Friday 30 March 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 12

Jom baca sambungannya :)

BAB 12



Kereta Audi A6 diparkirkan jauh sedikit dari tempat hiburan itu. Mata Daniel Arman mencerlung tajam memerhatikan lelaki separuh abad yang sedang merangkul pinggang gadis muda dan berjalan memasuki premis hiburan itu. Di situ Daniel Arman menunggu.

            Semenjak Datuk Zainudin kerapkali pulang lewat ke rumah dan jarang pula pergi ke tempat kerja, Daniel Arman sudah mulai curiga dengan rutin baru bapanya itu. Dia mengesyaki sesuatu apabila perasan Datuk Zainudin hilang fokus pada kerja-kerjanya. Walaupun Datuk Zainudin sudah ‘cuci tangan’ dari bisnes pasaraya mereka, namun Datuk Zainudin kini giat dengan perniagaan yang berkaitan hartanah pula. Tetapi sejak kebelakangan ini, Daniel Arman perasan akan kelainan pada tingkah laku Datuk Zainudin. Bapanya itu sudah kerapkali pulang lewat ke rumah dan kadangkala tidak pulang lansung.

            Disebabkan itu juga Daniel Arman berada di situ. Dia mengambil keputusan untuk mengintip perlakuan baru Datuk Zainudin. Daniel Arman meraup wajahnya. Tidak menyangka Datuk Zainudin sudah tersasar jauh dari ajaran agama. Sejujurnya dia kesal kerana lelaki itu merupakan bapanya. Dan dia lebih kesal kerana Datuk Zainudin mempersia-siakan kesetiaan dan kasih sayang Datin Rogayah selama ini.

            Daniel Arman mengeluh berat. Bagaimana agaknya perasaan Datin Rogayah sekiranya dia mengetahui tentang perkara itu. Tentu wanita itu akan kecewa kerana selama ini dia setia menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Datuk Zainudin.





Daniel Arman terkejut jaga dari tidur apabila jam loceng pada telefon bimbitnya berbunyi. Dia bangun dalam keadaan kepalanya yang masih pening. Malam tadi tidurnya tidak sempurna. Pukul tiga pagi baru dia sampai di banglo Datuk Zainudin dan Datin Rogayah. Saat tiba di rumah, seisi rumah sudah bergelap. Semua orang sudah tertidur. Memang rutinnya pada hujung minggu, dia akan menghabiskan masa di banglo itu. Jarang-jarang sekali dia kembali ke banglonya sendiri. Tinggal sendirian membuatkan dia rasa sunyi.

            Daniel Arman mengeluh apabila teringat kembali drama yang dilakonkan oleh Datuk Zainudin dan seorang gadis muda. Dia terpaksa menunggu sehingga lewat malam untuk memerhatikan perlakuan Datuk Zainudin itu. Dari masa Datuk Zainudin membawa gadis muda itu masuk ke pusat hiburan sehinggalah kepada peristiwa di mana Datuk Zainudin membawa gadis itu ke sebuah apartmen mewah. Mengingatkan itu semua menyebabkan Daniel Arman meraup wajahnya. Dia terlalu kecewa dengan sikap Datuk Zainudin. Dan lebih kecewa kerana lelaki itu merupakan bapanya.

            Daniel Arman bingkas bangun menuju ke bilik air. Dia mandi dan kemudiannya menunaikan solat subuh. Usai bersolat, dia turun ke tingkat bawah apabila terdengar suara Datin Rogayah memanggilnya untuk turun bersarapan.

            Daniel Arman mengambil tempat dihadapan ibunya sementara Rosyanti menghidangkan makanan.

            “El pergi mana?.Lambat balik malam tadi.” Soal Datin Rogayah seraya menyenduk mee goreng ke dalam pinggannya dan pinggan Daniel Arman. Dia kemudian memanggil Rosyanti untuk menyertai mereka, namun Rosyanti menolak lembut.

            “El ada kerja kat office.” Dalih Daniel Arman.

            “Kerja pun kerja juga tapi janganlah sampai tak ingat waktu malam dan siang macam daddy.”Tenang Datin Rogayah menuturkan namun ada terselit rasa terkilan pada nadanya apabila ingatannya teraih pada suaminya. Dia turut mengesan perubahan pada tingkah Datuk Zainudin.

            “Daddy tak balik malam tadi?” Soal Daniel Arman, dia faham apa yang sedang bergolak dalam jiwa Datin Rogayah.

            “Sibuk sangat dengan kerja sampai dah tak ingat kat rumah.”Jawab Datin Rogayah senada.

            “Mummy percayakan daddy seratus peratus ke?.Maksud El pernah tak mummy terfikir yang daddy akan curang?” Soal Daniel Arman. Terus pada maksudnya.

            Well, honestly I don’t care, kalau El nak tahu. Pemegang terbesar saham syarikat bukannnya daddy.”Kata Datin Rogayah. Dia seolah-olah sudah dapat menghidu akan kecurangan suaminya itu. Dan bagi perempuan yang telah mencecah usia separuh abad, dia tidak peduli itu semua. Yang penting dia ada anak seperti Daniel Arman.

            “Maksud mummy?” Daniel Arman berhenti menyuap makanan di mulut. Terkejut dengan pengakuan Datin Rogayah.

            “I’m not his fisrt love you know, not even his love I guess. He married me for my money.”Terang Datin Rogayah jujur. Sudah tiba masanya dia berterus terang dengan keadaan sebenar hubungan dia dan Datuk Zainudin.

            “El ingat lagi pada Tok Wan?” Soal Datin Rogayah dalam menungan jauh.

            “Ingat.” Jawab Daniel Arman ringkas. Dia tidak berniat mengganggu bicara Datin Rogayah yang semakin menarik minatnya.

            “Datuk Mukhriz punyai empayar perniagaan yang besar. Dia yang bagi modal pada daddy El untuk buka mall tu tapi dengan syarat pemegang saham terbesar bukan daddy tapi mummy.” Sambung Datin Rogayah.

            Daniel Arman memberi fokus pada cerita Datin Rogayah.

            “Daddy terima tanpa banyak soal. Dia tak kisah sebab duit yang tok wan laburkan melebihi segala-galanya. Walaupun mummy pegang saham paling besar, saham daddy juga boleh dikatakan besar. Cukup untuk memberikan kehidupan mewah pada kita sekeluarga.”Datin Rogayah berhenti sebentar mengambil nafas.

            “Daddy berjaya pun sebab sokongan tok wan. Tok wan banyak membantu daddy dan dia berkahwin dengan mummy pun sebab harta. Bukan sebab dia betul-betul cintakan mummy.”Luah Datin Rogayah dalam senyum sebaris.

            “Well, kalau dia main kayu tiga dengan mummy, I’ll kick him out.”Seloroh Datin Rogayah. Dia tidak bimbang, jika benar Datuk Zainudin curang padanya, dia ada pelan tindakan yang lain. Dia tidak akan rugi apa-apa. Malah taraf pendidikan dia juga melebihi Datuk Zainudin. Dia sendiri lulusan luar negara cuma dia merendah diri setelah bergelar isteri dan menjadi ibu. Kalau benar Datuk Zainudin berpaling darinya, dia tidak akan teragak-agak menyingkirkan suaminya itu dari wasiat keluarga.

            “Kenapa mummy tak pernah cerita?” Soal Daniel Arman lagi. Pelik kenapa baru sekarang dia diberitahu tentang sejarah keturunannya itu.

            “For the past ten years, we were doing just fine, lagipun El masih muda lagi masa tu. Tiada keperluan mummy nak buka cerita lama. Tapi bila El dah bangkitkan hal ni, mummy rasa dah tiba masanya mummy cerita pada El. Lagipun El dah dewasa dan matang. Hanya El harapan yang mummy ada.”Ujar Datin Rogayah lagi dalam senyuman.

            “Kenapa daddy tak suka pada El?”Daniel Arman menghirup air Nescafe di cawan. Dia tidak dapat mengelak dari bertanyakan hal itu kepada Datin Rogayah. Terlanjur ibunya itu mendedahkan kisah lama, dia mengambil kesempatan untuk mengetahui kisahnya juga.

            No particular reason sebenarnya. He was expecting a baby girl after Dan was born but when you came out, he became angry because you are a boy, not a girl like his wish.”Terang Datin Rogayah dalam keluhan. Kecewa kerana Datuk Zainudin enggan menerima takdir.

            “Daddy harap dapat kembar sepasang?”Soal Daniel Arman lagi.

            “According to the family doctor, the twins were a boy and a girl. I guess that is why he was so depressed when you was born.”Sambung Datin Rogayah.

            Daniel Arman mengangguk faham. Hanya kerana itu Datuk Zainudin tegar berat sebelah dalam memberi kasih sayang kepadanya.

            “Itu semua tak penting, yang penting El dah besar panjang sekarang, dah boleh bawa diri sendiri. And I’m proud of you.”Ujar Datin Rogayah sambil mengusap tangan Daniel Arman. Dia tahu hati anak lelakinya itu bergolak. Dia cuma berdoa yang terbaik untuk Daniel Arman. Satu-satunya anak lelaki yang berupaya mengubat kekecewaannya terhadap Datuk Zainudin dan Danish Arham.

            Daniel Arman tersenyum sebaris mendengarkan kata-kata ibunya. Datin Rogayah walaupun merupakan wanita berpendidikan tinggi dan berasal dari keturunan yang kaya berada namun pemikirannya masih tidak tercemar. Masih menitik beratkan soal-soal agama dan budaya ketimuran. Dia turut berbangga dengan keperibadian ibunya. Wanita yang paling banyak mengajarnya tentang hidup.





Popcorn dari tangan Nina diambil oleh Zachary. Sementara Daniel Arman menjeling ke arah mereka berdua. Tidak lama kemudian, Azzura datang dengan air dan juga popcorn ditangannya.

            “Kenapa you lambat sampai, cerita dah nak start la.” Ujar Azzura manja. Dia meliuk lintukkan tubuhnya. Hari itu, dia mengenakan jeans hitam ketat melepasi paras lutut dipadankan dengan body shirt putih tanpa lengan.

            “Traffic jammed tadi.” Ringkas jawapan Daniel Arman.

            “Jom masuk.” Ajak Zachary, matanya masih tidak lepas dari memandang wajah Nina yang manis berskirt labuh berwarna coklat pekat, dipadankan dengan kemeja putih berbunga coklat. Tudung berwarna coklat gelap dikenakan kemas di kepala. Sekali sekala Nina membetulkan awning tudung.

            “Encik Zach masuk la dulu, saya nak ke tandas sekejap.”Ucap Nina.

            “You pun masuk dulu, I nak ke tandas juga.” Ujar Daniel Arman kepada Azzura. Dia memandang sekilas pada Nina.

            You all ni ada apa-apa ke?, sampai nak ke tandas pun sekali.” Seloroh Zachary.

            Azzura buat muka tidak puas hati. Sebenarnya dia cemburu. Melihat cara Daniel Arman melihat Nina, dia dapat merasakan ada kelainan.

            “Jom Masuk dulu.” Pelawa Zachary kepada Azzura.

             Nina terus menuju ke tandas, dia hanya mahu membetulkan tudung di kepala dan sengaja dia ingin masuk lewat. Tidak mahu masuk beriringan dengan Zachary, Daniel Arman dan Azzura.

            Hampir lima belas minit berlalu, Nina mengambil keputusan untuk keluar dari tandas. Sejurus melangkah keluar, dilihatnya Daniel Arman sedang berdiri di hadapan pintu utama tandas.

            Nina berjalan melepasi Daniel Arman.

            “Kenapa lambat sangat?”Soal Daniel Arman, melangkah menyaingi Nina.

            “Encik Arman tunggu saya ke.”Soalan dibalas soalan.

            “Erm.”Daniel Arman menjawab pendek.

            “Kenapa tak masuk dulu?” Soal Nina lagi. Pelik kenapa Daniel Arman perlu menunggunya sedangkan Azzura sudah lama masuk bersama Zachary.

            I want to spend my time with you.”Jawab Daniel Arman sambil mengenyit mata bila Nina memandang wajahnya.

            Nina larikan anak matanya, kata-kata Daniel Arman dibiarkan sepi, kalau tidak kerana Azzura merupakan kekasih hati Daniel Arman, pasti dia akan menyangka lelaki itu cuba memikatnya. Tapi Nina tahu, Daniel Arman sudah ada pilihan hati, dia tidak boleh berangan terlalu tinggi. Bimbang dirinya jatuh dan tidak berupaya untuk bangun lagi.





Suasana dalam panggung wayang TGV MidValley Megamall sunyi. Filem yang sedang ditayangkan sudah dimainkan lima belas minit yang lalu. Para penonton semuanya senyap dan menumpukan perhatian pada gambar di skrin. Nina mencari-cari kelibat Zachary dan Azzura. Apabila terlihat Azzura melambai-lambai rendah tangannya kepada Daniel Arman, Nina berjalan menghampiri mereka.

            Tiba di tempat duduk, Nina lihat Zachary duduk di kerusi bahagian kiri sementara Azzura duduk di kerusi bahagian kanan, meninggalkan dua kerusi kosong ditengah-tengah untuk dia dan Daniel Arman duduk. Nina mengeluh. Dia berharap dapat duduk disebelah Azzura. Bukan Daniel Arman atau Zachary. Kini dia terpaksa duduk ditengah-tengah, diantara Zachary dan Daniel Arman.

            Zachary tersenyum bila Nina mengambil tempat disebelahnya apabila Azzura cepat-cepat menarik tangan Daniel Arman untuk duduk bersebelahan dirinya.

            “What took you so long?”Soal Azzura tidak senang.

            Daniel Arman hanya diam. Azzura yang jauh lebih muda darinya memang tidak matang dalam banyak hal. Suka mendesak, suka dimanja malah suka memaksa orang mendengar kata-katanya. Antara sikap-sikap Azzura yang membuatkan Daniel Arman rimas.

            Nina fokuskan perhatiannya pada filem. Filem apa sebenarnya, dia pun tidak tahu. Dia hanya mengikut Zachary awal pagi tadi. Menyerahkan semuanya pada Zachary yang beria-ia mengajaknya keluar. Dia sendiri terperanjat melihat Azzura dan Zachary sudah sampai dahulu di depan panggung wayang. Lebih terperanjat lagi apabila melihat Daniel Arman turut menyertai mereka.

            Zachary tergelak sekali sekala apabila ada adegan yang mencuit hatinya muncul di skrin besar. Sementara Nina menonton tanpa perasaan, dia memang tidak berminat dengan aktiviti sosial sebegitu. Bukan dia tidak minat untuk menonton wayang cuma dia hilang minat bila menontonnya dengan ‘orang asing’. Dia lebih selesa keluar menonton bersama Mien, rakan serumahnya.

            Sedang Nina leka melayani perasaannya sendiri, dia dikejutkan dengan tindakan Daniel Arman yang tiba-tiba meraih tangannya dan meramas-ramas jari jemarinya. Nina toleh ke arah Daniel Arman tetapi lelaki itu masih menfokuskan perhatian pada cerita di skrin besar di hadapan. Cukup fokus dan tenang seolah-olah tidak sedar akan jelingan Nina.

            Nina cuba tarik tangannya dari pegangan Daniel Arman, tetapi lelaki itu mengeratkan pegangan dan berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku. Fokusnya masih pada skrin. Setiap kali Nina menarik jemarinya, setiap kali itulah Daniel Arman semakin menguatkan genggaman.

            Nina tidak mampu meleraikan pegangan tangan Daniel Arman, akhirnya dia hanya membiarkan. Membiarkan Daniel Arman bermain dengan jari jemarinya walaupun dia sendiri sudah terasa tangannya itu basah dengan peluh.

            Dua jam berlalu dan filem tamat. Lampu dalam panggung yang dimatikan semasa tayangan tadi dihidupkan semula. Daniel Arman meleraikan tautan jari jemarinya dari tangan Nina. Dia bangun mengekori langkah Azzura yang jalan terlebih dahulu dihadapan.

            “Jom lunch.”Ajak Zachary.

            “Saya nak balik dulu.”Ungkap Nina.

            “Awal lagi tak kan dah nak balik. Hutang you tak kan selesai kalau you tak join lunch ngan kitaorang.”Ugut Zachary.

            Daniel Arman dan Azzura hanya berdiri menunggu keputusan dari Nina.

            Nina mengeluh, demi melangsaikan ‘hutang budi’nya pada Zachary yang banyak membantunya dengan jawatan barunya, Nina mengalah. Dia hanya mengekori dari belakang.

            Tiba di restoren Chicken Rice Shop, Zachary mengarahkan Nina dan Azzura mengambil tempat sementara dia membuat pesanan makanan di kaunter.

            “Dah lama kerja dengan El?”Soal Azzura walaupun dia tahu Nina baru menggantikan tempat PA Daniel Arman yang berpindah.

            “Baru lagi.” Nina jawab dalam senyuman sebaris. Cuba memaniskan roman wajah walaupun soalan Azzura kedengaran sinis ditelinganya. Pasti Azzura dan Daniel Arman terlalu rapat kerana panggilan ‘El’ hanya digunakan ahli keluarga terdekat Daniel Arman. Di tempat kerja, Daniel Arman lebih dikenali sebagai Encik Arman.

            “Well, kitaorang akan bertunang tak lama lagi.” Tambah Azzura.

            Untuk seketika suasana diam antara mereka. Nina membuang pandangan kosong ke hadapan.

            “Tahniah.”Ucap Nina walaupun ada terselit rasa cemburu dihatinya. Cemburu kerana Azzura berjaya menakhluki hati lelaki sebaik Daniel Arman. Sesuatu yang tidak mungkin dia berjaya lakukan.

            Perbualan Nina dan Azzura terhenti apabila Zachary dan Daniel Arman berjalan menuju ke meja. Mereka mengambil tempat masing-masing. Daniel Arman duduk berhadapan dengan Nina. Kesempatan itu digunakan untuk merenung wajah Nina.

            “El, lepas ni teman I shopping.” Kata Azzura dalam nada manja.

            “Sorry Zura, mummy minta I teman dia cari anak pokok orkid petang ni, I tak boleh balik lambat.”Daniel Arman berkata lembut. Memang dia sudah berjanji dengan Datin Rogayah sebelum keluar pagi itu.

            “You memang tak pernah ada masa untuk I, kalau untuk mummy you bila-bila masa pun okey je.”Azzura tarik muka.

            Zura please.”Daniel Arman bersuara perlahan. Malu dengan sikap Azzura yang merajuk tidak kena pada tempat.

            “I nak balik, takde selera nak makan.” Azzura bingkas bangun dan berlalu.

            Sorry about that.” Kata Daniel Arman kepada Zachary dan Nina. Daniel Arman turut bangun dan berlalu. Serabut kepalanya melayani karenah Azzura, kalau dibiarkan, bimbang juga Azzura bertindak diluar jangkaan. Dia sudah masak dengan sikap Azzura. Pantang orang tidak mengikut kata-katanya. Sampai mencederakan diri pun dia sanggup. Kalau diikutkan hatinya, berat untuk dia meninggalkan Nina berdua-duaan dengan Zachary, namun dia juga tidak punya pilihan. Kalau Azzura bertindak nekad bagaimana, dan dia juga bukan jenis lelaki yang mementingkan diri. Apa yang dia mulakan, dia akan selesaikan. Memang dia yang mengajak Azzura untuk keluar, jadi sudah menjadi tanggungjawabnya memastikan Azzura selamat pulang juga.

            Melihatkan perhatian yang diberikan oleh Daniel Arman kepada Azzura membuatkan Nina cemburu. Azzura terlalu bertuah kerana berjaya menambat hati Daniel Arman. Dia pula tidak mungkin akan mampu bertakhta dihati lelaki itu kerana jelas dimatanya Daniel Arman memang cukup mengambil berat akan hal Azzura. Tidak mungkin cinta Daniel Arman akan beralih pada perempuan sepertinya. Perempuan yang tidak lengkap, yang tidak cukup sempurna untuk lelaki yang sesempurna Daniel Arman.


p/s-pada pendapat para pembaca, apa yang akan berlaku pd watak Datuk Zainuddin dan apa harapan pembaca...dipisahkan dari Datin Rogayah atau lain-lain...mohon pandangan...

Thursday 29 March 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 11

Kepada yang tinggalkan komen, terima kasih banyak2.berbunga hati cik tulip membacanya :) ikuti sambungannya.harap berpuas hati...

BAB 11



Suasana di food court DZMS Mall bising dengan suara warga pekerja yang sedang rehat tengahari. Waktu begitu merupakan peak hour. Kebanyakan pekerja pasaraya itu mengambil kesempatan waktu rehat untuk makan tengahari dan sembahyang zuhur.

            Daniel Arman duduk termenung di kerusi sambil menunggu Zachary. Ingatannya teraih pada peristiwa kedatangan Danish Arham ke pejabatnya beberapa hari lalu. Memang dia geram, geram dengan sikap Danish Arham yang memperlekehkan maruah Nina. Wanita itu walaupun pernah dinoda oleh abang kembarnya itu, namun bagi Daniel Arman, semua itu tidak penting. Kesempurnaan baginya tidak hanya terletak pada fizikal seseorang tapi pada hati.

            Daniel Arman menghela nafas berat, sungguh dia kesal dengan apa yang telah Danish Arham lakukan pada Nina dahulu. Walaupun Nina tidak sesempurna gadis-gadis lain namun dalam hatinya terbetik satu rasa, rasa yang istimewa pada gadis itu. Namun untuk dia meluahkan rasa itu, dia rasa masanya belum sampai.

            Daniel Arman lurut rambutnya yang jatuh ke dahi, teringat kembali kata-kata hinaan Danish Arham pada Nina. Kalau diikutkan kata hatinya, dia tidak betah melihat Nina dihina begitu, namun sebagai seorang yang berfikiran waras, dia tidak mudah melatah. Bukan caranya melawan kekerasan dengan kekerasan. Danish Arham walaupun lahir dahulu sebelumnya namun perwatakan abang kembarnya itu jauh kurang matang berbanding dirinya. Berhadapan dengan sikap Danish Arham yang begitu membuatkan dia berfikir jauh.

            “Apa mimpi you ajak makan kat sini pula, selalunya cari restoren.” Soal Zachary tiba-tiba.

            Lamunan Daniel Arman terhambur pergi.

            “Nina ada bagitahu apa-apa tak?”Soal Daniel Arman tanpa menjawab persoalan Zachary terlebih dahulu.

            “Bagitahu apa?” Zachary pelik. Dia mengambil tempat di hadapan Daniel Arman sejurus memberi pesanan di kaunter tadi.

            “Dia tak masuk kerja hari ni, kot la dia ada bagitahu you.” Jawab Daniel Arman. Teringatkan peristiwa Nina diganggu hari itu menyebabkan dia seringkali runsing. Terfikir mungkinkah Nina masih terganggu dengan peristiwa hari itu.

            Kan dia PA you, tak kan dia tak bagitahu you kalau nak cuti.” Soal Zachary lagi. Hairan pula dia bila Daniel Arman mengemukakan persoalan begitu.

            “Entah, dia tak cakap apa-apa pula.”Daniel Arman meneguk fresh orangenya dalam menungan jauh.

            “You bos dia, tak kan dia tak bagitahu apa-apa?” Sambung Zachary menyoal pelik.

            “Dia ada emergency agaknya.” Daniel Arman mencipta alasan sendiri. Walhal tadi dia sendiri yang bertanya. Bimbang juga Zachary curiga dengan soalan-soalannya tadi.

            “Mungkin kot.” Zachary mula menyuap makanan selepas dihantar oleh salah seorang pekerja di lot kedai. Kedudukan mereka sebagai orang tertinggi dalam pentadbiran syarikat menyebabkan mereka mendapat layanan istimewa dari semua pekerja.

            “I ingat hujung minggu ni, I nak ajak dia tengok wayang la.”Zachary bersuara lagi selepas suasana diam antara mereka.

            “Dia?” Soal Daniel Arman sambil angkat kening.

            “Nina.”Jawab Zachary pendek.

            Daniel Arman tidak beriak. Berpura-pura tenang sedangkan hatinya bergelodak mendengarkan kata-kata yang terluah dari mulut Zachary.

            Kan dia tu isteri orang.” Sahut Daniel Arman lagi.

            “Bekas isteri orang, kan suami dia dah meninggal. You dah lupa.”Zachary mengingatkan. Sengaja dia menekankan ayat ‘bekas isteri orang’ itu.

            “you tak kisah ke?” Soal Daniel Arman lagi, sengaja dia mahu menguji sejauh mana Zachary serius ingin mendekati Nina. Ada rasa cemburu yang bertamu.

            “she seems to be so nice and naïve, I like that kind of woman. What past is past. Buat apa nak ungkit lagi perkara lama.”

            “Kalau macam tu, I nak join you, I bawak Azzura.”Balas Daniel Arman tiba-tiba. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa terganggu apabila Zachary menyatakan hasrat mahu membawa Nina keluar. Sejujurnya dia tidak rela membiarkan perkara itu berlaku. Lantaran itu dia membawa nama Azzura dalam perbincangan mereka. Walhal dalam hatinya tiada niat untuk dia membawa Azzura sekali. Tapi bila difikirkan semula, seelok-eloknya Azzura turut menyertai mereka. Dengan cara itu, Zachary tidak akan curiga dengan niatnya.

            “I belum tanya Nina lagi, selalunya kalau I yang ajak. Dia payah nak terima. Kadang-kadang I tengok dia tu macam sembunyikan sesuatu je dari I. Bila I nak dekat, dia semakin jauhkan diri. Macam yang I cakap dulu. Dia tu jinak-jinak merpati.”Zachary merenung jauh ke depan.

            ‘Mungkin dia masih ingat pada suami dia kot.”

            “It’s been five years already, tak kan masih bersedih kot. At least she needs to move  on. No more looking back…”Sambung Zachary.

            “Confirm kan dengan I kalau jadi plan you, I want to come along.”Daniel Arman mengalih topik. Dia tidak senang hati bila Zachary merancang membawa Nina keluar. Ada rasa cemburu bertamu apabila membayangkan Nina dan Zachary duduk bersebelahan dalam panggung wayang yang gelap.





“Weekend  ni ada plan?” Soal Daniel Arman apabila Nina sudah duduk di kerusi dihadapannya.

            Nina hanya mengangguk.

            “ I nak ajak you pergi jumpa buyer.”Dalih Daniel Arman. Sengaja dia mahu mengorek rahsia dari Nina tentang perancangan Zachary.

            “Tak boleh, saya dah janji dengan kawan.”Nina beri alasan. Dia sudah berjanji dengan Zachary. Kalau tidak kerana lelaki itu mengungkit tentang budinya, sudah pasti Nina menolak mentah-mentah permintaan Zachary untuk keluar menonton wayang.

            “Janji dengan siapa?”Soal Daniel Arman. Wajah Nina ditenung. Nina jarang sekali mahu menentang matanya. Seringkali melarikan anak mata bila bertentang dengannya.

            “kawan.”Jawab Nina sepatah. Seboleh-bolehnya dia belum mahu berterus terang dengan Daniel Arman.

            “lelaki ke perempuan?” Soal Daniel Arman lagi.

            Nina diam seketika.

            “Lelaki.” Jawab Nina lambat-lambat. Wajahnya ditunduk ke bawah. Serba salah dia menjawab pertanyaan Daniel Arman itu.

            “Dah minta izin suami?” Soal Daniel Arman kembali, sengaja dia mahu menguji Nina.

            Nina senyap tidak bersuara. Apa jua yang akan keluar dari mulutnya pasti tidak akan membantu dirinya ketika itu. Bukan dia tidak tahu hukum tapi desakan demi desakan Zachary merimaskannya. Kalau tidak diturut, sampai ke mati Zachary akan mengungkit akan hal itu.

            “Berdosa isteri keluar rumah tanpa minta izin suami. Dan bertambah berdosa kalau keluar berdua-duan dengan lelaki lain.” Sambung Daniel Arman. Dia sembunyi senyum. Dia tahu Nina tidak mampu melawan hujahnya kerana dia benar. Nina masih lagi isterinya.

            “Saya keluar dengan Zachary.”Kata Nina lagi.

            “saya tak izinkan.”Jawab Daniel Arman selamba.

            “Tapi saya dah janji pada dia.” Nina angkat muka, memohon Daniel Arman memberi kebenaran untuk dia membalas budi Zachary. Selepas itu semua hutang dia akan selesai. Tidak perlu lagi dia melayani permintaan Zachary.

            “Kalau nak pergi juga, petang ni kena stay back. Teman saya nak siapkan voucher-voucher ni.” Daniel Arman juihkan mulut ke arah susunan voucher di atas mejanya.

            “Saya cuma nak balas budi dia tolong saya.” Nina bersuara mengendur. Tidak mahu Daniel Arman memandang serong niat baiknya.

            “kalau macam tu, petang ni awak kena balas budi saya pulak. Saya pun banyak berbudi pada awak, boleh?” Soal Daniel Arman dalam senyum nakal.

            Nina hanya mengangguk. Apalah daya jika dia mahu menolak. Daniel Arman ketuanya. Janji dia pada Zachary juga tidak boleh dibatalkan. Apa sahaja syarat Daniel Arman dia terima.





Nina mengetuk pintu bilik Daniel Arman. Walaupun semua pekerja telah pulang ke rumah hampir dua jam yang lalu, namun Nina masih menitikberatkan etika bekerja selama dia masih berada di pejabat.

            “Masuk.” Terdengar suara Daniel Arman mengarahkan Nina masuk.

            Nina melangkah masuk.

            “Duduk, temankan saya.” Arah Daniel Arman.

            Nina duduk di sofa. Dia ingatkan Daniel Arman memanggilnya untuk membantu apa yang patut.

            “Bukan kat situ, sini, depan saya.” Daniel Arman menunjukkan kerusi dihadapannya.

            Nina bangun semula. Dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Daniel Arman.

            Nina diam membatu dihadapan Daniel Arman. Sementara Daniel Arman masih menyiapkan kerja-kerjanya yang tidak sempat dia siapkan siang tadi. Voucher di atas meja diambil satu persatu lalu ditandatangan.

            Kemudian Daniel Arman mengerling jam di tangan seraya berdiri.

            “Boleh sembahyang?” Soal Daniel Arman tiba-tiba.

            Nina senyap seketika sebelum menjawab.

            “Saya cuti.”Jawab Nina lambat-lambat.

            “Saya pergi surau kejap, nak solat magrib.”

            “saya ikut.” Cepat-cepat Nina bangun mengekori Daniel Arman.

            “Kata cuti?”Daniel Arman memusingkan kembali badan. Memandang Nina.

            “Saya takut duduk sorang-sorang kat sini.”Jawab Nina jujur.

            Daniel Arman melirik senyum sebaris sambil mengeleng-geleng kepala. Tak sangka Nina yang sudah hampir mencecah umur 29 tahun masih takut.

            come.”Ajak Daniel Arman.

            Nina hanya membuntuti dari belakang. Dia berjalan hampir dengan Daniel Arman. Kuat haruman lelaki itu menusuk ke hidungnya. Sekali sekala Nina menjeling ke arah kawasan yang gelap. Meremang bola romanya. Dia memang penakut, tambahan pula dengan kawasan pasaraya yang besar.

            “Saya masuk sekali.”Pinta Nina bila Daniel Arman menguak pintu surau yang kecil.

            “Ikut suka awak la.” Daniel Arman tersenyum. Memang Nina penakut, desis hatinya.

            Nina hanya memerhatikan Daniel Arman mengambil wuduk dan menunaikan solat. Dia terharu. Pasti Daniel Arman akan menjadi suami yang baik kepada sesiapapun. Daniel Arman memang memiliki ciri-ciri lelaki idaman wanita. Sikapnya yang sederhana, protective dan bertanggungjawab pasti memikat hati mana-mana wanita. Malah dia sendiri turut merasakan perasaan itu, cuma dia bukan wanita sempurna untuk Daniel Arman.

            “Awak nak pergi mana?” Tanya Nina selepas Daniel Arman tidak menuju ke biliknya sejurus keluar dari surau.

            “Tandas, kenapa?, awak nak ikut masuk juga?” Soalnya dalam senyuman nakal.

            “Saya tunggu depan pintu, awak jangan lama sangat.’

            Daniel Arman tersenyum sebaris. Terasa kelakar dengan tingkah Nina. Kalau sebelum ini Nina lebih banyak mendiamkan diri tapi malam itu Nina lah yang paling banyak bercakap.





Jam ditangan dikerling sekilas. Waktu sudah melepasi jam sebelas malam. Daniel Arman menoleh ke arah sofa yang diduduki Nina. Dilihatnya Nina sudah pun terlena menunggunya. Daniel Arman tersenyum.

            Dia bangun, berjalan perlahan menghampiri sofa, tempat Nina sedang tidur. Wajah lembut Nina ditenung lama. Nina bukanlah wanita tercantik yang pernah dia temui, tetapi Nina ada kelebihannya yang tersendiri. Jika dibandingkan dengan Azzura, Azzura jauh lebih menawan. Dengan gaya seksi dan berwajah pan-asia. Tetapi itu semua tidak menarik minat Daniel Arman. Dia hanya mencari wanita sederhana, yang boleh membahagiakannya, yang boleh menggetarkan hati lelakinya. Wanita seperti Nina, yang menjadi idaman untuk dijadikan suri hidupnya sehingga ke akhir hayat.

            Daniel Arman menunduk, perlahan tangannya menyentuh bahu Nina yang terlena dalam keadaan duduk.

            “Jom.” Lembut Daniel Arman menuturkan kata-kata.

            Nina menggosok mata, jam di dinding bilik Daniel Arman dijeling sekilas.

            “Dah lama ke saya tertidur.” Soal Nina.

            “Sejam lebih.”Jawab Daniel Arman. Terasa bersalah meminta Nina menunggunya hingga lewat malam.

            Nina mengeluh perlahan.

            “kenapa?” Soal Daniel Arman.

            “dah lewat sangat ni.”Nina risau, dia tidak berani memandu pada waktu lewat begitu.

            “Saya hantar awak balik.”Ujar Daniel Arman. Faham dengan kerisauan yang dialami Nina.

            Nina hanya mengangguk. Dia memang tidak boleh memandu tanpa teman lewat malam begitu. Dia risau. Atau dengan lebih tepat lagi, dia takut sebenarnya.

            Nina melangkah lemah mengikut Daniel Arman dari belakang. Matanya masih mengantuk. Badannya juga sudah letih kerana sepanjang hari terpaksa berada di pejabat.





Nina terjaga apabila bahunya disentuh lembut. Dia kembali membuka mata apabila Daniel Arman sudahpun berdiri di sebelah pintunya.

            “Dah sampai.” Kata Daniel Arman seraya berlalu ke pintu.

            Nina keluar dari kereta. Dia kembali menggosok mata apabila dihadapannya kini, bukanlah rumah semi-D miliknya tetapi tersergam indah sebiji banglo dua tingkat dengan lanskap yang luas.

            “Kat mana ni?” Soal Nina pelik.

            “Kat rumah saya, masuk dulu.” Arah Daniel Arman seraya berlalu masuk.

            Nina lihat keliling. Gelap. Dia melangkah cepat-cepat membuntuti Daniel Arman ke dalam rumah.

            “Kenapa tak hantar kat rumah saya?” Soal Nina lagi. Masa di pejabat tadi, Daniel Arman ada mengatakan ingin menghantar dia di rumah.

            “Dah lewat sangat ni, lagipun awak dah tertidur.” Jawab Daniel Arman sambil melangkah menaiki anak-anak tangga untuk ke tingkat dua.

            “Sekarang macam mana?”Tanya Nina lagi, hilang sudah rasa mengantuknya tadi.

            “Tidur sini je, esok ambil offday.” Jawab Daniel Arman lagi.

            “Saya tak boleh tidur sini.” Sambung Nina.

            “Kenapa?”Daniel Arman berhenti melangkah dan berpaling.

            “Tak elok la macam ni Encik Arman, kalau jiran-jiran nampak.”

            “Apa yang tak eloknya, takut kena tangkap basah?”Daniel Arman merenung Nina dari tangga.

            “Saya tak biasa. Takut.” Jawab Nina jujur.

Nina menunduk memandang lantai. Memang benar dia takut. Takut pada tanggapan jiran-jiran. Takut ditangkap basah walhal mereka sudahpun ada ikatan perkahwinan. Takut akan rasa malu sekiranya perkara itu benar-benar terjadi. Dan yang paling dia takut, Daniel Arman. Walaupun dia percaya Daniel Arman tidak mungkin melakukan perkara tidak elok kepadanya, tetapi dia tetap takut berdua-duaan dengan lelaki dalam satu rumah walhal lelaki itu sebenarnya ialah suami dia sendiri.

            Pecah ketawa Daniel Arman mendengar pengakuan Nina. Dia tidak jadi melangkah naik. Dia kembali melangkah turun lalu menghampiri Nina.

            “Takut apa?, Takut kena tangkap basah?. Atau…. takut dengan saya?”Soal Daniel Arman romantis ditelinga Nina. Dia melirik pandangan nakal bila Nina memandang matanya. Sengaja memancing rasa takut Nina. Suka dia mengusik nina begitu.

            Jantung Nina mula berdegup kencang. Daniel Arman berdiri betul-betul dihadapannya kini. Dia tidak berani mengangkat wajah.

            “Saya balik sendiri.” Nina nekad, dia tidak berani bermalam di rumah Daniel Arman. Dia memusingkan badan lalu melangkah ke pintu.

            “Dah lewat ni, awak nak balik dengan apa, rumah awak bukannya dekat area sini.”Daniel Arman bersuara. Tangan Nina ditarik lembut supaya tidak melangkah pergi.

            “Encik Arman janganlah takutkan saya macam ni.”Rayu Nina, dadanya sudah mula berombak kecil.

            “Pernah ke saya buat benda tak elok kat awak?. Kalau ikutkan peluang, banyak peluang yang saya ada. Saya bukan jenis macam tu. Saya tak mungkin ambil kesempatan diluar kerelaan awak.” Daniel Arman bersuara mengendur. Dia cuma berniat menakut-nakutkan Nina sahaja tadi.

            “Awak boleh tidur bilik tetamu yang itu.”Sambung Daniel Arman sambil mengunjur tangan ke arah bilik bersebelahan biliknya di tingkat dua .

            “Tapi saya tak bawa baju.”Ujar Nina.

            “Pakai baju saya, sekejap lagi saya hantar. Pergilah masuk bilik dulu. Berehat.” Kata Daniel Arman lagi.

            “Baju Encik Arman?” Soal Nina pelik.

            “Erm, t-shirt and track bottom.”Jawab Daniel Arman seraya berlalu.

            Nina garu kepala yang tidak gatal. Pakai baju Daniel Arman?. Biar betul. Saiz badannya dengan Daniel Arman jauh berbeza. Badan lelaki itu tegap dan besar sedangkan dia hanya bertubuh sederhana.

            Nina mengekori Daniel Arman dari belakang. Daniel Arman menuju ke biliknya sementara Nina menuju ke bilik tetamu bersebelahan bilik Daniel Arman.





Nina pantas membuka pintu bilik bila terdengar ketukan dari luar. Baju Daniel Arman yang tersarung ditubuhnya memang besar. Malah track bottom yang dipakainya juga longgar dipinggang. Mujur ada tali jerut yang membolehkan dia mengetatkan untuk disesuaikan dengan saiz pinggangnya.

            “Jom turun makan, saya dah beli sarapan.”Kata Daniel Arman sejurus pintu dibuka. Dia melihat T-shirt dan seluar track yang tersarung di tubuh Nina. Daniel Arman tersenyum.

            “Nanti saya belikan baju lain.”Ujar Daniel Arman.

            “Takpelah Encik Arman, saya pakai baju malam tadi je kalau Encik Arman nak hantar saya balik nanti.”Jawab Nina cepat-cepat. Dia tidak betah berlama-lama di situ.

            “Okey.”Kata Daniel Arman sepatah. Dia tersenyum manis. Betul kata Zachary, Nina hanya jinak-jinak merpati, nampak jinak tapi bila dekat dia akan lari. Begitulah juga dengan hubungan dia dan Nina. Walaupun hakikatnya mereka dekat tapi sebenarnya mereka jauh diantara satu sama lain. Nina seolah-olah cuba membina jurang pemisah antara mereka. Panggilan Nina kepadanya masih formal walaupun tidak berada di pejabat.

            Daniel Arman termenung jauh, Nina yang dikenalinya sekarang memang berbeza dengan Nina yang dikahwininya dulu. Wanita itu kini lebih suka membawa haluannya sendiri.

            “Encik Arman…boleh turun sekarang?” Soal Nina bila dilihatnya Daniel Arman masih berdiri tegak di hadapan pintu. Terasa janggal pula berkeadaan begitu bersama Daniel Arman.

            “Jom turun.” Lamunan Daniel Arman terhambur
p/s: hopefully this chapter memuaskan hati semua rakan pembaca.... :)

Wednesday 28 March 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 10

setelah berhempas pulas dgn line internet yang mcam kura-kura.finally i made it... :) utk yg ternanti-nanti.yg tertanya-tanya ke mana perginya Danish Arham, kembar Daniel Arman....

BAB 10



Fail yang berselerak di atas mejanya telah disusun disatu sudut. Selesai menfailkan kesemua dokumen syarikat tadi, Nina kembali ke dalam bilik Daniel Arman. Dia akan menyusun semula fail yang telah diambil mengikut kategori bagi memudahkan Daniel Arman untuk acsess semula bila masa dia perlukan.

            Menurut makluman yang diperoleh dari Sofea tadi, Daniel Arman sudahpun keluar untuk minum pagi semasa Nina sendiri keluar minum. Nina rasakan itulah masa yang sesuai untuk dia masuk ke dalam bilik Daniel Arman memandangkan lelaki itu tiada kerana dia tidak mahu bertembung dengan Daniel Arman.

            Sejurus menyusun fail-fail tebal ditangannya, Nina bawa ke bilik Daniel Arman. Tiba di bilik itu, Nina terperanjat kerana ada sesusuk tubuh yang sedang bersantai di atas kerusi secara membelakanginya.  Dari belakang dia pasti, Daniel Arman tidak jadi keluar minum pagi itu.

            Nina meneruskan kerja-kerjanya tanpa bertangguh, terlanjur Daniel Arman berada disitu, Nina akan meminta lelaki itu menandatangan beberapa keping cek yang di pesan oleh bahagian akaun kepadanya.

            Selesai mengemas fail, Nina kembali ke luar. Dia tahu Daniel Arman memerhatikan dirinya selepas menyedari dia masuk untuk menyusun fail tadi tapi Nina tidak mahu menentang mata Daniel Arman.

            Nina membawa beberapa keping cek ke meja Daniel Arman, dia lebih suka memandang cek ditangan berbanding berbalas pandang dengan Daniel Arman.

            “Encik Arman, ini cek dari bahagian akaun, Cik Latifah minta Encik Arman tolong tandatangan.” Nina bersuara dengan matanya tertancap pada kepingan-kepingan cek.

            Nina letak cek di atas meja apabila dirasakan Daniel Arman masih merenung tepat wajahnya.

            “Kalau dan siap sign nanti Encik Arman intercom je saya, nanti saya datang ambil.” Nina berkira-kira untuk berpusing dan kembali ke mejanya.

            Belumpun sempat Nina berbuat demikian, pergelangan tangannya ditangkap kasar oleh satu tangan sasa. Apabila terlihat cincin dan gelang berwarna silver tersarung kemas ditangan itu, Nina angkat muka.

            Well, my sister in law rupanya. Sejak bila pula kerja satu office dengan suami ni?”

            Nina terperanjat, tiba-tiba darahnya berderau melihat wajah Danish Arham. Memang sekilas pandang Danish Arham dan Daniel Arman tiada perbezaan. Mereka sangat serupa cuma yang membezakan antara keduanya ialah perwatakan mereka.

            Nina rentap tangannya dari pegangan Danish Arham.

            “Wow!, dah pandai melawan, ada progress.”Kata Danish Arham sinis.

            Nina hanya terpaku berdiri.

            Danish Arham bangun dari duduk, dia berjalan mendekati Nina dihadapan meja.

            “Sekarang dah makin cantik berbanding dulu.”Sambung Danish Arham sambil melirik mata ke seluruh tubuh Nina.

            Nina masih terpaku berdiri. Perasaannya berbaur. Gementar,takut dan terkejut.

            “tak sangka, you jadi adik ipar I.” Kata Danish Arham sinis.

            Nina cuba mengumpul kekuatan untuk lari dari Danish Arham. Pantas dia melangkah untuk keluar dari bilik, namun belum sempat kakinya melangkah Danish Arham sudah pun menangkap kembali tangannya. Nina cuba menarik tetapi cengkaman Danish Arham kuat dan kejap.

            “you nak ke mana?, I belum habis lagi.” Sambungnya.

            Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari luar. Terpancul tubuh Daniel Arman dalam riak terkejut.

            “Dan, buat apa kat sini?” Soal Daniel Arman. Tenang walaupun terkejut dengan kehadiran Danish Arham di dalam biliknya. Wajah Danish Arham ditenung tajam.

            you better let her hand go, she’s my wife now.”Sambung Daniel Arman apabila dia nampak Danish Arham memegang kejap tangan Nina. Waktu itu wajah pucat Nina dijamah matanya.

            “Oppss…I forgot.” Kata Danish Arham lagi dalam nada sinis.

            “You buat apa kat sini?” Soal Daniel Arman sekali lagi.

            I came to see you, tak kan tak boleh?” Kata Danish Arham lagi. Matanya masih menatap wajah Nina yang tunduk.

            “After five years you gone missing, sekarang you cakap datang sekadar nak jumpa I?” Soalan dibalas soalan. Kali ini nada Daniel Arman turut sinis.

            “Well, actually nak tengok perkembangan syarikat je, tak sangka pula jumpa dengan adik ipar kat sini.” Danish Arham senyum. Senyuman yang menyembunyikan makna tersirat.

            she’s my wife now, kalau you takde benda penting kat sini, you can leave now, before I call the security.”Balas Daniel Arman.

            “I wonder…”Kata Danish Arham tidak mempedulikan amaran Daniel Arman Dia berdeham sekali.

            Daniel Arman fokus pada Danish Arham sementara Nina masih tunduk memandang lantai. Mengelak dari bertentang mata dengan Danish Arham.

            “Agak-agaknya Cik Nina ni boleh tak nak bezakan antara you dengan I hah?”Soal Danish Arham.

            Daniel Arman hanya mendengar. Tidak dapat menangkap maksud sebenar kata-kata Danish Arham.

            “Memandangkan wajah kita tak jauh beza, agak-agaknya masa ‘bersama’ dengan you, pernah tak dia terbayangkan I?”Soal Danish Arham dalam ketawa.

            “You better go now.”Tenang Daniel Arman meminta Danish Arham beredar bila menyedari Danish Arham cuba untuk bermain dengan perasaan Nina.

            Nina terasa dadanya mula berombak kecil. Tangisnya ditahan. Terasa sakit hatinya dengan kata-kata Danish Arham. Hakikat sebenarnya hanya dia yang tahu. Daniel Arman belum pernah menyentuhnya sebagai isteri. Satu perkara yang Danish Arham tidak mungkin akan faham. Tidak mungkin Daniel Arman seperti Danish Arham!.

            “She must be very good in bed.”Sambung Danish Arham sambil memandang ke arah Nina.

            Turun naik dada Nina menahan air matanya dari keluar. Tidak tahu kenapa Danish Arham perlu mengheret isu ‘bilik tidur’ ke dalam perbalahan kecil mereka. Hakikatnya dia yang menjadi mangsa.

            “You must leave before I call the security!”Kali ini tutur Daniel Arman kedengaran tegas.

            “Just admit it, she’s good, isn’t she?, consider that she got her first lesson from me!”Sambung Danish Arham dalam ketawa sinis.

            Air mata Nina sudah tidak dapat dibendung. Dalam sendu yang ditahan-tahan, air matanya menitis. Danish Arham memang tidak pernah menghormati dia sebagai wanita. Kata-katanya tadi merupakan satu penghinaan kepada Nina. Namun Nina tidak berdaya untuk menyanggah kata-kata Danish Arham. Dia lemah apabila berhadapan dengan lelaki itu. Apatah lagi lelaki itu yang bertanggungjawab meragut kesucian dirinya dulu.

            Daniel Arman hilang sabar dengan kata-kata Danish Arham. Dia tidak senang apabila melihat air mata Nina. Dalam hatinya ada belas kepada Nina. Pantas Daniel Arman menghampiri Danish Arham, leher baju Danish Arham dicekak dan diheret ke pintu.

            “Easy man, I can find my own way.”Danish Arham menepis tangan Daniel Arman.

            “She is my ‘left over’, you deserve a better woman!” Sambung Danish Arham seraya berlalu.

            Air mata Nina mengalir laju, kata-kata Danish Arham satu penghinaan terhadap dirinya. Memang dia bekas orang, hanya sisa yang ditinggalkan tetapi dia tidak berhak dihina begitu. Di hina seolah-olah apa yang berlaku berpunca darinya. Di hina seolah-olah dia tidak layak untuk mana-mana lelaki kerana dia hanyalah sisa. Sisa Danish Arham yang ditinggalkan.

            I’m sorry.”Kata Daniel Arman, kesal dengan kata-kata Danish Arham sebentar tadi.

            “He’s right, I’m just his ‘leftover’.”

            Nina berlalu dengan air mata, memang benar kata Danish Arham. Daniel Arman berhak mendapat wanita yang lebih baik daripadanya. Dia tidak lebih daripada sisa yang ditinggalkan. Dia tidak layak untuk Daniel Arman, malah tidak layak untuk mana-mana lelaki. Dia bukan isteri sempurna dan tidak mungkin akan menjadi isteri yang sempurna.

p/s-sorry yg ini pendek sikit...hopefully semua enjoy...