Sunday, 25 March 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 7

terima kasih kepada semua yang telah meninggalkan komen... :) ikuti sambungannya.maaf kalau entry ni pendek sikit...

BAB 7

Seminggu berlalu dan Nina masih lagi berada di pejabat Daniel Arman, kalau mengikut kata Daniel Arman kali terakhir mereka berbincang, Nina hanya perlu berada di situ untuk tempoh seminggu sahaja untuk mempelajari serba sedikit tentang tugas barunya disitu tetapi setelah seminggu berlalu, Daniel Arman masih tidak mengarahkan dia kembali ke pejabat lamanya. Nina buntu. Marzuana yang dahulunya menjadi PA kepada Daniel Arman sudahpun mula menghabiskan cutinya yang masih berbaki. Tidak mungkin Daniel Arman akan menyuruhnya menggantikan tempat Marzuana sementelah gadis itu bercuti kerana Daniel Arman lansung tidak menyatakan apa-apa berkaitan hal itu.

            Nina duduk termenung di meja Marzuana, memang semenjak seminggu yang lalu tempat itulah yang menjadi persinggahannya. Apabila Marzuana berpindah kelak, dia pula yang akan mengambil alih meja dan kerusi di situ.

            Dalam dia leka termenung, tiba-tiba Sofea datang dari pintu hadapan pejabat DZMS Mall.

            “ Kak Nina, tadi Encik Arman bagitahu, dia mintak tolong download e-mail yang suppliers baru hantar.” Sofea berlalu semula ke meja receptionist sejurus menyampaikan pesanan.

            Nina bingkas bangun, dia menuju ke bilik Daniel Arman. Sejak hari pertama dia di situ, inilah kali pertama dia masuk ke bilik Daniel Arman. Bilik yang luas itu tersusun kemas. Wangian lavender kuat menusuk hidung Nina sewaktu dia melangkah masuk tadi. Sebelum ini dia hanya mempelajari hal-hal berkaitan tugas barunya sebagai PA Daniel Arman melalui Mrazuana sahaja. Belum pernah lagi dia betul-betul berurusan terus dengan lelaki itu. Disebabkan itu juga, dia berasa sedikit gugup bila diminta masuk ke situ dan menyentuh peralatan milik Daniel Arman.

            Nina cepat-cepat duduk di kerusi Daniel Arman. Dia akan menyegerakan tugasnya bagi mengelakkan dia bertembung dengan Daniel Arman dalam bilik itu. Biar tugasnya sudah selesai apabila Daniel Arman kembali ke biliknya nanti. Nina menekan butang ‘on’ pada komputer dan menunggu.

 Apabila skrin komputer mempamirkan window dan bersedia, Nina kecewa kerana komputer Daniel Arman memerlukan kata laluan sebelum fail-fail lain boleh dibuka.

            Untuk seketika Nina berfikir, bagaimana caranya untuk dia membuka fail sekiranya dia sendiri tidak tahu kata laluannya. Tiba-tiba Nina teringatkan Sofea. Sofea telah lama bekerja untuk Daniel Arman, tentu gadis itu tahu. Nina angkat ganggang telefon dan terus mendail meja receptionist.



“Hello Sofea, boleh tolong akak tak?” Soal Nina dari hujung talian.

            “Tolong apa?” Soal Sofea kembali. Dia memandang kepada Daniel Arman yang baru melintasi mejanya dan berhenti betul-betul dihadapannya.

            “Sofea tahu tak password Encik Arman? akak dah on computer dia tapi kena masuk password pulak.” Ujar Nina.

            Password?” Sofea angkat kening ke arah Daniel Arman.

            Daniel Arman memberikan isyarat kepada Sofea untuk meletakkan ganggang.

            “Kejap lagi saya call akak balik.” Sofea terus meletakkan ganggang telefon dan memandang Daniel Arman dengan pandangan pelik. Kenapa pula tiba-tiba lelaki itu memintanya meletakkan ganggang.

            “Cik Nina kata komputer Encik Arman kena masukkan password dulu.” Kata Sofea.

            “Biar saya pergi tengok sendiri.” Kata Daniel Arman tenang seraya berlalu.

            Sofea hanya melihat Daniel Arman sambil mengangkat bahu. Tidak tahu apa yang berada dalam kepala bosnya itu.



Nina menanti panggilan Sofea dengan sabar. Sedang dia leka merenung kosong skrin komputer tiba-tiba pintu bilik itu dibuka dari luar.

            I Love You.” Kata Daniel Arman tiba-tiba sejurus masuk. Pintu bilik ditutup semula.

            “Hah?” Nina angkat kening. Memandang tepat ke arah Daniel Arman.

            Daniel Arman bergerak ke arah kerusi yang diduduki Nina. Dia berdiri betul-betul dibelakang Nina yang sedang duduk menghadap komputer sambil memegang mouse. Daniel Arman menunduk sedikit dan meletakkan jari jemarinya di atas tangan Nina yang sedang memegang mouse.

            Tiba-tiba sahaja jantung Nina berdegup kencang. Terasa wajahnya panas tatkala Daniel Arman memegang tangannya sambil menggerakkan tetikus komputer.

            Passwordnya I LOVE YOU.” Kata Daniel Arman dekat di telinga Nina.

            Hati Nina berdebar, wangian Daniel Arman kuat menusuk hidungnya. Terasa tangannya sejuk. Dia hanya duduk terpaku tanpa berbuat apa-apa. Membiarkan sahaja Daniel Arman menggerak-gerakkan tetikus. Terasa semua derianya mati saat itu.

            Dalam kelekaan itu, tiba-tiba pintu bilik dibuka dari luar. Terpancul wajah ceria Azzura dari muka pintu. Daniel Arman cepat-cepat mengalihkan tangannya dari tangan Nina dan membetulkan posisi badan sambil menjarakkan diri dari tubuh Nina.

            “Sayang, kenapa lambat sangat, tadi kata nak lunch sekali. Dah lama I tunggu you kat bawah.” Kata Azzura dalam nada manja. Dia hanya berdiri di muka pintu. Tidak mengesyaki apa-apa.

            “Jom lah, I pun memang nak turun tadi, tapi ada hal sikit dengan komputer tadi.” Dalih Daniel Arman seraya berlalu.

            Nina menarik nafas dalam, baru tadi dia rasakan Daniel Arman cuba menarik perhatiannya tetapi ternyata dia silap. Hampir-hampir dia perasan dengan kata-kata sayang dari Daniel Arman awal tadi. Rupa-rupanya kata indah itu cuma sekadar kata laluan bagi log masuk ke komputer lelaki itu.

Daniel Arman sudahpun menemui pilihan hatinya. Memang benar kata Datuk Zainudin dulu, Daniel Arman tidak pernah terikat dengan dirinya. Hanya dia yang dirantai dengan ikatan itu. Untuk seketika dia rasa terkilan dengan semua yang terjadi. Memang nasib baik tidak berpihak kepadanya dan dia harus kuat menelan semua itu.

            Nina terus menyiapkan kerjanya di situ. Dia harus professional, seboleh-bolehnya dia akan cuba berusaha untuk tidak mencampur adukkan hal peribadinya dengan hal kerja. Kini dia perlu memikirkan dirinya sendiri. Dia tidak akan membiarkan semua itu mengganggu hidupnya. Dia nekad akan mencorakkan kehidupannya sendiri walaupun dirinya itu berstatus isteri yang digantung tidak bertali.

p/s-ada tak part yg readers paling suka?

18 comments:

  1. ala...pendeknya akak, post la pnjang2 sikit, x puas nk lepas windu hehe...smbg lagi please!!! T_T

    ReplyDelete
  2. intan abd wahab25 March 2012 at 06:05

    dah pernah baca tulisan tulip sblum ni tp yg baru ni baru aje baca....tahniah...harap dptlh pnjngkn sdikit spya lps utk brnafas...:))

    ReplyDelete
  3. Bestx3... suke part daniel ckp I LOVE YOU kt nina... sweet sngt... mcm ade mkna tersirat... hehehe

    ReplyDelete
  4. yg part I LOVE U tu!! cik tulip sambung lagi..mengingau malam karang..hihik <3 <3

    ReplyDelete
  5. Daniel Arman..apa sebenarnya yg dia kehendaki dari seorg isteri yg dibenci diawal perkawinan dan apa sebenarnya tujuan mamat sengal tu mempermainkan hati wanita seorg isteri..bermesra ngan wanita yg bukan muhrimnya dan cuba menyembunyikan perhubungan nya dengan nina isteri yg dinikahi nya 4 tahun lalu..
    Kalau tidak memerlukannya ..lepaskan lah ia ..biar nina sendiri yg mencorakkan kehidupannya..
    akak rasa nina boleh minta fasakh kan..
    perjalanan citer ni semakin menarik dik..

    ReplyDelete
  6. I love u too.. <3 <3

    Sweet gile el... sorry slama ni rin baca senyap je sbb malas nak komen . hehehe... :)

    ReplyDelete
  7. wah..complicatednya.. next apa yg jd ye??? x sabar nak tahu..

    ReplyDelete
  8. Ni yang nk marah cik tulip ni,sikit sgt xpuas baca..

    ReplyDelete
  9. Best..tp pendek lah plak,baru nak syok baca tetiba the end..adoi yai,ialah kenapa Nina tak minta fasakh ya,sebab bolehkan dari ikatan yg tiada pengakhiran,sabar sungguh nina selama 4 tahun hidup dengan status isteri tetapi tidak membawa apa-apa makna,any way apa jadi ngan kembar arman ya??

    EL.

    ReplyDelete
  10. Ohoho pendeknye!!br nk senyum dh ada org kacau br nk marah cite dh abis..alah nk lg

    ReplyDelete
  11. baru je nak sengih.. tup-2 stop tetiba... uwaaaa~~ sedih cenggini... neway... esok upload hehe *demand lebih!!*

    ReplyDelete
  12. ishhh cik tulip.. awat la si azura tu kacau.. hai lah..dh elok td adegan sweet sgt..hehehe

    ReplyDelete
  13. sweetnye..first time baca novel selalunya tgok kat tv je tebal sngt..hihihi

    ReplyDelete
  14. Rase nak ketuk je kepala arman...tang password tu..btw best novel akak tulip..hee

    ReplyDelete
  15. Rase nak ketuk je kepala arman...tang password tu..btw best novel akak tulip..hee

    ReplyDelete
  16. Rase nak ketuk je kepala arman...tang password tu..btw best novel akak tulip..hee

    ReplyDelete