Tuesday, 24 July 2012

Bidding Girl Part 5

Jom baca sambungannya..harap semua enjoy :)


Ashraf pantas mengeluarkan telefon bimbit dari poket jeansnya. Setelah mendail beberapa nombor, dia menunggu panggilannya bersambut.

            “Hello.” Kata Ashraf laju sejurus panggilannya bersambut.

            “Yo bro, whats up?” Sahut suara dihujung talian.

            “Zack, aku nak minta tolong.” Kata Ashraf lagi.

            “Tolong apa?” Soal lelaki bernama Zack itu.

            “Hantar orang pada aku.” Jawab Ashraf pendek.

            “Berapa orang?, kat mana?.” Soal Zack lagi.

            “Lima orang, kat jalan Pudu.” Terang Ashraf lagi.

            “okey, roger.” Sambut Zack lalu mematikan talian.

            Ashraf membuang pandang ke arah van yang melarikan Hannah Irdina hampir tiga jam yang lalu. Untung dia mengekori Hannah Irdina awal malam tadi semasa gadis itu bertindak melarikan diri darinya semasa di hadapan klinik tadi. Apabila ternampak Hannah Irdina ditarik masuk ke dalam van itu, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku, namun untuk dia terus menyerbu dan menyelamatkan Hannah Irdina pada ketika itu, dia rasakan keputusannya itu kurang bijak.

 Lantaran itu apabila dia tiba di jalan Pudu, dia bertindak meminta pertolongan Zack. Untung sahaja Hannah Irdina di bawa ke situ, sekurang-kurangnya kawan-kawannya ramai di kawasan itu. Jika di tempat lain, memang dia akan bersendirian berhadapan dengan lelaki-lelaki yang menculik Hannah Irdina.

Ashraf keluar dari kereta apabila dia lihat dua orang dari lelaki tadi keluar dari perut Van untuk menghisap rokok. Perlahan-lahan kakinya diatur melangkah menghampiri lelaki-lelaki tadi.

“Aku rasa korang terambil barang aku.” Kata Ashraf sejurus dia berdiri berhadapan dengan lelaki-lelaki yang menghisap rokok itu.

Lelaki-lelaki itu terkejut dengan kehadiran Ashraf, mata kedua-duanya pantas meneliti wajah Ashraf dan memandang Ashraf dari hujung rambut ke hujung kaki. Mereka kemudiannya hanya tersenyum sinis tanpa membalas kata-kata Ashraf.

“Perempuan tu aku punya.” Kata Ashraf lagi setelah kata-katanya tadi dibiarkan sepi.

Berdekah-dekah kedua-dua lelaki itu mentertawakan Ashraf. Kelakar mendengar pengakuan Ashraf dan dalam masa yang sama menyindir Ashraf dengan tawa kuat itu.

Tiba-tiba terdengar satu suara menegur dari belakang Ashraf.

“Kenapa ni?” Soal Roziman tidak faham dengan situasi yang baru berlaku itu.

“Ni, ada orang gila mengaku perempuan abang tu, dia yang punya.” Jawab salah seorang lelaki yang sedang menghisap rokok tadi.

“Kau siapa?” Soal Roziman serius. Matanya tajam menikam wajah Ashraf.

“Perempuan yang kau culik tu,aku punya.” Ulang Ashraf kepada Roziman. Nada suaranya masih tenang.

“Kau gila ke apa?” Giliran Roziman menyoal Ashraf dengan soalan bernada sinis.

“Pulangkan dia pada aku.” Kata Ashraf tanpa mempedulikan soalan sinis Roziman.

“Baik kau berambus sebelum orang aku ni pukul kau!.” Arah Roziman tanpa mempedulikan permintaan Ashraf. Baginya, Ashraf hanyalah lelaki gila yang cuba mengganggu perancangannya, iaitu menjual Hannah Irdina untuk kali yang kedua!.

“Aku tak peduli, kalau korang sayangkan nyawa, pulangkan dia pada aku!.” Giliran Ashraf pula mengugut tegas.

Pecah ketawa Roziman mendengarkan ugutan Ashraf sebentar tadi. Dia kemudiannya berjalan menghampiri Ashraf, pantas tangannya dikepal dan dihayun tinggi, mahu menumbuk Ashraf namun belum sempat tangannya menyentuh wajah Ashraf, Ashraf sudahpun menepis tangannya terlebih dahulu, dan sebelum sempat dia mencerna apa yang berlaku, tangan Ashraf sudah terlebih dahulu hinggap di pipinya. Hampir rebah tubuhnya apabila penumbuk padu Ashraf hinggap di wajahnya.

Kedua-dua konco Roziman yang kaget, terus bertindak berjalan laju mendapatkan ketua mereka.

“Belasah budak tu!” Arah Roziman sambil mengusap-usap pipinya yang sakit.

Kedua-dua lelaki itu bertindak menghampiri Ashraf namun sebelum sempat mereka bertindak lanjut ke atas Ashraf, tubuh mereka terlebih dahulu rebah kerana dipukul bertalu-talu oleh beberapa orang lelaki tidak dikenali yang baru tiba di situ.

Tenaga dua orang pengikut Roziman itu tidak mampu menandingi tenaga lima orang lelaki yang menyerang mereka serentak. Hilang ikhtiar, mereka hanya membiarkan tubuh mereka dipukul sehingga lembik. Roziman juga tidak terkecuali. Dia turut dibelasah teruk.

“Thanks guys.” Kata Ashraf sambil bersalaman dengan lelaki-lelaki yang dihantar oleh Zack tadi.

“No Problem, anytime bro..” Sahut salah seorang lelaki tadi seraya berlalu meninggalkan Ashraf.

Ashraf kemudiannya berjalan menuju ke keretanya, tempat duduk bersebelahan dengan tempat duduk pemandu direndahkan. Dia kemudiannya berjalan laju menuju ke van yang membawa Hannah Irdina tadi. Pantas pintu van ditolak kasar. Apabila ternampak tubuh Hannah Irdina terbaring tidak sedarkan diri, Ashraf bertindak mencempung tubuh gadis itu lalu dibawa masuk ke dalam keretanya, tubuh gadis itu dibaringkan ke tempat duduk di sebelahnya.



Ashraf terjaga dari tidur apabila Hannah Irdina yang berbaring di tempat duduk disebelahnya mengerak-gerakkan tubuh.

            “Awak!, awak buat apa pada saya?” Soal Hannah Irdina cemas. Pantas tangannya meraba-raba tubuhnya, ingin memastikan dia tidak diapa-apakan oleh Ashraf. Terkejut juga apabila terbangun, tiba-tiba dia berada dalam satu kereta dengan lelaki itu.

            Ashraf hanya mendiamkan diri tanpa menjawab persoalan Hannah Irdina. Lelaki itu kemudiannya keluar dari kereta lalu meregang-regangkan tubuhnya yang lenguh di hadapan kereta yang di parkirkan di tepi jalan sejurus menyelamatkan Hannah Irdina malam tadi.

            Hannah Irdina yang tidak berpuas hati terus meluru keluar. Apabila teringatkan kejadian malam tadi, dia tidak boleh mengelak dari bersangka buruk ke atas Ashraf. Kali pertama dia dijual oleh Roziman dahulu, lelaki itulah yang membelinya. Dan tidak mustahil juga semasa dia tidak sedarkan diri malam tadi, Roziman telah menjualnya semula kepada Ashraf.

            “Lelaki sial tu jual saya lagi?!” Soal Hannah Irdina kasar. Apabila terfikirkan Roziman dia jadi marah. Hatinya panas!.

            Ashraf masih mendiamkan diri tanpa mempedulikan kata-kata Hannah Irdina.

            “Awak ni bisu atau pekak?!” Soal Hannah Irdina sekali lagi. Kebisuan Ashraf menyebabkan dia naik angin. Sudahlah dia panas hati dengan Roziman, kini Ashraf pula diam apabila ditanya.

            Lelaki itu kemudiannya berpaling memandangnya.

            “Kalau jual pun, aku tak ingin beli, hutang yang ada pun kau tak mampu nak bayar, tak kan aku nak tanggung bayar untuk beli kau lagi.” Jawab lelaki itu sinis dan selamba.

“Habis tu macam mana saya boleh ada dalam kereta awak?!” Soal Hannah Irdina tidak puas hati.

“Habis tu kau nak aku biar kau kena rogol ngan jantan-jantan tu?” Soalan Hannah Irdina dibalas soalan kembali.

Hannah Irdina terdiam seketika. Pening kepala dia berfikir bagaimana dia boleh berada dalam kereta lelaki itu. Mungkinkah lelaki itu telah menyelamatkannya? Atau ada lagi permainan lelaki itu yang dia tidak tahu.

“Saya nak balik.” Arah Hannah Irdina pendek.

Ashraf tanpa banyak bicara terus masuk ke dalam kereta semula. Pantas tangannya menghidupkan kembali enjin kereta.

Hannah Irdina turut masuk ke dalam kereta. Dia yang masih curiga dengan Ashraf tidak dapat lari dari mengesyaki lelaki itu.

“Betul awak tak sentuh saya?” Soal Hannah Irdina sejurus membetulkan duduk, dia masih tidak puas hati.

Soalan Hannah Irdina itu menyebabkan Ashraf menjeling sekilas ke arahnya.

“Kau ada rasa pelik ke?” soal Ashraf kembali.

Sekali lagi bicara Hannah Irdina mati dengan pertanyaan lelaki itu. Memang dia tidak merasakan sebarang perubahan pada dirinya.

“Kalau aku nak apa-apakan kau, tak payah tunggu sampai malam tadi, lama dulu aku dah buat, masa aku ada peluang.” Sambung lelaki itu sinis.

Hannah Irdina terdiam. Kata-kata Ashraf memang berjaya mengunci bibirnya dari berbicara.



Nek Nab tergesa-gesa menuruni anak tangga apabila dia terdengar deruman kereta di halaman banglonya. Kakinya pantas diatur menuju ke pintu hadapan.

            “Raf, pergi mana sampai pagi baru balik?!” Soal Nek Nab cemas.

            Ashraf yang baru keluar dari pintu kereta hanya diam membisu.

            “Raf, nenek tanya ni, kamu bawa Dina ke mana sampai pagi baru balik?” Soal Nek Nab lagi sambil membuang pandang pada Hannah Irdina yang juga baru keluar dari kereta. Wajah lesu Hannah Irdina ditatap penuh prihatin. Hanya satu yang dia fikirkan; Ashraf telah melakukan sesuatu pada Hannah Irdina. Bukan dia tidak tahu dengan sikap Ashraf. Cucunya itu terlalu lepas laku.

            “Raf naik dulu, Raf penatlah nek.” Jawab Ashraf seraya berlalu. Soalan Nek Nab hanya dibiarkan tidak berjawab.

            Nek Nab hanya memerhatikan langkah laju Ashraf dengan rasa tidak puas hati. Dia tahu ada sesuatu yang dirahsiakan oleh Ashraf dari pengetahuannya itu.

            “Dina, Dina ke mana dengan Raf sampai pagi baru balik?” Nek Nab beralih arah, kali ini pertanyaannya diajukan pula kepada Hannah Irdina. Dia tidak akan berpuas hati selagi kekusutan fikirannya tidak dirungkai dengan segera.

            Hannah Irdina turut terdiam. Dia tidak tahu bagaimana harus dia terang dan ceritakan pada Nek Nab. Untuk menipu dia tidak sampai hati, untuk berterus terang, dia juga bimbang, takut wanita tua itu lebih dirundung resah. Tambahan pula kejadian malam tadi berlaku rentetan kejadian Ashraf mencium bibirnya semasa di dalam kereta.

            “Dina, tolong cerita pada Nek Nab, apa dah jadi malam tadi sampai pagi ni baru balik, Nek Nab risau sangat, call Raf tak dapat, call Dina pun engaged je. Dina tahu tak Nek Nab ni risau macam nak gila, risau kalau apa-apa terjadi kat korang berdua, risau takut-takut Raf apa-apakan Dina.” Luah Nek Nab serius. Sebagai orang tua, dia tidak dapat lari dari merasa runsing akan kehilangan kedua-duanya malam tadi.

            Serba salah Hannah Irdina mendengarkan bicara Nek Nab. Tidak sampai hati dia mahu membiarkan hati tua itu semakin bimbang. Namun untuk menceritakan peristiwa sebenar dia tidak tahu bagaimana mahu memulakan ceritanya. Haruskah dia menerangkan semua yang berlaku ke atasnya adalah berpunca dari kelakuan kurang ajar Ashraf.

            “Dina diculik.” Kata Hannah Irdina lambat-lambat. Setelah berfikir panjang, dia luahkan juga apa yang terjadi kepadanya malam tadi.

            “Apa!, kena culik?!” Soal Nek Nab terperanjat. Wajah Hannah Irdina ditenung lama, cuba mencari kebenaran kata-kata Hannah Irdina. Ingin dia pastikan yang Hannah Irdina tidak berseloroh dengannya.

            “Dina kena culik malam tadi, Ashraf yang tolong selamatkan Dina.” Terang Hannah Irdina lagi. Entah kenapa dia menjadikan Ashraf ‘hero’ di mata Nek Nab. Walhal kerana lelaki itulah dia diculik.

            “Astagfirullahalazim, macam mana boleh jadi macam tu?, kan semalam Dina pergi dengan Raf, kenapa sampai boleh kena culik pula?” Soal Nek Nab lagi. Dia masih belum faham sepenuhnya kronologi cerita yang disampaikan Hannah Irdina itu dan seboleh-bolehnya dia mahu tahu apa sebenarnya yang berlaku, siapa yang terlibat dan yang paling dia ingin tahu ialah bagaimana dan apa puncanya perkara sebegitu boleh berlaku pada Hannah Irdina kerana setahunya Hannah Irdina pergi bertemankan Ashraf.

            Hannah Irdina terdiam sekali lagi. Bagaimana untuk dia terangkan yang semuanya berpunca daripada tindakan Ashraf menciumnya. Dek kerana rasa terhina diperlakukan begitu maka dia bertindak melarikan diri dari Ashraf sehingga membawa kepada peristiwa dia diculik.

            “Dina tolong ceritakan pada Nek Nab, macam mana Dina boleh kena culik, Nek Nab tak faham kalau Dina tak mahu ceritakan.” Kata Nek Nab dalam kenduran suara. Sedih hatinya apabila Hannah Irdina seolah-olah mahu merahsiakan sesuatu daripadanya. Sudahlah Ashraf juga bertindak mendiamkan diri, kini Hannah Irdina juga berat mulut untuk bercerita.

Nek Nab kemudiannya mengambil tempat di kerusi batu yang menghiasi halaman rumahnya. Lenguh dia berbicara dalam keadaan berdiri begitu. Sementara Hannah Irdina sudah berwajah keruh, dia turut mengambil tempat berhadapan dengan Nek Nab. Kata-kata Nek Nab menyebabkan dia tidak betah merahsiakan lagi hal itu daripada pengetahuan wanita tua itu.

“Dina lari dari Ashraf.” Terang Hannah Irdina pendek.

Nek Nab tersentak, kenapa pula Hannah Irdina melarikan diri dari Ashraf, apa yang telah dibuat oleh cucunya itu sehingga Hannah Irdina bertindak melarikan diri dari Ashraf. Sekali lagi kata-kata gadis itu mengundang rasa pelik dihatinya.

“Kenapa Dina lari dari Ashraf?” Soal Nek Nab ingin tahu.

“Ashraf….Ashraf cium Dina dalam kereta.” Jawab Hannah Irdina dalam kenduran suara. Tiba-tiba dia rasa sebak apabila teringat kembali perbuatan Ashraf kepadanya malam tadi.

“Astagfirullah budak ni!, apa nak jadi agaknya!” Sambut Nek Nab keras. Sakit hatinya mendengar luahan hati Hannah Irdina. Kata-kata Hannah Irdina itu sedikit pun tidak dia ragui kerana dia tahu cucunya itu memang selalu lepas laku, Cuma yang dia tidak sangka Ashraf tegar memusnahkan kepercayaan yang dia tanamkan buat cucunya itu. Tidak disangka harapkan pagar, pagar makan padi.

“Apa lagi yang dia buat pada Dina?” Soal Nek Nab lagi. Entah kenapa hatinya kuat mengatakan bukan itu sahaja yang Ashraf telah lakukan pada Hannah Irdina. Hati tuanya dapat membaca lebih dari itu.

“Petang semalam dia peluk Dina.” Terang Hannah Irdina lurus.

Sekali lagi penerangan Hannah Irdina menyebabkan Nek Nab beristigfar panjang.

“Dina baliklah dulu, nanti Nek Nab suruh Encik Razak hantar Dina balik. Pasal Ashraf biar Nek Nab uruskan, tahulah Nek Nab macam mana nak mengajar dia. Dina pulang dulu, nanti Nek Nab pergi jumpa ibu Dina, terangkan semuanya. Biar Nek Nab selesaikan dengan Ashraf dulu.” Kata Nek Nab seakan-akan mengikat janji dengan Hannah Irdina.

Hannah Irdina hanya mengangguk lemah. Dia kemudiannya melangkah lemah menuju ke bilik penginapannya lalu mengemas semula baju-bajunya untuk dibawa pulang.



“Betul kau buat macam tu?!” Soal Tuan Aliyes pada Ashraf. Keras suaranya saat soalan itu diajukan.

            Ashraf hanya diam di sofa tanpa menjawab soalan keras papanya.

            “Raf, jawab soalan papa tu!” Kali ini giliran Puan Yati pula bersuara tegas.

            “Raf suka-suka aje.” Jawab Ashraf selamba.

            “Suka kepala hotak kau!, kalau dan sentuh-sentuh anak dara orang, kau boleh cakap suka-suka?!, habis sekarang macam mana?. Kau ingat anak dara orang tu macam anak patung, kau nak peluk, kau nak cium pastu kau nak lupakan macam tu sahaja.” Kata Tuan Aliyes lagi. Memang panas hatinya mendengarkan jawapan anak lelakinya itu. Memang dari dulu anak bongsunya itu lebih banyak mendatangkan masalah dari menyenangkan hatinya.

            Sementara Nek Nab hanya menjadi pendengar dan pemerhati sahaja dalam perbicangan anak dan cucunya itu. Tiada niat dia mahu campur tangan, cukuplah dia sekadar mengetengahkan hal itu kepada anaknya; Tuan Aliyes. Selebihnya biar anaknya sendiri yang menyelesaikan dengan cucunya, Ashraf.

            “Habis sekarang Raf nak buat apa?!” Tanya Puan Yati pula, nadanya juga tegas seperti suaminya itu.

            “Nak buat apa, buat macam biasa aje la.” Sahut Ashraf tanpa ada rasa bersalah.

            “Apa nak jadi dengan kau ni?, lepas cabul anak orang, kau kata nak buat macam biasa. Kau ni fikir guna otak ke kepala lutut?” Ucap Tuan Aliyes dalam kenduran suara sambil mengurut-ngurut dadanya. Sakit hatinya mendengar jawapan selamba Ashraf.

            “Raf kena minta maaf dengan keluarga perempuan tu, jangan ingat lepas apa yang Raf dah buat pada dia, Raf nak lepas tangan macam tu aje. Jangan main-mainkan maruah anak dara orang!” Sekali lagi Puan Yati berhujah tegas.

            “Raf akan ambil dia buat isteri.” Kata Ashraf tiba-tiba.

            “Apa?!” Soal Tuan Aliyes, Puan Yati dan Nek Nab serentak. Terperanjat dengan kenyataan Ashraf yang tiba-tiba.

            “Raf akan kahwin dengan dia.” Jawab Ashraf seraya berlalu dan meninggalkan ketiga-tiganya yang masih terpinga-pinga.

            “Mak, mak dengar apa yang saya dengar?” Soal Tuan Aliyes dalam bingung.

            Nek Nab hanya membuang pandangan kosong kepada anak lelakinya itu tanpa suara. Dia sendiri tidak percaya dengan apa yang didengar oleh kedua-dua telinganya itu.

            “Betul Raf baru kata dia nak kahwin?” Soal Puan Yati pula, dia juga bingung.

            “Kalau itu yang dia nak. Mak rasa elok kita ikut aje.” Sahut Nek Nab, dia juga sebenarnya bingung. Tidak yakin dengan kata-katanya sendiri.

            “Raf tu bukannya serius mak, dia tu suka buat keputusan ikut kepala dia. Entah betul ke tidak otak dia masa cakap perkara tu.” Aliyes mempersoalkan semula kata-kata anak lelakinya itu. Memang dia tidak yakin dengan kenyataan Ashraf. Baginya, anak lelakinya itu selalu sahaja tidak serius dalam apa jua perkara. Apa yang dikata, dibuat semuanya bertentangan dengan apa yang sepatutnya. Disebabkan itu, dia tidak berapa yakin dengan kata-kata Ashraf.

            “Kamu ni Liyes, cuba cakap elok-elok sikit, Ashraf tu anak kamu.” Selar Nek Nab, tidak setuju bila anak lelakinya itu berkata-kata kasar begitu.

            “Maaf mak.” Jawab Tuan Aliyes, tersedar akan kekhilafannya menuturkan kata yang kurang sopan.

            “Mak, Yatt tak yakin la Raf tu nak kahwin, hal dia tu pun Yatt masih uruskan, inikan pula nak pegang status suami, ilmu agama pun cetek. Macam mana nak jadi suami yang baik.” Luah Puan Yati akan kegusaran hatinya. Memang dia tidak yakin akan kemampuan Ashraf yang kurang ilmu untuk menerajui sesebuah rumah tangga.

            “Nanti dia balik, kita tanyakan semula, kalau dia serius, biar mak yang aturkan segala-galanya. Mak pun tak nak perjudikan nasib anak orang ditangan dia.” Sahut Nek Nab. Kalau benar Ashraf serius dengan kata-katanya, dia sudah merancangkan sesuatu untuk cucunya itu. Tidak mungkin dia akan menyerahkan Hannah Irdina kepada Ashraf tanpa menyediakan Ashraf untuk menjadi suami yang bertanggungjawab terlebih dahulu.

            Tuan Aliyes dan Puan Yati hanya mengangguk tanda bersetuju. Apa jua cara yang dirasakan sesuai oleh Nek Nab, mereka hanya menurut sahaja. Tambahan pula mereka tahu, Ashraf memang lebih rapat dengan Nek Nab berbanding anak-anak mereka yang lain.



“Raf, duduk dulu.” Tegur Tuan Aliyes sejurus Ashraf masuk ke dalam rumah.

            Ashraf tanpa banyak bicara terus melabuhkan punggungnya di hadapan Tuan Aliyes, Puan Yati dan Nek Nab.

            “Raf serius pasal hal tadi?” Soal Nek Nab lembut. Sebelum Tuan Aliyes bertindak mengajukan soalan, dia sudah terlebih dahulu bertanya. Bimbang jika suasana akan menjadi tegang jika Tuan Aliyes yang mula bertanya dahulu.

            “Pasal hal apa?” Soal Ashraf acuh tak acuh.

            “Pasal…” belum sempat Tuan Aliyes bersuara tegas, Nek Nab sudahpun meletakkan tangannya di paha anak lelakinya itu. Mengisyaratkan kepada Tuan Aliyes supaya menyerahkan hal itu kepadanya untuk diselesaikan.

            “Pasal Raf nak kahwin dengan Dina.” Sambung Nek Nab.

            “Kenapa pasal tu?” Soal Ashraf sambil dengan selamba membuang pandang ke syiling rumah sambil melurut-lurut rambutnya yang tajam berceracak. Lansung dia tidak ambil kisah dengan kehadiran kedua-dua orang ibu bapanya itu.

            “Raf serius nak kahwin dengan Dina?” Soal Nek Nab lagi, lembut tuturnya. Ingin dia bawa perbincangan itu kepada sesuatu yang lebih bersifat tenang berbanding tegang.

            “Kan Raf dah bagitahu tadi, Raf akan ambil dia jadi isteri. Raf akan kahwin dengan dia. Mama dengan papa buat persiapan bertunang, Raf dah sedia.” Ucap Ashraf seraya bangun dan berlalu ke biliknya.

            Sekali lagi Tuan Aliyes dan Puan Yati tersentak. Serentak mereka mengurut-ngurut dahi yang berkerut. Benarkah apa yang mereka dengar itu, Ashraf serius mahu mengahwini Hannah Irdina!.


Pada pendapat anda, adakah Hannah Irdina akan terima lamaran tersebut dan apa harapan anda, adakah Hannah Irdina terima Ashraf ataupun tolak mentah2...hehe.jom kongsi jawapan...



Saturday, 21 July 2012

Bidding Girl Part 4

Kepada yang meninggalkan komen, TERIMA KASIH DAUN KELADI, JANGAN LUPA KOMEN LAGI,hehe :)


Jamaliah membawa dulang berisi air milo panas ke tengah-tengah ruang tamu. Dia hanya memerhatikan Hannah Irdina yang kerapkali termenung semenjak pulang dari rumah Nek Nab awal pagi dua hari lepas. Melonjak-lonjak hati ibunya ingin mengorek rahsia hati satu-satunya anak gadisnya itu kerana hanya Hannah Irdina yang menjadi penyeri hidupnya setelah suaminya pergi dijemput illahi hampir sepuluh tahun yang lalu.

            “Dina fikirkan apa?. Daripada balik rumah Nek Nab hari tu, ibu tengok Dina selalu sangat termenung.” Soal Jamaliah prihatin.

            Soalan Jamaliah membuatkan Hannah Irdina tersentak. Pantas dia berpaling menghadap ibunya itu.

            “Takde apa-apalah bu, Dina cuma letih.” Dalih Hannah Irdina. Sejujurnya memang dia letih kerana tidak tidur malam pada hari kejadian dia dilarikan oleh Ashraf tetapi letihnya itu sudah beransur hilang. Namun hanya itu sahaja alasan yang kukuh yang boleh dia jadikan sandaran. Untuk menipu ibunya itu, dia tidak sampai hati.

            “Kalau letih, berehatlah. Tak payah tolong ibu buat kerja.” Sambut Jamaliah ringkas. Dia juga faham jika Hannah Irdina masih letih kerana menjadi tulang belakang Nek Nab semasa wanita tua itu menganjurkan majlis kenduri beberapa hari lepas.

            Hannah Irdina hanya membalas dengan senyuman nipis. Cawan berisi air milo yang dibawa ibunya sebentar tadi diraih dan dibawa ke bibir. Menghirup dua teguk lalu meletakkan semula ke dalam dulang.

            “Ibu nak ke pasar dengan Mak Long Zima kejap lagi, Dina nak ikut?” Lanjut Jamaliah.

            “Dina nak berehat je bu.” Jawab Hannah Irdina sambil menyambung menghirup air milo sehingga habis.

            Jamaliah kemudiannya mengangkat semula dulang yang terisi dengan cawan kosong itu untuk dibawa ke dapur.

            “Ibu..” panggil Hannah Irdina perlahan sejurus Jamaliah bangun dan berlalu.

            Jamaliah berpaling semula ke belakang sambil menatang dulang ditangan.

            “Kenapa?” Soal Jamaliah apabila dilihatnya Hannah Irdina masih diam.

            “Takde apa-apalah.” Jawab Hannah Irdina dalam kenduran suara. Tidak jadi meluahkan apa yang terbuku dihatinya. Kalau diikutkan hati, mahu sahaja dia ceritakan apa yang berlaku kepada ibunya namun dia tidak sampai hati. Dia tidak mahu ibunya itu bimbang.

            Jamaliah berlalu sambil menggeleng-gelengkan kepala. Tidak faham dengan  sikap anak daranya itu.



“Apa perancangan kau lepas ni Dina?” Soal Ziana sambil mencecah mempelam muda ke dalam gula yang dicampur kicap dan beberapa biji lada api merah.

            “Entahlah, aku ingat nak cari apa-apa kerja pun.” Jawab Hannah Irdina sambil meniru perlakuan Ziana.

            “Aku cadang nak pergi Johor, rumah abang aku,boleh cari kerja kat sana. Kerja kilang pun jadilah.” Kata Ziana lagi.

            Hannah Irdina mengeluh. Ziana sudahpun ada perancangannya sendiri.sedangkan dia masih lagi menimbang-nimbang akan langkah seterusnya yang harus diambil. Teringat kejadian dia di jual semasa cuba mendapatkan kerja beberapa bulan lepas membuatkan dia rasa takut untuk mengulangi perkara tersebut. Rasanya lebih selamat jika dia terus tinggal bersama ibunya sahaja. Mencari pekerjaan dikawasan dekat-dekat sahaja.

            “Kau nak ikut aku?” Soal Ziana sambil meneruskan makannya.

            Hannah Irdina tersentak dari lamunannya tadi.

            “Aku rasa aku malas la.” Dalih Hannah Irdina. Sejujurnya dia sebenarnya takut mahu mengulangi semua itu kembali. Bimbang perkara yang pernah berlaku kepadanya akan berlaku lagi. Bukan dia tidak percayakan Ziana, tetapi dia takut bernasib malang untuk kali kedua. Kan malang itu tidak berbau!.

            “Kalau jadi, minggu depan aku pergi.” Sambung Ziana.

            “Aku doakan kau berjaya dapat kerja.” Sahut Hannah Irdina.

            Semenjak habis belajar lima bulan yang lalu, begitulah dia menghabiskan masanya. Samaada berkunjung ke rumah Nek Nab, membantu ibunya ataupun meluangkan masa bersama Ziana seperti itu.

            Teringatkan malang yang menimpanya kali terakhir dia cuba mencari kerja menjadikan dia serik untuk mencuba nasib untuk kali yang kedua.



“Dina, tadi Nek Nab telefon, dia kata minta Dina pergi teman dia malam ni.” Kata Jamaliah sambil menyusun atur beberapa barangan basah yang dibeli tadi ke dalam peti sejuk.

            Hannah Irdina berhenti dari membasuh pinggan untuk seketika. Kalau diikutkan kata nek Nab beberapa hari lalu dalam telefon, cucunya Ashraf akan bertandang pada hujung mingggu itu. Tiba-tiba ibunya pula memaklumkan yang wanita tua itu turut mahukan dia meneman pada hujung minggu begitu. Kalau Ashraf sudah ada bersama, untuk apa lagi dia datang meneman. Tambahan pula, dia tidak pernah selesa bila berhadapan dengan Ashraf.

            Teringatkan pertemuan mereka kali terakhir dulu, dia sudah tidak mahu bertemu lagi dengan lelaki itu. Nasibnya sudah cukup baik bila lelaki itu bertindak melepaskannya tanpa mengapa-apakan dirinya. Kini bila terpaksa bertemu semula, tentu sahaja lelaki itu akan kembali menuntut janji.

            “Hari tu Nek Nab kata cucu dia nak datang, kenapa pula nak minta Dina teman pula bu?” Soal Dina sambil meneruskan membasuh pinggan. Entah kenapa dia bertindak mengajukan soalan itu kepada ibunya. Mungkin juga kerana dia sendiri pelik dengan permintaan Nek Nab itu.

            “Entahlah, agaknya adala nak minta Dina tolong dia apa-apa kot.” Jawab Jamaliah tanpa ada rasa curiga dalam hatinya.

            “Hah, hari ni Dina masaklah ye, ibu nak pergi makan kenduri.” Kata Jamaliah tiba-tiba. Teringat yang dia telah berjanji dengan Zaiton sebelah rumah untuk sama-sama pergi makan kenduri.

            “Kenduri rumah siapa pula bu?” Soal Hannah Irdina pelik. Seingatnya tiada pula ibunya itu pergi membantu merewang di rumah kenduri.

            “Rumah arwah Pakcik Rahman, isteri dia buat kenduri tunang anak perempuan dia yang baru habis maktab tu.” Terang Jamaliah.

            ‘Yang sebaya Dina tu ke bu?, cepatnya dia nak tunang.” Tanya Hannah Irdina lagi.

            “yelah, dia tu dah gerenti dapat kerja, sebab tu cepat bertunang, lagipun bakal suami dia tu pun cikgu. Sebab tu Makcik Hasnah tu terima je.” Sambung Jamaliah lagi.

            “Untunglah dia bu.” Luah Hannah Irdina.

            “Eh, kamu ni macam terkilan pula, kenapa?, kamu pun dah tak sabar nak bertunang ke?” Usik Jamaliah apabila terdengar keluhan anak gadisnya itu.

            “Eh ibu ni, ke situ pula dia, Dina bukan cemburu dia dah tunang, tapi Dina cemburu sebab masa depan dia dah terjamin, tak macam Dina ni. Entah dapat kerja ke tak.” Keluh Hannah Irdina.

            “Kamu ni jangan la merungut macam tu, Allah tak suka. Yang penting berusaha dan berdoa, rezeki Allah tu ada di mana-mana, yang penting kita je yang kena rajin cari. Ibu percaya Dina pun akan dapat kerja juga macam anak Makcik Hasnah.” Kata Jamaliah sekadar mahu mengingatkan Hannah Irdina supaya tidak berputus asa.

            Hannah Irdina mengesat tangan pada tuala setelah selesai membasuh pinggan, memang kata-kata ibunya itu tidak dapat dia nafikan, bumi Allah ini memang bertebaran pelbagai jenis pekerjaan dan tiada halangan kepada sesiapapun yang ingin mendapatkannya cuma dia sendiri tidak tahu dan tidak pasti apa yang terbentang dihadapan untuknya nanti.



Terkejut Hannah Irdina apabila tersedar Ashraf sudahpun berdiri rapat dibelakangnya tatkala dia sedang leka membasuh pinggan sebentar tadi. Entah bila lelaki itu sampai, dia pun tidak sedar.

            “Kenapa, takut?” Soal Ashraf selamba sambil mengambil tempat di salah satu kerusi di kaunter pulau sambil memandang tepat ke arah Hannah Irdina yang baru mula mengelap dapur yang kotor dengan kesan minyak usai membasuh pinggan seketika tadi.

            “Awak ada mahu apa-apa?” Soal Hannah Irdina tanpa mempedulikan soalan Ashraf sebentar tadi. Memang dia sudah membulat tekad akan berhadapan dengan apa jua kerenah Ashraf sebelum dia berkunjung ke situ tadi.

            “Aku nak kau.” Selamba jawapan Ashraf. Rokok dari poket jeansnya dikeluarkan lalu sebatang darinya ditarik perlahan lalu diselit ke bibirnya. Pantas tangannya mengeluarkan lighter dari poket yang satu lagi dan dicucuhkan api ke hujung rokok.

            Hannah Irdina ingin berlalu apabila kata-kata Ashraf sudah berbaur ugutan kepadanya. Tidak mahu dia berlama di situ, mendengarkan kata-kata mengarut dari mulut Ashraf. Pantas kakinya melangkah mahu meninggalkan Ashraf.

            “Aku belum habis.” Kata Ashraf sambil menangkap pergelangan tangan Hannah Irdina yang baharu jalan melepasinya.

            “Apa awak ni!.” Kata Hannah Irdina kasar sambil merentap tangannya. Namun tangan Ashraf lebih kemas memegang tangannya.

            “Cepat sangat kau lupakan budi aku kan. Kau dah cukup bernasib baik aku lepaskan kau hari tu, jadi jangan nak berlagak sombong sangat. Aku boleh buat lebih dari yang kau sangka, jangan sebab aku lepaskan kau sekali, kau ingat kau dah selamat dari aku, kau masih berhutang dengan aku. Ingat tu!.” Kata Ashraf tegas. Dia bingkas bangun dan berdiri dihadapan Hannah Irdina. Asap rokoknya dihembus ke muka Hannah Irdina dalam senyuman sinis.

            Hannah Irdina yang terkejut dengan tindakan Ashraf menjeling tajam ke arah lelaki itu. Tindakan Ashraf itu memang mencabar kesabarannya. Walaupun dia berhutang dengan lelaki itu, namun untuk diperlakukan begitu, dia rasa dia tidak layak. Kerana rasa kurang sabarnya, Hannah Irdina mengangkat tinggi tangannya, ingin dia menampar wajah Ashraf yang cukup kurang ajar itu. Pantas dihayunkan tangannya sehingga hampir menyentuh pipi Ashraf namun lelaki itu lebih cepat menangkap pergelangan tangannya.

            “Tangan lembut ni jangan jadikannya kasar dengan menampar orang!” kata Ashraf sinis.

            Hannah Irdina yang tergamam dengan tindakan Ashraf bertindak menarik tangannya semula. Namun semakin kuat dia menarik, semakin kuat juga Ashraf memegang. Lelaki itu kemudiannya mencium tangan Hannah Irdina dan ditekap lama ke bibirnya. Sebelah tangannya yang lain masih memegang kemas rokok yang masih belum habis dihisap.

            Hannah Irdina terkedu, belakang tangannya yang berlaga dengan bibir lelaki itu terasa kurang selesa apabila kumis nipis di atas bibir lelaki itu terasa tajam mencucuk-cucuk belakang tangannya itu.

            “Tangan yang halus ni kan bagus kalau digunakan untuk membelai orang.” Kata Ashraf lagi sambil kembali menyelitkan rokok dibibirnya. Dia kemudiannya, menarik sebelah lagi tangan Hannah Irdina sehingga gadis itu terpeluk tubuhnya.

            Pantas Ashraf memeluk erat tubuh Hannah Irdina.

            Hannah Irdina yang takut dengan tindakan Ashraf pantas meronta-ronta ingin melepaskan dirinya. Namun semakin dia meronta, semakin erat Ashraf memeluknya.

Hannah Irdina berasa terhina, tindakan Ashraf benar-benar membuatkan dia rasa terlalu murah dimata lelaki itu. Dimanakah Nek Nab saat lelaki itu memperlakukan dirinya sewenang-wenangnya.

            “Kan bagus kalau macam ni.” Kata Ashraf selepas rontaan Hannah Irdina mati. Dia kemudiannya melepaskan tubuh Hannah Irdina perlahan-lahan.

            Sejurus dilepaskan, Hannah Irdina berlari pantas menuju ke bilik persinggahannya. Air matanya terasa murah mengalir di pipi. Tidak tahu apa perasaannya ketika itu, yang dia pasti, dia bencikan Ashraf, cukup bencikan lelaki itu kerana melayannya begitu. Pasang surutnya sikap Ashraf menyebabkan dia hanya mampu menanam perasaan benci yang tidak bertepi terhadap lelaki itu.



Ketukan bertalu-talu dipintu bilik menyebabkan Hannah Irdina terjaga dari tidurnya. Pantas jemarinya menggosok-gosok matanya yang kabur. Dia kemudiannya mencapai tudung dibirai katil lalu menyarungkan ke kepala lalu berjalan perlahan menuju ke arah pintu. Sejurus pintu dibuka, muncul Nek Nab di muka pintu.

            “Dina, kenapa tak turun minum petang tadi?” Soal Nek Nab sambil merenung wajah Hannah Irdina yang sembab.

            “Dina tak sihat?” Soal Nek Nab lagi.

            Hannah Irdina hanya mengangguk, sengaja dia tidak mahu menceritakan kepada Nek Nab tentang buruknya perangai cucu wanita itu. Kalau Nek Nab tahu akan sikap Ashraf yang kurang ajar itu, pasti hati wanita itu akan terguris. Dia juga tidak mahu memanjang-manjangkan perkara itu. Selagi dia masih selamat, tidak perlulah dia kecoh-kecoh akan hal itu. Namun sampai bila dia mahu menanggapi sikap tidak menentu Ashraf, sekali dua mungkin dia boleh terlepas, kalau lain kali, siapa tahu nasib yang menantinya, silap-silap haribulan dia akan jatuh juga ke tangan lelaki itu. Mengenangkan itu semua, tanpa sedar Hannah Irdina mengeluh.

            “Kalau Dina tak sihat, nanti Nek Nab suruh Ashraf hantarkan ke klinik.” Saran Nek Nab tanpa mengesyaki apa-apa.

            “Eh tak payahlah Nek Nab, Dina sihat, cuma pening kepala je sikit.” Dalih Hannah Irdina. Kasihan dia lihat Nek Nab, pasti dia tidak menyangka punca semuanya adalah dari cucunya sendiri.

            “Tak elok kalau dibiarkan, takut melarat pula.” Sahut Nek Nab seraya berlalu.

            Sekali lagi Hannah Irdina mengeluh, belumpun dia sempat mahu memberikan alasan, Nek Nab sudahpun menghilang. Entah apalah yang akan dikhabarkan kepada cucunya itu. Bimbang pula jika Nek Nab berkeras mahu dia ke klinik bersama Ashraf. Dia seboleh-bolehnya tidak mahu terus berhubung dengan lelaki itu. Sudah serik dilayan sewenag-wenangnya oleh lelaki itu tadi.



Hannah Irdina membuang pandang keluar tingkap. Perkara yang dibimbangi itu terjadi juga, Nek Nab memaksa dia ke klinik bersama Ashraf. Penyudahnya dia hanya menurut kerana wanita tua itu berkeras mahu dia membuat pemeriksaan lanjut.

            “Aku baru peluk, kau dah demam.” Kata Ashraf sambil tersenyum sinis.

            Hannah Irdina hanya diam membatu. Masih sebal dengan perbuatan lelaki itu, inikan pula bila lelaki itu mula membangkitkan semula hal itu. Bertambah sebal hatinya.

            “Agaknya kalau aku cium, kau mesti pengsan berhari-hari.” Sambung lelaki itu selamba.

            “Awak jangan kurang ajar!” Kata Hannah Irdina tanpa berpaling. Memang bicara lelaki itu kedengaran seperti lelaki itu memperlekehkannya, memijak-mijak maruahnya.

            “Siapa yang kurang ajar, aku atau kau?” Soal lelaki itu sinis.

            “Kalau sentuh perempuan tanpa rela tu boleh dikatakan sopan, tentu sahaja saya yang kurang ajar sebab cuba tolak awak!” Selar Hannah Irdina sinis. Memulang paku buah keras kepada lelaki itu.

            “ha ha ha…” Pecah ketawa Ashraf mendengarkan kata-kata Hannah Irdina. Gamat kereta dengan ketawa besar lelaki itu.

            “Kalau aku sentuh kau, aku ambil buat isteri.” Balas lelaki itu selepas tawanya berhenti.

            “Kalau dah pupus lelaki dalam dunia ni pun, belum tentu saya akan pilih awak buat suami!” Balas Hannah Irdina sinis. Sengaja dia mahu membakar lelaki disebelahnya itu. Marahnya dengan kejadian petang tadi masih bersisa.

            Ashraf terdiam. Tidak pernah lagi ada wanita yang berbicara begitu dengannya. Entah kenapa dia rasa tercabar.

            “Siapa kata kau yang akan pilih aku, mungkin aku yang akan pilih kau!” Jawab lelaki itu lagi. Kata-kata Hannah Irdina tadi memang benar-benar membuatkan dia rasa tercabar. Belum pernah ada perempuan yang mencabarnya begitu. Hannah Irdina yang pertama, dan mungkin juga yang terakhir kerana dia akan pastikan tiada lagi perempuan yang berani berkata-kata begitu terhadapnya.

            “Seseorang kena buatkan saya gila dulu sebelum saya buat keputusan terima awak!” sahut Hannah Irdina tegas. Entah kenapa walaupun dia sudah mengesan ketegangan suara lelaki itu tetapi dia masih mahu mencabar. Lupa sebentar yang dia sebenarnya sedang bermain dengan api.

            Kata-kata Hannah Irdina memang berjaya memercikkan api kemarahan lelaki itu. Pantas Ashraf memberhentikan keretanya di tepi jalan. Panas hatinya menanggapi kata-kata berunsur hinaan daripada bibir Hannah Irdina.

            “Kau ni memang suka mencabar kan?” Kata Ashraf sejurus mematikan enjin kereta. Dia kemudiannya berpaling menghadap Hannah Irdina yang diam membisu disebelahnya.

            Sementara Hannah Irdina masih belum mampu mencerna sepenuhnya apa yang berlaku, hatinya turut dibakar dengan rasa marah terhadap Ashraf.

            “Tak perlu orang lain, aku sendiri akan buatkan kau gila!” Kata Ashraf tegas sambil menarik tubuh Hannah Irdina dekat dengan tubuhnya.

            “Awak nak buat apa ni?” Tanya Hannah Irdina cemas, tangan Ashraf sudah kemas memaut tubuhnya.

            “Jangan buat yang bukan-bukan atau saya menjerit!” Kata Hannah Irdina kuat. Namun sejurus dia habis menuturkan ayat itu bibirnya dipaut kasar.

            Hannah Irdina meronta-ronta ingin melepaskan diri namun tangan sasa Ashraf kuat memaut bahunya dari berganjak.

            Beberapa minit meronta, akhirnya Ashraf melepaskan bibirnya. Terasa ada air mata yang bergenang ditubir matanya. Sekali lagi lelaki itu bertindak kurang ajar kepadanya. Memijak-mijak maruahnya sesuka hati. Sekali lagi tangannya diangkat tinggi, ingin dilayangkan ke pipi lelaki itu namun belumpun sempat dia melakukannya, tangan Ashraf lebih cepat menangkap tangannya.

            “Ini yang akan aku buat setiap kali kau cabar aku, faham!” Kata Ashraf tegas seraya kembali membawa keretanya ke jalan raya.

            Sementara Hannah Irdina sudah mula mengalirkan air mata. Lama dia berkeadaan begitu sementara lelaki itu hanya membiarkan dia menangis. Tiba di hadapan sebuah klinik swasta kecil, Ashraf memberhentikan kereta dan membuka autolock keretanya.

            Hannah Irdina tanpa banyak bicara terus turun dan berlari keluar. Sudah dia tidak pedulikan apa yang berlaku pada waktu itu. Yang dia tahu, dia mahu melarikan diri dari lelaki jahat itu. Langkah kakinya pantas dihayun tanpa dia mahu menoleh lagi. Jeritan Ashraf memanggil-manggil namanya sudah tidak dipedulikan lagi. Sesungguhnya dia benci, Benci kepada lelaki yang bernama Ashraf itu!.

            Hampir lima belas minit berlari, Hannah Irdina tiba di tengah-tengah jalan diantara rumahnya dan juga rumah Nek Nab. Dia mengambil keputusan untuk terus balik ke rumah. Mengenangkan apa yang Ashraf lakukan padanya tadi, dia tidak betah untuk bertemu muka dengan lelaki itu lagi. Hatinya sakit dengan perlakuan Ashraf, terang lagi bersuluh yang lelaki itu terlalu lepas laku, terlalu memperlekehkan agama dengan memperlakukan dirinya begitu. Sejujurnya dia kecewa dengan semua itu.

            Hannah Irdina berjalan perlahan apabila dia rasakan kakinya sudah lenguh kerana berlari sebentar tadi. Dalam samar malam dia mengesat air matanya yang mengalir dan mengaburi pandangannya. Sedih hatinya ketika itu apabila terkenang kembali perbuatan Ashraf di dalam kereta tadi. Sungguh dia rasa terhina!.

            Leka melayani perasaan sendiri, Hannah Irdina tiba-tiba dikejutkan dengan kehadiran sebiji van yang berhenti dihadapannya secara mengejut. Sebelum sempat dia mencerna apa yang sedang berlaku ke atasnya, dia terasa tubuhnya dipaut dari belakang dan diheret masuk ke dalam perut van, belum sempat dia menjerit, terasa ada tangan kasar yang menekup mulutnya dengan kain yang basah. Tatkala dia terpandangkan wajah yang sedang tersenyum sinis memandangnya, Hannah Irdina hampir tidak percaya, Roziman!. Hannah Irdina rasakan pandangannya semakin kabur dan dia terkulai tidak sedarkan diri.

Bersambung.... :)

Thursday, 12 July 2012

Bidding Girl Part 3

Maaf n3 kali ini sedikit lewat kerana Cik Tulip kesibukan. Kepada yang tinggalkan komen, terima kasih banyak2. Tidak lupa juga kepada yg memberi semangat dan sokongan kpd Cik Tulip..terharu rasanya kerana ramai yg menyokong Cik Tulip :)..hopefully semua enjoy ngan n3 kali ini..


“Turun.” Suara Ashraf menyebabkan Hannah Irdina tersedar dari lamunan panjang. Pantas jam di dashboard kereta dikerling sekilas. Jam sudah menunjukkan waktu itu sudah menginjak ke lewat malam. Cukup lama dia mengelamun sehingga tidak memyedari sudah lebih tiga jam dia hilang dalam lamunannya sendiri.

            “Kita kat mana ni?” Soal Hannah Irdina sambil membuang pandang ke arah luar tingkap kereta.

            “Bangi.” Jawab Ashraf sepatah.

            “Bangi?!” Soal Hannah Irdina dengan mata terbuntang memandang Ashraf. Patutlah sudah tiga jam berlalu, rupa-rupanya dia sudah terlalu jauh dari kampung halamannya. Tiba-tiba dia teringat akan ibunya di rumah. Kalaulah ibunya itu tahu bahawa dia akan pulang malam itu, sudah pasti ibunya itu sudah terlalu risau kerana menantikan dirinya yang tidak muncul-muncul. Dan Nek Nab. Nek Nab juga pasti menyangkakan yang dia juga sudah selamat tiba di rumah.

            “Buat apa ke sini?” Soal Hannah Irdina lagi.

            “Jangan banyak tanya, turun.” Kata Ashraf tegas. Dia kemudiannya keluar dari kereta dan menuggu Hannah Irdina di luar.

            Hannah Irdina yang berat hati untuk turun terpaksa juga menggagahkan kakinya melangkah keluar dari kereta. Bimbang jika Ashraf lebih keras mengugutnya lagi. Teringatkan perlakuan lelaki itu di rumah Nek Nab, tidak mustahil Ashraf akan mengulangi perbuatan itu lagi. Tambahan pula mereka kini jauh dari semua orang yang mengenali diri mereka. Jika di rumah Nek Nab pun Ashraf sudah mula menunjukkan taringnya, inikan pula jauh dari semua orang.

            Hannah Irdina hanya membuntuti Ashraf dari belakang tatkala lelaki itu berjalan masuk ke perkarangan warung gear box Kampung Dusun. Apa pilihan yang dia ada ketika itu. Untuk lari dia tidak tahu ke mana hendak di tuju. Penyudahnya dia hanya menurut langkah Ashraf dengan hati yang penuh kebimbangan dan kegusaran.

            “Dah lama tunggu.” Soal Ahsraf sambil memandang seorang lelaki yang sedang duduk leka sambil bermain permainan Angry Bird di Ipadnya.

            “Yo bro!, sampai jugak you kat sini.” Kata lelaki itu dalam nada teruja sampai dia sendiri terbangun dari kerusi dan menyambut Ashraf duduk.

            “Lama tak jumpa you, ingatkan dah sesat tak jumpa jalan.” Sambung lelaki itu lagi.

            “Dah janji nak jumpa you kat sini kan, mana boleh tak datang.” Jawab Ashraf dalam senyum sebaris. Dia mengambil tempat berhadapan dengan lelaki tadi.

            “Duduk lah, apa yang tercegat lagi.” Kata Ashraf kepada Hannah Irdina apabila dilihatnya Hannah Irdina masih terpaku berdiri.

            Teguran Ashraf itu menyebabkan Hannah Irdina turut ditenung oleh lelaki tadi.

            Mendengar sahaja teguran Ashraf itu, Hannah Irdina duduk lambat-lambat. Tidak selesa dirasakan ketika itu apabila mata lelaki dihadapan Ashraf seolah-olah menelanjangi dirinya saat itu.

            Perbualan mereka terhenti sebentar apabila seorang pelayan lelaki datang dan mengambil pesanan makanan.

            “ Girlfriend?” Soal lelaki itu apabila pandangannya beralih dari wajah Hannah Irdina kepada Ashraf sejurus pelayan tadi berlalu.

            “Mistress I.” Jawab Ashraf pendek. Selamba sahaja jawapannya.

            Sementara Hannah Irdina sudah pun membeliakkan biji matanya memandang tepat ke arah Ashraf yang hanya beriak tenang. Terperanjat. Kata-kata Ashraf itu memang berjaya menganggu gugat perasaannya ketika itu. Bila masa pula dia menjadi perempuan simpanan lelaki itu?. Namun untuk dia menafikan kata-kata Ashraf terasa bibirnya terkunci dari mengeluarkan bicara.

            “Mistress?!” Soal lelaki itu dengan keningnya terjungkit tinggi. Sekali lagi dia pandang wajah Hannah Irdina.

            “Kali ni you pilih yang alim?” Soal lelaki itu sinis. Melihatkan pada perwatakan Hannah Irdina, dia tahu Ashraf sekadar berseloroh. Bukan dia tidak kenal dengan Ashraf, sahabatnya itu memang mudah dibaca. Tambahan lagi bila berseloroh begitu.

            Sekali lagi perbualan mereka terhenti apabila ada pelayan yang datang menghantar pesanan makanan.

            “Don’t be fool with the way they dress..” Sambung Ashraf. Sekali lagi dia menjawab selamba.

            Mendengarkan sahaja kata-kata itu, Hannah Irdina panas hati. Bicara lelaki disebelahnya itu cukup menghinanya.

            “Bukan hari ni birthday you ke?” Soal Ashraf tanpa mempedulikan reaksi Hannah Irdina disebelahnya. Dia tahu Hannah Irdina pasti terganggu dengan kenyataannya sebentar tadi. Tapi itu bukanlah sesuatu yang merunsingkan dirinya.

            “Ingat lagi you.” Kata lelaki itu pendek. Dia mula menyuap makanan ke mulut apabila Ashraf terlebih dahulu melakukan perkara itu.

            “You kan best friend I, mestilah I ingat.” Sahut Ashraf sambil menyedut fresh orange dari gelas.

            Hannah Irdina hanya mendiamkan diri. Nasi yang ditelan terasa kasar dan berketul-ketul. Sepanjang hidupnya, tidak pernah lagi dia berasa begitu. Seleranya mati walaupun perutnya berkeroncong lapar!.

            “So, ada hadiah untuk I?” Soal lelaki itu lagi sekadar berseloroh.

            “ You can have her tonight.” Jawab Ashraf sambil meneruskan makan.

            Hannah Irdina yang ketika itu sedang menyedut air dari gelas terus tersedak. Terperanjat bukan kepalang apabila jawapan itu yang diberikan Ashraf kepada lelaki itu.

            “Really?” Soal lelaki itu dalam nada teruja. Apa juga permainan yang dimainkan oleh Ashraf ketika itu, dia pasti perempuan dihadapannya itu tidak menjangka. Dan dia juga suka melihat wajah terperanjat Hannah Irdina. Lantaran itu, dia turut sama memainkan peranan. Pasti ada sesuatu yang berlaku diantara Ashraf dan gadis itu kerana dia terlalu kenal dengan Ashraf, kawan-kawan perempuannya tidak pernah menepati ciri-ciri yang ada pada perempuan dihadapannya sekarang.

            “kalau you nak, I bagi pinjam semalam.” Jawab Ashraf sambil menyenduk kuah sup gearbox ke dalam pinggan nasinya.

            “I memang nak, masalahnya mistress you ni nak tak?” lelaki itu berpura-pura bertanya.

            “Dia ada pilihan ke?” soal Ashraf sambil memandang tepat ke dalam anak mata Hannah Irdina yang sudah lama merenungnya dengan pandangan tajam. Dia tahu Hannah Irdina berang dengan kenyataannya itu.

            “ I beli dia dengan harga 30 ribu, rasanya dia pun tak banyak pilihan.” Sambung Ashraf sambil tersenyum ke arah sahabatnya itu.

            “Kecil tapak tangan,kapal titanic I tadahkan, kalau orang dah nak beri takkan I nak tolak pulak.” Sahut lelaki tadi dengan pandangan nakal yang dihantar kepada Hannah Irdina. Terasa seronok pula dia melihat wajah gadis dihadapannya itu yang sudah bertukar riak.

            Hannah Irdina meletakkan sudu dan garfu ditangannya. Dia sudah tidak mampu berpura-pura lagi. Tekaknya yang sudah hilang selera itu sudah tidak mampu untuk menelan makanan dan berpura-pura makan begitu hanya akan menghantar rasa sakit dihatinya. Apa perlu lagi untuk dia terus berpura-pura. Riak wajahnya juga sudah jelas kelihatan, sudah boleh dibaca oleh mata kedua-dua lelaki itu. Dia tidak mungkin lagi berupaya untuk menyembunyikan kegusaran yang bertamu dihatinya ketika itu. Yang mampu dia lakukan hanyalah berdoa semoga ada jalan keluar untuknya dari semua kemelut itu. Apa pun dia sanggup lakukan asalkan maruahnya terpelihara dari tangan-tangan rakus lelaki-lelaki dihadapannya itu..

            “I nak pergi tandas sekejap.” Kata Ashraf apabila dia selesai menyedut kering air minumannya.

            “Jangan lama sangat, takut mistress you ni lari plak.” Seloroh lelaki itu sambil memandang tepat ke wajah Hannah Irdina.

            “Kalau dia berani lari lagi, I akan pastikan dia melekat dengan I selama-lamanya.” Sahut Ashraf dalam senyum sinis.

            Sementara Hannah Irdina diam tidak berkutik. Kata-kata Ashraf itu tidak mampu dicerna sepenuhnya. Apa maksud lelaki itu bahawa jika dia cuba melarikan diri dan lelaki itu akan pastikan mereka ‘melekat’ selama-lamanya?. Adakah itu satu ugutan halus yang digunakan oleh Ashraf untuk memastikan dia tidak cuba melarikan diri seperti mana dia pernah melarikan diri dari lelaki itu tiga bulan yang lalu.

            Pemergian Ashraf hanya dihantar dengan hujung mata. Sesak dadanya memikirkan nasibnya malam itu, benarkah Ashraf akan benar-benar menyerahkan dirinya kepada lelaki dihadapannya itu. Memikirkan perkara itu dia jadi takut yang teramat sangat.

            “Dah berapa lama kenal Ashraf?” Soal lelaki itu sambil mengupas kulit sata dan menyuapkannya ke mulut.

            Hannah Irdina diam tidak menjawab. Terasa mulutnya terkunci dari menjawab persoalan lelaki itu. Hatinya lebih runsing memikirkan akan nasibnya malam itu.

            “Betul ke you ni mistress dia?” Soal lelaki itu lagi apabila soalan pertamanya dibiarkan sepi.

            Hannah Irdina masih mendiamkan diri. Anehnya nada suara lelaki itu tidak segalak dan senakal tadi. Seolah-olah soalan itu ikhlas dan telus ditujukan untuk mendapatkan jawapan sebenarnya dari mulutnya.

            “Ashraf tu memang ‘nakal’ sikit tapi dia tu ‘jinak juga.” Sambung lelaki itu. Dia tersenyum apabila Hannah Irdina kembali memandang wajahnya.

            “Saya bukan mistress dia.” Jawab Hannah Irdina setelah beberapa ketika mendiamkan diri. Melihatkan senyuman lelaki itu, dia tahu lelaki itu tidak seperti jangkaannya. Tetapi itu hanya tanggapan yang boleh dibuat berdasarkan pemerhatian awalnya. Siapa tahu jika lelaki dihadapannya itu juga sama seperti Ashraf.

            “Saya nak ke tandas sekejap.” Sambung Hannah Irdina. Melihatkan reaksi lelaki itu yang tersenyum dengan jawapan yang diberi tadi, dia dapat membuat tafsiran bahawa lelaki itu tidaklah ‘seliar’ Ashraf. Sekurang-kurangnya itulah yang dia lihat pada lelaki itu.

            Hannah Irdina bangun dan berlalu. Entah kenapa saat itu timbul perancangan baru dalam kepalanya. Dia mahu melarikan diri!.

            Setelah memastikan dia kini berada jauh dari tempat mereka makan tadi, Hannah Irdina melangkah laju menuju ke belakang restoren. Kakinya pantas berlari meninggalkan restoren itu. Jantungnya berdegup kencang seiring dengan lariannya. Sekali sekala dia memandang ke belakang. Bimbang diekori.

            Hampir lima minit berlari, tiba-tiba tubuhnya terlanggar sesuatu. Pantas Hannah Irdina berpaling memandang ke hadapan semula. Dalam suram-suram lampu jalan, dia tahu yang dia sudah terlanggar seseorang. Namun keadaan lampu jalan yang berada jauh dari tempat mereka berdiri menyebabkan dia tidak nampak wajah individu tersebut.

            “Nak lari ke mana?” Soal lelaki itu keras.

            Hampir pitam Hannah Irdina mendengar suara itu. Ashraf!. Bagaimana pula lelaki itu boleh berada di situ. Bukankah tadi lelaki itu memaklumkan yang dia akan ke tandas.

            “Sa..sa..saya..”Kata Hannah Irdina dalam gugup. Teringatkan ugutan lelaki itu semasa dalam restoren tadi menyebabkan lidahnya tiba-tiba kelu. Tubuhnya perlahan-lahan diundur menjauhi lelaki itu.

            Belum sempat Hannah Irdina melanjutkan kata-katanya, tangannya sudah dicengkam kuat. Tubuhnya ditarik kasar supaya melangkah mengikut langkah laju Ashraf. Tiba dikereta, lelaki itu menghidupkan alarm kereta dan membuka pintu. Tubuh Hannah Irdina didorong kasar supaya masuk ke dalam perut kereta.

            “Kalau kau lari lagi, I’ll make your life miserable. I’m going to give you a night to remember!” Ugut Ashraf tegas.

            Hannah Irdina kecut perut mendengarkan bicara keras Ashraf, penyudahnya dia hanya membatukan diri di dalam kereta. Saat lelaki itu menghilang semula ke dalam restoren, dia hanya terdiam di dalam kereta. Hatinya kecut, tubuhnya seolah-olah dipaku ke kerusi tempat duduk sementara mindanya seolah-olah berhenti berfungsi buat seketika. Hannah Irdina termenung jauh. Kosong.

            Saat Ashraf kembali masuk ke kereta, Hannah Irdina seolah-olah baru dikejutkan dari mimpi. Dia pantas berpaling menghadap Ashraf. Cuba berfikir apa yang akan berlaku seterusnya. Adakah Ashraf akan meneruskan perancangan untuk ‘meminjamkan’ dirinya kepada lelaki tadi, atau Ashraf akan menghantarnya pulang semula ke rumah, ataupun lelaki itu akan membawa dia pulang ke rumah lelaki itu. Memikirkan kebarangkalian yang terakhir itu menyebabkan hatinya kembali takut.

            “Kita nak ke mana?” Soal Hannah Irdina apabila Ashraf mula menekan pedal minyak meninggalkan restoren itu. ketika itu dia pasti, lelaki itu tidak jadi ‘meminjamkan’ dirinya kepada sahabatnya. Kini hanya tinggal dua kemungkinan sahaja, sama ada dia dihantar pulang semula ke rumah atau dibawa pulang ke rumah Ashraf seperti kali pertama lelaki itu membidanya dahulu!.

            “Balik rumah aku.” Kata lelaki itu dingin.

            Mendengarkan sahaja jawapan Ashraf, Hannah Irdina sudah tidak senang duduk. Bagaimana kalau kali ini lelaki itu berjaya dengan ‘misinya’ yang terbantut dahulu kerana dia melarikan diri.

            “Tolong hantar saya balik.” Kata Hannah Irdina separuh merayu.

            Entah kenapa mendengar sahaja permintaan Hannah Irdina, Ashraf bertindak memberhentikan kereta ditepi jalan secara tiba-tiba.

            “Langsai hutang 30 ribu tu aku hantar kau balik.” Kata Ashraf sinis.

            Sekali lagi Hannah Irdina terdiam mendengarkan jawapan Ashraf. Mana mungkin dia mampu untuk memulangkan wang 30 ribu itu dalam satu malam, malah jika difikirkan dengan logik akal, sampai bila-bila pun dia tidak akan mampu untuk memulangkan semula duit lelaki itu. Memikirkan akan hal itu membuatkan kepalanya sesak. Apabila teringatkan semula punca kejadian yang menimpanya itu, dia kembali teringatkan Roziman. Tiba-tiba hatinya jadi sakit memikirkan lelaki itu.

            “Macam mana saya nak jelaskan duit sebanyak tu, saya bukannya orang kaya.” Kata Hannah Irdina dalam kenduran suara. Entah kenapa saat itu dia merasakan semangatnya hilang.

            “Kau fikirkanlah sendiri, apa juga bayaran yang setimpal aku terima.” Sahut lelaki itu tanpa berpaling lalu kembali membawa kereta ke atas jalanraya.

            Hannah Irdina termenung panjang. Apa maksud lelaki itu dengan ‘bayaran setimpal’?. Adakah itu bermakna dia terpaksa membayar hutangnya itu dengan sesuatu yang lain?. Sesuatu yang membawa makna dia perlu menyerahkan tubuhnya!.

            Tidak mungkin!. Tidak mungkin dia akan membenarkan perkara itu berlaku. Dia sama sekali tidak akan melakukan perkara terkutuk seperti itu, biar apapun taruhannya, dia akan sedaya upaya mempertahankan maruah dirinya itu.



Hannah Irdina terkejut saat pintu biliknya diketuk kasar. Jantungnya berdetak laju, berdegup kencang. Semenjak tiba di rumah lelaki itu tadi, dia di suruh masuk ke bilik itu. Walaupun berat hati, namun diturutkan juga arahan lelaki itu. Bimbang jika dia melawan Ashraf akan terus bertindak gila. Cukuplah sekali pengalaman yang menakutkan di rumah Nek Nab dulu. Jika berada di dalam bilik, pasti lelaki itu tidak boleh melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sekurang-kurangnya itulah pertahanan yang dia ada pada waktu itu.

Memikirkan kebarangkalian Ashraf mengetuk pintu bilik itu untuk menuntut sesuatu bagi menjelaskan hutangnya, Hannah Irdina bertindak mematungkan diri di atas katil. Sedikit pun dia tidak berganjak dari katil itu. Apabila ketukan lelaki itu bertambah kuat, Hannah Irdina masih membatukan diri.

“Buka pintu ni.” Kata Ashraf tegas.

Hannah Irdina masih diam. Dia duduk memeluk lutut di atas katil. Kepalanya sudah membayangkan perkara yang bukan-bukan. Memikirkan Ashraf melakukan perkara tidak senonoh ke atas dirinya. Dia jadi takut!.

“Kau nak buka…atau aku gunakan kunci pendua?” Soal lelaki itu.

Mendengarkan kata-kata lelaki itu Hannah Irdina terlompat dari katil. Pantas kakinya melangkah menuju ke pintu. Tiba di situ terus sahaja tangannya cepat membuka pintu tanpa mindanya sempat menimbang tindakannya itu. Mengundang kemarahan lelaki itu pada saat itu bukanlah pilihan yang bijak, terutamanya apabila dia kini berada di rumah lelaki itu.

“Good girl.” Kata Ashraf sinis apabila wajah Hannah Irdina terpancul apabila pintu dibuka dari dalam.

Hannah Irdina dia tidak menjawab, dia hanya memberi laluan apabila lelaki itu itu melangkah masuk ke dalam bilik itu sementara dia masih terpaku berdiri di hadapan pintu bilik.

Hannah Irdina tersentak apabila Ashraf mula membuka butang baju kemejanya satu persatu.

“Tolong jangan apa-apakan saya.” Kata Hannah Irdina dalam getaran suara. Bimbang jika Ashraf bertindak mengasarinya. Teringat akan perlakuan lelaki itu di rumah Nek Nab. Bimbang lelaki itu melanjutkan apa yang pernah dilakukan dahulu terhadap dirinya.

Ashraf hanya tersenyum sebaris sambil memandang tepat ke wajah Hannah Irdina yang hanya membuang pandang ke lantai. Dia kemudiannya menapak perlahan-lahan menghampiri tempat Hannah Irdina sedag berdiri. Tiba-tiba dia meleret senyum nakal.

Hannah Irdina pantas mengangkat wajahnya memandang Ashraf apabila dia sedar yang lelaki itu sudah berjalan menghampirinya sambil membuka butang baju kemejanya.

“Tolong jangan apa-apakan saya.” Kata Hannah Irdina sekali lagi. Dia kemudiannya memejam rapatkan matanya apabila Ashraf semakin hampir. Jantungnya berdegup laju.

“Siapa kata aku nak apa-apakan kau, aku nak mandi, bilik air aku rosak.” Kata lelaki itu seraya berpusing dan berlalu ke bilik air. Dia tersenyum secara membelakangkan Hannah Irdina. Entah kenapa ketika itu dia rasa seronok melihat wajah Hannah Irdina yang ketakutan. Terasa seperti ada kepuasan apabila Hannah Irdina ketakutan begitu.

Hannah Irdina keluar dari bilik menuju ke ruang tamu sejurus Ashraf menghilang ke dalam bilik air. Dia tidak mahu berada di situ pada saat Ashraf sedang mandi. Lega sebentar amukan dalam hatinya.

Hannah Irdina membuang pandang ke arah ruang tamu yang luas. Tidak pula dia menyangka akan berada di rumah semi D itu kerana semasa dia terpaksa mengikut lelaki itu pulang dahulu, dia dibawa ke sebuah apartment dan kini dia dibawa pula ke situ. Rumah berkembar dua tingkat yang dia pasti memang milik Ashraf kerana ada beberapa bingkai gambar yang mempunyai gambar lelaki itu di dalamnya.

Renungan Hannah Irdina mati tiba-tiba apabila Ashraf entah dari mana munculnya telahpun berdiri dihadapannya dengan hanya bertuala separas lutut.

“Buatkan aku Nescafe panas.” Pinta Ashraf tanpa mempedulikan reaksi Hannah Irdina yang terkejut dengan penampilan selambanya di hadapan gadis itu.

Hannah Irdina yang pelik dengan permintaan lelaki itu terus sahaja mengangkat keningnya tinggi.

“Lepas ni aku hantar kau balik.” Kata Ashraf tiba-tiba seraya berlalu.

Hannah Irdina terpana, tidak percaya dengan kata-kata yang baru diluah oleh Ashraf itu. Benarkah lelaki itu baharu sahaja ‘membebaskannya’ dari rantaian perasaan yang cukup mengganggunya seawal tadi. Benarkah lelaki itu akan benar-benar menghantarnya pulang. Jika benar, maka itu bermakna, dia tidak perlu menjelaskan wang 30 ribu dalam bentuk lain. Atau sebenarnya lelaki itu hanya memperdayanya untuk memerangkapnya. Tetapi dia pasti, Ashraf tidak bermain dengan kata-katanya. Mata lelaki itu memang memancarkan keihlasan saat kata-kata itu diluah sebentar tadi. Tiba-tiba Hannah Irdina teringatkan kata-kata sahabat Ashraf tadi.

“Ashraf tu memang ‘nakal’ sikit tapi dia tu ‘jinak juga.”

Saat itu Hannah Irdina pasti, kata-kata lelaki tadi mungkin benar.

“Pasal 30 ribu tu kita bincang semula.” Kata lelaki itu sebelum menghilang ke biliknya semula.

Harap semua enjoy ngan n3 kali ni ;)