BAB 12 (BAB LAST)
"Kau ni memang dah gila kan Leez." Marah Maria.
"Kau ni Mariah, sekali sekala datang jumpa aku, kau dah nak marah-marah. Kalau macam ni perangai kau, baik kau tak payah datang awal-awal lagi." Tukas Leez.
"Kau ni memang tak sedar tau Leez, kau tahu kan lelaki tu suami orang. Takkan la dah takde lelaki bujang dalam dunia ni yang kau terpaut. Dengan laki orang juga yang kau nak."
"Ala..nak buat macam mana, dah selera aku laki orang. Lagipun agama pun tak larang kan, lelaki kahwin lebih dari satu. Aku rasa tak salah kalau aku nak pikat dia."
"Kau ni cakap macam orang tak tahu agama. Memang la agama benarkan. Tapi itu untuk kes-kes tertentu je. Bukannya kes perempuan yang tergedik-gedik macam kau ni. Dah la, aku malas nak berbalas kata dengan kau. Kau buatlah apa yang kau nak, jangan dah terngadah nanti kau cari aku. Masa tu aku malas nak tolong kau." Mariah berikan amaran.
Leez hanya menjungkitkan tinggi keningnya. Dia sendiri malas mahu berbalas kata dengan kawannya itu. Mariah bukannya faham dengan kehendak hatinya.
"Kau cadang nak duduk rumah aku berapa hari?" Soal Leez mengalih topik perbualan.
"Dalam tiga hari kot. Itupun kalau kau tak kisah. Aku sunyi sangat duduk sorang-sorang kat rumah aku tu."
"Itulah kau, umur dah lanjut tapi belum ada hati nak kahwin. Dalam usia macam kita-kita ni, memang dah takde orang bujang yang nak masuk meminang tau. Kalau ada pun duda aje la. Itulah kau, cuba kau buat macam aku ni, gerenti ramai lelaki terpaut." Balas Leez.
Mariah tidak membalas sebaliknya dia hanya kerling tubuh Leez dari atas ke bawah. Sahabatnya itu memang terlebih seksi. Dengan seluar pendek yang hanya menutupi punggung dan mendedahkan peha hingga ke buku lali dan singlet jarang tanpa lengan yang menampakkan warna baju dalamnya. Ah...kalau tidak berkahwin pun dia sanggup andai maruahnya perlu direndahkan seperti itu. Apa ertinya semua itu jika tidak mendapat berkat Allah. Mariah beristigfar sendiri.
"Aku nak naik bilik dulu la. Nak rehat." Mariah meminta diri. Tidak mahu memanjangkan isu yang dibangkitkan oleh Leez. Kadangkala berdiam diri itu lebih baik.
Ridza panik!. Zaliya sudah pun turun tanda untuk bersalin anak sulung mereka. Dia yang keresahan hanya mampu memerhatikan isterinya itu keluar masuk ke bilik air sejak lima belas minit yang lalu.
"Macam mana?" Soal Ridza tatkala Zaliya keluar dari bilik air.
"Liya rasa dah boleh ke hospital la bang. Air ketuban dah pecah ni."Zaliya memberitahu.
Ridza yang mendengar pantas sahaja bergegas memakai pakaian yang sesuai. Dia kemudiannya terus membawa beg Zaliya yang sudah terisi dengan keperluan isterinya itu untuk ke hospital.
"Liya okey tak?" Soal Ridza cemas.
"Liya okey je cuma air ni keluar tak berenti. Liya tak boleh nak kawal." Akui Zaliya.
"Kalau macam tu cepatlah bersiap, abang tunggu kat kereta. Ke Liya nak abang dukung Liya?"
Zaliya tersenyum. Wajah cemas suaminya membuatkan dia rasa lucu pula. Entah kenapa suaminya itu nampak takut.
"Liya masih boleh berjalan. Belum sakit lagi bang cuma air ketuban je yang dah pecah." Zaliya menerang. Untunglah dia banyak membaca buku yang berkaitan dengan kehamilan. Tahulah dia bagaimana mahu berhadapan dengan situasi itu.
"Kalau macam tu abang tunggu je kat dalam kereta." Ridza nampak masih bingung.
Zaliya hanya mampu menggeleng-geleng kepala melihat telatah Ridza.
"Aku yang nak bersalin, dia pulak yang resah tak menentu." Zaliya bermonolog sendiri.
Ridza genggam tangan Zaliya erat-erat apabila isterinya itu meneran kuat. Belas pula hatinya menyaksikan betapa terseksanya isterinya mahu melahirkan zuriat sulung mereka. Wajah pucat dan keletihan Zaliya membuatkan dia simpati. Begitu besar pengorbanan seorang ibu untuk membawa satu nyawa ke dunia.
"Okey, push lagi. Dah nampak kepala baby tu." Suara doktor wanita itu mengejutkan Ridza dari lamunannya. Tanpa berfikir panjang dia bergerak ke arah yang dimaksudkan oleh doktor tadi namun sejurus matanya melihat ke arah kepala bayi yang baru sedikit terjulur keluar dengan darah merah pekat, dia terasa kakinya goyah. Rasa ingin pitam pula melihat semua itu.
"Encik, encik okey?" Soal seorang staff nurse yang bertugas. Melihatkan wajah Ridza yang pucat tanpa darah menyebabkan dia juga panik. Manalah tahu kalau-kalau Ridza jatuh pitam tiba-tiba.
Ridza hanya menggeleng-gelengkan kepalanya walhal dia memang sudah tidak boleh melihat semua itu.
"Saya rasa elok encik balik dulu. Biar kami uruskan dari sini." Saran doktor yang membantu Zaliya pula. Bukan sekali dua kes begitu yang terjadi. Malah dia sudah acap kali berhadapan dengan reaksi para suami yang tidak boleh menyaksikan keajaiban kelahiran itu. Dia juga tidak mahu timbul masalah andai Ridza pula yang jatuh pengsan di situ.
Ridza hanya mengangguk perlahan. Dia bukan mahu meninggalkan isterinya sendirian tetapi dia memang tidak mampu untuk menyaksikan semua itu di hadapan matanya. Andai dia bertahan juga, pasti dia pula yang terpaksa ditahan di wad nanti.
Ridza cium pipi Zaliya.
"Abang sayangkan Liya." Dia berlalu keluar apabila Zaliya melemparkan senyuman nipis. Walau berat hati namun dia berlalu jua apabila mata Zaliya seolah-olah mengizinkan dia keluar.
Ridza bersegera mandi apabila dia tiba di rumah. Tubuhnya yang basah dengan peluh membuatkan dia rasa kurang selesa. Dia sendiri tidak menyangka yang pengalaman menyaksikan isterinya mahu melahirkan anak mampu membuatkan dia rasa lemah seluruh sendi.
Ridza keluar dari bilik air apabila dia selesai mandi. Dia tidak mahu menangguh masa, dia ingin bersegera kembali ke hospital. Ingin menemani isterinya dan yang paling dia tidak sabar, dia ingin menatap wajah anaknya buat kali yang pertama.
Ridza menapak ke arah katil namun matanya terbuntang! Leez sedang terbaring dengan gaya menggoda di atas katilnya.
"Apa kau buat kat sini?" Soal Ridza keras. Dia sudah dapat mengagak lagak wanita gatal itu.
"Tentu you bosan, I datang nak temankan you. I tahu wife you kat hospital." Jawab Leez tanpa rasa bersalah.
"Keluar!." Arah Ridza dengan suara yang dikawal sebaik mungkin. Dia tiada masa mahu melayan Leez sedangkan isterinya sedang bertarung nyawa ingin melahirkan anaknya.
"Amboi garangnya...takkan you tak tergoda tengok I?" Leez liuk lentokkan badannya.
Sementara Ridza sudah semakin panas hati. Dia menarik beberapa helai baju lalu di bawa masuk ke dalam bilik air. Tidak sanggup mahu mengenakan pakaian di hadapan perempuan miang itu.
Ridza keluar dari bilik air namun Leez masih lagi tidak berganjak dari baringannya. Tahulah dia bagaimana mahu mengajar perempuan seperti Leez. Memang tidak sedar diri. Diri sendiri mencari nahas.
Ridza mara ke katil lalu dia menarik kasar tangan Leez. Tiada guna berbahasa lembut dengan perempuan seperti itu.
"Apa ni!, sakitla." Wajah Leez sudah berkerut perit. Sakit apabila Ridza mengasarinya begitu.
Ridza tidak mempedulikan kata-kata Leez, malah dia terus mengheret tangan wanita itu keluar dari rumahnya. Tubuh Leez dihempas ke luar pintu hadapan.
"Kalau kau ingat dapat goda aku, kau salah orang!." Tegas Ridza bersuara sambil menghempas kasar pintu rumahnya.
Leez sudah menangis teresak-esak. Hatinya sakit, tubuhnya juga sakit. Tidak menyangka Ridza tidak termakan dengan godaannya. Jarang-jarang sekali perangkapnya tidak mengena. Selalunya dia tidak pernah di tolak, jauh sekali dihina begitu.
Ridza bersegera mengambil telefonnya lalu mencapai kunci kereta. Dia ada perkara yang lebih penting untuk difikirkan daripada terus memikirkan sikap Leez. Pantas kakinya di hela semula ke muka pintu. Sejurus membuka pintu dilihatnya Leez masih lagi terduduk menangis di halaman rumahnya.
"Balik!, kau jejak tanah rumah aku lagi. Patah tulang kau." Ridza beri amaran. Tidak mahu berlembut dengan perempuan hina seperti Leez.
Leez terpempan, tiba-tiba hatinya jadi kecut. Tanpa berfikir panjang, dia bangun dari duduknya lalu berlari keluar dari perkarangan rumah Ridza dalam tangis. Terasa kesal pula. Hancur rancangannya. Dia menyangka dia cuba menjerat rusa tetapi tidak menyangka lelaki yang dianggap jinak seperti rusa itu sebenarnya singa yang garang. Serta merta kata-kata Mariah menerjah ruang mindanya.
Mariah hanya memerhatikan wajah Leez yang merah padam dengan air mata. Hairan pula apabila Leez tiba-tiba menghilang dari rumahnya tadi.
"Kau kenapa?" Soal Mariah hairan.
Leez tidak menjawab sebaliknya dia duduk di sofa menyambung tangis.
"Leez..kau ni kenapa?" Soal Mariah lagi.
Leez angkat wajahnya memandang Mariah.
"A..a..aku malu." Katanya kemudian.
"Malu?, malu kenapa?" Soal Mariah tidak faham.
"Aku cuba goda Ridza tapi dia tolak aku." Terang Leez.
Mariah naikkan keningnya tinggi. Pasti sahaja Ridza yang dimaksudkan oleh Leez itu jiran yang pernah diceritakan dahulu. Lelaki yang pernah cuba digoda oleh Leez itu.
"Itulah kau. Kau ingat semua lelaki ni sama. Ingat mudah sangat tergoda dengan baju seksi kau tu." Tukas Mariah menyindir. Baru padan dengan muka Leez, dia nasihat tidak mahu dengar. Sekarang terima la kesannya.
"Mana aku tahu perangai dia tak sama dengan jantan-jantan lain." Rengus Leez marah.
"Padanlah dengan muka kau." Mariah berlalu meninggalkan Leez yang melayan perasaannya. Dia malas mahu menenangkan hati perempuan itu, biar sahaja Leez merawatnya sendiri. Bukan sekali dia mengingatkan. Malah sudah berkali-kali. Dia sudah malas mahu ambil tahu.
Wajah bayi lelaki comel di sebelah Zaliya membuatkan Ridza terasa seperti ingin mengalirkan air mata. Comel betul anaknya yang baru lahir itu. Wajah polos dan lembut itu cukup seiras dengan wajahnya. Terasa syahdu pula melihat kurniaan itu dalam kehidupan rumahtangganya bersama Zaliya. Sejujurnya dia terlalu gembira.
"Abang tak nak dukung?" Soal Zaliya apabila melihat Ridza merenung lama wajah anak kecil mereka.
"Abang takut." Akui Ridza pula.
Tergelak kecil Zaliya mendengarkan kata-kata suaminya. Dia bangun dari baringnya lalu menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Seketika kemudian dia meraih tubuh bayi comel itu lalu diserahkan kepada Ridza.
"Comelnya anak abang." Kata Ridza tanpa sedar. Dia merenung lama wajah kecil itu.
"Abang kena azan dan iqamatkan." Zaliya merenung wajah suaminya itu.
Ridza tanpa banyak soal terus mengazan dan mengiqamatkan telinga bayi kecil mereka.
"Bila Liya boleh keluar?" Soal Ridza kemudiannya.
"Insya Allah lepas bayi kencing dengan berak, doktor akan bagi keluar."
Perbualan mereka terjendi apabila seorang doktor masuk untuk memeriksa keadaan Zaliya dan bayi mereka.
"Saya rasa, petang ni dah boleh keluar." Kata doktor sejurus memeriksa Zaliya dan bayi kecil itu.
"Alhamdulillah." Ucap Zaliya. Sudah bosan rasanya dia menghabiskan masa di hospital. Tidak sabar rasanya mahu menguruskan anaknya di rumah. Lebih selesa.
Empat tahun berlalu...
Awatif berlari-lari kecil sehingga terjatuh di halaman rumah. Ridza dan Zaliya yang memerhati dari bangku kayu yang terhias cantik di halaman rumah hanya memerhatikan anak kecil itu bangun semula dan menyambung main.
"Tengok anak abang, gagah perkasa macam abang" Kata Ridza bangga. Anak lelakinya itu banyak mewarisi sikap dan perangainya.
"Iyelah tu. Kalau gagah sangat takkan la sampai nak pengsan masa tengok Awatif lahir dulu." Zaliya mengusik. Mengimbas kembali peristiwa empat tahun yang lalu.
"Itu lain. Abang tak sanggup tengok Liya susah payah lahirkan anak abang." Ridza bersuara mengendur. Apabila teringat kembali waktu itu, dia terasa sebak hati, tidak sanggup rasanya melihat kesusahan Zaliya.
"Sebab tu la orang kata kalau derhaka pada ibu, tak cium bau syurga. Bukan senang nak lahirkan bayi ke dunia. Kena bertarung dengan nyawa." Balas Zaliya kemudiannya. Pandangannya dibuang lama pada wajah anak lelakinya yang sudah menginjak usia empat tahun.
"Liya rasa, dah tiba masanya Awatif ada adik baru. Liya kesian pulak tengok dia main sorang-sorang. Kalau ada adik tak la sunyi sangat." Sambung Zaliya.
Ridza yang mendengar sudah menaikkan tinggi keningnya. Baharu sahaja dia memikirkan betapa susahnya isterinya itu mahu melahirkan Awatif, kini isterinya itu menyuarakan ingin menambah anak lagi. Dia tiada halangan, cuma dia terlalu kasihankan Zaliya.
"Abang kesian tengok Liya masa lahirkan Awatif dulu." Ridza turut merenung lama wajah Awatif.
"Bang, Liya yang bersalin, Liya rasa Liya dah bersedia untuk tambah ahli dalam keluarga kita."
"Kalau Liya dah bersedia. Abang ikut je." Ridza menjawab dalam senyuman manis.
Zaliya masih duduk termenung di birai katil. Sementara Ridza sedang menunaikan solat Isyak. Awatif sudah lama terlena di katil single di penjuru bilik. Keletihan bermain di siang hari membuatkan anak kecil itu mudah terlena. Sejurus siap makan malam tadi, Awatif merengek ingin tidur.
"Apa yang Liya menungkan tu." Tanya Ridza sejurus meletakkan kopiahnya di atas meja solek usai sembahyang.
Zaliya palingkan wajahnya memandang Ridza.
"Erm, Liya teringatkan jiran kita dulu." Jawab Zaliya tenang.
"Siapa? Leez ke?" Ridza bertanya kembali.
Zaliya hanya mengangguk.
"Abang masih ingat dia lagi?." Zaliya ingin tahu. Selepas empat tahun Ridza masih berupaya untuk ingat. Pastinya hatinya itu dicuit cemburu.
"Mana boleh lupa. Perempuan Daring yang cuba goda abang tu. Sampai boleh baring menggoda kat atas katil ni lagi." Ridza memprovokasi. Tahu yang isterinya rasa cemburu. Jika tidak masakan tiba-tiba sahaja Zaliya membangkitkan isu itu.
Zaliya sudah menarik muka mendengarkan kata-kata suaminya. Ayat 'baring menggoda' yang diungkapkan Ridza itu membuatkan dia sedikit marah. Bererti Ridza masih lagi ingat akan wanita yang cuba mengocak ketenteraman rumah tangganya.
"Kalau abang ingat lagi, maknanya abang memang suka pada dia la." telah Zaliya. Lebih berbetuk kenyataan dari persoalan.
Ridza yang perasan akan perubahan riak wajah Zaliya sudah tersenyum dalam hati. Setelah empat tahun dia membahagiakan Zaliya, masih lagi isterinya itu curiga dengan kasih sayangnya.
"Liya rasa?" Ridza pula menguji.
"Mana Liya tahu hati abang." Kata Zaliya berjauh hati. Dia sudah merebahkan tubuhnya, membelakangkan suaminya.
"Liya sayang. Kalau abang ada perasaan pada dia, Liya rasa hubungan kita bertahan tak sampai sekarang?" Ridza menyoal sekaligus membawa isterinya itu berfikir.
Zaliya diam tidak menjawab.
"Liya, cinta abang hanya pada Liya. Tidak pada perempuan lain. Tidak pada si gatal tu khususnya." Jawab Ridza meredakan marah isterinya. Sengaja dia tekankan perkataan gatal itu. Tahu sangat apabila Zaliya marah begitu.
"Betul?" Soal Zaliya seraya berpusing menghadap suaminya kembali.
"Betul sayang. Sumpah pengakap." Ridza angkat tangannya separas telinga, sekaligus berseloroh.
Tertawa kecil Zaliya melihatkan terlatah Ridza. Tercuit hatinya. Kadang-kadang Ridza pun kelakar juga.
"Kalau abang berani-berani nak ada hubungan dengan perempuan lain, tahulah Liya nak ajar abang." Zaliya pura-pura beri amaran.
"Ish! Takutnya abang." Ridza pamirkan wajah takut.
Zaliya tumbuk dada Ridza manja.
"Liya ni suka sangat tumbuk dada abang kan. Tahulah dada abang ni seksi." Ridza mengusik.
"Ala...seksi apanya..." mulut Zaliya menafikan namun hatinya kuat mengiakan.
"Kalau tak seksi, takla Liya terpaut pada abang." Ridza sambung mengusik. Kali ini diselangi pula dengan kenyitan nakal matanya.
"Tak kuasa layan abang, Liya nak tidur." Zaliya palingkan kembali tubuhnya membelakangi Ridza.
"Liya sayang, siang tadi kata nak bagi Awatif adik. Kalau Liya dah nak tidur, mana nak kesampaian niat Liya tu."
"Esok-esoklah..malam ni Liya nak layan mimpi je." Zaliya sudah tersenyum. Tahu yang Ridza tidak akan mudahnya mengalah.
"Mana boleh tangguh-tangguh sayang. Dah sayang jugak yang cakap tadi. Abang cuma nak realisasikan impian sayang je." Ridza tarik tubuh Zaliya berpaling semula ke arahnya.
Zaliya sudah tersenyum. Dia berpaling terus menghadap suaminya itu. Dan apabila Ridza memeluk tubuhnya, dia membalas kembali.
"Liya sayangkan abang." Ucap Zaliya sambil mengangkat wajahnya memandang wajah Ridza. Pelukannya di eratkan.
"Abang pun sayangkan Liya." Ridza membalas pandangan romantis isterinya. Bahagia dia rasakan saat mereka berdua berkasih sayang begitu. Walaupun sudah hampir lima tahun dia mendirikan rumah tangga bersama Zaliya, namun perkahwinannya terasa seperti masih baru.
Zaliya cukup pandai mengambil hatinya. Sering sahaja isterinya itu memahami dirinya. Merajuk bila perlu dan memujuk dia selalu. Sungguh dia senang dengan kehadiran Zaliya menjadi isterinya. Dan apabila dia mengenang kembali apa yang telah berlaku dalam kisahnya dengan Zaliya. Dia sendiri tidak pasti saat bila hadirnya cinta darinya untuk Zaliya. Yang dia pasti cinta untuk isterinya itu hadir tanpa dipaksa. Menyintai Zaliya tidaklah sesukar mana cuma mungkin meraih cinta isterinya pada awalnya dahulu memerlukan dia berusaha sedikit. Namun dia gembira, di sebalik semua ujian dan dugaan, dia kini bahagia dengan Zaliya.
Zaliya mungkin bukan cinta pertamanya namun Zaliya cintanya yang terakhir dan dia hanya ingin membahagiakan isterinya itu sehingga ke akhir nafasnya. Sungguh dia terlalu menyintai Zaliya sepenuh hati dan dia pasti Zaliya juga begitu.
-TAMAT-