Saturday 3 November 2012

CINTA BUAT AKU-BAB 7

N3 paling cepat masuk..harap smua suka..kalau sentap bagitahu ye..nk ukur kebolehan diri cik tulip dlm lakarkan bab2 sentap....maklumlah cuba-cubaan :) jom baca...

BAB 7

 

Sara Adelina mundar mandir dalam biliknya dalam keresahan. Sekali sekala dia menjeling ke arah meja solek yang terhias dalam bilik itu. Selama dua bulan yang berlalu, dia sepatutnya sudah boleh mengagak apa yang sedang dia alami namun seboleh-bolehnya dia menafikan perkara itu. Namun apabila tidur malamnya sering terganggu dengan perkara itu, dia tidak boleh menangguh. Dia perlu meredakan gelodak hatinya itu. Tetapi setelah dia peroleh keputusan itu sendiri, hatinya bertambah runsing. Mengenangkan apa yang sedang dialami olehnya sejak kebelakangan ini, dia tidak yakin untuk berhadapan dengan perkara itu.

            Akhirnya Sara Adelina bergerak menuju ke meja solek. Alat yang diletakkan di atas meja itu diraih ke dalam genggamannya. Apapun yang akan berlaku, dia perlu berhadapan dengan kebenaran itu. Pantas dia aturkan langkah kakinya keluar bilik. Dia perlu berterus terang dengan Syarifah Raziah, dengan Syed Ziqri.

            Sara Adelina melabuhkan duduk di sofa, berhadapan dengan Syarifah Raziah dan Syed Ziqri yang sedang leka berbual. Setelah dia menimbang banyak perkara maka dia nekad mahu memberitahu kedua-duanya akan hal itu.

            Tindakan Sara Adelina yang duduk tiba-tiba tanpa suara itu mengundang rasa hairan di hati kedua-duanya. Syarifah Raziah dan Syed Ziqri yang leka berbual tadi berhenti berbual. Kini perhatian mereka ditumpukan  kepada Sara Adelina yang duduk sambil menggenggam tangan memandang karpet.

            “Sa...Sara mengandung..” Kata Sara Adelina lambat-lambat.

            Terpanar Syed Ziqri dengan berita yang baru dikhabarkan oleh Sara Adelina itu. Matanya membulat memandang Sara Adelina. Terkejut!, itulah yang dia baru rasakan saat itu. Sementara Syarifah Raziah terdiam seketika. Terkejut dengan bicara yang baru diluah oleh Sara Adelina itu.

            “Sara pasti?” Soal Syarifah Raziah apabila suasana diam kerana masing-masing terperanjat dengan berita itu.

            Sara Adelina hanya mengangguk perlahan. Alat pregnancy test ditangannya dihulurkan kepada Syarifah Raziah.

            Syed Ziqri tanpa suara terus bangun dan berlalu. Meninggalkan kedua-duanya yang sudah mempamirkan riak terkejut di wajah.

            “Ziq mungkin terkejut.” Kata Syarifah Raziah tatkala wajah mendung Sara Adelina dijamah matanya. Dia tahu bukan itu reaksi yang diharapkan oleh Sara Adelina dari Syed Ziqri.

            Sara Adelina hanya mengangguk lemah. Walaupun hatinya terguris dengan tindakan Syed Ziqri yang bangun dan berlalu tanpa kata namun dia sabarkan hatinya. Mungkin Syed Ziqri terperanjat kerana tidak menjangkakan perkara itu akan berlaku. Dan jika lelaki itu perlukan masa dan ruang, dia tiada pilihan lain melainkan mengikut sahaja rentak Syed Ziqri. Rela atau tidak, lelaki itu pasti akan menerima juga hakikat itu. Hakikat bahawa dia kini sedang mengandungkan anak lelaki itu.

 

Kedinginan Syed Ziqri meresahkan hati Sara Adelina. Semenjak dia mengkhabarkan tentang kandungannya, Syed Ziqri sudah tidak bertegur sapa dengannya. Apabila dia menegur sekalipun lelaki itu hanya mempamirkan riak dingin. Bencikan Syed Ziqri padanya?, pada anak dalam kandungannya?. Atau lelaki itu sebenarnya masih belum dapat menerima hakikat bahawa Sara Adelina kini sedang mengandungkan anaknya. Resah hati Sara Adelina memikirkan hal itu.

            Reaksi Syed Ziqri itu sedikit pun tidak dijangkakan oleh Sara Adelina. Sangkanya setelah berita itu dimaklumkan kepada Syed Ziqri, lelaki itu akan cuba mendekatinya. Demi untuk anak dalam kandungannya tetapi hal yang sebliknya pula yang berlaku. Syed Ziqri semakin dingin tatkala berhadapan dengannya. Bertambah runsing hati Sara Adelina memikirkan perkara itu. Jika keadaan berterusan begitu, bagaimana dia akan meneruskan kehidupannya. Sejujurnya dia juga mahu Syed Ziqri memberikan komitmen terhadap anak dalam kandungannya.

            Bagaimana dengan nasib anak itu jika Syed Ziqri bertindak menyisihkan diri?. Bagaimana pula dia akan mengharungi dugaan mengandungkan anak lelaki itu jika Syed Ziqri tidak berada di sisinya?. Sara Adelina menggigit bibirnya. Pelbagai persoalan bermain-main dibenaknya. Entah kenapa dia tidak senang melihat penerimaan Syed Ziqri terhadap kandungannya itu. Risau, bimbang, runsing dan takut semuanya bergabung menjadi satu.

 

Kakinya melangkah laju menuju ke pintu bilik. Ketukan bertalu-talu itu memeranjatkan Sara Adelina dari melipat baju-bajunya. Sejurus pintu bilik dibuka, Sara Adelina diserang rasa hairan. Syarifah Raziah sudah berdiri di depan pintu biliknya dengan wajah keruh dan ada air mata yang masih bersisa di mata wanita itu.

            “Umi..kenapa?” Soal Sara Adelina prihatin.

            Syarifah Raziah diam tidak menjawab. Wanita itu kemudiannya melangkah laju masuk ke bilik Sara Adelina tanpa suara. Manakala Sara Adelina pula sudah semakin pelik dengan tingkah ibu mertuanya itu. Apa yang tidak kena dengan ibu mertuanya itu?.

            “Umi....kenapa?” Sara Adelina menyoal lagi.

            “Umi tak sihat?” Sambungnya. Hairan pula melihat Syarifah Raziah begitu. Jarang sekali wanita itu menitiskan air mata.

            “Ziq...” Ucap Syarifah Raziah perlahan.

            Sara Adelina sudah mula mengerutkan keningnya.

            “Kenapa dengan abang Ziq?” Tanya Sara Adelina kemudiannya.

            “Ziq....Ziq dah pergi.” Kata Syarifah Raziah sebak.

            “Pergi?...pergi mana?” Sara Adelina sambung menyoal. Dia sudah mula mempamirkan riak pelik di wajahnya.

            “Ziq dah tinggalkan kita. Dia dah pergi England.” Jawab Syarifah Raziah sambil menunjukkan sekeping nota kecil ditangannya kepada Sara Adelina.

            Sara Adelina menyambut nota tersebut lambat-lambat. Setelah dibaca bait kata yang tercoret di situ, dia turut terkedu. Tanpa sedar air matanya juga mengalir perlahan. Tidak pernah dia sangka bahawa segala kerisauan yang selama ini bertamu dihatinya menjadi kenyataan. Syed Ziqri sanggup bertindak begitu. Melarikan diri dari tanggungjawab yang sepatutnya lelaki itu pikul.

            “Maafkan umi Sara. Maafkan umi.” Ucap Syarifah Raziah dalam linangan air mata. Tubuh Sara Adelina diraih dalam pelukannya. Simpati dia rasakan pada nasib gadis itu. Dia sendiri tidak pernah menyangka yang Syed Ziqri nekad bertindak begitu. Tegar benar anak lelakinya itu lari dari kenyataan, lari dari tanggungjawab. Syarifah Raziah tidak dapat lari dari berasa kesal kerana menjodohkan perempuan sebaik Sara Adelina dengan Syed Ziqri. Andai dia tahu begitu pengakhiran nasib Sara Adelina, sudah pasti dia tidak akan sekali-kali menjodohkan gadis itu dengan anak lelakinya awal dahulu.

            Sementara tangisan Sara Adelina semakin melebat bila dia menyedari hakikat itu. Terasa betapa terumbang ambing nasibnya dengan tindakan Syed Ziqri itu. Sampai hati Syed Ziqri memperlakukan dirinya begitu. Apa salahnya?, Dimana silapnya?. Sungguhpun lelaki itu tidak menyintai dirinya, sekurang-kurangnya dia berhak diberi peluang. Andai Syed Ziqri memang benar-benar tidak dapat menerimanya, dia akan mengundur diri dari perkahwinan itu. Dia tidak mahu semuanya berakhir dengan cara itu, ditinggalkan tanpa sebarang kata. Disisihkan tanpa dia tahu letak duduk status dirinya kepada lelaki itu. Rasa marah, kecewa, hampa dan sedih semuanya bergabung menjadi satu. Tegar Syed Ziqri meninggalkan dirinya saat dia mengandungkan anak lelaki itu.

 
 
Rambutnya yang sudah sedia kusut di raup kasar. Sapari kebuntuan. Semenjak Sara Adelina menghilang beberapa bulan dahulu, dia sudah kehilangan jejak gadis itu. Sudah puas dia mencari di merata-rata tempat tetapi bayang Sara Adelina tetap tidak dijumpai. Ke mana hilangnya Sara Adelina?.

            Semenjak kehilangan itu juga dia terpaksa menghentikan perniagaannya. Kebanyakannya pelanggannya sudah lari, sudah tidak mahu datang ke gerainya lagi dan lantaran itu dia telah kehilangan sumber pendapatan. Dalam hatinya dia menyumpah ranah Sara Adelina. Kerana gadis itu kini dia terpaksa pula menanggung beban hutang Ah Long.

            Sejak gerainya ditutup dia tidak punyai pendapatan dan demi untuk meneruskan kelansungan hidup, dia terpaksa berhutang. Pada awalnya memanglah dia boleh hidup dengan berhutang sedikit demi sedikit tetapi lama-kelamaan dia semakin perlu menggunakan duit. Dan kerana itu dia dengan beraninya telah menambah jumlah pinjaman dari Ah Long. Sejak dua bulan dahulu, hutangnya semakin meningkat. Selagi dia tidak menjelaskan bayaran pinjaman, selagi itu jugalah jumlah bunganya menaik. Dan dia semakin keresahan kerana sejak dua tiga hari ini, dia sudah semakin kerap menerima ugutan dari Ah Long. Sekiranya dia tidak mula menjelaskan pinjamannya maka nyawanya dijadikan taruhan. Dan memikirkan hal itu membuatkan kepalanya bertambah kusut. Dia tidak boleh bertangguh, dia perlu segera menemukan penyelesaian kepada permasalahan yang sedang dialami itu.

            “Bang Sapar!, bang Sapar!.” Panggil satu suara dari luar rumah.

            Sapari yang hilang dalam menungan terkejut. Tangannya segera mematikan tindakannya melurut rambut sebentar tadi.

            “Bang Sapar!” Sapa suara tadi lagi. Kali ini lebih kuat bila panggilannya awal tadi tidak bersambut.

            Sapari yang kerimasan, bingkas bangun dari duduk.

            “Kau ni apa hal, terpekik terlolong macam orang gila!.” Marah Sapari bersahaja. Dia sudahlah pening kepala, kini diganggu pula. Pada masa-masa seperti itu dia tidak mahu diganggu. Dia ingin bersendirian.

            “Bang Sapar, saya ada berita gembira.” Beritahu Rudi dengan wajah yang bercahaya. Dia percaya berita yang bakal dia sampaikan akan meredakan emosi Sapari yang nyata sedang dalam keadaan marah.

            “Berita apa?” Soal Sapari kembali.

            “Kot ya pun, abang jemputla saya masuk dulu.” Sambut Rudi sambil tersenyum sumbing.

            “Masuklah!.” Pelawa Sapari kasar.

            Rudi tanpa bertangguh, terus masuk ke rumah Sapari.

            “Berita apa sampai kau terjerit-jerit macam orang gila tadi?” Soal Sapari menyindir.

            “Abang mesti gembira kalau dengar berita ni.” Ujar Rudi dalam nada teruja.

            “Berita apa?!, jangan nak berteka-teka dengan aku. Cepat bagitahu!.” Jerkah Sapari. Dia tiada hati mahu berteka teki dengan Rudi. Hatinya masih panas.

            Terkejut Rudi dengan jerkahan Sapari. Wajah yang ceria sebentar tadi bertukar kelat.

            “Sa..sa..saya dah jumpa anak buah bang Sapar.” Kata Rudi tergagap-gagap. Takut dia menanggapi sikap amarah Sapari itu.

            “Apa?!” Soal Sapari inginkan kepastian.

            “Saya dah jumpa Sara, dia dah jadi menantu orang kaya.” Jawab Rudi cepat-cepat. Takut dijerkah untuk kali yang kedua.

            Sapari tersenyum sinis.

            “Anak celaka tu dah kahwin rupanya.” Sinis nada suara Sapari.

            “Orang kaya yang duduk kat pinggir bandar tu.” Jawab Rudi teragak-agak.

            “Bagus!, tapi sekarang bukan itu yang aku runsingkan. Aku kena selamatkan diri dulu. Sekarang Ah Long tengah cari aku. Aku kena tinggalkan tempat ni. Lepas semuanya reda, aku akan cari anak bedebah tu semula.” Sahut Sapari keras. Gembira hatinya dengan perkhabaran itu. Sekurang-kurangnya sekarang dia tahu Sara Adelina di mana. Tetapi buat masa itu, itu semua harus dilupakan dahulu. Dia perlu menyelamatkan dirinya terlebih dahulu. Selepas semuanya selesai, dia akan kembali semula. Kembali mencari Sara Adelina!.

           
harap smua enjoy dgn n3 kali ni :)
*ada ke yang nak sara end up ngan miezy bukan dgn ziq?..
 

 

29 comments:

  1. xnk dgn miezy..bukak kn lah pintu hati si ziq tuh...

    ReplyDelete
  2. biarlah sara dgn ziq...tp biar ziq merayu cinta dgn sara kaw2 punye.

    ReplyDelete
  3. nak ngan ziq juga tapi nak bg ziq taste his own medicine...

    ReplyDelete
  4. nak sara dgn ziq, though ziq such a loser.
    but yeah, make him taste his own medicine first.
    it's will be totally worth it! haha

    ReplyDelete
  5. salam Tulip..

    citer semakin memanaskan hati yg membaca pasal perangai mamat sengal suami si Sara tukan..ada ke patut dia meninggalkan siSara begitu sahaja..sedangkan anak yg dikandungkan oleh Sara adalah anaknya... Apa masalah si si Ziq tu..taulah isteri pertama dia dah meninggalkan nya..tapi patut kah dia menghukum Sara dan ada ke patut tinggalkan nota sahaja kat mak dia..mmg dayus..

    ReplyDelete
  6. Pernahkah kau merasa jarak antara kita
    Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
    Aku tiada percaya teganya kau putuskan
    Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
    Kau pergi tinggalkanku
    *courtesy of LirikLaguIndonesia.Net
    Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
    Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
    Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
    Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
    Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya

    Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
    Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
    Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
    Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
    (walau tak bersama dia)
    Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
    Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuu dia..lagu yg sgt kenaa dgn sara cik tulip..like! like! like!...hehehe...

      Delete
    2. Cik Tulip, apa tajuk lagu ni.. mcm best aje

      Delete
  7. Replies
    1. BIS insyaallah tahun dpn,bulan nya bulan confirm lagi tp rasanya bukan awal tahun..kna Q..hukhuk..

      Delete
  8. Hmmmmm kesian sara......cepatla lagi 5 tahun,,, hehe

    ReplyDelete
  9. dek nak u wat betapa parah ati ziq menagih kasih isteri yang di perlaku kan cam tak dek harga diri or cam rubbish...n wat lah ziq kesal bab tinggal kan sara,yg mengandung kan zuriat nyer...n ade guy yg wat ziq makan ati or jeles!!!tak suke kat ziq yg lari dari tanggung jawab...jahat sangat sesangat!!!'

    ReplyDelete
  10. citer makin best...karya tulip ungu mmg x penah menghampakan...cpt2 la smbung..x sbr nk tau citer...yg pasti nak sara n ziq jugak....

    ReplyDelete
  11. nak dengan miezy... biar bertambah sentap citer nih huhuhuhu...

    ReplyDelete
  12. tp dlm mse 5 thn, anything can happen... ntah2 miezy yg dok tlg sara kaga ank2... x heran kalo sara nak dekat miezy.... ish... geram btol la dgn ziq nie... ade ke blah mcm tue je... grrrr....

    ReplyDelete
  13. Dgn sesiapa pun boleh
    Bukan dgn ziqri
    Tp kl nk buat citer tragis bolehla sara dgn ziqri, pastu ziqri madukan sara
    Kejamkah saya ?

    ReplyDelete
  14. nak Sara dengan Ziqri...tapi sebelum tu kasi ajar cukup2 si Ziqri tu sampai lunyai...pastu baru bagi dia bahgia dengan Sara...tapi kalau boleh taknak la sampai Ziqri tu madukan Sara..letih la nk baca...

    ReplyDelete
  15. Kalu nak ikut hati, mmg sy pilih Miezy biar padan muka Ziqri. Kononnya masih cinta kat arwah isteri, tp kenapa masih beri harapan kat Sara Adelina.


    Skrg selepas 5 thn Ziqri dh balik, harap Sara Adelina tuntut fasakh. Biar padan muka si Ziqri tu, biar tahu betapa sakitnya hati seorang wanita yg dipermainkan. Lebih-2 lag anak yatim. (alamak! dh terlebih pulak Cik Tulip, harap maaf ye.)

    ReplyDelete
    Replies
    1. has cyg, lagu tu tajuknya AKU YANG TERSAKITI oleh JUDIKA-penyanyi dari Indonesia..sedap lagunya :)

      Delete
  16. nak sara dngan zikry, tp ajar dlu dia biar kapok, n pulangin kekasìh hati zikry yg di kuar negara it, sepupu arwah tu buat miezy ja ya.

    ReplyDelete
  17. akak tulip,berjaya!sentap~

    ReplyDelete
  18. Hi there, You have done a fantastic job.

    I'll definitely digg it and personally recommend to my friends. I'm confident they ωill be bеnefited fгom this web sіte.
    Feel free to surf my web blog : loans for bad credit

    ReplyDelete