Tuesday, 22 January 2013

SAAT HADIRNYA CINTA-BAB 8

kepada yang tinggalkan komen...terima kasih banyak2...jom ikuti sambungannya..

BAB 8

Wajah Joe dipandang tidak berkelip. Benarkah apa yang diperkatakan oleh sahabatnya itu. Kalau benar maka apa yang boleh dilakukan untuk membantu bagi merungkai kekusutan yang melanda Joe. Pening kepala Ridza.

            “Kau tahu siapa?” Soal Ridza sambil memanah tepat ke dalam anak mata Joe. Hatinya itu panas mendengar cerita sahabatnya itu.

            “Kalau tahu; aku tak la pening macam ni. Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi.” Keluh Joe mengendur. Bagaimana mungkin dia menyelesaikan masalahnya itu.

            “Macamana benda tu boleh jadi?” Soal Ridza tidak puas hati.

            “Aku pun tak tahu. Aku sedar-sedar aku dah ditinggalkan dalam keadaan tak berpakaian. Masa tu baru aku tahu; ada orang dah khianat pada aku. Aku cuma ingat malam masa aku kena culik tu. Orang tu rambut dia panjang. Ada dua orang. Lepas diaorang heret aku masuk dalam van; diaorang tekup aku dengan tuala basah. Lepas tu aku tak ingat apa-apa. Aku cuma terjaga lepas pagi esoknya; masa tu baru aku sedar aku dah kena rogol” Cerita Joe lagi. Sebak hatinya mengingati kembali malam hitam yang membuatkan dia hilang semangat diri.

            “Takkan kau tak boleh agak siapa. Orang yang bermusuh dengan kau ke?” Soal Ridza lagi tak puas hati. Entah kenapa hatinya itu terlalu panas. Mendengarkan cerita Joe membuatkan dia geram. andai dia tahu siapa yang mengkhianati Joe itu; sudah pasti orang itu lembik dibelasahnya.

            “Aku betul-betul tak tahu Ridz. Kalau tahu dah lama aku report. Kau ingat aku suka sangat kena macam ni.” Luah Joe lagi. Entah kenapa semenjak kejadian itu dia terasa hidupnya hancur. Selama ini dia berselindung dengan identitinya. Berpenampilan lelaki untuk menunjukkan yang dirinya itu kuat. Merasakan yang dirinya itu standing dengan kudrat dan kekuatan lelaki. Dia cuba melawan takdir. Tapi selepas kejadian itu dia tahu dia tidak berupaya merubah apa yang sudah ditetapkan kepadanya. Dia dilahirkan sebagai perempuan. Dan dia juga lemah; seperti mana perempuan-perempuan yang lain. Selepas menjadi mangsa begitu; dia sedar yang dia tidak mungkin menjadi seorang lelaki kerana fitrah kejadiannya ialah dia seorang perempuan.

            “Habis apa kau nak buat sekarang?” Soal Ridza lagi. Dia juga turut buntu. Bagaimana hendak membantu jika pelakunya juga tidak dapat dikenalpasti. Andai boleh dicari; akan dipaksa lelaki itu bertanggungjawab.

            “Aku nak minta tolong dari kau Ridz.” Tutur Joe perlahan. Dia menunduk memandang lantai. Memang itulah tujuan dia mahu bertemu dengan Ridza. Dia mahu Ridza menolongnya.

            “Maksud kau?” Soal Ridza buat-buat tidak faham walaupun hatinya itu sudah dapat menjangkakan sesuatu.

            “Aku….aku nak kahwin dengan kau.” Ujar Joe kemudiaannya. Dia juga serba salah sebenarnya.

            Terpempan Ridza mendengarkan permintaan Joe. Telahannya benar.

            “Aku tahu sukar untuk kau Ridz. Tapi anak dalam perut ni perlukan bapa. Macam mana aku nak berhadapan dengan masyarakat kalau orang tahu aku mengandungkan anak luar nikah. Memang bukan salah aku tapi masyarakat kat luar sana tak tahu. Mereka cuma tahu menyalahkan saje. Bukan nak fikir jauh-jauh.” Luah Joe lagi. Berharap agar Ridza dapat membuat keputusan berhubung permintaannya.

            Ridza pejamkan matanya untuk seketika. Permintaan Joe terlalu berat. Bagaimana mungkin dia boleh mengahwini Joe sedangkan dia sudah memiliki Zaliya. Cintanya terhadap Zaliya juga sudah semakin mekar. Mampukah dia mengahwini Joe kerana tiada sekelumit perasaan pun yang ada dalam hatinya buat Joe. Joe hanya sahabat.

            “Tolonglah Ridz.” Rayu Joe lagi. Dia juga sudah buntu untuk mencari penyelesaian kepada masalahnya.

            “Nanti aku fikirkan.” Kata Ridza akhirnya. Rambutnya dilurut kasar. Buntu untuk membuat keputusan.

            “Thanks Ridz.” Ucap Joe.

 

Ridza memerhatikan Zaliya yang sedang menyiram air ke dalam pasu-pasu yang tersusun di halaman rumahnya. Semenjak bertemu dengan Joe kelmarin; kepalanya itu sarat memikirkan penyelesaian kepada masalah Joe. Hendak menolak; dia kasihan pada Joe. Hendak terima pula; dia memikirkan reaksi Zaliya. Ah! Kusut kepalanya.

            Ridza bangun dari duduknya. Kakinya itu pantas dihela kea rah Zaliya yang nampak tekun dengan kerjanya. Tiba-tiba dia berasa bersalah dengan Zaliya. Mampukah dia menduakan Zaliya sedangkan hatinya itu sudah semakin sayang kepada isterinya itu. Namun apabila memikirkan nasib Joe; dia tidak sampai hati membiarkan sahabatnya itu terkapar-kapar kelemasan.

            “Liya.” Tegur Ridza seraya mematikan langkah di sisi Zaliya. Terasa berat mulutnya mahu membuka cerita tetapi dia tidak ada pilihan lain.

            “Abang.” Sahut Zaliya dalam senyum manis. Tangannya berhenti dari menyiram bunga.

            “Abang ada perkara nak dibincangkan dengan Zaliya.” Putus Ridza serba salah.

            “Perkara apa?” Soal Zaliya ingin tahu. Hairan juga dengan nada Ridza yang sudah berlainan.

            “Kita bincang kat dalam.” Balas Ridza kemudiannya. Tanpa menunggu reaksi Zaliya; kakinya melangkah menuju ke dalam rumah.

            Zaliya yang hairan menutup pili air. Dia juga melangkah membuntuti suaminya itu masuk ke dalam rumah.

            Duduknya dilabuhkan berhadapan dengan Ridza yang sudah pun melabuhkan punggung di sofa.

            “Abang nak bincang apa?” Zaliya kemukakan persoalan. Jarang-jarang sekali Ridza mengajaknya berbincang serius begitu.

            “Kalau abang nak kahwin lagi; Liya izinkan?” Soal Ridza terus. Tidak berbasa basi. Malah tidak menerang lanjut kisah Joe.

            Terpempan Zaliya mendengarkan permintaan Ridza. Kenapa tiba-tiba Ridza timbulkan isu itu? Apa yang sedang berlaku? Adakah Ridza sebenarnya sedang menjalinkan kasih dengan wanita lain selain dirinya. Tiba-tiba hatinya dihambat sayu. Sampainya hati Ridza.

            “Apa maksud abang?” Soal Zaliya sebak. Pilunya hati mendengar permintaan Ridza itu.

            “Abang minta izin dari Liya untuk berkahwin dengan sahabat abang. Dia ada masalah.” Terang Ridza ringkas. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menceritakan semuanya kepada Zaliya. Melihatkan kesayuan yang diwajah isterinya. Lidahnya jadi kelu.

            “Kenapa tanya Liya. Abang kan berhak kahwin lagi.” Tutur Zaliya dalam getaran suara. Dia sedar hakikat yang Ridza boleh berkahwin sampai empat namun dia kesal kenapa sebelum ini Ridza tidak pernah bercerita padanya tentang perempuan lain yang wujud dalam hati lelaki itu. Dia juga sedar akan hakikatnya yang dia hadir dalam hidup lelaki itu selepas isteri pertama Ridza namun dia tidak dapat menerima hakikat yang Ridza turut menyintai perempuan lain selepas dirinya.

            “Liya..maafkan abang. Abang terpaksa.” Kata Ridza serba salah.

            “Kalau abang cintakan dia. Liya tak boleh nak halang.” Ucap Zaliya seraya bangun dan berlari ke bilik. Hatinya tersayat pilu dengan permintaan Ridza. Mampukah dia menerima kehadiran wanita lain yang bakal merebut cinta Ridza. Dia tidak sebaik itu untuk berkongsi kasih Ridza dengan perempuan lain. Dia tidak mahu! Dia tidak rela!.

            “Liya!; nanti dulu.” Ridza cuba menghalang namun Zaliya sudah terlebih dahulu meninggalkannya.

            Zaliya kuncikan biliknya sejurus masuk. Dia terduduk bersandar di belakang pintu. Air matanya itu mengalir laju. Hati yang hiba hanya mampu dipujuk dengan air mata. Tidak tahu di mana silapnya sehingga Ridza menyuarakan keinginan itu. Apakah sebelum ini dia masih belum cukup mencurahkan kasih dan perhatian kepada lelaki itu? Sesungguhnya dia tiada jawapan untuk setiap persoalan. Ridza sudah berubah hati; detik hatinya.

            “Liya…” Ridza mengetuk pintu bilik yang berkunci.

            “Liya…bukak pintu ni. Abang boleh ceritakan hal sebenar.” Seru Ridza lagi.

            Zaliya hanya membatukan diri. Tidak mampu bersuara namun dalam masa yang sama tidak juga dia mampu untuk menghamburkan marahnya pada Ridza.

            “Liya..tolonglah.. dengar dulu cerita abang.” Rayu Ridza lagi.

            Zaliya tidak mampu bersuara. Dia mahu berkata tidak tetapi suaranya itu tersekat dengan esak tangis yang melebat.

            “Dia mengandung Liya.” Ridza bersuara mengendur. Mahu membuka cerita Joe yang terperangkap dalam halkumnya.

            Sekali lagi Zaliya terpempan. Mengandung? Adakah bermakna Ridza sudah jauh terlanjur dengan perempuan lain sehingga terlanjur dan kini suaminya itu terpaksa mengahwini perempuan itu kerana mahu bertanggungjawab ke atas dosa mereka? Memikirkan perkara itu; hati Zaliya tambah dihambat pilu. Sungguh dia tidak kenal siapa Ridza sebenarnya.

            “Liya..bukaklah pintu ni. Biar abang ceritakan semuanya.” Pohon Ridza lagi.

            Zaliya yang hilang dalam pemikirannya hanya menekup telinganya kuat. Tidak mahu mendengar kata-kata Ridza yang terlalu menggores hatinya. Tangisan yang bertali arus itu menyebabkan Zaliya lemah dan tidak berdaya. Semangatnya hilang. Akhirnya Zaliya jatuh terjelepuk ke lantai. Dia sudah tidak sedarkan diri.

            Ridza berdiri lama di luar pintu. Dia menyeru-nyeru nama Zaliya namun tetap tiada sambutan. Pantas dia dekatkan telingannya ke pintu bilik. Rasa hairan bertamu apabila tidak kedengaran lagi esak tangis Zaliya dari dalam bilik.

            “Liya!” Panggil Ridza kuat. Takut pula dia menanggapi kesenyapan Zaliya itu.

            “Liya!.” Panggil Ridza lagi namun senyap. Tiada tangisan; tiada esakan dari dalam bilik.

            Ridza yang panik terus berlalu ke kotak yang menyimpan semua kunci. Kunci pendua biliknya diambil lalu dia membuka pintu bilik itu. Terkejut Ridza saat matanya melihat Zaliya yang sudah terbaring lesu di lantai. Sedih dia melihatkan keadaan Zaliya begitu.

            Ridza cempung tubuh Zaliya lalu dibaringkan ke tilam dan dia pantas mengambil telefon dan menelefon doktor peribadinya.

 

“Melihatkan pada keadaan wife Ridz; uncle rasa dia mungkin tak sihat. Tekanan darah dia tak berapa stabil. Tapi kalau nak tahu lanjut kena buat further treatment kat klinik.” Ulas Doktor Zaki seraya mengemas peralatannya.

            Ridza hanya mengangguk perlahan. Resah hatinya melihatkan keadaan Zaliya. Sudahlah dia masih berat memikirkan masalah Joe. Kini Zaliya pula berkeadaan begitu. Bertambah runsing lagi hatinya.

            “Esok bawaklah dia ke klinik uncle. Uncle buat pemeriksaan lanjut.” Saran Doktor Zaki lagi.

            “baiklah uncle.” Jawab Ridza kemudiannya. Memang itulah rancangannya; dia memang akan membawa Zaliya sejurus isterinya itu sedar. Mungkin tidak boleh menangguh sehingga esok. Bisik hatinya. Dia terlalu risau akan keadaan isterinya itu.

            Doktor Zaki hanya mengangguk perlahan lalu bangun dan berlalu keluar setelah bersalaman dengan Ridza.

 

Wajah Zaliya yang keruh dijeling sekilas. Dia tahu Zaliya masih marah dengan permintaannya namun dia tidak boleh menerang letak duduk perkara sebenar pada saat Zaliya tidak sihat begitu. Tidak mungkin dia membebankan Zaliya dengan masalah Joe kerana kesihatan Zaliya sendiri tidak stabil.

            Ridza parkirkan keretanya di hadapan klinik lalu keluar dari kereta sejurus mematikan enjin. Dia kemudiannya berjalan ke arah pintu Zaliya lalu membukakan pintu kereta isterinya itu. Dan apabila Zaliya cuba keluar sendiri dari kereta; dia raih lengan Zaliya lembut namun isterinya itu pantas sahaja menepis tangannya dengan wajah keruh.

            “Biarlah abang tolong.” Kata Ridza lembut.

            “Liya boleh buat sendiri.” Kasar Zaliya menjawab. Dia berjalan mendahului. Walaupun tidak tahu dimana klinik yang ingin dituju namun dia terjah sahaja. Untunglah pada deretan kedai itu ada papan tanda besar yang tertulis POLIKLINIK DOKTOR ZAKI. Dia lantas masuk ke situ. Ridza yang memerhatikan hanya menggeleng kepala. Faham dengan sikap keras kepala Zaliya.

            “Puan Zaliya boleh masuk.” Arah seorang jururawat muda.

            Zaliya bangun dari duduknya diikuti Ridza.

            Zaliya labuhkan duduk sejurus masuk. Ridza turut berbuat demikian.

            Doktor Zaki tanpa lengah terus menjalankan tugasnya. Dia memeriksa tekanan darah Zaliya dan memeriksa keadaan jantung Zaliya. Sejurus kemudian dia memanggil jururawat tadi semula.

            “Tolong bawa Puan Zaliya untuk urine test.” Arah Doktor Zaki kepada jururawat itu.

            Jururawat dengan tag nama LINDA itu mengangguk faham dengan prosedur biasa itu. Zaliya dibawa untuk mengambil sampel air kencing dan diminta menunggu di luar bersama Ridza.

            Selang beberapa minit Zaliya dan Ridza dipanggil semula untuk masuk dan berjumpa Doktor Zaki.

            “Tahniah Ridz; isteri Ridz pregnant.” Kata Doktor Zaki dalam senyum manis.

            Sementara Ridza dan Zaliya sudah terkejut. Perlahan-lahan dia menguntumkan senyum. Zaliya pula masih dengan riak terkejut diwajahnya. Tidak tahu mahu berasa gembira atau berduka. Kalau diikutkan hati memang dia suka dengan berita itu namun apabila teringatkan akan permintaan Ridza ingin beristeri lain; dia jadi tidak gembira. Apa maknanya memiliki zuriat bersama Ridza jika lelaki itu sudah berubah kasih? Tawar hatinya memikirkan perkara itu.

 

“Macam mana; dah ada rancangannya?” Soal Zamri apabila suara Haiqarl menyapa gegendang telinganya.

            “Sabarlah.” Kata Haiqarl dalam tawa sinis. Ingatkan dia sahaja yang tidak sabar; rupa-rupanya orang tua kutuk seperti Zamri lebih tidak sabar.

            “Aku memang dah tak sabar. Dapat perempuan tu; tahulah aku ajar!.” Marah Zamri tiba-tiba. Teringatkan tingkah Zaliya yang melawan kata-katanya membuatkan hatinya berbara kembali. Tidak sabar rasanya mahu menjual Zaliya di rumah pelacuran. Biar perempuan itu tahu langit itu tinggi atau rendah. Berani bermain api dengannya; beranilah menaggung akibatnya. Bisik Zamri dalam hati.

            “Kan aku kata sabar dulu. Sebelum kau ajar dia. Biar aku yang ajar dulu.” Kata Haiqarl dalam tawa besar.

            “Apa rancangan kau tu?” Soal Zamri terus. Malas mahu melayani bicara Haiqarl.

            “Rancangan aku?” Soal Haiqarl berteka teki.

            Yelah bodoh!. Sumpah Zamri dalam hati.

            “Yelah; apa rancangan kau?” Namun hanya soalan itu yang terluah.

            “Lagi tiga minggu laki dia akan ke Johor; outstation. Aku dah siasat pasal Ridza. Masa tu kita culik bini dia.” Beritahu Haiqarl tentang rancangannya.

            “Bagus!; bijak juga kau.” Puji Zamri membodek.

            “Tengok kaki la.” Haiqarl berasa bangga. Tidak sedar dengan pujian tidak ikhlas Zamri.

            Kedua-duanya tergelak besar. Mula membayangkan perancangan yang akan direncanakan akan datang.

 

“Ridz; kau dah buat keputusan?” Soal Joe sejurus panggilannya bersambut. Tidak menunggu lelaki itu menyapanya terlebih dahulu.

            Ridza terdiam seketika. Dia masih belum ada jawapan. Kedinginan hubungannya dengan Zaliya membataskan komunikasi mereka. Tambahan pula Zaliya sedang mengandungkan anaknya. Dalam keadaan yang tegang seperti itu; dia belum mampu berbincang dengan Zaliya mahupun membuat keputusan.

            “Aku belum fikirkan lagi. Aku pun tengah ada masalah.” Jawab Ridza jujur.

            Joe mengeluh perlahan. Kecewa mendengar kata-kata Ridza. Besar harapannya Ridza sudi membantunya untuk ketika itu.

            “Aku harap sangat kau boleh tolong aku. Aku dah kehilangan ikhtiar Ridz.” Kata Joe sayu.

            “Nantila aku bincangkan dulu ngan wife aku. Dia tengah pregnant sekarang. Aku taknak bebankan dia dengan perkara ni. Kesihatan dia pun tak berapa stabil sekarang ni.” Akui Ridza lagi.

            “Aku faham Ridz. Aku pun tak nak bebankan kau. Ganggu rumahtangga kau tapi aku terpaksa mintak kau tolong aku. Aku tak tahu nak minta tolong siapa lagi. Hanya kau yang boleh tolong aku Ridz.” Luah Joe lagi. Memang dia buntu. Tidak tahu mahu meminta pertolongan siapa lagi. Hanya Ridza harapannya.

            “Kau bagilah aku masa. Aku fikirkan.” Putus Ridza kemudiannya. Tidak tahu apa jawapan yang sesuai untuk dia berikan pada Joe. Serba salah hatinya itu. Dia kasihankan Joe namun dalam masa yang sama dia tidak sanggup mahu menduakan Zaliya. Walaupun mungkin perkahwinan yang bakal di bina bukan berlandaskan cinta. Namun dia tahu Zaliya pasti akan terluka sekiranya dia putuskan untuk mengahwini Joe. Sungguh Ridza buntu!.
p/s-harap semua suka :)

 

16 comments:

  1. Mesti kerja haiqal.....xsbr nk tau n3 strusnya..

    Nana..

    ReplyDelete
  2. Huhu konflik dh bermula.... Haishhhhh haicarl ni memang nk mampus agaknya! Kesian zaliya....berdebar-2 tgu next n3

    ReplyDelete
  3. Aduiiii konflik kak tulip buat kan ai terngangaaaaa..
    Cam ne nK settlekan ni... issshhhh jahat sungguh si haiqal ni, lepuk kang... sian rid n liya. Aduhh joe naper lh ko peknen ms ni...

    ReplyDelete
  4. aloloh cam mana ni, buntu buntu buntu

    ReplyDelete
  5. Tak perlulah Ridz bermurah hati untuk menolong Joe dgn mengahwininya, hanya kerana anak tersebut. Hantarlah Joe ke rumah perlindungan wanita.. Bila berkahwin nanti, anak tersebut akan dibin/bintikan kpd. Ridz. Bimbang2 Joe tak mahu berpisah dgn. Ridz w/p niat mulanya sekadar ingin membantu.

    Cik penulis tak perlulah buat macam cerita2 lain yg. korbankan diri kerana kasihan, banyak cara lain lagi. Simpati pada Liya, sudahlah dia mengandung Sila lari dari kisah cliche..

    ReplyDelete
  6. what the.... adui kak, please jgn buat si ridz tu kahwin dgn joe.. kalau boleh buat hairqarl tu culik joe yg disangka zaliya... please.. beg you... bukan apa, letih lah jln cerita mcm ni... kebanyakkan citer ada storyline yg sama... sorry kalau buat akak terasa but please... beg you.. jgn buat ridza kahwin dgn joe!!! please... poor zaliya.. :'(

    ReplyDelete
  7. ya ALLAH kuat n tabah lh zaliya dlm mengharungi...ape pun musibah yg bakal melanda kehidupan nyer...semuga ALLAH SWT tetap melindungi zaliya dari sikap kejam manusia...tk nk lh ridza kawin ngan perempuan lain...walau pun tk cinta namun bile dh sah jer tetap madu status nyer!cian sngt kat zaliya..tk setuju langsung kalu ridza sesenang sendri jer terima cadangan joe tuh!benda cam nih bukan bleh di anggap remah..nih dh termasuk dlm mempersoal kn tentang hati,perasaan n tangguugjawab...bahaya bile soal hati di permudah kn ngan rase belas ngan ikhsan!!!pasti ade yg merana makan hati n makan diri...so ridza TANYE LH HATI,SOAL LH DIRI..setiap keputusan ade timbal balik nyer..andai kerna hati mu kasihan...akan sampai bile??? kerna wanita tuh dh sah hak mu!pade kasihan akam ujud kasih,pd tanggung jawab akn ujud perbuatan,so andai diri mu tega di lambung ombak...than ujud kn lh mahligai mu di sisiran pantai..andai diri terleka akn musnah lh segala mahligai impian...pape pun semuge zaliya di lindingi yg maha ESA dr sikap keji manusia yg berhati binatang...n3 kali cam wat jiwa akk terguris dek...akk cam leh tumpang sekaki lak ape yd ujud disudut hati zaliya dek tulip...hehe..emo terlebih...

    ReplyDelete
  8. mne pulak dtg si joe ni??kak tulip janganlah bg diaorang kahwin....kesian liya dahlah tgh pregnant...huhu..

    ReplyDelete
  9. permintaan joe tu sgt selfish..and dgn akal yg waras ridza patut da sdr yg dia patut tolak je..
    honestly, sy tak sggp nak bc lagi da kisah yg mcm ni..sedih and to many tangling yang related to each others..

    dear writer, please..pretty please say no to marriage between joe n ridza..

    ReplyDelete
  10. apa masalah joe ne??????
    gerammmnya aq....
    tlglah jgan ada msalah antara ridza n liya...

    ReplyDelete
  11. Konflik....jgn pikir. Pecah palak mikir. Biarlah cik Tulip uraikan.....

    ReplyDelete
  12. ala xkn ridza khwin dgn joe gak kot.mmang btambah knflik da nie..

    ReplyDelete
  13. Teringat k sal pada nvl Setia menanti karya FA
    Akid Ajmal telah berkahwin dgn ex girlfren dia walau pun x cinta dgn niat nk menolong
    Girl fren ni dh dirogol oleh bos sendiri. Akid jenis suka tolong org & sanggup menipu tunang dia ms tu.
    Walau dh clash ngn girl ni tp akid seorg budiman..slalu tolong org sehingga tunang sendiri dibiarkan.
    Mereka kawen..tunang dpr tau mtk putus tp Akid tamak,dia ckp dia hny cintakan tunang dia..dia hny niat menolong ex girl ni..x sampai ati katanya. Dia pun kawen juga ngan tunangnya.Sudahnya Akid ada 2 isteri ttp slalu dirumah yg kne rogol ni dgn alasan kecian.
    Mulanya tido asing2..tido kt ruang tamu sambil meratap tgk gbr kawen dia ngan tunangnya..rindu katanya tp terpaksa berkorban.
    Lama2..bila isteri dia lps bersalin dpt baby..isteri yg lagi satu dibiarkan.
    Akid sendiri menggoda isteri yg dia kawen kononnya sbb kecian utk tido bersama. Dia pun dh angau kat isteri ni.
    Moralnya..lelaki sgt tamak..niat menolong tinggal niat shaja,lebih2 lagi kalau isteri itu menggunakan alasan baby utk paksa dia selalu di rumah. Isteri yg lagi 1,dibiarkan.
    Alasan utk kawen bg menutup maruah yg tercelar hanya alasan kecik..sekarang kerajaan byk tubuhkan rumah perlindungan utk wanita teraniaya
    knp perlu dikacau rumahtangga org utk selamatkan diri
    adakah Joe sgt singkat fikiranya..adakah dia sebenarnya ada hati pada ridza
    menjadi tomboy tidak menghalang dia utk menyimpan rasa hati pada Ridza
    Ridza pula menampakkan peribadi seorg lelaki yg selalu dlm dilema..tidak mempunyai pendirian
    Malangla Zaliya bersuamikan Ridza..yg selalu konpius.
    tq cik Tulip..k sal sentap nih..kuss semangat! sila minum ice lemon tea dulu
    Yeay!!

    ReplyDelete
  14. cepatlahhh sambungggg .. exciteddd nak tahu sambungannnnn !!!!

    ReplyDelete
  15. cepat la smbunggg

    ReplyDelete
  16. sakit nyer ati +jantung....naper largh bnyk sgt org yg nk mngacau kebahagiaan Ridza n Zaliya...menci largh!!

    ReplyDelete