BAB 22
Izhar
masuk ke bilik Rayyan selepas mengetuk pintu beberapa kali. Wajah Rayyan yang
tersenyum memandangnya menunjukkan Rayyan senang dengan kehadirannya pagi itu.
Rayyan mengemas-ngemas mejanya yang sedikit semak dengan kertas-kertas bertaip.
Dia menyusun kertas-kertas tadi di satu sudut meja.
Izhar yang maju dari pintu ke arah
meja Rayyan mengambil tempat di sebuah kerusi berhadapan meja Rayyan. Telah
seminggu Rayyan tiada di pejabat kerana outstation.
Kadang-kadang Izhar cemburu dengan Rayyan. Rayyan selalunya menjadi orang
kepercayaan Datuk Hassan berbanding dirinya. Tetapi Izhar sendiri cukup
mengenali Rayyan, memang Rayyan merupakan pekerja yang baik dan rajin. Biasanya
Rayyan yang akan selalu menyandang gelaran
Employee Of The Month kategori Office
Executive. Dia selalunya kalah dengan Rayyan. Tidak hairanlah Rayyan
menjadi orang kepercayaan papanya.
“Sihat?” Izhar sekadar berbasa basi.
“I’m
good.”Rayyan menjawab ringkas.
“Camane pergi Sabah, best?”Izhar bertanya, sekadar mengisi
kekosongan antara mereka.
“Hujan panas di negeri orang, hujan
batu di negeri sendiri, best lagi
negeri sendiri.” Seloroh Rayyan.
“Mana la tahu dah jumpa awek Sabah pulak.”
Izhar menggiat.
“Awek memang ramai, berbakul-bakul
nombor phone I dapat, U nak kongsi pun boleh jugak, tak
terlayan I sorang-sorang.” Seloroh
Rayyan lagi.
Izhar ketawa kecil mendengar
kata-kata Rayyan. Memang Rayyan tidak pernah serius bila soal teman wanita
dibangkitkan. Ingatannya pada Ainul Radhiah masih kuat membelenggu hati.
“Ada apa hal U datang cari I, selalunya
I yang datang cari U dulu?” Rayyan bertanyakan tujuan Izhar
datang menemuinya. Biasanya Izhar hanya mencarinya pada waktu makan tengahari,
mengajak dia meneman makan.
“I
nak pinjam koleksi DVD komedi U.”Izhar
berterus terang tentang tujuan kedatangannya ke bilik Rayyan.
“Sejak bila pulak U minat tengok cerita komedi ni?” Rayyan
bersoal pelik. Selama ini tidak pernah Izhar bersuara untuk meminjam koleksi
DVD miliknya.
“U
nak bagi pinjam ke tak?” Izhar bersuara senada, berharap Rayyan tidak berfikir
jauh. Dia tidak mahu Rayyan tahu niat sebenarnya dia mahu meminjam DVD.
“Dulu cerita seram, sekarang komedi
pulak. Makin hari makin pelik la U
ni.”Kata Rayyan lagi. Memang Izhar berkelakuan pelik pada pandangan matanya.
“Kalau tak nak bagi pinjam takpe
la.” Izhar berkira-kira untuk bangun, berpura-pura berjauh hati dengan
kata-kata Rayyan.
“Bila masa pulak I cakap tak nak bagi, lusa I bawak.” Kata Rayyan lagi.
“Lusa?, esok tak boleh ke?” Izhar
bernada tidak sabar.
“Esok, I Offday.” Rayyan bersuara mengendur.
“Baru masuk kerja hari ni, esok dah offday?”Izhar bertanya pelik.
“Kes Ainul dibacakan semula, esok I nak pergi court.” Rayyan bersuara mengendur. Dia berpura-pura sibuk dengan
mengemas-ngemas bekas pen di atas meja.
“U
need to let her go Rayyan.”Izhar turut bernada mengendur, faham dengan
gelodak perasaan teman baiknya itu.
“So
how’s your wife?”Rayyan mengalih topik perbualan.
“It’s
been three years since she has gone, U need to go on with your life.” Izhar
tidak menjawab pertanyaan Rayyan.
“She
was my first love, how can I forget her. Lain la kalau U sanggup give up Ardini
untuk I.”Kata Rayyan lagi. Meluahkan
rasa hati sekaligus berseloroh.
“Ramai lagi anak dara lain, takkan
bini orang jugak U nak sapu.” Izhar
bersuara senada, turut berseloroh, tiba-tiba hatinya dipanah api cemburu dengan
kata-kata Rayyan.
“Dulu kata tak suka, sekarang takut
pulak orang rampas.” Rayyan sengaja menggiat. Menduga sejauh mana hati Izhar
telah berubah.
“Mengarut la U ni, lusa bagi I DVD-DVD
tu.” Izhar bersuara seraya bangun. Tidak mahu berlama-lama di situ, bimbang
Rayyan membongkar rahsia hatinya.
Rayyan hanya tersenyum mendengarkan
kata-kata Izhar. Dia tahu Izhar sudah mula mempunyai perasaan lain selain benci
terhadap Ardini. Ternyata kata-katanya dulu menjadi kenyataan. Mana mungkin ada
lelaki yang mampu menolak Ardini dalam hidup mereka. Malah dia sendiri turut
terasa hanyut untuk seketika. Sekiranya Ardini tidak ditakdirkan untuk Izhar
tentu dia telah terlebih dahulu mencuba nasib.
Izhar berjalan melintasi ruang tamu
lalu keluar ke pintu depan. Dia mengambil tempat di salah satu kerusi kayu yang
terletak disebelah kanan banglonya. Akhbar yang dibawa dari dalam rumah di
letakkan di atas meja. Dari situ dia memerhatikan Ardini yang sedang leka
menyiram pokok-pokok bunga di halaman. Sejak Ardini tinggal bersamanya, segala
urusan di rumahnya dijaga rapi termasuk pokok-pokok bunganya. Selama ini Izhar
hanya mengharapkan pembantu rumah warga Indonesia yang diupah untuk menjalankan
kerja-kerja rumah disebelah siang. Waktu malam, pekerja-pekerjanya akan pulang
ke kediaman masing-masing.
Semenjak Datuk Hassan menetapkan
tarikh perkahwinannya dulu, kesemua pembantu rumahnya telah ditamatkan
perkhidmatan. Pada awalnya dia berniat mahu mengenakan Ardini. Tidak disangka
Ardini akan bersabar dengan kerenahnya sehingga ke tahap sekarang. Izhar
tersenyum sendiri. Ardini memang seorang yang cekal dan sabar.
Senyum Izhar mati apabila Ardini
lalu dihadapannya. Dia seboleh mungkin mengawal riak muka supaya tidak
kelihatan jelas dimata Ardini.
“Come
join me.”Izhar bersuara senada. Ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada
Ardini.
Ardini mengangkat kening. Pelik
mendengar pelawaan Izhar.
“Have
a seat.”Izhar bersuara lagi selepas dilihatnya Ardini masih berdiri tegak.
Ardini melabuhkan punggung di kerusi
sebelah kiri, tidak jadi melangkah ke dalam rumah.
“Kenapa?” Ardini bersoal pelik
sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Tidak pernah Izhar mempelawanya duduk
bersama, terutamanya berdua-duaan begitu.
“Malam ni tak payah masak.”Izhar
bersuara senada, pandangannya dibuang ke luar pagar rumah.
“Awak nak makan kat luar?” Ardini
bersoal lagi. Tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia sudah boleh bersoal
jawab dengan Izhar. Mungkin kerana kedinginan Izhar yang sebelum ini tebal
semakin menipis.
“I
order Pizza je.” Izhar menerang ringkas.
“Okey.” Ardini menjawab sepatah.
Kalau itu kehendak Izhar, dia menurut sahaja.
Ardini berkira-kira untuk bangun
tapi dihalang oleh Izhar.
“I
belum habis lagi.” Izhar bersuara senada. Akhbar diatas meja dicapai dan
dibuka satu persatu halaman.
Ardini kembali duduk di kerusi.
Menunggu kata-kata Izhar yang seterusnya.
“Hujung minggu ni I nak makan asam pedas ikan terubuk
campur dengan bendi.” Izhar memberitahu. Memang sudah lama dia teringin untuk
makan asam pedas ikan terubuk. Dia berpura-pura membaca dengan menyelak halaman
demi halaman.
“Okey.” Ardini menyatakan
persetujuan. Dia berasa pelik, hujung minggu bermakna hari Ahad, ada lagi tiga
hari sebelum sampai ke hari Ahad. Kenapa Izhar memaklumkan terlalu awal
kepadanya.
“Ada lagi ke nak pesan? Kalau takde
saya nak naik dulu.”Ardini bersoal lagi setelah dilihatnya Izhar mendiamkan
diri sambil menyelak halaman surat khabar.
“Mulai esok, masuk bilik I, tolong kemas apa yang patut, cadar tu
tukar seminggu sekali.” Izhar berpesan lagi. Dia sebenarnya ingin menghabiskan
masanya bersama Ardini. Sengaja dilengah-lengahkan masa yang berlalu, terlalu
indah bila dapat berbicara seperti itu bersama Ardini.
“Okey.” Ardini menjawab sepatah.
Perkara itu tidak menjadi masalah kepadanya. Memang dia sudah terbiasa membuat
kerja-kerja rumah di situ.
“Pukul lapan malam ni turun bawah,
jangan terperap dalam bilik je. I order pizza
lebih, tak payah masak nasi, makan Pizza
je.”Izhar masih menyampaikan pesanan. Sebolehnya dia mahu Ardini masih
di situ menemaninya. Pelik kerana awal dulu, dia seboleh-bolehnya tidak mahu
melihat wajah Ardini tapi kini perasaannya berbeza. Tatkala kelibat Ardini
melintas, dia akan mencuri pandang. Mungkinkah dalam hatinya telah bercambah
rasa cinta pada Ardini. Dia sendiri tidak boleh menjawab dengan pasti.
“Terpulanglah.” Ardini menjawab
sepatah, dia tidak kisah tentang makanan, apa yang ada dia akan makan.
Kadang-kadang dia sendiri tidak makan malam.
Ardini bangun setelah dia pasti
Izhar sudah habis menyampaikan pesanan kepadanya. Langkahnya diatur menuju ke
bilik. Dia akan mengemas biliknya dengan masa yang terluang.
Izhar memerhatikan Ardini dari
belakang. Sejak kebelakangan ini dia teringin benar untuk menghabiskan masa
bersama Ardini. Tapi tidak pernah terdetik dihatinya untuk meluahkan rasa hati.
Masih teringat akan layanan buruknya kepada Ardini sewaktu awal perkahwinan
mereka. Tak mungkin dia akan berterus terang dengan Ardini sekarang kerana dulu
dialah yang beria-ia ingin menyingkir gadis itu dari hidupnya.
Izhar duduk termenung di ruang tamu
rumah. Hampir lima belas minit yang lalu pizza dihantar ke rumahnya. Sementara
menunggu Ardini turun untuk menghidang, Izhar membuka Hi finya. Lagu nyanyian Zivillia, Aishiteru berkumandang. Izhar mendengar penuh penghayatan, sedikit
sebanyak ia menggambarkan apa yang sedang dirasakan hatinya terhadap Ardini
kini.
Lamunan Izhar terhenti apabila
terdengar langkah tapak kaki Ardini menuruni anak tangga. Sejurus Ardini
melintas tempat dia duduk, Izhar bersuara.
“Tolong hidangkan.”Izhar bangun,
mengambil kotak pizza dan dihulurkan kepada Ardini.
Ardini menyambut huluran tangan
Izhar. Pizza ditangannya dibawa ke dapur lalu dihidangkan ke dalam pinggan.
Setiap potongan diceraikan, bakinya dibiarkan didalam kotak. Pizza yang telah
dihidang ke dalam pinggan dibawa ke meja makan.
“Bawa ke sini.” Terdengar suara
Izhar separuh melaung dari ruang tamu mengarahkan Ardini membawa pizza tersebut
ke sofa.
Ardini hanya menurut. Pizza ditangan
dibawa ke ruang tamu. Tiba di ruang tamu Ardini meletakkan pizza di atas meja
kaca di tengah-tengah ruang. Ardini berpatah ke belakang untuk menyimpan baki
pizza yang ditinggalkan di dapur. Belum pun sempat Ardini melangkah Izhar
bersuara lagi.
“Duduk dulu, teman I tengok movie, makan sekali, banyak ni.”Izhar memberi arahan sambil matanya
memandang ke arah pinggan yang berisi pizza.
“Cerita apa?, kalau cerita hantu,
saya tak mahu la.” Ardini bersuara mengendur, teringat kali pertama menonton movie bersama Izhar, dia terpaksa
menahan nafas dan rasa takutnya kerana menonton cerita seram.
“Cerita komedi, takde hantu.” Izhar
bersuara senada, tentu Ardini takut dia melakukan perkara yang sama seperti
dulu. Membuka cerita seram sewaktu fius tingkat atas ‘rosak’.
“Saya simpan baki pizza dulu.”
Ardini melangkah ke dapur, baki pizza akan disimpan dalam peti, esok dia boleh
panaskan semula dalam microwave oven.
Yang dihidangkan kepada Izhar tadi pun lebih dari cukup untuk mereka makan
berdua.
Izhar bangun menuju ke tv, DVD yang
dipinjam dari Rayyan dikeluarkan dari sampulnya. Pemain DVD dihidupkan, dan DVD
cerita komedi dimasukkan. Dalam tidak sedar Izhar tidak tahu yang dia telah
bertindak terlalu jauh untuk mendekati Ardini. Selama ini dia tidak pernah
mengambil berat akan hal-hal remeh seperti itu. Hidupnya hanya diisi dengan
kesibukan bekerja. Sekali sekala dia akan mengunjungi kelab malam untuk
berhibur. Rakan wanitanya juga ramai tapi cuma setakat teman-teman biasa
sahaja. Dia tidak pernah serius menjalinkan hubungan dengan perempuan. Yang
paling rapat dengannya cuma Delia. Hanya Delia yang mampu menawan hatinya. Tapi
itu dulu, rasa cinta kepada Delia sudah tiada. Kini dia terasa sesuatu terhadap
Ardini tapi bukan perasaan cinta yang sama seperti yang diberikan kepada Delia
dulu.
Semasa bersama Ardini, dia lebih
suka Ardini mendengar katanya. Dia lebih suka melindungi Ardini berbanding
perasaannya terhadap Delia. Dia lebih suka Ardini menutup aurat dari pandangan
lelaki lain walhal dengan dia sendiri pun Ardini masih menjaga aurat. Dia tidak
suka Ardini terlalu lepas bebas. Biar Ardini hanya berada bersamanya. Mungkin
dia terlalu protective ataupun dia
hanya mahukan Ardini untuk dirinya. Dia sendiri tidak ada jawapan untuk soalan
itu.
Lamunan Izhar terhenti bila dia
menyedari Ardini telahpun mengambil tempat di bahagian sofa sebelah kanan.
Butang play pada DVD player diaktifkan dengan menggunakan
alat kawalan jauh.
“Cerita apa ni?” Ardini bertanya
lanjut.
“Cerita blue.”Izhar berseloroh, sengaja mahu mengusik, dia berpaling
memandang Ardini, ingin melihat reaksi Ardini.
“Awak biar betul?” Ardini
mengerutkan dahi, bertanyakan kesahihan kata-kata Izhar. Kalau betul Izhar mahu
menonton cerita blue, dia akan angkat
kaki.
“Johnny
English.” Izhar menjawab senada selepas melihat riak muka Ardini yang telah
berubah. Memang dia sengaja menggiat. Suka melihat muka gelabah Ardini.
“Oh…Pelakon Mr. Bean tu ke.” Kata-kata yang lebih berbentuk kenyataan
berbanding soalan. Ardini membuang pandang ke skrin tv. Kalau cerita komedi dia
tidak kisah asalkan bukan cerita seram atau cerita blue seperti yang diberitahu Izhar.
Sejurus cerita bermula, Ardini tidak
dapat menahan gelak melihat gelagat Rowan Atkinson dalam filem tersebut. Dia
tergelak-gelak sehingga mengalirkan air mata, sekali sekala dia menyapu air
mata dengan hujung tudung. Memang sejak kecil dia minat menonton cerita komedi.
Kalau dulu dia suka menonton cerita Mr.Bean,
walaupun ada yang kata cerita itu hanya lawak bodoh tapi dia tetap suka
menonton. Baginya minat itu subjektif bagi setiap orang, mungkin tidak kelakar
bagi orang lain tapi kelakar bagi dirinya.
Izhar hanya memerhatikan skrin tv
dengan pandangan kosong. Sedari tadi perhatiannya lebih tertumpu kepada Ardini.
Setiap kali Ardini ketawa sehingga ke pendengaran telinganya dia akan
berpaling. Memerhatikan gelagat Ardini yang sedang ketawa. Tidak pernah dia
melihat Ardini berkeadaan begitu, selalunya Ardini hanya beriak biasa
dihadapannya. Kali pertama dia melihat Ardini terlalu gembira, dia turut
merasakan perkara yang sama. Bukan gembira kerana menonton filem tersebut
tetapi lebih kepada gembira melihat Ardini galak ketawa sehingga tidak
menyedari akan renungannya. Izhar mengukir senyum. Masih terlalu banyak tentang
Ardini yang diluar pengetahuannya. Saat itu dia merasakan bahawa dia ingin
lebih mengenali Ardini.
Ardini masih mengelap sisa air mata
kerana terlalu banyak ketawa walaupun filem telah habis. Terasa sakit tepi bibirnya
kerana ketawa tidak berhenti. Setelah lama dia tidak menonton cerita komedi,
kini dia menonton semula bersama Izhar.
“Nak tengok yang lain ke?” Izhar
bertanya lanjut selepas melihat Ardini cukup gembira menonton cerita tadi.
Ardini hanya menggeleng-geleng
kepalanya. Terasa letih kerana terlalu banyak ketawa. Cukuplah cuma menonton
satu filem. Dia terlalu banyak ketawa sehingga terlupa untuk menjamah pizza.
“Makanlah, dah sejuk pun.” Izhar
mempelawa setelah menyedari renungan mata Ardini ke pinggan pizza. Sengaja dia
tidak mahu mengganggu perhatian Ardini tadi kerana dia terlalu asyik merenung
wajah Ardini ketika gadis itu ketawa.
Ardini mencapai sekeping dan disuap
ke mulut. Kali pertama dia menghabiskan malam yang indah bersama Izhar,
walaupun dia lebih banyak ketawa berbanding menumpukan perhatian kepada Izhar.
“Kalau nak tengok lagi, ada cerita
lain.”Izhar bersuara, mengisi kekosongan ruang antara mereka sambil memasukkan
kembali DVD yang baru dikeluarkan dari DVD player
ke dalam sampulnya.
“Tak naklah, esok pulak. Dah penat
ketawa.” Ardini menggeleng-geleng kepala, berterus terang dengan apa yang ada
dalam hatinya.
Izhar menukar tv ke siaran Astro.
Walaupun tidak menghayati cerita tadi sepenuhnya namun dia berasa puas kerana
dapat menghabiskan masa bersama Ardini. Memang sejak mengenali Ardini dia lebih
cenderung melakukan perkara yang diluar jangkaannya sendiri. Dulu dalam benci
pun dia berubah, kini, dalam perasaan yang berbaur dan tidak pasti pun dia
turut berubah, mungkin masa depan dia akan terus berubah dan mencintai Ardini
kerana setiap hari dia semakin bahagia berada disamping gadis itu.
Ardini membawa pinggan kotor ke
dapur. Dia akan terus naik ke bilik, terasa janggal berdua-duaan dengan Izhar.
Tidak tahu apa yang harus dibualkan tatkala mereka bersama. Dia keliru, sejak
kebelakangan ini Izhar seperti menunjukkan perhatian yang berbeza kepadanya. Sudah
mula berlembut dengannya. Namun apabila teringatkan Maya, dia menyanggah rasa
hatinya.
Ardini sedang sibuk memasak di dapur
semasa mendengar telefon bimbit Izhar berbunyi. Dia hanya membiarkan, tidak
pernah dia mencampuri urusan Izhar. Izhar masih di luar membasuh kereta.
Telefon bimbit Izhar berbunyi lama dan mati sendiri bila tidak diangkat. Untuk
kali kedua telefon bimbit Izhar berbunyi lagi. Kali ini Izhar memanggil Ardini
dari pintu rumah.
“Tolong ambil phone I.” Izhar separuh melaung ke arah dapur.
Ardini mengecilkan api dapur, dia
sedang mereneh kuah asam pedas yang diminta Izhar. Langkahnya di atur laju
menuju ke meja kaca tempat Izhar meletakkan handphonenya.
Sejurus meraih telefon bimbit Izhar, Ardini terlihat nama pemanggil yang
tertera di skrin. Tiba-tiba dia rasa cemburu bila nama Maya yang muncul.
Langkah lajunya semakin lemah, kenapa nama Maya muncul saat dia baru merasakan
kemanisan bersama Izhar. Pedih rasa dihatinya kerana memikirkan dia hanyalah
isteri yang dikahwini Izhar kerana terpaksa dan bukan cinta.
Telefon ditangan diserah kepada
Izhar. Terlihat senyuman manis Izhar saat menyambut talian dari hujung sana. Saat
itu dia rasa kecewa kerana cinta Izhar tertumpah pada gadis bernama Maya.
Alangkah bahagianya sekiranya Izhar mencintai dirinya terlanjur dia sudah
menjadi isteri kepada lelaki itu. Apabila semua ini berakhir, ke mana dia akan
mengorak langkah lagi. Ini sahaja kehidupan yang dia ada. Kalau Izhar
meninggalkannya tentu dia tidak tahu harus melangkah ke mana lagi kerana hanya
kehidupan ini yang dia kenal. Dia tiada keluarga lain selain keluarga Izhar.
Tiba-tiba hatinya menjadi sebak memikirkan nasibnya dikemudian hari. Setitis
air matanya tumpah tanpa sedar.
Lamunan Ardini terhenti tatkala
Izhar bersuara dari pintu dihadapannya. Sudah berapa lama dia berdiri di situ
pun dia tidak sedar.
“I
lunch kat luar, lauk tu simpan dulu, malam nanti panaskan.”Izhar bersuara
namun tatkala bertentang mata dengan Ardini dia terlihat air mata gadis itu
menitis.
“Okey.” Ardini menjawab sepatah, dia
melangkah lemah menuju ke dapur. Renungan Izhar tadi tidak dipedulikan.
Sungguh hatinya pilu memikirkan
nasib dirinya. Entah bila dia akan terus bertahan dalam keadaan begitu dia
sendiri tidak pasti. Sampai bila Izhar akan menggantung dirinya tidak bertali,
dia tidak tahu. Hati Ardini lirih. Ardini mematikan api dapur, dia tiada hati
menyambung pekerjaannya yang terhenti tadi. Dia melangkah lemah menuju ke
biliknya.
Izhar merenung jauh, tidak tahu
mengapa hatinya pilu melihat air mata Ardini. Sungguh dia tidak tahu mengapa
Ardini menangis. Mungkin Ardini mencemburui Maya, mungkin juga Ardini marah
kerana dia akan keluar untuk makan tengahari sedangkan dia yang beria-ia
meminta Ardini memasak lauknya hari itu.
Izhar berjalan menuju ke kerusi kayu, tak mungkin Ardini mencemburui Maya
kerana Ardini sendiri tidak pernah mengenali Maya. Tak mungkin Ardini turut
menyimpan hati padanya setelah apa yang dilakukan pada Ardini dulu. Izhar duduk
di kerusi kayu sambil melurut-lurut rambut. Hatinya bagaikan ditusuk belati
tatkala melihat Ardini menangis. Kala itu dia tidak dapat menafikan yang dia
telah jatuh cinta pada Ardini. Setiap kali melihat Ardini menangis hatinya
bagai disiat-siat pilu. Tatkala Ardini jauh dia akan merindu. Setiap hari pasti
dia akan tertunggu-tunggu, ingin menatap wajah manis Ardini, mendengar suara
Ardini.
Maya tersenyum manis tatkala ternampak
kelibat Izhar yang sedang masuk ke pintu utama dan berjalan menuju kearahnya.
Dalam hatinya dia berasa terlalu gembira kerana berjaya memujuk Izhar untuk
keluar dengannya pada hari itu. Walaupun pada awalnya Izhar menolak
pelawaannya.
Dia tidak menunggu Izhar, hanya untuk mengalah dengan mudah. Dia akan
pastikan Izhar menjadi miliknya suatu hari nanti.
“Dah lama sampai?” Izhar berbasa
basi. Wajah Maya yang berpakaian body
shirt tanpa lengan dan berskirt ketat separas peha dipandang sekilas. Dalam
hatinya masih teringat akan Ardini. Memang awal lagi dia telah menolak pelawaan
Maya untuk berjumpa tetapi Maya berkeras mengajaknya keluar. Izhar cuma rasa
bersalah kepada Ardini kerana dia yang meminta Ardini memasak lauk khas
untuknya pada hari itu tetapi akhirnya dia keluar makan di luar.
“Baru dalam lima belas minit.” Maya
mengerling jam di tangan, kemudian memberikan senyuman manis kepada Izhar.
“I
tak boleh lama kat sini.” Izhar memberitahu jujur seraya mengambil tempat
di kerusi berhadapan dengan Maya. Dia masih teringat pada Ardini. Entah
bagaimana keadaan Ardini dia tidak pasti kerana sejak dia memaklumkan hendak
makan di luar tadi, Ardini masuk ke bilik dan tidak keluar-keluar.
“Ala U ni, dah banyak kali cancel keluar
dengan I, masih nak berkira
lagi.”Maya bersuara manja walhal dalam hatinya panas dengan kata-kata Izhar.
Dia harus bersabar untuk memikat hati Izhar.
“I
ada banyak kerja office.” Dalih
Izhar, tidak mahu Maya terasa hati dengan kata-katanya. Dia membuat pesanan
sejurus pelayan restoren datang menghampiri.
“Offday
pun buat kerja jugak?, U need to take
a break sometimes.”Maya masih bersuara manja, dia turut menyatakan pesanan
kepada pelayan tadi.
“So
how’s your work?”Izhar mengalih topik perbualan.
“Just
good, company papa I tak la besar
macam company Datuk Hassan, kerja pun
tak banyak macam U.” Maya menerang
ringkas. Dia juga seperti Izhar, membantu papanya menguruskan perniagaan
keluarga.
“It’s
not the matter of big or small, what does matter is how we run it.”Izhar
memberikan sedikit nasihat berdasarkan pengalaman dia membantu Datuk Hassan
menngembangkan perniagaan keluarga.
Sejurus kemudian pelayan restoren
datang membawa pesanan. Izhar dan Maya mula menjamu makanan masing-masing.
“Izhar,
I have something to tell U.”Maya bersuara lambat-lambat, makanan dalam
pinggan dikuis-kuis dengan sudu, suaranya dikendurkan.
“What?”Izhar
bertanya seraya meneruskan suapan.
“Actually
I’m in love with U.”Maya meluahkan rasa, dia sudah tidak boleh menyimpan
hasratnya yang terpendam. Sudah tiba masanya Izhar menyedari akan perasaannya.
“But..I’m
married.”Izhar mengangkat kepala, suapan dihentikan, sudu diletakkan semula
ke dalam pinggan, terperanjat dengan pengakuan Maya.
“I
know, but U have the right to marry more than a wife.”Kata Maya lagi, dia
masih berharap.
“I
tak kan mampu.” Izhar bersuara tenang, perasaan dia terhadap Ardini semakin
kuat hari demi hari dan dia juga tidak pernah jatuh cinta pada Maya.
“Sape kata U tak mampu, U lebih
daripada mampu dan I sanggup jadi second wife.” Maya merayu, berharap Izhar
menerimanya, memang sudah terlalu lama dia mengimpikan Izhar, pada peluang yang
ada ini dia meluahkan rasa hatinya, berharap Izhar memberinya peluang pada
perjumpaan kali ini. Mengharapkan peluang lain entahkan bila baru dia boleh
meluahkan isi hatinya.
“I
can’t.”Izhar menggeleng seraya bangun meninggalkan Maya. Wang kertas RM100
ditinggalkan atas meja. Dia bukan tidak mampu dari segi kewangan malah kalau
dilihat pada asetnya dia boleh beristeri empat sekalipun tetapi dia tidak mampu
dari segi hati dan perasaannya. Tidak mungkin dia boleh mengahwini Maya
sedangkan dia hanya berperasaan istimewa kepada Ardini. Kalau dulu tentu Maya
yang seksi dan putih gebu itu yang menjadi pilihan hatinya tetapi sejak
mengenali Ardini, dia terpikat dengan gaya dan wajah manis Ardini.
Maya bungkam. Dia kecewa kerana
Izhar lansung tidak mahu memberinya peluang. Harapannya, selepas dia meluahkan
rasa Izhar akan berpaling kepadanya kerana Ardini memang bukan lawannya. Maya
merasakan dia jauh lebih hebat dari Ardini. Kulitnya putih gebu jika
dibandingkan dengan Ardini yang hanya hitam manis. Gayanya juga lebih seksi dan
moden dibandingkan dengan Ardini yang bertudung litup. Tidak mungkin Izhar
menolaknya hanya kerana gadis seperti Ardini.
Maya menghempas sudu ditangan,
seleranya mati. Walaupun ditolak mentah-mentah oleh Izhar dia tidak akan
mengalah. Mana mungkin Ardini mampu menjadi pesaingnya. Ardini bukan saingannya
dan dia tidak akan kalah dengan Ardini. Dia akan pastikan Izhar jatuh ke
tangannya juga suatu hari nanti.
Izhar masuk ke rumah setelah pulang
dari makan tengahari bersama Maya. Sungguh dia tidak menyangka Maya akan
meluahkan perasaan terhadapnya. Dia memang mengenali Maya semasa mereka
sama-sama bersekolah malah mereka turut belajar di pusat tuisyen yang sama tetapi
Izhar hanya menganggap Maya sebagai teman biasa, tidak lebih dari itu. Memang
tidak dinafikan dia memiliki ramai teman dari kalangan wanita termasuklah Maya
tetapi Izhar tidak tahu kenapa Maya mengakui mencintai dirinya sedangkan Maya
dilayan sepertimana teman-temannya yang lain, tiada yang lebih.
Izhar membuang pandang ke ruang
tamu, kelibat Ardini tidak kelihatan. Biasanya bila dia keluar dari rumah,
Ardini akan duduk-duduk di ruang tamu menonton tv. Mungkin Ardini masih dalam
keadaan bersedih. Memikirkan Ardini, Izhar kembali rasa bersalah. Mungkinkah
Ardini marah kerana dia makan di luar atau Ardini cemburukan Maya setelah
melihat nama itu di skrin telefonnya tadi.
Izhar menghela nafas dalam-dalam,
kedua-dua sebab itu tidak mungkin menyebabkan Ardini menangis tadi. Antara dia
dan Ardini belum ada ikatan hati yang diluahkan dan tidak mungkin Ardini
mencemburui Maya dan Ardini juga tak kan mungkin marah kerana dia makan di luar
semata-semata. Sebelum ini pun dia banyak kali menyakiti hati Ardini tetapi
Ardini tidak pernah menangis. Mungkinkah Ardini sudah mula jatuh cinta padanya.
Kadang-kadang Izhar sendiri perasan akan kelainan tatkala Ardini merenungnya
dalam diam.
Izhar keliru, tidak tahu apa yang
harus dilakukan untuk memulihkan keadaan. Untuk berterus terang dengan perasaannya
dia bimbang Ardini tidak akan menerimanya setelah apa yang dilakukan kepada
gadis itu dulu. Untuk bertanya akan masalah yang dihadapi oleh Ardini, hubungan
mereka bukanlah serapat itu sehingga membolehkan perkara itu berlaku. Masih ada
jarak yang luas antara mereka.
Ardini menghidang makan malam di atas
meja makan. Sejak tengahari tadi dia hanya mengurung diri di dalam bilik. Selesai
solat magrib tadi dia terus turun ke bawah untuk menyediakan makan malam Izhar.
Dia tiada niat berlama-lama di situ, hatinya masih lirih dengan kejadian siang
tadi.
Kebiasaannya dia akan menunggu Izhar makan sebelum dia sendiri makan.
Tapi waktu itu, seleranya hilang apabila terkenangkan Izhar sedang berbahagia
dengan kekasihnya Maya tetapi dia hanya menjeruk rasa. Kalau benar Izhar telah
bahagia bersama Maya kenapa Izhar masih mengikatnya di situ, kenapa tidak
dirinya dilepaskan. Memikirkan tentang kebarangkalian dia dilepaskan oleh
Izhar, hati Ardini bertambah lirih.
Ardini berjalan menuju ke bilik dengan hati yang bungkam. Tidak tahu
bagaimana pengakhiran kisah hidupnya dengan Izhar. Dalam hatinya dia hanya
berdoa semoga segala kesulitannya dipermudahkan. Sekiranya ditakdirkan, Izhar
bukan untuknya dia akan redha. Namun dia hanya manusia biasa, yang seringkali
tewas apabila berhadapan dengan kekecewaan.
Izhar keluar dari bilik dan terus melangkah menuju ke tingkat bawah.
Tentu Ardini sedang menonton tv sementara menunggu dia makan malam. Begitulah
kebiasaan Ardini, akan menunggu dia makan terlebih dahulu sebelum Ardini
sendiri makan.
Tiba di tingkat bawah, Izhar membuang pandang ke ruang tamu, tiada
kelibat Ardini di situ. Izhar kecewa, kenapa Ardini masih mengurung diri di
dalam bilik sedangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan besar terhadap
Ardini. Izhar pening memikirkan keadaan itu. Lantas langkahnya diatur laju
menuju meja makan. Dia malas memikirkan semua perkara yang mengganggu
fikirannya. Tentu keadaan akan kembali seperti sediakala selepas emosi Ardini
stabil.
p/s : untuk makluman rakan-rakan pembaca, esok cik tulip akan buat entry last untuk novel bersiri Aku Untukmu Bab 23 dan Bab 24. Atas nasihat pihak penerbitan Cik Tulip hanya akan publish sampai bab 24 sahaja. Insyaallah novel ini akan diterbitkan dalam bentuk naskah. Terima kasih kepada pembaca yang sentiasa menyokong Cik Tulip dan memberi komen yang sangat positif sepanjang Cik Tulip ber'blog' ni...sayang semua :)
best sgt cite ni cik tulip..gudluck dear! wish u all d best..
ReplyDeletepergh dik..tahniah...buku sulung karya adik ni akan bakal berada dipasaran...akak harap kita tak kan menunggunya lama sbb boleh menjadi angau tahap cipan nak tahu kesudahan citer ini dan hala tuju hidup ardini..yg mana dah lah tak ada pekerjaan tetap..masih consider pelajar Universiti tgh tunggu result..hanya izhar sahaja tempat dia menumpang teduh dan menagih kasih..walaupun dia tak tahu sejauh mana perjalanan hidup dia ngan mamat sengal tu kan..pikir pasal ardini ni..kan boleh jadi migraine la dik..kesian kan hidup sebtg kara ..dah lah tak duit..hanya ada sijil ..
ReplyDeleteE3 kali ni mmg sgt sgt teruja..dengan penerimaan izhar terhadap ardini..perasaannya dapat kita baca..yg diri dia mmg telah jatuh cinta ngan ardini..wanita yg dia telah pijak pijak maruahnya diawal perkawenannya..
Bersama ngan Ardini dalam jangkamasa perkawenan mereka mungkin telah membuka matanya terhadap sikap diri Ardini sendiri..perwatakan Ardini yg tidak berpura pura..sentiasa tenang..tidak mengadu domba akan perangai dirinya kat mummy dan daddynya akan perlakuannya yg kira kejam giler pada Ardini telah betui betui membuat dia berfikir peribadi minah tu..apa yg penting wanita itu tidak gediks..tidak pernah mengodanya dan selalu menjaga auratnya..dan tersangatlah taat kat diri dia..
wah..dik ..ayat Rayyan..yg dilontarkan pada Izhar mmg makan dalam wo..mungkin ayat ni yg menyebabkan izhar terfikir kot..kalo lah rayyan tu nak ambil ardini sebagai suri..mengantikan wife dia tu..kan tak ke bengong kalo dia biaqkan ardini berlalu pergi dari hidupnya..
Membaca E3 pasal Maya ni pun membuat darah kita membara..gediks..semacam..helo..dia ingat dia anak org kaya..perasan diri cantik..ada ke patut boleh lontarkan perasan dia kat mamat tu..nasib baik mamat tu dah jatuh cinta dan kasih kat ardini..kalo tak mmg akak jetus kepala 2 ekor tu..
Dalam E3 ni juga adik pandai memainkan emosi kami ngan watak yg adik ciptakan buat izhar..dalam cara dia nak memikat ardini ..sungguh comel rasanya kan.. akak harap izhar boleh lebih berterus terang kat ardini..walaupun perlakuan body language nya dah menyatakan penerimaannya kat ardini..tapi wanita seperti ardini..masih memerlukan kata kata dari izhar untuk meyakinkan dirinya bahwa dia diterima seadanya oleh izhar..
Apa apa pun dik citer transaksi E3 ni mmg an eye opener for izhar dan perasaannya tehadap ardini..good job dik..
Alahai dik..pjg berjela pulak..akak mengomen..hope jgn marah..teremosi byk ni..
teruja nak tunggu E3 23 & 24..apa ek yg terjadi..
tahniah lee...finally....
ReplyDeletetahniah ye cik tulip...pasni xdpt la tngu waktu cam biasa cik tulip post n3~
ReplyDelete