BAB 13
Wajah sugul Nina ditenung lama. Walaupun
mata Nina terarah pada skrin tv, Mien tahu fikiran Nina menerawang. Memikirkan
perkara lain selain berita yang sedang bersiaran di telivisyen.
“You kenapa?” Soal Mien sambil
mengusap perut yang sedang membesar.
“Hah?” Nina seolah-olah tersedar dari
mimpi. Dia mengarahkan wajah pada Mien yang duduk di lantai melipat kain.
“You ada masalah?” Mien menyoal
lembut. Usia mereka yang sebaya menyebabkan dia lebih selesa membahasakan diri
dengan ‘I’ dan ‘You’ sahaja.
“Entahlah.” Nina melepaskan keluhan.
“Ceritalah, mana lah tahu I boleh
tolong.” Dia tahu Nina ada masalah. Teman serumahnya itu semakin kerap
termenung.
“Kalau I cerita pun belum tentu you
akan percaya.”Luah Nina.
“Try
me.”Ujar Mien.
“Kita kawan dah lama, dari I anak
dara sampai dah nak beranak pun, tak kan
you masih tak percayakan I, apa je masalah you, kalau I boleh bantu,
insyaallah.” Sambung Mien.
“Sebenarnya ada benda yang I tak
ceritakan kat you Mien.”Nina mula membuka cerita.
“Benda apa?” Tanya Mien lagi.
“I sebenarnya dah kahwin.”Ucap Nina
dalam nada mengendur.
Mien memberhentikan tangannya yang
ligat melipat kain tadi. Kini fokusnya beralih pada cerita Nina. Terperanjat
bukan kepalang dengan pengakuan Nina itu.
“You melawak ke apa ni?”Soal Mien
pelik, mana tahu kalau-kalau Nina bergurau dengannya.
“I serious, I memang dah kahwin.” Nina bersuara lagi, cuba meyakinkan
Mien.
“Kenapa selama tiga tahun ni, you
tak pernah cerita.” Kata Mien dalam nada terkilan. Selama ini Nina boleh
merahsiakan perkara sebesar itu dari pengetahuannya.
“Perkahwinan I bukan macam you,
bukan macam orang lain.”Nina menarik nafas dalam. Cuba mencari kekuatan untuk
menceritakan kisah hidupnya kepada teman rapatnya selama tiga tahun itu.
“Maksud you?.” Soal Mien tidak
faham. Dia masih lagi tidak mengubah posisi duduknya.
“Entahlah Mien, I nak ceritakan pun
rumit sangat.” Luah Nina dalam keluh nafas.
“Ceritalah dulu, I akan dengar.”
Kata Mien.
“Siapa suami you?” Mien terus
bertanya, cuba
memudahkan Nina membuka ceritanya.
“Daniel Arman.”Jawab Nina ringkas.
“Bos baru you tu?” Mien buat muka
pelik. Tidak pernah pula Nina dedahkan hal itu dulu walhal banyak cerita
tentang Daniel Arman yang singgah ditelinganya sewaktu Nina merungut-rungut
tidak suka bekerja dengan Daniel Arman, bos baru Nina itu.
Nina hanya mengangguk.
“Macam mana you boleh kahwin dengan
dia, maksud I macam mana you bertemu jodoh dengan dia?”Tanya Mien lagi.
“Panjang ceritanya.”Nina mengeluh.
“Ceritalah, selagi belum sampai
subuh esok, you ada masa nak ceritakan pada I.”Seloroh Mien.Perutnya yang
memboyot diusap lagi. Selepas melahirkan anak dia juga mungkin akan berpindah
mengikut suaminya.
“Dia kembar.”Sambung Nina.
“Siapa?”Mien tanya lagi untuk
kepastian.
“Daniel Arman la, tak kan mak dia pulak, kan
cerita pasal dia tadi.”Nina buat muka geram.
“Sorry.”
Mien buat muka tak bersalah.
“Sambungla.”Ujar Mien tidak sabar.
“Daniel Arman tu lelaki budiman, gentleman berbeza dengan kembar
dia.”Cerita Nina lagi.
“So?”Mien
tanya lagi.
“Kembar dia Danish Arham berperwatakan
berbeza, dia pernah….” Nina berhenti seketika. Cuba mencari kekuatan untuk
mengimbau kenangan pahitnya.
“Pernah apa?” Mien bangun lalu
bertimpuh pula dihadapan Nina yang duduk di sofa berbentul L. Cerita Nina
semakin menarik perhatiannya.
“He
raped me and I got pregnant with his baby.”Nina menyeka air mata yang
terbit dari tubir mata. Dia belum pernah membuka cerita pahitnya pada
sesiapapun selain Maksu Zana dan arwah ibunya, Salamah.
“What!?.”
Kata Mien terperanjat.
“ Nina, kenapa you boleh rahsiakan perkara macam ni dari I.”Mien
terkilan, kenapa Nina harus merahsiakan perkara itu. Sekurang-kurangnya Nina
boleh bercerita padanya lebih awal.
“Mien, tak kan you expect
I untuk buka pekung sendiri. I malu dengan perkara yang berlaku.”Nina sudah
mula mengalirkan air mata.
“Maafkan I.”Mien sayu melihat air
mata Nina. Dia sudah terlanjur kerana membuatkan Nina bertambah sedih.
“Kalau kembar dia yang buat jahat
pada you, how can you end up married to
Daniel Arman.”Soal Mien ingin tahu. Dia sedar Nina kesedihan tetapi selagi
perkara itu dipendam, selagi itulah ia akan menjadi barah yang makan dalam.
“Danish Arham lari ke luar negara,
dia tak mahu bertanggungjawab.”
“Jadi Daniel Arman ganti tempat
kembar dia?” Kali ini Mien membuat telahan sendiri.
Nina hanya mengangguk lemah.
“Dia yang tolong selamatkan maruah
I.” Sambung Nina lagi.
“Ada juga lelaki baik macam tu..”Bisik Mien
perlahan, kata-kata itu lebih berbentuk kenyataan.
“I kesal sebab terpaksa heret dia
dalam semua masalah ni.”Keluh Nina lagi.
“Bukan salah you, mungkin dah
tertulis jodoh you dengan dia.” Sambung Mien.
“Habis tu sekarang macam mana?”Soal
Mien kembali.
“Entahlah, keadaan dah bertambah
rumit sekarang, nama je suami isteri tapi life
kami tak macam suami isteri, dia hidup cara dia, I hidup cara I. I pernah cuba
nak akhiri semua ni tapi bapa mertua I tak benarkan. Dia kata I yang mintak
sangat anak dia bertanggungjawab, jadi dia tak benarkan anak dia ceraikan
I.”Luah Nina.
“Kesiannya you Nina, jadi sekarang
you digantung tak bertali la?”
Sekali lagi Nina mengangguk.
“Kenapa you tak cuba berbaik
dengan Daniel Arman, teruskan hidup berumahtangga, macam orang lain?”Saran
Mien.
“Daniel Arman dah ada pilihan
sendiri, dia pun nampak caring sangat
pada girlfriend dia. I ni siapa
dimata dia?I cuma perempuan yang dia terpaksa kahwini. Dia tak pernah cintakan
I Mien.” Sambung Nina dalam sebak.
“I pun tak tahu nak cakap apa,
cerita you ni pun macam tak real je.
Macam tak percaya pula you dah jalani semua benda tu. Maafkan I Nina, I
sepatutnya prihatin dengan masalah you. Lain kali you tolong la jangan
rahsiakan apa-apa dari I, kalau you perlukan seseorang untuk bercerita, I’ll lend you my ears. You kawan I dunia
akhirat Nina.” Mien bangun dari duduk lalu memeluk Nina. Dia jatuh simpati pada
nasib Nina. Tidak disangka, wajah Nina yang tenang rupa-rupanya menyimpan
seribu satu rasa yang bergolak hebat dalam jiwanya. Sungguh dia kagum dengan
ketabahan Nina menghadapi semua yang berlaku sendirian.
Kereta Viva Elite berwarna putih susu
diparkir dibahagian paling bawah bangunan DZMS Mall. Sejurus mematikan enjin,
Nina keluar dari kereta. Semasa berjalan untuk menuju ke lif, dia terserempak
dengan Daniel Arman. Lelaki itu nampak kemas dengan kemeja ungu gelap berjalur
biru muda dikemaskan dengan tie dari
rona warna ungu muda. Kotnya hanya disangkut ditangan.
“Morning.”
Ucap Daniel Arman sejurus mereka berdua masuk ke dalam lif.
Nina hanya memberikan senyuman
manis. Haruman Daniel Arman kuat menusuk hidungnya. Terasa goyah naluri
wanitanya tatkala dekat dengan lelaki itu.
“Assalamualaikum.” Ucap Daniel Arman
lagi apabila ucapannya sebentar tadi hanya dibalas dengan senyuman.
Nina angkat muka dengan pandangan
pelik. Sementara lelaki itu masih tenang bersahaja memandang ke pintu lif.
Sudah dua kali Daniel Arman menyapanya.
“Tak jawab berdosa.” Sambung Daniel
Arman bila Nina mengalihkan pandangan.
“Waalaikumusalam.” Jawab Nina tanpa
berpaling. Rupa-rupanya Daniel Arman menunggu dia menyapa kembali. Nina
tersenyum sendiri.
“Lepas ni terus masuk bilik
saya.”Ujar Daniel Arman dengan nada serius.
Nina tidak bereaksi. Dia turut
membuang pandang ke pintu lif. Berdiri secara membelakangkan Daniel Arman.
“Nina, are you listening?”Soal Daniel Arman serius.
“Saya dengar Encik Arman.” Jawab
Nina.
“Look
at me when I’m talking to you.”Kata Daniel Arman lagi.
Nina berpaling memandang Daniel
Arman. Bila sahaja mata Nina dan Daniel Arman bertembung, lelaki itu mengenyit
mata pada Nina. Wajah Nina berona merah. Malu apabila diperlakukan begitu oleh
Daniel Arman. Apa maksud lelaki itu, Nina sendiri tidak faham.
“Tolong kemas fail-fail kat depan tu.”
Arah Daniel Arman sambil menunjuk ke satu sudut bilik dibahagian depan
sementara dia meneguk air milo panas yang baru dibancuh Nina sebelum masuk
tadi.
Nina bertindak mengikut arahan.
Fail-fail yang tersusun di situ nampak bersepah. Selama dia di situ, belum
pernah lagi dia menyentuh fail-fail lama itu. Daniel Arman pernah
memberitahunya bahawa fail-fail itu menyimpan dokumen lama syarikat yang tidak
digunakan lagi.
“Tawar milo ni.” Rungut Daniel Arman
sambil memerhatikan Nina membuat kerja. Niatnya cuma satu, ingin meraih
perhatian Nina.
Sementara Nina masih meneruskan
kerja tanpa mempedulikan rungutan Daniel Arman.
“Tolong tambah susu lagi.” Daniel
Arman mengarah bila dilihatnya Nina tidak mengendahkan kata-katanya sebentar
tadi.
Nina mengeluh. Belum pun siap satu
kerja, Daniel Arman sudah memberi arahan lain.
“Tak baik mengeluh, itu tandanya
derhaka pada suami.”Sambung Daniel Arman dengan lirikan mata.
Nina berlalu membawa cawan milo
Daniel Arman. Apabila kembali dia meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh.
Hampir setengah jam membersihkan
habuk-habuk pada almari fail itu, Nina cuba pula untuk mencapai fail-fail
yang terletak di rak paling atas. Disebabkan tidak cukup ketinggian, Nina
terpaksa mengjungkit kaki walaupun memakai kasut tumit tinggi. Beberapa kali
Nina cuba
namun tangannya tetap tidak mampu menggapai fail-fail tersebut. Nina kemudian
berfikir, saat itu dia memerlukan kerusi untuk memudahkan kerjanya.
Belumpun sempat Nina berpaling untuk
mendapatkan kerusi, dia terasa ada tubuh tegap yang berdiri di belakang dan
membantu dia mengambil fail-fail itu. Nina terasa berdebar. Tubuh Daniel Arman
begitu rapat dibelakangnya. Haruman lelaki itu kuat menusuk deria baunya. Membuatkan
dia terbuai seketika.
“Kalau tak sampai, minta la saya
tolong ambil.” Kata Daniel Arman, dia mengundur sedikit ke belakang selepas
mendapatkan fail-fail berkulit keras tadi dan diletakkan di atas lantai.
“Maaf.” Kata Nina. Tidak tahu reaksi
bagaimana yang perlu diberi pada Daniel Arman. Dia kemudian kembali menyambung
kerja mengemasnya sementara Daniel Arman masih berdiri tegak memerhatikannya.
Daniel Arman hanya memandang Nina
dari belakang. Dia tahu Nina malu berhadapan dengannya. Untuk seketika Daniel
Arman terleka memerhatikan tubuh Nina.
Baju kemeja berwarna ungu pekat
dengan corak bunga putih yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna ungu cair
menyerlahkan bentuk potongan tubuh Nina yang cantik. Daniel Arman asyik
memerhatikan Nina dari belakang. Terasa terbuai dengan pemandangan yang dijamah
matanya kala itu. Terasa lupa kepada semua yang ada didunia saat itu. Terasa
waktu itu hanya dia dan Nina sahaja yang ada.
Tiba-tiba Daniel Arman terkejut dari
lamunan. Nina yang sedari tadi leka mengemas fail dengan tiba-tiba berlari lalu
mendakap tubuhnya erat. Daniel Arman kaget, kenapa dengan Nina. Kenapa Nina
memeluknya begitu erat. Beberapa minit kemudian Daniel Arman tersenyum. Dia
membalas pelukan Nina.
“Sedap ke peluk saya?” Ucap Daniel Arman.
Nina angkat wajah, tiba-tiba dia
tersedar yang dia sudah terlanjur memeluk Daniel Arman. Darah menyerbu naik ke
mukanya. Namun tangannya masih belum dilonggarkan dari pinggang Daniel Arman.
“Bila nak lepas saya ni?” Soal
Daniel Arman. Dia tersenyum nakal.
Nina melonggarkan pelukan sambil
menunjukkan jari ke satu arah di atas timbunan-timbunan fail.
“Kenapa?” Soal Daniel Arman lagi,
tidak nampak dengan jelas apa yang ditunjukkan Nina.
“Labah-labah.”Jawab Nina perlahan.
Dia menggigil. Berderau darahnya apabila tiba-tiba labah-labah besar keluar
dari timbunan fail yang diambil oleh Daniel Arman tadi.
Daniel Arman ketawa kecil sambil
menggeleng kepala.
“Umur dah berapa?, labah-labah pun
takut.” Bebel Daniel Arman sambil menuju ke timbunan fail. Diambilnya
labah-labah yang dimaksudkan Nina dan diletakkan di atas kedua-dua tangannya.
“Takut ni?” Soal Daniel Arman.
Nina mengangguk. Apabila Daniel
Arman menghampiri tempat dia berdiri dengan labah-labah ditangan, Nina
mengundur. Memang sejak kecil, dia fobia dengan labah-labah. Kalau ada
labah-labah di mana-mana bahagian rumah, pasti dia akan memanggil Salamah untuk
menghalau. Kadangkala dia sanggup untuk tidak masuk ke tandas bila ada
labah-labah di situ.
“Ini bukan spesis yang bahaya, kalau
gigit pun tak kan
mati.” Kata Daniel Arman apabila melihat wajah Nina yang pucat.
“Saya keluar dulu, nanti saya minta
orang lain tolong kemaskan.” Ucap Nina seraya berlalu. Dia memang sudah tidak
berupaya meneruskan kerja itu. Rasa takutnya masih bersisa.
“Nina.” Panggil Daniel Arman kembali
sebelum Nina berlalu pergi.
Nina berpaling kembali ke arah
Daniel Arman.
“Lepas ni teman saya lunch, sebab kerja awak ni belum siap
lagi.” Kata Daniel Arman dalam nada serius.
Nina hanya mengangguk, apa sahaja
permintaan Daniel Arman akan dituruti asalkan jangan kembali menyuruhnya
menyiapkan kerja yang tidak selesai itu. Dia memang tidak akan mampu meneruskan
kerjanya dengan rasa takut yang masih bersisa.
Keadaan hingar binger dalam restoren
itu lansung tidak menjejaskan selera Daniel Arman. Nasi berlauk yang terhidang
di depan matanya dijamah penuh selera. Hanya Nina sahaja yang termenung jauh.
Seleranya hilang. Seawal masuk ke restoren tadi, Daniel Arman tanpa bertanyakan
persetujuannya terlebih dahulu telah mengambil nasi dan lauk untuknya.
Lauk yang menjadi pilihan Daniel
Arman itu lansung tidak menarik seleranya untuk menjamah makanan dihadapan
matanya itu. Penyudahnya dia hanya makan sedikit, selebihnya hanya dibiarkan
dalam pinggan. Hanya air carrot susu
sahaja yang disedut perlahan-lahan bagi memenuhi ruang kosong kerana terpaksa
menunggu Daniel Arman makan.
“Kenapa tak makan tu?” Soal Daniel
Arman. Matanya menyoroti makanan Nina yang hanya sedikit berusik.
“Takde selera la Encik Arman.” Ucap
Nina pendek.
“Tak sedap ke lauk saya pilih tu?”
Soal Daniel Arman lagi.
Nina hanya membatu, mengiakan tidak
menidakkan pun tidak.
Daniel Arman yang menyedari tiada
reaksi dari Nina terus menarik pinggan nasi Nina dan dibawa ke hadapannya.
Tanpa banyak bicara, Daniel Arman menyuap sedikit demi sedikit baki makanan
Nina. Nina yang terkejut dengan tindakan Daniel Arman itu memandang pelik
dengan kedua-dua keningnya terangkat tinggi.
“Kenapa Encik Arman makan nasi saya
tu?” Soal Nina apabila Daniel Arman sudah menghabiskan nasinya tadi.
“Tak baik membazir, berdosa.” Jawab
Daniel Arman senada.
Nina hanya diam menanggapi jawapan
Daniel Arman. Memang benar hujah Daniel Arman itu, tidak dapat dia sangkal.
Namun apa yang membuatkan dia hairan ialah Daniel Arman sanggup pula menghabiskan
makanan yang telah dia usik sedikit.
“Encik Arman tak kisah ke bekas saya
tu?” Soal Nina lambat-lambat.
“Bekas isteri sendiri, apa
salahnya.” Jawab Daniel Arman lagi. Selamba wajahnya menjawab pertanyaan Nina.
Seolah-olah diantara mereka sudah ada satu ikatan mesra.
Nina senyap seketika.
Daniel Arman kemudiannya bangun
tiba-tiba. Tangan Nina ditarik supaya mengikutnya. Sejurus tiba di susunan lauk
pauk yang pelbagai jenis, Daniel Arman bersuara.
“Pilih nak makan lauk apa.” Arah
Daniel Arman.
Nina yang terpaku berdiri dengan
tangannya masih dipegang Daniel Arman hanya melihat lauk pauk itu dengan
pandangan kosong. Seleranya sudah mati seawal Daniel Arman memilihkan lauknya
tadi. Dan sehingga saat itu dia sudah tidak berselera lagi.
“Saya dah kenyang la Encik Arman.”
Kata Nina.
“Pilih la lauk tu, saya tunggu.”
Kata Daniel Arman lagi. Tangan Nina dilepaskan bagi memudahkan Nina memilih
lauk pauk.
“Saya dah tak nak makan lagi.” Kata
Nina lagi.
“Awak kena makan, nanti perut masuk
angin siapa yang susah. Lepas ni nak buat kerja lagi. Kalau tak makan macam
mana nak ada tenaga.” Sambung Daniel Arman.
Nina tiada pilihan melainkan menurut
sahaja. Pinggan dicapai lalu dia memasukkan dua jenis lauk sementara Daniel
Arman sudah membawa nasi baru ke meja yang mereka duduki tadi.
“Makanlah, saya tunggu.” Kata Daniel
Arman sejurus Nina duduk.
Nina hanya menurut tanpa banyak
bicara.
“Habiskan, jangan membazir.” Kata
Daniel Arman lagi. Dalam hatinya dia tersenyum.
Sepanjang Nina makan, dia hanya jadi
pemerhati. Sekali sekala dia menyedut air teh ais yang masih berbaki dalam
gelasnya. Selebihnya dia hanya merenung wajah Nina. Dia tahu Nina tidak selesa
dengan renungannya itu namun dia tidak mampu menghalang kehendak matanya itu.
Dia suka memandang wajah lembut Nina. Manis. Rasa tenang jiwanya kala itu.
Daniel Arman duduk di kerusi sambil
termenung jauh. Peristiwa yang berlaku tadi terbayang-bayang dimindanya. Masih
terasa hangat tubuh Nina saat wanita itu memeluknya erat. Daniel Arman
tersenyum sendiri. Betapa indahnya perasaan yang dirasakan kala itu. Terasa
berkocak hebat naluri lelakinya apabila tubuh mereka bersentuhan untuk
seketika.
Daniel Arman mengimbau kembali saat
pertama kali dia melihat Nina. Semasa arwah Salamah masih berkhidmat di banglo
milik Datuk Zainudin. Gadis itu kelihatan polos, walaupun tidak pernah
berkomunikasi namun dari jauh dia memerhatikan Nina.
Jika tidak disebabkan kesilapan
Danish Arham, pasti perkenalan mereka tidak akan bermula begitu.
Sekurang-kurangnya dia akan cuba
wujudkan satu salam perkenalan yang lebih memberi makna pada dirinya dan Nayli
Imanina. Jauh disudut hatinya dia tidak pernah membenci Nina. Cuma hatinya
terguris dengan tindakan Datuk Zainudin yang mengatur perjalanan hidupnya
menyebabkan dia turut melampiaskan rasa marahnya pada Nina suatu waktu dulu.
Tetapi sekarang bukan itu yang dia
rasakan. Dia melihat semua yang berlaku sebagai takdir. Takdir yang
mempertemukan mereka. Sebagai manusia dia tidak mampu menolak takdir. Apa yang
dia rasakan kini, dia hanya mahu menebus kembali kesilapannya yang dulu. Ruang
dan peluang yang ada tidak akan dia sia-siakan seperti lima tahun yang lalu.
waa.. best2.. sy nk part nina ngn hubby dye byk2 yer.. hehe.. mekasih cik tulip 4 diz n3..
ReplyDeleteto daniel arman jgn lepaskan peluang utk dptkan nina..nnt diri sendiri rugi..i'll support u lah..hiks
ReplyDeleteyeay.. saya suka suka suka.. daniel arman teruskan usaha untuk pikat nina balik..
ReplyDelete-rie-
oh my... semakin best! keep it up.. suka la cerita nie cik tulip... =D serius best. senyum sorang2 bila baca... hehe
ReplyDeletep/s: cuma nak bagi cadangan kat cik tulip. Boleh tak cik tulip buang verification word tu? susah la nak komen kalau internet slow. tu ja... ;)
salam tulip..E3 yg mmg best giler...kini kita tau yg arman mmg ada hati kat nina dari dulu lagi tapi keadaan yg menyebabkan mereka menjadi seperti musuh satu masa dulu..akak rasa teruja pulak ngan perasaan arman kini..mungkin masa telah mendewasa dan mematangkan dirinya ...
ReplyDeletePertemuan dengan Nina seakan akan telah mencetuskan kembali perasaan kasih dan cintanya pada wanita itu..
Kesian Nina kan..emosinya sungguh terganggu bila berdepan ngan suami nya yg dia tidak berjumpa selama 3 tahun dan amat peliks pada pandangannya bila suaminya melayannya differently seperti mau menguratnya dan seakan kebencian suaminya terhadap dirinya telah menghilang..
alahai tulip..terujanya akak nak tahu ..macam mana ek mamat tu nak mengurat balik nina sedangkan dia telah pun ada GF...
Apa ek terjadi kat Datuk tu..dah kena ..belasah kah ngan Datin..atau dia dah kejung kat bilik ..bersama wanita yg bergelar pelacur kelas atasan..
Cik Tulip...memang besttt.. saya tak sabar nak tunggu Arman dan Nina jatuh cinta....cepat2 sambung ye...I likeee...
ReplyDeleteherm.. makin best!
ReplyDeleteD.Arman.... cepat2 luahkan perasaan sebenarnya pada Nina... jgn buat dia tertanya2..... semoga ikatan mereka kembali terjalin....
ReplyDeletewahh terujer nya saya cik tulip..
ReplyDeleteN3 yang sangat best....nak sambung cepat....
ReplyDeleteerm...
ReplyDeletedaniel arman dah mulakan langkah2 nk tawan ati nina nie..
best2...
nk tgk gak cair x si nina ngan si daniel arman nie..
hehehe...
cerita la ckit psl Danish Arham!! go Danish Arham!! pikat la blik si Nina tu
ReplyDeletep/s: Cik Tulip i'waiting for d hot guys "Danish Arham"!!
-Faz87-
Best...
ReplyDeleteSgt suker bab nina pelok arman....
Ep pon spesis takut labah2...
nak lg...
best....suka suka.... hihi
ReplyDelete