PROLOG
Terkedu saat matanya dan mata perempuan itu bertemu, Farel yang tidak menjangka pertemuan itu hanya memaku pandangan ke wajah cantik itu. Seksi! Itulah tanggapan pertama apabila matanya menjamah seluruh tubuh wanita itu. Dengan gaun pendek separas paha yang ketat membalut tubuh, rambut panjang mencecah dada yang dikerinting kasar, nampak berbeza penampilan Raina ketika ini. Ternyata jarak dua tahun tidak bertemu mampu merubah Raina menjadi seperti itu, sungguh tak disangka!.
"Rel, kenalkan teman aku setiap malam minggu, Miss Raina Badrina." Emad Al-Faheed memperkenalkan seraya menarik tangan Raina untuk duduk disebelahnya.
Raina hanya berlagak selamba dan menghulurkan tangan gaya menggoda ke arah Farel. Senyuman manis dilempar ke wajah Farel yang bersih, jauh lebih kacak dari potret yang dipahat kemas dalam kepalanya.
"Farel Zafeeq." Sambut Farel dengan wajah yang turut diselambakan. Ikutkan hatinya, mahu dia meloncat kerana terkejut beruk bertemu Raina di situ tetapi dia tenangkan diri sebagaimana tenangnya Raina saat itu.
"Raina, Farel is my new share partner." Terang Emad. Lelaki berketurunan arab itu melingkar tangannya ke pinggang Raina seraya menarik tubuh itu supaya dekat padanya.
"Owh..." Hanya itu yang terluah dari bibir nipis Raina yang merah dioles gincu. Dia tersenyum menentang pandangan tajam Farel. Entahkan kerana terkejut ataupun kagum dengan penampilannya.
Farel berlagak tenang walaupun dia terpana dengan tingkah Raina. Tidak segan silu diperlakukan begitu oleh lelaki yang dia kira bukan suami. Mustahil Emad suami Raina kerana tak mungkin suami isteri akan bertemu di tempat begitu. Hanya satu perkara sahaja berlegar di kepalanya, sama ada Raina GRO ataupun pelacur kelas atasan. Kerana bilik yang mereka tempah itu bukan bilik yang dikhaskan untuk pengunjung biasa. Bilik itu khas untuk VIP sahaja.
"You nak buat apa hari ni. Nak I teman minum aje atau nak nyanyi sekali?" Soal Raina sambil mengalih pandangan kepada wajah Emad. Rimas dia melihat renungan Farel.
"You keluar dulu boleh. Malam ni I nak minum-minum aje dengan kawan I ni. Kalau nak nyanyi nanti I panggil you." Emad berkata sambil menarik tangan Raina lalu dikucupnya. Bimbang Raina terasa hati dengan kata-katanya.
"Ala..kenapa tak bagitahu awal-awal. Kalau I tahu, tak ingin I masuk tau.." Rengek Raina manja.
"Sorry Darling, I nak intertain virgin boy ni dulu." Seloroh Emad dalam rasa bersalah sambil menjeling Farel disebelahnya.
"Okey honey, do call when you need me okey..." Jawab Raina seraya bangun dan membetulkan kain yang tadinya tersingkap sedikit ke atas. Dia kemudian, meleret senyum manis kepada Farel sebelum berjalan menuju ke pintu.
"Enjoy your night Virgin boy." Nakal nada Raina beserta jelingan menggoda.
Terangkat tinggi kening Farel dengan gelagat Raina yang seolah-olah cuba menggoda. Melonjak juga hati lelakinya dek tergoda!
"Oh.... Raina Darling, nanti ajak kawan you sorang. Buat teman Farel. Nanti I settle payment dengan Mama Deja."
"Ok Honey." Raina kenyitkan matanya ke arah Emad yang sempat menyampaikan pesan.
Farel yang memerhati sudah meneguk air liur. Manjanya Raina!.
Matanya yang sejak tadi dipejam celik enggan terlelap jua walaupun sudah sejam dia begitu. Biasanya dia akan cepat terlena. Tidak perlu mengambil masa yang lama, lima belas minit meletakkan kepala ke bantal, lenalah dia. Namun malam itu susah pula matanya hendak tidur. Ini semua gara-gara dia bertemu dengan Raina ketika di kelab malam tadi. Teringatkan kelincahan Raina melayan Emad menyanyi kareoke membuatkan dia hampir tidak percaya itulah Raina yang pernah dikahwini dahulu.
"Raina!.." Bisiknya perlahan. Kenapa selepas dua tahun dia perlu dipertemukan semula dengan Raina. Saat dia berada di kemuncak dia mula diganggu bayang-bayang Raina yang hampir dia lupakan.
Raina, isteri yang dikahwininya dengan rela....
Raina, perempuan yang menuduhnya bertanggungjawab ke atas anak dalam kandungannya....
Raina, perempuan yang memporakkan perandakan hidupnya dengan fitnah dan nista dan...
Raina, isteri yang lari meninggalkannya pada malam pernikahan mereka!
Lalu...haruskan diapakan dengan Raina. Diceraikan atau dibawa pulang ke pangkuannya?
Kak edah selalu jengok tapi tak update.selmt berkarya k
ReplyDeletebest nak lagi.....
ReplyDeletemenarik tulip..seterusnya bagaimana ya..yg berlaku.. adakah Rania ni perempuan jahat
ReplyDeleteNk lg
ReplyDeleteNk lg
ReplyDeletebest....bermakna raina masih berstatus...isteri farel.dua tahun tk bersua... jumpa plak dlm situasi cam tuh..mmg tk lelap lh mata...
ReplyDeletesalam
ReplyDeletemestila kak ita follow
pengenalan yg menerujakan... menarikkk...
semoga teruskan nukilan hati u my dear
membacanya membuat rasa tertanya2... Rania.. Farellll... hurm siapa lagi watak yg bakal menceriakan KLCDKH ni
semoga maju jaya
sentiasa di belakang
kak ita
pergggg...permulaan yg menarik..tahniah cik writer..tak sabar nak tunggu next n3..
ReplyDeleteAkak tulip smbg lah lgi.....
ReplyDeletesis,saya dari Brunei, macam mana kan order novel kita?boleh pakai pos kah tu?kalau boleh pakai pos,saya nak order novel kita,semua lawa2.tolong inbox saya macam mana mahu order novel kita. siibolat@gmail.com
ReplyDeletesaya tunggu email dari cik tulip.trma ksih banyak.
PERMULAAN YG MENARIK. MIRIP BUKAN ISTERI SEMPURNA TAPI SITUASI BERBEZA
ReplyDeleteBestnya kak....
ReplyDeleteCepat cepat sambung kak
Bila nk sambung???
ReplyDeleteNice Post, keep posting :)
ReplyDeleteNewbie asked permission to post some promotion
Mitra303 | Agen Sbobet | Agen Judi | Agen Bola
Agen Judi Online
Agen Judi
Agen Judi Terpercaya
Agen Bola
Bandar Judi
Bandar Bola
Agen SBOBET
Agen Casino
Agen Poker
Agen IBCBET
Agen Asia77
Agen Bola Tangkas
Prediksi Skor
Mitra303.com Adalah Agen Judi Terpercaya yang Menyediakan Beberapa Permainan Judi Online Seperti SBOBET, IBCBET, ASIA77, TANGKASNET99, 1SCASINO, 338A,
ASIAPOKER77
Join Segera Dan Dapatkan Bonus Menarik Dari MITRA303 seperti :
1. PROMO BONUS DEPOSIT 20% UNTUK PRODUK SBOBET, IBCBET dan 30% UNTUK ASIA77 ( SportBook )
2. PROMO BONUS ROLLINGAN 1.25% untuk SBOBET,IBCBET dan ROLLINGAN ASIA77 1.35% ( SportBook )
3. PROMO BONUS DEPOSIT 10% UNTUK CASINO ONLINE
4. PROMO BONUS ROLLINGAN 1% ALL CASINO ONLINE
5. PROMO BONUS DEPO 30% UNTUK BOLA TANGKAS
6. PROMO BONUS ROLLINGAN 2% UNTUK ASIAPOKER77
7. PROMOSI CASHBACK 10% ALL PRODUK
8. PROMO REFERENSI 10% JIKA MENGENALKAN MITRA303 KEPADA TEMAN ANDA
Info Lebih Lanjut Kunjungi : www.mitra303.com/promosi
Rasakan Bonus2 nya Hanya di MITRA303
Come Join Now !
Website >>> www.mitra303.com
Register >>> www.mitra303.com/register
Mitra303 juga menyediakan Prediksi Skor terupdate di : www.mitra303.com/category/prediksi-bola/
seru kak ceritanya, sangat menarik. saya tunggu karya-karya selanjutnya.. kalau ingin tahu cara membuat website gratis yuk disini aja..
ReplyDeleteNak lagi smbungan citer ni kak.
ReplyDeleteCinta buat aku bab 10 mmg dah x de eh???
ReplyDeleteKak ,camnne nk order novel ni,saya nak sgt beli.. ini nama FB saya Ana Liana.please kak . ...
ReplyDeleteSalam rakan penulisku,Teruskan usaha menghasilkan karya..semoga terus maju...jangan lupa juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/
ReplyDeleteMari bergabung dengan kami.. POKER ONLINE dengan memberikan kemenangan winrate 98.5%..
ReplyDeleteayo ikuti berita terupdate dan menarik lainnya di berita viral
ReplyDeleteikuti berita tetnang sepakbola terlengkap hanya di berita olahraga
ReplyDelete