Thursday, 29 March 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 11

Kepada yang tinggalkan komen, terima kasih banyak2.berbunga hati cik tulip membacanya :) ikuti sambungannya.harap berpuas hati...

BAB 11



Suasana di food court DZMS Mall bising dengan suara warga pekerja yang sedang rehat tengahari. Waktu begitu merupakan peak hour. Kebanyakan pekerja pasaraya itu mengambil kesempatan waktu rehat untuk makan tengahari dan sembahyang zuhur.

            Daniel Arman duduk termenung di kerusi sambil menunggu Zachary. Ingatannya teraih pada peristiwa kedatangan Danish Arham ke pejabatnya beberapa hari lalu. Memang dia geram, geram dengan sikap Danish Arham yang memperlekehkan maruah Nina. Wanita itu walaupun pernah dinoda oleh abang kembarnya itu, namun bagi Daniel Arman, semua itu tidak penting. Kesempurnaan baginya tidak hanya terletak pada fizikal seseorang tapi pada hati.

            Daniel Arman menghela nafas berat, sungguh dia kesal dengan apa yang telah Danish Arham lakukan pada Nina dahulu. Walaupun Nina tidak sesempurna gadis-gadis lain namun dalam hatinya terbetik satu rasa, rasa yang istimewa pada gadis itu. Namun untuk dia meluahkan rasa itu, dia rasa masanya belum sampai.

            Daniel Arman lurut rambutnya yang jatuh ke dahi, teringat kembali kata-kata hinaan Danish Arham pada Nina. Kalau diikutkan kata hatinya, dia tidak betah melihat Nina dihina begitu, namun sebagai seorang yang berfikiran waras, dia tidak mudah melatah. Bukan caranya melawan kekerasan dengan kekerasan. Danish Arham walaupun lahir dahulu sebelumnya namun perwatakan abang kembarnya itu jauh kurang matang berbanding dirinya. Berhadapan dengan sikap Danish Arham yang begitu membuatkan dia berfikir jauh.

            “Apa mimpi you ajak makan kat sini pula, selalunya cari restoren.” Soal Zachary tiba-tiba.

            Lamunan Daniel Arman terhambur pergi.

            “Nina ada bagitahu apa-apa tak?”Soal Daniel Arman tanpa menjawab persoalan Zachary terlebih dahulu.

            “Bagitahu apa?” Zachary pelik. Dia mengambil tempat di hadapan Daniel Arman sejurus memberi pesanan di kaunter tadi.

            “Dia tak masuk kerja hari ni, kot la dia ada bagitahu you.” Jawab Daniel Arman. Teringatkan peristiwa Nina diganggu hari itu menyebabkan dia seringkali runsing. Terfikir mungkinkah Nina masih terganggu dengan peristiwa hari itu.

            Kan dia PA you, tak kan dia tak bagitahu you kalau nak cuti.” Soal Zachary lagi. Hairan pula dia bila Daniel Arman mengemukakan persoalan begitu.

            “Entah, dia tak cakap apa-apa pula.”Daniel Arman meneguk fresh orangenya dalam menungan jauh.

            “You bos dia, tak kan dia tak bagitahu apa-apa?” Sambung Zachary menyoal pelik.

            “Dia ada emergency agaknya.” Daniel Arman mencipta alasan sendiri. Walhal tadi dia sendiri yang bertanya. Bimbang juga Zachary curiga dengan soalan-soalannya tadi.

            “Mungkin kot.” Zachary mula menyuap makanan selepas dihantar oleh salah seorang pekerja di lot kedai. Kedudukan mereka sebagai orang tertinggi dalam pentadbiran syarikat menyebabkan mereka mendapat layanan istimewa dari semua pekerja.

            “I ingat hujung minggu ni, I nak ajak dia tengok wayang la.”Zachary bersuara lagi selepas suasana diam antara mereka.

            “Dia?” Soal Daniel Arman sambil angkat kening.

            “Nina.”Jawab Zachary pendek.

            Daniel Arman tidak beriak. Berpura-pura tenang sedangkan hatinya bergelodak mendengarkan kata-kata yang terluah dari mulut Zachary.

            Kan dia tu isteri orang.” Sahut Daniel Arman lagi.

            “Bekas isteri orang, kan suami dia dah meninggal. You dah lupa.”Zachary mengingatkan. Sengaja dia menekankan ayat ‘bekas isteri orang’ itu.

            “you tak kisah ke?” Soal Daniel Arman lagi, sengaja dia mahu menguji sejauh mana Zachary serius ingin mendekati Nina. Ada rasa cemburu yang bertamu.

            “she seems to be so nice and na├»ve, I like that kind of woman. What past is past. Buat apa nak ungkit lagi perkara lama.”

            “Kalau macam tu, I nak join you, I bawak Azzura.”Balas Daniel Arman tiba-tiba. Entah kenapa tiba-tiba dia rasa terganggu apabila Zachary menyatakan hasrat mahu membawa Nina keluar. Sejujurnya dia tidak rela membiarkan perkara itu berlaku. Lantaran itu dia membawa nama Azzura dalam perbincangan mereka. Walhal dalam hatinya tiada niat untuk dia membawa Azzura sekali. Tapi bila difikirkan semula, seelok-eloknya Azzura turut menyertai mereka. Dengan cara itu, Zachary tidak akan curiga dengan niatnya.

            “I belum tanya Nina lagi, selalunya kalau I yang ajak. Dia payah nak terima. Kadang-kadang I tengok dia tu macam sembunyikan sesuatu je dari I. Bila I nak dekat, dia semakin jauhkan diri. Macam yang I cakap dulu. Dia tu jinak-jinak merpati.”Zachary merenung jauh ke depan.

            ‘Mungkin dia masih ingat pada suami dia kot.”

            “It’s been five years already, tak kan masih bersedih kot. At least she needs to move  on. No more looking back…”Sambung Zachary.

            “Confirm kan dengan I kalau jadi plan you, I want to come along.”Daniel Arman mengalih topik. Dia tidak senang hati bila Zachary merancang membawa Nina keluar. Ada rasa cemburu bertamu apabila membayangkan Nina dan Zachary duduk bersebelahan dalam panggung wayang yang gelap.





“Weekend  ni ada plan?” Soal Daniel Arman apabila Nina sudah duduk di kerusi dihadapannya.

            Nina hanya mengangguk.

            “ I nak ajak you pergi jumpa buyer.”Dalih Daniel Arman. Sengaja dia mahu mengorek rahsia dari Nina tentang perancangan Zachary.

            “Tak boleh, saya dah janji dengan kawan.”Nina beri alasan. Dia sudah berjanji dengan Zachary. Kalau tidak kerana lelaki itu mengungkit tentang budinya, sudah pasti Nina menolak mentah-mentah permintaan Zachary untuk keluar menonton wayang.

            “Janji dengan siapa?”Soal Daniel Arman. Wajah Nina ditenung. Nina jarang sekali mahu menentang matanya. Seringkali melarikan anak mata bila bertentang dengannya.

            “kawan.”Jawab Nina sepatah. Seboleh-bolehnya dia belum mahu berterus terang dengan Daniel Arman.

            “lelaki ke perempuan?” Soal Daniel Arman lagi.

            Nina diam seketika.

            “Lelaki.” Jawab Nina lambat-lambat. Wajahnya ditunduk ke bawah. Serba salah dia menjawab pertanyaan Daniel Arman itu.

            “Dah minta izin suami?” Soal Daniel Arman kembali, sengaja dia mahu menguji Nina.

            Nina senyap tidak bersuara. Apa jua yang akan keluar dari mulutnya pasti tidak akan membantu dirinya ketika itu. Bukan dia tidak tahu hukum tapi desakan demi desakan Zachary merimaskannya. Kalau tidak diturut, sampai ke mati Zachary akan mengungkit akan hal itu.

            “Berdosa isteri keluar rumah tanpa minta izin suami. Dan bertambah berdosa kalau keluar berdua-duan dengan lelaki lain.” Sambung Daniel Arman. Dia sembunyi senyum. Dia tahu Nina tidak mampu melawan hujahnya kerana dia benar. Nina masih lagi isterinya.

            “Saya keluar dengan Zachary.”Kata Nina lagi.

            “saya tak izinkan.”Jawab Daniel Arman selamba.

            “Tapi saya dah janji pada dia.” Nina angkat muka, memohon Daniel Arman memberi kebenaran untuk dia membalas budi Zachary. Selepas itu semua hutang dia akan selesai. Tidak perlu lagi dia melayani permintaan Zachary.

            “Kalau nak pergi juga, petang ni kena stay back. Teman saya nak siapkan voucher-voucher ni.” Daniel Arman juihkan mulut ke arah susunan voucher di atas mejanya.

            “Saya cuma nak balas budi dia tolong saya.” Nina bersuara mengendur. Tidak mahu Daniel Arman memandang serong niat baiknya.

            “kalau macam tu, petang ni awak kena balas budi saya pulak. Saya pun banyak berbudi pada awak, boleh?” Soal Daniel Arman dalam senyum nakal.

            Nina hanya mengangguk. Apalah daya jika dia mahu menolak. Daniel Arman ketuanya. Janji dia pada Zachary juga tidak boleh dibatalkan. Apa sahaja syarat Daniel Arman dia terima.





Nina mengetuk pintu bilik Daniel Arman. Walaupun semua pekerja telah pulang ke rumah hampir dua jam yang lalu, namun Nina masih menitikberatkan etika bekerja selama dia masih berada di pejabat.

            “Masuk.” Terdengar suara Daniel Arman mengarahkan Nina masuk.

            Nina melangkah masuk.

            “Duduk, temankan saya.” Arah Daniel Arman.

            Nina duduk di sofa. Dia ingatkan Daniel Arman memanggilnya untuk membantu apa yang patut.

            “Bukan kat situ, sini, depan saya.” Daniel Arman menunjukkan kerusi dihadapannya.

            Nina bangun semula. Dia mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Daniel Arman.

            Nina diam membatu dihadapan Daniel Arman. Sementara Daniel Arman masih menyiapkan kerja-kerjanya yang tidak sempat dia siapkan siang tadi. Voucher di atas meja diambil satu persatu lalu ditandatangan.

            Kemudian Daniel Arman mengerling jam di tangan seraya berdiri.

            “Boleh sembahyang?” Soal Daniel Arman tiba-tiba.

            Nina senyap seketika sebelum menjawab.

            “Saya cuti.”Jawab Nina lambat-lambat.

            “Saya pergi surau kejap, nak solat magrib.”

            “saya ikut.” Cepat-cepat Nina bangun mengekori Daniel Arman.

            “Kata cuti?”Daniel Arman memusingkan kembali badan. Memandang Nina.

            “Saya takut duduk sorang-sorang kat sini.”Jawab Nina jujur.

            Daniel Arman melirik senyum sebaris sambil mengeleng-geleng kepala. Tak sangka Nina yang sudah hampir mencecah umur 29 tahun masih takut.

            come.”Ajak Daniel Arman.

            Nina hanya membuntuti dari belakang. Dia berjalan hampir dengan Daniel Arman. Kuat haruman lelaki itu menusuk ke hidungnya. Sekali sekala Nina menjeling ke arah kawasan yang gelap. Meremang bola romanya. Dia memang penakut, tambahan pula dengan kawasan pasaraya yang besar.

            “Saya masuk sekali.”Pinta Nina bila Daniel Arman menguak pintu surau yang kecil.

            “Ikut suka awak la.” Daniel Arman tersenyum. Memang Nina penakut, desis hatinya.

            Nina hanya memerhatikan Daniel Arman mengambil wuduk dan menunaikan solat. Dia terharu. Pasti Daniel Arman akan menjadi suami yang baik kepada sesiapapun. Daniel Arman memang memiliki ciri-ciri lelaki idaman wanita. Sikapnya yang sederhana, protective dan bertanggungjawab pasti memikat hati mana-mana wanita. Malah dia sendiri turut merasakan perasaan itu, cuma dia bukan wanita sempurna untuk Daniel Arman.

            “Awak nak pergi mana?” Tanya Nina selepas Daniel Arman tidak menuju ke biliknya sejurus keluar dari surau.

            “Tandas, kenapa?, awak nak ikut masuk juga?” Soalnya dalam senyuman nakal.

            “Saya tunggu depan pintu, awak jangan lama sangat.’

            Daniel Arman tersenyum sebaris. Terasa kelakar dengan tingkah Nina. Kalau sebelum ini Nina lebih banyak mendiamkan diri tapi malam itu Nina lah yang paling banyak bercakap.





Jam ditangan dikerling sekilas. Waktu sudah melepasi jam sebelas malam. Daniel Arman menoleh ke arah sofa yang diduduki Nina. Dilihatnya Nina sudah pun terlena menunggunya. Daniel Arman tersenyum.

            Dia bangun, berjalan perlahan menghampiri sofa, tempat Nina sedang tidur. Wajah lembut Nina ditenung lama. Nina bukanlah wanita tercantik yang pernah dia temui, tetapi Nina ada kelebihannya yang tersendiri. Jika dibandingkan dengan Azzura, Azzura jauh lebih menawan. Dengan gaya seksi dan berwajah pan-asia. Tetapi itu semua tidak menarik minat Daniel Arman. Dia hanya mencari wanita sederhana, yang boleh membahagiakannya, yang boleh menggetarkan hati lelakinya. Wanita seperti Nina, yang menjadi idaman untuk dijadikan suri hidupnya sehingga ke akhir hayat.

            Daniel Arman menunduk, perlahan tangannya menyentuh bahu Nina yang terlena dalam keadaan duduk.

            “Jom.” Lembut Daniel Arman menuturkan kata-kata.

            Nina menggosok mata, jam di dinding bilik Daniel Arman dijeling sekilas.

            “Dah lama ke saya tertidur.” Soal Nina.

            “Sejam lebih.”Jawab Daniel Arman. Terasa bersalah meminta Nina menunggunya hingga lewat malam.

            Nina mengeluh perlahan.

            “kenapa?” Soal Daniel Arman.

            “dah lewat sangat ni.”Nina risau, dia tidak berani memandu pada waktu lewat begitu.

            “Saya hantar awak balik.”Ujar Daniel Arman. Faham dengan kerisauan yang dialami Nina.

            Nina hanya mengangguk. Dia memang tidak boleh memandu tanpa teman lewat malam begitu. Dia risau. Atau dengan lebih tepat lagi, dia takut sebenarnya.

            Nina melangkah lemah mengikut Daniel Arman dari belakang. Matanya masih mengantuk. Badannya juga sudah letih kerana sepanjang hari terpaksa berada di pejabat.





Nina terjaga apabila bahunya disentuh lembut. Dia kembali membuka mata apabila Daniel Arman sudahpun berdiri di sebelah pintunya.

            “Dah sampai.” Kata Daniel Arman seraya berlalu ke pintu.

            Nina keluar dari kereta. Dia kembali menggosok mata apabila dihadapannya kini, bukanlah rumah semi-D miliknya tetapi tersergam indah sebiji banglo dua tingkat dengan lanskap yang luas.

            “Kat mana ni?” Soal Nina pelik.

            “Kat rumah saya, masuk dulu.” Arah Daniel Arman seraya berlalu masuk.

            Nina lihat keliling. Gelap. Dia melangkah cepat-cepat membuntuti Daniel Arman ke dalam rumah.

            “Kenapa tak hantar kat rumah saya?” Soal Nina lagi. Masa di pejabat tadi, Daniel Arman ada mengatakan ingin menghantar dia di rumah.

            “Dah lewat sangat ni, lagipun awak dah tertidur.” Jawab Daniel Arman sambil melangkah menaiki anak-anak tangga untuk ke tingkat dua.

            “Sekarang macam mana?”Tanya Nina lagi, hilang sudah rasa mengantuknya tadi.

            “Tidur sini je, esok ambil offday.” Jawab Daniel Arman lagi.

            “Saya tak boleh tidur sini.” Sambung Nina.

            “Kenapa?”Daniel Arman berhenti melangkah dan berpaling.

            “Tak elok la macam ni Encik Arman, kalau jiran-jiran nampak.”

            “Apa yang tak eloknya, takut kena tangkap basah?”Daniel Arman merenung Nina dari tangga.

            “Saya tak biasa. Takut.” Jawab Nina jujur.

Nina menunduk memandang lantai. Memang benar dia takut. Takut pada tanggapan jiran-jiran. Takut ditangkap basah walhal mereka sudahpun ada ikatan perkahwinan. Takut akan rasa malu sekiranya perkara itu benar-benar terjadi. Dan yang paling dia takut, Daniel Arman. Walaupun dia percaya Daniel Arman tidak mungkin melakukan perkara tidak elok kepadanya, tetapi dia tetap takut berdua-duaan dengan lelaki dalam satu rumah walhal lelaki itu sebenarnya ialah suami dia sendiri.

            Pecah ketawa Daniel Arman mendengar pengakuan Nina. Dia tidak jadi melangkah naik. Dia kembali melangkah turun lalu menghampiri Nina.

            “Takut apa?, Takut kena tangkap basah?. Atau…. takut dengan saya?”Soal Daniel Arman romantis ditelinga Nina. Dia melirik pandangan nakal bila Nina memandang matanya. Sengaja memancing rasa takut Nina. Suka dia mengusik nina begitu.

            Jantung Nina mula berdegup kencang. Daniel Arman berdiri betul-betul dihadapannya kini. Dia tidak berani mengangkat wajah.

            “Saya balik sendiri.” Nina nekad, dia tidak berani bermalam di rumah Daniel Arman. Dia memusingkan badan lalu melangkah ke pintu.

            “Dah lewat ni, awak nak balik dengan apa, rumah awak bukannya dekat area sini.”Daniel Arman bersuara. Tangan Nina ditarik lembut supaya tidak melangkah pergi.

            “Encik Arman janganlah takutkan saya macam ni.”Rayu Nina, dadanya sudah mula berombak kecil.

            “Pernah ke saya buat benda tak elok kat awak?. Kalau ikutkan peluang, banyak peluang yang saya ada. Saya bukan jenis macam tu. Saya tak mungkin ambil kesempatan diluar kerelaan awak.” Daniel Arman bersuara mengendur. Dia cuma berniat menakut-nakutkan Nina sahaja tadi.

            “Awak boleh tidur bilik tetamu yang itu.”Sambung Daniel Arman sambil mengunjur tangan ke arah bilik bersebelahan biliknya di tingkat dua .

            “Tapi saya tak bawa baju.”Ujar Nina.

            “Pakai baju saya, sekejap lagi saya hantar. Pergilah masuk bilik dulu. Berehat.” Kata Daniel Arman lagi.

            “Baju Encik Arman?” Soal Nina pelik.

            “Erm, t-shirt and track bottom.”Jawab Daniel Arman seraya berlalu.

            Nina garu kepala yang tidak gatal. Pakai baju Daniel Arman?. Biar betul. Saiz badannya dengan Daniel Arman jauh berbeza. Badan lelaki itu tegap dan besar sedangkan dia hanya bertubuh sederhana.

            Nina mengekori Daniel Arman dari belakang. Daniel Arman menuju ke biliknya sementara Nina menuju ke bilik tetamu bersebelahan bilik Daniel Arman.





Nina pantas membuka pintu bilik bila terdengar ketukan dari luar. Baju Daniel Arman yang tersarung ditubuhnya memang besar. Malah track bottom yang dipakainya juga longgar dipinggang. Mujur ada tali jerut yang membolehkan dia mengetatkan untuk disesuaikan dengan saiz pinggangnya.

            “Jom turun makan, saya dah beli sarapan.”Kata Daniel Arman sejurus pintu dibuka. Dia melihat T-shirt dan seluar track yang tersarung di tubuh Nina. Daniel Arman tersenyum.

            “Nanti saya belikan baju lain.”Ujar Daniel Arman.

            “Takpelah Encik Arman, saya pakai baju malam tadi je kalau Encik Arman nak hantar saya balik nanti.”Jawab Nina cepat-cepat. Dia tidak betah berlama-lama di situ.

            “Okey.”Kata Daniel Arman sepatah. Dia tersenyum manis. Betul kata Zachary, Nina hanya jinak-jinak merpati, nampak jinak tapi bila dekat dia akan lari. Begitulah juga dengan hubungan dia dan Nina. Walaupun hakikatnya mereka dekat tapi sebenarnya mereka jauh diantara satu sama lain. Nina seolah-olah cuba membina jurang pemisah antara mereka. Panggilan Nina kepadanya masih formal walaupun tidak berada di pejabat.

            Daniel Arman termenung jauh, Nina yang dikenalinya sekarang memang berbeza dengan Nina yang dikahwininya dulu. Wanita itu kini lebih suka membawa haluannya sendiri.

            “Encik Arman…boleh turun sekarang?” Soal Nina bila dilihatnya Daniel Arman masih berdiri tegak di hadapan pintu. Terasa janggal pula berkeadaan begitu bersama Daniel Arman.

            “Jom turun.” Lamunan Daniel Arman terhambur
p/s: hopefully this chapter memuaskan hati semua rakan pembaca.... :)

13 comments:

  1. hehehehehe.................................be 1st...best....

    ReplyDelete
  2. best dan menarik smbg cepat ye

    ReplyDelete
  3. mmg best,cpt2 smbg..

    ReplyDelete
  4. makin best...bile lg nina-arman nk b'baik nh?
    x sabo den~hihi

    ReplyDelete
  5. memang bestttt...tapi yg tak bestnya...pendek la..tak puas baca...mungkin sebab citer ni menarik..tu yg buat macam rasa pendek...hihihi..Cik Writer...cepat2 sambung ye.. apa2 pun...I likeee...

    ReplyDelete
  6. best...dup dap dup dap plak bla bca citer ni...ngeeee.........

    ReplyDelete
  7. bestx10000...huhuhu
    cik writer tlunk sbung cpat2 taw..truja nk bcer..

    ReplyDelete
  8. erm..baru kita tahu apa sebenarnya rasa Arman akan perbuatan Arham pada isterinya Nina dan perasaan dirinya sendiri pada Nina.
    Arman memang seorg lelaki idaman dan Nina beruntung menjadi isterinya tetapi disebabkan sejarah perkawenan mereka. Mereka menjadi dua insan yg berasingan ..kaku..dan dingin. Bagaimana caranya ek yg akan membuatkan mereka bersatu dan melayari kehidupan rumahtangga mereka dimana mereka dapat membuang jauh sejarah lampau yg sedih dan jelek dan memulakan semula perhubungan mereka berdasarkan trust dahulu.
    Nampak comel bila Nina beriak begitu bila bersama ngan arman dan dia lebih bersikap menurut akan perintah suaminya..lebih pada submission..
    Bagaimana ek..kalo zachary tahu yg Nina ni bersuamikan arman dan bagaimana pula persepsi zachary ngan arman bila mengetahui yg arman tidak berlaku jujur dengannya..
    Jadikah Nina dan zachary menonton wayang dan adakah pada masa yg sama dia akan memperkenalkan nina sebagai isterinya..alahai dik terujanya nak tahu perkembangan citer ni.

    ReplyDelete
  9. huhuh....sweet r arman ni..
    bila nk move 1 step lg?
    *tak sabar tgu.

    ReplyDelete
  10. aww..sweetnye bile arman kate dia nk wanita
    serdahana utk mcm nina utk jadikan isteri...

    ReplyDelete
  11. terujah na tau seterusnya......best....

    ReplyDelete