BAB 12
Kereta Audi A6 diparkirkan jauh sedikit
dari tempat hiburan itu. Mata Daniel Arman mencerlung tajam memerhatikan lelaki
separuh abad yang sedang merangkul pinggang gadis muda dan berjalan memasuki
premis hiburan itu. Di situ Daniel Arman menunggu.
Semenjak Datuk Zainudin kerapkali
pulang lewat ke rumah dan jarang pula pergi ke tempat kerja, Daniel Arman sudah
mulai curiga dengan rutin baru bapanya itu. Dia mengesyaki sesuatu apabila
perasan Datuk Zainudin hilang fokus pada kerja-kerjanya. Walaupun Datuk
Zainudin sudah ‘cuci tangan’ dari bisnes pasaraya mereka, namun Datuk Zainudin
kini giat dengan perniagaan yang berkaitan hartanah pula. Tetapi sejak
kebelakangan ini, Daniel Arman perasan akan kelainan pada tingkah laku Datuk
Zainudin. Bapanya itu sudah kerapkali pulang lewat ke rumah dan kadangkala
tidak pulang lansung.
Disebabkan itu juga Daniel Arman berada
di situ. Dia mengambil keputusan untuk mengintip perlakuan baru Datuk Zainudin.
Daniel Arman meraup wajahnya. Tidak menyangka Datuk Zainudin sudah tersasar
jauh dari ajaran agama. Sejujurnya dia kesal kerana lelaki itu merupakan
bapanya. Dan dia lebih kesal kerana Datuk Zainudin mempersia-siakan kesetiaan
dan kasih sayang Datin Rogayah selama ini.
Daniel Arman mengeluh berat.
Bagaimana agaknya perasaan Datin Rogayah sekiranya dia mengetahui tentang
perkara itu. Tentu wanita itu akan kecewa kerana selama ini dia setia
menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Datuk Zainudin.
Daniel Arman terkejut jaga dari tidur
apabila jam loceng pada telefon bimbitnya berbunyi. Dia bangun dalam keadaan
kepalanya yang masih pening. Malam tadi tidurnya tidak sempurna. Pukul tiga
pagi baru dia sampai di banglo Datuk Zainudin dan Datin Rogayah. Saat tiba di
rumah, seisi rumah sudah bergelap. Semua orang sudah tertidur. Memang rutinnya
pada hujung minggu, dia akan menghabiskan masa di banglo itu. Jarang-jarang sekali
dia kembali ke banglonya sendiri. Tinggal sendirian membuatkan dia rasa sunyi.
Daniel Arman mengeluh apabila
teringat kembali drama yang dilakonkan oleh Datuk Zainudin dan seorang gadis
muda. Dia terpaksa menunggu sehingga lewat malam untuk memerhatikan perlakuan
Datuk Zainudin itu. Dari masa Datuk Zainudin membawa gadis muda itu masuk ke
pusat hiburan sehinggalah kepada peristiwa di mana Datuk Zainudin membawa gadis
itu ke sebuah apartmen mewah. Mengingatkan itu semua menyebabkan Daniel Arman
meraup wajahnya. Dia terlalu kecewa dengan sikap Datuk Zainudin. Dan lebih
kecewa kerana lelaki itu merupakan bapanya.
Daniel Arman bingkas bangun menuju
ke bilik air. Dia mandi dan kemudiannya menunaikan solat subuh. Usai bersolat,
dia turun ke tingkat bawah apabila terdengar suara Datin Rogayah memanggilnya
untuk turun bersarapan.
Daniel Arman mengambil tempat
dihadapan ibunya sementara Rosyanti menghidangkan makanan.
“El pergi mana?.Lambat balik malam
tadi.” Soal Datin Rogayah seraya menyenduk mee goreng ke dalam pinggannya dan
pinggan Daniel Arman. Dia kemudian memanggil Rosyanti untuk menyertai mereka,
namun Rosyanti menolak lembut.
“El ada kerja kat office.” Dalih Daniel Arman.
“Kerja pun kerja juga tapi janganlah
sampai tak ingat waktu malam dan siang macam daddy.”Tenang Datin Rogayah
menuturkan namun ada terselit rasa terkilan pada nadanya apabila ingatannya
teraih pada suaminya. Dia turut mengesan perubahan pada tingkah Datuk Zainudin.
“Daddy tak balik malam tadi?” Soal
Daniel Arman, dia faham apa yang sedang bergolak dalam jiwa Datin Rogayah.
“Sibuk sangat dengan kerja sampai
dah tak ingat kat rumah.”Jawab Datin Rogayah senada.
“Mummy percayakan daddy seratus
peratus ke?.Maksud El pernah tak mummy terfikir yang daddy akan curang?” Soal
Daniel Arman. Terus pada maksudnya.
“Well,
honestly I don’t care, kalau El nak tahu. Pemegang terbesar saham syarikat
bukannnya daddy.”Kata Datin Rogayah. Dia seolah-olah sudah dapat menghidu akan
kecurangan suaminya itu. Dan bagi perempuan yang telah mencecah usia separuh
abad, dia tidak peduli itu semua. Yang penting dia ada anak seperti Daniel
Arman.
“Maksud mummy?” Daniel Arman
berhenti menyuap makanan di mulut. Terkejut dengan pengakuan Datin Rogayah.
“I’m
not his fisrt love you know, not even his love I guess. He married me for my
money.”Terang Datin Rogayah jujur. Sudah tiba masanya dia berterus terang
dengan keadaan sebenar hubungan dia dan Datuk Zainudin.
“El ingat lagi pada Tok Wan?” Soal
Datin Rogayah dalam menungan jauh.
“Ingat.” Jawab Daniel Arman ringkas.
Dia tidak berniat mengganggu bicara Datin Rogayah yang semakin menarik
minatnya.
“Datuk Mukhriz punyai empayar
perniagaan yang besar. Dia yang bagi modal pada daddy El untuk buka mall tu tapi dengan syarat pemegang
saham terbesar bukan daddy tapi mummy.” Sambung Datin Rogayah.
Daniel Arman memberi fokus pada
cerita Datin Rogayah.
“Daddy terima tanpa banyak soal. Dia
tak kisah sebab duit yang tok wan laburkan melebihi segala-galanya. Walaupun
mummy pegang saham paling besar, saham daddy juga boleh dikatakan besar. Cukup
untuk memberikan kehidupan mewah pada kita sekeluarga.”Datin Rogayah berhenti
sebentar mengambil nafas.
“Daddy berjaya pun sebab sokongan
tok wan. Tok wan banyak membantu daddy dan dia berkahwin dengan mummy pun sebab
harta. Bukan sebab dia betul-betul cintakan mummy.”Luah Datin Rogayah dalam
senyum sebaris.
“Well,
kalau dia main kayu tiga dengan mummy, I’ll
kick him out.”Seloroh Datin Rogayah. Dia tidak bimbang, jika benar Datuk
Zainudin curang padanya, dia ada pelan tindakan yang lain. Dia tidak akan rugi
apa-apa. Malah taraf pendidikan dia juga melebihi Datuk Zainudin. Dia sendiri
lulusan luar negara cuma dia merendah diri setelah bergelar isteri dan menjadi
ibu. Kalau benar Datuk Zainudin berpaling darinya, dia tidak akan teragak-agak
menyingkirkan suaminya itu dari wasiat keluarga.
“Kenapa mummy tak pernah cerita?”
Soal Daniel Arman lagi. Pelik kenapa baru sekarang dia diberitahu tentang
sejarah keturunannya itu.
“For
the past ten years, we were doing just fine, lagipun El masih muda lagi
masa tu. Tiada keperluan mummy nak buka cerita lama. Tapi bila El dah
bangkitkan hal ni, mummy rasa dah tiba masanya mummy cerita pada El. Lagipun El
dah dewasa dan matang. Hanya El harapan yang mummy ada.”Ujar Datin Rogayah lagi
dalam senyuman.
“Kenapa daddy tak suka pada
El?”Daniel Arman menghirup air Nescafe di cawan. Dia tidak dapat mengelak dari
bertanyakan hal itu kepada Datin Rogayah. Terlanjur ibunya itu mendedahkan
kisah lama, dia mengambil kesempatan untuk mengetahui kisahnya juga.
“No
particular reason sebenarnya. He was
expecting a baby girl after Dan was born but when you came out, he became angry
because you are a boy, not a girl like his wish.”Terang Datin Rogayah dalam
keluhan. Kecewa kerana Datuk Zainudin enggan menerima takdir.
“Daddy harap dapat kembar
sepasang?”Soal Daniel Arman lagi.
“According
to the family doctor, the twins were a boy and a girl. I guess that is why he
was so depressed when you was born.”Sambung Datin Rogayah.
Daniel Arman mengangguk faham. Hanya
kerana itu Datuk Zainudin tegar berat sebelah dalam memberi kasih sayang
kepadanya.
“Itu semua tak penting, yang penting
El dah besar panjang sekarang, dah boleh bawa diri sendiri. And I’m proud of you.”Ujar Datin Rogayah
sambil mengusap tangan Daniel Arman. Dia tahu hati anak lelakinya itu bergolak.
Dia cuma berdoa yang terbaik untuk Daniel Arman. Satu-satunya anak lelaki yang
berupaya mengubat kekecewaannya terhadap Datuk Zainudin dan Danish Arham.
Daniel Arman tersenyum sebaris
mendengarkan kata-kata ibunya. Datin Rogayah walaupun merupakan wanita
berpendidikan tinggi dan berasal dari keturunan yang kaya berada namun
pemikirannya masih tidak tercemar. Masih menitik beratkan soal-soal agama dan
budaya ketimuran. Dia turut berbangga dengan keperibadian ibunya. Wanita yang
paling banyak mengajarnya tentang hidup.
Popcorn dari tangan Nina diambil oleh
Zachary. Sementara Daniel Arman menjeling ke arah mereka berdua. Tidak lama
kemudian, Azzura datang dengan air dan juga popcorn ditangannya.
“Kenapa you lambat sampai, cerita
dah nak start la.” Ujar Azzura manja.
Dia meliuk lintukkan tubuhnya. Hari itu, dia mengenakan jeans hitam ketat
melepasi paras lutut dipadankan dengan body
shirt putih tanpa lengan.
“Traffic
jammed tadi.” Ringkas jawapan Daniel Arman.
“Jom masuk.” Ajak Zachary, matanya
masih tidak lepas dari memandang wajah Nina yang manis berskirt labuh berwarna
coklat pekat, dipadankan dengan kemeja putih berbunga coklat. Tudung berwarna
coklat gelap dikenakan kemas di kepala. Sekali sekala Nina membetulkan awning
tudung.
“Encik Zach masuk la dulu, saya nak
ke tandas sekejap.”Ucap Nina.
“You pun masuk dulu, I nak ke tandas
juga.” Ujar Daniel Arman kepada Azzura. Dia memandang sekilas pada Nina.
“You
all ni ada apa-apa ke?, sampai nak ke tandas pun sekali.” Seloroh Zachary.
Azzura buat muka tidak puas hati.
Sebenarnya dia cemburu. Melihat cara Daniel Arman melihat Nina, dia dapat
merasakan ada kelainan.
“Jom Masuk dulu.” Pelawa Zachary
kepada Azzura.
Nina terus menuju ke tandas, dia hanya mahu
membetulkan tudung di kepala dan sengaja dia ingin masuk lewat. Tidak mahu
masuk beriringan dengan Zachary, Daniel Arman dan Azzura.
Hampir lima belas minit berlalu, Nina
mengambil keputusan untuk keluar dari tandas. Sejurus melangkah keluar,
dilihatnya Daniel Arman sedang berdiri di hadapan pintu utama tandas.
Nina berjalan melepasi Daniel Arman.
“Kenapa lambat sangat?”Soal Daniel
Arman, melangkah menyaingi Nina.
“Encik Arman tunggu saya ke.”Soalan
dibalas soalan.
“Erm.”Daniel Arman menjawab pendek.
“Kenapa tak masuk dulu?” Soal Nina
lagi. Pelik kenapa Daniel Arman perlu menunggunya sedangkan Azzura sudah lama
masuk bersama Zachary.
“I
want to spend my time with you.”Jawab Daniel Arman sambil mengenyit mata
bila Nina memandang wajahnya.
Nina larikan anak matanya, kata-kata
Daniel Arman dibiarkan sepi, kalau tidak kerana Azzura merupakan kekasih hati
Daniel Arman, pasti dia akan menyangka lelaki itu cuba memikatnya. Tapi Nina tahu,
Daniel Arman sudah ada pilihan hati, dia tidak boleh berangan terlalu tinggi. Bimbang
dirinya jatuh dan tidak berupaya untuk bangun lagi.
Suasana dalam panggung wayang TGV MidValley
Megamall sunyi. Filem
yang sedang ditayangkan sudah dimainkan lima
belas minit yang lalu. Para penonton semuanya
senyap dan menumpukan perhatian pada gambar di skrin. Nina mencari-cari kelibat
Zachary dan Azzura. Apabila terlihat Azzura melambai-lambai rendah tangannya
kepada Daniel Arman, Nina berjalan menghampiri mereka.
Tiba di tempat duduk, Nina lihat
Zachary duduk di kerusi bahagian kiri sementara Azzura duduk di kerusi bahagian
kanan, meninggalkan dua kerusi kosong ditengah-tengah untuk dia dan Daniel
Arman duduk. Nina mengeluh. Dia berharap dapat duduk disebelah Azzura. Bukan
Daniel Arman atau Zachary. Kini dia terpaksa duduk ditengah-tengah, diantara
Zachary dan Daniel Arman.
Zachary tersenyum bila Nina
mengambil tempat disebelahnya apabila Azzura cepat-cepat menarik tangan Daniel
Arman untuk duduk bersebelahan dirinya.
“What
took you so long?”Soal Azzura tidak senang.
Daniel Arman hanya diam. Azzura yang
jauh lebih muda darinya memang tidak matang dalam banyak hal. Suka mendesak,
suka dimanja malah suka memaksa orang mendengar kata-katanya. Antara
sikap-sikap Azzura yang membuatkan Daniel Arman rimas.
Nina fokuskan perhatiannya pada
filem. Filem apa sebenarnya, dia pun tidak tahu. Dia hanya mengikut Zachary
awal pagi tadi. Menyerahkan semuanya pada Zachary yang beria-ia mengajaknya
keluar. Dia sendiri terperanjat melihat Azzura dan Zachary sudah sampai dahulu
di depan panggung wayang. Lebih terperanjat lagi apabila melihat Daniel Arman
turut menyertai mereka.
Zachary tergelak sekali sekala
apabila ada adegan yang mencuit hatinya muncul di skrin besar. Sementara Nina
menonton tanpa perasaan, dia memang tidak berminat dengan aktiviti sosial sebegitu.
Bukan dia tidak minat untuk menonton wayang cuma dia hilang minat bila
menontonnya dengan ‘orang asing’. Dia lebih selesa keluar menonton bersama
Mien, rakan serumahnya.
Sedang Nina leka melayani
perasaannya sendiri, dia dikejutkan dengan tindakan Daniel Arman yang tiba-tiba
meraih tangannya dan meramas-ramas jari jemarinya. Nina toleh ke arah Daniel
Arman tetapi lelaki itu masih menfokuskan perhatian pada cerita di skrin besar
di hadapan. Cukup fokus dan tenang seolah-olah tidak sedar akan jelingan Nina.
Nina cuba tarik tangannya dari pegangan
Daniel Arman, tetapi lelaki itu mengeratkan pegangan dan berpura-pura seperti
tiada apa yang berlaku. Fokusnya masih pada skrin. Setiap kali Nina menarik
jemarinya, setiap kali itulah Daniel Arman semakin menguatkan genggaman.
Nina tidak mampu meleraikan pegangan
tangan Daniel Arman, akhirnya dia hanya membiarkan. Membiarkan Daniel Arman
bermain dengan jari jemarinya walaupun dia sendiri sudah terasa tangannya itu
basah dengan peluh.
Dua jam berlalu dan filem tamat.
Lampu dalam panggung yang dimatikan semasa tayangan tadi dihidupkan semula.
Daniel Arman meleraikan tautan jari jemarinya dari tangan Nina. Dia bangun
mengekori langkah Azzura yang jalan terlebih dahulu dihadapan.
“Jom lunch.”Ajak Zachary.
“Saya nak balik dulu.”Ungkap Nina.
“Awal lagi tak kan dah nak balik.
Hutang you tak kan
selesai kalau you tak join lunch ngan
kitaorang.”Ugut Zachary.
Daniel Arman dan Azzura hanya
berdiri menunggu keputusan dari Nina.
Nina mengeluh, demi melangsaikan
‘hutang budi’nya pada Zachary yang banyak membantunya dengan jawatan barunya,
Nina mengalah. Dia hanya mengekori dari belakang.
Tiba di restoren Chicken Rice Shop,
Zachary mengarahkan Nina dan Azzura mengambil tempat sementara dia membuat
pesanan makanan di kaunter.
“Dah lama kerja dengan El?”Soal
Azzura walaupun dia tahu Nina baru menggantikan tempat PA Daniel Arman yang
berpindah.
“Baru lagi.” Nina jawab dalam
senyuman sebaris. Cuba
memaniskan roman wajah walaupun soalan Azzura kedengaran sinis ditelinganya.
Pasti Azzura dan Daniel Arman terlalu rapat kerana panggilan ‘El’ hanya
digunakan ahli keluarga terdekat Daniel Arman. Di tempat kerja, Daniel Arman
lebih dikenali sebagai Encik Arman.
“Well,
kitaorang akan bertunang tak lama lagi.” Tambah Azzura.
Untuk seketika suasana diam antara
mereka. Nina membuang pandangan kosong ke hadapan.
“Tahniah.”Ucap Nina walaupun ada
terselit rasa cemburu dihatinya. Cemburu kerana Azzura berjaya menakhluki hati
lelaki sebaik Daniel Arman. Sesuatu yang tidak mungkin dia berjaya lakukan.
Perbualan Nina dan Azzura terhenti
apabila Zachary dan Daniel Arman berjalan menuju ke meja. Mereka mengambil
tempat masing-masing. Daniel Arman duduk berhadapan dengan Nina. Kesempatan itu
digunakan untuk merenung wajah Nina.
“El, lepas ni teman I shopping.” Kata Azzura dalam nada manja.
“Sorry
Zura, mummy minta I teman dia cari anak pokok orkid petang ni, I tak boleh
balik lambat.”Daniel Arman berkata lembut. Memang dia sudah berjanji dengan
Datin Rogayah sebelum keluar pagi itu.
“You memang tak pernah ada masa
untuk I, kalau untuk mummy you bila-bila masa pun okey je.”Azzura tarik muka.
“Zura
please.”Daniel Arman bersuara perlahan. Malu dengan sikap Azzura yang
merajuk tidak kena pada tempat.
“I nak balik, takde selera nak
makan.” Azzura bingkas bangun dan berlalu.
“Sorry
about that.” Kata Daniel Arman kepada Zachary dan Nina. Daniel Arman turut
bangun dan berlalu. Serabut kepalanya melayani karenah Azzura, kalau dibiarkan,
bimbang juga Azzura bertindak diluar jangkaan. Dia sudah masak dengan sikap
Azzura. Pantang orang tidak mengikut kata-katanya. Sampai mencederakan diri pun
dia sanggup. Kalau diikutkan hatinya, berat untuk dia meninggalkan Nina
berdua-duaan dengan Zachary, namun dia juga tidak punya pilihan. Kalau Azzura
bertindak nekad bagaimana, dan dia juga bukan jenis lelaki yang mementingkan
diri. Apa yang dia mulakan, dia akan selesaikan. Memang dia yang mengajak
Azzura untuk keluar, jadi sudah menjadi tanggungjawabnya memastikan Azzura
selamat pulang juga.
Melihatkan perhatian yang diberikan
oleh Daniel Arman kepada Azzura membuatkan Nina cemburu. Azzura terlalu bertuah
kerana berjaya menambat hati Daniel Arman. Dia pula tidak mungkin akan mampu
bertakhta dihati lelaki itu kerana jelas dimatanya Daniel Arman memang cukup
mengambil berat akan hal Azzura. Tidak mungkin cinta Daniel Arman akan beralih
pada perempuan sepertinya. Perempuan yang tidak lengkap, yang tidak cukup
sempurna untuk lelaki yang sesempurna Daniel Arman.
again.....huhu..jd penyibuk tegar di sini..hahaha.....next pls...
ReplyDeletelike!!...next jugak....=)))
Delete-nim-
moga Datin Rogayah sedar akan kecurangan yg dilakukan Datuk Zainuddin.... biar ikatan mereka terlerai... umur macam Datuk Zainuddin tu patutnya beramal bukannya membuat maksiat, nak ditegurpun dah tua...lansung tak sedar diri....
ReplyDeleteDaniel Arman... plz.... bertegas sikit.... jgn dilayan si Azzura gedik tu.... tlg jaga perasaan Nina..... kalau suka buat cara suka, kalau tak lebih baik lepaskan saja Nina..... tak baik mempermainkan hukum agama....
salam Cik Tulip...mintak2 Datuk Zainuddin terkantoi dengan Datin...Datin dah tau aktiviti tak sihat Datuk..terus Datin tarik balik semua kesenangan yg dikecapi Datuk..almaklumlah..Datin kan pemegang saham terbesar...biar padan dgn muka Datuk..tak sedar ingat punya orang..alamak dah terlebih emo la pulak..hihihi..apa2 pun cepat2 sambung ye Cik Tulip..I Likeee...
ReplyDeletenak daniel ngan nina. datin cerai ngan dato zainudin
ReplyDeletedaniel n nina dan dato zainudin tuhh bg pengajaran sedikit....biar dia tersedar....dr semua kesilapannya....
ReplyDeletebiaq dato sedar siapa datin sebenrnyaaa.. heehe
ReplyDeletepergh..dik..kalo akak ditempat Datin ..akak akan berlalu pergi.,tetapi akak akan melakukan beberapa perkara yg akan membuat suami akak yg hilang pedoman tu..tersedar ..bahawa..cukup cukuplah menganiaya akak..kalo tak suka ..lepaskan secara baik kerana akak pun berhak untuk bahgia..kalo dia telah bahgia dengan hidup yg dipilihnya..well..why not..biarlah dia melangkah pergi kerana itu adalah pilihannya dan tak ada org yg force dia untuk memilih ..kan..jalan yg dibuatnya dan dia wajib bertanggungjawab keatas dosa dosa dan kesilapannya..
ReplyDeleteokay...langkah pertama yg akak akan buat ialah menyerbu rumah yg Dato telah bersekedudukan dengan wanita muda yg dilihat oleh EL..yg selama ni dia tahu krn ..telah terserempak ngan suaminya..membawa seorg gadis muda giler seksi keapartment ..mewah milik..suaminya..bawak JAIS menyerbu rumah tu.. dan lepas tu minta fasakh ..nak buat apa ada seorg suami yg begitu tegar melakukan zina..seperti membiarkan maksiat bermaharajalela pulak dan sebagai seorg isteri dan wanita yg teraniaya ..dia perlu tegas..
Langkah ke2 mengugurkan semua nama nama nya dalam milik syarikat kepunyaan Datin Rogayah menarik balik facility wang,kereta dan juga harta harta Datin yg Dato tlg oversee dan directorshipnya ditarik with immediate effect. Disowned him from menjejakkan kaki kerumah..semua ini dilakukan serentak bila Datin bersama lawyer dan EL dimalam kejadian yg dia kena serkup dgn JAIS..Lepas tu Datin akan membawa diri dan tanpa dapat dijejak oleh lelaki yg tak berguna itu..Dan..yeay..kita lihat..bagaimana angkuhnya mamat tu sebelum ni..adakah nanti bila dia tidak mempunyai apa apa...dia akan terus mencari dan menagih kasih Datin kembali..
Kesian pulak akak tgk zachary ni kan..mengharap kasih pada yg tak sudi dan berdosa pulak tu mencintai isteri kawan baik sendiri..
Kesian juga pada Nina kan ...kerana status yg dipegangnya menyebabkan dirinya terseksa dalam diam dan untuk bercinta dan mencari cinta pun begitu sukar utknya. Just wonder ..bila lah kan ..ia akan bahgia ..
El seperti lalang kan..dan dayus ..akak rasa ..sudah tau isteri didepan mata dan kawan baiknya mengorat bininya..tak pulak..dia nak bagitau pada semua org yg Nina itu isterinya...dan peliksnya masih mengejar wanita lain didepan bininya..mmg kalo akak kat tempat nina..dah lama ..akak rasa EL tak akan dapat jejak akak lagi...
E3 kali ini mmg byk konfliknya..kan tulip..
dato z cerai @ mati keras pun takpe..el ngan nina..
ReplyDeletealahaii.. sian nina.. dato Z tu kna dpt penyakit skali br dia tahuan..
ReplyDeletecerai!!!!
ReplyDeletenak datuk zainuddin lingkup n bercerai ngan datin...biar datin hidup aman damai n tenang serta mnikmati kekayaannya dgn insan2 yg dikasihinya...datukkkk boleh blahhhh...
ReplyDeleteKalau suami yg curang lebih-lebih lagi melakukan dosa
ReplyDeleteseeloknya datin ambil tindakan yg bijak iaitu berpisah
saja dgn dtk Din tu.... Lagipun tanpa datuk pun datin
boleh hidup berdikarikan...
Datin siasat n than ambil tindakan dengan menggugurkan nama datok z dlam syer syarikat. bagi pengajaran yang secukupnya biar datok z tahu langit tinggi atau rendah. bagi dia sakit/ stroke ke untuk menginsafkannya.
ReplyDeleteAgak2 bila nx n3 eq...heh x sabor nih
ReplyDeletesibuk nmpak LEE...next..................
ReplyDeletemacam tak logik je, tak suka daniel sebab bukan anak perempuan? kelakar je baca.
ReplyDeletelexs lar...
Deletetulip...
ReplyDeletenape x jmpa bab 11?
hukhukhuk...br nk wat marathon da tgendala..
xjmpa mane g bab 11 nie...
After 3 years saya baru jumpa blog kak tulip..cerita dah masuk tv pun...hukhuk...
ReplyDelete