Saturday, 5 May 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 23

slownya line internet.dr tadi cuba masuk n3.bru berjaya.terima kasih kpd yg setia menanti n3.cik tulip sdg berusaha.dan terima ksih juga kpd yg backup cik tulip againts komen from anti penulis gedik.from 45 komen, dia sorang je komen negatif.rasa2nya ramai yg sokong tulisan cik tulip ni..hehe.gembira juga dpt komen yg meriah dr pembaca.jgn lupa drop komen lagi ye..hehe...enjoy...
BAB 23



Datuk Zainudin membuang pandang ke arah kolam renang dihadapannya. Sudah lima belas minit dia menunggu di situ namun bayang-bayang Tan Sri Mahzan masih belum kelihatan. Semasa dia datang tadi pun, dia hanya disambut oleh salah seorang pembantu rumah Tan Sri Mahzan yang berbangsa Indonesia. Dia cuma diberitahu untuk menunggu Tan Sri Mahzan disitu.

            Datuk Zainudin memerhatikan riak air yang tenang sambil mengelamun jauh. Tentu ada hal penting yang ingin dibincangkan oleh Tan Sri Mahzan sehingga menjemputnya ke situ. Jarang-jarang sekali dia berpeluang untuk bertemu lelaki itu. Selalunya Tan  Sri Mahzan seringkali sibuk dengan jadualnya yang padat.

            “Dah lama sampai?” Suara Tan Sri Mahzan mengejutkan Datuk Zainudin dari lamunannya.

            “Dalam dua puluh minit.” Jawab Datuk Zainudin sejurus memeriksa waktu pada jam tangannya.

            “Maaflah buatkan Datuk menunggu.” Kata Tan Sri Mahzan seraya mengambil tempat berhadapan Datuk Zainudin di kerusi yang dibina khas di tepi kolam renang itu.

            “Baru sekejap tunggu Tan Sri, tiada masalah bagi saya.”Kata Datuk Zainudin lagi. Sengaja dia lembutkan kata-katanya walhal dia pun kurang selesa kerana terpaksa menunggu lama.

            “Ada hal saya nak bincangkan dengan Datuk ni.” Kata Tan Sri Mahzan lagi. Terus pada maksudnya.

            “Hal apa?” Soal Datuk Zainudin hairan.

            “Hal anak-anak kita la.” Jawab Tan Sri Mahzan kembali.

            “Maksud Tan Sri pasal El dengan Azzura?” Soal Datuk Zainudin lagi.

            Tan Sri Mahzan hanya mengangguk.

            “Malu pula saya nak utarakan hal ni pada Datuk.” Sambung Tan Sri Mahzan.

            Datuk Zainudin hanya menjadi pendengar. Dia tidak mahu menyampuk, membiarkan Tan Sri Mahzan memberitahu sendiri tujuan dia dijemput bertandang ke situ.

            “Azzura tu dah selalu sangat desak saya cepatkan majlis dengan El, katanya kalau tak nak kahwin dulu pun takpe, asalkan ikat tali pertunangan dulu. Sebab tu lah saya jemput Datuk datang hari ni, kalau boleh nak berbincang dengan Datuk. Boleh kita capai kata sepakat untuk diaorang.” Terang Tan Sri Mahzan.

            “Oh..pasal tu, ingatkan hal apa tadi. Saya ni takde masalah, kalau budak-budak tu dah suka, terpulanglah. El tu pun bukannya muda lagi, dah masuk 30 tahun ni, saya pun harap dia cepat-cepat kahwin dengan anak Tan Sri. Memang saya pun dah lama terfikirkan hal ni, cuma tak berani pula nak suarakan pada Tan Sri, maklumlah, saya ni pipit. Manalah layak nak berganding dengan helang macam Tan Sri.” Sahut Datuk Zainudin dalam nada merendah diri. Sengaja dia berkata begitu walhal dalam hatinya sudah berbunga riang. Pucuk dicita,ulam mendatang. Memang sudah lama dia menantikan saat itu.

            Tan Sri Mahzan bukannya calang-calang orang. Pengaruhnya kuat. Menjalinkan ikatan dengan Tan Sri Mahzan umpama terjun ke lubuk emas. Memang sejak dulu lagi dia impikan perkara itu terjadi.

            “Saya rasa malu pula terpaksa suarakan hasrat saya ni, terasa macam perigi cari timba pula.” Ucap Tan Sri Mahzan lagi, terasa rendah diri bila dia yang mula membicarakan hal itu. Jika tidak didesak oleh anak manjanya itu, pasti dia tidak akan menyatakan hasrat itu kepada Datuk Zainudin, pastinya dia akan menanti pihak Datuk Zainudin yang memulakan dahulu.

            “Apa yang nak dimalukan, saya ni yang patut rasa rendah diri, Tan Sri orang berpangkat, saya ni apa lah yang ada.” Kata Datuk Zainudin lagi.

            “kalau macam tu bolehlah Datuk risik-risik dengan El, bila boleh kita buat majlisnya. Lagi cepat, lagi bagus. Azzura tu asyik desak saya sahaja.”Ujar Tan Sri Mahzan lagi.

            “Insyaallah saya akan berbincang dengan El. Kalau orang dah bercinta. Benda dilarang lagi dibuat, inikan pula benda disuruh, lagi lah diaorang suka.” Seloroh Datuk Zainudin. Dalam hatinya sudah terencana pelbagai rancangan sekiranya Daniel Arman dan Azzura disatukan. Dia tidak peduli sekiranya Daniel Arman bersetuju ataupun tidak, yang penting perkara yang diusulkan oleh Tan Sri Mahzan tadi akan menjadi kenyataan. Memang sudah lama dia menantikan saat itu. Peluang itu tidak akan dia sia-siakan hatta terpaksa mengorbankan Daniel Arman sekalipun, dia sanggup.





Daniel Arman duduk di kerusi simen dihadapan banglo Datuk Zainudin sambil membuang pandang ke arah susunan pokok orkid yang diatur rapi ditepi pagar banglo itu. Tengahari tadi dia telah mendapat panggilan telefon daripada Datuk Zainudin yang memintanya untuk datang ke situ untuk membincangkan sesuatu. Perkara apa yang hendak dibincangkan tidak pula dimaklumkan oleh bapanya itu. Ada juga terbetik rasa hairan dihatinya. Jarang-jarang sekali Datuk Zainudin mahu berbincang dengannya. Kalau hal berkaitan syarikat, rasanya sejak awal dia mengambil alih dahulu, memang Datuk Zainudin sudah lepas tangan tentang hal itu.

            Lamunan Daniel Arman terhenti apabila Datuk Zainudin tiba-tiba duduk dan mengambil tempat dihadapannya.

            “Daddy ada perkara nak bincang dengan El.” Kata Datuk Zainudin senada dan serius.

            “Perkara apa?” Soal Daniel Arman. Tertanya-tanya juga dihatinya, hal apa yang dimaksudkan oleh Datuk Zainudin itu.

            “Pasal El dengan Azzura.” Kata Datuk Zainudin ringkas.

            “Ada apa dengan hal El dan Zurra?” Soal Daniel Arman lagi. Namun dia dapat merasakan sesuatu pada riak wajah bapanya itu. Mungkin sesuatu yang dia tidak harapkan berlaku.

            “Tan Sri dah tanya, bila nak buat majlis El dengan Azzura, kalau tak nak kahwin dulu pun takpe, yang penting ikat tali pertunangan dulu.” Kata Datuk Zainudin terus pada maksudnya.

            “El belum sedia lagi daddy.” Kata Daniel Arman senada. Sejujurnya memang dia belum bersedia untuk membicarakan hal itu. Atau dengan lebih tepat lagi, dia tidak mahu berbicara lansung tentang perkara itu.

            “El sedia atau tak sedia, daddy tak peduli, yang penting sekarang ni daddy nak El bertunang dulu dengan Azzura. Diaorang orang berpengaruh, kalau kena pada caranya kita pun tumpang senang juga nanti.” Kata Datuk Zainudin lagi. Kali ini nadanya sedikit tegas.

            “Apa hak daddy nak paksa-paksa El macam ni?, El dah besar panjang macam ni pun daddy masih nak control lagi, pasal hidup El, biar El fikirkan sendiri, dengan siapa El nak kahwin, biar El yang buat keputusan. Daddy tiada hak nak paksa-paksa El kalau El belum bersedia!.” Ucap Daniel Arman, nadanya turut tegas. Memang dia mahu Datuk Zainudin tahu yang dia berhak menentukan hala tuju hidupnya sendiri, tidak perlu hidupnya di atur-atur begitu.

            “Kalau dah selalu angkut anak dara orang ke hulu ke hilir, tentulah kena ambil buat isteri, tak kan selama ni El angkut Azzura tu ke sana ke sini tapi tiada niat nak buat isteri!.” Balas Datuk Zainudin kasar. Sengaja dia gunakah hujah itu walhal dia sendiri tahu bagaimana sikap Daniel Arman terhadap Azzura, anaknya itu tidak pernah serius melayani Azzura, jauh sekali mahu mengambil kesempatan dan mahu memberi harapan kepada anak gadis Tan Sri Mahzan itu.

            “Hold on a second dad, bila masa pula El angkut anak dara orang, bukan daddy ke yang beria-ia match-making kan kitaorang dulu, El tak pernah kata El suka dan bukan salah El kalau Azzura tu yang melekat dengan El, memang selama ni pun El tak pernah paksa Azzura, El tak pernah bagi harapan pada dia dan El juga tak pernah ambil kesempatan ke atas dia. Kalau daddy berkeras juga nak teruskan rancangan daddy, you can ask Dan to replace me. Same like what you did back then, I replaced his place and maybe he should do the same!.” Tukas Daniel Arman.

            “What’s wrong with you El?, Kalau dulu El boleh dengar kata daddy, kenapa sekarang El nak bangkang pula. Ini mesti sebab perempuan murah tu kan? Kenapa?, El dah jatuh hati pada dia?, jangan ingat daddy tak tahu pasal Nina.” Kata Datuk Zainudin dalam nada sinis. Memang dia pasti, Daniel Arman menolak cadangannya kerana Nina. Bukan dia tidak kenal dengan Daniel Arman, Daniel Arman terlalu baik hati. Kalau tidak tentu sudah lama Nina diceraikan. Saat itu dirasakan rasa bencinya terhadap Nina meluap-luap.

            “Daddy boleh kata apa sahaja yang daddy suka, tapi keputusan El tetap sama. El tak kan bersetuju dengan rancangan daddy.” Ucap Daniel Arman tegas seraya bangun dan berlalu meninggalkan Datuk Zainudin yang kepanasan hati.

            Kata-kata Datuk Zainudin bukan boleh dilayan. Walaupun rasa sakit hati dengan penghinaan bapanya itu terhadap Nina, namun Daniel Arman tidak mudah melatah. Walau bagaimana benci pun dirinya dengan tuduhan buruk Datuk Zainudin terhadap Nina namun lelaki itu masih bapanya. Walaupun rasa hormatnya semakin terhakis namun ia masih bersisa. Sebagai anak dia tidak dapat menafikan perkara itu.





Datuk Zainudin melurut-lurut kasar rambutnya. Panas hatinya mendengarkan keputusan Daniel Arman. Memang dia tidak menyangka reaksi Daniel Arman akan begitu, selama ini dia menyangka Daniel Arman akan menurut segala kehendaknya. Begitulah selalunya. Daniel Arman seringkali menerima keputusannya, jarang sekali membangkang kata-katanya.

            Apabila ingatannya teraih kepada Nina, hati Datuk Zainudin bertambah panas. Tentu disebabkan Nina anak lelakinya itu berubah sikap. Kalau Nina tidak muncul semula dalam hidup Daniel Arman tentu anaknya itu akan menurut sahaja perancangannya. Kehadiran Nina menyebabkan rencananya musnah.

Datuk Zainudin merengus kasar. Dia perlu lakukan sesuatu sebelum rancangannya hancur musnah. Dia akan pastikan perancangan dan cita-citanya selama ini menjadi kenyataan, Daniel Arman mahupun Nina tidak akan menjadi penghalang kepada niatnya itu, itu kata hati Datuk Zainudin.





Skrin telivisyen ditatap kosong, dialog antara dirinya dan Datuk Zainudin tadi berlegar-legar dikepalanya. Sungguh dia marah dengan tindakan Datuk Zainudin yang cuba untuk mengatur hidupnya sekali lagi. Sejak dia masih anak kecil lagi bapanya itu bersikap begitu. Menentukan apa yang boleh dan tidak boleh untuknya. Sampai satu tahap dia sudah bosan dengan sikap Datuk Zainudin itu. Dia kini sudah dewasa, sudah boleh menentukan sendiri apa yang dia mahukan dalam hidupnya.

            Permintaan Datuk Zainudin itu dilihatnya keterlaluan. Memang sejak awal dahulu dia tidak pernah bersetuju dengan cadangan Datuk Zainudin supaya dia menjalinkan hubungan dengan anak Tan Sri Mahzan tetapi Datuk Zainudin yang beria-ia sehinggakan dia sendiri tidak menyangka bapanya itu sampai sanggup mengaturkan blind datenya dengan Azzura. Sejak dari itu Azzura kerap kali menghubunginya. Setiap temu janji bersama Azzura juga dirancang rapi oleh Datuk Zainudin sehingga kadang-kadang dia terpedaya dengan helah bapanya itu.

Bagi Daniel Arman sendiri, dia tidak pernah memberi harapan kepada gadis itu. Azzura sendiri jelas akan hal itu cuma kadang-kadang Azzura terlebih mengharapkan dirinya. Kadangkala gadis itu terlalu manja dengannya. Seolah-olah tidak faham dengan isi hatinya, walhal dia sudah jelaskan kepada Azzura, kalau sekadar berkawan biasa dia tidak kisah, kalau mengharapkan hubungan yang jauh lebih serius dia perlukan lebih masa untuk memikirkannya kerana dalam hubungannya dengan Azzura tidak pernah ada rasa cinta. Azzura juga sudah dia jelaskan tentang hal itu.

Azzura walaupun memiliki segala-galanya, cukup dengan cantik dan pandai bergaya namun bukan itu yang dicari oleh dirinya. Dia mahukan perempuan yang lebih bersederhana, paras rupa bukanlah ukuran baginya. Yang penting dia suka dengan cara wanita itu membawa diri, tidak terlalu bergantung dengannya dan tidak terlalu merimaskannya. Sejujurnya perempuan yang dicari oleh Daniel Arman itu lebih mirip kepada Nina.

Memang sejak dia mengenali Nina, hatinya sudah jatuh sayang pada gadis itu. Disebabkan perasaan cintanya yang semakin bercambah itulah menyebabkan dia tidak mampu untuk menghadirkan cinta buat Azzura. Cinta, kasih dan sayangnya sudah berputik dan berkembang buat Nina seorang, rasa hatinya itu tidak mungkin dapat dia nafikan, cuma rasa itu belum diluahkan. Masih dipendam jauh di sudut hatinya, menantikan saat yang paling sesuai untuk dia curahkan segala-galanya pada Nina.





Nina membuang pandang ke arah air hujan yang jatuh mencurah-curah di halaman rumahnya. Entah kenapa malam itu ingatannya teraih kepada Daniel Arman. Terasa ada rindu yang mengetuk jiwanya kala itu, terasa ada cinta yang bertamu dihatinya saat itu.

            Daniel Arman, lelaki yang pernah menyelamatkan maruahnya suatu ketika dahulu, lelaki yang menerimanya tanpa syarat. Mana mungkin hati kecilnya tidak tertawan pada bicara lembut Daniel Arman, pada murninya tingkah laku Daniel Arman. Saat itu Nina benar-benar sedar, dia sudah jatuh cinta pada lelaki itu, sudah terlalu jatuh cinta pada Daniel Arman.

            Nina lepaskan keluhan dalam, air matanya mulai bergenang di tubir mata. Perasaan cinta dan sayang itu dirasakan terlalu dalam, dalam sehingga tidak mungkin lagi dia mampu gapai dan buang semua rasa itu. Namun memikirkan semua yang pernah berlaku ke atas dirinya, Nina merasakan dirinya tidak layak untuk lelaki sebaik Daniel Arman.

            Pengkhianatan Danish Arham suatu waktu dahulu menyebabkan dia rasa rendah diri. Rendah diri kerana tiada apa lagi yang tinggal untuk dia berikan pada Daniel Arman. Jauh di sudut hatinya, dia sayu. Sayu kerana tidak mampu menjadi isteri yang sempurna untuk Daniel Arman. Sayu kerana dia bukan isteri sempurna untuk lelaki itu.

            Kalaulah dia mampu untuk mengundurkan masa, sudah tentu dia akan pastikan ikatannya dengan Daniel Arman itu tidak pernah terjalin. Kerana ketika ini rasa cinta yang kuat itu membuatkan dia rasa terseksa. Terseksa kerana dia tidak mampu memberikan cinta kepada lelaki itu. Menyedari hakikat dirinya yang tidak sempurna menyebabkan hatinya terluka kerana Daniel Arman berhak mendapat cinta yang jauh lebih baik darinya.

 p/s :hopefully semua enjoy..

18 comments:

  1. oitttt huhuhu pendiknyer... enchik danish xder pun.... windu....bila dia nk sebarkn kejahatan dia ni, x sabar nk tggu.. ahahah. geram betul dgn bapak dorg ni... tua miang keladi, x sedar diri... nyampes.

    ReplyDelete
  2. Wohooooo.. Pls do something El!! Kang ZM tu lg wt mcm2.. Cpt la beterus terang kat nina n bawak dia tinggal skali.. :)

    ReplyDelete
  3. alah.. abes dah.. nak lagi. rindu El ngn Nina..

    ReplyDelete
  4. hye cek tulip ungu... hehehe
    xsuka ngan dato zainudin tu..hummm
    tapi cta ne mmg best.. ^.^
    hope cta ne habis kat blog .. hehehe.
    next n3.. p nak ada el ngan nina...

    ReplyDelete
  5. bencilah dgn dato zainudin tu...dok macth El dgn azura...oh tak nak, biar El dgn Nina.....

    ReplyDelete
  6. mesti nina takut nak letak harapan tinggi . rin faham kenapa dia rasa rendah diri . mahkota seorang gadis x de lagi mesti rasa bersalah kat org yang dia syg ...

    ReplyDelete
  7. pndeknya...ee...benci ngan dato tu..>.<..mst dia akn lakukn sesuatu yg jahat pd nina nanti...

    ReplyDelete
  8. pergh ..1st time in his life Arman bersuara..melontarkan perasaan tidak puas hatinya pada ayahnya..inilah yg akak nantikan dari Arman..dan kata katanya yg menyuruh papanya mengantikan dirinya ngan Arham mmg memberi satu tamparan yg hebat bagi diri ayahnya..bila lah rasanya si Nina tu akan bersama dengan arman..alahai kesian kan mereka berdua ini..berpisah kerana Nina merasa dirinya tidak sesempurna mana disebabkan tiada permata yg indah utk diberikan kepada seorg suami yg masih lagi teruna..Tidak kah mama Arman mahu mencampuri urusan antara Nina daN Arman.Akak mengharap agar Datin akan menyuruh Nina duduk serumah ngan Arman kerana ijab dan Qabul yg dilafazkan oleh Arman anaknya seperti dipermain mainkan oleh mereka berdua. Sudah sudahlah mereka menanggung dosa kerana tidak menjalankan tanggung jawab masing masing. Arman sebagai suami jgnlah bersikap lewa dalam menjalankan tugasnya sebagai suami yg semestinya memberi nafkah zahir dan juga batin pada isterinya.Nina pula hendaklah berfikiran positif dan mengambil langkah untuk hidup bersama suaminya. Tidak salah bagi akak kalo dia mengoda suaminya..kan..

    ReplyDelete
  9. hish...nyampah tul dengan datuk zainuddin tu...sokong sangat ayat el tu... kalau dulu dia kena ganti tempat dan...suruhlah pulak dan tu ganti tempat el! baru adil...benci2...el dengan nina lah.. nak ja sound datuk zainuddin tu...huh..


    psst...opss teremo lak...hehe

    ReplyDelete
  10. ala, pendeknyer.. x puas bce..hehehe..
    ske sgt dgn EL dlm bab ini.. hope dia bole btegas agi..hehe..

    ReplyDelete
  11. alaaaaa..nape pendek sgt kak Tulip huhu T_T, may be akak busy kot kan hehe...cpt2 taip n3 baru, bg panjang berjeLA CKIT HAHA

    ReplyDelete
  12. dah lama tunggu..tapi pendek arr Cik Tulip..tak puas baca..baru nk mula dh kena tunggu sambungannya..apa2 pun memang bestttt...I likeeee....tak sabar nk tunggu bila El nak confess yg dia cintakan Nina...

    ReplyDelete
  13. EL... dah mula bersuara dan menyatakan pendiriannya.... moga terus berjuang... jgn mudah mengalah....

    ReplyDelete
  14. moga jodoh el n nina panjang....mcm mne dgn fiqri?? mcm2 rintangan yg akan hadir ke???? x sabo tunggu yang selanjutnya...

    ~didie~

    ReplyDelete
  15. Habis dh ke...rasa x puas..
    Baca semua bab buat sesak nafas...
    Well done!

    ReplyDelete
  16. Huhuhu cepat btl habis ne novel....buli hantar stock lg d Sabah......sy lagi suka baca novel...boleh sy baca d tembat kerja...huhuhu

    ReplyDelete
  17. Satu je nak cakap I very puas hati dgn penulis novel ni dan crew² dia.. Pandai dia main kata dan konflik dalam cerita ni sehingga membuatkan pembaca tertunggu tunggu .. #salute

    ReplyDelete