BAB 16
Suasana pasaraya DZMS Mall yang kebiasaannya hingar bingar dengan suara pengunjung
pada siangnya sudah semakin reda menjelang malam. Kebanyakan pengunjung
biasanya sudah berehat-rehat di rumah apabila jam menginjak ke pukul sepuluh.
Pasaraya tersebut juga sudah berhenti beroperasi sejak setengah jam yang lalu.
Sementara di bahagian pejabat
pentadbiran yang terletak ditingkat paling atas bangunan pasaraya, telah
berkumpulnya beberapa kumpulan pekerja pasaraya yang terdiri daripada cashier, sales assistant, promoter,
kerani-kerani dan supervisor dari
bahagian-bahagian pentadbiran pasaraya.
Selalunya pentadbiran pasaraya akan
menetapkan supaya diadakan check stok
sebanyak dua kali setahun. Pada malam itu, Senior
Executive Officer dari bahagian administration
Encik Khairy telah mengarahkan semua staff turun padang untuk membuat
pemeriksaan stok kali pertama untuk tahun tersebut.
Daniel Arman berdiri sambil memeluk
tubuh disudut paling hujung bilik mesyuarat sambil mendengar penerangan dari
Mimi, kerani dari bahagian admin.
Penampilan Daniel Arman lebih santai dengan jeans biru yang dipadankan dengan
kemeja T berwarna hitam.
“Okey, semua faham dengan skop
tugasan masing-masing?” Soal Mimi usai memberikan taklimat ringkas tadi.
Suasana senyap seketika menandakan
semua yang hadir faham akan penerangan yang baru diberikan.
“Saya kat bahagian mana?” Celah
Daniel Arman tiba-tiba bila namanya tidak disebut oleh Mimi semasa membacakan
pembahagian kerja tadi.
“Encik Arman tiada dalam senarai,
bukan ke Encik Arman datang untuk pemantauan sahaja?” Soal Mimi pelik. Sebelum
ini pun Daniel Arman tidak pernah turut serta dalam pemeriksaan stok seperti
itu.
“Saya dah bagitahu Encik Khairy,
saya nak join.” Kata Daniel Arman
lagi.
“Kalau macam tu, Encik Arman pilih
la nak check bahagian mana. Semua
bahagian dah ada cukup orang, kalau Encik Arman nak join juga, terpulanglah. Encik Arman boleh pilih sendiri.” Sambung
Mimi.
“Nina bahagian mana?” Soal Daniel
Arman, matanya dilirik ke arah Nina. Walhal dia sendiri sudah tahu dibahagian
mana Nina ditempatkan kerana sudah dimaklumkan Mimi sebentar tadi.
“Cik Nina ikut Encik Ahmad Abdullah,
kat bahagian Baby and Children.” Jawab
Mimi sejurus memeriksa board ditangannya.
“Kalau macam tu, saya join Nina la.” Ucap Daniel Arman. Sekali
lagi matanya dilirik ke arah Nina.
Nina melarikan anak mata apabila
Daniel Arman memandang tepat ke wajahnya. Dia tidak pasti apa tujuan Daniel
Arman mahu turut serta dalam pemeriksaan stok kerana setahunya hanya kakitangan
bawahan sahaja yang terlibat. Semua Executive
tidak terlibat secara lansung. Hanya bertugas memberi arahan sahaja. Kalau
diikutkan, dia sendiri tidak terlibat tetapi dia menawarkan diri untuk
membantu.
“Kalau semua dah faham, bolehlah
bergerak ke bahagian masing-masing.” Kata Mimi lagi. Sebagai kerani di bahagian
administration, dia bertanggungjawab
untuk memastikan check stok kali itu
berjalan dengan lancar.
Nina mengira jumlah baju bayi berjenama
Fiffy yang tersusun rapi diatas rak,
dia kemudiannya memeriksa nombor siri yang terdapat di tag harga baju tersebut
dan dipadankan dengan nombor pada kertas yang dilekatkan pada board yang dipegang ditangannya. Apabila
memastikan nombor siri tersebut padan, Nina akan tick pada ruangan yang disediakan.
Nina menjalankan tugasnya tanpa ada
rasa kekok kerana dia sudah terbiasa turut serta semasa menjadi setiausaha
Zachary dulu. Malah dulu Zachary juga akan turut serta setiap kali check stok diadakan. Cuma kali ini
Zachary tidak turut serta kerana terpaksa outstation
kerana urusan mesyuarat.
Daniel Arman yang sedari tadi asyik
membuat kesilapan diminta duduk oleh Encik Ahmad Abdullah. Sejak awal lagi
Daniel sudah membuat kesilapan dan Encik Ahmad Abdullah juga sudah penat kerana
terpaksa meninggalkan kerjanya bagi membantu memperbetulkan kesilapan Daniel
Arman.
“Dah siap?” Tegur Daniel Arman seraya
menghampiri tempat Nina. Dia sudah letih menunggu tanpa berbuat apa-apa.
“Ada sikit lagi. Encik Arman balik
la dulu.” Jawab Nina tanpa berpaling. Dia mahu bersegera menyiapkan kerjanya
supaya boleh pulang awal. Jam pun sudah menunjukkan waktu sudah menghampiri
pukul satu pagi. Memang setiap kali check
stock dijalankan pasti akan mengambil masa yang lama.
“Nak saya tolong?” Pelawa Daniel
Arman. Dia masih belum mahu pulang. Selagi Nina masih disitu, selagi itu
jugalah dia mahu berada di situ.
“Takpelah, sikit je lagi.” Jawab
Nina ringkas.
“Awak baca nombor sirinya, biar saya
semak kat board.”Saran Daniel Arman
seraya mengambil board ditangan Nina
tanpa meminta izin terlebih dahulu.
Nina yang tidak sempat menghalang
tindakan Daniel Arman menurut sahaja. Dia pun tidak mahu berlama di situ
lantaran waktu yang sudah semakin lewat, tambahan pula Daniel Arman berada
bersamanya begitu, menambah lagi rasa kurang selesa yang bertamu dihatinya.
Setengah jam kemudian, Nina dan
Daniel Arman selesai membuat kiraan stok dibahagian mereka. Encik Ahmad
Abdullah masih tekun melakukan kerjanya yang tertangguh gara-gara kesilapan
yang dilakukan Daniel Arman awal tadi.
“Encik Abdullah, bahagian saya dah
siap, bahagian Encik Abdullah banyak lagi ke?, nak saya bantu?” Soal Nina bila
dilihatnya Encik Ahmad Abdullah masih leka.
“Dah tinggal tak banyak. Dalam
sepuluh minit lagi siap la.” Jawab Encik Ahmad Abdullah tanpa berpaling ke arah
Nina.
“Kalau macam tu, saya balik dulu.”
Kata Nina seraya berlalu meninggalkan Encik Ahmad Abdullah.
“Okey.” Sahut Encik Ahmad Abdullah.
Daniel Arman hanya membuntuti Nina
dari belakang. Disebabkan sikap cemerkap dia awal tadi menyebabkan dia kurang
bercakap malam itu. Terasa malu kerana tidak pandai melakukan kerja-kerja
begitu.
“Nina, teman saya ambil barang kat office sekejap.” Kata Daniel Arman
sebelum sempat Nina menuju ke tangga untuk turun ke parking kereta.
Nina mengeluh nafas. Takkan la nak
ambil barang pun masih perlukan khidmat dia, desis Nina dalam hati.
Nina berpaling menghadap Daniel
Arman, dia memberi isyarat mata supaya Daniel Arman jalan mendahului. Dia malas
mahu berlawan kata dengan Daniel Arman, matanya pun sudah semakin mengantuk.
Dia cuma ingin segera pulang dan merebahkan tubuhnya yang letih ke katil.
Nina membuntuti Daniel Arman dari
belakang.
Tiba di biliknya, Daniel Arman duduk
sebentar di kerusi melepaskan lelah. Walaupun tidak banyak kerja yang dilakukan
semasa membantu di bahagian Baby and
Children tadi, namun tubuhnya terasa letih kerana dari pagi dia belum
berkesempatan merehatkan badannya.
“Encik Arman, jangan lama sangat,
nanti diorang kunci pula pintu utama.” Kata Nina apabila dilihatnya Daniel
Arman duduk-duduk di kerusi kerjanya.
“Saya ada nak cari barang sekejap,
boleh tolong saya tak?” Soal Daniel Arman.
“Encik Arman nak cari apa?”Soalan
Daniel Arman dibalas soalan kembali.
“Tolong cari neck tie saya, siang tadi tertinggal kat dalam ni tapi tak ingat pula
letak kat mana.” Jawab Daniel Arman.
“Neck
tie? Soal Nina kembali.
Daniel Arman hanya menganngguk
sambil matanya meliar melihat ke setiap sudut bahagian di mejanya. Seingatnya
semasa habis kerja tadi dia menanggalkan tali lehernya itu tetapi dia tidak
ingat pula dimana diletakkan tali leher itu.
“Esok tak boleh cari ke, dah lewat
sangat ni Encik Arman, kalau diaorang semua balik susahlah.” Sambung Nina.
Kalau pasal tali leher sahaja tidaklah sepenting mana. Tentu keesokan harinya
masih boleh dicari. Dia pun tiada masalah membantu tapi waktu itu sudah
menginjak ke pagi. Dia perlu bersegera pulang merehatkan badan kerana esok pagi
perlu ke pejabat lagi. Dia pun bukannya berani memandu sendirian malam-malam
begitu tapi kalau keadaan dah memaksa, dia pun tidak punya pilihan lain.
“Mahal saya beli neck tie tu, daripada awak berdiri kat
situ, lebih baik datang sini, tolong saya cari.” Rungut Daniel Arman apabila
dilihatnya Nina hanya berdiri di pintu bilik.
Nina menghela nafas, payah betul dia
nak berlawan kata dengan Daniel Arman, setiap kali dia bersuara pasti ada
sahaja jawapan dari Daniel Arman. Oleh kerana malas bertegang suara dengan
Daniel Arman, Nina berjalan menghampiri meja tempat Daniel Arman duduk, dia
berdiri betul-betul dihadapan Daniel Arman.
Nina kemudiannya memulakan misi
mencari tali leher Daniel Arman. Belum pun sepuluh minit mencari, matanya
tertangkap satu objek disebalik timbunan fail di atas meja Daniel Arman. Tanpa
banyak bicara Nina menarik tali leher berwarna biru laut dengan corak polka dot berwarna biru pekat. Pantas
diunjurkan neck tie tersebut pada
Daniel Arman yang sudah terjenguk-jenguk di bawah meja.
“Kat mana jumpa ni?” Soal Daniel
Arman seraya menyambut huluran Nina.
“Ada kat situ je, kalau cari dengan
mata tentu jumpa.”Tukas Nina seraya berlalu ke pintu. Matanya sudah betul-betul
letih. Hatta nak bercakap-cakap dengan Daniel Arman pun dia sudah tidak
berdaya.
Daniel Arman menjungkit kedua-dua
keningnya. Pelik dengan sikap Nina yang tiba-tiba berubah. Dia turut bangun mengekori
Nina dengan neck tie dipegang di
tangan kirinya.
Nina keluar ke pintu exit untuk menuruni anak tangga menuju
ke basement tempat kakitangan keluar
dan masuk. Daniel Arman ditinggalkan dibelakang. Dia cuma ingin cepat-cepat
keluar kerana bimbang pintu utama pasaraya di tutup setelah semua pekerja yang
bertugas malam itu selesai melakukan tugasan mereka sebentar tadi.
Tiba di situ Nina terkejut kerana
pintu utama tersebut telahpun dikunci dan tiada seorang pekerja pun yang masih
berada di situ. Memang dia sudah menjangkakan perkara itu, tak sangka pula
jangkaannya itu menjadi benar. Nina mengeluh hampa. Gara-gara tali leher Daniel
Arman, dia kini terkurung dalam pasaraya itu bersama Daniel Arman.
Daniel Arman yang baru tiba di pintu
utama terlihat wajah keruh Nina.
“Dah kunci ke?” Soal Daniel Arman,
dia melihat wajah Nina memohon jawapan walaupun dalam hatinya dia sudah ada
jawapan untuk soalannya itu.
“Dah.” Jawab Nina sepatah.
“Siapa pegang kunci, biar saya call suruh dia patah balik, buka pintu
ni.” Saran Daniel Arman.
“Rasanya abang Miswan dari Leathers Department.” Jawab Nina.
“Encik Arman ada nombor dia?” Soal
Nina kembali. Hilang sudah ngantuknya lantaran terkunci di situ.
“Saya ada nombor semua staff.” Jawab
Daniel Arman dengan yakin. Dia kemudiannya menyeluk poket seluar jeansnya.
Seketika kemudian, air muka Daniel
Arman bertukar keruh.
“Rasanya phone saya tertinggal dalam kereta la.” Ucap Daniel Arman apabila
poket seluar yang diseluk kosong. Yang ada cuma wallet sahaja.
Nina yang baru sahaja berasa lega,
terus resah kembali.
“Guna phone awak la.” Saran Daniel Arman pula.
“Saya cuma simpan nombor Sofea je.”
Jawab Nina.
“Cuba je la call.” Kata Daniel Arman lagi.
Nina pantas mengeluarkan telefon
bimbitnya lalu membuat panggilan ke nombor Sofea namun selepas dua deringan
telefon bimbit Nina tiba-tiba padam.
“Alamak!, habis bateri pula.” Rungut
Nina sendiri. Memang dia perasan siang tadi baterinya sudah weak tapi dia tidak berkesempatan untuk
mengecas kerana terlalu padat jadualnya pada hari itu.
“Maaflah, sebab saya kita terkurung
pula.”Ucap Daniel Arman dalam suara yang mengendur. Buntu apabila tidak nampak
jalan penyelesaian kepada permasalahan mereka. Memang silap dia semua itu
terjadi.
Nina hanya diam tidak menjawab.
Tiada guna memarahi Daniel Arman kerana perkara tersebut telahpun berlaku.
“Kita tidur kat bilik saya je la
malam ni.” Saran Daniel Arman bila dilihatnya Nina hanya membisu.
Daniel Arman menghidupkan penyaman
udara sejurus masuk ke bilik pejabatnya tadi. Nina hanya menurutinya dari
belakang.
“Awak tidur kat sofa tu.” Saran
Daniel Arman seraya mengunjuk jarinya ke arah sofa di sudut bilik. Dia terus
menuju ke kerusinya lalu duduk. Beberapa dokumen diatas meja diambil dan di
teliti. Terlanjur dia terperangkap di situ, boleh la dia menyemak-nyemak kerja
yang tertangguh siang tadi.
“Encik Arman nak tidur mana?” Soal
Nina kembali. Entah kenapa terbit rasa prihatin dihatinya untuk Daniel Arman
malam itu.
“Saya tak kisah, kat mana-mana pun
okey, atau awak nak saya tidur sekali atas sofa tu.” Usik Daniel Arman dalam
senyum nakal.
Nina tidak menyahut, wajahnya berona
merah dan terasa panas. Dia cepat-cepat merebahkan tubuhnya ke sofa. Kepenatan
bekerja seharian menyebabkan dia malas berfikiran jauh. Dia tahu Daniel Arman
sekadar mengusik, tidak lebih dari itu.
Sejurus meletak kepala, Nina terus
terlena. Mungkin kerana disebabkan penat bekerja seharian menyebabkan mudah
bagi dia melelapkan mata malam itu.
Sejam berlalu dan Daniel Arman masih
lagi leka menilik dokumen-dokumen. Memang begitulah kebiasaannya. Kalau di
rumah pun kadangkala dia tidur lewat kerana menyiapkan kerja-kerja yang tidak
pernah habis.
Apabila terasa matanya semakin kabur
dan berat, Daniel Arman menyusun semula dokumen yang berselerak di atas meja. Semuanya
disusun menjadi satu timbunan yang disusun rapi di sisi meja. Dia kemudiannya
bergerak ke arah sofa, mahu melihat keadaan Nina yang sudah lama terlena. Hanya
kesempatan begitu sahaja yang membolehkan dia merenung lama wajah Nina dan
sebagai lelaki yang punyai naluri, dia juga tidak boleh lari dari perasaannya
itu.
Tiba dihadapan Nina, Daniel Arman
labuhkan punggung di sofa single
berhadapan dengan rangkaian sofa yang digunakan Nina untuk tidur. Dari situ,
Daniel Arman merenung wajah Nina yang lembut dan tenang. Tudung Nina masih
lekat di kepala. Walaupun sudah tidak sesempurna kedudukannya seperti mula-mula
Nina memakainya tadi, namun wajah Nina tetap lembut, manis pada pandangan mata
Daniel Arman. Tanpa sedar Daniel Arman tersenyum.
Daniel Arman kemudiannya melirik
matanya ke bahagian dada Nina pula. Bahagian dada yang membukit itu berombak
kecil seiring dengan helaan nafas Nina. Lama mata Daniel Arman singgah di situ.
Sementara fikirannya sudah mula membayangkan bayangan nakal.
Tanpa sedar Daniel Arman bangun lalu
berjalan perlahan menghampiri Nina. Sebagai lelaki, dia tidak boleh lari dari
keinginannya yang satu itu. Matanya masih tidak lepas memandang tubuh Nina yang
terbujur di sofa. Blaus putih dan skirt labuh dari kain lembut yang dikenakan Nina
menyerlahkan bentuk tubuh Nina yang lansing. Tidak hairanlah Danish Arham boleh
terlanjur menodai gadis itu dulu kerana kini Daniel Arman turut merasa desakan
yang sama.
Daniel Arman duduk melutut apabila
dia berdiri betul-betul dihadapan Nina. Terasa dirinya terbuai dengan keindahan
yang dijamah matanya saat itu. Tanpa sedar Daniel Arman merapatkan bibirnya ke
bibir Nina, mengucup bibir mulus Nina, untuk seketika dia berkeadaan begitu. Kemudian
Daniel Arman memandang wajah bersih Nina, dia terleka memerhatikan wajah lembut
itu, terasa terbuai-buai dengan mainan perasaannya sendiri. Waktu itu, hatinya
meronta-ronta ingin menzahirkan rasa cintanya kepada Nina namun melihatkan
wajah Nina yang tenang dalam lena, dia membatalkan niatnya itu. Tidak sanggup rasanya
dia mengejutkan Nina dari lena.
Daniel Arman bawa semula bibirnya
menyentuh bibir Nina. Cukup lena gadis itu sehingga tidak menyedari
perlakuannya itu. Selang beberapa minit berkeadaan begitu, tiba-tiba Daniel
Arman tersedar. Dia bingkas bangun dan menjarakkan tubuhnya dari tubuh Nina.
Wajahnya diraup kasar, sikit lagi dia hampir-hampir terlanjur mengikut kata
hatinya. Nasib baik Nina masih lena dan tidak menyedari perlakuannya. Kalau
Nina tersedar, sudah pasti gadis itu akan memandang serong akan perbuatannya
sebentar tadi.
Daniel Arman berjalan perlahan
kembali menuju ke meja kerjanya. Disitu dia melabuhkan punggung. Dia tidak
betah berlama-lama menatap wajah Nina. Bimbang dirinya hilang kawalan diri. Dia
tidak mahu mendatangi Nina tanpa kerelaan wanita itu. Biarlah Nina betul-betul
bersedia untuk menerimanya dahulu.
Dalam melayani fikirannya itu Daniel
Arman turut terlena.
Bahu Nina disentuh lembut. Sudah lebih
setengah jam Daniel Arman terjaga, namun dia tidak terus mengejutkan Nina dari
mimpi. Dia hanya duduk berhadapan dengan Nina dan merenung lama wajah gadis
itu. Terasa tenang melihat wajah lembut Nina ketika tidur, terlalu mendamaikan.
Selepas dia pasti waktu subuh sudah masuk barulah dia mengejutkan Nina.
Nina yang baru terjaga, menggosok-gosok
matanya. Apabila tersedar Daniel Arman sedang berdiri dihadapannya, Nina
bingkas bangun. Tudungnya yang senget segera dibetulkan kedudukannya.
“Dah lama saya tertidur?” Soal Nina
dalam keadaan duduk. Sementara Daniel Arman sudah berdiri dihadapannya.
“Dah masuk subuh.” Jawab Daniel
Arman pendek.
“Boleh sembahyang?” Soal Daniel
Arman kembali.
Nina hanya mengangguk.
“Jom solat dulu.” Ajak Daniel Arman.
Dia berjalan mendahului. Sementara Nina menuju ke mejanya bagi mendapatkan
telekung yang memang ada dalam simpanannya di dalam laci.
“Lena tidur semalam?” Soal Daniel
Arman apabila dia sampai di pintu surau, sandalnya ditanggalkan dan disusun di
tepi pintu surau.
“Lena.” Jawab Nina sepatah. Memang
dia betul-betul lena sehingga bila dikejutkan oleh Daniel Arman tadi, barulah
dia sedar. Memang betul-betul tidur mati, desisnya dalam hati.
“Lena sampai tak sedar saya buat apa
malam tadi.” Kata Daniel Arman seraya berlalu ke dalam surau.
Sementara Nina sudah mula
mengerutkan wajah. Buat apa?, desis Nina dalam hati. Jantungnya sudah mula
berdegup kencang.
“Encik Arman buat apa?” Soal Nina
teragak-agak.
“Buat apa yang halal bagi suami
lakukan atas isteri.” Jawab Daniel Arman dalam senyum nakal. Sengaja dia mahu
menyakat Nina. Dia berjalan menuju ke tempat mengambil air sembahyang.
Nina masih lagi berdiri statik di
hadapan pintu sambil memandang Daniel Arman mengangkat wudhu’. Jawapan Daniel
Arman mengundang resah dihatinya. Hairan juga apabila mendengar kata-kata
Daniel Arman itu kerana dia tidak pun mengesan sebarang perubahan ketara pada
dirinya.
“Maksud Encik Arman?” Soal Nina
tidak puas hati.
“Apa pun yang saya buat, tak
berdosa. Kan Nina halal untuk saya.” Kata Daniel Arman lagi seraya
membentangkan sejadah.
“Encik Arman jangan main-main dengan
saya.” Kata Nina lagi. Dia betul-betul tidak puas hati dengan jawapan Daniel
Arman tadi. Apa yang telah Daniel Arman lakukan padanya semasa dia tidur
semalam. Hatinya tidak mampu menebak.
“Sudahlah, ambil wudhu’, jom
sembahyang dengan saya. Apapun yang saya buat, tak mendatangkan dosa.” Jawab
Daniel Arman lembut dalam senyuman. Suka dia melihat wajah Nina begitu. Polos.
Tercuit hatinya.
Nina menghela nafas. Arahan Daniel
Arman diturut tanpa banyak bicara. Memang betul kata Daniel Arman. Memang dia
halal untuk lelaki itu. Apapun yang Daniel Arman lakukan, tidak akan mengundang
dosa. Cuma hatinya meronta-ronta ingin tahu, apa yang Daniel Arman sudah
lakukan padanya. Penat berfikir, sudahnya dia biarkan perkara itu berlalu tanpa
jawapan yang pasti.
P/s-terperangkap dalam office semasa check stok ni merupakan pengalaman cik tulip sendiri.cuma masa tu terperangkap sorang2 je tengah2 malam kul 1 lebih.sedih. and mr. Ahmad Abdullah tu is the real person...
best....sweettttt sgt....cepat smbung...hehehe:))
ReplyDeleteLah yeke Cik Tulip??? Cian dia... apa2 pun ttp best...
ReplyDeletepergh dik..speechless..arman akhirnya mengakui yg dia adalah suami Nina walaupun diluahkan semasa mereka berdua sahaja. Rasanya comel pulak Nina kan bila arman saja menyakat Nina..dan akak tumpang rasa bahgia bila arman boleh menerima Nina seadanya dan sanggup menjadi imam Nina bila mengerjakan sembahyang subuh. Akak mengharap agar Arman selepas sembahyang meluahkan rasa hatinya kat Nina dan mengharap agar mereka berdua boleh memulakan semula sebgai pasangan suami isteri dengan istilah bukan hanya diatas kertas..
ReplyDeleteTeruja nak tahu..adakah Nina akan menerima saranan Arman untuk memulakan hubungan mereka dan memberi peluang kepada Arman..
ooohhh....sweetnya.....el n nina...tapi cayalah el memang seorg lelaki yg baik....
ReplyDeleteso sweet..............
ReplyDeletecamne la perasaan cik tulip masa terperangkap sorang2 ye...apa2 pun suka n3 kali ni..best...el imamkan nina solat..bila la el nak bawak nina duduk serumah dengan dia ye?..cik tulip..cepat2 update ye...tak sabar nak tu cerita seterusnya...
ReplyDeletehuhu...
ReplyDeleteSo sweet.. Depa ni mslh miscommnication.. Dok pendam ja.. Cmana nak tau.. Haillaa.. El, awak tu lelaki.. Awak la kna take action dlu..
ReplyDelete~mizz acu~
tq cik tulip utk citer yg sgt best ni,teruskn menulis..
ReplyDeletebaca n3 kali ni.... memang seronok.... teringat masa keje kat klia dulu.... sebulan sekali kena check stock brg kat kedai....sampai ke pagi..... walau letih tapi ianya pengalaman yg berharga..... cuma bezanya kami kena bantu pada kawan yg belum habis.... dah habis check stock, makan ramai2..barulah balik....
ReplyDeleteEL dan Nina....moga lepas ni...mereka lebih bersikap terbuka.... jgn duk pendamkan dlm hati apa yg kita rasa....
sama la kita,pengalaman sukar dicari...
Deletecik tulip...
ReplyDeletesape hero slmtkan cik tulip yg dok terkunci tu??
cian mcm mane dorg x g check dl ker??
tp xpe la pengalaman kan..
hihihi...
hai el nie cr jln nk bk kn pintu ati nina nie..
jgn la dok pendam sorg2...
nti melepas lak...
da la si arham tu dok sibuk nk kat nina jugak nie....
Nursya,cik tulip diselamatkan oleh supervisor yg extremely fussy yg dibenci oleh semua staff including cik tulip sendiri.malang betul.kalau extremely handsome ok jg...argghhh..
Deletenama aq ader kat sini ha2
ReplyDelete