Wednesday 4 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 15

Cik Tulip ucapkan terima kasih kepada semua pembaca yg menyokong tulisan cik tulip ni.hehe.bersemangat nak sambung lagi....yg tinggalkan komen. Love you all,thanks alots utk kata2 indah rakan2 pembaca...
BAB 15



            Sofea berjalan perlahan menuju ke meja Nina. Dia bercadang untuk mengajak Nina keluar rehat sebentar. Sementara menunggu masa untuk minum pagi, dia akan menghabiskan masa di meja Nina. Begitulah kebiasaan yang dia lakukan. Semenjak Nina mula bekerja di situ, dia dan Nina telah berkawan rapat.

            “Kak Nina, buat apa tu!” Sergah Sofea apabila dilihatnya Nina kusyuk dengan skrin komputernya.

            “Hish Phia ni, nak bagi akak sakit jantung ke...” Jawab Nina. Sofea yang muda lima tahun darinya berperwatakan lincah. Kadang-kadang suka berperangai kanak-kanak.

            “Akak buat apa, kusyuk je. Kejap lagi kita pergi minum ye.” Ucap Sofea bertalu-talu dalam nada manja yang dibuat-buat.

            “Akan tengok FB ni, kan setengah jam lagi baru pukul 10, Phia dah takde kerja ke?” Soal Nina sambil mengerling jam pada sudut mejanya.

            “Bosan la kak, tu yang datang kacau akak. Encik Arman ada?” Soal Sofea lagi.

            “Baru je keluar.” Nina log out dari akaun facebooknya.

            “Pergi mana?” Sofea bertanya lagi. Dia mengambil tempat disisi Nina.

            “Mana la akak tahu.”

            “Kan akak PA dia, tak kan tak tahu dia pergi mana.” Sambung Sofea.

            “Memang la akak PA dia tapi tak kan la dia pergi tandas pun dia nak bagitahu akak.” Jawab Nina, dia senang berkawan dengan Sofea, gadis itu yang paling rapat dengannya sejak dia pertama kali melangkah kaki ke situ.

            “Akak tak minat ke dengan Encik Arman tu?” Soal Sofea sambil memusing-musing kerusi duduknya.

            “Soalan apa tu?” Soal Nina kembali dengan riak pelik.

            “Yelah, hampir semua ‘bunga’ kat office ni minat kat Encik Arman tu, tak kan la akak yang selalu bersama Encik Arman tu tak rasa apa-apa.” Sambung Sofea.

            “Nak rasa apa?”Soal Nina lagi. Suka melayan kerenah Sofea bila bergosip.

            “Rasa ‘nak’ pada Encik Arman tu la. Nak bercinta dengan dia. Nak kahwin dengan dia.” Kata Sofea lagi.

            “Sofea ada rasa camtu ke?” Soal Nina dalam senyum meleret. Giliran dia pula mengusik Sofea.

            “Akak ni ke situ pula, Phia kan dah ada boyfriend, tak kan boleh jatuh hati kat Encik Arman pula.” Sahut Sofea dalam nada merajuk.

            “Mana la tahu…” Nina angkat kening.

            “Akak memang tak rasa apa-apa ke?” Tanya Sofea lagi. Kali ini nadanya bertukar serius.

            “Rasa macam mana yang Phia maksudkan?” Kali ini Nina juga menyoal serius.

            “Nak jadikan dia suami akak, Phia tengok Encik Arman tu baik sangat, sesuai dengan Kak Nina, Kak Nina pun lembut.”

            ‘Memang dah jadi suami akak pun.’ Namun kata-kata itu hanya terucap dalam hati Nina sahaja.

            “Dia kan dah ada girlfriend.” Ucap Nina.

            “Tapi Cik Azzura tu lansung tak sesuai dengan Encik Arman. Saya lagi suka kalau akak yang bersama dengan Encik Arman.” Kata Sofea sambil mengangkat kening pada Nina.

            “Merepek je Phia ni.” Sambung Nina.

            “Akak ngurat la dia.”

            “Ngurat sape?, dah mengarut Phia ni.”

            “Ngurat Encik Arman la.”

            “Akak ni mana la layak. Tak setanding dengan Cik Azzura. Dah kalah sebelum bertanding tau.” Seloroh Nina.

            “Akak cuba la, mana tahu dapat kalahkan dia.” Sofea kenyit mata pada Nina.

            “Okey, nanti akak try tackle dia, untung sabut timbul.” Seloroh Nina. Suka melayan gelagat Sofea yang bersungguh-sungguh.

            “Nak try tackle siapa?” Tiba-tiba Daniel Arman bersuara. Entah bila lelaki itu berdiri di situ, Nina dan Sofea tidak sedar.

            “Eh Encik Arman, kak Nina ni kata nak try tackle Encik Zach. Saya bagi sokongan je.” Kata Sofea lambat-lambat dalam serba salah.

            Nina menjegilkan biji mata bila Sofea memandang tepat wajahnya dalam keadaan serba salah.

            Really?”Soal Daniel Arman tenang. Matanya memanah mata redup Nina yang kelihatan resah.

            Nina tidak beriak, serba salah dengan kata-kata Sofea sebentar tadi.

            “Saya tak nak ngurat ke? Saya pun handsome juga.”Ucap Daniel Arman kepada Nina. Sengaja dia memandang lama ke wajah Nina. Mahu melihat reaksi Nina.

            “Encik Arman kan dah tak available, dah ada Cik Azzura” Sampuk Sofea sambil tersengih.

            “Kan lelaki boleh kahwin empat. Kalau Nina dan Azzura baru dua orang, ada lagi dua kuota kosong.” Sambung Daniel Arman lagi, matanya masih tidak lepas memandang Nina. Dalam maksud kata-katanya semasa menyebut nama Nina sebentar tadi. Sesuatu yang Sofea masih belum tahu, Nina memang telah menjadi isterinya. Sengaja dia bangkitkan hal itu, sejujurnya dia juga ingin tahu isi hati Nina terhadapnya.

            “Kalau you berminat, boleh masuk dalam kuota ketiga, boleh bermadu dengan Nina dan Azzura.” Daniel Arman menyambung. Dia sekadar berseloroh.

            “Hish Encik Arman ni, ke situ pulak. Saya kan dah ada pilihan hati.”Ujar Sofea dalam nada mendatar.

            Sementara Nina masih lagi membisu. Tidak tahu apa yang dia rasakan kala itu. Ada rasa marah dan cemburu yang bercampur baur apabila Daniel Arman mengungkit hal bermadu.

            “Awak cemburu ke Nina?” Sambung Daniel Arman apabila menyedari kelainan riak wajah Nina. Dia sengaja menyakat, sekadar menguji hati Nina.

            “Cemburu?, apa hak saya nak cemburu. Saya bukan sesiapapun pada Encik Arman.” Ujar Nina, nada suaranya dikawal sebaik mungkin, cuba menyembunyikan perasaannya yang sebenar.

            “Kalau macam tu, boleh la Azzura bermadu dengan you.” Sambung Daniel Arman dalam senyum sebaris. Masih sambung mengusik, ingin melihat sejauh mana Nina terkesan dengan kata-katanya.

            “Phia kata nak breakfast tadi, jom la.Takut lambat pula nanti.”Nina mengalih topik perbincangan mereka. Dia mengalih wajah memandang Sofea. Tidak mahu melanjutkan isu yang dibangkitkan Daniel Arman. Hatinya cemburu apabila isu itu ditimbulkan. Apa tujuan Daniel Arman membicarakan isu itu, tidak pula Nina dapat menebak.

            “Jom la kak, kalau layan Encik Arman ni entah bila boleh breakfast.” Sahut Sofea sambil tersenyum memandang Daniel Arman, sengaja dia pula menyakat Daniel Arman.

            “Nak breakfast ke?, saya join, I’ll treat.” Kata Daniel Arman. Matanya dialih kepada Sofea. Sengaja menujukan perlawaannya kepada Sofea kerana dia tahu Nina pasti akan menolak ajakannya.

            “Encik Arman belanja?...erm boleh juga, untung sabut hari ni Kak Nina.” Sambut Sofea sambil memandang wajah Nina. Wajahnya manis dengan perlawaan Daniel Arman.

            Sementara Nina berperang dengan perasaannya sendiri. Dia tidak senang dengan perlawaan Daniel Arman. Seboleh-bolehnya dia ingin mengelak dari seringkali bertembung dengan lelaki itu.

            “Shall we?” Soal Daniel Arman bila dilihatnya Nina dan Sofea masih belum berganjak dari meja.

            Sofea bersegera bangun lalu jalan mendahului sementara Nina dan Daniel Arman mengekori dari belakang.

            Apabila menghampiri tempat Daniel Arman memarkir kereta, Sofea tiba-tiba berhenti. Tangannya pantas diseluk ke dalam handbag mencari-cari sesuatu. Sejurus mencapai telefonnya yang berdering, pantas dia menjawab dan bergerak menjauh dari Daniel Arman dan Nina. Selang beberapa minit Sofea kembali ke arah Nina dan Daniel Arman.

            “Encik Arman, Kak Nina, sorryla tak dapat join breakfast, Abang Jeff nak datang jumpa Phia la.” Kata Sofea. Wajahnya berseri-seri sejurus mendapat panggilan tadi.

            “Nampaknya just kita berdua je la.”Ucap Daniel Arman. Kedua-dua keningnya diangkat apabila matanya dan Nina bertemu.

            Nina menghela nafas. Itulah perkara yang paling dia tak ingini, keluar makan berdua-duaan dengan Daniel Arman.

            “Nak breakfast kat mana?” Soal Daniel Arman. Keluhan Nina menarik perhatiannya. Jelas dimatanya riak wajah Nina yang kurang selesa dengan situasi tersebut.

            “Ikut Encik Arman la.” Jawab Nina lemah. Sementara Sofea telahpun menghilang sejurus memaklumkan dia tidak dapat ikut serta tadi.

            “Kalau ikut saya, nak bawak Nina balik ke rumah mummy je.”Seloroh Daniel Arman. Sengaja hendak menguji hati Nina. Sejauh manakah Nina sudah melupakan perkara yang pernah berlaku antara mereka lima tahun yang lalu.

            “Kalau macam tu, saya tak jadi la breakfast dengan Encik Arman, saya rasa elok saya makan kat food court je.” Sahut Nina, mula mengatur langkah naik semula ke bangunan pasaraya. Dia masih belum bersedia untuk membuka semula sejarah lama yang cuba dia luputkan dari ingatannya.

            “Saya cuma melawak je.”Sambung Daniel Arman. Pantas tangannya meraih pergelangan tangan Nina.

            Nina yang terperanjat dengan tindakan Daniel Arman lekas-lekas menarik tangannya. Bimbang bertembung dengan pekerja-pekerja pasaraya yang lain. Pasti akan mendatangkan curiga pada mata yang melihat.

            “Jom.” Ajak Daniel Arman lembut walaupun hatinya sedikit terguris dengan tindakan Nina.





Suasana di restoren mamak berhadapan dengan pasar seni kelihatan lengang. Hanya terdapat beberapa orang pelanggan sahaja yang sedang menjamu selera di situ. Nina mengambil tempat berhadapan dengan Daniel Arman sejurus masuk ke restoren itu lima minit yang lalu.

            Apabila pelayan datang untuk mengambil pesanan, Daniel Arman terlebih dahulu menyatakan pesanan dan diikuti dengan Nina. Satu persamaan yang dikesan oleh Nina antara dirinya dan Daniel Arman ialah mereka sukakan mee goreng mamak dan juga teh tarik. Satu kebetulan.

            “Pertama kali makan sekali.” Kata Daniel Arman sejurus pelayan berlalu. Lebih merupakan ayat penyata. Matanya merenung wajah Nina yang jelas lebih banyak melarikan anak matanya dari memandang wajahnya.

            “Kalau macam ni selalu-selalu kan seronok.” Sambung Daniel Arman lagi apabila Nina masih membisu.

            Untuk seketika suasana sunyi antara mereka. Daniel Arman kehilangan idea untuk mengajak Nina berbual setelah kata-katanya sebentar tadi hanya dibiarkan sepi tanpa sahutan dari Nina.

            Nina hanya membuang pandang ke arah orang yang lalu lalang. Dia janggal berdua-duaan begitu dengan Daniel Arman. Tidak tahu apa yang boleh dibualkan dengan lelaki itu. Walaupun ikatan perkahwinan mengikat mereka sebagai suami isteri, tetapi hakikatnya mereka jauh kerana dia tidak pernah punyai peluang untuk mengenali Daniel Arman.

            Hanya selepas bertukar satu tempat kerja dengan Daniel Arman, dia kerap mendampingi lelaki itu. Tetapi hubungan mereka tidak lebih dari hubungan pekerja dan majikan. Jarang ada komunikasi kecuali yang penting sahaja. Namun beberapa kejadian yang berlaku sejak kebelakangan ini membuatkan ikatan yang lama terputus itu seolah-olah bertaut kembali. Namun begitu, Nina masih tidak yakin. Tidak yakin Daniel Arman mampu menerimanya sebagai isteri. Sebelum dia hanyut dalam angan-angan yang menggunung, lebih baik dia menghindari semua perkara itu dari berlaku. Mampukah Daniel Arman menerimanya tanpa syarat sedangkan dia cuma sisa yang ditinggalkan oleh Danish Arham dulu.

            Memikirkan kebarangkalian itulah yang menyebabkan dia jarang memberi peluang kepada dirinya mahupun Daniel Arman.

            “Nina, are you okey?” Soal Daniel Arman apabila dilihatnya Nina hanyut dalam lamunan sendiri.

            I’m okey.”Sahut Nina.

            “Kenapa saya tengok Nina selalu termenung kalau bersama saya?”Tanya Daniel Arman lagi. Sengaja dia mahu mengorek rasa hati Nina. Sejujurnya memang dia ingin mengenali Nina dengan lebih rapat. Terlanjur gadis itu telah menjadi isterinya. Kalau boleh dia mahu menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami. Itupun sekiranya Nina tidak sering mengelak dan memberi dirinya peluang.

            “Tiada apa-apa la Encik Arman. Mungkin saya letih.” Dalih Nina. Dia merasakan tidak penting untuk dia berterus terang dengan Daniel Arman tentang isi hatinya.

            Perbualan mereka terhenti apabila pelayan datang membawa pesanan makanan.

            “Macam mana maksu Zana sekarang?” Soal Daniel Arman. Sekadar berbasa basi memecahkan kesunyian antara mereka.

            “Sihat, dah ada empat orang anak.” Jawab Nina ringkas.

            “Nina, tak nak ada anak?” Soal Daniel Arman lagi. Tangannya menyuap mee goreng mamak ke mulut. Dia masih belum puas mengorek rahsia hati Nina. Dia perlu tahu perasaan Nina terhadapnya.

            Nina mengeluh berat mendengarkan pertanyaan Daniel Arman. Sungguh dia tidak tahu apa tujuan Daniel Arman menekannya dengan soalan yang begitu. Adakah Daniel Arman mahu menguji hatinya. Untuk apa ditanyakan soalan yang mengguris begitu. Kalaupun dia mahukan anak sudah tentulah anak itu merupakan hasil perkahwinan mereka. Sedangkan kala itu Daniel Arman sudah pun ada pilihan hati sendiri. Dia cuma isteri yang dikahwini Daniel Arman tanpa rela.

            “Cik Azzura sihat?” Nina mengalih topik perbualan. Tidak mahu terus melanjutkan isu yang dibangkitkan oleh Daniel Arman.

            “Sihat.”Sepatah Daniel Arman menjawab. Dia kecewa. Bukan itu reaksi yang dia harapkan dari Nina.

            Untuk seketika suasana sunyi kembali membungkus mereka. Nina dan Daniel Arman masing-masing menumpukan perhatian pada makanan di pinggan. Tidak lama selepas itu, tiba-tiba Nina ditegur dari tepi meja.

            “Nina, lama tak jumpa you..”Kata satu suara dari tepi meja.

            Nina dan Daniel Arman pantas mengalihkan wajah. Memerhatikan pemilik suara yang baru menegur Nina.

            Sementara Nina terkejut dengan apa yang dijamah matanya saat itu.

            “Fiqri…”. Terluah juga nama itu dari mulut Nina.

            Have a seat and join us.”Pelawa Daniel Arman. Matanya menangkap riak wajah Nina yang pucat berselang seli dengan perhatiannya terhadap lelaki kacak yang lengkap berkot hitam dengan rambut yang disisir kemas.

            Lelaki bernama Fiqri itu lantas mengambil tempat bersebelahan dengan Daniel Arman. Matanya masih tidak lepas memandang wajah Nina sementara Nina sudah mula mengalih pandangan ke arah pinggannya yang hampir kosong.

            “Kenapa you menghilang selepas habis periksa dulu?” Soal fiqri tidak sabar. Terlupa dengan kehadiran Daniel Arman di situ.

            “I’m Daniel Arman.”Daniel Arman memperkenalkan diri. Menyedarkan Fiqri dia turut berada di situ.

            “Sorry…I’m Fiqri, Nina’s friend. Kitaorang dulu sama U, tapi Nina ni lepas habis periksa terus tak datang kampus, lesap sampai masa konvo pun tak datang.” Terang Fiqri. Menyedari kekhilafannya mengabaikan Daniel Arman kerana terlalu menumpukan perhatian pada Nina.

            “Really?” Soal Daniel Arman. Matanya menikam mata Nina. Berharap Nina menjelaskan duduk perkara sebenar. Berdasarkan permerhatiannya dia tahu Fiqri bukan sekadar kawan biasa kepada Nina.

            Nina hanya membisukan diri. Tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan hubungannya dengan Fiqri kepada Daniel Arman dan dalam masa yang sama tidak tahu apa alasan yang harus diberi kepada Fiqri tentang kehilangannya dulu.

            “Friend or boyfriend?” Soal Daniel Arman lagi bila Nina masih membisu.

            “I was her boyfriend but she left for no reason.”Jawab Fiqri terus terang, matanya tepat memandang wajah Nina yang terlindung disebalik awning tudung. Cuba meminta penjelasan dari Nina. Ada nada kesal pada suaranya.

            “Encik Arman, saya balik dulu, dah lewat sangat ni. Saya naik teksi je.”Balas Nina seraya bangun dan meninggalkan kedua-dua lelaki itu. Asakan demi asakan dari kedua-dua lelaki itu merimaskan Nina. Dia tiada jawapan kepada kesemua persoalan itu. Atau lebih tepat lagi, dia tidak mampu berterus terang kepada kedua-duanya tentang letak duduk perkara yang sebenar.

            Daniel Arman mahupun Fiqri, kedua-duanya tidak menjangkakan reaksi Nina itu. Masing-masing terdiam apabila Nina bangun dan berlalu. Daniel Arman tidak sempat menghalang apabila Nina sudah mendapatkan dirinya sebiji teksi sementara Fiqri pula terasa mulutnya seperti dikunci untuk bersuara menghalang Nina.

            I’m Nina’s boss.” Kata Daniel Arman selepas suasana sunyi antara mereka rentetan peristiwa yang berlaku tadi.

            “Dia selalu macam tu ke?” Soal Fiqri, hairan dengan perwatakan Nina. Sepanjang dia mengenali Nina, Nina tidak pernah sedingin itu.

            “Sepanjang saya kenal dia, memang dia macam tu.” Jawab Daniel Arman jujur.

            She was a different person back then, we were so in love. I promised to marry her some day but she left.”Sambung Fiqri, terasa ringan mulutnya menceritakan kisah yang pernah berlaku antara dirinya dan Nina.

            Daniel Arman tidak bereaksi. Entah kenapa ada rasa cemburu bertamu dihatinya saat itu tatkala mendengarkan penjelasan dari Fiqri. Selama ini dia tidak pernah menyangka dihati Nina sudah ada lelaki istimewa yang bertakhta. Pertemuan dengan Fiqri hari itu menjelaskan segalanya. Masih adakah cinta di hati Nina buat lelaki itu. Daniel Arman berperang dengan perasaannya sendiri. Sungguh dia tidak pernah menjangka.





“Termenung jauh nampak?” Tegur Datin Rogayah dari belakang.

            Mummy, have a seat.” Pelawa Daniel Arman. Dia mengengsot sikit ke ruang sebelah kiri kerusi, memberi ruang kepada Datin Rogayah untuk melabuhkan punggung disebelahnya.

            “El fikirkan apa, daripada tadi duduk berembun kat luar ni.” Tanya Datin Rogayah. Memang dia perasan Daniel Arman terus keluar dan duduk berehat di kerusi simen yang menghiasi halaman banglonya selepas makan malam tadi. Daniel Arman juga lebih banyak termenung semasa makan malam tadi. Sebagai ibu, terbetik rasa hairan dihatinya. Jarang-jarang sekali Daniel Arman berkelakuan begitu.

            Seingatnya kali terakhir dia lihat Daniel Arman berkeadaan begitu ialah ketika Nina pergi meninggalkan rumah mereka dulu.

            “Tiada apa-apa la mummy, masalah office je.”Dalih Daniel Arman.

            “El tak nak cerita pada mummy?” Soal Datin Rogayah lagi. Sudah 30 tahun Daniel Arman dibawah perhatiannya, mana mungkin anak lelakinya itu mampu untuk menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

            “Atau semua ni sebab Nina.” Telah Datin Rogayah setelah dilihatnya Daniel Arman masih membisu.

            Daniel Arman membuang pandang ke arah cahaya lampu yang suram. Untuk seketika dia berkeadaan begitu sebelum menjawab semula pertanyaan Datin Rogayah.

            “We meet again mummy.”Luah Daniel Arman tanpa dipaksa.

            Datin Rogayah tidak bereaksi, memberi peluang kepada Daniel Arman untuk membuka cerita walhal hatinya turut meronta-ronta ingin mengetahui apa yang bakal keluar dari mulut Daniel Arman. Perkataan ‘we’ yang terbit dari bibir anaknya itu menarik perhatiannya.

            “Mummy ingat tak pasal penggabungan syarikat kita dengan syarikat Datuk Mohd Som untuk syer Mall tu. Nina sebenarnya kerja dengan anak Datuk Mohd Som, Zachary. Masa mesyuarat penggabungan tu, El ada jumpa Nina. Lepas reconstruct semula jawatan-jawatan dalam syarikat baru, El dengan Zachary berbincang dan tukar post Nina daripada setiausaha Zachary kepada PA El, and now she’s working with me.”Terang Daniel Arman. Sudah tiba masanya Datin Rogayah tahu tentang hal itu.

            “Jadi sekarang El nak Nina kembali pada El?” Soal Datin Rogayah, lansung tidak berselindung dengan apa yang ada dalam hatinya.

            “She is my wife mummy, my responsibility.”Luah Daniel Arman dalam keluhan berat. Memang dia ingin Nina kembali bersamanya.

            “Kalau macam tu, pujuk dia kembali pada El. Lagipun ikatan perkahwinan bukan perkara main-main. Berdosa kalau kita persenda hukum Allah.” Terang Datin Rogayah. Sebagai ibu, dia hanya mampu menasihati.

            “Kalau la semudah tu mummy, kadang-kadang El tengok Nina tu dingin sangat. Bila El semakin dekat, dia makin lari, macam jinak-jinak merpati.” Kata Daniel Arman, mengulangi kata-kata Zachary suatu waktu dahulu.

            “El cintakan Nina?, dah luahkan rasa hati El pada Nina?” Soal Datin Rogayah. Cuba menyelami hati Daniel Arman, walaupun di mata kasarnya sudah jelas akan hal itu.

            “Entahlah mummy, macam mana El nak luah kalau Nina selalu sangat mengelak, mummy pun tahu El jenis yang tak suka memaksa.” Keluh Daniel Arman lagi. Bukan sekali dia cuba menghampiri Nina, sudah banyak kali tetapi setiap kali itu jugalah dia kecewa dengan reaksi Nina.

            “Sebagai orang luar dalam hal ni, mummy cuma boleh nasihat El. Cuma satu yang mummy nak ingatkan El, jangan pendam rasa hati El, kalau ada yang belum terluah, El kena luahkan. Biar Nina tahu isi hati El yang sebenarnya. Mungkin Nina menjauh sebab dia tak pasti dengan hala tuju hubungan dia dengan El.” Nasihat Datin Rogayah. Dia hanya mampu memberi pandangan, selebihnya haruslah datang dari usaha anak lelakinya sendiri.
P/S-harap2 semua enjoy dengan entry kali ni...

15 comments:

  1. sambung lg plssss

    ReplyDelete
  2. intan abd wahab4 April 2012 at 07:06

    teruskan...menarik sekali...

    ReplyDelete
  3. El..terus terang je kat nina tu......

    ReplyDelete
  4. nk lgi..sy ske bce cte nie..hee

    ReplyDelete
  5. sokong pdgn mummy El...
    El kena la bgtau kat nina yg dia btl2 sygkn nina..
    klw x musti nina ingt El xde perasaan kat nina...
    huhuhu..

    ReplyDelete
  6. ohmy...datin rogayah mg sporting habis larr...nak nina balik dgn arman..huhu

    ReplyDelete
  7. El....plz.... berterus terang pada Nina tentang rasa hatinya... jgn berlenggah lagi...takut Nina makin jauh... banyak sangat persaingan ni......

    ReplyDelete
  8. salam dik..
    kesian kan arman..mencuba utk menagih kasih seorang isteri yg bergelar Nina yg seperti jinak jinak merpati..arman kenalah bertegas ngan Nina sebagai suami dia berhak untuk mengajak isterinya untuk tinggal bersama..kalau perlu memaksa isterinya kembali kepadanya ..kalau diikutkan..Nina sudah nusyuz kerana meninggalkannya..ini adalah peluang nya yg baik untuk meraih semula kepercayaan Nina terhadap dirinya..dan dia perlulah menurunkan egonya dan menerangkan kepada Nina ..apa yg dibuat dan kata pada Nina dulu tu kerana emosinya yg tidak stabil..dan dia masih tidak matang dari segi pemikirannya...Kini setelah berjumpa Nina kembali ..dia ingin mencuba..untuk menjadikan Nina suri hidupnya..dan memberi dia peluang kedua dan dia tidak kisah ngan masa lalu Nina..sebab dia tahu..Nina teraniaya oleh abang nya..

    alahai..kesian kan Nina.. memendam perasaan dan merasa rendah diri akan situasi dirinya tiap kali bersama arman suami yg memang dah menapak didalam hatinya..biarlah fiqri berlalu pergi kerana berdosa Nina sayangi lelaki lain selain arman dan Fiqri hanyalah masa lalunya ..cuba buang jauh jauh perasaan rendah diri bila bersama ngan arman kerana bukan salahnya dia diperkosa tanpa belas ihsan oleh arham..

    Apa kata mereka berdua diberi peluang untuk mencuba perkawenan ini kerana ijab dan qabul bukan boleh dibuat mainan..sudah terlalu lama akak rasa mereka ini tidak melakukan tanggung jawab mereka sebagai suami isteri..renungkanlah betapa banyak nya dosa yg perlu mereka tanggung..

    Terasa arman mempunyai ibu yg sangat penyayang orgnya..ikutlah nasihat ibu arman dan bawa Nina berjumpa ngan ibunya..mungkin ia dapat menjernihkan lagi perhubungan dia orang..kan..

    ReplyDelete
  9. El memang dh jatuh cinta kat Nina...El cuba ikut nasihat mummy dia..sebab apa yg mummy dia cakap tu betul..perkahwinan bukan perkara yg boleh dipermainkan..so cepat2 confess kat Nina kalau kalau dh suka..takut nanti dikebas orang plak..hihihi...apa2 pun cik writer cpt sambung ye...I likeeee...

    ReplyDelete
  10. patut dua2 duk brbincng ttng prkhwinn dorg..

    tak lah meneka neka dlm kesamaran..msing2 mkn hati ..

    apa pun biar lah el n nina brsama..

    ReplyDelete
  11. Best bila ada org tua yg baik masuk campur..sb tu anak2 kalu ada masalah jgn segan bincang ngn parents.

    ReplyDelete
  12. El cpt la luahkan isi hati.. Nina tu takut bertepuk sblh tgn pdhal dia pon suka el.. Dan pls jauhkan azzura gediks tuuu
    ~mizz acu~

    ReplyDelete
  13. mmg best,layannnnn..........

    ReplyDelete