BAB 15
Sofea
berjalan perlahan menuju ke meja Nina. Dia bercadang untuk mengajak Nina
keluar rehat sebentar. Sementara menunggu masa untuk minum pagi, dia akan menghabiskan
masa di meja Nina. Begitulah kebiasaan yang dia lakukan. Semenjak Nina mula
bekerja di situ, dia dan Nina telah berkawan rapat.
“Kak Nina, buat apa tu!” Sergah
Sofea apabila dilihatnya Nina kusyuk dengan skrin komputernya.
“Hish Phia ni, nak bagi akak sakit
jantung ke...” Jawab Nina. Sofea yang muda lima tahun darinya berperwatakan
lincah. Kadang-kadang suka berperangai kanak-kanak.
“Akak buat apa, kusyuk je. Kejap
lagi kita pergi minum ye.” Ucap Sofea bertalu-talu dalam nada manja yang
dibuat-buat.
“Akan tengok FB ni, kan setengah jam lagi baru pukul 10, Phia dah takde kerja
ke?” Soal Nina sambil mengerling jam pada sudut mejanya.
“Bosan la kak, tu yang datang kacau
akak. Encik Arman ada?” Soal Sofea lagi.
“Baru je keluar.” Nina log out dari akaun facebooknya.
“Pergi mana?” Sofea bertanya lagi.
Dia mengambil tempat disisi Nina.
“Mana la akak tahu.”
“Kan akak PA dia, tak kan tak tahu
dia pergi mana.” Sambung Sofea.
“Memang la akak PA dia tapi tak kan
la dia pergi tandas pun dia nak bagitahu akak.” Jawab Nina, dia senang berkawan
dengan Sofea, gadis itu yang paling rapat dengannya sejak dia pertama kali
melangkah kaki ke situ.
“Akak tak minat ke dengan Encik
Arman tu?” Soal Sofea sambil memusing-musing kerusi duduknya.
“Soalan apa tu?” Soal Nina kembali
dengan riak pelik.
“Yelah, hampir semua ‘bunga’ kat office ni minat kat Encik Arman tu, tak
kan la akak yang selalu bersama Encik Arman tu tak rasa apa-apa.” Sambung
Sofea.
“Nak rasa apa?”Soal Nina lagi. Suka
melayan kerenah Sofea bila bergosip.
“Rasa ‘nak’ pada Encik Arman tu la.
Nak bercinta dengan dia. Nak kahwin dengan dia.” Kata Sofea lagi.
“Sofea ada rasa camtu ke?” Soal Nina
dalam senyum meleret. Giliran dia pula mengusik Sofea.
“Akak ni ke situ pula, Phia kan dah
ada boyfriend, tak kan boleh jatuh
hati kat Encik Arman pula.” Sahut Sofea dalam nada merajuk.
“Mana la tahu…” Nina angkat kening.
“Akak memang tak rasa apa-apa ke?”
Tanya Sofea lagi. Kali ini nadanya bertukar serius.
“Rasa macam mana yang Phia
maksudkan?” Kali ini Nina juga menyoal serius.
“Nak jadikan dia suami akak, Phia
tengok Encik Arman tu baik sangat, sesuai dengan Kak Nina, Kak Nina pun
lembut.”
‘Memang dah jadi suami akak pun.’
Namun kata-kata itu hanya terucap dalam hati Nina sahaja.
“Dia kan dah ada girlfriend.” Ucap Nina.
“Tapi Cik Azzura tu lansung tak
sesuai dengan Encik Arman. Saya lagi suka kalau akak yang bersama dengan Encik
Arman.” Kata Sofea sambil mengangkat kening pada Nina.
“Merepek je Phia ni.” Sambung Nina.
“Akak ngurat la dia.”
“Ngurat sape?, dah mengarut Phia
ni.”
“Ngurat Encik Arman la.”
“Akak ni mana la layak. Tak setanding
dengan Cik Azzura. Dah kalah sebelum bertanding tau.” Seloroh Nina.
“Akak cuba la, mana tahu dapat
kalahkan dia.” Sofea kenyit mata pada Nina.
“Okey, nanti akak try tackle dia, untung sabut timbul.”
Seloroh Nina. Suka melayan gelagat Sofea yang bersungguh-sungguh.
“Nak try tackle siapa?” Tiba-tiba Daniel Arman bersuara. Entah bila
lelaki itu berdiri di situ, Nina dan Sofea tidak sedar.
“Eh Encik Arman, kak Nina ni kata
nak try tackle Encik Zach. Saya bagi
sokongan je.” Kata Sofea lambat-lambat dalam serba salah.
Nina menjegilkan biji mata bila
Sofea memandang tepat wajahnya dalam keadaan serba salah.
“Really?”Soal
Daniel Arman tenang. Matanya memanah mata redup Nina yang kelihatan resah.
Nina tidak beriak, serba salah
dengan kata-kata Sofea sebentar tadi.
“Saya tak nak ngurat ke? Saya pun handsome juga.”Ucap Daniel Arman kepada
Nina. Sengaja dia memandang lama ke wajah Nina. Mahu melihat reaksi Nina.
“Encik Arman kan dah tak available, dah ada Cik Azzura” Sampuk
Sofea sambil tersengih.
“Kan lelaki boleh kahwin empat.
Kalau Nina dan Azzura baru dua orang, ada lagi dua kuota kosong.” Sambung
Daniel Arman lagi, matanya masih tidak lepas memandang Nina. Dalam maksud kata-katanya
semasa menyebut nama Nina sebentar tadi. Sesuatu yang Sofea masih belum tahu,
Nina memang telah menjadi isterinya. Sengaja dia bangkitkan hal itu, sejujurnya
dia juga ingin tahu isi hati Nina terhadapnya.
“Kalau you berminat, boleh masuk
dalam kuota ketiga, boleh bermadu dengan Nina dan Azzura.” Daniel Arman
menyambung. Dia sekadar berseloroh.
“Hish Encik Arman ni, ke situ pulak.
Saya kan dah ada pilihan hati.”Ujar Sofea dalam nada mendatar.
Sementara Nina masih lagi membisu.
Tidak tahu apa yang dia rasakan kala itu. Ada rasa marah dan cemburu yang
bercampur baur apabila Daniel Arman mengungkit hal bermadu.
“Awak cemburu ke Nina?” Sambung
Daniel Arman apabila menyedari kelainan riak wajah Nina. Dia sengaja menyakat,
sekadar menguji hati Nina.
“Cemburu?, apa hak saya nak cemburu.
Saya bukan sesiapapun pada Encik Arman.” Ujar Nina, nada suaranya dikawal
sebaik mungkin, cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar.
“Kalau macam tu, boleh la Azzura
bermadu dengan you.” Sambung Daniel Arman dalam senyum sebaris. Masih sambung
mengusik, ingin melihat sejauh mana Nina terkesan dengan kata-katanya.
“Phia kata nak breakfast tadi, jom la.Takut lambat pula nanti.”Nina mengalih topik
perbincangan mereka. Dia mengalih wajah memandang Sofea. Tidak mahu melanjutkan
isu yang dibangkitkan Daniel Arman. Hatinya cemburu apabila isu itu
ditimbulkan. Apa tujuan Daniel Arman membicarakan isu itu, tidak pula Nina
dapat menebak.
“Jom la kak, kalau layan Encik Arman
ni entah bila boleh breakfast.” Sahut
Sofea sambil tersenyum memandang Daniel Arman, sengaja dia pula menyakat Daniel
Arman.
“Nak breakfast ke?, saya join,
I’ll treat.” Kata Daniel Arman. Matanya dialih kepada Sofea. Sengaja
menujukan perlawaannya kepada Sofea kerana dia tahu Nina pasti akan menolak
ajakannya.
“Encik Arman belanja?...erm boleh
juga, untung sabut hari ni Kak Nina.” Sambut Sofea sambil memandang wajah Nina.
Wajahnya manis dengan perlawaan Daniel Arman.
Sementara Nina berperang dengan
perasaannya sendiri. Dia tidak senang dengan perlawaan Daniel Arman.
Seboleh-bolehnya dia ingin mengelak dari seringkali bertembung dengan lelaki
itu.
“Shall
we?” Soal Daniel Arman bila dilihatnya Nina dan Sofea masih belum berganjak
dari meja.
Sofea bersegera bangun lalu jalan
mendahului sementara Nina dan Daniel Arman mengekori dari belakang.
Apabila menghampiri tempat Daniel
Arman memarkir kereta, Sofea tiba-tiba berhenti. Tangannya pantas diseluk ke
dalam handbag mencari-cari sesuatu.
Sejurus mencapai telefonnya yang berdering, pantas dia menjawab dan bergerak
menjauh dari Daniel Arman dan Nina. Selang beberapa minit Sofea kembali ke arah
Nina dan Daniel Arman.
“Encik Arman, Kak Nina, sorryla tak dapat join breakfast, Abang Jeff nak datang jumpa Phia la.” Kata Sofea.
Wajahnya berseri-seri sejurus mendapat panggilan tadi.
“Nampaknya just kita berdua je la.”Ucap Daniel Arman. Kedua-dua keningnya
diangkat apabila matanya dan Nina bertemu.
Nina menghela nafas. Itulah perkara
yang paling dia tak ingini, keluar makan berdua-duaan dengan Daniel Arman.
“Nak breakfast kat mana?” Soal Daniel Arman. Keluhan Nina menarik
perhatiannya. Jelas dimatanya riak wajah Nina yang kurang selesa dengan situasi
tersebut.
“Ikut Encik Arman la.” Jawab Nina
lemah. Sementara Sofea telahpun menghilang sejurus memaklumkan dia tidak dapat
ikut serta tadi.
“Kalau ikut saya, nak bawak Nina
balik ke rumah mummy je.”Seloroh Daniel Arman. Sengaja hendak menguji hati
Nina. Sejauh manakah Nina sudah melupakan perkara yang pernah berlaku antara
mereka lima tahun yang lalu.
“Kalau macam tu, saya tak jadi la breakfast dengan Encik Arman, saya rasa
elok saya makan kat food court je.”
Sahut Nina, mula mengatur langkah naik semula ke bangunan pasaraya. Dia masih
belum bersedia untuk membuka semula sejarah lama yang cuba dia luputkan dari
ingatannya.
“Saya cuma melawak je.”Sambung
Daniel Arman. Pantas tangannya meraih pergelangan tangan Nina.
Nina yang terperanjat dengan
tindakan Daniel Arman lekas-lekas menarik tangannya. Bimbang bertembung dengan
pekerja-pekerja pasaraya yang lain. Pasti akan mendatangkan curiga pada mata
yang melihat.
“Jom.” Ajak Daniel Arman lembut
walaupun hatinya sedikit terguris dengan tindakan Nina.
Suasana di restoren mamak berhadapan
dengan pasar seni kelihatan lengang. Hanya terdapat beberapa orang pelanggan
sahaja yang sedang menjamu selera di situ. Nina mengambil tempat berhadapan
dengan Daniel Arman sejurus masuk ke restoren itu lima minit yang lalu.
Apabila pelayan datang untuk
mengambil pesanan, Daniel Arman terlebih dahulu menyatakan pesanan dan diikuti
dengan Nina. Satu persamaan yang dikesan oleh Nina antara dirinya dan Daniel
Arman ialah mereka sukakan mee goreng mamak dan juga teh tarik. Satu kebetulan.
“Pertama kali makan sekali.” Kata
Daniel Arman sejurus pelayan berlalu. Lebih merupakan ayat penyata. Matanya
merenung wajah Nina yang jelas lebih banyak melarikan anak matanya dari
memandang wajahnya.
“Kalau macam ni selalu-selalu kan
seronok.” Sambung Daniel Arman lagi apabila Nina masih membisu.
Untuk seketika suasana sunyi antara
mereka. Daniel Arman kehilangan idea untuk mengajak Nina berbual setelah
kata-katanya sebentar tadi hanya dibiarkan sepi tanpa sahutan dari Nina.
Nina hanya membuang pandang ke arah
orang yang lalu lalang. Dia janggal berdua-duaan begitu dengan Daniel Arman.
Tidak tahu apa yang boleh dibualkan dengan lelaki itu. Walaupun ikatan
perkahwinan mengikat mereka sebagai suami isteri, tetapi hakikatnya mereka jauh
kerana dia tidak pernah punyai peluang untuk mengenali Daniel Arman.
Hanya selepas bertukar satu tempat
kerja dengan Daniel Arman, dia kerap mendampingi lelaki itu. Tetapi hubungan
mereka tidak lebih dari hubungan pekerja dan majikan. Jarang ada komunikasi
kecuali yang penting sahaja. Namun beberapa kejadian yang berlaku sejak
kebelakangan ini membuatkan ikatan yang lama terputus itu seolah-olah bertaut
kembali. Namun begitu, Nina masih tidak yakin. Tidak yakin Daniel Arman mampu
menerimanya sebagai isteri. Sebelum dia hanyut dalam angan-angan yang
menggunung, lebih baik dia menghindari semua perkara itu dari berlaku. Mampukah
Daniel Arman menerimanya tanpa syarat sedangkan dia cuma sisa yang ditinggalkan
oleh Danish Arham dulu.
Memikirkan kebarangkalian itulah
yang menyebabkan dia jarang memberi peluang kepada dirinya mahupun Daniel
Arman.
“Nina, are you okey?” Soal Daniel Arman apabila dilihatnya Nina hanyut
dalam lamunan sendiri.
“I’m
okey.”Sahut Nina.
“Kenapa saya tengok Nina selalu
termenung kalau bersama saya?”Tanya Daniel Arman lagi. Sengaja dia mahu
mengorek rasa hati Nina. Sejujurnya memang dia ingin mengenali Nina dengan
lebih rapat. Terlanjur gadis itu telah menjadi isterinya. Kalau boleh dia mahu
menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Itupun sekiranya Nina tidak sering
mengelak dan memberi dirinya peluang.
“Tiada apa-apa la Encik Arman.
Mungkin saya letih.” Dalih Nina. Dia merasakan tidak penting untuk dia berterus
terang dengan Daniel Arman tentang isi hatinya.
Perbualan mereka terhenti apabila
pelayan datang membawa pesanan makanan.
“Macam mana maksu Zana sekarang?”
Soal Daniel Arman. Sekadar berbasa basi memecahkan kesunyian antara mereka.
“Sihat, dah ada empat orang anak.”
Jawab Nina ringkas.
“Nina, tak nak ada anak?” Soal
Daniel Arman lagi. Tangannya menyuap mee goreng mamak ke mulut. Dia masih belum
puas mengorek rahsia hati Nina. Dia perlu tahu perasaan Nina terhadapnya.
Nina mengeluh berat mendengarkan
pertanyaan Daniel Arman. Sungguh dia tidak tahu apa tujuan Daniel Arman
menekannya dengan soalan yang begitu. Adakah Daniel Arman mahu menguji hatinya.
Untuk apa ditanyakan soalan yang mengguris begitu. Kalaupun dia mahukan anak
sudah tentulah anak itu merupakan hasil perkahwinan mereka. Sedangkan kala itu
Daniel Arman sudah pun ada pilihan hati sendiri. Dia cuma isteri yang dikahwini
Daniel Arman tanpa rela.
“Cik Azzura sihat?” Nina mengalih
topik perbualan. Tidak mahu terus melanjutkan isu yang dibangkitkan oleh Daniel
Arman.
“Sihat.”Sepatah Daniel Arman
menjawab. Dia kecewa. Bukan itu reaksi yang dia harapkan dari Nina.
Untuk seketika suasana sunyi kembali
membungkus mereka. Nina dan Daniel Arman masing-masing menumpukan perhatian
pada makanan di pinggan. Tidak lama selepas itu, tiba-tiba Nina ditegur dari
tepi meja.
“Nina, lama tak jumpa you..”Kata
satu suara dari tepi meja.
Nina dan Daniel Arman pantas
mengalihkan wajah. Memerhatikan pemilik suara yang baru menegur Nina.
Sementara Nina terkejut dengan apa
yang dijamah matanya saat itu.
“Fiqri…”. Terluah juga nama itu dari
mulut Nina.
“Have
a seat and join us.”Pelawa Daniel Arman. Matanya menangkap riak wajah Nina
yang pucat berselang seli dengan perhatiannya terhadap lelaki kacak yang
lengkap berkot hitam dengan rambut yang disisir kemas.
Lelaki bernama Fiqri itu lantas
mengambil tempat bersebelahan dengan Daniel Arman. Matanya masih tidak lepas
memandang wajah Nina sementara Nina sudah mula mengalih pandangan ke arah
pinggannya yang hampir kosong.
“Kenapa you menghilang selepas habis
periksa dulu?” Soal fiqri tidak sabar. Terlupa dengan kehadiran Daniel Arman di
situ.
“I’m
Daniel Arman.”Daniel Arman memperkenalkan diri. Menyedarkan Fiqri dia turut
berada di situ.
“Sorry…I’m
Fiqri, Nina’s friend. Kitaorang dulu sama U, tapi Nina ni lepas habis
periksa terus tak datang kampus, lesap sampai masa konvo pun tak datang.”
Terang Fiqri. Menyedari kekhilafannya mengabaikan Daniel Arman kerana terlalu
menumpukan perhatian pada Nina.
“Really?”
Soal Daniel Arman. Matanya menikam mata Nina. Berharap Nina menjelaskan duduk
perkara sebenar. Berdasarkan permerhatiannya dia tahu Fiqri bukan sekadar kawan
biasa kepada Nina.
Nina hanya membisukan diri. Tidak
tahu bagaimana mahu menjelaskan hubungannya dengan Fiqri kepada Daniel Arman
dan dalam masa yang sama tidak tahu apa alasan yang harus diberi kepada Fiqri
tentang kehilangannya dulu.
“Friend
or boyfriend?” Soal Daniel Arman lagi bila Nina masih membisu.
“I
was her boyfriend but she left for no reason.”Jawab Fiqri terus terang,
matanya tepat memandang wajah Nina yang terlindung disebalik awning tudung. Cuba meminta penjelasan
dari Nina. Ada nada kesal pada suaranya.
“Encik Arman, saya balik dulu, dah lewat
sangat ni. Saya naik teksi je.”Balas Nina seraya bangun dan meninggalkan
kedua-dua lelaki itu. Asakan demi asakan dari kedua-dua lelaki itu merimaskan
Nina. Dia tiada jawapan kepada kesemua persoalan itu. Atau lebih tepat lagi,
dia tidak mampu berterus terang kepada kedua-duanya tentang letak duduk perkara
yang sebenar.
Daniel Arman mahupun Fiqri,
kedua-duanya tidak menjangkakan reaksi Nina itu. Masing-masing terdiam apabila
Nina bangun dan berlalu. Daniel Arman tidak sempat menghalang apabila Nina sudah
mendapatkan dirinya sebiji teksi sementara Fiqri pula terasa mulutnya seperti
dikunci untuk bersuara menghalang Nina.
“I’m
Nina’s boss.” Kata Daniel Arman selepas suasana sunyi antara mereka
rentetan peristiwa yang berlaku tadi.
“Dia selalu macam tu ke?” Soal
Fiqri, hairan dengan perwatakan Nina. Sepanjang dia mengenali Nina, Nina tidak
pernah sedingin itu.
“Sepanjang saya kenal dia, memang
dia macam tu.” Jawab Daniel Arman jujur.
“She
was a different person back then, we were so in love. I promised to marry her
some day but she left.”Sambung Fiqri, terasa ringan mulutnya menceritakan
kisah yang pernah berlaku antara dirinya dan Nina.
Daniel Arman tidak bereaksi. Entah
kenapa ada rasa cemburu bertamu dihatinya saat itu tatkala mendengarkan penjelasan
dari Fiqri. Selama ini dia tidak pernah menyangka dihati Nina sudah ada lelaki
istimewa yang bertakhta. Pertemuan dengan Fiqri hari itu menjelaskan segalanya.
Masih adakah cinta di hati Nina buat lelaki itu. Daniel Arman berperang dengan
perasaannya sendiri. Sungguh dia tidak pernah menjangka.
“Termenung jauh nampak?” Tegur Datin
Rogayah dari belakang.
“Mummy,
have a seat.” Pelawa Daniel Arman. Dia mengengsot sikit ke ruang sebelah
kiri kerusi, memberi ruang kepada Datin Rogayah untuk melabuhkan punggung
disebelahnya.
“El fikirkan apa, daripada tadi
duduk berembun kat luar ni.” Tanya Datin Rogayah. Memang dia perasan Daniel
Arman terus keluar dan duduk berehat di kerusi simen yang menghiasi halaman
banglonya selepas makan malam tadi. Daniel Arman juga lebih banyak termenung
semasa makan malam tadi. Sebagai ibu, terbetik rasa hairan dihatinya.
Jarang-jarang sekali Daniel Arman berkelakuan begitu.
Seingatnya kali terakhir dia lihat
Daniel Arman berkeadaan begitu ialah ketika Nina pergi meninggalkan rumah
mereka dulu.
“Tiada apa-apa la mummy, masalah office je.”Dalih Daniel Arman.
“El tak nak cerita pada mummy?” Soal
Datin Rogayah lagi. Sudah 30 tahun Daniel Arman dibawah perhatiannya, mana
mungkin anak lelakinya itu mampu untuk menyembunyikan sesuatu dari
pengetahuannya.
“Atau semua ni sebab Nina.” Telah
Datin Rogayah setelah dilihatnya Daniel Arman masih membisu.
Daniel Arman membuang pandang ke
arah cahaya lampu yang suram. Untuk seketika dia berkeadaan begitu sebelum
menjawab semula pertanyaan Datin Rogayah.
“We
meet again mummy.”Luah Daniel Arman tanpa dipaksa.
Datin Rogayah tidak bereaksi,
memberi peluang kepada Daniel Arman untuk membuka cerita walhal hatinya turut
meronta-ronta ingin mengetahui apa yang bakal keluar dari mulut Daniel Arman. Perkataan
‘we’ yang terbit dari bibir anaknya
itu menarik perhatiannya.
“Mummy ingat tak pasal penggabungan
syarikat kita dengan syarikat Datuk Mohd Som untuk syer Mall tu. Nina sebenarnya kerja dengan anak Datuk Mohd Som, Zachary.
Masa mesyuarat penggabungan tu, El ada jumpa Nina. Lepas reconstruct semula jawatan-jawatan dalam syarikat baru, El dengan
Zachary berbincang dan tukar post Nina
daripada setiausaha Zachary kepada PA El, and
now she’s working with me.”Terang Daniel Arman. Sudah tiba masanya Datin
Rogayah tahu tentang hal itu.
“Jadi sekarang El nak Nina kembali
pada El?” Soal Datin Rogayah, lansung tidak berselindung dengan apa yang ada
dalam hatinya.
“She
is my wife mummy, my responsibility.”Luah Daniel Arman dalam keluhan berat.
Memang dia ingin Nina kembali bersamanya.
“Kalau macam tu, pujuk dia kembali
pada El. Lagipun ikatan perkahwinan bukan perkara main-main. Berdosa kalau kita
persenda hukum Allah.” Terang Datin Rogayah. Sebagai ibu, dia hanya mampu
menasihati.
“Kalau la semudah tu mummy,
kadang-kadang El tengok Nina tu dingin sangat. Bila El semakin dekat, dia makin
lari, macam jinak-jinak merpati.” Kata Daniel Arman, mengulangi kata-kata
Zachary suatu waktu dahulu.
“El cintakan Nina?, dah luahkan rasa
hati El pada Nina?” Soal Datin Rogayah. Cuba menyelami hati Daniel Arman,
walaupun di mata kasarnya sudah jelas akan hal itu.
“Entahlah mummy, macam mana El nak
luah kalau Nina selalu sangat mengelak, mummy pun tahu El jenis yang tak suka
memaksa.” Keluh Daniel Arman lagi. Bukan sekali dia cuba menghampiri Nina,
sudah banyak kali tetapi setiap kali itu jugalah dia kecewa dengan reaksi Nina.
“Sebagai orang luar dalam hal ni,
mummy cuma boleh nasihat El. Cuma satu yang mummy nak ingatkan El, jangan
pendam rasa hati El, kalau ada yang belum terluah, El kena luahkan. Biar Nina
tahu isi hati El yang sebenarnya. Mungkin Nina menjauh sebab dia tak pasti
dengan hala tuju hubungan dia dengan El.” Nasihat Datin Rogayah. Dia hanya
mampu memberi pandangan, selebihnya haruslah datang dari usaha anak lelakinya
sendiri.
P/S-harap2 semua enjoy dengan entry kali ni...
sambung lg plssss
ReplyDeleteteruskan...menarik sekali...
ReplyDeleteEl..terus terang je kat nina tu......
ReplyDeletenk lgi..sy ske bce cte nie..hee
ReplyDeletesokong pdgn mummy El...
ReplyDeleteEl kena la bgtau kat nina yg dia btl2 sygkn nina..
klw x musti nina ingt El xde perasaan kat nina...
huhuhu..
ohmy...datin rogayah mg sporting habis larr...nak nina balik dgn arman..huhu
ReplyDeleteEl....plz.... berterus terang pada Nina tentang rasa hatinya... jgn berlenggah lagi...takut Nina makin jauh... banyak sangat persaingan ni......
ReplyDeleteEl confess kat nina
ReplyDeletesalam dik..
ReplyDeletekesian kan arman..mencuba utk menagih kasih seorang isteri yg bergelar Nina yg seperti jinak jinak merpati..arman kenalah bertegas ngan Nina sebagai suami dia berhak untuk mengajak isterinya untuk tinggal bersama..kalau perlu memaksa isterinya kembali kepadanya ..kalau diikutkan..Nina sudah nusyuz kerana meninggalkannya..ini adalah peluang nya yg baik untuk meraih semula kepercayaan Nina terhadap dirinya..dan dia perlulah menurunkan egonya dan menerangkan kepada Nina ..apa yg dibuat dan kata pada Nina dulu tu kerana emosinya yg tidak stabil..dan dia masih tidak matang dari segi pemikirannya...Kini setelah berjumpa Nina kembali ..dia ingin mencuba..untuk menjadikan Nina suri hidupnya..dan memberi dia peluang kedua dan dia tidak kisah ngan masa lalu Nina..sebab dia tahu..Nina teraniaya oleh abang nya..
alahai..kesian kan Nina.. memendam perasaan dan merasa rendah diri akan situasi dirinya tiap kali bersama arman suami yg memang dah menapak didalam hatinya..biarlah fiqri berlalu pergi kerana berdosa Nina sayangi lelaki lain selain arman dan Fiqri hanyalah masa lalunya ..cuba buang jauh jauh perasaan rendah diri bila bersama ngan arman kerana bukan salahnya dia diperkosa tanpa belas ihsan oleh arham..
Apa kata mereka berdua diberi peluang untuk mencuba perkawenan ini kerana ijab dan qabul bukan boleh dibuat mainan..sudah terlalu lama akak rasa mereka ini tidak melakukan tanggung jawab mereka sebagai suami isteri..renungkanlah betapa banyak nya dosa yg perlu mereka tanggung..
Terasa arman mempunyai ibu yg sangat penyayang orgnya..ikutlah nasihat ibu arman dan bawa Nina berjumpa ngan ibunya..mungkin ia dapat menjernihkan lagi perhubungan dia orang..kan..
El memang dh jatuh cinta kat Nina...El cuba ikut nasihat mummy dia..sebab apa yg mummy dia cakap tu betul..perkahwinan bukan perkara yg boleh dipermainkan..so cepat2 confess kat Nina kalau kalau dh suka..takut nanti dikebas orang plak..hihihi...apa2 pun cik writer cpt sambung ye...I likeeee...
ReplyDeletepatut dua2 duk brbincng ttng prkhwinn dorg..
ReplyDeletetak lah meneka neka dlm kesamaran..msing2 mkn hati ..
apa pun biar lah el n nina brsama..
Best bila ada org tua yg baik masuk campur..sb tu anak2 kalu ada masalah jgn segan bincang ngn parents.
ReplyDeleteEl cpt la luahkan isi hati.. Nina tu takut bertepuk sblh tgn pdhal dia pon suka el.. Dan pls jauhkan azzura gediks tuuu
ReplyDelete~mizz acu~
mmg best,layannnnn..........
ReplyDeletethumbs up cik tulip...
ReplyDelete