Sunday 1 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA-BAB 13

Kepada yang tinggalkan komen dan beri cadangan, cik tulip ucapkan terima kasih banyak2.semua cadangan bernas2 cik tulip terima itu sangat membantu. sekarang boleh ikuti sambungannya...jom baca :)
BAB 13



Wajah sugul Nina ditenung lama. Walaupun mata Nina terarah pada skrin tv, Mien tahu fikiran Nina menerawang. Memikirkan perkara lain selain berita yang sedang bersiaran di telivisyen.

            “You kenapa?” Soal Mien sambil mengusap perut yang sedang membesar.

            “Hah?” Nina seolah-olah tersedar dari mimpi. Dia mengarahkan wajah pada Mien yang duduk di lantai melipat kain.

            “You ada masalah?” Mien menyoal lembut. Usia mereka yang sebaya menyebabkan dia lebih selesa membahasakan diri dengan ‘I’ dan ‘You’ sahaja.

            “Entahlah.” Nina melepaskan keluhan.

            “Ceritalah, mana lah tahu I boleh tolong.” Dia tahu Nina ada masalah. Teman serumahnya itu semakin kerap termenung.

            “Kalau I cerita pun belum tentu you akan percaya.”Luah Nina.

            Try me.”Ujar Mien.

            “Kita kawan dah lama, dari I anak dara sampai dah nak beranak pun, tak kan you masih tak percayakan I, apa je masalah you, kalau I boleh bantu, insyaallah.” Sambung Mien.

            “Sebenarnya ada benda yang I tak ceritakan kat you Mien.”Nina mula membuka cerita.

            “Benda apa?” Tanya Mien lagi.

            “I sebenarnya dah kahwin.”Ucap Nina dalam nada mengendur.

            Mien memberhentikan tangannya yang ligat melipat kain tadi. Kini fokusnya beralih pada cerita Nina. Terperanjat bukan kepalang dengan pengakuan Nina itu.

            “You melawak ke apa ni?”Soal Mien pelik, mana tahu kalau-kalau Nina bergurau dengannya.

            “I serious, I memang dah kahwin.” Nina bersuara lagi, cuba meyakinkan Mien.

            “Kenapa selama tiga tahun ni, you tak pernah cerita.” Kata Mien dalam nada terkilan. Selama ini Nina boleh merahsiakan perkara sebesar itu dari pengetahuannya.

            “Perkahwinan I bukan macam you, bukan macam orang lain.”Nina menarik nafas dalam. Cuba mencari kekuatan untuk menceritakan kisah hidupnya kepada teman rapatnya selama tiga tahun itu.

            “Maksud you?.” Soal Mien tidak faham. Dia masih lagi tidak mengubah posisi duduknya.

            “Entahlah Mien, I nak ceritakan pun rumit sangat.” Luah Nina dalam keluh nafas.

            “Ceritalah dulu, I akan dengar.” Kata Mien.

            “Siapa suami you?” Mien terus bertanya, cuba memudahkan Nina membuka ceritanya.

            “Daniel Arman.”Jawab Nina ringkas.

            “Bos baru you tu?” Mien buat muka pelik. Tidak pernah pula Nina dedahkan hal itu dulu walhal banyak cerita tentang Daniel Arman yang singgah ditelinganya sewaktu Nina merungut-rungut tidak suka bekerja dengan Daniel Arman, bos baru Nina itu.

            Nina hanya mengangguk.

            “Macam mana you boleh kahwin dengan dia, maksud I macam mana you bertemu jodoh dengan dia?”Tanya Mien lagi.

            “Panjang ceritanya.”Nina mengeluh.

            “Ceritalah, selagi belum sampai subuh esok, you ada masa nak ceritakan pada I.”Seloroh Mien.Perutnya yang memboyot diusap lagi. Selepas melahirkan anak dia juga mungkin akan berpindah mengikut suaminya.

            “Dia kembar.”Sambung Nina.

            “Siapa?”Mien tanya lagi untuk kepastian.

            “Daniel Arman la, tak kan mak dia pulak, kan cerita pasal dia tadi.”Nina buat muka geram.

            Sorry.” Mien buat muka tak bersalah.

            “Sambungla.”Ujar Mien tidak sabar.

            “Daniel Arman tu lelaki budiman, gentleman berbeza dengan kembar dia.”Cerita Nina lagi.

            So?”Mien tanya lagi.

            “Kembar dia Danish Arham berperwatakan berbeza, dia pernah….” Nina berhenti seketika. Cuba mencari kekuatan untuk mengimbau kenangan pahitnya.

            “Pernah apa?” Mien bangun lalu bertimpuh pula dihadapan Nina yang duduk di sofa berbentul L. Cerita Nina semakin menarik perhatiannya.

            He raped me and I got pregnant with his baby.”Nina menyeka air mata yang terbit dari tubir mata. Dia belum pernah membuka cerita pahitnya pada sesiapapun selain Maksu Zana dan arwah ibunya, Salamah.

            “What!?.” Kata Mien terperanjat.

“ Nina, kenapa you boleh rahsiakan perkara macam ni dari I.”Mien terkilan, kenapa Nina harus merahsiakan perkara itu. Sekurang-kurangnya Nina boleh bercerita padanya lebih awal.

            “Mien, tak kan you expect I untuk buka pekung sendiri. I malu dengan perkara yang berlaku.”Nina sudah mula mengalirkan air mata.

            “Maafkan I.”Mien sayu melihat air mata Nina. Dia sudah terlanjur kerana membuatkan Nina bertambah sedih.

            “Kalau kembar dia yang buat jahat pada you, how can you end up married to Daniel Arman.”Soal Mien ingin tahu. Dia sedar Nina kesedihan tetapi selagi perkara itu dipendam, selagi itulah ia akan menjadi barah yang makan dalam.

            “Danish Arham lari ke luar negara, dia tak mahu bertanggungjawab.”

            “Jadi Daniel Arman ganti tempat kembar dia?” Kali ini Mien membuat telahan sendiri.

            Nina hanya mengangguk lemah.

            “Dia yang tolong selamatkan maruah I.” Sambung Nina lagi.

            Ada juga lelaki baik macam tu..”Bisik Mien perlahan, kata-kata itu lebih berbentuk kenyataan.

            “I kesal sebab terpaksa heret dia dalam semua masalah ni.”Keluh Nina lagi.

            “Bukan salah you, mungkin dah tertulis jodoh you dengan dia.” Sambung Mien.

            “Habis tu sekarang macam mana?”Soal Mien kembali.

            “Entahlah, keadaan dah bertambah rumit sekarang, nama je suami isteri tapi life kami tak macam suami isteri, dia hidup cara dia, I hidup cara I. I pernah cuba nak akhiri semua ni tapi bapa mertua I tak benarkan. Dia kata I yang mintak sangat anak dia bertanggungjawab, jadi dia tak benarkan anak dia ceraikan I.”Luah Nina.

            “Kesiannya you Nina, jadi sekarang you digantung tak bertali la?”

            Sekali lagi Nina mengangguk.

            “Kenapa you tak cuba berbaik dengan Daniel Arman, teruskan hidup berumahtangga, macam orang lain?”Saran Mien.

            “Daniel Arman dah ada pilihan sendiri, dia pun nampak caring sangat pada girlfriend dia. I ni siapa dimata dia?I cuma perempuan yang dia terpaksa kahwini. Dia tak pernah cintakan I Mien.” Sambung Nina dalam sebak.

            “I pun tak tahu nak cakap apa, cerita you ni pun macam tak real je. Macam tak percaya pula you dah jalani semua benda tu. Maafkan I Nina, I sepatutnya prihatin dengan masalah you. Lain kali you tolong la jangan rahsiakan apa-apa dari I, kalau you perlukan seseorang untuk bercerita, I’ll lend you my ears. You kawan I dunia akhirat Nina.” Mien bangun dari duduk lalu memeluk Nina. Dia jatuh simpati pada nasib Nina. Tidak disangka, wajah Nina yang tenang rupa-rupanya menyimpan seribu satu rasa yang bergolak hebat dalam jiwanya. Sungguh dia kagum dengan ketabahan Nina menghadapi semua yang berlaku sendirian.





Kereta Viva Elite berwarna putih susu diparkir dibahagian paling bawah bangunan DZMS Mall. Sejurus mematikan enjin, Nina keluar dari kereta. Semasa berjalan untuk menuju ke lif, dia terserempak dengan Daniel Arman. Lelaki itu nampak kemas dengan kemeja ungu gelap berjalur biru muda dikemaskan dengan tie dari rona warna ungu muda. Kotnya hanya disangkut ditangan.

            “Morning.” Ucap Daniel Arman sejurus mereka berdua masuk ke dalam lif.

            Nina hanya memberikan senyuman manis. Haruman Daniel Arman kuat menusuk hidungnya. Terasa goyah naluri wanitanya tatkala dekat dengan lelaki itu.

            “Assalamualaikum.” Ucap Daniel Arman lagi apabila ucapannya sebentar tadi hanya dibalas dengan senyuman.

            Nina angkat muka dengan pandangan pelik. Sementara lelaki itu masih tenang bersahaja memandang ke pintu lif. Sudah dua kali Daniel Arman menyapanya.

            “Tak jawab berdosa.” Sambung Daniel Arman bila Nina mengalihkan pandangan.

            “Waalaikumusalam.” Jawab Nina tanpa berpaling. Rupa-rupanya Daniel Arman menunggu dia menyapa kembali. Nina tersenyum sendiri.

            “Lepas ni terus masuk bilik saya.”Ujar Daniel Arman dengan nada serius.

            Nina tidak bereaksi. Dia turut membuang pandang ke pintu lif. Berdiri secara membelakangkan Daniel Arman.

            “Nina, are you listening?”Soal Daniel Arman serius.

            “Saya dengar Encik Arman.” Jawab Nina.

            “Look at me when I’m talking to you.”Kata Daniel Arman lagi.

            Nina berpaling memandang Daniel Arman. Bila sahaja mata Nina dan Daniel Arman bertembung, lelaki itu mengenyit mata pada Nina. Wajah Nina berona merah. Malu apabila diperlakukan begitu oleh Daniel Arman. Apa maksud lelaki itu, Nina sendiri tidak faham.





“Tolong kemas fail-fail kat depan tu.” Arah Daniel Arman sambil menunjuk ke satu sudut bilik dibahagian depan sementara dia meneguk air milo panas yang baru dibancuh Nina sebelum masuk tadi.

            Nina bertindak mengikut arahan. Fail-fail yang tersusun di situ nampak bersepah. Selama dia di situ, belum pernah lagi dia menyentuh fail-fail lama itu. Daniel Arman pernah memberitahunya bahawa fail-fail itu menyimpan dokumen lama syarikat yang tidak digunakan lagi.

            “Tawar milo ni.” Rungut Daniel Arman sambil memerhatikan Nina membuat kerja. Niatnya cuma satu, ingin meraih perhatian Nina.

            Sementara Nina masih meneruskan kerja tanpa mempedulikan rungutan Daniel Arman.

            “Tolong tambah susu lagi.” Daniel Arman mengarah bila dilihatnya Nina tidak mengendahkan kata-katanya sebentar tadi.

            Nina mengeluh. Belum pun siap satu kerja, Daniel Arman sudah memberi arahan lain.

            “Tak baik mengeluh, itu tandanya derhaka pada suami.”Sambung Daniel Arman dengan lirikan mata.

            Nina berlalu membawa cawan milo Daniel Arman. Apabila kembali dia meneruskan kerja-kerjanya yang tertangguh.

            Hampir setengah jam membersihkan habuk-habuk pada almari fail itu, Nina cuba pula untuk mencapai fail-fail yang terletak di rak paling atas. Disebabkan tidak cukup ketinggian, Nina terpaksa mengjungkit kaki walaupun memakai kasut tumit tinggi. Beberapa kali Nina cuba namun tangannya tetap tidak mampu menggapai fail-fail tersebut. Nina kemudian berfikir, saat itu dia memerlukan kerusi untuk memudahkan kerjanya.

            Belumpun sempat Nina berpaling untuk mendapatkan kerusi, dia terasa ada tubuh tegap yang berdiri di belakang dan membantu dia mengambil fail-fail itu. Nina terasa berdebar. Tubuh Daniel Arman begitu rapat dibelakangnya. Haruman lelaki itu kuat menusuk deria baunya. Membuatkan dia terbuai seketika.

            “Kalau tak sampai, minta la saya tolong ambil.” Kata Daniel Arman, dia mengundur sedikit ke belakang selepas mendapatkan fail-fail berkulit keras tadi dan diletakkan di atas lantai.

            “Maaf.” Kata Nina. Tidak tahu reaksi bagaimana yang perlu diberi pada Daniel Arman. Dia kemudian kembali menyambung kerja mengemasnya sementara Daniel Arman masih berdiri tegak memerhatikannya.

            Daniel Arman hanya memandang Nina dari belakang. Dia tahu Nina malu berhadapan dengannya. Untuk seketika Daniel Arman terleka memerhatikan tubuh Nina.

            Baju kemeja berwarna ungu pekat dengan corak bunga putih yang dipadankan dengan skirt labuh berwarna ungu cair menyerlahkan bentuk potongan tubuh Nina yang cantik. Daniel Arman asyik memerhatikan Nina dari belakang. Terasa terbuai dengan pemandangan yang dijamah matanya kala itu. Terasa lupa kepada semua yang ada didunia saat itu. Terasa waktu itu hanya dia dan Nina sahaja yang ada.

            Tiba-tiba Daniel Arman terkejut dari lamunan. Nina yang sedari tadi leka mengemas fail dengan tiba-tiba berlari lalu mendakap tubuhnya erat. Daniel Arman kaget, kenapa dengan Nina. Kenapa Nina memeluknya begitu erat. Beberapa minit kemudian Daniel Arman tersenyum. Dia membalas pelukan Nina.

            “Sedap ke peluk saya?” Ucap Daniel Arman.

            Nina angkat wajah, tiba-tiba dia tersedar yang dia sudah terlanjur memeluk Daniel Arman. Darah menyerbu naik ke mukanya. Namun tangannya masih belum dilonggarkan dari pinggang Daniel Arman.

            “Bila nak lepas saya ni?” Soal Daniel Arman. Dia tersenyum nakal.

            Nina melonggarkan pelukan sambil menunjukkan jari ke satu arah di atas timbunan-timbunan fail.

            “Kenapa?” Soal Daniel Arman lagi, tidak nampak dengan jelas apa yang ditunjukkan Nina.

            “Labah-labah.”Jawab Nina perlahan. Dia menggigil. Berderau darahnya apabila tiba-tiba labah-labah besar keluar dari timbunan fail yang diambil oleh Daniel Arman tadi.

            Daniel Arman ketawa kecil sambil menggeleng kepala.

            “Umur dah berapa?, labah-labah pun takut.” Bebel Daniel Arman sambil menuju ke timbunan fail. Diambilnya labah-labah yang dimaksudkan Nina dan diletakkan di atas kedua-dua  tangannya.

            “Takut ni?” Soal Daniel Arman.

            Nina mengangguk. Apabila Daniel Arman menghampiri tempat dia berdiri dengan labah-labah ditangan, Nina mengundur. Memang sejak kecil, dia fobia dengan labah-labah. Kalau ada labah-labah di mana-mana bahagian rumah, pasti dia akan memanggil Salamah untuk menghalau. Kadangkala dia sanggup untuk tidak masuk ke tandas bila ada labah-labah di situ.

            “Ini bukan spesis yang bahaya, kalau gigit pun tak kan mati.” Kata Daniel Arman apabila melihat wajah Nina yang pucat.

            “Saya keluar dulu, nanti saya minta orang lain tolong kemaskan.” Ucap Nina seraya berlalu. Dia memang sudah tidak berupaya meneruskan kerja itu. Rasa takutnya masih bersisa.

            “Nina.” Panggil Daniel Arman kembali sebelum Nina berlalu pergi.

            Nina berpaling kembali ke arah Daniel Arman.

            “Lepas ni teman saya lunch, sebab kerja awak ni belum siap lagi.” Kata Daniel Arman dalam nada serius.

            Nina hanya mengangguk, apa sahaja permintaan Daniel Arman akan dituruti asalkan jangan kembali menyuruhnya menyiapkan kerja yang tidak selesai itu. Dia memang tidak akan mampu meneruskan kerjanya dengan rasa takut yang masih bersisa.





Keadaan hingar binger dalam restoren itu lansung tidak menjejaskan selera Daniel Arman. Nasi berlauk yang terhidang di depan matanya dijamah penuh selera. Hanya Nina sahaja yang termenung jauh. Seleranya hilang. Seawal masuk ke restoren tadi, Daniel Arman tanpa bertanyakan persetujuannya terlebih dahulu telah mengambil nasi dan lauk untuknya.

            Lauk yang menjadi pilihan Daniel Arman itu lansung tidak menarik seleranya untuk menjamah makanan dihadapan matanya itu. Penyudahnya dia hanya makan sedikit, selebihnya hanya dibiarkan dalam pinggan. Hanya air carrot susu sahaja yang disedut perlahan-lahan bagi memenuhi ruang kosong kerana terpaksa menunggu Daniel Arman makan.

            “Kenapa tak makan tu?” Soal Daniel Arman. Matanya menyoroti makanan Nina yang hanya sedikit berusik.

            “Takde selera la Encik Arman.” Ucap Nina pendek.

            “Tak sedap ke lauk saya pilih tu?” Soal Daniel Arman lagi.

            Nina hanya membatu, mengiakan tidak menidakkan pun tidak.

            Daniel Arman yang menyedari tiada reaksi dari Nina terus menarik pinggan nasi Nina dan dibawa ke hadapannya. Tanpa banyak bicara, Daniel Arman menyuap sedikit demi sedikit baki makanan Nina. Nina yang terkejut dengan tindakan Daniel Arman itu memandang pelik dengan kedua-dua keningnya terangkat tinggi.

            “Kenapa Encik Arman makan nasi saya tu?” Soal Nina apabila Daniel Arman sudah menghabiskan nasinya tadi.

            “Tak baik membazir, berdosa.” Jawab Daniel Arman senada.

            Nina hanya diam menanggapi jawapan Daniel Arman. Memang benar hujah Daniel Arman itu, tidak dapat dia sangkal. Namun apa yang membuatkan dia hairan ialah Daniel Arman sanggup pula menghabiskan makanan yang telah dia usik sedikit.

            “Encik Arman tak kisah ke bekas saya tu?” Soal Nina lambat-lambat.

            “Bekas isteri sendiri, apa salahnya.” Jawab Daniel Arman lagi. Selamba wajahnya menjawab pertanyaan Nina. Seolah-olah diantara mereka sudah ada satu ikatan mesra.

            Nina senyap seketika.

            Daniel Arman kemudiannya bangun tiba-tiba. Tangan Nina ditarik supaya mengikutnya. Sejurus tiba di susunan lauk pauk yang pelbagai jenis, Daniel Arman bersuara.

            “Pilih nak makan lauk apa.” Arah Daniel Arman.

            Nina yang terpaku berdiri dengan tangannya masih dipegang Daniel Arman hanya melihat lauk pauk itu dengan pandangan kosong. Seleranya sudah mati seawal Daniel Arman memilihkan lauknya tadi. Dan sehingga saat itu dia sudah tidak berselera lagi.

            “Saya dah kenyang la Encik Arman.” Kata Nina.

            “Pilih la lauk tu, saya tunggu.” Kata Daniel Arman lagi. Tangan Nina dilepaskan bagi memudahkan Nina memilih lauk pauk.

            “Saya dah tak nak makan lagi.” Kata Nina lagi.

            “Awak kena makan, nanti perut masuk angin siapa yang susah. Lepas ni nak buat kerja lagi. Kalau tak makan macam mana nak ada tenaga.” Sambung Daniel Arman.

            Nina tiada pilihan melainkan menurut sahaja. Pinggan dicapai lalu dia memasukkan dua jenis lauk sementara Daniel Arman sudah membawa nasi baru ke meja yang mereka duduki tadi.

            “Makanlah, saya tunggu.” Kata Daniel Arman sejurus Nina duduk.

            Nina hanya menurut tanpa banyak bicara.

            “Habiskan, jangan membazir.” Kata Daniel Arman lagi. Dalam hatinya dia tersenyum.

            Sepanjang Nina makan, dia hanya jadi pemerhati. Sekali sekala dia menyedut air teh ais yang masih berbaki dalam gelasnya. Selebihnya dia hanya merenung wajah Nina. Dia tahu Nina tidak selesa dengan renungannya itu namun dia tidak mampu menghalang kehendak matanya itu. Dia suka memandang wajah lembut Nina. Manis. Rasa tenang jiwanya kala itu.







Daniel Arman duduk di kerusi sambil termenung jauh. Peristiwa yang berlaku tadi terbayang-bayang dimindanya. Masih terasa hangat tubuh Nina saat wanita itu memeluknya erat. Daniel Arman tersenyum sendiri. Betapa indahnya perasaan yang dirasakan kala itu. Terasa berkocak hebat naluri lelakinya apabila tubuh mereka bersentuhan untuk seketika.

            Daniel Arman mengimbau kembali saat pertama kali dia melihat Nina. Semasa arwah Salamah masih berkhidmat di banglo milik Datuk Zainudin. Gadis itu kelihatan polos, walaupun tidak pernah berkomunikasi namun dari jauh dia memerhatikan Nina.

            Jika tidak disebabkan kesilapan Danish Arham, pasti perkenalan mereka tidak akan bermula begitu. Sekurang-kurangnya dia akan cuba wujudkan satu salam perkenalan yang lebih memberi makna pada dirinya dan Nayli Imanina. Jauh disudut hatinya dia tidak pernah membenci Nina. Cuma hatinya terguris dengan tindakan Datuk Zainudin yang mengatur perjalanan hidupnya menyebabkan dia turut melampiaskan rasa marahnya pada Nina suatu waktu dulu.

            Tetapi sekarang bukan itu yang dia rasakan. Dia melihat semua yang berlaku sebagai takdir. Takdir yang mempertemukan mereka. Sebagai manusia dia tidak mampu menolak takdir. Apa yang dia rasakan kini, dia hanya mahu menebus kembali kesilapannya yang dulu. Ruang dan peluang yang ada tidak akan dia sia-siakan seperti lima tahun yang lalu.

 p/s-cik tulip pun tergolong dalam kategori arachnophobia(takutkan labah2) hehe.harap semua enjoy entry kali ni..

14 comments:

  1. waa.. best2.. sy nk part nina ngn hubby dye byk2 yer.. hehe.. mekasih cik tulip 4 diz n3..

    ReplyDelete
  2. to daniel arman jgn lepaskan peluang utk dptkan nina..nnt diri sendiri rugi..i'll support u lah..hiks

    ReplyDelete
  3. yeay.. saya suka suka suka.. daniel arman teruskan usaha untuk pikat nina balik..

    -rie-

    ReplyDelete
  4. oh my... semakin best! keep it up.. suka la cerita nie cik tulip... =D serius best. senyum sorang2 bila baca... hehe

    p/s: cuma nak bagi cadangan kat cik tulip. Boleh tak cik tulip buang verification word tu? susah la nak komen kalau internet slow. tu ja... ;)

    ReplyDelete
  5. salam tulip..E3 yg mmg best giler...kini kita tau yg arman mmg ada hati kat nina dari dulu lagi tapi keadaan yg menyebabkan mereka menjadi seperti musuh satu masa dulu..akak rasa teruja pulak ngan perasaan arman kini..mungkin masa telah mendewasa dan mematangkan dirinya ...
    Pertemuan dengan Nina seakan akan telah mencetuskan kembali perasaan kasih dan cintanya pada wanita itu..
    Kesian Nina kan..emosinya sungguh terganggu bila berdepan ngan suami nya yg dia tidak berjumpa selama 3 tahun dan amat peliks pada pandangannya bila suaminya melayannya differently seperti mau menguratnya dan seakan kebencian suaminya terhadap dirinya telah menghilang..
    alahai tulip..terujanya akak nak tahu ..macam mana ek mamat tu nak mengurat balik nina sedangkan dia telah pun ada GF...
    Apa ek terjadi kat Datuk tu..dah kena ..belasah kah ngan Datin..atau dia dah kejung kat bilik ..bersama wanita yg bergelar pelacur kelas atasan..

    ReplyDelete
  6. Cik Tulip...memang besttt.. saya tak sabar nak tunggu Arman dan Nina jatuh cinta....cepat2 sambung ye...I likeee...

    ReplyDelete
  7. D.Arman.... cepat2 luahkan perasaan sebenarnya pada Nina... jgn buat dia tertanya2..... semoga ikatan mereka kembali terjalin....

    ReplyDelete
  8. wahh terujer nya saya cik tulip..

    ReplyDelete
  9. N3 yang sangat best....nak sambung cepat....

    ReplyDelete
  10. erm...
    daniel arman dah mulakan langkah2 nk tawan ati nina nie..
    best2...
    nk tgk gak cair x si nina ngan si daniel arman nie..
    hehehe...

    ReplyDelete
  11. cerita la ckit psl Danish Arham!! go Danish Arham!! pikat la blik si Nina tu

    p/s: Cik Tulip i'waiting for d hot guys "Danish Arham"!!

    -Faz87-

    ReplyDelete
  12. Best...
    Sgt suker bab nina pelok arman....
    Ep pon spesis takut labah2...
    nak lg...

    ReplyDelete