BAB 17
Zachary menghampiri Nina dari belakang
semasa Nina sedang leka memfotokopi beberapa dokumen. Ada perkara yang ingin
dibincangkan bersama Nina dan ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada wanita
itu.
“Hai.” Ucap Zachary apabila dia
berdiri dihadapan Nina. Kemeja Polo berwarna
ungu yang dipadankan dengan neck tie dari
rona sama yang tersemat kemas di tubuhnya menyerlahkan lagi kekacakkan
wajahnya. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar slack berwarna hitam.
“Encik Zach, baru sampai?” Soal Nina,
tangannya lincah membuat fotokopi beberapa dokumen buyer.
“Dalam setengah jam lepas, prihatin
juga you kat I kan. You tak rindu ke lama tak jumpa I?” Soal Zachary dalam
senyum sebaris. Wajah Nina ditenung lama. Terasa rindu ingin menatap seraut
wajah lembut Nina setelah beberapa hari dia outstation.
“Ada apa hal Encik Zachary cari
saya?” Soal Nina terus terang. Tentu ada sesuatu yang Zachary inginkan darinya
sehingga mencarinya di situ.
“I rindu kat you la.” Sambung
Zachary.
“Encik Zach ada nak saya tolong
apa-apa?, lepas fotostat semua ni boleh saya tolong.” Kata Nina tanpa membalas
kata-kata Zachary sebentar tadi.
Zachary mengeluh mendengar bicara
Nina. memang Nina tidak pernah serius bila dia membangkitkan soal hati dan
perasaannya.
“Saya nak ajak Nina lunch, ada benda saya nak bincangkan
dengan Nina.” Ucap Zachary serius.
“Tengahari ni saya tak keluar la
Encik Zach, ada kerja nak siapkan sikit.” Dalih Nina. Seboleh-bolehnya dia
tidak mahu memberikan harapan kepada Zachary.
“Saya bukan ajak suka-suka. Ada
benda yang nak bincangkan dengan Nina.”Luah Zachary. Memang dia sudah masak
dengan sikap Nina yang suka mengelak darinya.
“Hal apa?, tak boleh bincang kat office je?.” Soal Nina lagi.
“Semua staff minta saya bincang
dengan Nina, nak buat surprise party untuk
birthday Encik Arman Sabtu minggu depan. Saya nak
bincang dengan Nina tentang perjalanan majlis tu nanti dan nak pilih tempat kat
mana nak buat birthday party tu.”
Sambung Zachary.
“Bila Encik Zach nak keluar?” Soal
Nina kembali.
“lunch
hour la, kalau boleh mintak kebenaran dari Arman untuk balik office lambat sikit. Saya nak bincang
pasal nak beli hadiah birthday dia
sekali.” Kata Zachary lagi.
“Baiklah, nanti saya jumpa Encik
Arman, minta kebenaran keluar.”Sahut Nina.
Nina melangkah masuk ke dalam bilik
Daniel Arman apabila mendapat kebenaran dari lelaki itu setelah pintu biliknya
diketuk Nina beberapa minit yang lalu. Daniel Arman yang sedang duduk-duduk
santai selepas menyemak beberapa dokumen di atas mejanya memberi tumpuan kepada
Nina yang sedang berjalan menghampiri mejanya. Susuk tubuh Nina diperhatikan
dari kerusi duduknya.
Nina kelihatan anggun apabila
mengenakan kemeja berwarna merah jambu dengan corak bunga berwarna merah hati
dan dipadankan dengan skirt labuh juga berwarna merah hati bersama tudung dari
rona warna yang sama. Nina yang dikenali kini sangat berbeza dengan Nina lima
tahun dahulu. Nina sekarang nampak lebih matang, berkeyakinan dan sudah pandai
berfesyen. Itu pendapat Daniel Arman dari pemerhatiannya terhadap perwatakan
baru Nina.
“Encik Arman, saya nak lunch kat luar hari ni, saya nak minta
kebenaran untuk masuk lewat sikit.” Kata Nina terus terang apabila berdiri
betul-betul dihadapan meja Daniel Arman.
“Kenapa?” Soal Daniel Arman.
Jarang-jarang Nina minta izin untuk keluar makan tengahari. Dia menyandarkan
tubuhnya ke kerusi duduknya.
“Saya ada hal sikit.”Ujar Nina, dia
belum mahu memberitahu sebab sebenar tujuan dia mahu keluar.
“Hal penting?” Soal Daniel Arman
lagi. Keningnya diangkat apabila mata Nina dan matanya bertaut.
Nina hanya mengangguk, dia
lekas-lekas melarikan anak mata. Tidak selesa bila Daniel Arman bertindak
merenungnya dengan renungan yang sukar dimengertikan maksudnya. Kebiasaannya
dia memang begitu. Tidak betah bertentang mata dengan Daniel Arman.
“Penting sangat sampai terpaksa
masuk lambat?” Soal Daniel Arman lagi. Tentu ada perkara yang disembunyikan
Nina dari pengetahuannya kerana jarang-jarang sekali Nina bersikap seperti itu.
Seingatnya sepanjang Nina bekerja dibawahnya, tidak pernah lagi Nina meminta
izinnya seperti itu.
“Kalau tak penting, saya tak minta
keluar Encik Arman.” Sahut Nina, untuk berterus terang, dia bimbang ‘surprise party’ takkan menjadi surprise lagi.
“Kalau macam tu saya bagi kebenaran
Nina balik lambat, tapi jangan lambat sangat sebab Nina tu tanggungjawab saya.”
Sambung Daniel Arman, sengaja dia menekankan perkataan tanggungjawab itu. Wajah
lembut Nina ditatap lama. Entah kenapa dia merasakan Nina seolah-olah tidak
faham dengan gelodak perasaannya.
Zachary merenung wajah Nina yang sedang
menyedut air carrot susu dari gelas
besar. Baru sebentar tadi mereka menghabiskan makan tengahari bersama. Memang
Zachary sengaja memilih tempat makan yang jauh dari lokasi pejabat mereka.
Lagipun memang restoren sup herba Pantai Dalam itu sudah menjadi tempat
kegemaran dia menjamu selera sejak dulu lagi. Walaupun datang dari keluarga
berada namun perwatakan Zachary lebih santai, lebih menyerupai orang kebanyakan
yang lain.
“So,
macam mana?” Soal Zachary apabila Nina berhenti menyedut air dari gelas.
“Maksud Encik Zach, pasal birthday party tu?” Nina buat-buat
tanya. Dia tidak selesa dengan panahan mata Zachary yang sedari tadi lebih
banyak merenungnya.
“Ermm.” Jawab Zachary sepatah. Kini
giliran dia pula menyedut minuman.
“Encik Zachary nak bincang pasal
apa?” Soal Nina sambil bermain-main dengan straw
ditangannya.
‘Nina rasa, kat mana tempat yang
sesuai?” Soalan Nina dibalas soalan juga.
“Encik Zach rasa?” Soal Nina
kembali.
“Kan saya tanya Nina.”Jawab Zachary
dalam nada seloroh.
“Saya bukan pakar sangat dalam hal
ni, sepatutnya pasal benda ni kena serah kat Wati, kerani HR tu. Bukan ke kalau
anjurkan birthday party untuk staff,
bahagian personel punya kerja, biar
diaorang je la yang uruskan” Jawab Nina. Tidak faham kenapa kerja yang biasanya
diuruskan oleh bahagian Sumber Manusia itu diserahkan kepada dia.
“Itu kalau staff biasa, boleh la
serah pada diaorang. Masalahnya sekarang ni Encik Arman tu GM kita, mana boleh join majlis biasa-biasa dengan staff.
Kena lah rancang yang grand-grand sikit
untuk dia.” Sahut Zachary.
“Habis tu sekarang ni macam mana?”
Soal Nina kembali. Memang dia betul-betul buntu untuk berfikir. Belum pernah
lagi dia dipertanggungjawabkan untuk uruskan hal-hal begitu.
“Macam nilah, Nina try contact hotel-hotel yang
berhampiran. Tanya management diaorang,
boleh tak kita nak anjurkan function macam
birthday party tu kat ballroom diaorang, lepas tu maklumkan
kita cuma nak sewa untuk satu malam je. Tanya apa package yang diaorang ada offer
sekiranya kita nak buat function tu.
Dan jangan lupa minta quotation harga
perkepala untuk mudahkan kita buat budget.
Terang Zachary panjang lebar. Sebagai orang yang berpengalaman, dia lebih tahu
bagaimana nak anjurkan majlis-majlis besar seperti itu.
‘Itu je tugas saya?” Soal Nina lagi.
Segala pesanan Zachary dia catatkan pada buku nota kecil yang selalu dibawa
dalam handbagnya.
“Tugas Nina yang lain ialah cari
hadiah Encik Arman, tapi sebelum tu saya nak minta Nina tolong risik-risik dari
Encik Arman, dia prefer orang
hadiahkan apa untuk birthday dia tapi
jangan sampai bocorkan rahsia pasal surprise
party ni.” Sambung Zachary lagi.
“Hadiah tu nak cari kat mana, kalau Encik Arman minta benda yang susah
nak cari, macam mana pulak.” Luah Nina. Terasa berat tanggungjawab yang
dipikulnya saat itu.
“Pasal tu Nina jangan risau. Kalau nak pergi cari hadiah nanti, saya akan
ikut sekali.” Terang Zachary dalam senyuman lebar. Seronok rasanya bila dapat
keluar dengan Nina. Bukan selalu dia boleh habiskan masa bersama Nina begitu.
“And lagi satu, jangan lupa jemput
Cik Azzura masa majlis tu berlansung nanti, dia pun kena ada.” Sambung Daniel
Arman.
Mendengarkan sahaja nama Azzura, Nina terus termenung. Entah kenapa
hatinya sakit apabila nama itu disebut. Cemburukah dia. Kalau cemburu, layakkah
dia berperasaan begitu terhadap Daniel Arman.
“Nina, sebenarnya ada lagi satu perkara saya nak bincangkan dengan
Nina.”Ucap Zachary lambat-lambat. Sedari tadi hatinya berdebar-debar ingin
menyatakan hasrat hatinya itu.
Nina yang tersedar dari lamunannya memerhatikan Zachary dengan penuh
tanda tanya. Hal apa lagi yang ingin dibincangkan.
“I want to marry you Nina.”
Kata Zachary sambil meraih jari jemari Nina.
Nina yang terperanjat dengan kata-kata yang baru terluah dari mulut
Zachary bertindak menarik tangannya dari genggaman Zachary.
“Apa yang Encik Zach cakap ni?” Ucap Nina, berpura-pura dia tidak faham
dengan luahan perasaan Zachary.
“Nina please ,jangan pura-pura
tak faham. Saya rasa sebelum ni pun dah banyak kali saya luahkan perasaan saya
pada Nina. Saya tak kisah dengan status Nina. Sudah tiba masanya Nina bagi saya
peluang. Dah empat tahun berlalu sejak suami Nina meninggal. Takkan Nina masih
tak boleh let go semua tu. Tolonglah
Nina, bagi saya peluang untuk mendekati Nina.” Luah Zachary dalam nada yang
lembut. Sekali lagi jemari Nina ditarik kedalam tangannya. Kali ini genggaman
jemari Nina dieratkan sehingga menyukarkan Nina merungkainya kembali.
“Maafkan saya, saya tak boleh.” Ujar Nina sambil cuba menarik tangannya
dari tangan Zachary.
“Tolonglah pertimbangkan, saya tak pernah berniat tak elok. Saya ikhlas
nak lamar Nina.” Sambung Zachary lagi.
“Saya tak boleh, tolong lepaskan tangan saya.” Rayu Nina. Memang mustahil
bagi dia menerima cinta Zachary sedang dirinya masih memegang status sebagai
seorang isteri. Isteri kepada Daniel Arman. Benarlah kata-kata Datuk Zanuddin
suatu ketika dahulu, Daniel Arman tidak pernah terikat dengannya, hanya dirinya
yang terikat dalam ikatan perkahwinan itu, sedang Daniel Arman bebas memilih
siapa calon isterinya yang lain. Hatinya sebak mengenangkan semua itu.
“Saya nak Nina balik dan fikirkan kata-kata saya. Dan saya nak bagi Nina
benda ni. Saya minta Nina fikirlah semasak-masaknya sebelum buat keputusan.”
Kata Zachary seraya menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan satu kotak yang
diselaputi baldu berwarna merah. Kotak itu pantas diletakkan diatas tapak
tangan Nina sebelum sempat wanita itu menolak.
Zachary bersegera bangun dan menjelaskan bayaran. Dia kemudian melangkah
menuju ke kereta meninggalkan Nina yang masih terpinga-pinga cuba mencerna apa
yang baru berlaku.
Nina akhirnya turut bangun dan berjalan lemah ke kereta Zachary. Dia
masih terkejut dengan tindakan Zachary. Masakan dia boleh menerima lamaran itu
sedangkan dia masih lagi isteri orang. Dan orang itu tidak lain dan tidak bukan
ialah Daniel Arman, bosnya dan juga bos Zachary.
Daniel Arman termenung jauh ke hadapan
dengan renungan kosong. Baru sebentar tadi dia berniat untuk membuka pintu
kereta dan keluar untuk makan tengahari di situ. Namun apabila matanya
menangkap sandiwara dua insan yang sangat dia kenali itu, dia tidak jadi
membuka pintu kereta. Dia berdiam lama disitu, memerhatikan ulah Zachary dan
Nina. Dia cuba menyingkirkan semua perasaan negatif yang bertamu namun dia
tidak berdaya menafikan apa yang dijamah matanya sebentar tadi.
Hatinya luluh tatkala melihat tangan
Zachary dan tangan Nina bertaut antara satu sama lain. Hal itukah yang
dimaksudkan Nina hal penting tadi, semasa meminta izin darinya untuk keluar. Terasa
benarn betapa dayus dirinya saat itu apabila menyaksikan kecurangan isteri
sendiri. Apabila semua itu berlaku, dia mula terfikir untuk melepaskan Nina.
kenapa selama ini dia tidak nampak, yang Nina tidak pernah memberi perhatian
kepada dirinya.
Hatinya turut hancur apabila matanya
tertancap pada kotak bersalut baldu berwarna merah ditangan Nina semasa wanita
itu melintasi keretanya sebentar tadi. Butakah dia kerana selama ini dia tidak
pernah nampak kemesraan yang terjalin antara diri Nina dan Zachary.
Sebelum ini dia menganggap masih ada
harapan untuk dia dan Nina bersatu. Nina, wanita yang dikahwini tanpa cinta.
Memang dulu dia tidak pernah rela dengan takdir itu tetapi itu dulu, waktu itu
dia masih muda dan mentah. Masih belum boleh berfikir dengan matang. Kini dia
sudah boleh berfikiran jauh. Perkahwinannya dengan Nina sudah menjadi
tanggungjawabnya kini. Dia tidak boleh lari dari tanggungjawab itu. Takdir yang
mempertemukan mereka. Memang sudah tercatat jodohnya dengan Nina di loh mahfuz
walaupun cara jodoh itu datang kepadanya dulu, bukanlah dengan cara biasa.
Namun dia redha. Dia nekad untuk menyempurnakan tanggungjawab itu bersama Nina.
Namun itu perasaannya sebelum dia
menyaksikan sandiwara Nina sebentar tadi. Setelah melihat apa yang Nina dan
Zachary buat tadi. Hatinya digayuti rasa curiga dan was-was. Mana mungkin dia
menyempurnakan tanggungjawabnya sekiranya hati Nina sudah terpaut pada orang
lain.
Daniel Arman menghidupkan enjin
kereta. Hatinya yang pedih dibiarkan. Buntu fikirannnya memikirkan hal dirinya
dan Nina. belum pun dia berjaya merungkai permasalahan mereka. Kini muncul lagi
masalah yang baru. Terasa egonya tercabar dengan tindakan Nina tadi. Namun
untuk bertindak melulu, bukanlah cara dia menyelesaikan masalah. Dia akan
bertenang dahulu, bila dirasakan masanya bersesuaian, dia akan mengajukan hal
itu kepada Nina. Antara dirinya dan Nina, masih ada yang belum selesai.
“Ada apa hal Nina nak jumpa saya.”
Sebelum sempat Nina melabuhkan punggung, Daniel Arman sudah mengajukan soalan.
“Saya tengah buat kaji selidik ni.
Encik Zachary tugaskan saya untuk buat survey
ke atas semua kakitangan.” Jawab Nina seraya duduk walaupun Daniel Arman tidak
mempelawa.
“Kaji selidik tentang apa?” Lanjut
Daniel Arman. Pelik juga dengan kata-kata Nina. selama dia mengendalikan
pasaraya itu belum pernah lagi kaji selidik dijalankan ke atas kakitangan
syarikat. Dan yang lebih pelik lagi yang menganjurkan kaji selidik tersebut
terdiri dari kakitangan syarikat sendiri. Pelik bin Ajaib, desis Daniel Arman
dalam hati.
“Encik Arman sibuk ke, kalau sibuk
saya datang lain kali je. Tak nak ganggu masa Encik Arman.” Kata Nina apabila
dia menyedari Daniel Arman seolah-olah hilang dalam fikirannya sendiri.
“Kaji selidik tentang apa?” Tanya
Daniel Arman sekali lagi bila soalannya tadi tidak dijawab oleh Nina.
“Pasal hadiah apa yang staff kita prefer untuk birthday present diaorang.” Lanjut Nina sekaligus menjawab
persoalan Daniel Arman.
“Sejak bila pula perkara macam tu
pun nak kena buat survey?” Soal
Daniel Arman pelik. Keningnya diangkat tinggi.
“Entahlah, Encik Zachary kata polisi
baru syarikat.” Dalih Nina. Walhal hanya dia dan Zachary sahaja yang tahu
tentang perancangan itu. Pada awalnya memang dia tidak mahu terlibat dalam hal
‘tipu menipu’ ni tapi oleh kerana Zachary memberikan jaminan rahsia itu tidak
akan terbongkar, maka dengan itu dia dalam ‘berani-berani takut’ mengikut
sahaja rencana Zachary.
“Kalau macam tu, saya kena fikir
dulu. Macam mana kalau saya bagitahu minggu depan. Sekarang banyak benda nak
kena dahulukan. Kalau pasal hadiah kena ambil masa lama untuk fikir.” Kata
Daniel Arman lagi. Dia berpura-pura berfikir jauh sekadar mahu melihat reaksi
Nina.
“Lambatnya minggu depan, tak kan lah
fikirkan hadiah pun kena ambil masa sampai seminggu?” Soal Nina dalam riak
pelik.
“Kalau macam tu Nina ikut saya dinner malam ni. Saya akan bagi jawapan on the spot, tak payah Cik Nina tunggu
lama nak dapatkan jawapan dari saya. Macam mana?” Soal Daniel Arman sambil
menjungkit kening. Sengaja dia menekankan perkataan CIK itu.
“Kalau Encik Arman prefer macam tu, saya ikut je la.” Ucap
Nina. Malas berdolak dalik dengan Daniel Arman, dia hanya mahukan jawapan
Daniel Arman sahaja. Matlamat menghalalkan cara, desisnya dalam hati.
“Kalau macam tu, malam ni saya ambil
Nina kat rumah pukul lapan.” Lanjut Daniel Arman dalam senyum nipis. Berbunga
riang hatinya dapat keluar bersama Nina.
Suasana romantis dalam restoren mewah
itu menambahkan ketidakselesaan Nina. Dia tidak menyangka Daniel Arman akan
membawanya ke situ. Harapannya Daniel Arman akan membawa dia ke tempat biasa
sahaja. Dia tidak selesa berdua-duaan begitu dengan Daniel Arman.
“So
macam mana dengan jawapan yang saya minta siang tadi?” Soal Nina memecahkan
kesunyian antara mereka selepas masing-masing selesai makan beberapa minit yang
lalu. Dia membuang pandang ke arah orang yang lalu lalang. Tidak mahu
bertentang mata dengan Daniel Arman.
“Ada sesuatu yang saya tak tahu ke
ni, sampai saya ajak dinner pun Nina
sanggup keluar. Selalunya nak ajak lunch pun
susah.” Soal Daniel Arman tanpa menjawab soalan Nina, terbetik rasa hairan
dihatinya saat itu.
“Tak adalah Encik Arman, cuma polisi
baru syarikat sahaja.” Dalih Nina, hampir-hampir terhambur air yang disedutnya
tadi. Nasib baik dia berjaya mengawalnya.
“ermm, susah juga soalan awak tu.”
Sambung Daniel Arman.
Untuk seketika mereka terdiam tanpa
bicara.
“Kalau pasal hadiah birthday…” Daniel Arman berhenti, dia
diam untuk seketika. Tubuhnya disandar pada kerusi yang dibaluti kain putih dan
diikat dengan reben merah bersaiz besar.
“saya prefer seluar dalam hush
puppies.” Sambung Daniel Arman dalam senyuman.
Pecah ketawa Nina mendengarkan
jawapan Daniel Arman. Terasa kelakar mendengarkan jawapan yang keluar dari
mulut Daniel Arman. Mana mungkin pihak syarikat akan menghadiahkan Daniel Arman
seluar dalam. Tambahan pula hadiah tersebut nanti akan diserahkan dihadapan
semua staff, tidak dapat Nina bayangkan kalau semasa majlis itu berlansung
nanti, Daniel Arman akan menerima hadiah seluar dalam dihadapan semua yang
hadir.
Sementara Daniel Arman hanya
memerhatikan tingkah Nina. Kali pertama dia melihat Nina ketawa gembira
sehingga menampakkan barisan-barisan gigi yang putih dan tersusun rata. Terlalu
manis bila Nina berkeadaan begitu. Matanya tidak lepas memandang wajah Nina yang
bertukar kemerahan akibat ketawa yang terhambur. Seketika kemudian Daniel Arman
tersenyum sebaris.
Nina yang menyedari renungan mata
Daniel Arman terus menekup mulutnya dengan tangan, mematikan gelaknya yang
bertali arus sejak Daniel Arman memberikan jawapan tadi. Tiba-tiba dia rasa
tidak selesa dengan senyuman Daniel Arman. Senyuman yang sukar untuk dia
mengertikan maksudnya. Senyuman yang menyimpan seribu makna.
“Dah puas gelak?” Soal Daniel Arman
dengan wajah serius.
Nina diam tidak berkutik. Mengangguk
tidak, menggeleng pun tidak.
“Sekali lagi awak gelakkan saya
macam tu, saya angkut awak balik rumah malam ni, Faham?” Sambung Daniel Arman
dengan kedua-dua keningnya terangkat. Sengaja dia seriuskan roman wajah.
Nina hanya mengangguk faham. Tersedar
dari ketelanjuran dirinya mentertawakan Daniel Arman. Wajahnya tiba-tiba
berubah riak, daripada gembira kepada runsing. Tidak ada kata yang terluah dari
bibirnya. Terasa gerun pula dengan ugutan Daniel Arman sebentar tadi.
“Kelakar sangat ke jawapan saya bagi
tadi?” Soal Daniel Arman lagi bila Nina terdiam membisu.
Kali ini Nina menggeleng kepala
cepat-cepat dan laju. Bimbang Daniel Arman mengugut untuk kali yang kedua.
Sementara Daniel Arman tersenyum
nipis melihatkan ulah Nina. Terkesan benar Nina dengan kata-katanya tadi.
Hatinya tersenyum lebar, kelakar melihatkan wajah Nina yang sudah berubah riak.
“Erm, lain kali jangan gelakkan saya
macam tu, kalau Nina buat lagi, saya akan gunakan kuasa authority saya. Lagipun Nina kan halal bagi saya.” Sambung Daniel
Arman lagi apabila dilihatnya Nina hanya mendiamkan diri sambil menunduk wajah.
Nina masih diam membisu untuk
seketika.
“Saya nak balik.” Tiba-tiba Nina
bersuara dalam nada suara yang bergetar. Terasa sebak bila Daniel Arman berkata
begitu. Sampai hatikah Daniel Arman menggunakan kuasanya sebagai suami untuk
memaksanya begitu.
“Nina marah?” Soal Daniel Arman
kembali. Getaran suara Nina yang dikesan telinganya terasa merentap tangkai
hatinya. Tiba-tiba dia berasa bersalah menuturkan kata-kata itu sebentar tadi.
Dia tidak berniat mengugut Nina, hanya sekadar usikan nakalnya sahaja untuk
melihat reaksi Nina.
“Encik Arman, saya dah letih la, nak
balik dulu.” Kata Nina lagi. Kali ini nadanya bertukar lembut, memohon
pengertian Daniel Arman.
“Baiklah.” Ucap Daniel Arman lembut.
Terasa menyesal pula dengan usikannya sebentar tadi. Baru sebentar tadi dia
rasa sangat bahagia melihat senyum gembira Nina diwajah wanita itu, kini
senyuman itu kembali hilang. Yang tinggal hanya kedinginan. Kedinginan yang
seringkali menyeliputi mereka tatkala berdua-duaan begitu.
“Nina okey?” Soal Daniel Arman bila
dilihatnya Nina lebih banyak membuang pandang keluar tingkap.
“Okey.” Jawab Nina sepatah.
“Kalau okey kenapa diam je, Nina
masih marah pada saya.” Duga Daniel Arman.
“Apa hak saya nak marah pada Encik
Arman. Encik Arman kan bos saya.” Tukas Nina, walhal dalam hatinya dia terasa
hati dengan kata-kata Daniel Arman semasa makan tadi.
“Bos dan juga suami Nina.” Lanjut
Daniel Arman. Dia berpaling memandang Nina yang duduk di tempat duduk
penumpang.
Nina diam tidak beriak. Matanya
dibuang keluar tingkap walaupun tiada apa yang menarik perhatiannya di luar.
Hanya kegelapan malam sahaja.
“Obviously
Nina masih marah pada saya.” Kata Daniel Arman lagi seraya memberhentikan
kereta di bahu jalan.
“Kenapa Encik Arman berhenti ni?.”
Ucap Nina seraya berpaling menghadap Daniel Arman.
Daniel Arman diam tidak menjawab. Handbrake kereta ditarik sejurus kereta
berhenti. Kali ini giliran dia pula mengunci mulut.
“Encik Arman jangan nak buat benda
tak elok pada saya, nanti saya menjerit.” Kata Nina lagi. Teringat pada ugutan
Daniel Arman direstoren tadi menyebabkan dia mula memikirkan kebarangkalian
yang tidak elok.
Daniel Arman menjeling Nina dengan
ekor mata. Seketika kemudian dia terfikir idea nakal untuk mengenakan Nina.
Sekali sekala tengok Nina merajuk dengannya, dia rasa suka.
Nina sudah mula tidak selesa dengan
tingkah Daniel Arman. Tubuhnya dirapatkan ke pintu. Sekiranya Daniel Arman mula
bertindak diluar jangkaan, dia akan lari keluar.
Baru Nina terfikir untuk membuka
pintu dan lari, Daniel Arman sudah auto
lock keretanya. Jantung Nina berdegup kencang dan tidak sekata. Terasa
ingin luruh urat sarafnya saat itu. Segala kemungkinan sudah bermain-main
dikepalanya. Terasa menyesal pula mengikut Daniel Arman keluar makan malam itu.
“Berani ke keluar gelap-gelap macam
ni?” Soal Daniel Arman dalam roman wajah yang sengaja diseriuskan.
Daniel Arman yang perasan akan
tingkah Nina yang seperti cacing kepanasan tersenyum dalam hati. Dia mula
membuka tali pinggang keledarnya, kedua-dua tangannya kemudian diletakkan ke
stereng kereta, untuk seketika dia berkeadaan begitu. Kemudian Daniel Arman
rapatkan wajahnya ke wajah Nina, berpura-pura ingin mencium Nina.
Melihatkan wajah Nina yang pucat menyebabkan akhirnya ketawa Daniel Arman
terhambur keluar. Gamat seisi kereta dengan ketawa Daniel Arman.
“Nina, Nina…” Kata Daniel Arman.
“Kalaupun saya nak buat benda tak elok kat Nina, tak kan la saya nak buat
kat sini. Lebih baik bawa Nina balik rumah. Lebih selesa, ada katil, ada tilam
empuk.” Sambung Daniel Arman dalam ketawa yang masih bersisa.
Sementara Nina masih diam disebelahnya. Entah kenapa saat itu Nina tidak
mampu bereaksi. Dia marah dengan tindakan Daniel Arman mempermainkan dirinya
begitu. Memang dia takut sebentar tadi, takut sekiranya Daniel Arman bertindak
melakukan perkara yang tidak elok padanya. Takut sekiranya dia menjadi korban
sekali lagi, korban kerakusan lelaki. Tanpa sedar air matanya menitis.
“Nina masih marah pada saya?” Soal Daniel Arman bila dilihatnya Nina diam
sambil menunduk ke bawah.
Nina diam tidak menjawab pertanyaan Daniel Arman. Dalam hatinya ada rasa
sedih yang bertamu. Sedih kerana Daniel Arman tegar mempermainkan perasaannya
begitu.
“Nina…” Kata Daniel Arman seraya meraih jemari Nina ke dalam
genggamannya. Kali pertama dia cuba memujuk wanita itu. Dia sudah bersedia
sekiranya Nina menghamburkan kemarahan. Memang itu yang dia mahu, mahu Nina
melepaskan marahnya, mahu Nina meluahkan apa yang terbuku dihati. Sukar bagi
dia untuk memahami Nina sekiranya Nina masih menyembunyikan perasaannya.
Nina masih terdiam, dia hanya membiarkan Daniel Arman bermain-main dengan
jari jemarinya. Terasa syahdu, seketika kemudian terdengar esakan kecil.
Bahunya terhenjut-henjut menahan tangisan yang ingin melebat. Entah kenapa
hatinya sayu bila Daniel Arman memujuknya begitu. Dia rasa terpujuk dengan
bicara lembut Daniel Arman. Nina sendiri tidak pasti apa yang dia rasakan kala
itu, tapi dia betul-betul pasti saat itu, dia sukakan perhatian Daniel Arman
itu. Suka bila Daniel Arman memujuknya begitu. Mungkin juga jauh di sudut
hatinya dia hanya mengharapkan Daniel Arman. Mengharapkan hanya lelaki itu yang
menjadi suaminya. Mengharap cinta Daniel Arman tertumpah hanya untuknya.
Mengharap kasih Daniel Arman tercipta hanya untuknya.
Namun untuk Nina menzahirkan kata-kata itu dimulutnya dia tidak berani
atau lebih tepat lagi dia tidak punyai kekuatan apabila dia tahu hati Daniel
Arman sudah dimiliki. Bimbang dia hanya melukut ditepian gantang. Mengharap
pada kasih yang buka tercipta untuknya.
Sementara Daniel Arman terpana, tidak menyangka usikannya tadi membuatkan
Nina menangis. Hatinya tersentuh tatkala melihat air mata Nina.
“Maafkan saya.” Ucap Daniel Arman lagi, tangannya mengusap lembut jemari
Nina.
“Saya tak kan buat perkara yang di luar kerelaan Nina.” Sambung Daniel
Arman, mengulangi kata-katanya suatu waktu dahulu. Tidak mungkin dia mendatangi
Nina dengan paksaan. Biar wanita itu benar-benar bersedia menerima dirinya dahulu.
Itupun kalau cinta Nina tertumpah padanya dan bukannya pada lelaki lain.
“Saya hantar Nina balik?” Soal Daniel Arman lagi apabila esakan Nina
semakin mengendur.
Nina hanya mengangguk. Tiada sepatah bicara yang terkeluar dari mulutnya.
Dia rasa terpujuk dengan bicara lembut Daniel Arman. Entah kenapa hatinya
terlalu tersentuh apabila diusik begitu oleh Daniel Arman tadi. Adakah kerana
jauh disudut hatinya sudah terpahat nama Daniel Arman. Yang pasti dia memang
hanya mahukan Daniel Arman berada disisinya selama-lamanya.
Daniel Arman merenung jauh syiling
biliknya. Selepas dia bersembahyang isyak tadi, tubuhnya direbahkan di tilam
empuk itu. Dia mengulang tayang peristiwa yang berlaku diantara dirinya dan
Nina sebentar tadi. Tanpa sedar dia tersenyum.
Masih terbayang-bayang wajah Nina
yang ketakutan dengan usikannya tadi. Polos wajah Nina menarik perhatiannya.
Entah kenapa saat melihat Nina sejak awal dia keluar bersama dengan Nina tadi,
hatinya sejuk. Marahnya yang bertamu semasa melihat Nina bermesra-mesra dengan
Zachary hilang begitu sahaja. Sungguh dia hairan dengan perasaannya sendiri.
Dia tidak mampu untuk memarahi Nina. Tidak mampu untuk membenci Nina kerana
cinta yang disemai untuk gadis itu tertanam dalam di lubuk hatinya sehingga
sukar untuk dia buang lagi rasa itu.
Saat itu Daniel Arman sedar dia
terlalu menyintai Nina walaupun gadis itu bukanlah pilihan hatinya. Dia hanya
mahukan Nina, mahukan Nina untuk dirinya. Mungkin Nina bukanlah jodoh
pilihannya namun dia bersyukur kerana yang memilih Nina untuknya datang dari
kuasa yang lebih besar. Allah memilih Nina untuknya dan dia pasti, pilihan itu
merupakan pilihan yang terbaik. Kerana hanya Allah maha merencana dan maha
menentukan setiap segala sesuatu. Nina, akan kuraih cintamu, akan kusingkir yang
lain selain diriku dari hatimu, desis Daniel Arman dalam hati. Dia nekad, dia
akan kembali merebut cinta Nina.
aduhhh....sweet gilak la nina ngn daniel ni...nk lg kak tulip ku syg ^_^
ReplyDeleteoh my..best3... masa tgh baca tu dlm hati mst ckp... "jgnlah zachary kacau daun... jgnlah kacau daun... biarlah el dgn nina... biarlah el dgn nina..." dah mcm baca jampi pun ada, hehe...
ReplyDeletehurmm.. x sbr tgu masa besday party el... mesti ada smthng happend between el dgn nina kan3?... jeng jeng jeng... ;)
mentang2 la nama pena si penulis nie tulip ungu,semua kaler nak diberi kaler ungu.saya pon peminat kaler ungu.hehe
ReplyDeletebtw,cepatlah buat daniel arman ngn nina bersatu cepat2 :)
sweettt sgt....x sbr tunggu next....cpt2 update ek....tq:))
ReplyDeletekenapalah El masih tak luahkan rasa hati kat Nina...tak sabar nak tggu saat tu.....
ReplyDeleteSukaaaa.. Hrp2 mslh el ngn nina ni cepat tamat.. :)
ReplyDelete~m.a~
salam dik..E3 yg sungguh mengocak perasaan kita bila membacanya..inilah yg kita harap harapkan dari perhubungan ijab dan qabul dimana ketentuan kasih sayang itu timbul kerana keredaan dari sebuah perkawenan yg suci dan halal.
ReplyDeleteAkak harap Arman luahkan lah perasaannya pada Nina..akan lah Nina nak lontarkan perasaannya pada Arman kerana dia tahu dirinya bukan sesiapa..dirinya yg tidak mempunyai apa apa untuk diberikan kepada sang suami kerana telah diragut oleh org lain..dan arman sepatutnya lebih prihatin..Dan dia sepatutnya menanya isterinya..apa hubungan antara dia dan zachary tu..agar dia tidaklah menuduh isterinya curang dan mencurigai si Nina tu..Akak harap Arman dapat announce pada hari lahirnya bahawa Nina tu isterinya..taklah Zachary tu akan menganggu lagi isterinya..boleh menjauhkan fitnah..dan tidak secara langsung tidaklah dia menanggung dosa Nina dan menjadi suami yg dayus membiarkan saja isterinya berjumpa lelaki lain yg dia tahu yg lelaki itu menyimpan perasaan pada isterinya..
Akak harap Arman dan Nina.. mereka berdua dapat hidup bersama..dalam satu ruang dan menjalani kehidupan seperti suami isteri yg lain..
Tak sangka pulak..kan..si Arman tu kelakar orangnya..akak pun tergelak ..bila dia nak hadiah tu.. lawak betul ..kan..seorg yg kita kenali dia sebagai seorg yg serius..
Teruja nak tahu..macam mana ek..Arman mahu Nina hidup disampingnya..adakah nanti disebabkan Arham yg menganggu dirinya menyebabkan Nina dengan sepenuh hati meminta perlindungan dari Arman..dan Zachary yg tak sudah sudah menagih kasih dan cintanya..Adakah Nina akan beritau Zachary yg dia masih isteri orang..dan apa ek perasaan dan tindak balas ..Zachary.. adakah dia akan menuduh Nina ..memainkan perasaannya..dan adakah dia akan berterusan menagih kasih dan cinta Nina..walaupun dia tahu Nina ..tidak akan menjadi milik dia..
Wah citer ni semakin menarik dan semakin panas..
tulip...
ReplyDeletemmg tersangat la suka...
hehehe...
sweey la..tapi cian kat danial arman..bile la nak bahagia
ReplyDeletehehe...danial arman patut trus trng kut...
ReplyDeleteEl..please la kalau dah suka kat Nina..tolong la luahkan perasaan tu sebelum terlewat...please..please..bertindak cepat..gunakan kuasa veto bawak Nina tinggal bersama...jangan menyesal di kemudian hari..teringin nak tengok Nina bahagia...apa2 pun cik writer cepat2 sambung ye...tak sabar dah ni..hihihi..
ReplyDeletebila nak sambung lagi??? tiap2 kali on9 msti snggh sini.. hehehe
ReplyDeleteArgh suspen sangat dah... Jemput singgah ke blog saya ye
ReplyDelete