Friday, 13 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 20

Jom baca sambungannya..harap2 semua berpuas hati.. :)


BAB 20



            Suasana malap di ballroom Hotel Nikko membuatkan suasana sambutan majlis hari lahir Daniel Arman seperti suasana makan malam tahunan syarikat. Kali pertama Nina menghadiri majlis hari jadi yang boleh dikatakan agak grand. Kalau menjadi orang berkedudukan begitulah, majlis hari lahir pun diadakan secara besar-besaran. Desis Nina dalam hati. Dia sendiri jarang meraikan hari lahir, seingat Nina hanya sekali sahaja majlis hari jadinya diraikan. Itupun ketika dia menyambunt ulang tahun kelahiran yang ke 23. Semasa itu, Kak Ina dan Chek Nor, rakan sebiliknya membelikan kek. Dan hadiah istimewa yang diberi oleh rakan-rakannya itu ialah sebiji keronsang berbentuk bunga. Itupun dibeli hasil perkongsian duit antara kedua-dua sahabat itu.

            Lamunan Nina terhenti apabila suara pengerusi majlis untuk program malam itu memecahkan suasana sunyi sebentar tadi. Sebentar kemudian pengerusi majlis itu berceloteh itu dan ini. Isi percakapannya walaupun jelas di telinga Nina namun Nina kurang memberi perhatian. Dia leka memerhatikan para tetamu yang hadir yang terdiri dari beberapa kakitangan syarikat dan juga beberapa orang buyer dan supplier penting yang selalu berurusan dengan syarikat mereka.

            Tema pakaian mereka malam itu ialah merah hati. Nina mengenakan kemeja merah hati dipadankan dengan skirt labuh berwarna maroon. Tudung bercorak polka dot dengan awning merah hati dipadankan dengan persalinannya malam tu. Penampilannya hanya biasa-biasa sahaja, sama seperti persalinan yang dikenakan semasa di tempat kerja.

            Nina alihkan pandangan dari satu meja ke meja yang lain, semua tetamu yang hadir mengenakan pakaian tercantik yang mereka miliki. Pelbagai gaya dan pelbagai ragam. Semua meja sudah dipenuhi dengan orang. Nampak seragam dalam samar-samar lampu apabila warna merah hati terbias. Majlis itu nampak sedikit ekslusif dengan padanan warna itu.

            Nina masih duduk bersama Zachary di meja berlabel nombor satu. Pada awalnya dia menolak untuk turut duduk di meja itu kerana meja nombor satu itu dikhususkan hanya untuk individu penting sahaja, namun Zachary tetap berkeras, alasannya dia PA kepada Daniel Arman. Dalam terpaksa, Nina menurut. Zachary duduk berhadapan dengan Nina, dia turut kelihatan tampan dengan kot berwarna hitam dipadankan dengan bow berwarna merah hati yang bersesuaian dengan warna tema mereka malam itu.

            Sedang leka Nina memerhatikan gelagat tetamu yang hadir, matanya menangkap kelibat Daniel Arman yang berjalan beriringan dengan Azzura dari arah pintu utama. Sebentar kemudian, kedengaran pengerusi majlis mengumumkan kedatangan mereka. Seisi ballroom gemuruh dengan bunyi tepukan sejurus Daniel Arman dan Azzura berjalan menghampiri meja nombor satu.

            Daniel Arman turut mengenakan sut serba hitam dengan bow berwarna merah hati manakala Azzura mengenakan gaun labuh berwarna merah hati separas betis. Warna merah hati itu menyerlahkan kulit putih gebu Azzura. Daniel Arman turut kelihatan segak. Rambutnya berkilat dan disisir rapi. Lebih kacak dari penampilan biasa. Biasanya Daniel Arman lebih suka biarkan rambutnya terjuntai  di dahi tetapi malam itu, dia kelihatan lebih handsome kerana rambutnya nampak lebih kemas dari biasa. Nina tidak dapat melarikan anak mata saat dia terpandangkan Daniel Arman tadi.

Untuk seketika kemudian Nina tersedar, Daniel Arman dan Azzura sama-sama cantik, dan sama-sama padan dan yang lebih penting, mereka sama-sama taraf. Betapa jauh jarak mereka. Umpama langit dengan bumi. Dalam hatinya ada rasa cemburu yang bertamu. Masakan dia boleh bergandingan dengan Daniel Arman. Desis Nina sendiri di dalam hati.





Majlis itu meriah dengan celoteh pengerusi majlis. Kadangkala terdengar ketawa besar dari para tetamu bila mana ada kata-kata lawak yang terbit dari bibir pengerusi majlis. Kemudian majlis disambung dengan ucapan Daniel Arman, kemudian diserikan dengan lagu dan nyanyian penyanyi yang disediakan pihak hotel.

Pada kemuncak majlis, terdengar permintaan dari beberapa orang kakitangan yang meminta Daniel Arman mendendangkan lagu untuk mereka sempena ‘birthday boy of the day.’ Pada awalnya Daniel Arman menolak keras, namun apabila seluruh dewan menyeru nama Daniel Arman, dia tiada pilihan melainkan menurut sahaja.

            Mata Nina mengekori langkah Daniel Arman naik ke pentas. Kacak dan bergaya, itu kata hati Nina. Kemudian, dilihatnya Daniel Arman membisikkan sesuatu ke telinga salah seorang pemain muzik yang berada di pentas. Sebentar kemudian Daniel Arman menarik sebuah kerusi ke tengah pentas. Dia duduk di situ sambil memegang mikrofon.

            “Lagu ni saya tujukan kepada gadis yang pakai baju merah yang duduk di meja nombor satu di sana.” Kata Daniel Arman sambil menunjukkan arah dengan jarinya ke meja Nina. Pada saat itu juga semua mata menjurus ke arah meja nombor satu. Azzura sudah tersenyum manis. Sebentar kemudian, semua hadirin bersorak dan bertepuk tangan.

            Nina pandang Daniel Arman, sudah pasti gadis berbaju merah yang dimaksudkan Daniel Arman ialah Azzura. Dan sudah tentu lagu yang bakal didendangkan nanti ditujukan kepada Azzura juga. Tidak mungkin dirinya. Saat itu terbetik rasa cemburu dihatinya. Namun riak wajahnya dikawal sebaik mungkin, senyum sebaris dipamirkan walaupun tidak seikhlas mana.

            Sejurus muzik dimainkan, Daniel Arman kumandangkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Ungu bertajuk Percaya Padaku. Nina hayati bait-baitnya walaupun sedar lagu itu bukan ditujukan untuknya. Terbuai seketika dirinya dengan bait-bait kata yang menyentuh perasaannya.



Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku 'tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku



Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

           

            Nina masih hanyut dalam bait-bait kata lagu tadi walaupun Daniel Arman sudah habis mendendangkan lagu itu beberapa saat yang lalu. Suara Daniel Arman walaupun tidak semerdu suara penyanyi kumpulan ungu, namun mampu membuatkan Nina terkesan. Terasa tersentuh dengan lirik yang menyentuh. Kalaulah lagu itu ditujukan untuknya, dialah gadis yang paling bahagia saat itu. Bahagia kerana Daniel Arman hanya mahukan dirinya. Mahu menjaganya sehingga ke akhir waktu. Namun Nina sedar, semua kata-kata itu tidak mungkin ditujukan buatnya. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Daniel Arman suatu waktu dulu, lelaki itu tidak pernah meminta untuk menjadi suaminya. Semua yang berlaku adalah kerana terpaksa.

            Wajah Azzura berseri-seri saat Daniel Arman kembali mengambil tempat disisinya.

            “Thanks for the song.” Ucap Azzura.

            “Selalunya you tak pernah romantik macam ni.” Sambungnya lagi.

            Daniel Arman hanya senyum sebaris. Dia jeling matanya ke arah Nina. Untuk seketika mata mereka bertaut saat Nina turut memandang matanya.

            I need to go to the washroom.” Kata-kata Azzura menyedarkan Nina dan Daniel Arman dari renungan. Dia bingkas bangun dari duduk.

            “Me too.” Kata Zachary tiba-tiba. Dia turut bangun mengekori Azzura dari belakang menuju ke arah di mana tandas ditempatkan.

            Nina kaku saat dia dan Daniel Arman ditinggalkan berdua-duaan.

            “Sedap suara Encik Arman.” Kata Nina memecahkan kesunyian dan kejanggalan antara mereka.

            “the song is for you.” Kata Daniel Arman ringkas. Pantas jemari Nina diraih ke dalam tangannya. Dia ingin menyatakan sesuatu pada gadis itu. Ingin dia lontarkan rasa hatinya pada Nina pada kesempatan itu.

            “Nina, saya ada perkara…” Namun belum sempat Daniel Arman habiskan kata-katanya, Nina menarik lembut tangannya sambil memandang ke satu arah. Zachary dan Azzura berjalan bergandingan kembali ke meja mereka.

            Terdengar keluhan kecil dari bibir Daniel Arman. Baru dia ingin menyampaikan rasa hatinya tetapi terbantut pula dengan kehadiran Zachary dan Azzura. Ada rasa kecewa bertamu di hatinya saat itu.

            Sementara Nina hanya tersenyum sebaris. Pandai betul Daniel Arman berseloroh dengannya. Mana mungkin Daniel Arman benar-benar memaksudkan kata-katanya sebentar tadi. Pastinya lagu itu ditujukan khas buat Azzura. Siapalah dirinya di hati lelaki itu.


p/s-harap2 semua suka.. :)

24 comments:

  1. ala nina nie...x nak caya plak cakap el.. ish...

    ReplyDelete
  2. Alaaaaaa.. Perasan betoii azzura nihhh.. El ni, lenkali. Mention bg jelass.. Ckp la gadis bertudung merah ke berkemeja merah.. Haillaaaa

    ReplyDelete
  3. aduhhh...terseksa btol la ati mcam ni!!!!cpt la El oii....

    ReplyDelete
  4. awat pendek sangat......

    ReplyDelete
  5. azzura..perasan terlebih..
    nina..kesiannya..dalam hti ad cinta..

    ReplyDelete
  6. pasai pa la daniel arman ni bawa azzura mangkuk neh datang sama majlis neh... kalo kaka jadi nina pun kaka jeles...

    ReplyDelete
  7. ala...x puas bc...sikitnyer...nk lagi...huhuhu...

    ReplyDelete
  8. Aduhai...baru El nk luahkan perasaan dia kat Nina..ada plak yg menyibuk enterfrem...Cik Tulip pendek sangat arr...tak puas baca dh habis bab ni..cepat2 update ye...hihihi...

    ReplyDelete
  9. intan abd wahab13 April 2012 at 07:51

    makin rasa mnympah dkt el...xda pndirian langsung..klw dh suka buat cr suka sbb nina isteri anda..klw xsuka cpt2 lpskan sbb ramai lagi yg mnanti...jgn buat nina sprti lgsung xbrharga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul itu..., saya setuju dgn intan. kalau suka terus terang shjlah...mengada pulak El ini...

      Delete
    2. setuju sngt, el hero lemau, baik la sokong si jahat danish, wlpun jahat, dia thu apa yg dia nk.... tu libatkn pula azura, nk merumitkn lgi la tu keadaan

      Delete
  10. Alah br nak luah perasaan,cerita pun tamat..nak lagii

    ReplyDelete
  11. best sgt2,thumbs up 2u cik tulip...sy suka semua karya y' sis wat..memang mantopp la...terbaekkk! !
    sy,silent reader,1st time komen...mmg speechless d'buatnya...
    -wanie-

    ReplyDelete
  12. mnyampah pula hero lemau mcm el ni, nk sokong danish la, jahat2 dia pun dia tahu apa yg dia nak dlm hidup ni, maybe org akn jahat pada hari ini, tpi kemudian hari, kita x tahu lagi kan?

    ReplyDelete
  13. nk lagi cepat sambung ye...

    ReplyDelete
  14. kwn2 , bukan nak ckp apa laa... Si Dan tu ai dah cop awal2 ... >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. rinsya....chop ke cop? ada dua makna tu..huhu, akak ras a dua2 kot

      Delete
  15. ish...
    geram lak ngn si el nie...
    naper x bgtau jer suma org yg dia tu suami si nina...
    nti mula la ade yg dok kacao line..
    mcm si arham n zachary tu...
    tu blm lg msk skali ngn si zura tu...
    dok perasan ingat yg si el suka kat dia tu...

    x baik el wat mcm tu kat nina ngn si zura tau...
    huhuhu...

    ReplyDelete
  16. EL.... kalau cinta, katakanlah..... jgn biarkan Nina tertanya2.....dan buatkan Azzura terperasan....

    ReplyDelete
  17. hmm cakap yang tersirat, mana mungkin nina faham laa arman... ooh azzuraa.. kesian la pulak eekk dah terperasaan tu..

    ReplyDelete