Tuesday 24 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 22

Maaf lambat sikit entry kali ni. Cik tulip sibuk bangat, tiada masa nak menulis. Ini baru siap n3 bab 22, terus publish di blog..kpd yg tinggalkan komen, TQ so much, gembira sangat2 dpt 44 komen. terharu kerana ruang komen yang meriah..kalau sudi drop la komen banyak2 ye...so sekarang boleh enjoy sambungan.hopefully suka la sbb cik tulip suka bangat bab ni..hehe :)

BAB 22



Kepala Daniel Arman terasa berat saat dia bangun untuk bersembahyang subuh pagi itu. Tangannya dibawa ke kepala bagi mengurut-ngurut bahagian dahi yang dirasakan berdenyut-denyut. Saat itu dia merasakan tidak berdaya untuk bangun dan bersembahyang. Namun digagahkan jua dirinya bangun dan mengangkat wudhu’. Suhu badannya yang panas menyebabkan dia tidak mampu untuk mandi. Bimbang langkahnya yang goyah akan menyebabkan dia jatuh  di bilik air. Dalam keadaan dia duduk bersendirian di rumah begitu, dia tidak mahu itu berlaku. Tambahan pula Datin Rogayah tiada di rumahnya kerana menyertai rombongan persatuan ke Melaka untuk memberi sumbangan kepada ibu tunggal di sana. Hanya ibunya itu sahaja yang mengambil berat akan dirinya.

            Usai bersembahyang, Daniel Arman mengambil telefon bimbitnya yang diletakkan disisi katil. Pantas jarinya menekan nombor Nina, mahu memaklumkan Nina tentang keadaannya dan dia mungkin terpaksa mengambil cuti untuk hari tersebut.

            Namun apabila dia mendail nombor Nina, panggilannya terbiar sepi. Nina tidak mengangkat dari talian hujung sana. Daniel Arman mencuba lagi untuk kali kedua namun hasilnya masih sama. Dia kemudian mengeluh. Lantas jari jemarinya menaip-naip sesuatu dan menghantar pesanan ringkas kepada Nina.

            Daniel Arman kemudiannya kembali berbaring di tilam. Terasa seluruh urat sarafnya sakit-sakit. Untuk turun ke tingkat bawah dan mencari ubat pun dia tidak mampu. Langkahnya goyah, kepalanya berpusing-pusing. Langkah yang terbaik yang boleh diambil saat itu ialah dia berbaring dahulu. Berharap menjelang tengah hari peningnya itu akan beransur hilang. Badannya yang sakit juga akan sembuh.





Jam sudah menginjak ke angka sebelas malam. Namun Daniel Arman masih terbaring lesu di atas tilam. Sejak awal pagi tadi, tiada apapun yang mampu dia lakukan. Dia tidak mampu untuk bergerak jauh. Kalau bergerak pun pergerakannya lambat dan perlahan-lahan. Buntu dia memikirkan apa yang boleh dibuat. Sejak awal pagi juga dia masih tidak menjamah apa-apa makanan. Walaupun tiada selera, namun perutnya yang kosong perlu diisi untuk dia menambah tenaga.

            Daniel Arman raih semula telefon bimbitnya. Pantas nombor Zachary didail. Saat itu dia benar-benar tidak berdaya. Dia tiada pilihan melainkan meminta pertolongan dari Zachary. Sejurus Zachary menyambut taliannya, Daniel Arman menyatakan hasratnya meminta pertolongan lelaki itu.

            Namun begitu, Zachary yang berada di China ketika itu tidak dapat membantunya. Daniel Arman mengeluh, kenapa dia boleh lupa yang dia sendiri mengarahkan Zachary pergi ke China selama seminggu bagi membincangkan perjanjian import barangan China ke syarikat mereka.

            Tiba-tiba Daniel Arman teringatkan Nina. Saat itu dia terfikir tentu Nina boleh membantunya. Untuk meminta bantuan ibunya, adalah mustahil memandangkan ibunya itu tiada untuk bertandang ke rumahnya ketika itu. Nak diharapkan pada Datuk Zainudin, memang Daniel Arman tidak pernah terfikir. Bapanya itu tidak pernah mengambil berat akan hal dirinya. Danish Arham juga begitu. Hanya Nina sahaja yang boleh membantunya saat itu.

            Telefonnya diraih kembali dan Daniel Arman cepat-cepat mendail nombor Nina.





Nina melihat lama ke skrin telefon bimbitnya. Apabila nama Daniel Arman muncul, dia jadi hairan. Mengapa Daniel Arman memanggilnya selewat itu. Selepas butang hijau di skrin di tekan, Nina letak telefon bimbitnya di telinga.

            “Hello.” Terdengar suara lemah Daniel Arman sejurus Nina menjawab panggilan.

            “Encik Arman, kenapa ni?” Soal Nina hairan. Jelas ditelinganya suara Daniel Arman yang tidak bermaya.

            “Nina, boleh tolong saya?” Soal Daniel Arman lambat-lambat. Suaranya juga serak-serak basah.

            “Tolong apa?, Encik Arman okey?” Soal Nina kembali. Dia tidak pasti apa yang berlaku kepada Daniel Arman.

            “Saya demam.” Jawab Daniel Arman pendek.

            “Encik Arman dah pergi klinik?” Soal Nina prihatin. Dalam hatinya masih tertanya-tanya tujuan Daniel Arman memanggilnya. Mungkin mahu memaklumkan dia mahu menyambung cuti keesokan paginya.

            “Belum.”Jawab Daniel Arman pendek.

            “La, kenapa tak pergi klinik, nanti melarat demam tu.” Sambung Nina. Jelas dia masih belum dapat menangkap apa sebenarnya yang dialami oleh Daniel Armand an apa maksud lelaki itu menelefonnya malam itu.

            “Nina, boleh datang sini?” Soal Daniel Arman tanpa menjawab kata-kata Nina.

            “Datang rumah Encik Arman?, kenapa?” Soal Nina pelik. Dalam hatinya tertanya-tanya, teruk sangatkah demam Daniel Arman. Takkan tiada orang lain yang boleh diajukan pertolongan tersebut selain dirinya.

            “Tolong saya, saya tak larat sangat ni.” Kata Daniel Arman lagi. Suaranya kedengaran semakin lemah.

            “Baiklah, tunggu saya bersiap dulu.” Kata Nina. mendengarkan suara lemah Daniel Arman membuatkan dia simpati. Tentu sahaja Daniel Arman memang benar-benar memerlukan pertolongannya. Kalau tidak, masakan lelaki itu sampai mengganggunya selewat itu.

            “Nina bawa baju sekali, mungkin kena tunggu saya.” Luah Daniel Arman lagi.

            “Baiklah.” Jawab Nina pendek. Dia tidak membantah. Apapun saat itu dia merasakan Daniel Arman memang betul-betul perlukan bantuan. Dan dia pula kerisauan mendengar suara lemah Daniel Arman. Walaupun masih ada jarak pada hubungan mereka tetapi Nina juga jatuh simpati pada Daniel Arman apabila lelaki itu tidak sihat begitu.





Nina tiba di banglo Daniel Arman ketika jam hampir menginjak ke angka dua belas. Kalau tidak difikirkan Daniel Arman, dia tidak berani memandu sendirian ditengah-tengah malam buta begitu. Namun apabila terngiang-ngiang suara lemah Daniel Arman, hatinya diruntun sayu. Teringat lagi jasa-jasa lelaki itu menjaganya sewaktu keguguran dahulu. Walaupun tidak secara terang-terangan namun dia tahu Daniel Arman mengambil berat akan situasinya dulu. Mungkin sekarang dia boleh membalas jasa Daniel Arman semula.

            Nina berjalan ke arah pintu utama. Pantas dia membongkok mencari sesuatu di bawah pasu. Setelah dapat apa yang dicari, Nina pantas membuka pintu. Nasib baik Daniel Arman meninggalkan pesanan ringkas untuk dia mencari kunci di situ. Jikalau tidak pasti dia terpaksa menunggu Daniel Arman yang tidak sihat untuk membuka pintu untuknya. Dan pastinya dia perlu menunggu lama kerana keadaan lelaki itu yang tidak bermaya.

            Sejurus masuk, Nina terus menuju ke tingkat dua. Dia tahu kedudukan bilik Daniel Arman kerana dia pernah ke situ sebelum ini. Tiba dipintu bilik Daniel Arman, pintu bilik yang tidak berkunci itu dikuak dari luar. Dalam teragak-agak Nina meninjau ke dalam bilik. Kali pertama dia akan masuk ke bilik Daniel Arman. Walaupun suatu waktu dahulu dia pernah berkongsi bilik dengan lelaki itu tetapi kali ini Nina rasakan situasi itu lain sekali. Jarak yang memisahkan menyebabkan rasa janggalnya menebal. Tambahan pula, antara dirinya dan Daniel Arman, masih ada jurang pemisah.

            Nina menapak perlahan menuju ke katil. Dilihatnya ada sekujur tubuh yang terbaring lesu dengan diselimuti sekeping comforter  nipis. Nina berjalan menghampiri tubuh Daniel Arman. Memang lelaki itu benar-benar tidak berdaya kerana setelah hampir sepuluh minit Nina berada di situ namun Daniel Arman masih belum sedar akan kehadirannya.

            “Encik Arman…” Panggil Nina sejurus berdiri di sisi katil.

            Tiada respon yang Nina terima dari lelaki itu, tubuh Daniel Arman masih terbaring lesu.

            “Encik Arman..” Panggil Nina lagi seraya menarik sedikit comforter yang menyelimuti tubuh Daniel Arman.

            “Nina.” Kata Daniel Arman sejurus melihat Nina berdiri di sebelah katilnya.

            “Encik Arman perlukan apa-apa?” Soal Nina gugup. Tidak tahu apa yang boleh dia lakukan saat melihat keadaan Daniel Arman yang lemah begitu.

            “Bawa saya ke klinik.” Jawab Daniel Arman lemah.

            “Dah dekat pukul satu ni, ada lagi ke klinik yang buka?” Soal Nina lagi, setahunya jarang-jarang ada klinik yang menawarkan perkhidmatan 24 jam.

            “Dah pukul satu?, kalau macam tu esok pagi-pagi Nina bawa saya” Soal Daniel Arman lagi. Disebabkan dari pagi dia terbaring lesu di situ, dia tidak peka dengan masa yang berlalu.

            “Baiklah.” Jawab Nina ringkas.

            “Boleh Nina buatkan saya bubur, dari pagi saya belum makan apa-apa, badan rasa lemah sangat.” Luah Daniel Arman. Dia tiada pilihan melainkan meminta pertolongan dari Nina.

            “Baiklah.” Jawab Nina lagi. Sayu hatinya melihat keadaan Daniel Arman yang tidak bermaya. Tidak pernah dia melihat Daniel Arman dalam keadaan yang begitu. Sayu hatinya melihat Daniel Arman, bertambah sayu lagi apabila menyedari lelaki itu masih belum menjamah apa-apa makanan.

            Nina bergegas turun sejurus menerima arahan dari Daniel Arman. Kerana terbiasa dengan arahan Daniel Arman di pejabat menyebabkan Nina selalu sahaja bertindak mengikut arahan. Tambahan pula kala itu Daniel Arman tidak berkeupayaan. Dia jatuh simpati terhadap lelaki itu.

            Sejurus tiba di dapur Daniel Arman yang luas, Nina pantas mencari barang-barang untuk membuat bubur. Disebabkan itu merupakan kali pertama dia masuk ke dapur lelaki itu maka Nina tidak lari dari menghadapi masalah dalam menemukan barang-barang yang hendak digunakan untuk membuat bubur. Namun, dalam kepayahan itu, dapat juga Nina menyiapkan bubur. Dia tersenyum nipis. Entah apalah rasa buburnya. Desis Nina dalam hati. Dia bukannya pandai sangat memasak. Tahu yang asas-asas sahaja.

            Nina susun bubur dan air susu ke dalam dulang besar. Dulang itu kemudiannya dibawa ke tingkat atas untuk diberikan kepada Daniel Arman.

            Sejurus melangkah masuk semula ke bilik Daniel Arman, Nina menghampiri katil Daniel Arman. Dilihatnya lelaki itu masih lagi tidur dan terbaring lesu. Nina kemudiannya meletakkan tangannya ke dahi Daniel Arman untuk memeriksa suhu badan lelaki itu. Panas, itu yang Nina rasakan sejurus tangannya menyentuh dahi Daniel Arman.

            Nina kemudiannya menggoyangkan badan Daniel Arman, tentu sahaja Daniel Arman lapar kerana semenjak pagi belum lagi menjamah makanan.

            “Encik Arman, Nina dah buat bubur ni.” Kata Nina lembut apabila Daniel Arman membuka kecil matanya.

            “Nina suapkan Encik Arman?..” Sambung Nina. Melihatkan keadaan Daniel Arman, hatinya diruntun simpati.

            Mendengarkan kata-kata Nina itu, Daniel Arman cuba bangun, ingin menyandarkan tubuhnya ke kepala katil.

            Melihatkan Daniel Arman terkial-kial sendirian, Nina tundukkan tubuhnya merapati Daniel Arman, cuba membantu Daniel Arman untuk duduk. Daniel Arman hanya membiarkan, haruman tubuh Nina kuat menusuk hidungnya. Namun dalam keadaan dirinya yang tidak bermaya begitu, haruman Nina itu sedikit pun tidak menarik perhatiannya.

            Sejurus Daniel Arman duduk dalam keadaan selesa, Nina mula menyuapkan bubur ke mulut Daniel Arman. Tiada bicara yang terluah antara mereka. Nina melayani Daniel Arman sepertimana melayani anak kecil yang sakit. Entah kenapa dalam hati Nina, dia dapat rasakan sesuatu. Dia suka melayani Daniel Arman begitu, terasa dirinya begitu hampir dengan Daniel Arman, terasa dirinya diperlukan oleh lelaki itu.

            Sepanjang menyuap bubur ke mulut Daniel Arman, Nina mengambil kesempatan merenung wajah lelaki itu. Jarang-jarang sekali dia berpeluang untuk merenung lama ke wajah Daniel Arman. Selalunya Daniel Arman sahaja yang lebih banyak merenungnya, kali ini Nina gunakan kesempatan yang ada untuk meneliti setiap inci wajah Daniel Arman. Kacak. Desis Nina dalam hati. Patutlah ramai gadis di tempat kerja mereka yang tergila-gilakan Daniel Arman. Lelaki itu memiliki pakej lengkap, kacak, bergaya dan kaya. Hati sesiapa pun akan goyah, tambahan pula dengan sikap Daniel Arman yang gentleman, bertuah lah siapa sahaja yang berjaya menakhluki hati lelaki itu.

            Nina tersenyum sendiri, dalam banyak-banyak perempuan yang tergila-gilakan Daniel Arman, dia merupakan gadis ‘bertuah’ yang berjaya menjadi isteri kepada lelaki itu. Tetapi senyum Nina mati apabila terkenangkan apa yang berlaku antara dirinya dan Daniel Arman hanyalah atas dasar keterpaksaan, Daniel Arman tidak pernah meminta untuk menjadi suaminya. Hanya lafaz nikah yang mengikat mereka begitu, hakikatnya hubungan mereka tidak lebih dari majikan dan pekerja sahaja. Antara dirinya dan Daniel Arman, masih tiada apa-apa. Dia hanyalah isteri yang dikahwini bukan atas dasar cinta. Dia bukan isteri sempurna kepada lelaki itu. Itu kata hati Nina.





Malam itu Nina bermalam di bilik Daniel Arman. Selepas menyuapkan Daniel Arman tadi, lelaki itu berkeras memintanya untuk tidur dalam bilik yang sama. Walaupun masih janggal antara satu sama lain, Nina turutkan sahaja permintaan Daniel Arman. Dia bertolak ansur memandangkan keadaan Daniel Arman yang masih tidak banyak berubah.

            Toto tebal dibentang ke lantai, sejurus meletakkan kepalanya ke bantal, Nina terlena. Terlupa sebentar bahawa dia berada di bilik Daniel Arman.

            Sejam terlena, Nina terjaga apabila dia terdengar suara Daniel Arman menyeru namanya. Dalam keadaan separuh sedar Nina buka matanya. Selepas pasti memang betul Daniel Arman memanggilnya, Nina bingkas bangun. Dia kemudian bergerak ke katil Daniel Arman.

            “Encik Arman, ada apa?” Soal Nina dalam keadaan separa sedar. Rambutnya yang terburai dikemaskan dan diikat menjadi satu.

            “tolong picitkan kepala saya, sakit sangat.” Ucap Daniel Arman lemah. Memang saat itu kepalanya dirasakan berdenyut-denyut. Tidurnya yang lena sebentar tadi terganggu dengan rasa sakit yang tidak mampu untuk dia tanggung. Lantaran itu dia memanggil-manggil nama Nina. Berharap Nina boleh membantu meringankan beban yang dia rasa saat itu.

            Tanpa banyak bicara Nina terus labuhkan punggungnya ke tepi katil. Segala kejanggalan yang dirasakan awal malam tadi semakin menghilang. Nina kerling jam dinding yang disangkut pada dinding bahagian kanan bilik. Jarum jam menunjukkan pukul tiga pagi, patutlah sukar untuk dia bukakan matanya, rupa-rupanya baru sejam dia tidur. Waktu itu selalunya dia sudah nyenyak tidur tanpa gangguan. Melayani Daniel Arman menyebabkan dia terpaksa tidur lewat. Dan sekarang dia memaksa matanya terbuka apabila Daniel Arman memerlukan bantuannya.

            Nina alihkan tangannya ke dahi Daniel Arman, perlahan-lahan dia memicit dahi lelaki itu. Kadangkala dia tersengguk-sengguk kerana terlalu mengantuk. Apabila dia terasa matanya memberat, pantas dibuka luas matanya.

            Selepas penat tersengguk-sengguk dalam keadaan duduk, Nina berbaring pula di tepi katil, namun jaraknya masih dijaga, tidak terlalu dekat dengan Daniel Arman. Tangannya masih tidak berhenti memicit dahi Daniel Arman. Hampir setengah jam berlalu, tangan Nina sudah berhenti memicit. Dia terlena sendiri, terlena disisi Daniel Arman.





Seawal jam lima setengah pagi Nina terjaga dari tidurnya. Apabila tersedar ada tangan yang jatuh ke dadanya, dia tersedar tiba-tiba. Pantas Nina bukakan kedua-dua matanya. Nina lihat sekeliling, cuba mencerna apa yang sedang berlaku. Imbasan malam tadi terlintas di kepalanya. Nina menoleh pantas ke kirinya, dilihatnya Daniel Arman sedang lena tidur dengan tangan kanannya elok terletak di atas dada Nina.

            Nina alihkan tangan Daniel Arman perlahan-lahan, cukup berhati-hati supaya lelaki itu tidak terjaga dan sedar. Nina cepat-cepat bangun dari pembaringan. Dijarakkan tubuhnya dari Daniel Arman. Nasib baik lelaki itu masih tidur, jika tidak pasti Daniel Arman tersedar yang dia telah ‘tidur bersama’ lelaki itu malam tadi.  Nina kemudiannya turun dari katil dan berjalan menjauhi katil.

            “Bestnya tidur dengan Nina.” Tiba-tiba terdengar suara Daniel Arman dari arah katil. Suaranya tidak selemah awal malam tadi.

            Mendengarkan sahaja suara lelaki itu, Nina pantas menoleh. Namun mata Daniel Arman masih terpejam rapat. Hanya bibirnya sahaja yang mengukir senyum. Malunya Nina saat itu hanya tuhan yang tahu. Wajahnya berona merah. Tidak disangka Daniel Arman yang disangkanya tidur itu rupanya sudah terjaga.

            “Kalau tiap-tiap malam macam ni kan best.” Sambung lelaki itu lagi. Masih dalam keadaan matanya yang dipejam.

            Nina tidak menyahut. Memang dia betul-betul malu dengan kejadian itu. Agak-agaknya bila lagi Daniel Arman sudah terjaga, semasa dia mengalihkan tangan lelaki itu sebentar tadi atau sebelum itu lagi. Kalau sebelum dia alihkan tangan Daniel Arman, bermakna lelaki itu sengaja ingin mengambil kesempatan. Memikirkan hal itu menyebabkan Nina tiba-tiba rasa marah. Adakah Daniel Arman cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya.

            “Kalau tiap-tiap malam tidur peluk Nina mesti seronok.” Ucap Daniel Arman lagi dengan senyum nakal yang terukir dibibir. Matanya masih terpejam rapat.

            “Encik Arman cuba nak ambil kesempatan ke?” Soal Nina tidak puas hati. Jelas di matanya Daniel Arman cuba mempermainkan dirinya saat itu, walhal dia ikhlas membantu Daniel Arman malam tadi.

            Daniel Arman terus membuka mata saat terdengarkan kata-kata Nina. Dia tersenyum sebaris. Nakal.

            “Kalau ambil kesempatan pun apa salahnya, Nina kan halal untuk saya, saya bukannya buat dosa pun, sentuh isteri sendiri.” Kata Daniel Arman lagi. Tubuhnya yang tidak bermaya sejak malam tadi dirasakan semakin bertenaga. Tidak disangka tanpa ubat pun dia berupaya sembuh. Barangkali penangan Nina, desis Daniel Arman dalam hati. Kuat betul pengaruh Nina terhadapnya. Daniel Arman tersenyum dalam hati. Terasa indahnya perasaan dia untuk Nina kala itu.

            “Tak baik Encik Arman buat saya macam tu.” Kata Nina lagi. Memang benar hujah Daniel Arman bahawa dia halal untuk lelaki itu tetapi apa yang Nina rasakan ialah Daniel Arman sepatutnya tidak melakukan begitu kerana antara mereka masih ada jarak. Disebabkan itu juga, perlakuan Daniel Arman itu dilihat sebagai ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya sahaja.

            “Apa yang tak baik, saya sentuh Nina ke atau saya lansung tak ‘sentuh’ Nina?” Soal Daniel Arman lagi dalam senyum nakal. Sengaja dia ingin menyakat. Mahu menduga sejauh mana perasaan Nina terhadap dirinya.

            “Saya nak mandi.” Kata Nina seraya berlalu, malas melayani kata-kata Daniel Arman, semakin dilayan, semakin banyak hujah yang diucapkan lelaki itu untuk mengenakan dirinya.

            Daniel Arman tersenyum manis, indahnya perasaan dia saat itu. Sejujurnya itulah yang dia mahukan dalam perhubungannya dengan Nina. Dia mahukan Nina sentiasa ada bersamanya, menemaninya sepanjang waktu. Namun reaksi dingin Nina membuatkan dia seringkali hampir berputus asa. Bukannya dia tidak meluahkan rasa hatinya itu cuma Nina seolah-olah menjauhkan diri bila dia ingin mendekat. Makin dia kejar, makin jauh Nina berlari. Sebab itu juga dia belum mampu untuk meluahkan rasa hatinya secara terang-terangan kepada Nina. Bimbang Nina menolaknya mentah-mentah. Kalau itu yang berlaku, dia akan jatuh terduduk dan mungkin tidak berupaya untuk bangun lagi.

           



Nina duduk berehat dibilik tetamu yang tersedia apabila dia usai menunaikan solat sebentar tadi. Dia tidak keluar dari bilik sejak tercetusnya perbualan berat sebelah diantara dirinya dan Daniel Arman awal pagi tadi. Daniel Arman juga dilihatnya sudah sembuh sepenuhnya. Pelik juga kerana malam tadi Daniel Arman betul-betul tidak berdaya. Tentang perkara itu dia memang pasti kerana dia yang melihat sendiri bagaimana keadaan Daniel Arman.

            Sedang Nina leka dalam pemikirannya sendiri, tiba-tiba pintu bilik itu diketuk dari luar. Nina bingkas bangun dari perbaringan, langkahnya di atur laju menuju ke pintu bilik. Apabila dia buka pintu bilik tetamu itu, terpancul Daniel Arman di muka pintu. Hampir bersentuhan tubuh mereka, Nina yang berketinggian separas bahu Daniel Arman terperanjat apabila lelaki itu berdiri betul-betul dihadapannya dengan kedua-dua tangannya memaut bahagian kanan dan kiri bingkai pintu.

            “Encik Arman.” Kata Nina. Gugup dia dengan situasi itu. Bau haruman tubuh Daniel Arman kuat menusuk hidungnya. Cepat-cepat dia jarakkan tubuhnya sedikit ke belakang.

            “Saya.” Jawab Daniel Arman dengan kening terangkat. Dilihatnya Nina masih menyarungkan pijama tidur polka dots yang berbutang dihadapan. Rambut Nina yang panjang separas bahu diikat kemas stail ekor kuda. Manis, desis Daniel Arman dalam hati.

            “Ada ke orang lain selain saya dalam rumah ni?” Soal Daniel Arman dalam senyum nakal. Sengaja dia ingin mengusik Nina.

            Nina tidak menjawab, hanya kepalanya digeleng-geleng perlahan.

            “Dah mandi?” Soal Daniel Arman lagi.

            Nina mengangguk lagi, terasa kalah bila dia berhadapan dengan Daniel Arman begitu. Wajah kacak Daniel Arman menyebabkan dia tidak bertahan lama merenung mata lelaki itu. Bimbang riak wajahnya berubah, bimbang jika rasa hatinya dibaca oleh Daniel Arman.

            “erm, pagi ni saya nak Nina masak untuk saya.” Kata Daniel Arman lagi. Dia suka melihat Nina gelabah begitu. Kesempatan itu akan digunakan untuk dia menghabiskan masanya dengan Nina.

            “tapi saya kena kerja Encik Arman.” Jawab Nina, jam di dinding bilik tetamu itu dikerling. Dia perlu pergi bekerja walaupun Daniel Arman masih bercuti, kerjanya masih banyak yang tertangguh di pejabat.

            “Nina cuti hari ni.” Jawab Daniel Arman selamba.

            “Cuti?, tapi saya tak mohon cuti pun.” Jawab Nina lagi.

            “Saya bagi Nina cuti hari ni, kalau degil juga nak kerja, saya paksa Nina ambil cuti. Mana yang lebih penting, jaga suami sakit ke atau kerja?. Lagipun saya bos cum husband, jadi saya yang buat keputusan.” Kata Daniel Arman. Berpura-pura tegas dengan kata-katanya walhal dalam hatinya sudah tersenyum melihatkan riak muka Nina yang berubah. Sungguh dia suka menyakat Nina begitu.

            “Encik Arman nak makan apa?” Soal Nina berbalik pada permintaan Daniel Arman tadi.

            “Saya nak makan nasi lemak.” Jawab Daniel Arman. Kali ini nadanya lembut.

            “Nasi lemak?” Soal Nina kembali. Sejujurnya dia bukanlah pandai sangat bab masak memasak ni.

            “Ermm..saya nak rasa masakan Nina, mesti sedap.” Jawab Daniel Arman dalam senyum sebaris.

            “kalau tak sedap macam mana?” Soal Nina lagi. Memang memasak bukanlah kepakaran dia.

            “Muka manis macam Nina, masak apa pun mesti sedap.” Sakat Daniel Arman.

            “Nina masak dulu, saya nak masuk berehat kat bilik.” Sambung Daniel Arman seraya berlalu ke biliknya.

            Nina tergaru-garu kepala yang tidak gatal. Berat betul permintaan Daniel Arman. Nasib baik dia sudah tahu apa bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat nasi lemak, jika tidak pasti dia buntu, tidak tahu mahu mulakan dari mana.

            Nina pantas mencari-cari bahan dari peti sejuk Daniel Arman. Sesudah menjumpai apa yang akan dia gunakan, Nina memulakan kerjanya. Sejam berlalu dan Nina berjaya menyiapkan menu permintaan Daniel Arman itu. Walaupun tidaklah sesempurna seperti yang sepatutnya tetapi Nina tersenyum puas hati, sekurang-kurangnya dia berjaya melaksanakan tugasan itu.

            Siap menghidangkan hidangan utama di meja makan, Nina kembali ke dapur untuk memotong timun dan telur yang sudah direbus. Pisau yang disusun di rak di kaunter pulau, diambil oleh Nina dan dibawa ke singki. Disitu Nina menyambung tugasnya. Bila semua yang siap di potong berselerak di atas papan landas, Nina menuju ke rak, cuba mencari piring kecil untuk dia susun kesemua bahan yang dipotong tadi namun apabila dilihatnya tiada satu pun piring kecil di situ, dia buntu. Sekali lagi Nina garu kepala, dimana agaknya Daniel Arman menyimpan piring-piring kecil. Desis Nina dalam hati.

            Nina kemudian membuka satu persatu kabinet dapur Daniel Arman. Pada satu kabinet di bahagian kiri bawah singki Nina menemukan piring-piring yang sudah berhabuk dan disusun dalam satu susunan yang tinggi. Pantas tangan Nina mencapai dua piring tersebut. Namun belum sempat piring itu dibawa ke singki untuk dibasuh, Nina terlebih dahulu sudah mencampakkan kedua-dua piring ditangannya itu.

            Sementara Daniel Arman yang baru turun dari tingkat atas, bergegas menuju ke dapur apabila terdengar bunyi kaca pecah dari arah dapur. Sejurus berdiri di muka pintu, Daniel Arman terlihat Nina sedang berdiri kaku memandang ke hadapan sinki.

            “Nina, kenapa?” Tanya Daniel Arman cemas seraya bergerak menuju ke arah sinki.            Nina masih kaku berdiri. Soalan Daniel Arman dibiarkan sepi. Jantungnya berdegup kencang.

            Daniel Arman yang kini berdiri betul-betul di hadapan Nina bersuara.

            “Nina, duduk diam-diam.” Kata Daniel Arman sejurus berdiri di hadapan Nina. Matanya terpaku pada sesuatu di atas bahu Nina.

            Nina yang kehairanan hanya memandang Daniel Arman. Matanya menyoroti mata Daniel Arman yang merenung tajam ke satu arah. Dia pantas mengalihkan wajahnya memandang ke arah yang ditenung Daniel Arman. Labah-labah, jerit Nina kuat. Sepantas itu juga Nina terlompat-lompat sambil terjerit-jerit. Gamat ruang dapur itu dengan suara Nina yang seakan-akan histeria.

            Sementara Daniel Arman kaget melihat keadaan Nina. Baru sebentar tadi dia suruh Nina duduk diam-diam kerana dia ingin cuba membuang labah-labah itu, bukan dia tidak tahu memang Nina takutkan labah-labah. Melihatkan Nina yang histeria menyebabkan dia buntu. Dengan keadaan Nina yang terlompat-lompat begitu bagaimana dia mahu membantu gadis itu.

            Daniel Arman kemudiannya menghampiri Nina yang sudah hilang kawalan diri, ketakutan membuatkan dia tidak sedar akan perlakuannya. Pantas kedua-dua bahu Nina dipegang kuat.

            “Nina, calm down!” Kata Daniel Arman kuat. Cuba menenangkan Nina.

            Nina yang sedari tadi terlompat-lompat berhenti tiba-tiba, suara kuat Daniel Arman mengejutkannya.

            “Kalau Nina lompat-lompat macam tu, labah-labah tu pun takut, kan saya dah suruh duduk diam-diam tadi, saya nak tolong halau.” Kata Daniel Arman tenang. Wajahnya sengaja didekatkan ke wajah Nina, cuba membuatkan Nina rasa selamat kala itu.

            Nina terdiam, nafasnya yang tercungap-cungap ditarik perlahan-lahan. Dadanya yang berombak kuat dan jantungnya yang berdegup kencang sebentar tadi mulai mengendur mendengarkan bicara lembut Daniel Arman.

            “Sekarang mana labah-labah tu?” Soal Daniel Arman. Pautan tangannya di bahu Nina dilepaskan.

            Nina hanya menggeleng kepala. Panik yang dirasakan tadi seolah-olah menghilang dengan kata-kata Daniel Arman. Saat itu dia rasakan dirinya selamat. Terlalu selamat kerana Daniel Arman berada disampingnya ketika itu.

            “Nina lompat-lompat macam tu, labah-labah pun panik.” Seloroh Daniel Arman dalam senyum sebaris. Nina sudah kembali ke keadaan asal. Kelakar pula dia lihat Nina berkeadaan begitu.

Apabila dia pasti Nina sudah okey, Daniel Arman berpaling untuk ke meja makan. Namun belum pun sempat dia melangkah, Nina memanggil namanya semula. Ada getar pada nada suara Nina. Daniel Arman berpaling kembali. Dilihatnya wajah Nina kembali pucat, sama seperti saat Nina panik tadi.

“Kenapa?” Soal Daniel Arman pelik.

Nina merenung tepat ke matanya. Ada air bergenang di mata Nina, namun gadis itu masih membisu seribu bahasa. Nafasnya seolah-olah ditahan di dada, ditarik perlahan dan dilepas juga perlahan.

“Nina, are you ekey?” Soal Daniel Arman lagi bila Nina masih membisu. Hanya matanya sahaja tidak lepas dari memandang tepat ke mata Daniel Arman.

Nina buat isyarat pada Daniel Arman, tangannya diangkat separas dada. Jari telunjuknya dihalakan ke bahagian dadanya. Nafasnya seolah-olah ditahan-tahan. Pergerakan tubuhnya juga dikunci.

Daniel Arman bawa matanya ke arah yang ditunjukkan Nina, namun dia tidak terlihat apa-apa di situ. Dia berjalan menghampiri Nina semula apabila dilihatnya Nina sudah mengalirkan air mata tanpa suara. Pening Daniel Arman dibuatnya. Tidak tahu apa yang tidak kena dengan Nina.

“Nina tak apa-apa?” Soal Daniel Arman lagi. Kali ini nadanya dilembutkan selembut-lembutnya.

“Labah-labah.” Kata Nina dalam suara yang ditahan-tahan. Sungguh dia takut saat itu. Untuk bersuara pun dia tidak mampu.

“Mana?” Soal Daniel Arman lagi. Tidak pula matanya menangkap labah-labah pada tempat yang Nina tunjukkan tadi.

“Dalam ni.” Jawab Nina sambil jarinya ditunjuk ke arah tadi.

Tiba-tiba Daniel Arman tersenyum.

“Nakal betul labah-labah ni, sampai dalam dia masuk.” Kata Daniel Arman sambil tersenyum. Sengaja dia mahu mengusik Nina.

Nina tidak bereaksi. Yang dia rasakan saat itu hanya takut.

“Nina nak saya buat apa?” Tanya Daniel Arman. Bimbang juga kalau dia buat keputusan sendiri.

“Keluarkan.” Kata Nina perlahan, dia masih berdiri kaku.

“Keluarkan dari situ?” Soal Daniel Arman lagi sambil mengangkat kedua-dua keningnya.

Nina pantas mengangguk. Memang rasa takut paling banyak menguasai dirinya saat itu. Untuk dia keluarkan sendiri dia tidak berani. Biar Daniel Arman sahaja yang buat, dia tidak kisah. Dia terlalu takut untuk memikirkan perkara-perkara lain.

“Nanti jangan tuduh saya ambil kesempatan pula.” Kata Daniel Arman lagi. Teringat akan kata-kata Nina awal pagi tadi yang dia cuba ambil kesempatan.

Nina hanya menggeleng-geleng kepala dengan wajah cuak. Apapun yang Daniel Arman lakukan, dia tidak akan menyalahkan lelaki itu, yang penting labah-labah itu harus di keluarkan dari tempat itu.

Melihatkan reaksi dari Nina, Daniel Arman merapatkan lagi tubuhnya dengan tubuh Nina.

“Jangan bergerak.” Arah Daniel Arman, bimbang Nina mengulangi reaksi awal tadi.

Nina hanya membatukan diri. Nafasnya juga seolah-olah di tahan. Tidak berani dia bernafas kuat, bimbang pergerakannya akan menarik perhatian labah-labah itu.

Daniel Arman buka satu persatu butang pijama Nina. Perlahan dan cukup berhati-hati. Entah kenapa jantungnya turut berdegup kencang. Terasa menendang-nendang dadanya. Namun riak wajahnya dikawal sebaik mungkin. Tidak mahu menzahirkan perasaannya pada Nina ketika itu, bimbang dengan reaksi gadis itu, bimbang Nina menyalahtafsirkan niatnya.

Sejurus beberapa butang dibuka, Daniel Arman selak perlahan-lahan pyjama Nina. Saat terlihat bahagian dada Nina yang terdedah, berkocak hebat naluri lelakinya. Jantungnya berdegup semakin laju. Riak wajahnya dikawal sebaik mungkin walhal dalam hatinya, hanya tuhan yang tahu. Tidak tertahan rasanya gelodak hatinya melihat Nina dalam keadaan itu.

“Encik Arman!.” Kata Nina bila dilihatnya Daniel Arman merenung lama ke bahagian dadanya yang terdedah.

Daniel Arman tersentak, baru tersedar yang dia terleka merenung bahagian dada Nina yang lebih cerah berbanding bahagian lain.

Daniel Arman perlahan-lahan memasukkan tangannya di bahagian tengah dada Nina, dengan hati-hati dia mengambil labah-labah itu yang duduk diam disitu lalu di bawa ke pintu dapur yang menghubungkan belakang rumah, pantas dia lepaskan labah-labah itu di luar.

Nina cepat-cepat membutangkan semula pijamanya. Saat itu baru dia terasa malu, malu kerana Daniel Arman sudah melihat ruang peribadinya, wajahnya terasa membahang. Namun belumpun sempat Nina membutangkan kembali pijama tidurnya, tangan Daniel Arman telah terlebih dahulu memegang tangan Nina, menghalang niat wanita itu.

Daniel Arman kemudiannya memegang kedua-dua tangan Nina. Matanya merenung mata Nina yang bening. Wajah Nina yang memerah cukup memberitahunya yang gadis itu malu saat itu.

“Saya suka pada Nina.” Ucap Daniel Arman romantis.

Nina diam tidak beriak. Perasaannya bercampur baur. Malu, berdebar dan takut semuanya menjadi satu rasa yang sukar dia ungkapkan.

Demi melihat Nina yang masih membatu, Daniel Arman pantas mengelus-ngelus lembut jemari Nina. Lelaki itu kemudiannya membawa wajahnya dekat dengan wajah Nina. Apabila hampir, Daniel Arman bawa bibirnya ke bibir Nina namun belum sempat dia menikmati saat indah itu, tiba-tiba Nina menolak lembut tubuhnya menjauh.

“Maaf.” Ucap Nina sepatah. Kepalanya ditunduk ke bawah. Entah kenapa saat itu, tiba-tiba sahaja bayang-bayang Danish Arham menerjah ruang mindanya. Saat Daniel Arman cuba mengucupnya, dia terbayangkan Danish Arham. Terbayang apa yang pernah Danish Arham lakukan padanya dulu. Lantaran itu dia bertindak menolak tubuh Daniel Arman menjauh dari tubuhnya.

“Saya faham.” Jawab Daniel Arman dalam keluhan. Walaupun kecewa dengan reaksi Nina tetapi dia tahu Nina melakukannya kerana bersebab. Pasti Nina terbayangkan Danish Arham dalam dirinya memandangkan wajah mereka yang mirip. Saat itu Daniel Arman terasa kesal. Kesal kerana dia dan Danish Arham berkongsi satu wajah. Satu sumpahan yang tidak mungkin dia rungkai sampai mati sekalipun!.

Nina hanya diam tidak beriak.

“Saya akan pastikan suatu hari nanti, Nina hanya akan nampak Daniel Arman dalam diri saya dan bukannya Danish Arham.” Ungkap Daniel Arman lembut.

Nina hanya tersenyum tawar. Itulah harapannya.

“Untung la labah-labah tu, saya juga yang berputih mata” Kata Daniel Arman dalam seloroh memecahkan kejanggalan antara mereka walhal dia sendiri cuba menyembunyikan apa yang dia rasakan ketika itu.

Getaran dihatinya walaupun tidak sekuat awal tadi namun masih lagi bersisa.

Wajah Nina kembali berona merah. Terasa malu dengan usikan nakal Daniel Arman. Memang dia berharap agar suatu hari nanti Daniel Arman jatuh hati padanya dan dia juga berharap agar dapat mengusir pergi bayangan Danish Arham dari Daniel Arman.

“Jom makan.” Ajak Daniel Arman apabila dilihatnya wajah Nina sudah berubah riak.

Nina hanya menurut dari belakang. Suasana janggal antara mereka awal tadi telah menghadirkan satu rasa istimewa di hati Nina. Terasa saat itu dia hanya mahu menghabiskan masanya bersama Daniel Arman. Terasa indah. Walaupun puas disingkir jauh rasa itu dari hatinya, namun Nina tidak mampu. Dia sudah terlalu sayang kepada Daniel Arman. Andai dia jatuh tersungkur ketika itu, pasti dia tidak mampu untuk bangun lagi. Sejujurnya saat itu, dia amat berharap Daniel Arman turut menyintainya.
P/s-kalau suka bagitahu ye...hehe... muah...

Monday 16 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 21

Kepada yang meninggalkan komen, terima kasih banyak2, sayang semua.kpd silent readers, thanks juga sbb sudi baca. Daniel Arman Versus Danish Arham.nampaknya kedua-duanya ada penokong tersendiri. This is one of my fave chapter.enjoy :)...
BAB 21



Sofea berjalan cepat-cepat menghampiri meja Nina apabila dia menyedari Nina sudahpun tiba di pejabat. Hatinya meronta-ronta tidak sabar untuk mengkhabarkan gosip terbaru syarikat. Begitulah kebiasaannya sikap Sofea, pantang ada berita panas, dia akan jadi penyampai dan orang bertuah pertama yang akan dikhabarkan berita itu semestinya tidak lain dan tidak bukan ialah Nina.

            “Akak-akak, akak dah tahu cerita ke belum?” Soal Sofea tidak sabar.

            “Cerita apa?” Soal Nina sambil menyusun atur beberapa dokumen di atas meja yang tidak sempat dikemaskan pada hari sebelumnya.

            “Akak tahu tak yang Encik Khairy dinasihatkan berhenti?” Beritahu Sofea seraya mengambil tempat disisi Nina. memang dia pasti Nina tidak tahu menahu akan hal itu. Dia tahu pun sebab eksekutif kanan bahagian pentadbiran itu merupakan teman rapat abang kandungnya. Melalui abang kandungnya jugalah dia memperoleh cerita tersebut.

            “Betul ke berita Phia ni, tak kan la Encik Khairy yang dah lama berkhidmat kat sini diminta berhenti?” Tanya Nina hairan, manalah tahu kalau-kalau berita Sofea cuma khabar angina semata-mata.

            “Betul kak, abang ngah saya kawan rapat dengan Encik Khairy, dia kata Encik Khairy yang bagitahu dia, hari ni Encik Khairy akan kemaskan barang-barang dia.”

            “Betul ke Phia ni?” Soal Nina lagi, tidak percaya dengan berita yang baru dia dengar itu.

            “Siapa yang arahkan dia berhenti, Encik Arman ke?” Soal Nina lagi. Kalau mengikut pertimbangan dia, tidak mungkin Daniel Arman tergamak melakukan begitu. Tambahan pula Encik Khairy sudahpun berkeluarga, isteri Encik Khairy juga tidak bekerja. Kalau benar berita yang disampaikan oleh Sofea itu, memang malang sungguh nasib Encik Khairy. Desis Nina dalam hati.

            “Phia rasa bukan Encik Arman la kak. Lagipun, kan Encik Arman tak masuk office dalam seminggu ni. Phia rasa tentu ni kerja Datuk Zainudin. Encik Arman tak kan sampai hati nak pecat Encik Khairy. Kalau Datuk Zainudin tu Phia percaya la. Lagipun Mall ni pun memang masih dibawah pegangan Datuk Zainudin, Encik Arman cuma uruskan sahaja.” Sambung Sofea, siapa tidak kenal dengan Datuk Zainudin dan kes begitu memang bukan julung-julung kalinya berlaku, sudah beberapa kali kes seumpama itu berlaku. Dan selalunya Datuk Zainudin lah yang bertanggung jawab.

            Nina terdiam, saat terdengar nama Datuk Zainudin dia rasa takut. Entah kenapa, ingatannya diimbau kembali saat pertemuannya dengan Datuk Zainudin suatu waktu dahulu. Rasa masih segar lagi diingatannya tentang layanan dingin dan bicara sinis Datuk Zainudin terhadapnya dulu. Datuk Zainudin memang tidak pernah menyenangi kehadirannya dalam keluarga mereka. Itu Nina benar-benar pasti.

            Kalau Datuk Zainudin tahu dia kini sudah menjadi pekerja bawahan lelaki itu, adakah nasibnya akan sama seperti Encik Khairy. Soalan Nina hanya terluah dalam hatinya sahaja. Tanpa sedar Nina mengeluh.

            “Akak okey?” Tanya Sofea apabila terdengar Nina mengeluh.

            “Okey.” Jawab Nina sepatah. Soalan Sofea mengejutkan dirinya dari lamunan.

            “Ke akak ada masalah?” Soal Sofea lagi. Wajah mendung Nina membuatkan dia rasa curiga.

            “Akak okey, cuma kesian dekat Encik Khairy.” Dalih Nina.

            Perbualan mereka terhenti apabila kelibat Daniel Arman melintasi meja Nina.

            “Morning Encik Arman.” Sapa Sofea mesra.

            “Morning.” Jawabnya dingin. Sempat matanya dan mata Nina bertaut. Namun Nina cepat-cepat mengalihkan anak mata.

            “Kenapa tu?, macam orang datang bulan je.” Cebik Sofea selepas lelaki itu masuk terus ke bilik tanpa senyum mesra.

            “Entah, penat agaknya, kena outstation sampai seminggu.” Nina angkat bahu. Barangkali Daniel Arman keletihan. Barangkali juga Daniel Arman turut marah dengan tindakan Datuk Zainudin perihal pemecatan Encik Khairy.

            “Phia balik meja dulu la, Encik Arman pun macam bad mood je, lama-lama kat sini nanti kena sembur pula.” Seloroh Sofea seraya berlalu ke mejanya.





Nina bergegas masuk ke bilik Daniel Arman sejurus membancuh kopi untuk lelaki itu. Selepas Sofea meninggalkan mejanya hampir lima belas minit yang lalu, dia cepat-cepat memulakan rutinnya membancuh air minuman untuk Daniel Arman.

            Sejurus menguak daun pintu, dilihatnya Daniel Arman sedang membuang pandang ke luar tingkap bilik. Nina terus menghampiri meja Daniel Arman untuk meletakkan air minuman.

            Air kopi yang dibancuh diletak perlahan di meja. Beberapa helai dokumen di alihkan sedikit jauh dari kedudukan kopi. Bimbang kopi tertumpah lalu mengotorkan dokumen itu nanti.

            “Air kopi ni saya letakkan atas meja, kalau Encik Arman perlukan apa-apa bagitahu saya.” Kata Nina. Dia berkira-kira untuk berlalu.

            “Stay.” Kata lelaki itu tanpa berpaling.

            Nina tidak jadi melangkah. Dia memandang Daniel Arman yang berdiri membelakanginya.

            “Ada apa-apa lagi?” Soal Nina lagi. Pelik melihat perubahan tingkah laku Daniel Arman. Tidak pernah lelaki itu sedingin itu.

            “Yes.” Ucapnya seraya berpaling memandang Nina.

            “I want you to stay.” Sambungnya. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri tempat Nina sedang berdiri.

            Saat itu hati Nina terdetik sesuatu. Tiba-tiba jantungnya berdetak laju. Dia ingin berlalu tetapi terasa seperti kakinya dipaku. Tubuhnya terasa sejuk. Bimbang telahannya benar.

            “Erm Body shop fragrance.” Ucapnya seraya mendekatkan wajahnya ke tubuh Nina.

            “En..cik Danish.” Ucap Nina gugup. Bagaimana boleh dia tidak kenal yang berada di situ ialah Danish Arham dan bukannya Daniel Arman.

            “Bagus!, perasan juga, ingatkan tak perasan lagi.” Kata Danish Arham dalam senyum sinis. Suka dia melihat wajah cuak Nina, wajah pucat Nina membuatkan dia rasa berkuasa.

            Nina telan air liur, rasa takut sudah mengalir ke seluruh tubuhnya. Tiba-tiba dia rasa lemah. Lemah bila berhadapan dengan Danish Arham. Perbuatan lelaki itu dulu membuatkan dia rasa tidak mampu untuk melawan.

            ‘Ermm….kalau antara I dengan Daniel Arman pun you tak boleh nak beza,agak-agaknya kalau I yang tidur dengan you, you perasan tak agaknya?” Soal Danish Arham sinis.

            Dada Nina mula berombak kecil. Dia harus kuat menanggapi permainan Danish Arham. Sejurus itu dia mula melangkah, ingin meninggalkan Danish Arham sendirian di situ.

            Belum sempat dia tiba di pintu, Danish Arham sudah menghalang jalannya. Danish Arham menapak perlahan-lahan sejurus berdiri betul-betul dihadapan Nina. Sementara Nina mengundur ke belakang bila Danish Arham mula menghampiri tubuhnya. Namun langkah Nina terhenti bila belakang badannya bersatu dengan dinding batu. Danish Arham sudah terlalu hampir dengannya, sehingga tubuh mereka hampir bersentuhan.

            Dada Nina yang sedari tadi berombak kecil mula membadai. Terasa air matanya sudah mulai bergenang. Sementara Danish Arham mendekatkan wajahnya ke wajah Nina, cukup dekat sehingga hampir bibirnya menyentuh bibir Nina.

            “Dan!, is everything okey in here?”Tiba-tiba terdengar soalan keras dari arah pintu. Daniel Arman sudah berdiri sambil matanya mencerlung memandang Danish Arham.

            “well..brother. Just saying hello to my sister in law.” Kata Danish Arham seraya mengundurkan tubuhnya menjauhi Nina.

            “What are you doing here?” Soal Daniel Arman sejurus masuk. Wajah pucat Nina dilihat sekali imbas. Nasib baik dia masuk cepat, kalau tidak mungkin Nina akan menjadi mangsa abangnya untuk kali yang kedua.

            “Didn’t dad tell you anything?” Tanya Danish Arham kembali.

            “Tell me what?” Soal Daniel Arman pelik.

            “Well, I think we should discuss it later, for now I’m going to leave you guys alone.” Kata Danish Arham  sinis dalam senyum yang dibuat-dibuat.

            Sebelum berlalu Danish Arham sempat menoleh kepada Nina.

            “You are delicious.” Sambungnya dalam senyum sinis. Suara Danish Arham walaupun tidak kuat namun jelas ditangkap oleh telinga Nina.

            Dada Nina mula berombak kecil. Sampai bila Danish Arham akan terus mengganggunya begitu. Dia tidak betah begitu, tidak mahu emosinya kembali digoyah oleh lelaki yang pernah memusnahkan hidupnya dulu.

            “Nina, are you okey?” Soal Daniel Arman apabila dilihatnya Nina hilang dalam rangkulan perasaannya sendiri.

            Nina menggeleng lemah. Memang dia tidak okey apabila Danish Arham bertindak menganggu gugatnya begitu. Pantas Nina berlari dan memeluk erat tubuh Daniel Arman.

            “Saya takut.” Kata Nina dalam suara yang bergetar. Masih terbayang lagi saat Danish Arham menodainya dahulu. Air matanya mengalir laju.

            Daniel Arman terkesima. Dia kemudiannya membalas pelukan Nina.

            “I’ll protect you.” Janji Daniel Arman. Sayu hatinya melihat Nina yang ketakutan begitu.

            “Saya takut dia ulang apa yang dia buat dulu.” Luah Nina lagi. Lancar bibirnya mengadukan hal itu kepada Daniel Arman. Entah kenapa, tergerak mulutnya menceritakan rasa hatinya itu kepada Daniel Arman. Mungkin juga lelaki itu sudah menjadi suaminya.

            “No, he won’t, saya tak kan benarkan perkara tu berlaku lagi.” Kata Daniel Arman lagi.

            “Saya takut tengok wajah dia, saya takut bila dia sentuh saya. Saya masih lagi rasa sakit apabila teringat apa yang dia buat pada saya dulu.” Ucap Nina lirih. Pelukannya di tubuh Daniel Arman masih kukuh. Belum ada tanda-tanda dia akan melepaskan lelaki itu.

            “Saya ada, dia tak kan berani sentuh Nina lagi.” Pujuk Daniel Arman.

            Nina rasa terpujuk dengan kata-kata Daniel Arman. Pantas dia melonggarkan pelukan di tubuh Daniel Arman. Tubuhnya dijarakkan dari tubuh lelaki itu. Terasa malu untuk seketika kerana memeluk lelaki itu sebentar tadi sehingga basah dada lelaki itu dengan air matanya. Sementara Daniel Arman memberikan ruang kepada Nina untuk menenangkan dirinya.

Nina kesat air matanya dengan jari. Kata-kata yang terbit dari bibir lelaki itu umpama penawar kepada ketakutannya. Dia yakin, Daniel Arman tidak akan membiarkan Danish Arham mengkhianatinya untuk kali yang kedua. Dia benar-benar yakin.

“Lepas ni jangan takut lagi, kan saya ada.” Ucap Daniel Arman. Dia kemudian teringat akan sesuatu.

            Daniel Arman tanpa banyak bicara berjalan menuju ke pintu biliknya. Lantas tombol pintu itu ditekan dari dalam. Dia kemudiannya bergerak pula ke bidai cermin kaca yang menghubungkan biliknya dengan meja Nina di luar bilik, pantas tangannya menurunkan bidai itu supaya terlindung pandangan dari luar. Kemudian dia bergerak menuju ke mejanya semula. Nina yang berdiri di satu sudut dinding biliknya dipandang lama.

            “Come.” Kata Daniel Arman sambil melambai tangannya pada Nina. Dia masih berdiri tegak di sisi mejanya.

            Nina yang hairan dan pelik dengan perlakuan Daniel Arman sejak tadi turut memandang lelaki itu sejurus lelaki itu bersuara tadi.

            ‘Come.” Ajak Daniel Arman sekali lagi.

            Nina melangkah lambat-lambat ke arah Daniel Arman. Akalnya masih tidak mampu berfungsi dengan baik penangan tindakan Danish Arham tadi.

            Daniel Arman melonggarkan tali lehernya sejurus Nina berdiri betul-betul dihadapannya. Wajah Nina yang memandang kosong ke hadapan dilihat lama. Kemudian butang baju kemejanya dibuka satu persatu.

            Menyedari tindakan Daniel Arman yang mahu membuka baju membuatkan Nina kembali cuak.

            “Encik Arman nak buat apa?” Soal Nina gugup.

            Daniel Arman masih membisu. Sejurus kesemua butang bajunya dibuka, tangan Nina ditarik mendekati tubuhnya.

            Nina yang kembali takut sudah mula tidak sedap hati.

            ‘Saya tak berniat buruk.” Kata Daniel Arman seolah-olah faham dengan gelodak hati Nina saat itu.

            ‘Saya nak Nina tengok ni.” Sambungnya lagi.

            “Saya ada ni.” Kata Daniel Arman sambil menunjukkan sesuatu di bahagian perutnya yang berotot.

            “Ini tanda lahir saya, Danish Arham tiada ni, hanya saya Daniel Arman sahaja yang ada. Kalau Nina keliru antara saya dengan Dan, Nina kena ingat. Dan tiada tanda ni tapi saya ada.” Terang Daniel Arman, sengaja dia menekan tona suaranya apabila dia menyebut namanya sendiri.

            Nina hanya memandang lama pada tanda lahir Daniel Arman yang berbentuk lonjong. Terasa malu, wajahnya merah menahan malu saat terpandangkan tubuh sasa Daniel Arman.

            “Ada tanda macam ni buatkan perut saya nampak tak seksi.” Kata Daniel Arman dalam senyum sebaris. Sekadar memecahkan kejanggalan antara mereka. Dia kemudian mengenakan semula kemejanya.

            “Boleh Nina buatkan saya kopi?” Soal Daniel Arman lembut sejurus mengemaskan kedudukan kemejanya.

            Nina hanya menganngguk seraya berlalu untuk menyediakan kopi permintaan Daniel Arman. Cawan kopi yang dia buat awal tadi dibawa keluar semula.





Danish Arham duduk termenung sejurus pelayan restoren menghantar minuman yang di pesan sebentar tadi. Pertemuan dengan Nina awal pagi tadi membuatkan dia tersenyum sendiri. Entah kenapa hatinya gembira saat terlihatkan wajah manis Nina. Walaupun penolakan Nina dengan terang dan jelas menggambarkan perasaan gadis itu terhadapnya. Bagi Danish Arham semua itu dia tidak kisah. Dia hanya mahukan Nina, sama ada gadis itu menerima dia dengan rela ataupun tidak itu bukan masalahnya sekarang. Yang penting Nina jatuh ke tangannya dahulu. Sejujurnya dia sendiri tidak pasti kenapa dia terlalu mahukan Nina. Adakah kerana ada rasa cinta yang berputik di hatinya ataupun dia tidak mahu kalah dengan Daniel Arman. Tidak betah melihat Nina disisi adik kembarnya itu.

            Lamunan Danish Arham terhenti apabila dia terlihat sesusuk tubuh Daniel Arman menghampiri meja tempat dia sedang duduk. Air teh O di cawan diteguk perlahan. Pandangannya dibuang ke arah Daniel Arman yang mengambil tempat dihadapannya sejurus tiba di meja itu.

            so apa hal nak jumpa?” Soal Daniel Arman. Matanya direnung ke arah Danish Arham. Melihat Danish Arham seolah-olah memerhatikan dirinya di dalam cermin. Saling tidak tumpah. Saat itu dia terfikirkan Nina. Mungkinkah penolakan Nina selama ini kerana wajahnya yang mirip Danish Arham. Mungkinkah Nina takut kerana Nina tidak dapat membezakan antara mereka. Dan mungkin juga Nina takut kerana wajahnya dan wajah lelaki yang menghancurkan maruahnya juga sama. Memikirkan perkara itu membuatkan Daniel Arman diserang resah. Bolehkah dia membuatkan Nina jatuh cinta padanya. Bolehkan Nina menerima dirinya yang menyerupai Danish Arham. Tiba-tiba dia merasakan wajahnya itu umpama sumpahan yang akan menghancurkan hatinya kelak.

            “Daddy tak cakap apa-apa?” Soal Danish Arham kembali seraya menerbang pergi lamunan Daniel Arman.

            “Cakap apa?” Soal Daniel Arman lagi.

            “I’ll be joining the Mall, ganti tempat Ketua Pegawai Kanan Pentadbiran.” Jawab Danish Arham.

            “What!, you must be kidding me?” Soal Daniel Arman terperanjat. Tidak mungkin Danish Arham akan menggantikan tempat Encik Khairy. Kalau itu yang berlaku bermakna Ketua Pegawai Kanan tu akan dipecat dari jawatannya.

            “No, I’m not kidding, you can ask dad for clarification.” Jawab Danish Arham tanpa riak bersalah.

            “But why?, Mr.Khairy is a good employee, dad can’t do this!” Kata Daniel Arman dalam nada keras. Benar-benar dia tidak bersetuju dengan tindakan bapanya itu. Tidak adil pada hematnya.

            “He already did that, and don’t forget daddy boleh buat apa sahaja. Don’t be too naïve El, kalau nak berjaya dengan apa yang kita mahukan, mestilah ada yang kena berkorban. Dalam kes ni, dia terpaksa berkorban.” Jawab Danish Arham selamba.

            “What is your motive Dan, tak cukup lagi ke apa yang you dah buat selama ni, please don’t make things more complicated.” Kata Daniel Arman lemah. Terlalu banyak agenda Danish Arham dan dia sendiri sudah penat melayani kerenah abang kembarnya itu. Tidak cukup dengan masalah yang ada, kini cuba menimbulkan masalah baru pula.

            “I didn’t come to ask for your permission, as GM, I think you should be the first to know the news.” Kata Danish Arham seraya bangun. Apa yang ingin dia sampaikan sudah disampaikan. Dia cuma ingin Daniel Arman tahu tentang itu.

            Daniel Arman melurut-lurut rambutnya yang terjuntai ke dahi ke belakang. Sungguh dia penat, penat melayani kerenah Danish Arham yang tidak tentu pasang surutnya. Belum pun masalahnya dengan Nina selesai, kini Danish Arham datang membawa masalah baru. Memikirkan Nina, kepalanya bertambah serabut. Bagaimana gadis itu akan berhadapan dengan Danish Arham kelak. Sejujurnya dia sendiri tidak percaya dengan Danish Arham. Bimbang lelaki itu akan mengulangi perbuatannya dulu dan bimbang emosi Nina akan terganggu dengan kehadiran Danish Arham di tempat kerja mereka.


P/s- ELNina or DanNina...