Sunday, 8 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 18

Kepada yang merindui Danish Arham. This rebel bad guy dah kembali, enjoy :)....
BAB 18



Puntung rokok yang habis dihisap dijentik keluar dari balkoni bilik. Beberapa percikan api kecil berterbangan ditiup angin dari tingkat sepuluh Hotel Hilton. Danish Arham membuang pandang ke arah jalan yang sayup-sayup kelihatan. Beberapa kenderaan masih lagi bertali arus walaupun jarum jam sudah menginjak ke pukul tiga pagi. Sudah hampir sebulan dia menginap di situ. Semenjak pertemuan dengan Nina dulu hatinya tidak pernah tenteram. Seringkali tidurnya terganggu, terganggu dengan bayangan Nina. Wajah dan bentuk tubuh Nina seringkali mengisi ruangan fikirannya.

Danish Arham menghela nafas. Rambutnya dilurut kasar. Tidak tahu kenapa ingatannya kuat terarah pada Nina sejak dia bertemu semula dengan wanita itu. Terasa kesal kerana dia menolak Nina dahulu. Dan lebih kesal lagi kerana Nina telah menjadi adik iparnya. Isteri kepada Daniel Arman.

Danish Arham kemudiannya membuang pandang ke dada langit. Dia mengimbas semula tentang pertemuan kali pertamanya dengan Nina.





Salamah mengalihkan beberapa pasu milik Datin Rogayah yang ditanam dengan pelbagai jenis orkid. Pasu itu kemudiannya disusun semula di ruang yang diminta oleh Datin Rogayah sementara Nina membantu ibunya untuk menggembur-gembur tanah yang telah padat di dalam pasu. Begitulah kebiasaan Nina, bila sahaja cuti semester dia akan datang membantu ibunya di banglo Datin Rogayah dan Datuk Zainudin.

            Di tingkat dua banglo itu, disebalik sliding door gelap yang dilitupi langsir tebal berdiri Danish Arham. Dia sedang leka memerhatikan Nina yang leka membantu Salamah menggembur tanah. Sekali sekali dia terdengar gelak ketawa Nina apabila dia lihat kedua-dua beranak itu bergurau senda. Manis wajah Nina ditatap penuh minat.

            Disebalik baju kurung cotton itu, Danish Arham membayangkan bentuk tubuh Nina. Lama dia merenung tingkah manja Nina bergurau senda dengan ibunya. Saat itu dia tidak dapat membendung keinginannya untuk memiliki Nina. Dia nekad, suatu hari nanti dia pasti mahukan Nina, mahukan Nina jatuh ke tangannya.





Danish Arham meraup wajahnya sekaligus menerbang pergi segala ingatan lalu. Kali pertama melihat Nina dia sudah tidak dapat mengawal dirinya. Rentetan itulah yang membawa kepada peristiwa onar yang pernah dilakukan pada Nina dahulu. Tidak tahu kenapa, saat itu dia rasa menyesal kerana melepaskan Nina dahulu. Sepatutnya dia menggalas tanggungjawab dan tidak melarikan diri tetapi pada waktu itu, dia buntu. Dia hanya fikirkan keseronokan semata-mata. Bila diberitahu Nina mengandung hasil perbuatan khianatnya, dia bertindak melarikan diri. Tidak mahu memikirkan perkara yang akan menghadkan kegiatan masa mudanya. Tidak mahu memikul tanggungjawab pada usianya yang masih muda. Masa yang sepatutnya dihabiskan untuk berseronok.

Disebabkan itu juga, kini Nina menjadi hak milik Daniel Arman. Adik kembarnya itu bertindak menjadi kambing hitam demi menjaga nama baik keluarga. Tetapi itu semua tidak menjadi masalah kepada Danish Arham. Dia tidak peduli dengan apa yang berlaku pada Daniel Arman. Yang merunsingkan dirinya kini ialah bagaimana dia ingin mendapatkan semula Nina dari Daniel Arman. Kala itu, hanya Nina yang difikirkan, perkara-perkara lain dia tolak ke tepi. Bagaimana untuk dia mendapatkan Nina kembali

Danish Arham masuk ke bilik. Tubuhnya kemudian direbahkan ke tilam empuk. Dia membuang pandang ke syiling bilik, otaknya ligat memikirkan rencana untuk dia mengambil Nina dari tangan Daniel Arman. Selama ini dia tidak pernah kalah dengan Daniel Arman. Selalunya Daniel Arman lah yang terpaksa mengalah dengannya. Menanggung semua kesalahannya, mengalah dalam banyak perkara. Memang sudah terbukti Daniel Arman bukan lawannya. Adik kembarnya itu terlalu baik. Terlalu naïf. Danish Arham pasti, suatu hari nanti pasti Nina akan menjadi miliknya.

Jenuh berfikir, akhirnya Daniel Arman mendapat satu idea. Dia pantas bangun menuju ke meja yang diletakkan telefon bimbitnya tadi. Jari-jemarinya pantas mendail nombor. Dia labuhkan semula punggungnya ke birai katil. Telefonnya dilekap ke telinga dan Danish Arham menunggu sehingga panggilannya bersambut.

“Hello.” Terdengar suara serak-serak basah menyambut panggilan Danish Arham.

“Daddy, sorry ganggu, I need to speak with you.”Ucap Danish Arham tidak sabar.

“Dan!, it’s four o’clock in the morning!.” Sahut Datuk Zainudin terkejut dengan panggilan yang mengganggu tidurnya.

“Sorry Dad, but this is important.” Kata Danish Arham lagi.

“Can we talk about it tomorrow?”Saran Datuk Zainuddin. Betul-betul terganggu dengan panggilan Danish Arham.

“This is important, can’t wait until tomorrow.”Kata Danish Arham.

“Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu esok.” Kata Datuk Zainudin. Bukan dia tidak tahu dengan sikap Danish Arham, kalau ada perkara yang dia mahukan, dia tidak pedulikan orang lain. Selalu sahaja anaknya itu bertindak mengikut kepala sendiri. Jarang-jarang sekali mendengar kata orang.

“I want a post at DZMS MALL.” Sambung Danish Arham sekaligus menyatakan hasrat hatinya.

“What!, since when Dan mula fikir pasal kerja ni. Bukan ke selama ni daddy dah supply enough money for you.” Ujar Datuk Zainuddin hairan.

“This time is different, I want a job a DZMS MALL.” Ucap Danish Arham dalam senyuman. Dalam mindanya sudah terencana agenda.

“can we talk over this matter tomorrow, it’s really late now and I need to get back to sleep.”Luah Datuk Zainuddin. Hal-hal penting begitu harus difikirkan dengan mendalam. Harus dibincang dari muka ke muka.

“Okey Dad, I’ll see you tomorrow to discuss further.” Balas Danish Arham seraya menekan butang tamat talian pada telefon bimbit touch screennya.

Danish Arham kemudiannya merebahkan tubuhnya ke katil. Dia tersenyum, selepas ini dia tidak lagi perlu runsing. Hasratnya telahpun dinyatakan kepada Datuk Zainuddin, pasti bapanya itu tidak akan mengecewakan dia. Dalam melayani fikirannya, dia terlena sendiri.





“Mimpi apa pula Dan dah nak kerja ni?” Soal Datuk Zainudin apabila makanan yang dipesan oleh mereka habis dimakan beberapa minit tadi.

            “Daddy tahu tak yang Nina sekarang kerja dengan El?” Soal Danish Arham tanpa menjawab persoalan Datuk Zainudin. Air di gelas disedut perlahan.

            “Nina?” Soal Datuk Zainudin pelik.

            “Yes.. Nina, your daughter in law.” Sambung Danish Arham.

            “Dia kerja dengan El ?,since when?, kenapa El tak pernah bagitahu daddy?” Soal Datuk Zainudin bertalu-talu. Hairan kenapa dia tidak tahu menahu akan hal itu sedangkan Danish Arham boleh tahu.

            “Sejak bila, Dan tak tahu tapi memang dia kerja dengan El.” Lanjut Danish Arham.

            I’ll get her fired.” Kata Datuk Zainuddin penuh dendam. Entah kenapa sejak Nina mengaku mengandungkan anak Danish Arham dulu, dia sangat membenci Nina. sebelum itu bukan dia tidak pernah bertemu Nina, malah Nina selalu datang menolong Salamah sewaktu wanita lebih separuh abad itu masih hidup dan berkhidmat di banglonya dulu. Namun kala itu, Nina dan Salamah hanya ‘invisible people’ kepadanya. Mereka hanya pekerja dan dia majikan. Hubungan mereka jelas hanya setakat itu sahaja. Dia tidak mahu menlanjutkan hubungan itu menjadi ikatan yang lebih erat dan kukuh sementelah mereka hanya orang bawahan yang bekerja untuknya.

            “You can’t fired her dad.” Kata Danish Arham sekaligus mematikan lamunan Datuk Zainuddin.

            “I have the power to do so.” Sahut Datuk Zainuddin pula.

            “Biarkan dia kerja dengan El, sebab tu Dan nak kerja dekat Mall tu, I want to get her back, kalau daddy pecat dia, rosak la perancangan Dan.” Ucap Danish Arham sambil menolak gelas yang sudah kosong ke sisi meja. Sekaligus dia memberitahu Datuk Zainudin tentang perancangannya.

            “Semua post dalam Mall tu dah penuh, daddy pun tak tahu nak letak Dan dekat mana.” Luah Datuk Zainudin, memang sejak Danish Arham memaklumkan perancangannya itu, dia pening memikirkan jawatan apa untuk diberi kepada Danish Arham.

            “I want El’s post.”Jawab Danish Arham sambil membuang pandangan kosong ke hadapan.

            “What!, first you want his wife, now you want his post pula.” Datuk Zainuddin ketawa sinis mendengar permintaan Danish Arham. Kata-kata itu jelas menunjukkan Danish Arham memang tidak matang dalam banyak hal.

            “Kenapa?, kan daddy mampu buat semua tu.” Jawab Danish Arham.

            Of course daddy mampu buat semua tu, tapi daddy tak kan buat macam tu. El run the Mall so well, he’s a good manager, kalau Dan ambil alih tempat El, the Mall will crush down.” Sambung Datuk Zainudin dalam ketawa besar. Dia beterus terang. Walaupun Daniel Arman bukan anak kesayangannya tapi dia akui kebolehan Daniel Arman menguruskan perniagaannya.

            “Kalau macam tu, you’ll have to fired someone.” Saran Danish Arham.

            I’ll think futher, see if I can do something about it, any news I’ll let you know.” Janji Datuk Zainudin seraya bangun meninggalkan Danish Arham.

            Sementara Danish Arham membuang pandangan kosong ke arah Datuk Zainudin yang semakin menghilang dari pandangan matanya. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum gembira. Selesai sudah satu masalahnya. Sekarang dia perlu lebih berfikir keras, bagaimana pula untuk dia mendekati Nina.  Kotak rokok dikeluarkan dari poket seluar jeansnya. Sebatang rokok dikeluarkan dan diselitkan dibibirnya yang sedikit lebam. Pantas dia menyalakan lighter dan membakar hujung rokok. Batang rokok disedut dalam dan asapnya dihembus perlahan. Dalam mindanya dia hanya membayangkan Nina. Nina dalam genggamannya.
P/s-tak sangka ramai juga yang minat Danish Arham ye.... :)

19 comments:

  1. sapa la peminat danish arham yang samseng tu. huh

    team daniel <3

    ReplyDelete
  2. ala...xmo danish arham....nk El Nina....:((

    ReplyDelete
  3. alo...
    xmo arham...
    nk daniel gak...
    huhuhu...
    sape kipas ssh mati si arham nie...
    eee....

    ReplyDelete
  4. Erks.. Sape yg minat am tu.. Poyos! Nyampahnyerr.. Tp rsnya kali ni el xkn ngalah lagii.. Xcerdik betoii am niii

    ReplyDelete
  5. oh noooo....i really hate this guy *danish...pleake akak, x nk la si danish ni buat onar, nk tgk nina n El bahagia selamanye huhu..pleaseeee T_T

    ReplyDelete
  6. pergh..jahat dan kejam gile Arham ni..kan..apa kata kita suruh lori sampah gelek dia.. sanggup dia buat adik dia macam tukan...

    apalah nasib si EL ni dapat bapak macam tu kan...boleh ke bersekongkong ngan anaknya Arham untuk menganiayakan anaknya ..darah daging sendiri ...

    alahai..sukarnya menjadi org sebaik EL kan..selalu dibuli dan disingkir sesuka hati oleh papa dan abang kembarnya..sedangkan tidak pernah sekali dia membantah perbuatan ayahnya yg berat sebelah keatas dirinya..mujur dia ada ibunya..untuk menempiaskan perasaan ketidak puasan hatinya terhadap ayahnya..dan ibunya menyabarkan dirinya..

    kemanakah haluan hidup EL bila dia terpaksa mengosongkan jawatan CEO untuk abangnya Arham sedangkan perjanjian telah dibuat olah ayahnya untuk dirinya ... dan bagaimana dengan Nina pula ek..kerana terang terangan Arham seperti mencabarnya untuk merampas Nina darinya..

    Adakah sa at ini ibunya akan mengeluarkan kuasa vetonya untuk mengekalkan EL kejawatan itu.. atau menyuruh EL membawa Nina pergi ke oversea untuk menjaga perniagaannya disana..?

    hopefully adalah E3 baru..terujanya nak tahu..what happens next ..to EL and Nina..

    ReplyDelete
  7. tak sukalah kat danish arham tu...ikut suka dia aje je nak ambil balik nina dari el...jgn bagi el..pertahankan nina el....and i hate you danish arham....

    ReplyDelete
  8. what a spoiled brat danish arham is...n yet d father will do anything for him.

    ReplyDelete
  9. semua sokong daniel ek.... so sya sokong si jahat danish la.. hahaa jgn emo. kena la ada konlik ckit, baru best....

    ReplyDelete
  10. x ske danish..lbh bek daniel..sy sokong daniel

    ReplyDelete
  11. suka dngn watak danish..hehe..
    dy ingt dy bgus sngt

    ReplyDelete
  12. el harus bersama nina.baru sesuai gitu,hehe

    ReplyDelete
  13. huh..tak suka dan tak minat dengan Danish..meluat adalah..sibuk nak kan Nina balik...itu namanya dah ludah pastu jilat balik..apa2 pun suka El dengan Nina...go El go..cepat pikat Nina sebelum Danish masuk jarum...Cik Tulip pendek sangat arr..citer best sangat kot..sebab tu rasa pendek..hihihi...

    ReplyDelete
  14. danish ko nie semak la..ala cian danial dah la lembut j xpernah nak luah perasaan..huhuhuu

    ReplyDelete
  15. Danish seorg yg yakin dah berusaha keras tuk mencapai cita2..nape El plak sebaliknya..takut2 nk confes kt nina..melepas padan muka hang El..huhu

    ReplyDelete
  16. eee...poyo btul la arham nie...skit mental gamaknya...
    mna El nie...cepat la bangkit n pertahankan rumah tangga tu..lg best klu mama El msuk campur..singkirkn kuasa dato dr syarikat tu...

    ReplyDelete
  17. btl2,setuju ngan jijah..buat jln citer mcm yg jijah ckp tu..

    ReplyDelete
  18. haha, gaduh3 tpkan harap2 danish tu pg mampusss! apeah naseb bace cite last minute. layannnnn....

    ReplyDelete
  19. Rasanya hanya stu or dua org je ske si Danish tuh..gile tol..jgn mrh

    ReplyDelete