Friday 2 March 2012

AKU UNTUKMU BAB 22

kepada yang tertungu-tunggu....


BAB 22



            Izhar masuk ke bilik Rayyan selepas mengetuk pintu beberapa kali. Wajah Rayyan yang tersenyum memandangnya menunjukkan Rayyan senang dengan kehadirannya pagi itu. Rayyan mengemas-ngemas mejanya yang sedikit semak dengan kertas-kertas bertaip. Dia menyusun kertas-kertas tadi di satu sudut meja.

            Izhar yang maju dari pintu ke arah meja Rayyan mengambil tempat di sebuah kerusi berhadapan meja Rayyan. Telah seminggu Rayyan tiada di pejabat kerana outstation. Kadang-kadang Izhar cemburu dengan Rayyan. Rayyan selalunya menjadi orang kepercayaan Datuk Hassan berbanding dirinya. Tetapi Izhar sendiri cukup mengenali Rayyan, memang Rayyan merupakan pekerja yang baik dan rajin. Biasanya Rayyan yang akan selalu menyandang gelaran Employee Of The Month kategori Office Executive. Dia selalunya kalah dengan Rayyan. Tidak hairanlah Rayyan menjadi orang kepercayaan papanya.

            “Sihat?” Izhar sekadar berbasa basi.

            I’m good.”Rayyan menjawab ringkas.

            “Camane pergi Sabah, best?”Izhar bertanya, sekadar mengisi kekosongan antara mereka.

            “Hujan panas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, best lagi negeri sendiri.” Seloroh Rayyan.

            “Mana la tahu dah jumpa awek Sabah pulak.” Izhar menggiat.

            “Awek memang ramai, berbakul-bakul nombor phone I dapat, U nak kongsi pun boleh jugak, tak terlayan I sorang-sorang.” Seloroh Rayyan lagi.

            Izhar ketawa kecil mendengar kata-kata Rayyan. Memang Rayyan tidak pernah serius bila soal teman wanita dibangkitkan. Ingatannya pada Ainul Radhiah masih kuat membelenggu hati.

            “Ada apa hal U datang cari I, selalunya I yang datang cari U dulu?” Rayyan bertanyakan tujuan Izhar datang menemuinya. Biasanya Izhar hanya mencarinya pada waktu makan tengahari, mengajak dia meneman makan.

            I nak pinjam koleksi DVD komedi U.”Izhar berterus terang tentang tujuan kedatangannya ke bilik Rayyan.

            “Sejak bila pulak U minat tengok cerita komedi ni?” Rayyan bersoal pelik. Selama ini tidak pernah Izhar bersuara untuk meminjam koleksi DVD miliknya.

            U nak bagi pinjam ke tak?” Izhar bersuara senada, berharap Rayyan tidak berfikir jauh. Dia tidak mahu Rayyan tahu niat sebenarnya dia mahu meminjam DVD.

            “Dulu cerita seram, sekarang komedi pulak. Makin hari makin pelik la U ni.”Kata Rayyan lagi. Memang Izhar berkelakuan pelik pada pandangan matanya.

            “Kalau tak nak bagi pinjam takpe la.” Izhar berkira-kira untuk bangun, berpura-pura berjauh hati dengan kata-kata Rayyan.

            “Bila masa pulak I cakap tak nak bagi, lusa I bawak.” Kata Rayyan lagi.

            “Lusa?, esok tak boleh ke?” Izhar bernada tidak sabar.

            “Esok, I Offday.” Rayyan bersuara mengendur.

            “Baru masuk kerja hari ni, esok dah offday?”Izhar bertanya pelik.

            “Kes Ainul dibacakan semula, esok I nak pergi court.” Rayyan bersuara mengendur. Dia berpura-pura sibuk dengan mengemas-ngemas bekas pen di atas meja.

            U need to let her go Rayyan.”Izhar turut bernada mengendur, faham dengan gelodak perasaan teman baiknya itu.

            So how’s your wife?”Rayyan mengalih topik perbualan.

            It’s been three years since she has gone, U need to go on with your life.” Izhar tidak menjawab pertanyaan Rayyan.

            She was my first love, how can I forget her. Lain la kalau U sanggup give up Ardini untuk I.”Kata Rayyan lagi. Meluahkan rasa hati sekaligus berseloroh.

            “Ramai lagi anak dara lain, takkan bini orang jugak U nak sapu.” Izhar bersuara senada, turut berseloroh, tiba-tiba hatinya dipanah api cemburu dengan kata-kata Rayyan.

            “Dulu kata tak suka, sekarang takut pulak orang rampas.” Rayyan sengaja menggiat. Menduga sejauh mana hati Izhar telah berubah.

            “Mengarut la U ni, lusa bagi I DVD-DVD tu.” Izhar bersuara seraya bangun. Tidak mahu berlama-lama di situ, bimbang Rayyan membongkar rahsia hatinya.

            Rayyan hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Izhar. Dia tahu Izhar sudah mula mempunyai perasaan lain selain benci terhadap Ardini. Ternyata kata-katanya dulu menjadi kenyataan. Mana mungkin ada lelaki yang mampu menolak Ardini dalam hidup mereka. Malah dia sendiri turut terasa hanyut untuk seketika. Sekiranya Ardini tidak ditakdirkan untuk Izhar tentu dia telah terlebih dahulu mencuba nasib.





Izhar berjalan melintasi ruang tamu lalu keluar ke pintu depan. Dia mengambil tempat di salah satu kerusi kayu yang terletak disebelah kanan banglonya. Akhbar yang dibawa dari dalam rumah di letakkan di atas meja. Dari situ dia memerhatikan Ardini yang sedang leka menyiram pokok-pokok bunga di halaman. Sejak Ardini tinggal bersamanya, segala urusan di rumahnya dijaga rapi termasuk pokok-pokok bunganya. Selama ini Izhar hanya mengharapkan pembantu rumah warga Indonesia yang diupah untuk menjalankan kerja-kerja rumah disebelah siang. Waktu malam, pekerja-pekerjanya akan pulang ke kediaman masing-masing.

            Semenjak Datuk Hassan menetapkan tarikh perkahwinannya dulu, kesemua pembantu rumahnya telah ditamatkan perkhidmatan. Pada awalnya dia berniat mahu mengenakan Ardini. Tidak disangka Ardini akan bersabar dengan kerenahnya sehingga ke tahap sekarang. Izhar tersenyum sendiri. Ardini memang seorang yang cekal dan sabar.

            Senyum Izhar mati apabila Ardini lalu dihadapannya. Dia seboleh mungkin mengawal riak muka supaya tidak kelihatan jelas dimata Ardini.

            Come join me.”Izhar bersuara senada. Ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada Ardini.

            Ardini mengangkat kening. Pelik mendengar pelawaan Izhar.

            Have a seat.”Izhar bersuara lagi selepas dilihatnya Ardini masih berdiri tegak.

            Ardini melabuhkan punggung di kerusi sebelah kiri, tidak jadi melangkah ke dalam rumah.

            “Kenapa?” Ardini bersoal pelik sambil mengangkat kedua-dua keningnya. Tidak pernah Izhar mempelawanya duduk bersama, terutamanya berdua-duaan begitu.

            “Malam ni tak payah masak.”Izhar bersuara senada, pandangannya dibuang ke luar pagar rumah.

            “Awak nak makan kat luar?” Ardini bersoal lagi. Tidak tahu kenapa sejak kebelakangan ini dia sudah boleh bersoal jawab dengan Izhar. Mungkin kerana kedinginan Izhar yang sebelum ini tebal semakin menipis.

            I order Pizza je.” Izhar menerang ringkas.

            “Okey.” Ardini menjawab sepatah. Kalau itu kehendak Izhar, dia menurut sahaja.

            Ardini berkira-kira untuk bangun tapi dihalang oleh Izhar.

            I belum habis lagi.” Izhar bersuara senada. Akhbar diatas meja dicapai dan dibuka satu persatu halaman.

            Ardini kembali duduk di kerusi. Menunggu kata-kata Izhar yang seterusnya.

            “Hujung minggu ni I nak makan asam pedas ikan terubuk campur dengan bendi.” Izhar memberitahu. Memang sudah lama dia teringin untuk makan asam pedas ikan terubuk. Dia berpura-pura membaca dengan menyelak halaman demi halaman.

            “Okey.” Ardini menyatakan persetujuan. Dia berasa pelik, hujung minggu bermakna hari Ahad, ada lagi tiga hari sebelum sampai ke hari Ahad. Kenapa Izhar memaklumkan terlalu awal kepadanya.

            “Ada lagi ke nak pesan? Kalau takde saya nak naik dulu.”Ardini bersoal lagi setelah dilihatnya Izhar mendiamkan diri sambil menyelak halaman surat khabar.

            “Mulai esok, masuk bilik I, tolong kemas apa yang patut, cadar tu tukar seminggu sekali.” Izhar berpesan lagi. Dia sebenarnya ingin menghabiskan masanya bersama Ardini. Sengaja dilengah-lengahkan masa yang berlalu, terlalu indah bila dapat berbicara seperti itu bersama Ardini.

            “Okey.” Ardini menjawab sepatah. Perkara itu tidak menjadi masalah kepadanya. Memang dia sudah terbiasa membuat kerja-kerja rumah di situ.

            “Pukul lapan malam ni turun bawah, jangan terperap dalam bilik je. I order pizza lebih, tak payah masak nasi, makan Pizza  je.”Izhar masih menyampaikan pesanan. Sebolehnya dia mahu Ardini masih di situ menemaninya. Pelik kerana awal dulu, dia seboleh-bolehnya tidak mahu melihat wajah Ardini tapi kini perasaannya berbeza. Tatkala kelibat Ardini melintas, dia akan mencuri pandang. Mungkinkah dalam hatinya telah bercambah rasa cinta pada Ardini. Dia sendiri tidak boleh menjawab dengan pasti.

            “Terpulanglah.” Ardini menjawab sepatah, dia tidak kisah tentang makanan, apa yang ada dia akan makan. Kadang-kadang dia sendiri tidak makan malam.

            Ardini bangun setelah dia pasti Izhar sudah habis menyampaikan pesanan kepadanya. Langkahnya diatur menuju ke bilik. Dia akan mengemas biliknya dengan masa yang terluang.

            Izhar memerhatikan Ardini dari belakang. Sejak kebelakangan ini dia teringin benar untuk menghabiskan masa bersama Ardini. Tapi tidak pernah terdetik dihatinya untuk meluahkan rasa hati. Masih teringat akan layanan buruknya kepada Ardini sewaktu awal perkahwinan mereka. Tak mungkin dia akan berterus terang dengan Ardini sekarang kerana dulu dialah yang beria-ia ingin menyingkir gadis itu dari hidupnya.





Izhar duduk termenung di ruang tamu rumah. Hampir lima belas minit yang lalu pizza dihantar ke rumahnya. Sementara menunggu Ardini turun untuk menghidang, Izhar membuka Hi finya. Lagu nyanyian Zivillia, Aishiteru berkumandang. Izhar mendengar penuh penghayatan, sedikit sebanyak ia menggambarkan apa yang sedang dirasakan hatinya terhadap Ardini kini.

            Lamunan Izhar terhenti apabila terdengar langkah tapak kaki Ardini menuruni anak tangga. Sejurus Ardini melintas tempat dia duduk, Izhar bersuara.

            “Tolong hidangkan.”Izhar bangun, mengambil kotak pizza dan dihulurkan kepada Ardini.

            Ardini menyambut huluran tangan Izhar. Pizza ditangannya dibawa ke dapur lalu dihidangkan ke dalam pinggan. Setiap potongan diceraikan, bakinya dibiarkan didalam kotak. Pizza yang telah dihidang ke dalam pinggan dibawa ke meja makan.

            “Bawa ke sini.” Terdengar suara Izhar separuh melaung dari ruang tamu mengarahkan Ardini membawa pizza tersebut ke sofa.

            Ardini hanya menurut. Pizza ditangan dibawa ke ruang tamu. Tiba di ruang tamu Ardini meletakkan pizza di atas meja kaca di tengah-tengah ruang. Ardini berpatah ke belakang untuk menyimpan baki pizza yang ditinggalkan di dapur. Belum pun sempat Ardini melangkah Izhar bersuara lagi.

            “Duduk dulu, teman I tengok movie, makan sekali, banyak ni.”Izhar memberi arahan sambil matanya memandang ke arah pinggan yang berisi pizza.

            “Cerita apa?, kalau cerita hantu, saya tak mahu la.” Ardini bersuara mengendur, teringat kali pertama menonton movie bersama Izhar, dia terpaksa menahan nafas dan rasa takutnya kerana menonton cerita seram.

            “Cerita komedi, takde hantu.” Izhar bersuara senada, tentu Ardini takut dia melakukan perkara yang sama seperti dulu. Membuka cerita seram sewaktu fius tingkat atas ‘rosak’.

            “Saya simpan baki pizza dulu.” Ardini melangkah ke dapur, baki pizza akan disimpan dalam peti, esok dia boleh panaskan semula dalam microwave oven. Yang dihidangkan kepada Izhar tadi pun lebih dari cukup untuk mereka makan berdua.

            Izhar bangun menuju ke tv, DVD yang dipinjam dari Rayyan dikeluarkan dari sampulnya. Pemain DVD dihidupkan, dan DVD cerita komedi dimasukkan. Dalam tidak sedar Izhar tidak tahu yang dia telah bertindak terlalu jauh untuk mendekati Ardini. Selama ini dia tidak pernah mengambil berat akan hal-hal remeh seperti itu. Hidupnya hanya diisi dengan kesibukan bekerja. Sekali sekala dia akan mengunjungi kelab malam untuk berhibur. Rakan wanitanya juga ramai tapi cuma setakat teman-teman biasa sahaja. Dia tidak pernah serius menjalinkan hubungan dengan perempuan. Yang paling rapat dengannya cuma Delia. Hanya Delia yang mampu menawan hatinya. Tapi itu dulu, rasa cinta kepada Delia sudah tiada. Kini dia terasa sesuatu terhadap Ardini tapi bukan perasaan cinta yang sama seperti yang diberikan kepada Delia dulu.

            Semasa bersama Ardini, dia lebih suka Ardini mendengar katanya. Dia lebih suka melindungi Ardini berbanding perasaannya terhadap Delia. Dia lebih suka Ardini menutup aurat dari pandangan lelaki lain walhal dengan dia sendiri pun Ardini masih menjaga aurat. Dia tidak suka Ardini terlalu lepas bebas. Biar Ardini hanya berada bersamanya. Mungkin dia terlalu protective ataupun dia hanya mahukan Ardini untuk dirinya. Dia sendiri tidak ada jawapan untuk soalan itu.

            Lamunan Izhar terhenti bila dia menyedari Ardini telahpun mengambil tempat di bahagian sofa sebelah kanan. Butang play pada DVD player diaktifkan dengan menggunakan alat kawalan jauh.

            “Cerita apa ni?” Ardini bertanya lanjut.

            “Cerita blue.”Izhar berseloroh, sengaja mahu mengusik, dia berpaling memandang Ardini, ingin melihat reaksi Ardini.

            “Awak biar betul?” Ardini mengerutkan dahi, bertanyakan kesahihan kata-kata Izhar. Kalau betul Izhar mahu menonton cerita blue, dia akan angkat kaki.

            Johnny English.” Izhar menjawab senada selepas melihat riak muka Ardini yang telah berubah. Memang dia sengaja menggiat. Suka melihat muka gelabah Ardini.

            “Oh…Pelakon Mr. Bean tu ke.” Kata-kata yang lebih berbentuk kenyataan berbanding soalan. Ardini membuang pandang ke skrin tv. Kalau cerita komedi dia tidak kisah asalkan bukan cerita seram atau cerita blue seperti yang diberitahu Izhar.

            Sejurus cerita bermula, Ardini tidak dapat menahan gelak melihat gelagat Rowan Atkinson dalam filem tersebut. Dia tergelak-gelak sehingga mengalirkan air mata, sekali sekala dia menyapu air mata dengan hujung tudung. Memang sejak kecil dia minat menonton cerita komedi. Kalau dulu dia suka menonton cerita Mr.Bean, walaupun ada yang kata cerita itu hanya lawak bodoh tapi dia tetap suka menonton. Baginya minat itu subjektif bagi setiap orang, mungkin tidak kelakar bagi orang lain tapi kelakar bagi dirinya.

            Izhar hanya memerhatikan skrin tv dengan pandangan kosong. Sedari tadi perhatiannya lebih tertumpu kepada Ardini. Setiap kali Ardini ketawa sehingga ke pendengaran telinganya dia akan berpaling. Memerhatikan gelagat Ardini yang sedang ketawa. Tidak pernah dia melihat Ardini berkeadaan begitu, selalunya Ardini hanya beriak biasa dihadapannya. Kali pertama dia melihat Ardini terlalu gembira, dia turut merasakan perkara yang sama. Bukan gembira kerana menonton filem tersebut tetapi lebih kepada gembira melihat Ardini galak ketawa sehingga tidak menyedari akan renungannya. Izhar mengukir senyum. Masih terlalu banyak tentang Ardini yang diluar pengetahuannya. Saat itu dia merasakan bahawa dia ingin lebih mengenali Ardini.

            Ardini masih mengelap sisa air mata kerana terlalu banyak ketawa walaupun filem telah habis. Terasa sakit tepi bibirnya kerana ketawa tidak berhenti. Setelah lama dia tidak menonton cerita komedi, kini dia menonton semula bersama Izhar.

            “Nak tengok yang lain ke?” Izhar bertanya lanjut selepas melihat Ardini cukup gembira menonton cerita tadi.

            Ardini hanya menggeleng-geleng kepalanya. Terasa letih kerana terlalu banyak ketawa. Cukuplah cuma menonton satu filem. Dia terlalu banyak ketawa sehingga terlupa untuk menjamah pizza.

            “Makanlah, dah sejuk pun.” Izhar mempelawa setelah menyedari renungan mata Ardini ke pinggan pizza. Sengaja dia tidak mahu mengganggu perhatian Ardini tadi kerana dia terlalu asyik merenung wajah Ardini ketika gadis itu ketawa.

            Ardini mencapai sekeping dan disuap ke mulut. Kali pertama dia menghabiskan malam yang indah bersama Izhar, walaupun dia lebih banyak ketawa berbanding menumpukan perhatian kepada Izhar.

            “Kalau nak tengok lagi, ada cerita lain.”Izhar bersuara, mengisi kekosongan ruang antara mereka sambil memasukkan kembali DVD yang baru dikeluarkan dari DVD player ke dalam sampulnya.

            “Tak naklah, esok pulak. Dah penat ketawa.” Ardini menggeleng-geleng kepala, berterus terang dengan apa yang ada dalam hatinya.

            Izhar menukar tv ke siaran Astro. Walaupun tidak menghayati cerita tadi sepenuhnya namun dia berasa puas kerana dapat menghabiskan masa bersama Ardini. Memang sejak mengenali Ardini dia lebih cenderung melakukan perkara yang diluar jangkaannya sendiri. Dulu dalam benci pun dia berubah, kini, dalam perasaan yang berbaur dan tidak pasti pun dia turut berubah, mungkin masa depan dia akan terus berubah dan mencintai Ardini kerana setiap hari dia semakin bahagia berada disamping gadis itu.

            Ardini membawa pinggan kotor ke dapur. Dia akan terus naik ke bilik, terasa janggal berdua-duaan dengan Izhar. Tidak tahu apa yang harus dibualkan tatkala mereka bersama. Dia keliru, sejak kebelakangan ini Izhar seperti menunjukkan perhatian yang berbeza kepadanya. Sudah mula berlembut dengannya. Namun apabila teringatkan Maya, dia menyanggah rasa hatinya.





Ardini sedang sibuk memasak di dapur semasa mendengar telefon bimbit Izhar berbunyi. Dia hanya membiarkan, tidak pernah dia mencampuri urusan Izhar. Izhar masih di luar membasuh kereta. Telefon bimbit Izhar berbunyi lama dan mati sendiri bila tidak diangkat. Untuk kali kedua telefon bimbit Izhar berbunyi lagi. Kali ini Izhar memanggil Ardini dari pintu rumah.

            “Tolong ambil phone I.” Izhar separuh melaung ke arah dapur.

            Ardini mengecilkan api dapur, dia sedang mereneh kuah asam pedas yang diminta Izhar. Langkahnya di atur laju menuju ke meja kaca tempat Izhar meletakkan handphonenya. Sejurus meraih telefon bimbit Izhar, Ardini terlihat nama pemanggil yang tertera di skrin. Tiba-tiba dia rasa cemburu bila nama Maya yang muncul. Langkah lajunya semakin lemah, kenapa nama Maya muncul saat dia baru merasakan kemanisan bersama Izhar. Pedih rasa dihatinya kerana memikirkan dia hanyalah isteri yang dikahwini Izhar kerana terpaksa dan bukan cinta.

            Telefon ditangan diserah kepada Izhar. Terlihat senyuman manis Izhar saat menyambut talian dari hujung sana. Saat itu dia rasa kecewa kerana cinta Izhar tertumpah pada gadis bernama Maya. Alangkah bahagianya sekiranya Izhar mencintai dirinya terlanjur dia sudah menjadi isteri kepada lelaki itu. Apabila semua ini berakhir, ke mana dia akan mengorak langkah lagi. Ini sahaja kehidupan yang dia ada. Kalau Izhar meninggalkannya tentu dia tidak tahu harus melangkah ke mana lagi kerana hanya kehidupan ini yang dia kenal. Dia tiada keluarga lain selain keluarga Izhar. Tiba-tiba hatinya menjadi sebak memikirkan nasibnya dikemudian hari. Setitis air matanya tumpah tanpa sedar.

            Lamunan Ardini terhenti tatkala Izhar bersuara dari pintu dihadapannya. Sudah berapa lama dia berdiri di situ pun dia tidak sedar.

            I lunch kat luar, lauk tu simpan dulu, malam nanti panaskan.”Izhar bersuara namun tatkala bertentang mata dengan Ardini dia terlihat air mata gadis itu menitis.

            “Okey.” Ardini menjawab sepatah, dia melangkah lemah menuju ke dapur. Renungan Izhar tadi tidak dipedulikan.

            Sungguh hatinya pilu memikirkan nasib dirinya. Entah bila dia akan terus bertahan dalam keadaan begitu dia sendiri tidak pasti. Sampai bila Izhar akan menggantung dirinya tidak bertali, dia tidak tahu. Hati Ardini lirih. Ardini mematikan api dapur, dia tiada hati menyambung pekerjaannya yang terhenti tadi. Dia melangkah lemah menuju ke biliknya.

            Izhar merenung jauh, tidak tahu mengapa hatinya pilu melihat air mata Ardini. Sungguh dia tidak tahu mengapa Ardini menangis. Mungkin Ardini mencemburui Maya, mungkin juga Ardini marah kerana dia akan keluar untuk makan tengahari sedangkan dia yang beria-ia meminta Ardini memasak lauknya hari itu.

Izhar berjalan menuju ke kerusi kayu, tak mungkin Ardini mencemburui Maya kerana Ardini sendiri tidak pernah mengenali Maya. Tak mungkin Ardini turut menyimpan hati padanya setelah apa yang dilakukan pada Ardini dulu. Izhar duduk di kerusi kayu sambil melurut-lurut rambut. Hatinya bagaikan ditusuk belati tatkala melihat Ardini menangis. Kala itu dia tidak dapat menafikan yang dia telah jatuh cinta pada Ardini. Setiap kali melihat Ardini menangis hatinya bagai disiat-siat pilu. Tatkala Ardini jauh dia akan merindu. Setiap hari pasti dia akan tertunggu-tunggu, ingin menatap wajah manis Ardini, mendengar suara Ardini.





Maya tersenyum manis tatkala ternampak kelibat Izhar yang sedang masuk ke pintu utama dan berjalan menuju kearahnya. Dalam hatinya dia berasa terlalu gembira kerana berjaya memujuk Izhar untuk keluar dengannya pada hari itu. Walaupun pada awalnya Izhar menolak pelawaannya.

Dia tidak menunggu Izhar, hanya untuk mengalah dengan mudah. Dia akan pastikan Izhar menjadi miliknya suatu hari nanti.

            “Dah lama sampai?” Izhar berbasa basi. Wajah Maya yang berpakaian body shirt tanpa lengan dan berskirt ketat separas peha dipandang sekilas. Dalam hatinya masih teringat akan Ardini. Memang awal lagi dia telah menolak pelawaan Maya untuk berjumpa tetapi Maya berkeras mengajaknya keluar. Izhar cuma rasa bersalah kepada Ardini kerana dia yang meminta Ardini memasak lauk khas untuknya pada hari itu tetapi akhirnya dia keluar makan di luar.

            “Baru dalam lima belas minit.” Maya mengerling jam di tangan, kemudian memberikan senyuman manis kepada Izhar.

            I tak boleh lama kat sini.” Izhar memberitahu jujur seraya mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Maya. Dia masih teringat pada Ardini. Entah bagaimana keadaan Ardini dia tidak pasti kerana sejak dia memaklumkan hendak makan di luar tadi, Ardini masuk ke bilik dan tidak keluar-keluar.

            “Ala U ni, dah banyak kali cancel keluar dengan I, masih nak berkira lagi.”Maya bersuara manja walhal dalam hatinya panas dengan kata-kata Izhar. Dia harus bersabar untuk memikat hati Izhar.

            I ada banyak kerja office.” Dalih Izhar, tidak mahu Maya terasa hati dengan kata-katanya. Dia membuat pesanan sejurus pelayan restoren datang menghampiri.

            Offday pun buat kerja jugak?, U need to take a break sometimes.”Maya masih bersuara manja, dia turut menyatakan pesanan kepada pelayan tadi.

            “So how’s your work?”Izhar mengalih topik perbualan.

            Just good, company papa I tak la besar macam company Datuk Hassan, kerja pun tak banyak macam U.” Maya menerang ringkas. Dia juga seperti Izhar, membantu papanya menguruskan perniagaan keluarga.

            It’s not the matter of big or small, what does matter is how we run it.”Izhar memberikan sedikit nasihat berdasarkan pengalaman dia membantu Datuk Hassan menngembangkan perniagaan keluarga.

            Sejurus kemudian pelayan restoren datang membawa pesanan. Izhar dan Maya mula menjamu makanan masing-masing.

            Izhar, I have something to tell U.”Maya bersuara lambat-lambat, makanan dalam pinggan dikuis-kuis dengan sudu, suaranya dikendurkan.

            “What?”Izhar bertanya seraya meneruskan suapan.

            “Actually I’m in love with U.”Maya meluahkan rasa, dia sudah tidak boleh menyimpan hasratnya yang terpendam. Sudah tiba masanya Izhar menyedari akan perasaannya.

            “But..I’m married.”Izhar mengangkat kepala, suapan dihentikan, sudu diletakkan semula ke dalam pinggan, terperanjat dengan pengakuan Maya.

            “I know, but U have the right to marry more than a wife.”Kata Maya lagi, dia masih berharap.

            I tak kan mampu.” Izhar bersuara tenang, perasaan dia terhadap Ardini semakin kuat hari demi hari dan dia juga tidak pernah jatuh cinta pada Maya.

            “Sape kata U tak mampu, U lebih daripada mampu dan I sanggup jadi second wife.” Maya merayu, berharap Izhar menerimanya, memang sudah terlalu lama dia mengimpikan Izhar, pada peluang yang ada ini dia meluahkan rasa hatinya, berharap Izhar memberinya peluang pada perjumpaan kali ini. Mengharapkan peluang lain entahkan bila baru dia boleh meluahkan isi hatinya.

            I can’t.”Izhar menggeleng seraya bangun meninggalkan Maya. Wang kertas RM100 ditinggalkan atas meja. Dia bukan tidak mampu dari segi kewangan malah kalau dilihat pada asetnya dia boleh beristeri empat sekalipun tetapi dia tidak mampu dari segi hati dan perasaannya. Tidak mungkin dia boleh mengahwini Maya sedangkan dia hanya berperasaan istimewa kepada Ardini. Kalau dulu tentu Maya yang seksi dan putih gebu itu yang menjadi pilihan hatinya tetapi sejak mengenali Ardini, dia terpikat dengan gaya dan wajah manis Ardini.

            Maya bungkam. Dia kecewa kerana Izhar lansung tidak mahu memberinya peluang. Harapannya, selepas dia meluahkan rasa Izhar akan berpaling kepadanya kerana Ardini memang bukan lawannya. Maya merasakan dia jauh lebih hebat dari Ardini. Kulitnya putih gebu jika dibandingkan dengan Ardini yang hanya hitam manis. Gayanya juga lebih seksi dan moden dibandingkan dengan Ardini yang bertudung litup. Tidak mungkin Izhar menolaknya hanya kerana gadis seperti Ardini.

            Maya menghempas sudu ditangan, seleranya mati. Walaupun ditolak mentah-mentah oleh Izhar dia tidak akan mengalah. Mana mungkin Ardini mampu menjadi pesaingnya. Ardini bukan saingannya dan dia tidak akan kalah dengan Ardini. Dia akan pastikan Izhar jatuh ke tangannya juga suatu hari nanti.





Izhar masuk ke rumah setelah pulang dari makan tengahari bersama Maya. Sungguh dia tidak menyangka Maya akan meluahkan perasaan terhadapnya. Dia memang mengenali Maya semasa mereka sama-sama bersekolah malah mereka turut belajar di pusat tuisyen yang sama tetapi Izhar hanya menganggap Maya sebagai teman biasa, tidak lebih dari itu. Memang tidak dinafikan dia memiliki ramai teman dari kalangan wanita termasuklah Maya tetapi Izhar tidak tahu kenapa Maya mengakui mencintai dirinya sedangkan Maya dilayan sepertimana teman-temannya yang lain, tiada yang lebih.

            Izhar membuang pandang ke ruang tamu, kelibat Ardini tidak kelihatan. Biasanya bila dia keluar dari rumah, Ardini akan duduk-duduk di ruang tamu menonton tv. Mungkin Ardini masih dalam keadaan bersedih. Memikirkan Ardini, Izhar kembali rasa bersalah. Mungkinkah Ardini marah kerana dia makan di luar atau Ardini cemburukan Maya setelah melihat nama itu di skrin telefonnya tadi.

            Izhar menghela nafas dalam-dalam, kedua-dua sebab itu tidak mungkin menyebabkan Ardini menangis tadi. Antara dia dan Ardini belum ada ikatan hati yang diluahkan dan tidak mungkin Ardini mencemburui Maya dan Ardini juga tak kan mungkin marah kerana dia makan di luar semata-semata. Sebelum ini pun dia banyak kali menyakiti hati Ardini tetapi Ardini tidak pernah menangis. Mungkinkah Ardini sudah mula jatuh cinta padanya. Kadang-kadang Izhar sendiri perasan akan kelainan tatkala Ardini merenungnya dalam diam.

            Izhar keliru, tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk memulihkan keadaan. Untuk berterus terang dengan perasaannya dia bimbang Ardini tidak akan menerimanya setelah apa yang dilakukan kepada gadis itu dulu. Untuk bertanya akan masalah yang dihadapi oleh Ardini, hubungan mereka bukanlah serapat itu sehingga membolehkan perkara itu berlaku. Masih ada jarak yang luas antara mereka.





Ardini menghidang makan malam di atas meja makan. Sejak tengahari tadi dia hanya mengurung diri di dalam bilik. Selesai solat magrib tadi dia terus turun ke bawah untuk menyediakan makan malam Izhar. Dia tiada niat berlama-lama di situ, hatinya masih lirih dengan kejadian siang tadi.

Kebiasaannya dia akan menunggu Izhar makan sebelum dia sendiri makan. Tapi waktu itu, seleranya hilang apabila terkenangkan Izhar sedang berbahagia dengan kekasihnya Maya tetapi dia hanya menjeruk rasa. Kalau benar Izhar telah bahagia bersama Maya kenapa Izhar masih mengikatnya di situ, kenapa tidak dirinya dilepaskan. Memikirkan tentang kebarangkalian dia dilepaskan oleh Izhar, hati Ardini bertambah lirih.

Ardini berjalan menuju ke bilik dengan hati yang bungkam. Tidak tahu bagaimana pengakhiran kisah hidupnya dengan Izhar. Dalam hatinya dia hanya berdoa semoga segala kesulitannya dipermudahkan. Sekiranya ditakdirkan, Izhar bukan untuknya dia akan redha. Namun dia hanya manusia biasa, yang seringkali tewas apabila berhadapan dengan kekecewaan.

Izhar keluar dari bilik dan terus melangkah menuju ke tingkat bawah. Tentu Ardini sedang menonton tv sementara menunggu dia makan malam. Begitulah kebiasaan Ardini, akan menunggu dia makan terlebih dahulu sebelum Ardini sendiri makan.

Tiba di tingkat bawah, Izhar membuang pandang ke ruang tamu, tiada kelibat Ardini di situ. Izhar kecewa, kenapa Ardini masih mengurung diri di dalam bilik sedangkan dia tidak melakukan sebarang kesalahan besar terhadap Ardini. Izhar pening memikirkan keadaan itu. Lantas langkahnya diatur laju menuju meja makan. Dia malas memikirkan semua perkara yang mengganggu fikirannya. Tentu keadaan akan kembali seperti sediakala selepas emosi Ardini stabil.

p/s : untuk makluman rakan-rakan pembaca, esok cik tulip akan buat entry last untuk novel bersiri Aku Untukmu Bab 23 dan Bab 24. Atas nasihat pihak penerbitan Cik Tulip hanya akan publish sampai bab 24 sahaja. Insyaallah novel ini akan diterbitkan dalam bentuk naskah. Terima kasih kepada pembaca yang sentiasa menyokong Cik Tulip dan memberi komen yang sangat positif sepanjang Cik Tulip ber'blog' ni...sayang semua :)

4 comments:

  1. best sgt cite ni cik tulip..gudluck dear! wish u all d best..

    ReplyDelete
  2. pergh dik..tahniah...buku sulung karya adik ni akan bakal berada dipasaran...akak harap kita tak kan menunggunya lama sbb boleh menjadi angau tahap cipan nak tahu kesudahan citer ini dan hala tuju hidup ardini..yg mana dah lah tak ada pekerjaan tetap..masih consider pelajar Universiti tgh tunggu result..hanya izhar sahaja tempat dia menumpang teduh dan menagih kasih..walaupun dia tak tahu sejauh mana perjalanan hidup dia ngan mamat sengal tu kan..pikir pasal ardini ni..kan boleh jadi migraine la dik..kesian kan hidup sebtg kara ..dah lah tak duit..hanya ada sijil ..
    E3 kali ni mmg sgt sgt teruja..dengan penerimaan izhar terhadap ardini..perasaannya dapat kita baca..yg diri dia mmg telah jatuh cinta ngan ardini..wanita yg dia telah pijak pijak maruahnya diawal perkawenannya..
    Bersama ngan Ardini dalam jangkamasa perkawenan mereka mungkin telah membuka matanya terhadap sikap diri Ardini sendiri..perwatakan Ardini yg tidak berpura pura..sentiasa tenang..tidak mengadu domba akan perangai dirinya kat mummy dan daddynya akan perlakuannya yg kira kejam giler pada Ardini telah betui betui membuat dia berfikir peribadi minah tu..apa yg penting wanita itu tidak gediks..tidak pernah mengodanya dan selalu menjaga auratnya..dan tersangatlah taat kat diri dia..
    wah..dik ..ayat Rayyan..yg dilontarkan pada Izhar mmg makan dalam wo..mungkin ayat ni yg menyebabkan izhar terfikir kot..kalo lah rayyan tu nak ambil ardini sebagai suri..mengantikan wife dia tu..kan tak ke bengong kalo dia biaqkan ardini berlalu pergi dari hidupnya..
    Membaca E3 pasal Maya ni pun membuat darah kita membara..gediks..semacam..helo..dia ingat dia anak org kaya..perasan diri cantik..ada ke patut boleh lontarkan perasan dia kat mamat tu..nasib baik mamat tu dah jatuh cinta dan kasih kat ardini..kalo tak mmg akak jetus kepala 2 ekor tu..
    Dalam E3 ni juga adik pandai memainkan emosi kami ngan watak yg adik ciptakan buat izhar..dalam cara dia nak memikat ardini ..sungguh comel rasanya kan.. akak harap izhar boleh lebih berterus terang kat ardini..walaupun perlakuan body language nya dah menyatakan penerimaannya kat ardini..tapi wanita seperti ardini..masih memerlukan kata kata dari izhar untuk meyakinkan dirinya bahwa dia diterima seadanya oleh izhar..
    Apa apa pun dik citer transaksi E3 ni mmg an eye opener for izhar dan perasaannya tehadap ardini..good job dik..
    Alahai dik..pjg berjela pulak..akak mengomen..hope jgn marah..teremosi byk ni..

    teruja nak tunggu E3 23 & 24..apa ek yg terjadi..

    ReplyDelete
  3. tahniah ye cik tulip...pasni xdpt la tngu waktu cam biasa cik tulip post n3~

    ReplyDelete