kali ni....
Zaliya cubelahhh buka hatimu dgr penjelasan ridza..huhu..
ReplyDeleteBest2 sis..keep it up...nk lg..heeee
Alaina a.k.a nana
Sememangnya Zaliya patut mendengar penjelasan Ridza dari awal dan bukannya marah membabi buta..harap Zaliya cuba ubah sikap tu
ReplyDeletekan bgus klau dr awal dgr pnjelasan redza ni..
ReplyDeleteInilah yg dikatakan bodoh sombong dan tak tau nak kenang budi...dulu bukan main lagi zaliya merayu nak ikut ridza...tapi bila ridza nak jelaskan perkara yg sebenar taknak dengar palk..bengang betul kalau baca cerita yg heroinnya perangai macam ni...
ReplyDeletezaliya nak balik pada ayah tiri dia ke? serupa masuk kandang harimau tau,pls terima ridza
ReplyDeletesambung lagiiiii,,,,,,, best kut!!!!!!!!! ridza dh jatuh cinta kat dia ke???
ReplyDeletehayah, jangan balik dlu lah, dngar penjelasan ridza dlu.. . . . Kak tulip memang pandai buat hati saya sayu. Saya tak sabar menunggu n3 nya!,best pokoknya,lebih bgus lg jika pulang bulanmadu ni liya hamil, lah biar mampus nazira hahaha kejam ya saya, nany
ReplyDeletemrajuk plak liya nie.ptutnya dgr dlu pnjelasan ridza psl istri ptma bkn mrah2
ReplyDeleteSusah nak nilai lagi...
ReplyDeleteTp bila pikir2, cam nyamph lak pulak ngan zaliya ni.. dhlah org pungut dia dr di rogol abg tiri n kene paksa kawen leh pulak buat hal.. cer dengar lu penjelasan yg sebenarnya...ermmmmm
Huhuhu! Entri kali ni memang menyengat! Please buat Zaliya tuu lembut hati nak dengar penjelasan Ridza, raiter.
ReplyDeletealahai!macam konkrik keras nye ati liya...nape yer...itu lh EGO...andai tk sudi or benci cam ner lk leh berdebar debar rase jantung hati..itu lh nikmat cinta liya tp nape nk nafi kn!!!beri lh peluang hubby luah kn rase hati nyer than baru pikir cerai ker nk terus ker,tu baru adil.dosa ker bile hubby tagih dgn penuh rase kasih utk bersame namun kemarahan mu yg terjelas..tk kn lupa akn dosa pahala bile si isteri engkar kehendak suami.. terima lh liya dgn redha kira nyer itu lh jodoh mu..
ReplyDeleteLiya tu Mesti dgr penjelasan Ridza. Jgn keras ati Sgt. Apalah yg nk dimarahkan kalau kebenaran taknak didgr.Tak tahu dosa buat suami camtu. Dahla dia yg selamatkan Liya dulu. Kenapa Liya jd lupa diri. Sebab Cinta dh berputik dan cemburu menguasai diri terus hak suami nk dinafikan .
ReplyDeletePls cik Tulip bg kesedaran kat Liya tu. . .
setuju ngn camelia,ridza dh ckp brsbr ngn prangai liya,cb lh dngr citer ridza dl,ni tak,sk bt andaian sndri pastu mlwn suami,hrp nxt n3 skp liya brbh skt,trimas bnyk2 bt wrtr coz nk hbskn ctr ni kt blog,smbg lg ya ari ni
ReplyDeletenak tak nak..kene truska aje Liya,awak dh kawen ..Ridza dh tolong byk tuh
ReplyDeletelambat betul ridza nk terus terang nih..nk tau jugak apa masalah dia ni, ada bini x de pula diceraikan..simpan lagi,dh pulak tu nampak sgt zirah asik buli dia..tp ridza ni jenis redo ke apa
Buat liya..dgr la apa ridza nk ckp..kami pembaca ni nk tau gak..awak jgn jd penghalang yer..kikiki
cik Tulip..selamat bertugas kembali mendidik ank bangsa!!
Perempuan ni memang x sadar diri.suami yg
ReplyDeletemacam mana lagi yg dia nak
ridza very noty...kn da kna warning.!!!;))
ReplyDelete