Thursday 5 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 16

jom baca sambungannya. Ada part best dalam bab ni... :)
BAB 16



Suasana pasaraya DZMS Mall yang kebiasaannya hingar bingar dengan suara pengunjung pada siangnya sudah semakin reda menjelang malam. Kebanyakan pengunjung biasanya sudah berehat-rehat di rumah apabila jam menginjak ke pukul sepuluh. Pasaraya tersebut juga sudah berhenti beroperasi sejak setengah jam yang lalu.

            Sementara di bahagian pejabat pentadbiran yang terletak ditingkat paling atas bangunan pasaraya, telah berkumpulnya beberapa kumpulan pekerja pasaraya yang terdiri daripada cashier, sales assistant, promoter, kerani-kerani dan supervisor dari bahagian-bahagian pentadbiran pasaraya.

            Selalunya pentadbiran pasaraya akan menetapkan supaya diadakan check stok sebanyak dua kali setahun. Pada malam itu, Senior Executive Officer dari bahagian administration Encik Khairy telah mengarahkan semua staff turun padang untuk membuat pemeriksaan stok kali pertama untuk tahun tersebut.

            Daniel Arman berdiri sambil memeluk tubuh disudut paling hujung bilik mesyuarat sambil mendengar penerangan dari Mimi, kerani dari bahagian admin. Penampilan Daniel Arman lebih santai dengan jeans biru yang dipadankan dengan kemeja T berwarna hitam.

            “Okey, semua faham dengan skop tugasan masing-masing?” Soal Mimi usai memberikan taklimat ringkas tadi.

            Suasana senyap seketika menandakan semua yang hadir faham akan penerangan yang baru diberikan.

            “Saya kat bahagian mana?” Celah Daniel Arman tiba-tiba bila namanya tidak disebut oleh Mimi semasa membacakan pembahagian kerja tadi.

            “Encik Arman tiada dalam senarai, bukan ke Encik Arman datang untuk pemantauan sahaja?” Soal Mimi pelik. Sebelum ini pun Daniel Arman tidak pernah turut serta dalam pemeriksaan stok seperti itu.

            “Saya dah bagitahu Encik Khairy, saya nak join.” Kata Daniel Arman lagi.

            “Kalau macam tu, Encik Arman pilih la nak check bahagian mana. Semua bahagian dah ada cukup orang, kalau Encik Arman nak join juga, terpulanglah. Encik Arman boleh pilih sendiri.” Sambung Mimi.

            “Nina bahagian mana?” Soal Daniel Arman, matanya dilirik ke arah Nina. Walhal dia sendiri sudah tahu dibahagian mana Nina ditempatkan kerana sudah dimaklumkan Mimi sebentar tadi.

            “Cik Nina ikut Encik Ahmad Abdullah, kat bahagian Baby and Children.” Jawab Mimi sejurus memeriksa board ditangannya.

            “Kalau macam tu, saya join Nina la.” Ucap Daniel Arman. Sekali lagi matanya dilirik ke arah Nina.

            Nina melarikan anak mata apabila Daniel Arman memandang tepat ke wajahnya. Dia tidak pasti apa tujuan Daniel Arman mahu turut serta dalam pemeriksaan stok kerana setahunya hanya kakitangan bawahan sahaja yang terlibat. Semua Executive tidak terlibat secara lansung. Hanya bertugas memberi arahan sahaja. Kalau diikutkan, dia sendiri tidak terlibat tetapi dia menawarkan diri untuk membantu.

            “Kalau semua dah faham, bolehlah bergerak ke bahagian masing-masing.” Kata Mimi lagi. Sebagai kerani di bahagian administration, dia bertanggungjawab untuk memastikan check stok kali itu berjalan dengan lancar.





Nina mengira jumlah baju bayi berjenama Fiffy yang tersusun rapi diatas rak, dia kemudiannya memeriksa nombor siri yang terdapat di tag harga baju tersebut dan dipadankan dengan nombor pada kertas yang dilekatkan pada board yang dipegang ditangannya. Apabila memastikan nombor siri tersebut padan, Nina akan tick pada ruangan yang disediakan.

            Nina menjalankan tugasnya tanpa ada rasa kekok kerana dia sudah terbiasa turut serta semasa menjadi setiausaha Zachary dulu. Malah dulu Zachary juga akan turut serta setiap kali check stok diadakan. Cuma kali ini Zachary tidak turut serta kerana terpaksa outstation kerana urusan mesyuarat.

            Daniel Arman yang sedari tadi asyik membuat kesilapan diminta duduk oleh Encik Ahmad Abdullah. Sejak awal lagi Daniel sudah membuat kesilapan dan Encik Ahmad Abdullah juga sudah penat kerana terpaksa meninggalkan kerjanya bagi membantu memperbetulkan kesilapan Daniel Arman.

             “Dah siap?” Tegur Daniel Arman seraya menghampiri tempat Nina. Dia sudah letih menunggu tanpa berbuat apa-apa.

            “Ada sikit lagi. Encik Arman balik la dulu.” Jawab Nina tanpa berpaling. Dia mahu bersegera menyiapkan kerjanya supaya boleh pulang awal. Jam pun sudah menunjukkan waktu sudah menghampiri pukul satu pagi. Memang setiap kali check stock dijalankan pasti akan mengambil masa yang lama.

            “Nak saya tolong?” Pelawa Daniel Arman. Dia masih belum mahu pulang. Selagi Nina masih disitu, selagi itu jugalah dia mahu berada di situ.

            “Takpelah, sikit je lagi.” Jawab Nina ringkas.

            “Awak baca nombor sirinya, biar saya semak kat board.”Saran Daniel Arman seraya mengambil board ditangan Nina tanpa meminta izin terlebih dahulu.

            Nina yang tidak sempat menghalang tindakan Daniel Arman menurut sahaja. Dia pun tidak mahu berlama di situ lantaran waktu yang sudah semakin lewat, tambahan pula Daniel Arman berada bersamanya begitu, menambah lagi rasa kurang selesa yang bertamu dihatinya.

            Setengah jam kemudian, Nina dan Daniel Arman selesai membuat kiraan stok dibahagian mereka. Encik Ahmad Abdullah masih tekun melakukan kerjanya yang tertangguh gara-gara kesilapan yang dilakukan Daniel Arman awal tadi.

            “Encik Abdullah, bahagian saya dah siap, bahagian Encik Abdullah banyak lagi ke?, nak saya bantu?” Soal Nina bila dilihatnya Encik Ahmad Abdullah masih leka.

            “Dah tinggal tak banyak. Dalam sepuluh minit lagi siap la.” Jawab Encik Ahmad Abdullah tanpa berpaling ke arah Nina.

            “Kalau macam tu, saya balik dulu.” Kata Nina seraya berlalu meninggalkan Encik Ahmad Abdullah.

            “Okey.” Sahut Encik Ahmad Abdullah.

            Daniel Arman hanya membuntuti Nina dari belakang. Disebabkan sikap cemerkap dia awal tadi menyebabkan dia kurang bercakap malam itu. Terasa malu kerana tidak pandai melakukan kerja-kerja begitu.

            “Nina, teman saya ambil barang kat office sekejap.” Kata Daniel Arman sebelum sempat Nina menuju ke tangga untuk turun ke parking kereta.

            Nina mengeluh nafas. Takkan la nak ambil barang pun masih perlukan khidmat dia, desis Nina dalam hati.

            Nina berpaling menghadap Daniel Arman, dia memberi isyarat mata supaya Daniel Arman jalan mendahului. Dia malas mahu berlawan kata dengan Daniel Arman, matanya pun sudah semakin mengantuk. Dia cuma ingin segera pulang dan merebahkan tubuhnya yang letih ke katil.

            Nina membuntuti Daniel Arman dari belakang.

            Tiba di biliknya, Daniel Arman duduk sebentar di kerusi melepaskan lelah. Walaupun tidak banyak kerja yang dilakukan semasa membantu di bahagian Baby and Children tadi, namun tubuhnya terasa letih kerana dari pagi dia belum berkesempatan merehatkan badannya.

            “Encik Arman, jangan lama sangat, nanti diorang kunci pula pintu utama.” Kata Nina apabila dilihatnya Daniel Arman duduk-duduk di kerusi kerjanya.

            “Saya ada nak cari barang sekejap, boleh tolong saya tak?” Soal Daniel Arman.

            “Encik Arman nak cari apa?”Soalan Daniel Arman dibalas soalan kembali.

            “Tolong cari neck tie saya, siang tadi tertinggal kat dalam ni tapi tak ingat pula letak kat mana.” Jawab Daniel Arman.

            Neck tie? Soal Nina kembali.

            Daniel Arman hanya menganngguk sambil matanya meliar melihat ke setiap sudut bahagian di mejanya. Seingatnya semasa habis kerja tadi dia menanggalkan tali lehernya itu tetapi dia tidak ingat pula dimana diletakkan tali leher itu.

            “Esok tak boleh cari ke, dah lewat sangat ni Encik Arman, kalau diaorang semua balik susahlah.” Sambung Nina. Kalau pasal tali leher sahaja tidaklah sepenting mana. Tentu keesokan harinya masih boleh dicari. Dia pun tiada masalah membantu tapi waktu itu sudah menginjak ke pagi. Dia perlu bersegera pulang merehatkan badan kerana esok pagi perlu ke pejabat lagi. Dia pun bukannya berani memandu sendirian malam-malam begitu tapi kalau keadaan dah memaksa, dia pun tidak punya pilihan lain.

            “Mahal saya beli neck tie tu, daripada awak berdiri kat situ, lebih baik datang sini, tolong saya cari.” Rungut Daniel Arman apabila dilihatnya Nina hanya berdiri di pintu bilik.

            Nina menghela nafas, payah betul dia nak berlawan kata dengan Daniel Arman, setiap kali dia bersuara pasti ada sahaja jawapan dari Daniel Arman. Oleh kerana malas bertegang suara dengan Daniel Arman, Nina berjalan menghampiri meja tempat Daniel Arman duduk, dia berdiri betul-betul dihadapan Daniel Arman.

            Nina kemudiannya memulakan misi mencari tali leher Daniel Arman. Belum pun sepuluh minit mencari, matanya tertangkap satu objek disebalik timbunan fail di atas meja Daniel Arman. Tanpa banyak bicara Nina menarik tali leher berwarna biru laut dengan corak polka dot berwarna biru pekat. Pantas diunjurkan neck tie tersebut pada Daniel Arman yang sudah terjenguk-jenguk di bawah meja.

            “Kat mana jumpa ni?” Soal Daniel Arman seraya menyambut huluran Nina.

            “Ada kat situ je, kalau cari dengan mata tentu jumpa.”Tukas Nina seraya berlalu ke pintu. Matanya sudah betul-betul letih. Hatta nak bercakap-cakap dengan Daniel Arman pun dia sudah tidak berdaya.

            Daniel Arman menjungkit kedua-dua keningnya. Pelik dengan sikap Nina yang tiba-tiba berubah. Dia turut bangun mengekori Nina dengan neck tie dipegang di tangan kirinya.

            Nina keluar ke pintu exit untuk menuruni anak tangga menuju ke basement tempat kakitangan keluar dan masuk. Daniel Arman ditinggalkan dibelakang. Dia cuma ingin cepat-cepat keluar kerana bimbang pintu utama pasaraya di tutup setelah semua pekerja yang bertugas malam itu selesai melakukan tugasan mereka sebentar tadi.

            Tiba di situ Nina terkejut kerana pintu utama tersebut telahpun dikunci dan tiada seorang pekerja pun yang masih berada di situ. Memang dia sudah menjangkakan perkara itu, tak sangka pula jangkaannya itu menjadi benar. Nina mengeluh hampa. Gara-gara tali leher Daniel Arman, dia kini terkurung dalam pasaraya itu bersama Daniel Arman.

            Daniel Arman yang baru tiba di pintu utama terlihat wajah keruh Nina.

            “Dah kunci ke?” Soal Daniel Arman, dia melihat wajah Nina memohon jawapan walaupun dalam hatinya dia sudah ada jawapan untuk soalannya itu.

            “Dah.” Jawab Nina sepatah.

            “Siapa pegang kunci, biar saya call suruh dia patah balik, buka pintu ni.” Saran Daniel Arman.

            “Rasanya abang Miswan dari Leathers Department.” Jawab Nina.

            “Encik Arman ada nombor dia?” Soal Nina kembali. Hilang sudah ngantuknya lantaran terkunci di situ.

            “Saya ada nombor semua staff.” Jawab Daniel Arman dengan yakin. Dia kemudiannya menyeluk poket seluar jeansnya.

            Seketika kemudian, air muka Daniel Arman bertukar keruh.

            “Rasanya phone saya tertinggal dalam kereta la.” Ucap Daniel Arman apabila poket seluar yang diseluk kosong. Yang ada cuma wallet sahaja.

            Nina yang baru sahaja berasa lega, terus resah kembali.

            “Guna phone awak la.” Saran Daniel Arman pula.

            “Saya cuma simpan nombor Sofea je.” Jawab Nina.

            “Cuba je la call.” Kata Daniel Arman lagi.

            Nina pantas mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuat panggilan ke nombor Sofea namun selepas dua deringan telefon bimbit Nina tiba-tiba padam.

            “Alamak!, habis bateri pula.” Rungut Nina sendiri. Memang dia perasan siang tadi baterinya sudah weak tapi dia tidak berkesempatan untuk mengecas kerana terlalu padat jadualnya pada hari itu.

            “Maaflah, sebab saya kita terkurung pula.”Ucap Daniel Arman dalam suara yang mengendur. Buntu apabila tidak nampak jalan penyelesaian kepada permasalahan mereka. Memang silap dia semua itu terjadi.

            Nina hanya diam tidak menjawab. Tiada guna memarahi Daniel Arman kerana perkara tersebut telahpun berlaku.

            “Kita tidur kat bilik saya je la malam ni.” Saran Daniel Arman bila dilihatnya Nina hanya membisu.





Daniel Arman menghidupkan penyaman udara sejurus masuk ke bilik pejabatnya tadi. Nina hanya menurutinya dari belakang.

            “Awak tidur kat sofa tu.” Saran Daniel Arman seraya mengunjuk jarinya ke arah sofa di sudut bilik. Dia terus menuju ke kerusinya lalu duduk. Beberapa dokumen diatas meja diambil dan di teliti. Terlanjur dia terperangkap di situ, boleh la dia menyemak-nyemak kerja yang tertangguh siang tadi.

            “Encik Arman nak tidur mana?” Soal Nina kembali. Entah kenapa terbit rasa prihatin dihatinya untuk Daniel Arman malam itu.

            “Saya tak kisah, kat mana-mana pun okey, atau awak nak saya tidur sekali atas sofa tu.” Usik Daniel Arman dalam senyum nakal.

            Nina tidak menyahut, wajahnya berona merah dan terasa panas. Dia cepat-cepat merebahkan tubuhnya ke sofa. Kepenatan bekerja seharian menyebabkan dia malas berfikiran jauh. Dia tahu Daniel Arman sekadar mengusik, tidak lebih dari itu.

            Sejurus meletak kepala, Nina terus terlena. Mungkin kerana disebabkan penat bekerja seharian menyebabkan mudah bagi dia melelapkan mata malam itu.

            Sejam berlalu dan Daniel Arman masih lagi leka menilik dokumen-dokumen. Memang begitulah kebiasaannya. Kalau di rumah pun kadangkala dia tidur lewat kerana menyiapkan kerja-kerja yang tidak pernah habis.

            Apabila terasa matanya semakin kabur dan berat, Daniel Arman menyusun semula dokumen yang berselerak di atas meja. Semuanya disusun menjadi satu timbunan yang disusun rapi di sisi meja. Dia kemudiannya bergerak ke arah sofa, mahu melihat keadaan Nina yang sudah lama terlena. Hanya kesempatan begitu sahaja yang membolehkan dia merenung lama wajah Nina dan sebagai lelaki yang punyai naluri, dia juga tidak boleh lari dari perasaannya itu.

            Tiba dihadapan Nina, Daniel Arman labuhkan punggung di sofa single berhadapan dengan rangkaian sofa yang digunakan Nina untuk tidur. Dari situ, Daniel Arman merenung wajah Nina yang lembut dan tenang. Tudung Nina masih lekat di kepala. Walaupun sudah tidak sesempurna kedudukannya seperti mula-mula Nina memakainya tadi, namun wajah Nina tetap lembut, manis pada pandangan mata Daniel Arman. Tanpa sedar Daniel Arman tersenyum.

            Daniel Arman kemudiannya melirik matanya ke bahagian dada Nina pula. Bahagian dada yang membukit itu berombak kecil seiring dengan helaan nafas Nina. Lama mata Daniel Arman singgah di situ. Sementara fikirannya sudah mula membayangkan bayangan nakal.

            Tanpa sedar Daniel Arman bangun lalu berjalan perlahan menghampiri Nina. Sebagai lelaki, dia tidak boleh lari dari keinginannya yang satu itu. Matanya masih tidak lepas memandang tubuh Nina yang terbujur di sofa. Blaus putih dan skirt labuh dari kain lembut yang dikenakan Nina menyerlahkan bentuk tubuh Nina yang lansing. Tidak hairanlah Danish Arham boleh terlanjur menodai gadis itu dulu kerana kini Daniel Arman turut merasa desakan yang sama.

            Daniel Arman duduk melutut apabila dia berdiri betul-betul dihadapan Nina. Terasa dirinya terbuai dengan keindahan yang dijamah matanya saat itu. Tanpa sedar Daniel Arman merapatkan bibirnya ke bibir Nina, mengucup bibir mulus Nina, untuk seketika dia berkeadaan begitu. Kemudian Daniel Arman memandang wajah bersih Nina, dia terleka memerhatikan wajah lembut itu, terasa terbuai-buai dengan mainan perasaannya sendiri. Waktu itu, hatinya meronta-ronta ingin menzahirkan rasa cintanya kepada Nina namun melihatkan wajah Nina yang tenang dalam lena, dia membatalkan niatnya itu. Tidak sanggup rasanya dia mengejutkan Nina dari lena.

            Daniel Arman bawa semula bibirnya menyentuh bibir Nina. Cukup lena gadis itu sehingga tidak menyedari perlakuannya itu. Selang beberapa minit berkeadaan begitu, tiba-tiba Daniel Arman tersedar. Dia bingkas bangun dan menjarakkan tubuhnya dari tubuh Nina. Wajahnya diraup kasar, sikit lagi dia hampir-hampir terlanjur mengikut kata hatinya. Nasib baik Nina masih lena dan tidak menyedari perlakuannya. Kalau Nina tersedar, sudah pasti gadis itu akan memandang serong akan perbuatannya sebentar tadi.

            Daniel Arman berjalan perlahan kembali menuju ke meja kerjanya. Disitu dia melabuhkan punggung. Dia tidak betah berlama-lama menatap wajah Nina. Bimbang dirinya hilang kawalan diri. Dia tidak mahu mendatangi Nina tanpa kerelaan wanita itu. Biarlah Nina betul-betul bersedia untuk menerimanya dahulu.

            Dalam melayani fikirannya itu Daniel Arman turut terlena.







Bahu Nina disentuh lembut. Sudah lebih setengah jam Daniel Arman terjaga, namun dia tidak terus mengejutkan Nina dari mimpi. Dia hanya duduk berhadapan dengan Nina dan merenung lama wajah gadis itu. Terasa tenang melihat wajah lembut Nina ketika tidur, terlalu mendamaikan. Selepas dia pasti waktu subuh sudah masuk barulah dia mengejutkan Nina.

            Nina yang baru terjaga, menggosok-gosok matanya. Apabila tersedar Daniel Arman sedang berdiri dihadapannya, Nina bingkas bangun. Tudungnya yang senget segera dibetulkan kedudukannya.

            “Dah lama saya tertidur?” Soal Nina dalam keadaan duduk. Sementara Daniel Arman sudah berdiri dihadapannya.

            “Dah masuk subuh.” Jawab Daniel Arman pendek.

            “Boleh sembahyang?” Soal Daniel Arman kembali.

            Nina hanya mengangguk.

            “Jom solat dulu.” Ajak Daniel Arman. Dia berjalan mendahului. Sementara Nina menuju ke mejanya bagi mendapatkan telekung yang memang ada dalam simpanannya di dalam laci.

            “Lena tidur semalam?” Soal Daniel Arman apabila dia sampai di pintu surau, sandalnya ditanggalkan dan disusun di tepi pintu surau.

            “Lena.” Jawab Nina sepatah. Memang dia betul-betul lena sehingga bila dikejutkan oleh Daniel Arman tadi, barulah dia sedar. Memang betul-betul tidur mati, desisnya dalam hati.

            “Lena sampai tak sedar saya buat apa malam tadi.” Kata Daniel Arman seraya berlalu ke dalam surau.

            Sementara Nina sudah mula mengerutkan wajah. Buat apa?, desis Nina dalam hati. Jantungnya sudah mula berdegup kencang.

            “Encik Arman buat apa?” Soal Nina teragak-agak.

            “Buat apa yang halal bagi suami lakukan atas isteri.” Jawab Daniel Arman dalam senyum nakal. Sengaja dia mahu menyakat Nina. Dia berjalan menuju ke tempat mengambil air sembahyang.

            Nina masih lagi berdiri statik di hadapan pintu sambil memandang Daniel Arman mengangkat wudhu’. Jawapan Daniel Arman mengundang resah dihatinya. Hairan juga apabila mendengar kata-kata Daniel Arman itu kerana dia tidak pun mengesan sebarang perubahan ketara pada dirinya.

            “Maksud Encik Arman?” Soal Nina tidak puas hati.

            “Apa pun yang saya buat, tak berdosa. Kan Nina halal untuk saya.” Kata Daniel Arman lagi seraya membentangkan sejadah.

            “Encik Arman jangan main-main dengan saya.” Kata Nina lagi. Dia betul-betul tidak puas hati dengan jawapan Daniel Arman tadi. Apa yang telah Daniel Arman lakukan padanya semasa dia tidur semalam. Hatinya tidak mampu menebak.

            “Sudahlah, ambil wudhu’, jom sembahyang dengan saya. Apapun yang saya buat, tak mendatangkan dosa.” Jawab Daniel Arman lembut dalam senyuman. Suka dia melihat wajah Nina begitu. Polos. Tercuit hatinya.

            Nina menghela nafas. Arahan Daniel Arman diturut tanpa banyak bicara. Memang betul kata Daniel Arman. Memang dia halal untuk lelaki itu. Apapun yang Daniel Arman lakukan, tidak akan mengundang dosa. Cuma hatinya meronta-ronta ingin tahu, apa yang Daniel Arman sudah lakukan padanya. Penat berfikir, sudahnya dia biarkan perkara itu berlalu tanpa jawapan yang pasti.
P/s-terperangkap dalam office semasa check stok ni merupakan pengalaman cik tulip sendiri.cuma masa tu terperangkap sorang2 je tengah2 malam kul 1 lebih.sedih. and mr. Ahmad Abdullah tu is the real person...

14 comments:

  1. best....sweettttt sgt....cepat smbung...hehehe:))

    ReplyDelete
  2. Lah yeke Cik Tulip??? Cian dia... apa2 pun ttp best...

    ReplyDelete
  3. pergh dik..speechless..arman akhirnya mengakui yg dia adalah suami Nina walaupun diluahkan semasa mereka berdua sahaja. Rasanya comel pulak Nina kan bila arman saja menyakat Nina..dan akak tumpang rasa bahgia bila arman boleh menerima Nina seadanya dan sanggup menjadi imam Nina bila mengerjakan sembahyang subuh. Akak mengharap agar Arman selepas sembahyang meluahkan rasa hatinya kat Nina dan mengharap agar mereka berdua boleh memulakan semula sebgai pasangan suami isteri dengan istilah bukan hanya diatas kertas..
    Teruja nak tahu..adakah Nina akan menerima saranan Arman untuk memulakan hubungan mereka dan memberi peluang kepada Arman..

    ReplyDelete
  4. ooohhh....sweetnya.....el n nina...tapi cayalah el memang seorg lelaki yg baik....

    ReplyDelete
  5. so sweet..............

    ReplyDelete
  6. camne la perasaan cik tulip masa terperangkap sorang2 ye...apa2 pun suka n3 kali ni..best...el imamkan nina solat..bila la el nak bawak nina duduk serumah dengan dia ye?..cik tulip..cepat2 update ye...tak sabar nak tu cerita seterusnya...

    ReplyDelete
  7. So sweet.. Depa ni mslh miscommnication.. Dok pendam ja.. Cmana nak tau.. Haillaa.. El, awak tu lelaki.. Awak la kna take action dlu..
    ~mizz acu~

    ReplyDelete
  8. tq cik tulip utk citer yg sgt best ni,teruskn menulis..

    ReplyDelete
  9. baca n3 kali ni.... memang seronok.... teringat masa keje kat klia dulu.... sebulan sekali kena check stock brg kat kedai....sampai ke pagi..... walau letih tapi ianya pengalaman yg berharga..... cuma bezanya kami kena bantu pada kawan yg belum habis.... dah habis check stock, makan ramai2..barulah balik....
    EL dan Nina....moga lepas ni...mereka lebih bersikap terbuka.... jgn duk pendamkan dlm hati apa yg kita rasa....

    ReplyDelete
  10. cik tulip...
    sape hero slmtkan cik tulip yg dok terkunci tu??
    cian mcm mane dorg x g check dl ker??
    tp xpe la pengalaman kan..
    hihihi...

    hai el nie cr jln nk bk kn pintu ati nina nie..
    jgn la dok pendam sorg2...
    nti melepas lak...
    da la si arham tu dok sibuk nk kat nina jugak nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nursya,cik tulip diselamatkan oleh supervisor yg extremely fussy yg dibenci oleh semua staff including cik tulip sendiri.malang betul.kalau extremely handsome ok jg...argghhh..

      Delete