BAB 10
Fail yang berselerak di atas mejanya telah disusun disatu
sudut. Selesai menfailkan kesemua dokumen syarikat tadi, Nina kembali ke dalam
bilik Daniel Arman. Dia akan menyusun semula fail yang telah diambil mengikut
kategori bagi memudahkan Daniel Arman untuk acsess
semula bila masa dia perlukan.
Menurut makluman yang diperoleh dari
Sofea tadi, Daniel Arman sudahpun keluar untuk minum pagi semasa Nina sendiri
keluar minum. Nina rasakan itulah masa yang sesuai untuk dia masuk ke dalam
bilik Daniel Arman memandangkan lelaki itu tiada kerana dia tidak mahu bertembung
dengan Daniel Arman.
Sejurus menyusun fail-fail tebal
ditangannya, Nina bawa ke bilik Daniel Arman. Tiba di bilik itu, Nina
terperanjat kerana ada sesusuk tubuh yang sedang bersantai di atas kerusi
secara membelakanginya. Dari belakang
dia pasti, Daniel Arman tidak jadi keluar minum pagi itu.
Nina meneruskan kerja-kerjanya tanpa
bertangguh, terlanjur Daniel Arman berada disitu, Nina akan meminta lelaki itu
menandatangan beberapa keping cek yang di pesan oleh bahagian akaun kepadanya.
Selesai mengemas fail, Nina kembali
ke luar. Dia tahu Daniel Arman memerhatikan dirinya selepas menyedari dia masuk
untuk menyusun fail tadi tapi Nina tidak mahu menentang mata Daniel Arman.
Nina membawa beberapa keping cek ke
meja Daniel Arman, dia lebih suka memandang cek ditangan berbanding berbalas
pandang dengan Daniel Arman.
“Encik Arman, ini cek dari bahagian
akaun, Cik Latifah minta Encik Arman tolong tandatangan.” Nina bersuara dengan
matanya tertancap pada kepingan-kepingan cek.
Nina letak cek di atas meja apabila
dirasakan Daniel Arman masih merenung tepat wajahnya.
“Kalau dan siap sign nanti Encik Arman intercom
je saya, nanti saya datang ambil.” Nina berkira-kira untuk berpusing dan
kembali ke mejanya.
Belumpun sempat Nina berbuat
demikian, pergelangan tangannya ditangkap kasar oleh satu tangan sasa. Apabila
terlihat cincin dan gelang berwarna silver tersarung kemas ditangan itu, Nina
angkat muka.
“Well,
my sister in law rupanya. Sejak bila pula kerja satu office dengan suami ni?”
Nina terperanjat, tiba-tiba darahnya
berderau melihat wajah Danish Arham. Memang sekilas pandang Danish Arham dan
Daniel Arman tiada perbezaan. Mereka sangat serupa cuma yang membezakan antara
keduanya ialah perwatakan mereka.
Nina rentap tangannya dari pegangan
Danish Arham.
“Wow!, dah pandai melawan, ada progress.”Kata Danish Arham sinis.
Nina hanya terpaku berdiri.
Danish Arham bangun dari duduk, dia
berjalan mendekati Nina dihadapan meja.
“Sekarang dah makin cantik
berbanding dulu.”Sambung Danish Arham sambil melirik mata ke seluruh tubuh
Nina.
Nina masih terpaku berdiri.
Perasaannya berbaur. Gementar,takut dan terkejut.
“tak sangka, you jadi adik ipar I.”
Kata Danish Arham sinis.
Nina cuba mengumpul kekuatan untuk lari
dari Danish Arham. Pantas dia melangkah untuk keluar dari bilik, namun belum
sempat kakinya melangkah Danish Arham sudah pun menangkap kembali tangannya.
Nina cuba
menarik tetapi cengkaman Danish Arham kuat dan kejap.
“you nak ke mana?, I belum habis
lagi.” Sambungnya.
Tiba-tiba pintu bilik dikuak dari
luar. Terpancul tubuh Daniel Arman dalam riak terkejut.
“Dan, buat apa kat sini?” Soal
Daniel Arman. Tenang walaupun terkejut dengan kehadiran Danish Arham di dalam
biliknya. Wajah Danish Arham ditenung tajam.
“you
better let her hand go, she’s my wife now.”Sambung Daniel Arman apabila dia
nampak Danish Arham memegang kejap tangan Nina. Waktu itu wajah pucat Nina
dijamah matanya.
“Oppss…I
forgot.” Kata Danish Arham lagi dalam nada sinis.
“You buat apa kat sini?” Soal Daniel
Arman sekali lagi.
“I
came to see you, tak kan
tak boleh?” Kata Danish Arham lagi. Matanya masih menatap wajah Nina yang
tunduk.
“After
five years you gone missing, sekarang you cakap datang sekadar nak jumpa
I?” Soalan dibalas soalan. Kali ini nada Daniel Arman turut sinis.
“Well,
actually nak tengok perkembangan syarikat je, tak sangka pula jumpa dengan
adik ipar kat sini.” Danish Arham senyum. Senyuman yang menyembunyikan makna
tersirat.
“she’s
my wife now, kalau you takde benda penting kat sini, you can leave now, before I call the security.”Balas Daniel Arman.
“I
wonder…”Kata Danish Arham tidak mempedulikan amaran Daniel Arman Dia
berdeham sekali.
Daniel Arman fokus pada Danish Arham
sementara Nina masih tunduk memandang lantai. Mengelak dari bertentang mata
dengan Danish Arham.
“Agak-agaknya Cik Nina ni boleh tak
nak bezakan antara you dengan I hah?”Soal Danish Arham.
Daniel Arman hanya mendengar. Tidak
dapat menangkap maksud sebenar kata-kata Danish Arham.
“Memandangkan wajah kita tak jauh
beza, agak-agaknya masa ‘bersama’ dengan you, pernah tak dia terbayangkan
I?”Soal Danish Arham dalam ketawa.
“You
better go now.”Tenang Daniel Arman meminta Danish Arham beredar bila
menyedari Danish Arham cuba untuk bermain dengan perasaan Nina.
Nina terasa dadanya mula berombak
kecil. Tangisnya ditahan. Terasa sakit hatinya dengan kata-kata Danish Arham.
Hakikat sebenarnya hanya dia yang tahu. Daniel Arman belum pernah menyentuhnya
sebagai isteri. Satu perkara yang Danish Arham tidak mungkin akan faham. Tidak
mungkin Daniel Arman seperti Danish Arham!.
“She
must be very good in bed.”Sambung Danish Arham sambil memandang ke arah
Nina.
Turun naik dada Nina menahan air
matanya dari keluar. Tidak tahu kenapa Danish Arham perlu mengheret isu ‘bilik
tidur’ ke dalam perbalahan kecil mereka. Hakikatnya dia yang menjadi mangsa.
“You
must leave before I call the security!”Kali ini tutur Daniel Arman
kedengaran tegas.
“Just
admit it, she’s good, isn’t she?, consider
that she got her first lesson from me!”Sambung Danish Arham dalam ketawa
sinis.
Air mata Nina sudah tidak dapat
dibendung. Dalam sendu yang ditahan-tahan, air matanya menitis. Danish Arham
memang tidak pernah menghormati dia sebagai wanita. Kata-katanya tadi merupakan
satu penghinaan kepada Nina. Namun Nina tidak berdaya untuk menyanggah
kata-kata Danish Arham. Dia lemah apabila berhadapan dengan lelaki itu. Apatah
lagi lelaki itu yang bertanggungjawab meragut kesucian dirinya dulu.
Daniel Arman hilang sabar dengan
kata-kata Danish Arham. Dia tidak senang apabila melihat air mata Nina. Dalam
hatinya ada belas kepada Nina. Pantas Daniel Arman menghampiri Danish Arham,
leher baju Danish Arham dicekak dan diheret ke pintu.
“Easy
man, I can find my own way.”Danish Arham menepis tangan Daniel Arman.
“She
is my ‘left over’, you deserve a better woman!” Sambung Danish Arham seraya
berlalu.
Air mata Nina mengalir laju,
kata-kata Danish Arham satu penghinaan terhadap dirinya. Memang dia bekas
orang, hanya sisa yang ditinggalkan tetapi dia tidak berhak dihina begitu. Di
hina seolah-olah apa yang berlaku berpunca darinya. Di hina seolah-olah dia
tidak layak untuk mana-mana lelaki kerana dia hanyalah sisa. Sisa Danish Arham
yang ditinggalkan.
“I’m
sorry.”Kata Daniel Arman, kesal dengan kata-kata Danish Arham sebentar
tadi.
“He’s
right, I’m just his ‘leftover’.”
Nina berlalu dengan air mata, memang
benar kata Danish Arham. Daniel Arman berhak mendapat wanita yang lebih baik
daripadanya. Dia tidak lebih daripada sisa yang ditinggalkan. Dia tidak layak
untuk Daniel Arman, malah tidak layak untuk mana-mana lelaki. Dia bukan isteri
sempurna dan tidak mungkin akan menjadi isteri yang sempurna.
sedihnyer..mmg terbaek..
ReplyDeletesalam dik..membaca E3 kali ni..emosi akak bercelaru sebagaimana Nina..macam nak sepak sepak D. Arham dan menyilikan mulutnya yg macam longkang tu..Kenapa ek ..dia tu tak kena langgar ngan trak lori sampah..geramnya akak..dahlah dia merogol nina tanpa belas ihsan..meninggalkan zuriatnya dan membiarkan nina menanggung dan menelan semua fitnah yg dilemparkan keatas dirinya kerana mengandung anak luar nikah..kematian ibu kerana perangai manusia iblis tu ..boleh ngan selamba rock setelah 5 tahun ..berjumpa kembali boleh luahkan perkataan "leftover" pergh..makan dalam..weyh..
ReplyDeleteApa perasaan Arman ek..bila nina ..isterinya dihina sebegitu rupa..bagaimana ia hendak melupakan bait bait ayat yg dilontarkan oleh seorg abg yg sungguh biadap tingkahlakunya..bagaimana pula bila ia bersama ngan nina nanti..tidak kah kata kata itu akan memakan dirinya dan menjadikan dia tidak betrah bersama ngan nina?? alahai dik.. kesian kan arman..bagaimana ek pendirian dia..nanti terhadap nina..adakah dia akan memaksa nina tinggal bersamanya dan menggunakan kuasa vetonya sebagai seorg suami kerana takut abangnya akan menganiayai isterinya nina yg dia telah sayang dan cintai secara diam..menghuni minda dan ruang hatinya bila bersendirian..untuk melindungi dan mencuba nasibnya bersama nina??
Akak seakan dapat merasakan perasaan nina kini..terasa dirinya kotor dan jijik..dan bagaimana dia hendak bersama dengan seorg lelaki lain walaupun dengan suami sendiri kerana bayangan dia dirogol dengan rakusnya oleh Arham menjadi mimpi igauan nya setiap malam ..
aduhai dik..kesian kan kalo kita letakkkan diri kita sendiri didalam diri nina dan arman ..
Teruja nak tahu dik ..apa ek akan terjadi selepas ini..harap harap esuk ada E3 lagi..ya..akak macam dah tak sabar nak tahu kelanjutan citer ini..dan syabas dik..kerana watak yg adik ketengahkan memang real..
semakin best!!!!!!!!!!!!!!!!
ReplyDeletebest!!!
ReplyDeletehuarghh!!!nape pendek sgt akak???x puas bce huhu, nk lagi...nak lagiiiii
ReplyDeletekak ida punyer komen, sye sokong ok... ahhahaha tpi sye xleh nk benci danish, im sowie....
ReplyDeletekurang asam jawa punya Danish Arham..bukan main sedap lagi dia menghina nina...tak sedar ingat yg dia tu lebih hina daripada nina...harap2 Daniel Arman dapat membela nasib isteri dia nina...
ReplyDeletenape..pendek sgt..?
ReplyDeletenk lg...bile nk smbung..
ReplyDeletekurang ajar betul si Danish Arham tu.... lansung tak ada rasa bersalah atas apa yg telah dilakukan pada Nina malah sempat plak dia menyindir Nina dan Daniel Arman... rasa nak je belasah si Danish Arham ni.... biar sedar diri sikit...
ReplyDeleteKesian Nina..... moga terus tabah dan belajar mempertahankan diri...jgn biarkan diri dihina sesuka hati... awak lansung tak bersalah....jadi jgn cepat mengalah....
Daniel Arman...pls be the hero....at least sbg seorg suami yg mempertahankan maruah seorg isteri....
bestnya baca komen2 anda.thanks..
ReplyDeleteDanish Arham nie senget btoiii....rsa mcm nk lempang laju2 ja...geram...
ReplyDeleteTulip Ungu Tahniah!! crita nie smakin hangat...
Awesome post.
ReplyDeleteCheck out my weblog ... best business to start
My brother recommended I might like this blog. He was totally right.
ReplyDeleteThis post actually made my day. You cann't imagine just how much time I had spent for this info! Thanks!
Feel free to surf my blog post ... vergleich krankenversicherung privat
Hi there this is kind of of off topic but I was wondering if blogs use
ReplyDeleteWYSIWYG editors or if you have to manually code with HTML.
I'm starting a blog soon but have no coding know-how so I wanted to get advice from someone with experience. Any help would be greatly appreciated!
Also visit my web page : all inclusive packages
Hello all, here every one is sharing such familiarity,
ReplyDeletethus it's fastidious to read this web site, and I used to pay a visit this webpage daily.
My web-site ; home equity loan refinance rates
Geram giler dengan kembar dia tu la... Jemput singgah ke blog saya ye
ReplyDelete