Monday, 16 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 21

Kepada yang meninggalkan komen, terima kasih banyak2, sayang semua.kpd silent readers, thanks juga sbb sudi baca. Daniel Arman Versus Danish Arham.nampaknya kedua-duanya ada penokong tersendiri. This is one of my fave chapter.enjoy :)...
BAB 21



Sofea berjalan cepat-cepat menghampiri meja Nina apabila dia menyedari Nina sudahpun tiba di pejabat. Hatinya meronta-ronta tidak sabar untuk mengkhabarkan gosip terbaru syarikat. Begitulah kebiasaannya sikap Sofea, pantang ada berita panas, dia akan jadi penyampai dan orang bertuah pertama yang akan dikhabarkan berita itu semestinya tidak lain dan tidak bukan ialah Nina.

            “Akak-akak, akak dah tahu cerita ke belum?” Soal Sofea tidak sabar.

            “Cerita apa?” Soal Nina sambil menyusun atur beberapa dokumen di atas meja yang tidak sempat dikemaskan pada hari sebelumnya.

            “Akak tahu tak yang Encik Khairy dinasihatkan berhenti?” Beritahu Sofea seraya mengambil tempat disisi Nina. memang dia pasti Nina tidak tahu menahu akan hal itu. Dia tahu pun sebab eksekutif kanan bahagian pentadbiran itu merupakan teman rapat abang kandungnya. Melalui abang kandungnya jugalah dia memperoleh cerita tersebut.

            “Betul ke berita Phia ni, tak kan la Encik Khairy yang dah lama berkhidmat kat sini diminta berhenti?” Tanya Nina hairan, manalah tahu kalau-kalau berita Sofea cuma khabar angina semata-mata.

            “Betul kak, abang ngah saya kawan rapat dengan Encik Khairy, dia kata Encik Khairy yang bagitahu dia, hari ni Encik Khairy akan kemaskan barang-barang dia.”

            “Betul ke Phia ni?” Soal Nina lagi, tidak percaya dengan berita yang baru dia dengar itu.

            “Siapa yang arahkan dia berhenti, Encik Arman ke?” Soal Nina lagi. Kalau mengikut pertimbangan dia, tidak mungkin Daniel Arman tergamak melakukan begitu. Tambahan pula Encik Khairy sudahpun berkeluarga, isteri Encik Khairy juga tidak bekerja. Kalau benar berita yang disampaikan oleh Sofea itu, memang malang sungguh nasib Encik Khairy. Desis Nina dalam hati.

            “Phia rasa bukan Encik Arman la kak. Lagipun, kan Encik Arman tak masuk office dalam seminggu ni. Phia rasa tentu ni kerja Datuk Zainudin. Encik Arman tak kan sampai hati nak pecat Encik Khairy. Kalau Datuk Zainudin tu Phia percaya la. Lagipun Mall ni pun memang masih dibawah pegangan Datuk Zainudin, Encik Arman cuma uruskan sahaja.” Sambung Sofea, siapa tidak kenal dengan Datuk Zainudin dan kes begitu memang bukan julung-julung kalinya berlaku, sudah beberapa kali kes seumpama itu berlaku. Dan selalunya Datuk Zainudin lah yang bertanggung jawab.

            Nina terdiam, saat terdengar nama Datuk Zainudin dia rasa takut. Entah kenapa, ingatannya diimbau kembali saat pertemuannya dengan Datuk Zainudin suatu waktu dahulu. Rasa masih segar lagi diingatannya tentang layanan dingin dan bicara sinis Datuk Zainudin terhadapnya dulu. Datuk Zainudin memang tidak pernah menyenangi kehadirannya dalam keluarga mereka. Itu Nina benar-benar pasti.

            Kalau Datuk Zainudin tahu dia kini sudah menjadi pekerja bawahan lelaki itu, adakah nasibnya akan sama seperti Encik Khairy. Soalan Nina hanya terluah dalam hatinya sahaja. Tanpa sedar Nina mengeluh.

            “Akak okey?” Tanya Sofea apabila terdengar Nina mengeluh.

            “Okey.” Jawab Nina sepatah. Soalan Sofea mengejutkan dirinya dari lamunan.

            “Ke akak ada masalah?” Soal Sofea lagi. Wajah mendung Nina membuatkan dia rasa curiga.

            “Akak okey, cuma kesian dekat Encik Khairy.” Dalih Nina.

            Perbualan mereka terhenti apabila kelibat Daniel Arman melintasi meja Nina.

            “Morning Encik Arman.” Sapa Sofea mesra.

            “Morning.” Jawabnya dingin. Sempat matanya dan mata Nina bertaut. Namun Nina cepat-cepat mengalihkan anak mata.

            “Kenapa tu?, macam orang datang bulan je.” Cebik Sofea selepas lelaki itu masuk terus ke bilik tanpa senyum mesra.

            “Entah, penat agaknya, kena outstation sampai seminggu.” Nina angkat bahu. Barangkali Daniel Arman keletihan. Barangkali juga Daniel Arman turut marah dengan tindakan Datuk Zainudin perihal pemecatan Encik Khairy.

            “Phia balik meja dulu la, Encik Arman pun macam bad mood je, lama-lama kat sini nanti kena sembur pula.” Seloroh Sofea seraya berlalu ke mejanya.





Nina bergegas masuk ke bilik Daniel Arman sejurus membancuh kopi untuk lelaki itu. Selepas Sofea meninggalkan mejanya hampir lima belas minit yang lalu, dia cepat-cepat memulakan rutinnya membancuh air minuman untuk Daniel Arman.

            Sejurus menguak daun pintu, dilihatnya Daniel Arman sedang membuang pandang ke luar tingkap bilik. Nina terus menghampiri meja Daniel Arman untuk meletakkan air minuman.

            Air kopi yang dibancuh diletak perlahan di meja. Beberapa helai dokumen di alihkan sedikit jauh dari kedudukan kopi. Bimbang kopi tertumpah lalu mengotorkan dokumen itu nanti.

            “Air kopi ni saya letakkan atas meja, kalau Encik Arman perlukan apa-apa bagitahu saya.” Kata Nina. Dia berkira-kira untuk berlalu.

            “Stay.” Kata lelaki itu tanpa berpaling.

            Nina tidak jadi melangkah. Dia memandang Daniel Arman yang berdiri membelakanginya.

            “Ada apa-apa lagi?” Soal Nina lagi. Pelik melihat perubahan tingkah laku Daniel Arman. Tidak pernah lelaki itu sedingin itu.

            “Yes.” Ucapnya seraya berpaling memandang Nina.

            “I want you to stay.” Sambungnya. Dia melangkah perlahan-lahan menghampiri tempat Nina sedang berdiri.

            Saat itu hati Nina terdetik sesuatu. Tiba-tiba jantungnya berdetak laju. Dia ingin berlalu tetapi terasa seperti kakinya dipaku. Tubuhnya terasa sejuk. Bimbang telahannya benar.

            “Erm Body shop fragrance.” Ucapnya seraya mendekatkan wajahnya ke tubuh Nina.

            “En..cik Danish.” Ucap Nina gugup. Bagaimana boleh dia tidak kenal yang berada di situ ialah Danish Arham dan bukannya Daniel Arman.

            “Bagus!, perasan juga, ingatkan tak perasan lagi.” Kata Danish Arham dalam senyum sinis. Suka dia melihat wajah cuak Nina, wajah pucat Nina membuatkan dia rasa berkuasa.

            Nina telan air liur, rasa takut sudah mengalir ke seluruh tubuhnya. Tiba-tiba dia rasa lemah. Lemah bila berhadapan dengan Danish Arham. Perbuatan lelaki itu dulu membuatkan dia rasa tidak mampu untuk melawan.

            ‘Ermm….kalau antara I dengan Daniel Arman pun you tak boleh nak beza,agak-agaknya kalau I yang tidur dengan you, you perasan tak agaknya?” Soal Danish Arham sinis.

            Dada Nina mula berombak kecil. Dia harus kuat menanggapi permainan Danish Arham. Sejurus itu dia mula melangkah, ingin meninggalkan Danish Arham sendirian di situ.

            Belum sempat dia tiba di pintu, Danish Arham sudah menghalang jalannya. Danish Arham menapak perlahan-lahan sejurus berdiri betul-betul dihadapan Nina. Sementara Nina mengundur ke belakang bila Danish Arham mula menghampiri tubuhnya. Namun langkah Nina terhenti bila belakang badannya bersatu dengan dinding batu. Danish Arham sudah terlalu hampir dengannya, sehingga tubuh mereka hampir bersentuhan.

            Dada Nina yang sedari tadi berombak kecil mula membadai. Terasa air matanya sudah mulai bergenang. Sementara Danish Arham mendekatkan wajahnya ke wajah Nina, cukup dekat sehingga hampir bibirnya menyentuh bibir Nina.

            “Dan!, is everything okey in here?”Tiba-tiba terdengar soalan keras dari arah pintu. Daniel Arman sudah berdiri sambil matanya mencerlung memandang Danish Arham.

            “well..brother. Just saying hello to my sister in law.” Kata Danish Arham seraya mengundurkan tubuhnya menjauhi Nina.

            “What are you doing here?” Soal Daniel Arman sejurus masuk. Wajah pucat Nina dilihat sekali imbas. Nasib baik dia masuk cepat, kalau tidak mungkin Nina akan menjadi mangsa abangnya untuk kali yang kedua.

            “Didn’t dad tell you anything?” Tanya Danish Arham kembali.

            “Tell me what?” Soal Daniel Arman pelik.

            “Well, I think we should discuss it later, for now I’m going to leave you guys alone.” Kata Danish Arham  sinis dalam senyum yang dibuat-dibuat.

            Sebelum berlalu Danish Arham sempat menoleh kepada Nina.

            “You are delicious.” Sambungnya dalam senyum sinis. Suara Danish Arham walaupun tidak kuat namun jelas ditangkap oleh telinga Nina.

            Dada Nina mula berombak kecil. Sampai bila Danish Arham akan terus mengganggunya begitu. Dia tidak betah begitu, tidak mahu emosinya kembali digoyah oleh lelaki yang pernah memusnahkan hidupnya dulu.

            “Nina, are you okey?” Soal Daniel Arman apabila dilihatnya Nina hilang dalam rangkulan perasaannya sendiri.

            Nina menggeleng lemah. Memang dia tidak okey apabila Danish Arham bertindak menganggu gugatnya begitu. Pantas Nina berlari dan memeluk erat tubuh Daniel Arman.

            “Saya takut.” Kata Nina dalam suara yang bergetar. Masih terbayang lagi saat Danish Arham menodainya dahulu. Air matanya mengalir laju.

            Daniel Arman terkesima. Dia kemudiannya membalas pelukan Nina.

            “I’ll protect you.” Janji Daniel Arman. Sayu hatinya melihat Nina yang ketakutan begitu.

            “Saya takut dia ulang apa yang dia buat dulu.” Luah Nina lagi. Lancar bibirnya mengadukan hal itu kepada Daniel Arman. Entah kenapa, tergerak mulutnya menceritakan rasa hatinya itu kepada Daniel Arman. Mungkin juga lelaki itu sudah menjadi suaminya.

            “No, he won’t, saya tak kan benarkan perkara tu berlaku lagi.” Kata Daniel Arman lagi.

            “Saya takut tengok wajah dia, saya takut bila dia sentuh saya. Saya masih lagi rasa sakit apabila teringat apa yang dia buat pada saya dulu.” Ucap Nina lirih. Pelukannya di tubuh Daniel Arman masih kukuh. Belum ada tanda-tanda dia akan melepaskan lelaki itu.

            “Saya ada, dia tak kan berani sentuh Nina lagi.” Pujuk Daniel Arman.

            Nina rasa terpujuk dengan kata-kata Daniel Arman. Pantas dia melonggarkan pelukan di tubuh Daniel Arman. Tubuhnya dijarakkan dari tubuh lelaki itu. Terasa malu untuk seketika kerana memeluk lelaki itu sebentar tadi sehingga basah dada lelaki itu dengan air matanya. Sementara Daniel Arman memberikan ruang kepada Nina untuk menenangkan dirinya.

Nina kesat air matanya dengan jari. Kata-kata yang terbit dari bibir lelaki itu umpama penawar kepada ketakutannya. Dia yakin, Daniel Arman tidak akan membiarkan Danish Arham mengkhianatinya untuk kali yang kedua. Dia benar-benar yakin.

“Lepas ni jangan takut lagi, kan saya ada.” Ucap Daniel Arman. Dia kemudian teringat akan sesuatu.

            Daniel Arman tanpa banyak bicara berjalan menuju ke pintu biliknya. Lantas tombol pintu itu ditekan dari dalam. Dia kemudiannya bergerak pula ke bidai cermin kaca yang menghubungkan biliknya dengan meja Nina di luar bilik, pantas tangannya menurunkan bidai itu supaya terlindung pandangan dari luar. Kemudian dia bergerak menuju ke mejanya semula. Nina yang berdiri di satu sudut dinding biliknya dipandang lama.

            “Come.” Kata Daniel Arman sambil melambai tangannya pada Nina. Dia masih berdiri tegak di sisi mejanya.

            Nina yang hairan dan pelik dengan perlakuan Daniel Arman sejak tadi turut memandang lelaki itu sejurus lelaki itu bersuara tadi.

            ‘Come.” Ajak Daniel Arman sekali lagi.

            Nina melangkah lambat-lambat ke arah Daniel Arman. Akalnya masih tidak mampu berfungsi dengan baik penangan tindakan Danish Arham tadi.

            Daniel Arman melonggarkan tali lehernya sejurus Nina berdiri betul-betul dihadapannya. Wajah Nina yang memandang kosong ke hadapan dilihat lama. Kemudian butang baju kemejanya dibuka satu persatu.

            Menyedari tindakan Daniel Arman yang mahu membuka baju membuatkan Nina kembali cuak.

            “Encik Arman nak buat apa?” Soal Nina gugup.

            Daniel Arman masih membisu. Sejurus kesemua butang bajunya dibuka, tangan Nina ditarik mendekati tubuhnya.

            Nina yang kembali takut sudah mula tidak sedap hati.

            ‘Saya tak berniat buruk.” Kata Daniel Arman seolah-olah faham dengan gelodak hati Nina saat itu.

            ‘Saya nak Nina tengok ni.” Sambungnya lagi.

            “Saya ada ni.” Kata Daniel Arman sambil menunjukkan sesuatu di bahagian perutnya yang berotot.

            “Ini tanda lahir saya, Danish Arham tiada ni, hanya saya Daniel Arman sahaja yang ada. Kalau Nina keliru antara saya dengan Dan, Nina kena ingat. Dan tiada tanda ni tapi saya ada.” Terang Daniel Arman, sengaja dia menekan tona suaranya apabila dia menyebut namanya sendiri.

            Nina hanya memandang lama pada tanda lahir Daniel Arman yang berbentuk lonjong. Terasa malu, wajahnya merah menahan malu saat terpandangkan tubuh sasa Daniel Arman.

            “Ada tanda macam ni buatkan perut saya nampak tak seksi.” Kata Daniel Arman dalam senyum sebaris. Sekadar memecahkan kejanggalan antara mereka. Dia kemudian mengenakan semula kemejanya.

            “Boleh Nina buatkan saya kopi?” Soal Daniel Arman lembut sejurus mengemaskan kedudukan kemejanya.

            Nina hanya menganngguk seraya berlalu untuk menyediakan kopi permintaan Daniel Arman. Cawan kopi yang dia buat awal tadi dibawa keluar semula.





Danish Arham duduk termenung sejurus pelayan restoren menghantar minuman yang di pesan sebentar tadi. Pertemuan dengan Nina awal pagi tadi membuatkan dia tersenyum sendiri. Entah kenapa hatinya gembira saat terlihatkan wajah manis Nina. Walaupun penolakan Nina dengan terang dan jelas menggambarkan perasaan gadis itu terhadapnya. Bagi Danish Arham semua itu dia tidak kisah. Dia hanya mahukan Nina, sama ada gadis itu menerima dia dengan rela ataupun tidak itu bukan masalahnya sekarang. Yang penting Nina jatuh ke tangannya dahulu. Sejujurnya dia sendiri tidak pasti kenapa dia terlalu mahukan Nina. Adakah kerana ada rasa cinta yang berputik di hatinya ataupun dia tidak mahu kalah dengan Daniel Arman. Tidak betah melihat Nina disisi adik kembarnya itu.

            Lamunan Danish Arham terhenti apabila dia terlihat sesusuk tubuh Daniel Arman menghampiri meja tempat dia sedang duduk. Air teh O di cawan diteguk perlahan. Pandangannya dibuang ke arah Daniel Arman yang mengambil tempat dihadapannya sejurus tiba di meja itu.

            so apa hal nak jumpa?” Soal Daniel Arman. Matanya direnung ke arah Danish Arham. Melihat Danish Arham seolah-olah memerhatikan dirinya di dalam cermin. Saling tidak tumpah. Saat itu dia terfikirkan Nina. Mungkinkah penolakan Nina selama ini kerana wajahnya yang mirip Danish Arham. Mungkinkah Nina takut kerana Nina tidak dapat membezakan antara mereka. Dan mungkin juga Nina takut kerana wajahnya dan wajah lelaki yang menghancurkan maruahnya juga sama. Memikirkan perkara itu membuatkan Daniel Arman diserang resah. Bolehkah dia membuatkan Nina jatuh cinta padanya. Bolehkan Nina menerima dirinya yang menyerupai Danish Arham. Tiba-tiba dia merasakan wajahnya itu umpama sumpahan yang akan menghancurkan hatinya kelak.

            “Daddy tak cakap apa-apa?” Soal Danish Arham kembali seraya menerbang pergi lamunan Daniel Arman.

            “Cakap apa?” Soal Daniel Arman lagi.

            “I’ll be joining the Mall, ganti tempat Ketua Pegawai Kanan Pentadbiran.” Jawab Danish Arham.

            “What!, you must be kidding me?” Soal Daniel Arman terperanjat. Tidak mungkin Danish Arham akan menggantikan tempat Encik Khairy. Kalau itu yang berlaku bermakna Ketua Pegawai Kanan tu akan dipecat dari jawatannya.

            “No, I’m not kidding, you can ask dad for clarification.” Jawab Danish Arham tanpa riak bersalah.

            “But why?, Mr.Khairy is a good employee, dad can’t do this!” Kata Daniel Arman dalam nada keras. Benar-benar dia tidak bersetuju dengan tindakan bapanya itu. Tidak adil pada hematnya.

            “He already did that, and don’t forget daddy boleh buat apa sahaja. Don’t be too naïve El, kalau nak berjaya dengan apa yang kita mahukan, mestilah ada yang kena berkorban. Dalam kes ni, dia terpaksa berkorban.” Jawab Danish Arham selamba.

            “What is your motive Dan, tak cukup lagi ke apa yang you dah buat selama ni, please don’t make things more complicated.” Kata Daniel Arman lemah. Terlalu banyak agenda Danish Arham dan dia sendiri sudah penat melayani kerenah abang kembarnya itu. Tidak cukup dengan masalah yang ada, kini cuba menimbulkan masalah baru pula.

            “I didn’t come to ask for your permission, as GM, I think you should be the first to know the news.” Kata Danish Arham seraya bangun. Apa yang ingin dia sampaikan sudah disampaikan. Dia cuma ingin Daniel Arman tahu tentang itu.

            Daniel Arman melurut-lurut rambutnya yang terjuntai ke dahi ke belakang. Sungguh dia penat, penat melayani kerenah Danish Arham yang tidak tentu pasang surutnya. Belum pun masalahnya dengan Nina selesai, kini Danish Arham datang membawa masalah baru. Memikirkan Nina, kepalanya bertambah serabut. Bagaimana gadis itu akan berhadapan dengan Danish Arham kelak. Sejujurnya dia sendiri tidak percaya dengan Danish Arham. Bimbang lelaki itu akan mengulangi perbuatannya dulu dan bimbang emosi Nina akan terganggu dengan kehadiran Danish Arham di tempat kerja mereka.


P/s- ELNina or DanNina...
           

           

48 comments:

  1. huhh (reaksi keluhan)...mcm mana nasib nina nanti..el perlu kerja keras..alahai

    ReplyDelete
  2. elnina plssssssssss

    ReplyDelete
  3. Elnina...kalau Dannina.wow..tak dpt byngkan

    ReplyDelete
  4. elnina plez....x moo dannina...
    ~~peace!!!~~

    ReplyDelete
  5. Saya suka2 bab ni. ElNina lebih sesuai berbanding DanNina. (Y)

    ReplyDelete
  6. el n nina da mle rpat da..mmg ssuai la

    ReplyDelete
  7. Huh rasa nak lempang danish ni laju2!

    ReplyDelete
  8. Elnina....plsssssss....

    ReplyDelete
  9. Elnina coz mereka dah berkahwin. Perkahwinan bukan perkara main2.

    ReplyDelete
  10. intan abd wahab16 April 2012 at 08:59

    el harus brtgas dlm mngatasi masalah ni..jgn biarkn nina keseorangan...sbg suami wajib mlindungi isteri...klw dh xreti nk brtgas lpskn aje nina..biar nina mncari bhgia dgn zackry yg sntiasa mnggu nina...

    ReplyDelete
  11. alahai..kesiannya Nina..hidupnya diuji lagi...
    Nasib dia baik sebab dapat membezakan antara Arham dan EL..kalo tak sia sia lah hidupnya lagi ..diperkotak katikkan oleh si Arham tu kan..

    Antara Nina dan EL..akak rasa hidup EL pun sama macam hidup Nina ..selalu diuji..

    Tak boleh kah ibunya..menghentikan permainan Arham dan Datuk Zainuddin ..keatas perniagaan dan pengurusan Mall tu..dibawah EL..

    Akak nak El ngan Nina..hendaknya..biaqla EL duduk serumah ngan Nina ..agar EL boleh melindungi diri Nina dan Nina menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorg isteri yg telah lama dia tingglkan..kesian El..biaq lah Arham mencari gadis lain..

    ReplyDelete
  12. mcm nma dlm geo dh elnina tp geo elnino...
    x ksh lh yg pnting nina dgn el bukan dan

    ReplyDelete
  13. msti laahh EL ngn NINA.. xnak DAN. DAN jaaatt.. heee
    im waiting next entry

    ReplyDelete
  14. ElNina, sudah pastinya. semakin komplex + menarik. :) interesting sgt. x sabar2 nk tunggu entry yg berikutnye. :)

    ReplyDelete
  15. cik tulip, ElNina kedengaran lg comel:)

    ReplyDelete
  16. dah tentu la ElNina..sebab DanNina tak sesuai okeyyyy...ElNina macam cute-cute jerrr...El..El..El..please la jadi lelaki sejati okey...suruh je Nina resign..tak payah kerja..then bawak Nina tinggal sama...so Nina takyah la nak mengadap muka si Dan penyagak tu...pleaseeee la El bertindak segera......apa2 pun Cik Tulip...memang bestttt..I likeeeee...

    ReplyDelete
  17. Cepatlah nina tggal ngn el,biar nina dpt kenal el lebih senang,kiranye tgk blakang pun dah bleh tau el or dan,sb nak tggu tgk parut kat perut mcm dah lmbt (if Dan nak buat jahat kt nina ) heh fahamkan maksd saya

    ReplyDelete
  18. “You are delicious.” ayat kasanova la tu. hikhikhik saya sokong syira, dannina ok.... dan dh brtindak nk capai matlamat dia, el tu asek brtangguh jer, tggu la sampai janggut beruban.... amboi mizz acu asek nk lempang owang jer... x baik tau....

    ReplyDelete
  19. bila lagi Nina ni nk lebih kenal suami sendiri. Jgnlh
    sampai Dan sekali lagi buat jahat pada Nina barulh
    nk sedar. cepat sambung ye.

    ReplyDelete
  20. prefer elnina...
    danish kasar...

    ReplyDelete
  21. plslah mesti lah elnina.buatkan watak el tegas sikit dgn nina.nina kan isteri dia.dia berhak keats nina.el kena mulakan.kalau nk harap nina mulakan x delah kan sebab dia takut dgn lelaki.lagi pulak el sebijik dgn dan kan org yg merosakkan dia.

    -BEST SAMBUNG LAGI KAK.-

    -adriana-

    ReplyDelete
  22. BEST GILER CITE NI KAK

    ReplyDelete
  23. ElNina plez..huhu

    [hawa]

    ReplyDelete
  24. Hmm..saya pula yang stress baca entry kali ni,cepat lah El take action,tak kan nak tunggu sampai Dan buat sesuatu kat Nina baru El nak protect Nina.
    El mesyi ngan Nina..^-^..

    (EL)

    ReplyDelete
  25. Tikam jek si danish tuh..

    ReplyDelete
  26. nk el..
    Xmo Dan

    ReplyDelete
  27. hmmm.. susah nak buat pilihan.. yg sorang tu baik sungguh kan.. yg sorang lg tu ermm..tp kdg2 cinta tu buat kita buta, drp baik kpd tak baik.. x blh nak 'baca' keseluruhannya.. pe pun tak sabar utk next n3 (sorry ye Cik Tulip.. selalu kakyus silent reader je.. minggu ni emo kot, terasa nak komen2 je .. hehe)

    ReplyDelete
  28. opppp kos Elnina..dan tu bleh campak masuk lombong huh...

    ReplyDelete
  29. best la cita nie x sabar nk tunggu n3 seterusnya. benci dgn Dan. cian dgn EL

    ReplyDelete
  30. dannina... el lemau, lmbt brtindak.... dan cepat cantas jer siapa2 yg kacau daun....

    ReplyDelete
  31. elnina la....next pliss..;)

    ReplyDelete
  32. elnina sudah semestinya walaupun anma elnina dekat2 dengan nama elnino tapi tak kisah la....tetap nk elnina gak.....vote 4 elnina......

    ReplyDelete
  33. ELNINA..!!! HEHEHEHE...

    ReplyDelete
  34. masalah2~suspen nih..akak tulip..lagi!!nk lg n pnjnggg!!heh~

    ReplyDelete
  35. ci tulip sambung plssss

    ReplyDelete
  36. dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! dannina ! hehe ;)

    ReplyDelete