BAB 1
Daniel
Arman memerhatikan gerak laku wanita dihadapannya dengan ekor mata. Gerak
laku wanita itu yang tenang menyebabkan dia hairan dan pelik. Benarkah selama lima tahun ini wanita itu
sudah tidak ingat lagi kepadanya. Kalau benar bermakna mudah benar wanita itu
melupakan dia.
Penampilan baru Nayli Imanina memukau pandangan mata Daniel Arman. Nayli
Imanina sudah jauh berubah dari awal perkenalan mereka dahulu. Kalau dulu Nayli
Imanina hanya berwajah gadis kampung yang polos, tapi kini wajahnya tampak moden
dengan penampilan ringkas dihiasi solekan nipis pada wajahnya. Nayli Imanina
nampak lebih cantik daripada awal dahulu. Itu kata hati Daniel Arman.
Daniel Arman bangun dari duduk, semua tetamu yang ditunggu telah pun
berada dalam bilik mesyuarat itu dan semua pegawai kanan dari kedua-dua
syarikat telahpun memenuhkan semua kerusi yang kosong. Daniel Arman turut
berlagak tenang. Berpura-pura baru berkenalan dengan delegasi dari rakan niaga
baru syarikatnya. Dalam situasi begitu dia lebih bersikap profesional. Tidak
mahu mencampur adukkan hal-hal peribadi dengan kerjaya. Memang itu prinsip yang
dipegang sejak dia diberi kepercayaan untuk meneruskan legasi perniagaan
bapanya, Datuk Zainudin.
“Assalamualaikum dan selamat datang saya ucapkan kepada wakil delegasi
dari pihak Datuk Mohd Som. Nama saya Daniel Arman, General Manager DZ Mall Sdn
Bhd. Seperti yang kita semua sedia maklum, tujuan pertemuan kita pada kali ini
adalah untuk membincangkan tentang perihal penggabungan DZ Mall Sdn Bhd dengan
MS Mall Sdn Bhd. Sekali lagi saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
Manager MS Mall Sdn Bhd, En. Zachary Datuk Mohd Som kerana mengaturkan
perjumpaan kita pada hari ini. Selaku pemegang syer terbesar kepada grand project ini, saya amat berterima
kasih kepada En. Zachary kerana memberi kesempatan kepada pihak kami untuk
mengendalikan mesyuarat kali ini.
Mulai hari ini, DZ Mall dan MS Mall akan bersatu menjadi sebuah mall yang akan beroperasi dibawah satu
pentadbiran yang sama. Seperti perbincangan yang telah dilakukan oleh pihak
pengurusan kedua-dua mall sebelum
ini, pihak pengurusan telahpun mencapai kata sepakat untuk menyatukan dua mall ini menjadi satu mall bagi mempertingkatkan lagi
keuntungan kedua-dua syarikat. Penyatuan mall
ini juga pada dasarnya merupakan idea asal pengasas kedua-dua mall ini iaitu Datuk Zanudin dan juga
Datuk Mohd Som.
Tujuan utama perjumpaan ini diadakan adalah bagi memaklumkan keputusan
yang telah dicapai oleh pihak pengurusan tentang penggabungan syarikat kepada
semua pihak pengurusan dari kedua-dua syarikat yang terdiri daripada
pegawai-pegawai kanan. Mulai hari ini, mall
kita akan dikenali sebagai DZMS MALL. Semoga penyatuan ini akan
membawa lebih keuntungan kepada kedua-dua pihak.
Lastly, I hope that all of us can
work as one big team yang boleh memberi kerjasama diantara satu dengan yang
lain. Selamat berkerjasama.”
Daniel Arman duduk semula selepas para hadirin memberikan tepukan gemuruh
di atas berita baru yang disampaikan. Sememangnya kesemua yang hadir sudah
sedia maklum akan penggabungan dua syarikat tersebut cuma perjumpaan yang
diadakan itu bertujuan untuk memaklumkan secara rasmi kepada semua pegawai
kanan kedua-dua syarikat.
Nayli Imanina mencatat semua yang perlu selaku setiausaha kepada Encik
Zachary. Dia sememangnya sudah sedia maklum dengan penggabungan tersebut cuma
yang dia tidak tahu, syarikat Encik Zachary akan bergabung dengan syarikat
Daniel Arman. Baru dia ingat dia sudah lari jauh dari Daniel Arman tetapi
pertemuan semula itu membuatkan dia rasa dunia ini terlalu kecil. Tidak
disangka selama lima tahun dia menghilangkan diri, dia masih bertemu dengan
lelaki itu.
“Dah siap?” Suara Encik Zachary mengejutkan Nina daripada lamunannya.
Nina menoktahkan catatan ringkasnya pada buku nota.
“Dah.” Nina memasukkan buku notanya ke dalam beg bimbit hitam yang selalu
dibawa setiap kali mengikut Encik Zachary keluar dari pejabat.
“Jom lunch.” Pelawa Encik
Zachary.
“Saya kenyang lagi Encik Zach.”Nina cuba beralasan, walhal dia tidak
selesa setiap kali Zachary mengajaknya keluar makan. Bagi dia urusannya dengan Encik
Zachary hanya berdasarkan kerja semata-mata.
“Alasan you je tu, jom lah, I yang belanja, lagipun you naik kereta I
tadi, I nak pergi makan dulu, you kenala ikut.” Zachary berjalan mendahului.
Memang dia masak dengan perangai Nina yang sering mengelak dari makan
bersamanya. Kadangkala dia sendiri pelik kenapa Nina seringkali sukar untuk
didampingi. Walhal dirinya sering menjadi buruan ramai gadis.
Nina tiada pilihan, dia membuntuti Zachary dari belakang. Sudah setahun
dia bekerja untuk Encik Zachary, dia sudah masak dengan perangai Encik Zachary.
Selaku orang bawahan dia tidak mampu untuk melawan.
“Nak ke mana?” Tiba-tiba Daniel Arman bersuara dari belakang.
Zachary dan Nina berpaling ke arah pemilik suara. Untuk sementara waktu,
mata Daniel Arman dan Nina bertembung. Nina lekas-lekas melarikan anak mata.
Pertemuan semula itu membuatkan dia kaku untuk berkata-kata.
“lunch, come and join us.”
Pelawa Zachary.
“I’m Daniel Arman, selamat
berkenalan, tadi tak sempat nak berkenalan.” Arman menghulurkan tangan tanda
perkenalan kali pertama dengan Zachary.
“I’m Zachary, just call me Zach,
and this is my secretary Miss Nayli Imanina, just call her Nina.”Seloroh
Zachary sambil menyambut huluran tangan Daniel Arman.
“Nak lunch, I know a good place.”Kata
Daniel Arman lagi.
“Really?, lets go then, tapi
kali ni it’s going to be your treat.”
Kata Zachary lagi. Dia memang mudah mesra.
“No problem.”Daniel Arman
tersenyum mesra.
Mereka berjalan beriringan ke arah tempat kereta diparkir. Nina hanya
menuruti dari belakang. Cuba
bersikap setenang yang mungkin.
P/s-kalau tak best, bagitahu ye... :)
nice intro.. :)
ReplyDeletewaiting for the rest.. :D
[hawa]
salam dik..
ReplyDeletemembaca bab ini membuat kita tertanya tanya..apakah hubungan antara watak watak ini..iatu antara Danish dan Nina..Teruja nak tahu kesinambungan citer ini..
Best .... Beli lah buku terus
Deletebestttt..tak sabar tunggu sambungan...
ReplyDeleteawal2 pun dh menarik sgt..x sabar nk tgu bab2 seterusnya..tp..hopefully x de konflik berat2 sgt...nk rilek2 je..i ni emotinal sket..hahahahaha
ReplyDeletekarya cik tulip mmg best..
ReplyDeletenak taw apew la y jadi...
malam semalam baru stalking kat sini. tetibe hari ni dah ade n3 baru. trimas cik tulip. jgn lupee topup bnyk2 ye cik tulip~ for sure hari2 saya lepak kat sini.
ReplyDeletecommnt 1:cm mnarik kak tulip.heh~
ReplyDeletebaru mula membaca ni cik tulip. intro pun dh buat den rasa nak terjah laju2 baca bab seterusnya... auwwwww.. mmg memikat ayat2 cik tulip.. simple.. tpi padat.
ReplyDeletesape ck tk best, best kut. simple buts perfect! good job.
ReplyDelete-fatin-
Dah Beli..... Menarik...... hehehheheh
ReplyDeleteBaru mula baca, menarik :)
ReplyDeletebest sangat~ i luv it
ReplyDelete[anis}
Novel ni best sangat-sangat. Saya harap teruskan usaha.
ReplyDeleteMak cik..cite ini Lala tak faham la..
ReplyDeleteT3rbaik
ReplyDeleteT3rbaik
ReplyDeletebest sesangat novel ni. sampai hilang, kwn pinjam x bg balik.tanya sapa pun x ngaku. beli sendiri x mo. kidnap plak buku orang.
ReplyDeletebestnya....terbaik ><
ReplyDeleteSayakah pembaca 2017😃🤔saya baca novel sis yg aku untukmu sampai habis besttt...rugi xde novelnye..bila sye tgok title ni tros komen haaha 😄saya dah ade jugak novel sis tulip "isteri bukan sempurna"..jalan cerita menarik..fav novel bgi sye😍..truskan karya sis..semua terbaikk👍 ..harap2 ade lagi novel2 sis yg mcmni😁
ReplyDelete