Thursday, 28 June 2012

Bidding Girl Part 2

Kepada semua yang meninggalkan komen.terima kasih banyak-banyak.Yang memberikan sokongan dan kata2 semangat kpd cik tulip, ribuan terima kasih diucapkan.kalian mmg yang terbaik. Dan kpd yang mengikuti cerita Aku Untukmu di blog cik tulip ni, mulai Julai ini, novel Aku Untukmu akan berada dipasaran. Jom ramai2 dapatkan, jika kalian menyukai BIS, Cintai Aku n Bidding Girl, pasti kalian akan turut menyukai Aku Untukmu :) Peace no war..hehe. Jom ikuti sambungan Bidding Girl.

Hannah Irdina masih bermenung di meja makan. Beg kecil yang terisi dengan berapa helai pakaiannya diletakkan dikaki kerusi. Ibunya sudah lama pulang, usai majlis doa selamat selesai tadi, Hanya dia masih menunggu di situ, meneruskan kerja-kerja yang masih berbaki sejak majlis selesai.

            “Dina, boleh tak kalau malam ni terus bermalam kat sini?” Tiba-tiba Nek Nab yang muncul dari pintu utama rumah menyoal.

            “Kenapa Nek Nab, Dina memang dah siap-siap ni.” Sambut Hannah Irdina pelik. Tadi Nek Nab sendiri yang memintanya menunggu sebentar sementara wanita tua itu pergi mendapatkan Encik Razak, pemandunya.

            “Pakcik Razak takde pula, Nek Nab ingat dia ada tadi, keluar tengok kat laman, kereta takde. Entah mana dia pergi, tak pula bagitahu Nek Nab.” Rungut Nek Nab perlahan.

            “Apa kata Dina tidur semalam lagi, nanti Nek Nab tolong telefon ibu Dina, bagitahu.” Sambung Nek Nab lagi.

            “Eh, takpelah Nek Nab, Dina rasa nak balik juga malam ni. Semalam dah tidur sini, tak sedap pula tinggalkan ibu tidur sorang-sorang kat rumah.” Dalih Hannah Irdina. Walhal dihatinya, dia tidak mahu kejadian semalam berulang. Seboleh-bolehnya dia mahu cepat-cepat pulang ke rumah. Tidak sanggup rasanya mahu berhadapan dengan lelaki itu. lelaki yang berjaya menganggu gugat perasaannya.

            “Sape nak hantar Dina? , pakcik Razak tiada ni.” Soal Nek Nab sekaligus menyuarakan kegundahannya.

            “Biar Raf yang hantar.” Tiba-tiba Ashraf bersuara dari anak-anak tangga.

            Terbuntang mata Hannah Irdina mendengar perlawaan lelaki itu. Tidak pernah dia menyangka lelaki itu pula yang akan menjadi driver yang bakal menghantarnya ke rumah malam itu. Tidak senang duduk Hannah Irdina ketika itu, ada gusar bersulam takut yang bertamu dihatinya. Ikhlaskah perlawaan lelaki itu atau sebenarnya ada agenda yang ingin lelaki itu lancarkan terhadap dirinya. Memikirkan perkara itu, terasa hatinya diamuk resah.

            “Err..takpelah Nek Nab, Dina tunggu pakcik Razak balik dulu.” Suara Hannah Irdina gugup. Entah kenapa hatinya tidak sedap mendengar perlawaan lelaki itu.

            “Takpe, biar saya hantar.” Tegas suara lelaki itu membuatkan hati Hannah Irdina kecut. Perkataan ‘saya’ yang digunakan lelaki itu seolah-olah cuba menutup rahsia yang tersimpan kemas diantara dirinya dan lelaki itu.

            “Betul ke kamu ni Raf, selalunya malas nak ambik tahu hal-hal macam ni.” Bebel Nek Nab, entah kenapa perlawaan cucunya itu terasa janggal ditelinganya. Jarang sekali cucunya itu mengambil berat akan hal orang.

            “Biar Raf yang hantar, lagipun Raf nak terus balik nanti.” Sahut Ashraf lagi.

            “Kamu kata nak duduk lama sikit, tiba-tiba je nak balik pula, pelik la kamu ni.” Rungut Nek Nab sambil menggeleng-geleng kepala.

            “Baru ingat ada hal sikit nak buat, lepas selesai urusan Raf, Raf datang semula.” Jawab Ashraf acuh tak acuh.

            “Kalau dah macam tu kamu kata, terpulanglah. Tapi jangan jual pula anak dara orang.”Seloroh Nek Nab sambil memandang ke arah Hannah Irdina yang sedari tadi diam membisu.

            “Mana boleh jual nek, anak dara mahal ni, 30 ribu harganya.” Sahut Ashraf sambil menjeling sekilas ke arah Hannah Irdina sehingga menyebabkan gadis itu tertunduk menyembunyikan wajahnya.

“Ada-ada sahaja kamu ni.” Sambut Nek Nab tanpa mengesyaki apa-apa.



Telefon bimbit dari beg kecil dikeluarkan. Pantas jemari Hannah Irdina menekan beberapa nombor namun belum pun sempat dia melekapkan telefonnya ke telinga, Ashraf dengan selamba merampas telefon itu dari tangan Hannah Irdina.

            “Apa awak buat ni?!” Soal Hannah Irdina kasar.

            Ashraf hanya tersenyum sinis.

            “Garang!, I like!.” Sahut Ashraf selamba.

            “Nak call siapa?” Soalnya kembali. Sinis.

            “Awak sibuk kenapa?” Soalan Ashraf dibalas soalan kembali. Benci pula dia dengan tingkah lelaki itu.

            “Mestilah sibuk sayang, sebab you tu harta I.” Ucap Ashraf selamba sambil menjeling sekilas ke arah Hannah Irdina.

            “saya manusia bebas, bukan hak siapa-siapa!” Selar Hannah Irdina tegas.

            “Iyeke?, habis tu duit abang yang habis 30 ribu untuk sayang tu macam mana?” Sambut Ashraf sinis. Sengaja dia lembutkan suaranya, berbicara lagak romantis.

            Hannah Irdina terdiam. Nyata bicara lelaki itu berupaya mengunci bibirnya dari menyahut. Kalau tadi dia petah membalas kata-kata lelaki itu, kini dia terdiam dengan ungkitan yang bermain di bibir Ashraf.

            “Kita nak ke mana ni?” Soal Hannah Irdina tiba-tiba bila lelaki itu memandu melencong ke arah lain, tidak menuju ke arah yang menempatkan rumahnya.

            ‘balik rumah abang la sayang, bila lagi nak bayar balik 30 ribu tu, sekarang la masanya, lainla kalau sayang ada cash 30 ribu sekarang, boleh bayar terus, abang akan hantar sayang sampai depan pintu rumah.” Ucap Ashraf sinis.

            “Awak jangan berani nak apa-apa kan saya!” Ucap Hannah Irdina keras, namun getaran suaranya tidak dapat dia sembunyikan. Ada rasa takut bercampur sedih yang bertamu. Air matanya sudah mulai bergenang di tubir mata.

            “kalau aku nak buat jugak?” Soal lelaki itu selamba dengan mata yang masih difokuskan pada jalan raya.

            Tergamam Hannah Irdina mendengar balasan kata dari Ashraf. Tanpa sedar air mata yang bergenang di tubir mata, menitis ke pipi. Rasa takut, gusar dan sedih bercampur baur menjadi satu perasaan yang menyentap tangkai hatinya. Kata-kata Ashraf seolah-olah memberitahunya yang malam itu dia mungkin tidak akan terlepas lagi dari mulut lelaki itu.

            “Tolonglah jangan apa-apakan saya..” Rayu Hannah Irdina dalam lirih. Air matanya sudah tidak mampu dibendung lagi. Laju mengalir di pipi.

            “Sepatutnya kau fikirkan risiko tu dulu, sebelum kau jual diri kau!” Balas Ashraf sinis. Entah kenapa hatinya keras.

            Hannah Irdina terdiam. Nyata telahan Ashraf tidak benar sama sekali. Dia tidak pernah menjual dirinya. Yang sebenarnya bersalah adalah orang lain. Dia hanyalah mangsa keadaan, mangsa kerana kenaifannya. Andai mampu diundurkan masa, pasti dia tidak akan pernah mempercayai lelaki itu. Tiba-tiba Hannah Irdina teringat kembali kenangan yang memalit sejarah hitam dalam diari hidupnya.



“Abang Rozi buat apa?” Soal Hannah Irdina tidak faham. Sejak tadi lagi Abang Rozi asyik berbincang lama di hujung sudut bilik itu, kini dia pula disuruh untuk mengikut dua orang lelaki yang tidak dikenali itu. Dia sudah tidak sedap hati. Melihatkan tingkah kedua-dua lelaki itu, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

            “Dina ikut diorang ni ye, nanti diorang akan bagi kerja pada Dina.” Jawab Roziman senada. Duit ditangan dimasukkan ke dalam poket seluar jeans lusuhnya.

            “Kenapa pula Dina kena ikut diaorang, abang kata nak bantu Dina dapatkan kerja?.” Soal Hannah Irdina tidak faham. Sejak di kampung lagi Roziman sudah berjanji dengan ibunya bahawa lelaki itu akan membantunya mencari kerja di bandar tetapi apabila tiba di bandar, Roziman bertindak menyerahkan dia kepada orang lain pula. Tindakan Roziman itu memang pelik pada pandangannya.

            “Dina ikut saje diaorang, lepas ni diaorang bawa Dina pergi tempat kerja Dina.” Dalih Roziman. Soalan Hannah Irdina yang bertubi-tubi akan menyebabkan rahsianya bocor. Sedangkan sudah lama dia merancang semua itu.

            “Abang jual Dina ke?” Soal Hannah Irdina serius. Melihatkan tingkah dua lelaki yang sedang menantinya itu, dia sudah dapat mengagak apa yang berlaku. Dah bertambah pelik lagi apabila dilihatnya Roziman menerima sejumlah duit dari salah seorang lelaki itu tadi. Hatinya kuat mengatakan bahawa Roziman sudah menjual dirinya.

            “Dah!, jangan banyak tanya. Kan abang dah suruh ikut diaorang, apa lagi yang Dina bising-bising.” Sahut Roziman kasar.

            “Sampai hati abang!, kan ibu harapkan abang untuk cari kerja untuk Dina, kenapa abang sanggup buat Dina macam ni?” Soal Hannah Irdina lagi. Matanya sudah tidak mampu menahan air mata dari mengalir. Roziman memang kejam, harapkan pagar,pagar makan padi!.

            “dah bawak dia pergi!” Kata Roziman kasar.

            Kedua-dua lelaki tadi menghampiri Hannah Irdina lalu tangan Hannah Irdina dicengkam kuat.

            “Tolonglah bang, jangan buat Dina macam ni!” Rayu Hannah Irdina lagi.

            Rayuan Hannah Irdina hanya dibiarkan sepi. Roziman berlalu saat kedua-dua lelaki tadi mengheret tubuh Hannah Irdina ke dalam kereta.



“Bukak baju kau tu!, Pakai yang ini!” Suara kasar seorang wanita melayu dalam lingkungan usia 40 tahun menyebabkan Hannah Irdina tersentak. Wanita itu kemudiannya mencampakkan sehelai gaun ketat pendek tanpa lengan ke hadapan Hannah Irdina yang sedang duduk di katil sambil memeluk lutut.

            Hannah Irdina memerhatikan baju yang baru sahaja dibaling dihadapannya. Tidak mungkin!. Itulah yang dia terfikirkan saat itu. Tidak mungkin dia akan mengenakan baju seseksi itu. selama dia hidup, tidak pernah lagi dia mendedahkan tubuhnya di khalayak ramai dan tidak mungkin sekarang dia akan lakukan perkara sebegitu. Dia masih waras dalam memikirkan dosa dan pahala!.

            ‘Saya tak nak!” Hannah Irdina bersuara keras. Memang dia sama sekali tidak akan mengenakan baju itu pada tubuhnya.

            “Apa kau kata?” Soal wanita tadi dalam senyum sinis.

            “kau ingat kau ada pilihan?, kalau kau tak nak pakai sendiri, aku boleh panggil lelaki-lelaki tadi tolong pakaikan untuk kau!, jadi kau punya pilihan samaada nak pakai sendiri atau nak diaorang pakaikan!” Kata wanita itu lagi dalam nada sinis.

            Hannah Irdina terpanar seketika. Kata-kata wanita itu menyebabkan hatinya diserang rasa takut.

            “10 minit lagi aku masuk, pastikan kau bersedia!” Kata wanita itu lagi seraya berlalu.

            Hannah Irdina termenung jauh, berat rasa hatinya ingin menuruti permintaan wanita itu tetapi jika dia membantah, bermakna dia juga menempah bala. Bagaimana jika ugutan wanita tadi benar, jika dia tidak menukar sendiri bajunya, bermakna lelaki-lelaki tadi yang akan menukarkan untuknya. Memikirkan perkara itu, dia jadi takut sendiri. Mana mungkin dia akan membenarkan perkara itu terjadi. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga memakai baju yang diberi kepadanya itu.

            Hannah Irdina mengeluh berat. Kala itu dia rasa teramat marah kepada Roziman. Memang Roziman bermulut manis, menabur harapan palsu padanya walhal lelaki itu sebenarnya sudah punyai rancangan jahat sendiri. Memikirkan semua itu Hannah Irdina jadi sebak, bagaimana dengan ibunya. Tentu sahaja ibunya itu akan bimbang jika tahu dia sebenarnya sudah di jual oleh Roziman. Tanpa sedar air mata Hannah Irdina mengalir di pipi.



Tubuh Hannah Irdina terdorong ke tengah-tengah pentas apabila ada tangan kasar yang menolaknya sebentar tadi. Tatkala dia berdiri betul-betul ditengah pentas, dia terkejut apabila menyaksikan dewan itu dipenuhi oleh puluhan manusia yang sedang memandang tepat ke arahnya. Hannah Irdina gugup. Gaun seksi yang tersarung ditubuhnya membuatkan dia rasa malu sendiri. Mata-mata yang memandang seolah-olah ingin menelannya bulat-bulat.

            “A Virgin.”Kata seorang lelaki yang berdiri di sisi pentas. Lagaknya seolah-olah pengerusi majlis dalam majlis itu. Tangan kirinya memegang mikrofon sementara tangan kanannya mengunjuk ke arah Hannah Irdina.

            Semua mata yang hadir memanah tepat ke arah Hannah Irdina.

            “Kita mula dengan lima ribu.” Sambung lelaki itu.

            Sementara Hannah Irdina sudah terpinga-pinga, tidak tahu apa yang sedang berlaku.

            “Sepuluh ribu!” Kata satu suara di tengah-tengah pentas.

            “Okey, kita ada sepuluh ribu dari encik yang duduk di kerusi nombor 55. Ada lagi yang ingin….”

            “Lapan belas ribu!” Tiba-tiba ada suara yang meningkah sebelum sempat ‘pengerusi majlis’ tadi melanjutkan kata-kata.

            “Lapan belas ribu dari lelaki berkemeja hijau di kerusi bernombor 12, ada lagi yang nak tambah harga?” Kata pengerusi majlis sambil membuang pandang ke arah hadirin di hadapannya.

            Hannah Irdina terpaku melihat semua yang berlaku. Sedikit demi sedikit mindanya sudah mampu memproses apa yang sedang berlaku. Lelaki-lelaki itu sedang membida dan yang paling menakutkan dirinya ialah barang yang dibida itu adalah dirinya sendiri!

            “Kita ada lapan belas ribu, kalau ada yang mahu membida harga yang lebih tinggi, peluang masih dibuka.” Sambung lelaki tadi.

            Suasana diam seketika.

            “Kalau tiada….”

            “Lapan belas ribu satu….., lapan belas ribu dua…”

            “Dua puluh ribu!” sahut satu suara dari kerusi yang paling belakang.

            “Kita ada dua puluh ribu!, nampaknya semakin hangat bidaan kali ini, ada lagi yang nak tawarkan harga lebih tinggi?” Soal ‘pengerusi majlis’ itu lagi sambil membuang pandang ke hadapan. Mencari-cari kelibat lain yang ingin membida dengan harga yang lebih tinggi.

            Hampir sepuluh minit menunggu, masih tiada reaksi dari semua tetamu.

            “Dua…” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, ada satu suara yang meningkah.

            “tiga puluh ribu!” Tiba-tiba terdengar suara dari arah pintu belakang dewan. Seorang lelaki sedang berdiri menyandar bahu di bingkai pintu sambil menyilang kaki dengan salah satu tangannya menyeluk poket seluar.

            Semua mata mengalih pandangan ke arah lelaki yang baru bersuara itu. Mereka tergamam.

            “Tiga puluh ribu…!” Ucap ‘pengerusi majlis’ itu meleret.

            Suasana sunyi untuk seketika. Masa seolah-olah terhenti.  Masing-masing yang berada dalam dewan terdiam. Dari harga bidaan dua puluh ribu, kini harga bidaan naik ke tiga puluh ribu. Mana mungkin ada lagi yang mampu menawarkan harga yang lebih tinggi. Jika ada pun hanya setakat dua puluh lima ribu sahaja.

            “Tiga puluh ribu satu…., tiga puluh ribu dua…, tiga puluh ribu tiga!.” Sambung ‘pengerusi majlis’ apabila tiada lagi respon dan tindak balas dari hadirin lain. Kata-katanya tadi mati di situ.

            Semua hadirin hanya terdiam.

            “Sold!, to the guy over there.” Kata ‘pengerusi majlis’ sambil menunjuk ke arah lelaki yang berdiri di bingkai pintu tadi.



Tangan Hannah Irdina dicengkam kasar dan dibawa menuju ke belakang dewan. Dia kemudiannya diserahkan kepada lelaki yang membidanya tadi. Tatkala tubuhnya ditolak supaya mengikut lelaki yang membidanya itu, dia mengeraskan tubuh. Entah apa lagi nasib yang akan menimpanya sekiranya dia mengikut lelaki itu.

            “Kalau kau degil, aku tak kan teragak-agak untuk gunakan cara kasar!” Ugut salah seorang lelaki yang mengambilnya dari tangan Roziman tempoh hari.

            Kecut hati Hannah Irdina mendengar ugutan lelaki itu. Dengan berat hati kakinya digagahkan jua menghampiri kereta lelaki yang telah pun membelinya dengan harga tiga puluh ribu itu. Belumpun sampai di pintu, dilihatnya lelaki itu sudahpun membuka pintu untuknya. Dengan rasa takut yang masih kuat membelenggu hati, Hannah Irdina masuk ke dalam kereta. Terlepas dari mulut buaya, kini dia masuk pula ke dalam mulut harimau.

            Hannah Irdina membuang pandang keluar tingkap apabila lelaki itu masuk ke dalam kereta. Entah apalah nasibnya selepas itu, takut untuk dia membayangkan. Jauh di sudut hatinya dia tidak berhenti berdoa, semoga musibah itu berlalu meninggalkannya dan dia selamat dan tidak diapa-apakan. Untuk menangis ketika itu, dia rasa tidak berdaya,terlalu tidak berdaya. Fikirannya buntu, akalnya beku untuk berfikir jauh. Yang pasti dia cuma harapkan keajaiban berlaku dalam sekelip mata.

            “Tiga puluh ribu untuk perempuan macam kau, tak la berbaloi sangat tapi aku suka ambil risiko.” Ucap lelaki itu tiba-tiba.

            Hannah Irdina hanya mendiamkan diri. Fikirannya buntu. Berserabut memikirkan nasibnya ketika itu.

            “Kalau nak kata cantik, ada lagi yang lebih cantik!” Sindir lelaki itu.

            Hannah Irdina membuang pandang keluar. Kata-kata yang terbit dari bibir lelaki itu memang cukup membuatkan dia rasa terhina. Namun untuk membalas kata-kata lelaki itu dia tidak berdaya.

            Hannah Irdina tersentak apabila dengan tiba-tiba lelaki itu menyentuh pahanya yang terdedah.

            Cepat-cepat Hannah Irdina mengalihkan posisi kakinya.

            “Kita nak ke mana lepas ni?” Soal lelaki itu.

            Hannah Irdina diam tidak menjawab. Memang dia tiada jawapan untuk soalan lelaki itu.

            “tolong lepaskan saya.” Kata Hannah Irdina lambat-lambat. Memang ketika itu, hanya itu sahaja yang mampu dia fikirkan.dia hanya mahu dirinya dilepaskan.

            “What?!.” Soal lelaki itu dalam senyuman sinis.

            “Aku bayar kau tiga puluh ribu tapi kau minta dilepaskan?, aku ni nampak macam orang bodoh ke?” Soalnya lagi. Nadanya masih sinis.

            “Tolonglah lepaskan saya, saya rayu pada awak.” Rayu Hannah Irdina penuh harapan.

            Lelaki itu diam tidak menjawab.

            Selepas hampir setengah jam memandu, mereka tiba di bangunan yang menempatkan unit-unit apartment.

            “Turun.” Arah lelaki itu tegas.

            Hannah Irdina yang masih takut-takut hanya menurut. Mindanya mula terfikir untuk melarikan diri dan mendapatkan pertolongan tetapi hatinya meningkah, bimbang jika tersalah langkah. Pasti nasibnya akan lebih buruk lagi. Penyudahnya dia hanya menurut langkah kaki lelaki itu menuju ke apartment yang terletak di tingkat 11.

            Debaran jantung yang memang sedia tidak sekata itu bertambah berdebar saat dia melangkahkan kaki masuk ke dalam apartment itu. Entah apa lah nasib yang akan menimpanya selepas itu.

 Dilihatnya ada beberapa perabot yang tersusun kemas. Hannah Irdina hanya memandang dengan kerlingan mata sahaja. Ada rasa takut dan bimbang yang bertamu dihatinya saat itu. semenjak dia merayu lelaki itu di dalam kereta tadi, tiada lagi perbualan yang tercetus antara mereka.

            “Duduk.” Arah lelaki itu sejurus dia membaling gugusan kunci ke atas meja kaca di hadapan sofa berbentuk L. Lelaki itu kemudiannya menuju ke dapur yang terletak bersebelahan ruang tamu itu.

            Seketika kemudian, dia kembali bersama dua tin air minuman.

            “Minum.” Kata lelaki itu seraya menghulurkan tin minuman karbonat itu kepada Hannah Irdina yang telahpun duduk di sofa.

            Hannah Irdina menyambut dengan tangan yang sedikit menggigil.

            Lelaki itu kemudiannya mengambil tempat di sebelah Hannah Irdina sambil melingkar tangan ke atas sofa di belakang Hannah Irdina sementara tangannya yang satu lagi memegang air tin.

            Hannah Irdina mengengsot sedikit ke kanan sofa, mencipta jarak antara mereka.

            Namun semakin Hannah Irdina cuba mencipta jarak, semakin lelaki itu mengengsot mendekati tubuh Hannah Irdina. Hannah Irdina sudah mulai diserang rasa takut. Sekali lagi Hannah Irdina mengengsot ke tepi sofa namun sepantas itu juga lelaki itu meletakkan minuman di tangannya lalu merapatkan tubuhnya ke tubuh Hannah Irdina. Hannah Irdina sudah mula tidak sedap hati.

            Tatkala lelaki itu semakin merapatkan tubuhnya, Hannah Irdina cepat-cepat menolak tubuh lelaki itu dengan tangannya. Tidak mahu lelaki itu semakin mendekatinya namun tatkala Hannah Irdina cuba menolak tubuh lelaki itu menjauh, kedua-dua tangan lelaki itu pantas menagkap dan menggenggam kedua-dua tangannya sehingga menyebabkan pergerakannya kaku sebentar. Hannah Irdina tergamam seketika.

            Lelaki itu hanya tersenyum sinis tanpa suara. Belumpun sempat Hannah Irdina mencerna apa yang sedang berlaku, lelaki itu sudahpun bertindak mencium pipi Hannah Irdina. Sekali lagi Hannah Irdina tersentak. Terasa degup jantungnya berdegup lebih pantas dari biasa. Takut. Itulah yang dia rasakan kala itu.

            “Tolong jangan apa-apakan saya.” Rayu Hannah Irdina dalam getaran suara.

            Sementara lelaki itu masih lagi mempamerkan senyuman sinis. Tiada suara yang terbit dari bibirnya.

            Tanpa bicara dan kata, lelaki itu sekali lagi membawa bibirnya dekat ke wajah Hannah Irdina sehingga menyebabkan Hannah Irdina kaku tanpa suara. Hanya takut yang menyelubunginya saat itu. Hannah Irdina hanya mampu memejam rapat matanya saat dia rasakan wajah lelaki itu sudah terlalu hampir dengan wajahnya.

            Tiba-tiba, telefon bimbit lelaki itu berbunyi dari sisi meja. Hannah Irdina terasa seperti tangannya dilepaskan tiba-tiba. Namun begitu, matanya masih dipejam rapat. Seketika kemudian dia rasakan seperti lelaki itu bangun dan bergerak menjauhinya. Hannah Irdina pantas membuka matanya. Dilihatnya lelaki itu sudahpun menghilang ke luar balkoni sambil telefonnya di lekap di telinga.

            Untuk seketika Hannah Irdina mendapat idea. Pada kesempatan itu, dia merancang untuk melarikan diri. Kunci rumah di atas meja di tengah sofa diraih dengan jemari. Sepantas kilat dia berlari menuju ke pintu rumah. Untung sahaja lelaki itu tidak mengunci gril pintu, jika tidak pasti dia perlu mengambil masa yang lama untuk melarikan diri.

            Sejurus meloloskan diri keluar dari apartment, Hannah Irdina menutup rapat pintu apartment dan dengan tangan yang terketar-ketar dia mengunci pintu gril. Dia kemudiannya berlari menuju ke pintu lif, kunci rumah lelaki itu sempat dibaling ke dalam tong sampah berdekatan. Dia sudah tidak berpaling ke belakang lagi. Bimbang dapat dikejar oleh lelaki itu. Dengan degupan jantung yang berdegup laju, Hannah Irdina masuk ke dalam lif dan cuba lari bagi menyelamatkan diri.

bersambung....

Monday, 18 June 2012

Bidding Girl Part 1

Cerita genre baru,hehe..harap2 best la :)


Mengigil-gigil tangan Hannah Irdina menuangkan air ke cawan yang dipegang kejap oleh lelaki itu. Entah kenapa saat matanya menjamah seraut wajah milik lelaki itu, tiba-tiba hatinya diserang rasa takut. Masih kuat lagi ingatannya terhadap lelaki itu. Mana mungkin dia bisa menghilangkan memori yang kuat melekat dalam kepalanya itu.

            “Hati-hati tuang air tu, takut air panas terkena tangan, aku tak nak nanti susut nilai pula bila tangan tu melecur.” Kata lelaki itu seraya membawa tangan kirinya yang kosong bagi mengampu jemari Hannah Irdina yang terketar-ketar.

            Hannah Irdina yang terkejut dengan tindakan lelaki itu tiba-tiba sahaja terlepaskan teko panas dari pegangannya. Jatuh terhempas teko itu. Pecah berderai, bertaburan semua kaca di lantai.

            “Dina..kenapa?” Soal Nek Nab yang muncul tiba-tiba. Terkejut dan cemas dia apabila terdengar bunyi kaca jatuh.

            “Tak..takde apa-apa, Dina ke dapur dulu, ambil penyapu, nak bersihkan kaca” Jawab Hannah Irdina gugup. Sejujurnya dia terkejut dengan kemunculan tiba-tiba lelaki itu. Rasa takut yang baru sahaja menghilang selama tiga bulan itu muncul semula.

            “Ashraf, bila sampai, kenapa tak bagitahu Nek Nab yang Raf dah sampai.” Kata wanita tua itu apabila dia terlihat kelibat lelaki yang tenang duduk berhadapan dengan Hannah Irdina sebentar tadi.

            “Baru je sampai nek, sampai tadi terus masuk.” Kata Ashraf tenang sedang matanya masih tidak lepas memandang ke arah Hannah Irdina yang sedang menyapu serpihan kaca dari teko yang jatuh.

            Nek Nab turut membuang pandang ke arah yang sama.

            “Kamu jangan kacau anak dara orang, mesti kamu punya kerja sampai Dina terjatuhkan teko kaca tu agaknya.” Ucap Nek Nab selamba. Sempat juga dia menjeling ke arah Hannah Irdina yang memandang sekilas ke arahnya. Suaranya yang kuat itu memang dia sengajakan. Bukan dia tidak kenal dengan cucunya Ashraf, memang cucunya itu suka mengganggu anak-anak gadis, dan mungkin juga Hannah Irdina tidak terkecuali.

            “Nek ni suka sangat tuduh Raf macam tu, mana ada Raf kacau anak dara orang, rasanya anak dara orang yang buatkan Raf pening kepala asyik memikirkan dia je.” Sahut Ashraf sambil merenung lama ke arah Hannah Irdina yang turut memandangnya. Dalam maksud kata-katanya itu.

            Sementara Hannah Irdina semakin gugup, kata-kata yang terbit dari bibir lelaki itu mendalam maknanya dan dia pasti kata-kata lelaki itu memang dituju khas buatnya. Walau dia nampak leka meneruskan kerja-kerjanya namun jauh di sudut hatinya dia sudah mulai gusar. Risau andai lelaki itu masih mendendami dirinya.

            “Berapa lama kamu nak duduk sini?” Soal Nek Nab sekaligus mematikan renungan Ahsraf kepada Hannah Irdina.

            “Erm..entahlah, Raf ingat nak duduk sini dulu untuk sementara waktu. Kenduri nenek ni bila?.” Sahut Ashraf sekaligus menyoal, matanya dibuang ke arah para tetamu yang sibuk membantu Nek Nab membuat persiapan majlis doa selamat. Sejujurnya dia sendiri tidak tahu bila tarikh sebenarnya kenduri tersebut. Dia cuma dimaklumkan oleh ibu bapanya mengenai Nek Nab yang ingin membuat kenduri dan oleh kerana kedua ibu bapanya itu  tidak dapat hadir kerana ada urusan di luar daerah, maka dirinya di arah untuk hadir bagi mewakili kedua-duanya.

            “La.. kamu  ni, ingatkan dah tahu, malam esok kendurinya.” Jawab nek Nab lembut.

            “Kalau malam esok, kenapa malam ni dah sibuk-sibuk, macam nak buat majlis kahwin pula.” Sambung Ashraf. Untuk seketika dia mencari semula kelibat Hannah Irdina, terlalu leka berbual dengan Nek Nab sehingga kelibat Hannah Irdina menghilang pun dia tidak sedar.

            “Nenek jemput ramai tetamu, jadi kena la buat persiapan awal sikit, kalau esok baru nak buat, mana nak sempat. Kamu pergilah naik ke bilik dulu, berehat. Kat bawah ni tak selesa, ramai orang tengah buat kerja. Mungkin lewat malam baru semua beransur balik.” Saran Nek Nab.

            Mendengarkan saranan neneknya itu, Ashraf berkira-kira untuk bangun dan berlalu ke tingkat atas, namun belumpun sempat dia mengangkat punggung, matanya menangkap susuk tubuh Hannah Irdina yang baru keluar dari pintu dapur. Ashraf tidak jadi bangun, dia duduk kembali sambil memerhatikan Hannah Irdina dari jauh.

            “Hai,punggung dah angkat tapi tak jadi pula nak bangun?” Soal Nek Nab apabila melihatkan tingkah Ashraf sebentar tadi. Matanya turut dibuang ke arah sorotan mata Ashraf. Apabila matanya dipaku ke wajah Hannah Irdina, dia hanya mampu menggeleng-geleng kepalanya perlahan.

            “Nek, siapa budak tu?” Soal Ashraf tanpa menghiraukan kata-kata Nek Nab sebentar tadi. Dia menghantar pandangan mata ke arah Hannah Irdina yang kembali duduk membantu serba sedikit golongan wanita yang sibuk mengupas bawang-bawang.

            “Kamu jangan mula nak mengarut, bukan nenek tak tahu perangai kamu, sibuk nak mengacau anak dara orang, dah pergi naik dulu, entah dah sembahyang ke belum.” Bebel Nek Nab.

            Memang begitulah sikapnya apabila berhadapan dengan Ashraf, bukan dia tidak tahu perangai cucu lelakinya itu. Pantang sahaja bertemu anak dara berdahi licin, mula la cucunya itu naik minyak.

            “Nek, Raf serius ni, Raf macam pernah tengok dia sebelum ni.” Sahut Ashraf serius. Mana mungkin dia boleh melupakan seraut wajah milik Hannah Irdina, dia pasti Hannah Irdina ialah gadis itu, walaupun penampilan Hannah Irdina nampak berbeza dari kali pertama dia melihatnya, namun dia amat pasti dengan telahannya itu. Tidak mungkin matanya itu menipu. Memang gadis yang ditemui tiga bulan dulu ialah orang yang sama; Hannah Irdina. Dia amat pasti akan hal itu.

            “Ah, anak kawan Nek Nab, kamu jangan gatal ganggu dia pula, budak tu baik. Jangan nak buat perangai gila kamu kat sini, kampung macam ni orang saling hormat menghormati. Kamu jangan pula malukan nenek dengan perangai kamu tu, mengganggu anak dara orang.” Sambut Nek Nab selamba.

            ‘Alah nek ni, orang tanya je..tak kan tak boleh.” Cebik Ashraf seraya bangun dan berlalu ke tingkat atas. Langkahnya di atur laju menuju ke bilik.

            Sarat kepalanya memikirkan Hannah Irdina.





“Dina, ibu balik dulu, kamu tidur la rumah nek Nab, banyak lagi kerja yang nak dibuat. Kamu bantulah serba sedikit. Esok ibu datang semula awal-awal pagi.” Kata Jamaliah saat dia bertembung dengan Hannah Irdina semasa melewati tempat gadis itu duduk sambil mengupas kulit bawang. Beberapa jiran berhampiran juga sudah mulai beransur pulang ke rumah masing-masing. Hanya dia dan Maznah sahaja yang belum pulang.

            “Baik bu, ibu balik dengan siapa?, rasanya Mak Milah baru je balik tadi.” Soal Hannah Irdina kembali. Baru tadi dia perasan jiran ibunya itu sudah pun berlalu keluar dari banglo itu hampir setengah jam yang lalu.

            “Ibu balik dengan Chik Maznah, dia pun baru nak balik, kamu tolonglah nek Nab apa yang patut, esok kita balik sama-sama.” Sahut Jamaliah sambil membuang pandang pada Maznah yang baru sahaja berjalan ke arahnya.

            “baik bu.” Jawab Hannah Irdina pendek. Begitulah kebiasaannya. Memang jikalau Nek Nab anjurkan kenduri begitu, dia dan ibunya ringan tulang untuk membantu. Dan dia juga seringkali menghabiskan masa di banglo Nek Nab sejak habis pengajian hampir lima bulan yang lalu. Begitulah rutinnya tatkala mengunjungi banglo Nek Nab, jarak rumah Nek Nab dengan rumahnya yang jauhnya 5 kilometer itu menyebabkan ibunya terpaksa menumpang jiran-jiran yang memiliki kereta untuk pulang ke rumah.

 Sejujurnya dia sendiri tidak jelas akan hubungan akrab yang terjalin antara ibunya dengan Nek Nab, yang dia tahu, sejak dia kecil lagi, memang ibunya itu sedia akrab dengan keluarga Nek Nab walhal jarak antara rumah mereka jauh dan dia sendiri tidak pernah terbuka mulut untuk bertanya lanjut akan hal tersebut.

Keakraban tersebut jugalah yang membuatkan kadangkala Nek Nab menghantar pemandunya Encik Razak untuk mengambil Hannah Irdina di rumahnya dan dibawanya ke banglo Nek Nab. Bila ditanya apa tujuannya dia dijemput ke situ, Nek Nab seringkali tersenyum dan mengatakan bahawa dia sering bosan dan memerlukan teman untuk bersembang. Memang Hannah Irdina sendiri akui, Nek Nab selalunya akan ajak dia duduk bersembang sahaja apabila dia berkunjung ke situ dan apabila tiba waktu tengahari, wanita tua itu akan mengajaknya ke dapur, memasak bersama-sama biarpun sudah ada pembantu rumah dibanglo besar itu.





“Boleh buatkan milo?” Sapa satu suara membuatkan Hannah Irdina tersentak dari lamunannya. Jauh dia mengelamun di situ sehingga tidak sedar. Cepat-cepat matanya dibuang ke arah empunya suara. Tatkala matanya bertembung pandang dengan sepasang mata galak Ashraf, dia tertunduk ke lantai tanpa bersuara balas.

            “Masih ingat aku?” Soal lelaki itu sinis. Soalan yang membuatkan Hannah Irdina kaku di tempat duduknya. Memang waktu itu jam sudah menginjak ke nombor satu dan dia masih lagi meneruskan beberapa kerja yang masih berbaki yang ditinggalkan oleh beberapa orang jiran Nek Nab tadi. Nek Nab juga sudah lama naik ke atas untuk berehat. Hanya tinggal dia sendirian meneruskan apa yang ditinggalkan. Tidak pula dia sangka lelaki itu akan turun selewat itu.

            “Buatkan aku milo.” Kata Ashraf lagi apabila dilihatnya Hannah Irdina masih duduk memandang lantai. Dia sendiri tidak tahu apa yang dia rasakan. Bertemu Hannah Irdina di rumah neneknya memang di luar jangkaannya. Dan lebih memeranjatkan dirinya ialah tatkala melihatkan penampilan Hannah Irdina yang jauh berbeza dari apa yang pernah dilihatnya tiga bulan yang lalu.

            Ashraf hanya mengekori langkah Hannah Irdina sehingga ke pintu dapur dengan ekor mata. Hairan dan pelik dengan pertemuan itu namun dia amat pasti matanya itu tidak mungkin akan menipunya. Memang Hannah Irdina gadis yang dibida tiga bulan yang lalu. Dia amat pasti akan hal itu.



Hannah Irdina membawa secawan milo panas ke meja makan tempat Ashraf sedang duduk termenung jauh. Kali ini ketar tangannya dikawal sebaik mungkin. Tidak mungkin lelaki itu akan melakukan perkara yang tidak elok di banglo Nek Nab, jika ada cubaan daripada lelaki itu untuk cuba mengapa-apakan dirinya, dia tidak akan teragak-agak untuk menjerit kuat, biar seisi rumah dengar jeritannya. Malah dalam banglo itu, bukan sahaja Nek Nab yang ada, beberapa orang keluarga terdekat Nek Nab juga ada. Untung sahaja banglo Nek Nab besar dan luas. Makanya, kunjungan beberapa keluarga itu tidaklah mendatangkan masalah.

            Hannah Irdina meletakkan cawan berisi milo itu di hadapan Ashraf, sejurus itu dia pantas menuju ke tempat dia duduk tadi. Ingin menghabiskan kerja mengemas, berada berdua-dua bersama lelaki itu membuatkan jantungnya berdetak laju. Ada rasa takut yang bertamu. Lebih cepat dia menyudahkan kerjanya, lebih cepat dia boleh menghilangkan diri ke bilik, jauh dari lelaki itu.

            “Kau hutang aku 30 ribu. “ Kata Ashraf sambil membuang pandang ke arah Hannah Irdina yang masih tekun mengemas saki baki surat khabar yang digunakan bagi mengalas serpihan kulit bawang.

            Hannah Irdina yang tekun menghabiskan kerjanya bergegas ke dapur basah untuk membuang surat khabar yang telah digunakan itu. Kata-kata Ashraf hanya dibiarkan sepi tanpa balasan. Detak jantungnya semakin laju tatkala lelaki itu mengungkit akan hal itu.

            “Kau hutang aku 30 ribu.” Kata lelaki itu tenang sambil memerhatikan Hannah Irdina yang sedang membasuh tangan di sinki secara membelakanginya.

            Hannah Irdina yang terkejut dengan kemunculan tiba-tiba lelaki itu di dapur terus berpaling menghadap Ashraf. Entah bila lelaki itu mengekori langkahnya pun dia tidak sedar. Dilihatnya lelaki itu sedang berdiri dibingkai pintu sambil menyandarkan bahu kanannya dibingkai pintu, manakala kakinya disilangkan, sementara tangan kirinya memegang kemas tangkai cawan yang berisi milo panas.

            “Rasanya kau masih belum lupakan aku kan?” Soal lelaki itu tenang sambil menghirup milo dicawan. Daripada tadi memang itulah tingkahnya, tenang dan selamba.

            Hannah Irdina terkejut. Dia yang mulai takut dengan pertanyaan Ashraf bertindak mencapai salah satu pisau yang tersusun rapi di rak pisau. Sebelum lelaki itu bertindak meelulu, lebih baik dia bersedia untuk mempertahankan diri.

            “Sa..sa..saya tak kenal awak.” Kata Hannah Irdina gugup. Pisau ditangannya diangkat ke hadapan.

            “Betul tak kenal? Atau…buat-buat tak kenal?” Soal Ashraf seraya menapak perlahan-lahan menghampiri tempat Hannah Irdina sedang berdiri.

            “ja..jangan dekat, nanti saya bunuh!.” Ucap Hannah Irdina takut-takut. Pisau ditangan sudah pun dihunus ke hadapan. Mengisyaratkan supaya Ashraf tidak menghampirinya. Matanya dipejam rapat. Yang dia rasakan saat itu hanyalah takut.

            Ashraf hanya tersenyum nipis, ugutan Hannah Irdina sedikit pun tidak mendatangkan kesan. Langkahnya masih diatur senada menuju ke arah Hannah Irdina. Pantas cawan ditangan di letakkan di kaunter pulau.

            “Pegang pisau pun terbalik.” Ucap Ashraf sambil membawa jemarinya ke arah pisau yang dipegang kejap oleh Hannah Irdina. Membetulkan kedudukan pisau tersebut.

Jelas kata-katanya itu berjaya membuatkan mata Hannah Irdina terbuntang sambil memerhatikan tingkahnya. Ashraf kemudiannya mengangkat sedikit t-shirtnya dan meletakkan mata pisau di permukaan kulit perutnya yang berotot

“Sekarang baru betul, baru boleh tikam.” Ucapnya selamba sambil menekan kulit perutnya ke mata pisau sehingga terbenam sedikit mata pisau di permukaan kulit itu. Sengaja dia mahu menduga Hannah Irdina, mencabar jika benar Hannah Irdina berani menikamnya.

Tindakan Ashraf itu menyebabkan Hannah Irdina panik dan melepaskan pisau secara tiba-tiba. Hannah Irdina tergamam. Bunyi dentingan pisau yang jatuh ke lantai seolah-olah menyedarkan tindakannya itu.

“Kenapa?, tak berani?” Soal Ashraf selamba. Keningnya dijungkit tinggi bila mana mata Hannah Irdina terpaku diwajahnya.

Hannah Irdina pantas melarikan anak mata, membuang pandang ke lantai. Panahan tajam anak mata Ashraf mengundang rasa takut di hatinya.

Ashraf tersenyum sinis. Kemudian dia kembali melangkah menghampiri Hannah Irdina sehingga menyebabkan gadis itu terundur ke belakang dan berhenti tatkala tubuh gadis itu bersatu dengan dinding dapur.

“Nak bunuh lipas pun tak lepas, inikan nak bunuh orang!.” Ucap lelaki itu hampir di telinga Hannah Irdina sehingga menyebabkan gadis itu memejam rapat matanya.

“hal tentang 30 ribu tu nanti kita bincang kemudian, sekarang aku nak tidur dulu, dah lewat..”Sambung Ashraf lagi seraya melayangkan kucupan di pipi Hannah Irdina sehingga membuatkan gadis itu tersentak.



Hannah Irdina menghela nafas lega sejurus Ashraf menghilang ke biliknya namun kakinya masih belum mampu bergerak untuk ke bilik. Tindakan lelaki itu mencium pipinya sebentar tadi benar-benar melumpuhkan pergerakannya. Dia tidak menyangka lelaki itu berani sekali berbuat begitu. Entah kenapa mulutnya juga terkunci untuk menjerit. Tatkala lelaki itu menghampir tadi, dia seolah-olah buntu untuk berfikir.

            Selang beberapa minit, barulah kakinya mampu digerakkan. Pantas langkahnya di atur laju menuju ke biliknya. Ada rasa bimbang yang bertamu. Kehadiran lelaki itu bakal menyingkap kisah yang selama ini disimpan kemas. Pasti semuanya akan terbongkar jika Ashraf terus-terusan menggasaknya seperti tadi. Dan dia juga tidak dapat menjangka tindakan Ashraf pada masa akan datang. Sedangkan tadi juga lelaki itu sudah mengungkit akan hal wang 30 ribu itu. Masakan dia boleh melarikan diri lagi setelah Ashraf dapat menjejaknya di situ secara kebetulan.

Kalau best bagitahu ye :)


           






Friday, 15 June 2012

AKU UNTUKMU-pengumuman

Assalamualaikum kepada yang mengikuti blog cik tulip, order untuk novel aku untukmu telah dibuka..kepada sesiapa yg berminat blh membuat order terus dgn PENERBITAN KAKI NOVEL,atau yang berminat untuk membuat tempahan dari cik tulip sendiri,boleh memberikan nama di group tulip ungu karyaku2u di FB tetapi novel hanya akan dipos pada bulan JULAI nanti.kepada yang ingin membuat tempahan dari cik tulip,hanya terdapat 30 tempat sahaja..dan kepada sesiapa yg berminat menyertai contest,blh jg jengah2 group tersebut..cik tulip ingin mencari 10 pemenang bertuah utk memenangi novel AKU UNTUKMU secara percuma..makluman akan diupdate di group.. salam sayang: TULIP UNGU.. :)

Thursday, 7 June 2012

PENGUMUMAN

SALAM....
Kepada rakan pembaca yang mengikuti cerita Aku Untukmu di blog Cik Tulip, sukacita dimaklumkan bahawa Novel Aku Untukmu akan diterbitkan pada bulan Julai ini. Sekiranya ingin tahu lebih lanjut bolehlah sama-sama join group Tulip Ungu Karyaku2u di FB kerana sebarang makluman terkini akan dimaklumkan di group tersebut. tetapi Cik Tulip tetap akan membuat pengumuman di blog sekiranya ada maklumat terkini. harap maklum..salam sayang TULIP UNGU :)

Wednesday, 30 May 2012

CINTAI AKU-LAST PART

Jom baca sambungannya..hopefully semua suka..

Pandangan Tengku Raziq masih memanah tepat ke dalam mata lelaki dihadapannya ketika itu. Benarkah apa yang lelaki itu katakan padanya sebentar tadi atau lelaki itu sengaja mahu mempermainkan dirinya.

            “Maksud you, you kenal Munira dah lama?” Soal Tengku Raziq untuk kali yang kedua. Masih tidak percaya dengan pengakuan lelaki itu terhadapnya.

            “Sebelum dia kenal rapat dengan you, I boyfriend lama dia, dah lama terlanjur dengan dia and  still seeing each other unti nowl, don’t be surprise if I told you, hubungan kami masih on macam dulu.” Terang lelaki itu lagi.

            Tengku Raziq merasakan hatinya kembali panas, pengakuan lelaki itu membuktikan bahawa Tengku Munira bukan sahaja berpasangan dan terlanjur dengannya tetapi tengku Munira juga mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Menyirap darahnya apabila dia terkenangkan yang tengku Munira meminta dia bertanggungjawab sedangkan bukan dia seorang sahaja lelaki yang ditiduri Tengku Munira.

            Tengku Raziq termenung jauh apabila lelaki itu berlalu meninggalkan dirinya. Dia memang sudah tidak tahu bagaimana dia ingin menyelesaikan masalah yang kian rumit itu. Entah kenapa baru sekarang dia rasa menyesal yang dia sudah terlanjur perbuatan dengan tengku Munira. Selama ini dia menyangka Tengku Munira hanya berpasangan dengannya, bijak benar Tengku Munira menyimpan rahsia darinya sehingga dia sendiri tidak tahu yang Tengku Munira sebenarnya diam-diam ubi. Diamnya itu berisi. Sungguh dia sudah tertipu.

            Mengenangkan permintaan Tengku Munira tempoh hari menyebabkan hatinya panas. Kenapa pula Tengku Munira memintanya bertanggungjawab sedangkan bukan dia seorang sahaja yang bertamu di hati Tengku Munira, ada lagi lelaki lain. Itu yang dia tahu, entah-entah ada lagi rahsia Tengku Munira yang dia tidak tahu. Dalam diam, langkahnya panjang.

            Tengku Raziq meraup kasar wajahnya. Terasa kesal dengan masalah yang datang bertimpa-timpa. Tiba-tiba ingatannya teringat kepada Dhia Nabila, mungkin ini balasannya kerana tegar melukakan hati Dhia Nabila. Gadis yang tidak bersalah itu hanya menjadi mangsa keadaan dan dia pula bukan membantu meringankan masalah Dhia Nabila, malah menambah burukkan lagi nasib Dhia Nabila.

            Tengku Raziq mengeluh berat, memang dia kesal kerana selama ini dia tidak pernah mahu melihat siapa Dhia Nabila.  Yang ada dalam hatinya hanyalah amarah dan ego yang menggunung, saat itu baru dia tahu yang dia sudah tersalah menilai. Permata yang dia peroleh, sewenang-wenang sahaja dia abaikan, sedangkan kaca itulah yang dia gilap-gilap supaya berkilau.



Dhia Nabila tunduk memandang lantai, dia hanya mendengar sahaja perbincangan yang sedang berlansung. Ibunya Halimah masih mengalirkan air mata, tidak putus-putus semenjak awal tadi. Namun Dhia Nabila masih tenang menanggapi semua itu. Tengku Raziq dan Tengku Asiah juga masih lagi terdiam. Jika Tengku Kadir sihat juga, sudah tentu lelaki itu turut menyertai mereka di situ. 

Mereka masih menunggu bicara dari Dhia Nabila. Kebisuan Dhia Nabila itu dirasakan terlalu menyeksa hati-hati mereka. Sekurang-kurangnya mereka mahu Dhia Nabila katakan sesuatu. Katakan apa-apa sahaja, asalkan mereka tahu apa yang terselindung di sebalik hati kecil Dhia Nabila.

“Maafkan ibu.” Ucap Halimah dalam air matanya yang berlinangan, terasa kesal kerana dia yang beria-ia mahu Dhia Nabila berkahwin dengan Tengku Raziq dan apabila dikhabarkan tentang berita antara Tengku Raziq dan tengku Munira, hatinya dihambat pilu. Nasib anaknya itu pula yang merunsingkan hatinya.

“Dhia cakaplah sesuatu, kalau Dhia tak setuju dengan perkahwinan Muni dengan Raz, dia bagitahu mummy, mummy akan usahakan jalan lain.” Kata Tengku Asiah. Semenjak Tengku Munira dipaksa menjelaskan tentang hal sebenar oleh Tengku Raziq pagi tadi, dia sudah tahu segala-galanya. Dan dia juga tidak mungkin mahu mengorbankan Dhia Nabila sementelah dia juga tahu Tengku Munira turut bersalah kerana bermain ‘kayu tiga’. Dan Tengku Munira juga sanggup jika Tengku Raziq tidak mengahwininya kerana dia tahu bukan Tengku Raziq seorang sahaja yang menidurinya.

Dhia Nabila masih membisu. Masih mematungkan diri tanpa bicara.

“Please Dhia, cakap sesuatu.” Rayu Tengku Raziq lembut. Sejujurnya dia mahu tahu apa yang terselindung di hati Dhia Nabila. Apabila Tengku Munira tidak lagi mendesak dirinya supaya bertanggungjawab, dia sudah mula berlapang dada. Memang terang lagi bersuluh, dia juga tertipu dengan Tengku Munira. Dah jika Dhia juga boleh menerima itu semua, dia sama sekali tidak akan bertanggungjawab ke atas Tengku Munira kerana dia tahu Tengku Munira sudah lama mempermainkan dirinya.

Dhia Nabila hanya tersenyum tawar. Untuk apa lagi difikirkan hatinya. Hatinya itu sudah lama remuk redam. Kenapa tiba-tiba semua orang seperti mahu menjaga hatinya sedangkan awal dahulu, sedikit pun dirinya itu diendahkan. Kenapa apabila semuanya sudah terjadi, baru mereka mahu mengambil berat akan perasaannya.

“Dhia dah buat seperti yang semua orang mahu. Sekarang tak payahlah fikirkan tentang perasaan Dhia, pandailah Dhia jaga diri.” Kata Dhia perlahan sambil membuang sekilas pandang pada wajah-wajah di hadapannya. Sejujurnya dia sudah tidak kisah. Tidak kisah jika hatinya itu hancur kerana dia sudah biasa dengan semua itu.

“Jangan cakap macam tu sayang.” Kata Halimah dalam tangisan. Entah kenapa rasa bersalahnya terasa menghimpit-himpit dada.

“Dhia dan tolong ibu, Dhia dah korbankan diri Dhia supaya ayah dapat rawatan, bukahkah itu yang ibu mahu. Tentang perasaan Dhia, ibu tak perlulah risaukan, Dhia pasrah.” Kata Dhia Nabila sayu. Dia bukan memarahi ibunya itu, dia sekadar mahu membawa ibunya itu berfikir. Dahulu masa dia mula-mula menentang hasrat ibunya itu, ibunya mengugut mahu memutuskan hubungan. Tiada sekelumit pun simpati ibunya itu terhadap nasibnya tetapi kini ibunya pula yang beria-ia mahu menjaga perasaannya. Nasi sudahpun menjadi bubur. Tiada guna disesali lagi.

“Mummy pun terima Dhia berkahwin dengan Tengku sebab mahukan Dhia jaga papa, Dhia dah buat semua tu, dah buat apa yang semua orang nak. Jangan minta lebih dari itu sebab memang Dhia tak mampu nak berikan. Kalau tengku Raziq benar-benar bersalah, tebuslah kesalahan tu, kahwinlah dengan Tengku Munira. Dhia tak kisah. Tak perlu semua nak fikir perasaan Dhia.” Putus Dhia dalam tenang.

“Dhia tolonglah, Tengku Munira dah mengaku kesalahan dia. Saya tak perlu lagi bertanggungjawab. Saya janji kalau Dhia bagi saya peluang, saya akan tebus semua kesalahan saya pada Dhia.” Kata Tengku Raziq bersungguh-sungguh.

“Jangan berjanji kalau tak boleh nak tepati. Berhatilah dengan kata-kata, perbuatan. Kerana bila ia dah diucap, dibuat mungkin masih boleh dimaafkan tetapi tak mungkin akan dilupakan.” Sahut Dhia Nabila seraya bangun dan berlalu.

Nasi sudah pun menjadi bubur, hatinya yang remuk redam itu tidak mungkin akan bercantum kembali. Apapun yang bakal berlaku dia akan pasrah. Kalau dulu hati dan perasaannya itu yang dipertaruhkan, dipercaturkan oleh mereka. Kini dia tidak lagi kisahkan tentang hatinya. Biarlah dia sendiri menjaga hatinya. Tidak perlu ada orang lain yang simpati.



Tengku Raziq hanya duduk di birai katil sambil memerhatikan Dhia Nabila yang sudahpun merebahkan tubuhnya ke sofa. Melihatkan kedinginan Dhia Nabila, hatinya terasa seperti disiat-siat. Sejak dia sedar akan ketulusan hati Dhia Nabila, dia jatuh sayang pada Dhia Nabila. Hanya satu sahaja yang dia benar-benar mahukan ketika itu. Mahu membahagiakan Dhia Nabila dengan apa jua cara sekalipun. Antara dirinya dan Tengku Munira juga sudah selesai. Tengku Munira tidak akan menuntut apa-apa lagi darinya. Hal antara mereka sudahpun selesai kerana lelaki yang datang menemuinya tempoh hari beria-ia mahu Tengku Munira mengahwininya. Katanya dia yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada Tengku Munira dan dia benar-benar mencintai Tengku Munira. Tengku Munira cinta pertamanya dan dia hanya mahu menebus kembali dosanya kerana menjadi orang pertama yang merosakkan Tengku Munira.

            Tengku Raziq bangun dari duduk lalu berjalan menghampiri Dhia Nabila. Dia tahu Dhia Nabila masih belum tidur, Dia mahu berbicara dengan Dhia Nabila kerana masih ada perkara yang belum selesai antara mereka. Dan dia hanya mahukan jalan penyelesaian kepada segala kekusutan itu.

            “Dhia, saya nak cakap sesuatu.” Kata Tengku Raziq sejurus berdiri di sisi sofa.

            Dhia Nabila yang terkejut dengan kehadiran tengku Raziq terus membuka matanya. Dhia Nabila bingkas bangun dari perbaringan lalu duduk di sofa. Terperanjat dengan kahadiran tengku Raziq yang tiba-tiba itu.

            “Tengku nak apa?” Soal Dhia Nabila dingin. Begitulah reaksinya setiap kali berhadapan dengan tengku Raziq, dia sudah tidak harapkan apa-apa lagi hasil dari perkahwinan itu.

            “Saya ada hal nak bincangkan dengan Dhia.” Sambung tengku Raziq perlahan. Suaranya mendatar sahaja. Dia tahu dia memang bersalah kerana tidak melayan Dhia Nabila selayaknya dan dia hanya mahu menebus segala kesilapannya itu.

            “Tiada apa nak dibincangkan lagi. Dhia penat, Dhia nak rehat.” Kata Dhia Nabila seraya terus merebahkan tubuhnya ke katil. Dia sudah tawar hati dengan semuanya, dia sudah tidak mahu berbincang apa-apa lagi. Dia hanya mahu menjalani kehidupannya seperti biasa. Menjalankan tanggungjawabnya seperti yang biasa dia lakukan sebelum ini dan sedikit pun dia tidak mahu mengubah semua itu.

            Tengku Raziq mengeluh. Tidak dia sangka Dhia Nabila sekeras itu, hatinya seolah-olah beku untuk menerima maaf darinya. Dan dia pula sudah tidak mahu mendesak lagi. Biar Dhia Nabila menerimanya tanpa paksaan. Teringatkan akan layanannya dahulu menyebabkan dia menyesal.

            Tengku Raziq meraupkan wajahnya apabila dilihatnya Dhia Nabila sudah pun berbaring membelakanginya di sofa. Entah kenapa hatinya sayu ketika itu. Dhia Nabila memang nekad untuk tidak menerimanya kembali. Ketika itu dia sedar yang dia sudah tidak mampu memaksa Dhia Nabila. Hairan juga kerana selama ini dia tidak pernah peduli dengan banyak perkara terutamanya perkara yang melibatkan hati seperti itu tetapi apabila berurusan hati dengan Dhia Nabila, dia jadi jauh tersasar jauh dari diri asalnya. Hatinya tidak lagi sekeras dulu, egonya runtuh. Barannya padam serta merta. Begitu kuat pengaruh yang Dhia Nabila tinggalkan ke dalam dirinya. Dia bukan lagi Tengku Raziq yang dulu.



“Doktor pasti?” Soal Tengku Raziq untuk kali yang ketiga. Jika benar kata-kata doktor itu maka risaunya akan bertambah dua kali ganda. Masalah yang ada juga sudah tidak mampu dia selesaikan. Kini muncul pula masalah baru. Bagaimana dia mahu berhadapan dengan itu semua.

            “kalau nak keputusan yang benar-benar telus, kena buat pemeriksaan lanjut di hospital tetapi jika dilihatkan pada simptomnya, saya rasa memang positif.” Terang Doktor Daud sekali lagi. Wajah tengku Raziq yang kerisauan mendatangkan rasa pelik di hatinya.

            “kalau isteri saya dah sedar nanti saya terus datang hospital, buat further treatment.” Sahut Tengku Raziq lagi.

            Doktor Daud hanya mengangguk perlahan seraya bangun dan berlalu meninggalkan Tengku Raziq.

            Sementara Tengku Raziq hanya melihat kelibat Doktor Daud yang menghilang di sebalik pintu bilik. Sejurus bayang-bayang doktor itu tidak kelihatan lagi, dia membuang pandang pula pada Dhia Nabila yang masih berbaring di katilnya, gadis itu masih tidak sedarkan diri.

            Sejam yang lalu, apabila Dhia Nabila jatuh pengsan di halaman banglo itu, dia terus mencempung  tubuh Dhia Nabila ke biliknya. Terkejut juga dia apabila tiba-tiba sahaja Dhia Nabila pengsan. Untung sahaja hari itu hujung minggu dan dia juga bernasib baik kerana Doktor Daud, doktor peribadi Tengku Kadir tidak keberatan untuk datang dan melihat keadaan Dhia Nabila.



Keadaan Dhia Nabila yang termenung panjang semenjak balik dari hospital sebentar tadi menyebabkan Tengku Raziq bertambah risau. Dia tahu Dhia Nabila tidak senang dengan keputusan pemeriksaan tadi namun untuk dia katakan sesuatu pada waktu itu, dia rasa masanya masih kurang sesuai. Wajah mendung Dhia Nabila cukup memberitahunya yang Dhia Nabila masih belum dapat menerima keputusan yang diberitahu oleh doktor Daud tadi dan jauh di sudut hatinya dia juga rasa bersalah apabila semua itu terjadi.

            Tiba di rumah, keadaan Dhia Nabila masih serupa. Gadis itu masih termenung panjang. Tiada kata yang terbit dari bibir Dhia Nabila mahupun tengku Raziq. Masing-masing seolah-olah masih melayani perasaan masing-masing.

            “Dhia okey?” Tegur Tengku Raziq apabila dilihatnya Dhia Nabila seolah-olah hilang dalam dirinya sendiri.

            Dhia Nabila diam tidak menjawab. Fikirannya kosong. Dia tidak mampu berfikir apa-apa dalam keadaan begitu. Setelah dimaklumkan oleh doktor Daud yang dia mengandung, tiba-tiba sahaja dunianya terasa gelap. Kenapa semua itu terjadi dengan terlalu tiba-tiba. Itulah yang paling dia takuti sekali. Dan perkara yang dia takuti itulah yang terjadi akhirnya. Sesungguhnya dia tidak tahu apa lagi yang boleh dia lakukan. Dunianya terasa seperti sudah tiba ke penghujungnya.

Di saat dia mahu menghindar dari Tengku Raziq kenapa dia dimaklumkan berita itu. Dia tidak bersedia dengan semua itu. Tidak bersedia untuk menjadi ibu kepada anak tengku Raziq. Sejujurnya dia tidak mahu ada kaitan lansung dengan tengku Raziq, biarpun lelaki itu sebenarnya suaminya yang sah. Dalam hatinya ada rasa sayu yang bertamu. Dan dia juga tidak mampu untuk menghalang semua itu dari berlaku.

“Dhia okey?” Soal TEngku Raziq sekali lagi apabila Dhia Nabila melangkah laju naik ke tingkat atas. Dia mengejar langkah laju dhia Nabila.dia tahu gadis itu tidak okey. Dari riak muka Dhia Nabila dia tahu dhia nabila memendam perasaannya sendiri dan dia seboleh-bolehnya mahu Dhia katakan sesuatu. Hatinya tidak senang melihat Dhia begitu.

Dhia Nabila yang terlalu sebak terus masuk ke dalam bilik. Pintu bilik ingin ditutup rapat. Dia hanya mahu menghamburkan airmatanya semahu-mahunya. Dia tidak rela dengan semua yang berlaku. Namun belum sempat tangannya menolak daun pintu, tangan Tengku Raziq terlebih dahulu menghalang pintu dari tertutup.

“Dhia..” Panggil Tengku Raziq lembut. Bahu Dhia Nabila dipegang dan tubuh Dhia Nabila dipaling sehingga menghadap tubuhnya. Ada air mata yang bergenang di mata Dhia Nabila ketika itu.

“Maafkan saya.” Ucap Tengku Raziq lembut. Dia tahu semua yang berlaku berpunca darinya dan dia amat kesal dengan apa yang telah terjadi.

Sementara Dhia Nabila mula hilang pertimbangan diri. Melihatkan sahaja wajah Tengku Raziq, dia jadi marah. Kerana lelaki itulah, dia kini terpaksa menanggung semua itu. Dan dia tidak mungkin akan maafkan tengku Raziq di atas apa yang berlaku.

“Ini semua sebab tengku!” Hambur Dhia Nabila. Tubuh Tengku Raziq ditolak kasar.

“maafkan saya.” Ucap tengku Raziq lagi. Tubuh Dhia ditarik ke dalam dakapannya. Namun sepantas itu juga Dhia Nabila menolak.

“jangan sentuh saya!” Marah Dhia Nabila lagi. Benci dia melihat wajah tengku Raziq.

“saya tahu saya salah.” Kata Tengku Raziq perlahan.

“tengku kejam!” Jerit Dhia Nabila. Marahnya sukar lagi dibendung.

“Tengku kejam.” Ucap Dhia lirih. Airmatanya dihambur laju membasahi pipi. Pilu benar hatinya ketika itu.

Tengku Raziq yang melihat airmata Dhia Nabila mengalir laju pula semakin dihambat rasa bersalah. Jika tidak kerana kesalahannya, pasti perkara itu tidak akan berlaku. Sayu dia melihat Dhia Nabila menangis begitu. Ketika itu dia benar-benar pasti, ada cinta yang mengalir dalam dirinya buat Dhia Nabila.

“Maafkan saya.” Ucap Tengku Raziq lagi. Dia kembali menghampiri Dhia Nabila. Pantas tubuh Dhia Nabila diraih ke dalam dakapannya. Biarpun Dhia Nabila menolak namun dia sama sekali tidak akan merenggangkan pelukan itu. Dia mahu Dhia Nabila tahu yang dia sudah bersedia memikul tanggungjawab itu, menjadi bapa kepada anak itu dan menjadi suami kepada Dhia Nabila. Menjalankan tanggungjawab suami yang sebenar-benarnya terhadap Dhia Nabila.

Tengku Raziq mengucup lembut kepala Dhia Nabila apabila gadis itu seakan-akan tenang dalam rangkulannya namun esak tangis Dhia Nabila masih belum reda. Air mata gadis itu masih mengalir lesu membasahi dadanya.

“Izinkan saya menjadi ayah kepada anak kita, menjadi suami kepada Dhia.” Ucap tengku Raziq lembut. Dia mahu Dhia Nabila tahu yang dia sama sekali tidak akan lari dari tanggungjawab itu. Dan dia mahu Dhia Nabila tahu yang rasa cintanya sudah semakin bersemi buat Dhia Nabila.

Dhia Nabila semakin tenang mendengar ucapan lembut Tengku Raziq itu. Tanpa sedar dia membalas pelukan Tengku Raziq. Jauh di sudut hatinya memang itulah yang dia mahukan sejak awal lagi, membina sebuah rumahtangga yang bahagia walaupun pada dasarnya perkahwinan itu berlandaskan suatu keterpaksaan semata-mata. Dia hanya mahu dicintai, dikasihi,disayangi selayaknya dia sebagai isteri kepada lelaki itu.

“Tolong cintakan Dhia.” Kata Dhia Nabila dalam tangis yang masih bersisa.

“Saya cintakan Dhia sepenuh hati saya. Saya tak akan pernah sia-siakan Dhia lagi. Izinkan saya jadi ayah kepada anak kita. Saya janji tidak akan lukakan hati Dhia lagi. Maafkan saya atas segala dosa-dosa saya pada Dhia. Saya janji tidak akan ulangi kesilapan saya sekali lagi dan saya mohon Dhia berikan saya peluang untuk tebus semua kesilapan saya terhadap Dhia. Saya akan jalankan tanggungjawab sebagai suami Dhia sampai akhir hayat.” Ucap tengku Raziq lembut. Selembut hatinya ketika itu. memang itulah yang dia rasakan saat itu. dia hanya mahu Dhia Nabila berikan dirinya ruang dan peluang untuk dia menebus semuanya kembali. Dan peluang kali kedua itu tidak mungkin akan dia sia-siakan lagi.

Dhia Nabila mengemaskan pelukannya. Syahdu hatinya mendengar ucapan Tengku Raziq. Memang selama ini hanya itu yang dia mahu dengar dari mulut lelaki itu. Dia hanya ingin dicintai, dicintai oleh Tengku Raziq yang sudah menjadi suaminya.

Tengku Raziq mendongakkan wajah Dhia Nabila apabila tangisan Dhia Nabila semakin reda. Wajah redup Dhia Nabila ditenung penuh kasih. Sesungguhnya itulah kemuncak kepada kedinginan mereka. Selepas ini dia pasti kehidupan mereka tidak akan sama seperti dahulu. Dia akan membina rumahtangga itu semula, menjadikan Dhia Nabila satu-satunya suri hidupnya yang akan dia sanjung dan kasih buat selama-lamanya.

“sayang beri abang peluang kedua?” Soal Tengku Raziq apabila matanya bertaut dengan sepasang mata Dhia Nabila.

“Janji abang jangan sia-siakan Dhia.” Ucap Dhia Nabila sambil membalas renungan Tengku Raziq.

“Abang tak kan sia-siakan Dhia lagi, abang bodoh sebab tak pernah hargai Dhia.”Sahut Tengku Raziq penuh kesal.

Dhia Nabila pantas meletakkan jemarinya ke bibir Tengku Raziq. Tidak mahu lelaki itu berkata-kata begitu.

“Kalau abang betul-betul sayangkan Dhia, Dhia tak nak abang ungkit perkara lama. Kita bina semula rumahtangga kita. Dhia nak abang jadi ayah yang baik pada anak kita.” Ucap Dhia Nabila syahdu.

Tengku Raziq tersenyum nipis.

“Abang akan jadi bapa yang paling baik untuk anak kita, suami yang paling baik untuk sayang. Abang janji.” Sambung Tengku Raziq sambil menarik semula Dhia Nabila ke dalam pelukannya.

Dhia Nabila tersenyum, nafasnya ditarik dalam. Bahagia dia rasakan ketika itu. Tengku Raziq memang sudah jauh berubah dan dia yakin, perubahan itu bakal kekal untuk selama-lamanya. Lega hatinya dengan semua yang baru berlaku. Jauh disudut hatinya dia bersyukur kerana Tengku Raziq sudah mampu menyintainya.

Pelukan Tengku Raziq dibalas erat. Bahagia yang dia rasakan ketika itu tidak mungkin dia akan tukarkan untuk perkara lain kerana dia sudah cukup bersyukur dengan apa yang dia peroleh ketika itu. Yang dia tahu, dia hanya mahu mengekalkan rasa itu dihatinya. Rasa bahagia kerana dicintai. Aku hanya ingin dicintai..Cintai Aku…Desis Dhia Nabila jauh disudut hatinya yang paling dalam. Sejurus itu, dia tersenyum bahagia…..

-TAMAT-

 harap2 semua suka ngan ending cerpen ni..hehe