Friday, 13 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 20

Jom baca sambungannya..harap2 semua berpuas hati.. :)


BAB 20



            Suasana malap di ballroom Hotel Nikko membuatkan suasana sambutan majlis hari lahir Daniel Arman seperti suasana makan malam tahunan syarikat. Kali pertama Nina menghadiri majlis hari jadi yang boleh dikatakan agak grand. Kalau menjadi orang berkedudukan begitulah, majlis hari lahir pun diadakan secara besar-besaran. Desis Nina dalam hati. Dia sendiri jarang meraikan hari lahir, seingat Nina hanya sekali sahaja majlis hari jadinya diraikan. Itupun ketika dia menyambunt ulang tahun kelahiran yang ke 23. Semasa itu, Kak Ina dan Chek Nor, rakan sebiliknya membelikan kek. Dan hadiah istimewa yang diberi oleh rakan-rakannya itu ialah sebiji keronsang berbentuk bunga. Itupun dibeli hasil perkongsian duit antara kedua-dua sahabat itu.

            Lamunan Nina terhenti apabila suara pengerusi majlis untuk program malam itu memecahkan suasana sunyi sebentar tadi. Sebentar kemudian pengerusi majlis itu berceloteh itu dan ini. Isi percakapannya walaupun jelas di telinga Nina namun Nina kurang memberi perhatian. Dia leka memerhatikan para tetamu yang hadir yang terdiri dari beberapa kakitangan syarikat dan juga beberapa orang buyer dan supplier penting yang selalu berurusan dengan syarikat mereka.

            Tema pakaian mereka malam itu ialah merah hati. Nina mengenakan kemeja merah hati dipadankan dengan skirt labuh berwarna maroon. Tudung bercorak polka dot dengan awning merah hati dipadankan dengan persalinannya malam tu. Penampilannya hanya biasa-biasa sahaja, sama seperti persalinan yang dikenakan semasa di tempat kerja.

            Nina alihkan pandangan dari satu meja ke meja yang lain, semua tetamu yang hadir mengenakan pakaian tercantik yang mereka miliki. Pelbagai gaya dan pelbagai ragam. Semua meja sudah dipenuhi dengan orang. Nampak seragam dalam samar-samar lampu apabila warna merah hati terbias. Majlis itu nampak sedikit ekslusif dengan padanan warna itu.

            Nina masih duduk bersama Zachary di meja berlabel nombor satu. Pada awalnya dia menolak untuk turut duduk di meja itu kerana meja nombor satu itu dikhususkan hanya untuk individu penting sahaja, namun Zachary tetap berkeras, alasannya dia PA kepada Daniel Arman. Dalam terpaksa, Nina menurut. Zachary duduk berhadapan dengan Nina, dia turut kelihatan tampan dengan kot berwarna hitam dipadankan dengan bow berwarna merah hati yang bersesuaian dengan warna tema mereka malam itu.

            Sedang leka Nina memerhatikan gelagat tetamu yang hadir, matanya menangkap kelibat Daniel Arman yang berjalan beriringan dengan Azzura dari arah pintu utama. Sebentar kemudian, kedengaran pengerusi majlis mengumumkan kedatangan mereka. Seisi ballroom gemuruh dengan bunyi tepukan sejurus Daniel Arman dan Azzura berjalan menghampiri meja nombor satu.

            Daniel Arman turut mengenakan sut serba hitam dengan bow berwarna merah hati manakala Azzura mengenakan gaun labuh berwarna merah hati separas betis. Warna merah hati itu menyerlahkan kulit putih gebu Azzura. Daniel Arman turut kelihatan segak. Rambutnya berkilat dan disisir rapi. Lebih kacak dari penampilan biasa. Biasanya Daniel Arman lebih suka biarkan rambutnya terjuntai  di dahi tetapi malam itu, dia kelihatan lebih handsome kerana rambutnya nampak lebih kemas dari biasa. Nina tidak dapat melarikan anak mata saat dia terpandangkan Daniel Arman tadi.

Untuk seketika kemudian Nina tersedar, Daniel Arman dan Azzura sama-sama cantik, dan sama-sama padan dan yang lebih penting, mereka sama-sama taraf. Betapa jauh jarak mereka. Umpama langit dengan bumi. Dalam hatinya ada rasa cemburu yang bertamu. Masakan dia boleh bergandingan dengan Daniel Arman. Desis Nina sendiri di dalam hati.





Majlis itu meriah dengan celoteh pengerusi majlis. Kadangkala terdengar ketawa besar dari para tetamu bila mana ada kata-kata lawak yang terbit dari bibir pengerusi majlis. Kemudian majlis disambung dengan ucapan Daniel Arman, kemudian diserikan dengan lagu dan nyanyian penyanyi yang disediakan pihak hotel.

Pada kemuncak majlis, terdengar permintaan dari beberapa orang kakitangan yang meminta Daniel Arman mendendangkan lagu untuk mereka sempena ‘birthday boy of the day.’ Pada awalnya Daniel Arman menolak keras, namun apabila seluruh dewan menyeru nama Daniel Arman, dia tiada pilihan melainkan menurut sahaja.

            Mata Nina mengekori langkah Daniel Arman naik ke pentas. Kacak dan bergaya, itu kata hati Nina. Kemudian, dilihatnya Daniel Arman membisikkan sesuatu ke telinga salah seorang pemain muzik yang berada di pentas. Sebentar kemudian Daniel Arman menarik sebuah kerusi ke tengah pentas. Dia duduk di situ sambil memegang mikrofon.

            “Lagu ni saya tujukan kepada gadis yang pakai baju merah yang duduk di meja nombor satu di sana.” Kata Daniel Arman sambil menunjukkan arah dengan jarinya ke meja Nina. Pada saat itu juga semua mata menjurus ke arah meja nombor satu. Azzura sudah tersenyum manis. Sebentar kemudian, semua hadirin bersorak dan bertepuk tangan.

            Nina pandang Daniel Arman, sudah pasti gadis berbaju merah yang dimaksudkan Daniel Arman ialah Azzura. Dan sudah tentu lagu yang bakal didendangkan nanti ditujukan kepada Azzura juga. Tidak mungkin dirinya. Saat itu terbetik rasa cemburu dihatinya. Namun riak wajahnya dikawal sebaik mungkin, senyum sebaris dipamirkan walaupun tidak seikhlas mana.

            Sejurus muzik dimainkan, Daniel Arman kumandangkan sebuah lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Ungu bertajuk Percaya Padaku. Nina hayati bait-baitnya walaupun sedar lagu itu bukan ditujukan untuknya. Terbuai seketika dirinya dengan bait-bait kata yang menyentuh perasaannya.



Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu

Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdebar tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku 'tuk selalu menantimu
Untuk katakan ku ingin dirimu

Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku



Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku 'kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

           

            Nina masih hanyut dalam bait-bait kata lagu tadi walaupun Daniel Arman sudah habis mendendangkan lagu itu beberapa saat yang lalu. Suara Daniel Arman walaupun tidak semerdu suara penyanyi kumpulan ungu, namun mampu membuatkan Nina terkesan. Terasa tersentuh dengan lirik yang menyentuh. Kalaulah lagu itu ditujukan untuknya, dialah gadis yang paling bahagia saat itu. Bahagia kerana Daniel Arman hanya mahukan dirinya. Mahu menjaganya sehingga ke akhir waktu. Namun Nina sedar, semua kata-kata itu tidak mungkin ditujukan buatnya. Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata Daniel Arman suatu waktu dulu, lelaki itu tidak pernah meminta untuk menjadi suaminya. Semua yang berlaku adalah kerana terpaksa.

            Wajah Azzura berseri-seri saat Daniel Arman kembali mengambil tempat disisinya.

            “Thanks for the song.” Ucap Azzura.

            “Selalunya you tak pernah romantik macam ni.” Sambungnya lagi.

            Daniel Arman hanya senyum sebaris. Dia jeling matanya ke arah Nina. Untuk seketika mata mereka bertaut saat Nina turut memandang matanya.

            “I need to go to the washroom.” Kata-kata Azzura menyedarkan Nina dan Daniel Arman dari renungan. Dia bingkas bangun dari duduk.

            “Me too.” Kata Zachary tiba-tiba. Dia turut bangun mengekori Azzura dari belakang menuju ke arah di mana tandas ditempatkan.

            Nina kaku saat dia dan Daniel Arman ditinggalkan berdua-duaan.

            “Sedap suara Encik Arman.” Kata Nina memecahkan kesunyian dan kejanggalan antara mereka.

            “the song is for you.” Kata Daniel Arman ringkas. Pantas jemari Nina diraih ke dalam tangannya. Dia ingin menyatakan sesuatu pada gadis itu. Ingin dia lontarkan rasa hatinya pada Nina pada kesempatan itu.

            “Nina, saya ada perkara…” Namun belum sempat Daniel Arman habiskan kata-katanya, Nina menarik lembut tangannya sambil memandang ke satu arah. Zachary dan Azzura berjalan bergandingan kembali ke meja mereka.

            Terdengar keluhan kecil dari bibir Daniel Arman. Baru dia ingin menyampaikan rasa hatinya tetapi terbantut pula dengan kehadiran Zachary dan Azzura. Ada rasa kecewa bertamu di hatinya saat itu.

            Sementara Nina hanya tersenyum sebaris. Pandai betul Daniel Arman berseloroh dengannya. Mana mungkin Daniel Arman benar-benar memaksudkan kata-katanya sebentar tadi. Pastinya lagu itu ditujukan khas buat Azzura. Siapalah dirinya di hati lelaki itu.


p/s-harap2 semua suka.. :)

Tuesday, 10 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 19

Kepada yang tinggalkan komen di blog dan di group KCN, terima kasih banyak2 ye.Cik Tulip nak minta maaf banyak2, lepas ni mungkin akan ambil masa sikit utk Cik Tulip publish entry baru. Cerita ni masih dalam pembikinan lagi..hehe.tgh kerja keras kerah idea utk kepuasan hati pembaca. Kalau yg tertunggu2 El luahkan rasa hati pada Nina tu, harap bersabar ye. El ni jenis yg slow n steady,ambil masa sikit utk luahkan perasaan tp pasti El akan luahkan juga... Dan Datin Rogayah juga akan strike back kat Datuk Z. So harap bersabar tunggu dlm entry seterusnya ye...ganbatte kudasai Cik Tulip Ungu... :)
BAB 19



Zachary menghampiri tempat Nina sedang duduk dengan membawa dulang berisi makanan dikedua-dua tangannya. Usai mencari hadiah untuk majlis harijadi Daniel Arman tadi, dia mengajak Nina ke food court itu untuk makan tengahari. Dia mendesak bila mana Nina menolak.

Dia kemudiannya melabuhkan punggung dihadapan Nina lalu meletakkan dulang tersebut dan mengeluarkan isi dulang. Dulang yang kosong kemudiannya di sorong ke meja sebelah yang tidak berpenghuni.

“Here’s your mee udang.” Kata Zachary lembut seraya menolak mangkuk mee udang yang dipesan Nina sebentar tadi.

Nina hanya mengucapkan terima kasih.

Mereka kemudiannya makan tanpa mengeluarkan sebarang bicara. Zachary sendiri tidak berminat memulakan kata-kata bila dilihatnya Nina dingin sepanjang mereka keluar tadi. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk mendekati Nina. Sepanjang mengenali Nina begitulah diri Nina. Terlalu menyimpan rasa hati jauh di lubuk yang paling dalam. Terlalu payah untuk mengenali Nina hanya dengan perwatakan luaran gadis itu. Terlalu sukar untuk dia mnegorek rahsia hati Nina.

Usai mereka makan tengahari. Nina mengeluarkan sesuatu dari beg tangannya.

“Encik Zach, maafkan saya, saya tak dapat nak terima ni.” Kata Nina seraya menghulur kotak merah bersalut baldu. Kotak itu masih elok dan Nina memang sudah tahu isinya walaupun dia tidak pernah membukanya. Dia tidak mahu kotak itu berada lama disimpanannya. Hasrat Zachary itu memang sudah terang lagi bersuluh namun dia tidak berupaya untuk menunaikan kehendak lelaki itu. Menyimpan lama kotak itu hanya akan membuatkan Zachary lebih menaruh harapan padanya.

“Nina dah fikirkan?” Soal Zachary dalam nada kecewa. Dia masih belum menyambut kotak kecil itu dari tangan Nina.

Nina hanya mengangguk. Dia kemudiannya bersuara.

“Maafkan saya, Encik Zachary layak dapat perempuan yang jauh lebih baik dari saya. Saya bukan calon sempurna. Banyak tentang saya yang Encik Zachary tak tahu.”

Zachary mengeluh nafas.

“Kan saya dah pernah cakap dulu, saya tak kisah dengan status Nina.” Ucap Zachary lagi. Pantas jari jemari Nina diraih kedalam jemarinya.

“Maafkan saya, saya tak boleh.” Ucap Nina lagi. Tangannya yang berada digenggaman Zachary cuba ditarik namun lebih kuat dia menarik, lebih kuat pula Zachary mengenggam. Dia tidak pernah menyangka Zachary senekad itu. Kalau dia tahu, dari awal lagi dia sudah mengelak dari lelaki itu. Tidak mungkin dia menerima lamaran Zachary pada masa dia masih lagi isteri kepada Daniel Arman. Namun untuk menzahirkan apa yang bermain dihatinya saat itu, tidak mungkin. Biarlah rahsia itu kekal rahsia. Biarlah kisah dia dan Daniel Arman disimpan dalam hatinya sahaja. Tidak mungkin akan diceritakan pada Zachary kerana hal itu terlalu peribadi baginya.

“Kalau macam tu kata Nina, Nina simpan sahaja cincin tu, anggap sebagai hadiah saya untuk persahabatan kita. Saya pun tak mahu memaksa Nina. Kalau Nina masih tak boleh let go masa lalu Nina, saya pun tak mampu nak buat apa-apa. Tapi saya harap lambat laun, Nina boleh terima saya kerana saya ikhlas nak peristerikan Nina. Sometimes we have to let go the past, untuk beri ruang kepada masa depan kita. Just don’t let it holds you back.” Kata Zachary lagi. Tangan Nina dilepas perlahan-lahan. Sungguh kala itu dia kehilangan ikhtiar untuk meraih cinta Nina lagi. Namun untuk berputus asa dia rasa belum tiba waktunya.

“Shall we go now?” Soal Zachary lembut bila dilihatnya Nina masih membisu seribu bahasa. Dia tidak faham dengan sikap berdiam diri Nina. Jika Nina masih memerlukan ruang untuk memikirnya, dia tiada pilihan melainkan menurut sahaja rentak Nina.

Dalam perasaan yang berbaur Nina turut bangun bila Zachary bangun berjalan mendahului. Dia buntu dengan semua yang berlaku kepadanya. Terasa terlalu rumit kehidupannya selepas bertemu semula dengan Daniel Arman. Dia tidak pernah menyangka Zachary turut mengharapkannya. Tidak pernah sekali-kali menyangka dia akan tersepit dalam simpulan hati dan perasaan yang benar-benar mengelirukan begitu.





Sedang di satu sudut lain food court itu, Daniel Arman duduk menyandar di kerusi. Seleranya mati tiba-tiba apabila matanya menangkap kelibat Nina dan Zachary sebentar tadi. Nafasnya ditarik dalam dan kemudian dilepas lambat-lambat. Sungguh hatinya panas melihat kelibat kedua-duanya disitu. Terasa dayus benar dirinya bila Nina keluar berdua-duaan dengan Zachary. Bukankah suatu waktu dahulu dia pernah mengingatkan Nina, berdosa bagi isteri yang keluar tanpa izin suami, tambahan lagi keluar berdua-duaan dengan lelaki yang bukan muhrim begitu.

            Daniel Arman melurut perlahan rambutnya. Dia keliru, buntu dan serabut memikirkan hal Nina. Sudah puas dia menzahirkan rasa hatinya kepada Nina, mungkin tidak secara terus terang. Tetapi melalui perlakuannya, sudah dia pamirkan pada Nina. Atau Nina masih tidak faham dengan isyarat yang dia berikan selama ini. Tidak cukupkah layanan mesranya kepada Nina. Kalau Nina masih ragu-ragu mengapa gadis itu tidak pernah meminta penjelasan darinya.

            Apabila difikir semula, tidak mungkin Nina masih keliru sedang dia pernah jelaskan pada Nina dahulu, dia akan tunggu sehingga Nina benar-benar bersedia menerimanya. Kalaupun benar Nina menganggap dirinya tidak diperlukan olehnya, sudah tentulah lama dahulu dia sudah menceraikan Nina. Kalau dulu mungkin niatnya dihalang oleh Datuk Zainudin tetapi kini Daniel Arman sudah cukup dewasa untuk menentukan sendiri hidupnya. Masakan Nina masih tidak nampak semua itu.

            Makanan di atas meja dibiarkan sejuk tidak bersentuh. Hatinya turut beku saat melihat Zachary memegang erat tangan Nina. Kalau dulu dia masih boleh bersabar dengan apa yang dia nampak, tapi kini dia sendiri tidak pasti. Kalau Nina masih berterusan begitu, Daniel Arman bimbang. Bimbang jika kesabarannya menipis. Dia hanya manusia biasa. Walaupun dikurniakan akal untuk berfikir, kadangkala hatinya tidak dapat lari dari berperasaan negatif, dari sangkaan buruk. Tambahan lagi Nina terlalu sukar untuk dia dekati. Seperti kata-kata Zachary suatu masa dulu. Nina hanya jinak-jinak merpati, bila mendekat dia akan lari.

            Daniel Arman meraup lembut wajahnya, saat itu dia tidak dapat lari dari berfikiran negatif. Dia mula mempersoalkan kejujuran Nina. Betulkan Nina benar-benar naïf seperti yang dilihatnya ataupun semua itu hanya lakonan Nina semata-mata. Lakonan yang hanya ingin mengaburi mata yang melihat. Daniel Arman tidak pasti, tapi satu perkara yang dia pasti, Nayli Imanina yang dikenali itu terlalu sukar untuk difahami, terlalu jauh untuk digapai dan terlalu kabur untuk dibaca. Sejujurnya dia sendiri tidak mengenali siapa sebenarnya Nina.





“Ada keluar ke mana-mana semalam?” Soal Daniel Arman apabila Nina berdiri betul-betul dihadapannya.

            Sementara Nina serba salah untuk menjawab. Memang dia ada keluar dengan Zachary semalam tetapi dia keluar kerana hendak mencari hadiah Daniel Arman, tiada tujuan dan niat lain. Pada mulanya memang dia enggan menerima perlawaan Zachary untuk keluar mencari hadiah bersama tetapi Zachary terus mendesak, menyebabkan dia rimas hendak menanggapi sikap Zachary yang satu itu.

            “Nina, I’m waiting..” Sambung Daniel Arman apabila dilihatnya Nina masih mendiamkan diri.

            “Saya keluar dengan Zachary.” Ucap Nina lambat-lambat. Sukar rasanya untuk dia berterus terang dengan Daniel Arman.

            “Nina tahu tindakan Nina tu boleh bawa kepada nusyuz?” Soal Daniel Arman kembali. Wajahnya serius namun bicaranya masih dikawal sebaik mungkin.

            Nina diam tidak beriak. Memang dia salah kerana keluar bersama Zachary tanpa pengetahuan Daniel Arman tetapi dia juga tidak punya pilihan. Zachary terlalu kuat mendesak dan dia pula rimas dengan desakan Zachary.

            “Kalau sekali lagi saya tahu Nina keluar dengan lelaki tanpa izin saya, saya tak kan teragak-agak untuk sedarkan yang Nina tu masih isteri saya. Faham?” Kata Daniel Arman tegas.

            Nina hanya mengangguk. Sepatah kata pun tidak keluar dari bibirnya. Dia tahu dia salah. Walau seribu hujah pun yang dia kemukakan kepada Daniel Arman saat itu, tetap tidak akan berpihak kepadanya.

            “Jangan kata saya tak ingatkan pula.” Sambung Daniel Arman lagi.

            Nina berlalu sejurus Daniel Arman berhenti mengingatkan tentang statusnya. Kata-kata Daniel Arman itu memang tidak dapat dia nafikan dan sebagai isteri kepada lelaki itu dia seharusnya lebih faham akan hal itu. Walaupun dia cuma isteri di atas kertas namun hubungan itu tetap tidak dapat dinafikan. Salah bagi seorang isteri yang keluar rumah tanpa izin suami.

 p/s-maaflah kalau entry ni pendek sikit. Cik Tulip sedang berusaha..

Sunday, 8 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 18

Kepada yang merindui Danish Arham. This rebel bad guy dah kembali, enjoy :)....
BAB 18



Puntung rokok yang habis dihisap dijentik keluar dari balkoni bilik. Beberapa percikan api kecil berterbangan ditiup angin dari tingkat sepuluh Hotel Hilton. Danish Arham membuang pandang ke arah jalan yang sayup-sayup kelihatan. Beberapa kenderaan masih lagi bertali arus walaupun jarum jam sudah menginjak ke pukul tiga pagi. Sudah hampir sebulan dia menginap di situ. Semenjak pertemuan dengan Nina dulu hatinya tidak pernah tenteram. Seringkali tidurnya terganggu, terganggu dengan bayangan Nina. Wajah dan bentuk tubuh Nina seringkali mengisi ruangan fikirannya.

Danish Arham menghela nafas. Rambutnya dilurut kasar. Tidak tahu kenapa ingatannya kuat terarah pada Nina sejak dia bertemu semula dengan wanita itu. Terasa kesal kerana dia menolak Nina dahulu. Dan lebih kesal lagi kerana Nina telah menjadi adik iparnya. Isteri kepada Daniel Arman.

Danish Arham kemudiannya membuang pandang ke dada langit. Dia mengimbas semula tentang pertemuan kali pertamanya dengan Nina.





Salamah mengalihkan beberapa pasu milik Datin Rogayah yang ditanam dengan pelbagai jenis orkid. Pasu itu kemudiannya disusun semula di ruang yang diminta oleh Datin Rogayah sementara Nina membantu ibunya untuk menggembur-gembur tanah yang telah padat di dalam pasu. Begitulah kebiasaan Nina, bila sahaja cuti semester dia akan datang membantu ibunya di banglo Datin Rogayah dan Datuk Zainudin.

            Di tingkat dua banglo itu, disebalik sliding door gelap yang dilitupi langsir tebal berdiri Danish Arham. Dia sedang leka memerhatikan Nina yang leka membantu Salamah menggembur tanah. Sekali sekali dia terdengar gelak ketawa Nina apabila dia lihat kedua-dua beranak itu bergurau senda. Manis wajah Nina ditatap penuh minat.

            Disebalik baju kurung cotton itu, Danish Arham membayangkan bentuk tubuh Nina. Lama dia merenung tingkah manja Nina bergurau senda dengan ibunya. Saat itu dia tidak dapat membendung keinginannya untuk memiliki Nina. Dia nekad, suatu hari nanti dia pasti mahukan Nina, mahukan Nina jatuh ke tangannya.





Danish Arham meraup wajahnya sekaligus menerbang pergi segala ingatan lalu. Kali pertama melihat Nina dia sudah tidak dapat mengawal dirinya. Rentetan itulah yang membawa kepada peristiwa onar yang pernah dilakukan pada Nina dahulu. Tidak tahu kenapa, saat itu dia rasa menyesal kerana melepaskan Nina dahulu. Sepatutnya dia menggalas tanggungjawab dan tidak melarikan diri tetapi pada waktu itu, dia buntu. Dia hanya fikirkan keseronokan semata-mata. Bila diberitahu Nina mengandung hasil perbuatan khianatnya, dia bertindak melarikan diri. Tidak mahu memikirkan perkara yang akan menghadkan kegiatan masa mudanya. Tidak mahu memikul tanggungjawab pada usianya yang masih muda. Masa yang sepatutnya dihabiskan untuk berseronok.

Disebabkan itu juga, kini Nina menjadi hak milik Daniel Arman. Adik kembarnya itu bertindak menjadi kambing hitam demi menjaga nama baik keluarga. Tetapi itu semua tidak menjadi masalah kepada Danish Arham. Dia tidak peduli dengan apa yang berlaku pada Daniel Arman. Yang merunsingkan dirinya kini ialah bagaimana dia ingin mendapatkan semula Nina dari Daniel Arman. Kala itu, hanya Nina yang difikirkan, perkara-perkara lain dia tolak ke tepi. Bagaimana untuk dia mendapatkan Nina kembali

Danish Arham masuk ke bilik. Tubuhnya kemudian direbahkan ke tilam empuk. Dia membuang pandang ke syiling bilik, otaknya ligat memikirkan rencana untuk dia mengambil Nina dari tangan Daniel Arman. Selama ini dia tidak pernah kalah dengan Daniel Arman. Selalunya Daniel Arman lah yang terpaksa mengalah dengannya. Menanggung semua kesalahannya, mengalah dalam banyak perkara. Memang sudah terbukti Daniel Arman bukan lawannya. Adik kembarnya itu terlalu baik. Terlalu naïf. Danish Arham pasti, suatu hari nanti pasti Nina akan menjadi miliknya.

Jenuh berfikir, akhirnya Daniel Arman mendapat satu idea. Dia pantas bangun menuju ke meja yang diletakkan telefon bimbitnya tadi. Jari-jemarinya pantas mendail nombor. Dia labuhkan semula punggungnya ke birai katil. Telefonnya dilekap ke telinga dan Danish Arham menunggu sehingga panggilannya bersambut.

“Hello.” Terdengar suara serak-serak basah menyambut panggilan Danish Arham.

“Daddy, sorry ganggu, I need to speak with you.”Ucap Danish Arham tidak sabar.

“Dan!, it’s four o’clock in the morning!.” Sahut Datuk Zainudin terkejut dengan panggilan yang mengganggu tidurnya.

“Sorry Dad, but this is important.” Kata Danish Arham lagi.

“Can we talk about it tomorrow?”Saran Datuk Zainuddin. Betul-betul terganggu dengan panggilan Danish Arham.

“This is important, can’t wait until tomorrow.”Kata Danish Arham.

“Apa yang penting sangat sampai tak boleh tunggu esok.” Kata Datuk Zainudin. Bukan dia tidak tahu dengan sikap Danish Arham, kalau ada perkara yang dia mahukan, dia tidak pedulikan orang lain. Selalu sahaja anaknya itu bertindak mengikut kepala sendiri. Jarang-jarang sekali mendengar kata orang.

“I want a post at DZMS MALL.” Sambung Danish Arham sekaligus menyatakan hasrat hatinya.

“What!, since when Dan mula fikir pasal kerja ni. Bukan ke selama ni daddy dah supply enough money for you.” Ujar Datuk Zainuddin hairan.

“This time is different, I want a job a DZMS MALL.” Ucap Danish Arham dalam senyuman. Dalam mindanya sudah terencana agenda.

“can we talk over this matter tomorrow, it’s really late now and I need to get back to sleep.”Luah Datuk Zainuddin. Hal-hal penting begitu harus difikirkan dengan mendalam. Harus dibincang dari muka ke muka.

“Okey Dad, I’ll see you tomorrow to discuss further.” Balas Danish Arham seraya menekan butang tamat talian pada telefon bimbit touch screennya.

Danish Arham kemudiannya merebahkan tubuhnya ke katil. Dia tersenyum, selepas ini dia tidak lagi perlu runsing. Hasratnya telahpun dinyatakan kepada Datuk Zainuddin, pasti bapanya itu tidak akan mengecewakan dia. Dalam melayani fikirannya, dia terlena sendiri.





“Mimpi apa pula Dan dah nak kerja ni?” Soal Datuk Zainudin apabila makanan yang dipesan oleh mereka habis dimakan beberapa minit tadi.

            “Daddy tahu tak yang Nina sekarang kerja dengan El?” Soal Danish Arham tanpa menjawab persoalan Datuk Zainudin. Air di gelas disedut perlahan.

            “Nina?” Soal Datuk Zainudin pelik.

            “Yes.. Nina, your daughter in law.” Sambung Danish Arham.

            “Dia kerja dengan El ?,since when?, kenapa El tak pernah bagitahu daddy?” Soal Datuk Zainudin bertalu-talu. Hairan kenapa dia tidak tahu menahu akan hal itu sedangkan Danish Arham boleh tahu.

            “Sejak bila, Dan tak tahu tapi memang dia kerja dengan El.” Lanjut Danish Arham.

            “I’ll get her fired.” Kata Datuk Zainuddin penuh dendam. Entah kenapa sejak Nina mengaku mengandungkan anak Danish Arham dulu, dia sangat membenci Nina. sebelum itu bukan dia tidak pernah bertemu Nina, malah Nina selalu datang menolong Salamah sewaktu wanita lebih separuh abad itu masih hidup dan berkhidmat di banglonya dulu. Namun kala itu, Nina dan Salamah hanya ‘invisible people’ kepadanya. Mereka hanya pekerja dan dia majikan. Hubungan mereka jelas hanya setakat itu sahaja. Dia tidak mahu menlanjutkan hubungan itu menjadi ikatan yang lebih erat dan kukuh sementelah mereka hanya orang bawahan yang bekerja untuknya.

            “You can’t fired her dad.” Kata Danish Arham sekaligus mematikan lamunan Datuk Zainuddin.

            “I have the power to do so.” Sahut Datuk Zainuddin pula.

            “Biarkan dia kerja dengan El, sebab tu Dan nak kerja dekat Mall tu, I want to get her back, kalau daddy pecat dia, rosak la perancangan Dan.” Ucap Danish Arham sambil menolak gelas yang sudah kosong ke sisi meja. Sekaligus dia memberitahu Datuk Zainudin tentang perancangannya.

            “Semua post dalam Mall tu dah penuh, daddy pun tak tahu nak letak Dan dekat mana.” Luah Datuk Zainudin, memang sejak Danish Arham memaklumkan perancangannya itu, dia pening memikirkan jawatan apa untuk diberi kepada Danish Arham.

            “I want El’s post.”Jawab Danish Arham sambil membuang pandangan kosong ke hadapan.

            “What!, first you want his wife, now you want his post pula.” Datuk Zainuddin ketawa sinis mendengar permintaan Danish Arham. Kata-kata itu jelas menunjukkan Danish Arham memang tidak matang dalam banyak hal.

            “Kenapa?, kan daddy mampu buat semua tu.” Jawab Danish Arham.

            “Of course daddy mampu buat semua tu, tapi daddy tak kan buat macam tu. El run the Mall so well, he’s a good manager, kalau Dan ambil alih tempat El, the Mall will crush down.” Sambung Datuk Zainudin dalam ketawa besar. Dia beterus terang. Walaupun Daniel Arman bukan anak kesayangannya tapi dia akui kebolehan Daniel Arman menguruskan perniagaannya.

            “Kalau macam tu, you’ll have to fired someone.” Saran Danish Arham.

            “I’ll think futher, see if I can do something about it, any news I’ll let you know.” Janji Datuk Zainudin seraya bangun meninggalkan Danish Arham.

            Sementara Danish Arham membuang pandangan kosong ke arah Datuk Zainudin yang semakin menghilang dari pandangan matanya. Tanpa sedar bibirnya mengukir senyum gembira. Selesai sudah satu masalahnya. Sekarang dia perlu lebih berfikir keras, bagaimana pula untuk dia mendekati Nina.  Kotak rokok dikeluarkan dari poket seluar jeansnya. Sebatang rokok dikeluarkan dan diselitkan dibibirnya yang sedikit lebam. Pantas dia menyalakan lighter dan membakar hujung rokok. Batang rokok disedut dalam dan asapnya dihembus perlahan. Dalam mindanya dia hanya membayangkan Nina. Nina dalam genggamannya.
P/s-tak sangka ramai juga yang minat Danish Arham ye.... :)

Saturday, 7 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 17

Kepada yang merindui Danish Arham, bab 18 dan akan muncul semula.nantikan ye,hehe :) hopefully semua rakan enjoy dengan entry kali ni. lagi kisah El Nina.dah macam taufan punya nama pula El Nina... :) Enjoy...
BAB 17



Zachary menghampiri Nina dari belakang semasa Nina sedang leka memfotokopi beberapa dokumen. Ada perkara yang ingin dibincangkan bersama Nina dan ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada wanita itu.

            “Hai.” Ucap Zachary apabila dia berdiri dihadapan Nina. Kemeja Polo berwarna ungu yang dipadankan dengan neck tie dari rona sama yang tersemat kemas di tubuhnya menyerlahkan lagi kekacakkan wajahnya. Kedua-dua tangannya diseluk ke dalam poket seluar slack berwarna hitam.

            “Encik Zach, baru sampai?” Soal Nina, tangannya lincah membuat fotokopi beberapa dokumen buyer.

            “Dalam setengah jam lepas, prihatin juga you kat I kan. You tak rindu ke lama tak jumpa I?” Soal Zachary dalam senyum sebaris. Wajah Nina ditenung lama. Terasa rindu ingin menatap seraut wajah lembut Nina setelah beberapa hari dia outstation.

            “Ada apa hal Encik Zachary cari saya?” Soal Nina terus terang. Tentu ada sesuatu yang Zachary inginkan darinya sehingga mencarinya di situ.

            “I rindu kat you la.” Sambung Zachary.

            “Encik Zach ada nak saya tolong apa-apa?, lepas fotostat semua ni boleh saya tolong.” Kata Nina tanpa membalas kata-kata Zachary sebentar tadi.

            Zachary mengeluh mendengar bicara Nina. memang Nina tidak pernah serius bila dia membangkitkan soal hati dan perasaannya.

            “Saya nak ajak Nina lunch, ada benda saya nak bincangkan dengan Nina.” Ucap Zachary serius.

            “Tengahari ni saya tak keluar la Encik Zach, ada kerja nak siapkan sikit.” Dalih Nina. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu memberikan harapan kepada Zachary.

            “Saya bukan ajak suka-suka. Ada benda yang nak bincangkan dengan Nina.”Luah Zachary. Memang dia sudah masak dengan sikap Nina yang suka mengelak darinya.

            “Hal apa?, tak boleh bincang kat office je?.” Soal Nina lagi.

            “Semua staff minta saya bincang dengan Nina, nak buat surprise party untuk birthday  Encik Arman Sabtu minggu depan. Saya nak bincang dengan Nina tentang perjalanan majlis tu nanti dan nak pilih tempat kat mana nak buat birthday party tu.” Sambung Zachary.

            “Bila Encik Zach nak keluar?” Soal Nina kembali.

            “lunch hour la, kalau boleh mintak kebenaran dari Arman untuk balik office lambat sikit. Saya nak bincang pasal nak beli hadiah birthday dia sekali.” Kata Zachary lagi.

            “Baiklah, nanti saya jumpa Encik Arman, minta kebenaran keluar.”Sahut Nina.





Nina melangkah masuk ke dalam bilik Daniel Arman apabila mendapat kebenaran dari lelaki itu setelah pintu biliknya diketuk Nina beberapa minit yang lalu. Daniel Arman yang sedang duduk-duduk santai selepas menyemak beberapa dokumen di atas mejanya memberi tumpuan kepada Nina yang sedang berjalan menghampiri mejanya. Susuk tubuh Nina diperhatikan dari kerusi duduknya.

            Nina kelihatan anggun apabila mengenakan kemeja berwarna merah jambu dengan corak bunga berwarna merah hati dan dipadankan dengan skirt labuh juga berwarna merah hati bersama tudung dari rona warna yang sama. Nina yang dikenali kini sangat berbeza dengan Nina lima tahun dahulu. Nina sekarang nampak lebih matang, berkeyakinan dan sudah pandai berfesyen. Itu pendapat Daniel Arman dari pemerhatiannya terhadap perwatakan baru Nina.

            “Encik Arman, saya nak lunch kat luar hari ni, saya nak minta kebenaran untuk masuk lewat sikit.” Kata Nina terus terang apabila berdiri betul-betul dihadapan meja Daniel Arman.

            “Kenapa?” Soal Daniel Arman. Jarang-jarang Nina minta izin untuk keluar makan tengahari. Dia menyandarkan tubuhnya ke kerusi duduknya.

            “Saya ada hal sikit.”Ujar Nina, dia belum mahu memberitahu sebab sebenar tujuan dia mahu keluar.

            “Hal penting?” Soal Daniel Arman lagi. Keningnya diangkat apabila mata Nina dan matanya bertaut.

            Nina hanya mengangguk, dia lekas-lekas melarikan anak mata. Tidak selesa bila Daniel Arman bertindak merenungnya dengan renungan yang sukar dimengertikan maksudnya. Kebiasaannya dia memang begitu. Tidak betah bertentang mata dengan Daniel Arman.

            “Penting sangat sampai terpaksa masuk lambat?” Soal Daniel Arman lagi. Tentu ada perkara yang disembunyikan Nina dari pengetahuannya kerana jarang-jarang sekali Nina bersikap seperti itu. Seingatnya sepanjang Nina bekerja dibawahnya, tidak pernah lagi Nina meminta izinnya seperti itu.

            “Kalau tak penting, saya tak minta keluar Encik Arman.” Sahut Nina, untuk berterus terang, dia bimbang ‘surprise party’ takkan menjadi surprise lagi.

            “Kalau macam tu saya bagi kebenaran Nina balik lambat, tapi jangan lambat sangat sebab Nina tu tanggungjawab saya.” Sambung Daniel Arman, sengaja dia menekankan perkataan tanggungjawab itu. Wajah lembut Nina ditatap lama. Entah kenapa dia merasakan Nina seolah-olah tidak faham dengan gelodak perasaannya.





Zachary merenung wajah Nina yang sedang menyedut air carrot susu dari gelas besar. Baru sebentar tadi mereka menghabiskan makan tengahari bersama. Memang Zachary sengaja memilih tempat makan yang jauh dari lokasi pejabat mereka. Lagipun memang restoren sup herba Pantai Dalam itu sudah menjadi tempat kegemaran dia menjamu selera sejak dulu lagi. Walaupun datang dari keluarga berada namun perwatakan Zachary lebih santai, lebih menyerupai orang kebanyakan yang lain.

            “So, macam mana?” Soal Zachary apabila Nina berhenti menyedut air dari gelas.

            “Maksud Encik Zach, pasal birthday party tu?” Nina buat-buat tanya. Dia tidak selesa dengan panahan mata Zachary yang sedari tadi lebih banyak merenungnya.

            “Ermm.” Jawab Zachary sepatah. Kini giliran dia pula menyedut minuman.

            “Encik Zachary nak bincang pasal apa?” Soal Nina sambil bermain-main dengan straw ditangannya.

            ‘Nina rasa, kat mana tempat yang sesuai?” Soalan Nina dibalas soalan juga.

            “Encik Zach rasa?” Soal Nina kembali.

            “Kan saya tanya Nina.”Jawab Zachary dalam nada seloroh.

            “Saya bukan pakar sangat dalam hal ni, sepatutnya pasal benda ni kena serah kat Wati, kerani HR tu. Bukan ke kalau anjurkan birthday party untuk staff, bahagian personel punya kerja, biar diaorang je la yang uruskan” Jawab Nina. Tidak faham kenapa kerja yang biasanya diuruskan oleh bahagian Sumber Manusia itu diserahkan kepada dia.

            “Itu kalau staff biasa, boleh la serah pada diaorang. Masalahnya sekarang ni Encik Arman tu GM kita, mana boleh join majlis biasa-biasa dengan staff. Kena lah rancang yang grand-grand sikit untuk dia.” Sahut Zachary.

            “Habis tu sekarang ni macam mana?” Soal Nina kembali. Memang dia betul-betul buntu untuk berfikir. Belum pernah lagi dia dipertanggungjawabkan untuk uruskan hal-hal begitu.

            “Macam nilah, Nina try contact hotel-hotel yang berhampiran. Tanya management diaorang, boleh tak kita nak anjurkan function macam birthday party tu kat ballroom diaorang, lepas tu maklumkan kita cuma nak sewa untuk satu malam je. Tanya apa package yang diaorang ada offer sekiranya kita nak buat function tu. Dan jangan lupa minta quotation harga perkepala untuk mudahkan kita buat budget. Terang Zachary panjang lebar. Sebagai orang yang berpengalaman, dia lebih tahu bagaimana nak anjurkan majlis-majlis besar seperti itu.

            ‘Itu je tugas saya?” Soal Nina lagi. Segala pesanan Zachary dia catatkan pada buku nota kecil yang selalu dibawa dalam handbagnya.

            “Tugas Nina yang lain ialah cari hadiah Encik Arman, tapi sebelum tu saya nak minta Nina tolong risik-risik dari Encik Arman, dia prefer orang hadiahkan apa untuk birthday dia tapi jangan sampai bocorkan rahsia pasal surprise party ni.” Sambung Zachary lagi.

“Hadiah tu nak cari kat mana, kalau Encik Arman minta benda yang susah nak cari, macam mana pulak.” Luah Nina. Terasa berat tanggungjawab yang dipikulnya saat itu.

“Pasal tu Nina jangan risau. Kalau nak pergi cari hadiah nanti, saya akan ikut sekali.” Terang Zachary dalam senyuman lebar. Seronok rasanya bila dapat keluar dengan Nina. Bukan selalu dia boleh habiskan masa bersama Nina begitu.

“And lagi satu, jangan lupa jemput Cik Azzura masa majlis tu berlansung nanti, dia pun kena ada.” Sambung Daniel Arman.

Mendengarkan sahaja nama Azzura, Nina terus termenung. Entah kenapa hatinya sakit apabila nama itu disebut. Cemburukah dia. Kalau cemburu, layakkah dia berperasaan begitu terhadap Daniel Arman.

“Nina, sebenarnya ada lagi satu perkara saya nak bincangkan dengan Nina.”Ucap Zachary lambat-lambat. Sedari tadi hatinya berdebar-debar ingin menyatakan hasrat hatinya itu.

Nina yang tersedar dari lamunannya memerhatikan Zachary dengan penuh tanda tanya. Hal apa lagi yang ingin dibincangkan.

“I want to marry you Nina.” Kata Zachary sambil meraih jari jemari Nina.

Nina yang terperanjat dengan kata-kata yang baru terluah dari mulut Zachary bertindak menarik tangannya dari genggaman Zachary.

“Apa yang Encik Zach cakap ni?” Ucap Nina, berpura-pura dia tidak faham dengan luahan perasaan Zachary.

“Nina please ,jangan pura-pura tak faham. Saya rasa sebelum ni pun dah banyak kali saya luahkan perasaan saya pada Nina. Saya tak kisah dengan status Nina. Sudah tiba masanya Nina bagi saya peluang. Dah empat tahun berlalu sejak suami Nina meninggal. Takkan Nina masih tak boleh let go semua tu. Tolonglah Nina, bagi saya peluang untuk mendekati Nina.” Luah Zachary dalam nada yang lembut. Sekali lagi jemari Nina ditarik kedalam tangannya. Kali ini genggaman jemari Nina dieratkan sehingga menyukarkan Nina merungkainya kembali.

“Maafkan saya, saya tak boleh.” Ujar Nina sambil cuba menarik tangannya dari tangan Zachary.

“Tolonglah pertimbangkan, saya tak pernah berniat tak elok. Saya ikhlas nak lamar Nina.” Sambung Zachary lagi.

“Saya tak boleh, tolong lepaskan tangan saya.” Rayu Nina. Memang mustahil bagi dia menerima cinta Zachary sedang dirinya masih memegang status sebagai seorang isteri. Isteri kepada Daniel Arman. Benarlah kata-kata Datuk Zanuddin suatu ketika dahulu, Daniel Arman tidak pernah terikat dengannya, hanya dirinya yang terikat dalam ikatan perkahwinan itu, sedang Daniel Arman bebas memilih siapa calon isterinya yang lain. Hatinya sebak mengenangkan semua itu.

“Saya nak Nina balik dan fikirkan kata-kata saya. Dan saya nak bagi Nina benda ni. Saya minta Nina fikirlah semasak-masaknya sebelum buat keputusan.” Kata Zachary seraya menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan satu kotak yang diselaputi baldu berwarna merah. Kotak itu pantas diletakkan diatas tapak tangan Nina sebelum sempat wanita itu menolak.

Zachary bersegera bangun dan menjelaskan bayaran. Dia kemudian melangkah menuju ke kereta meninggalkan Nina yang masih terpinga-pinga cuba mencerna apa yang baru berlaku.

Nina akhirnya turut bangun dan berjalan lemah ke kereta Zachary. Dia masih terkejut dengan tindakan Zachary. Masakan dia boleh menerima lamaran itu sedangkan dia masih lagi isteri orang. Dan orang itu tidak lain dan tidak bukan ialah Daniel Arman, bosnya dan juga bos Zachary.





Daniel Arman termenung jauh ke hadapan dengan renungan kosong. Baru sebentar tadi dia berniat untuk membuka pintu kereta dan keluar untuk makan tengahari di situ. Namun apabila matanya menangkap sandiwara dua insan yang sangat dia kenali itu, dia tidak jadi membuka pintu kereta. Dia berdiam lama disitu, memerhatikan ulah Zachary dan Nina. Dia cuba menyingkirkan semua perasaan negatif yang bertamu namun dia tidak berdaya menafikan apa yang dijamah matanya sebentar tadi.

            Hatinya luluh tatkala melihat tangan Zachary dan tangan Nina bertaut antara satu sama lain. Hal itukah yang dimaksudkan Nina hal penting tadi, semasa meminta izin darinya untuk keluar. Terasa benarn betapa dayus dirinya saat itu apabila menyaksikan kecurangan isteri sendiri. Apabila semua itu berlaku, dia mula terfikir untuk melepaskan Nina. kenapa selama ini dia tidak nampak, yang Nina tidak pernah memberi perhatian kepada dirinya.

            Hatinya turut hancur apabila matanya tertancap pada kotak bersalut baldu berwarna merah ditangan Nina semasa wanita itu melintasi keretanya sebentar tadi. Butakah dia kerana selama ini dia tidak pernah nampak kemesraan yang terjalin antara diri Nina dan Zachary.

            Sebelum ini dia menganggap masih ada harapan untuk dia dan Nina bersatu. Nina, wanita yang dikahwini tanpa cinta. Memang dulu dia tidak pernah rela dengan takdir itu tetapi itu dulu, waktu itu dia masih muda dan mentah. Masih belum boleh berfikir dengan matang. Kini dia sudah boleh berfikiran jauh. Perkahwinannya dengan Nina sudah menjadi tanggungjawabnya kini. Dia tidak boleh lari dari tanggungjawab itu. Takdir yang mempertemukan mereka. Memang sudah tercatat jodohnya dengan Nina di loh mahfuz walaupun cara jodoh itu datang kepadanya dulu, bukanlah dengan cara biasa. Namun dia redha. Dia nekad untuk menyempurnakan tanggungjawab itu bersama Nina.

            Namun itu perasaannya sebelum dia menyaksikan sandiwara Nina sebentar tadi. Setelah melihat apa yang Nina dan Zachary buat tadi. Hatinya digayuti rasa curiga dan was-was. Mana mungkin dia menyempurnakan tanggungjawabnya sekiranya hati Nina sudah terpaut pada orang lain.

            Daniel Arman menghidupkan enjin kereta. Hatinya yang pedih dibiarkan. Buntu fikirannnya memikirkan hal dirinya dan Nina. belum pun dia berjaya merungkai permasalahan mereka. Kini muncul lagi masalah yang baru. Terasa egonya tercabar dengan tindakan Nina tadi. Namun untuk bertindak melulu, bukanlah cara dia menyelesaikan masalah. Dia akan bertenang dahulu, bila dirasakan masanya bersesuaian, dia akan mengajukan hal itu kepada Nina. Antara dirinya dan Nina, masih ada yang belum selesai.





“Ada apa hal Nina nak jumpa saya.” Sebelum sempat Nina melabuhkan punggung, Daniel Arman sudah mengajukan soalan.

            “Saya tengah buat kaji selidik ni. Encik Zachary tugaskan saya untuk buat survey ke atas semua kakitangan.” Jawab Nina seraya duduk walaupun Daniel Arman tidak mempelawa.

            “Kaji selidik tentang apa?” Lanjut Daniel Arman. Pelik juga dengan kata-kata Nina. selama dia mengendalikan pasaraya itu belum pernah lagi kaji selidik dijalankan ke atas kakitangan syarikat. Dan yang lebih pelik lagi yang menganjurkan kaji selidik tersebut terdiri dari kakitangan syarikat sendiri. Pelik bin Ajaib, desis Daniel Arman dalam hati.

            “Encik Arman sibuk ke, kalau sibuk saya datang lain kali je. Tak nak ganggu masa Encik Arman.” Kata Nina apabila dia menyedari Daniel Arman seolah-olah hilang dalam fikirannya sendiri.

            “Kaji selidik tentang apa?” Tanya Daniel Arman sekali lagi bila soalannya tadi tidak dijawab oleh Nina.

            “Pasal hadiah apa yang staff kita prefer untuk birthday present diaorang.” Lanjut Nina sekaligus menjawab persoalan Daniel Arman.

            “Sejak bila pula perkara macam tu pun nak kena buat survey?” Soal Daniel Arman pelik. Keningnya diangkat tinggi.

            “Entahlah, Encik Zachary kata polisi baru syarikat.” Dalih Nina. Walhal hanya dia dan Zachary sahaja yang tahu tentang perancangan itu. Pada awalnya memang dia tidak mahu terlibat dalam hal ‘tipu menipu’ ni tapi oleh kerana Zachary memberikan jaminan rahsia itu tidak akan terbongkar, maka dengan itu dia dalam ‘berani-berani takut’ mengikut sahaja rencana Zachary.

            “Kalau macam tu, saya kena fikir dulu. Macam mana kalau saya bagitahu minggu depan. Sekarang banyak benda nak kena dahulukan. Kalau pasal hadiah kena ambil masa lama untuk fikir.” Kata Daniel Arman lagi. Dia berpura-pura berfikir jauh sekadar mahu melihat reaksi Nina.

            “Lambatnya minggu depan, tak kan lah fikirkan hadiah pun kena ambil masa sampai seminggu?” Soal Nina dalam riak pelik.

            “Kalau macam tu Nina ikut saya dinner malam ni. Saya akan bagi jawapan on the spot, tak payah Cik Nina tunggu lama nak dapatkan jawapan dari saya. Macam mana?” Soal Daniel Arman sambil menjungkit kening. Sengaja dia menekankan perkataan CIK itu.

            “Kalau Encik Arman prefer macam tu, saya ikut je la.” Ucap Nina. Malas berdolak dalik dengan Daniel Arman, dia hanya mahukan jawapan Daniel Arman sahaja. Matlamat menghalalkan cara, desisnya dalam hati.

            “Kalau macam tu, malam ni saya ambil Nina kat rumah pukul lapan.” Lanjut Daniel Arman dalam senyum nipis. Berbunga riang hatinya dapat keluar bersama Nina.





Suasana romantis dalam restoren mewah itu menambahkan ketidakselesaan Nina. Dia tidak menyangka Daniel Arman akan membawanya ke situ. Harapannya Daniel Arman akan membawa dia ke tempat biasa sahaja. Dia tidak selesa berdua-duaan begitu dengan Daniel Arman.

            “So macam mana dengan jawapan yang saya minta siang tadi?” Soal Nina memecahkan kesunyian antara mereka selepas masing-masing selesai makan beberapa minit yang lalu. Dia membuang pandang ke arah orang yang lalu lalang. Tidak mahu bertentang mata dengan Daniel Arman.

            “Ada sesuatu yang saya tak tahu ke ni, sampai saya ajak dinner pun Nina sanggup keluar. Selalunya nak ajak lunch pun susah.” Soal Daniel Arman tanpa menjawab soalan Nina, terbetik rasa hairan dihatinya saat itu.

            “Tak adalah Encik Arman, cuma polisi baru syarikat sahaja.” Dalih Nina, hampir-hampir terhambur air yang disedutnya tadi. Nasib baik dia berjaya mengawalnya.

            “ermm, susah juga soalan awak tu.” Sambung Daniel Arman.

            Untuk seketika mereka terdiam tanpa bicara.

            “Kalau pasal hadiah birthday…” Daniel Arman berhenti, dia diam untuk seketika. Tubuhnya disandar pada kerusi yang dibaluti kain putih dan diikat dengan reben merah bersaiz besar.

            “saya prefer seluar dalam hush puppies.” Sambung Daniel Arman dalam senyuman.

            Pecah ketawa Nina mendengarkan jawapan Daniel Arman. Terasa kelakar mendengarkan jawapan yang keluar dari mulut Daniel Arman. Mana mungkin pihak syarikat akan menghadiahkan Daniel Arman seluar dalam. Tambahan pula hadiah tersebut nanti akan diserahkan dihadapan semua staff, tidak dapat Nina bayangkan kalau semasa majlis itu berlansung nanti, Daniel Arman akan menerima hadiah seluar dalam dihadapan semua yang hadir.

            Sementara Daniel Arman hanya memerhatikan tingkah Nina. Kali pertama dia melihat Nina ketawa gembira sehingga menampakkan barisan-barisan gigi yang putih dan tersusun rata. Terlalu manis bila Nina berkeadaan begitu. Matanya tidak lepas memandang wajah Nina yang bertukar kemerahan akibat ketawa yang terhambur. Seketika kemudian Daniel Arman tersenyum sebaris.

            Nina yang menyedari renungan mata Daniel Arman terus menekup mulutnya dengan tangan, mematikan gelaknya yang bertali arus sejak Daniel Arman memberikan jawapan tadi. Tiba-tiba dia rasa tidak selesa dengan senyuman Daniel Arman. Senyuman yang sukar untuk dia mengertikan maksudnya. Senyuman yang menyimpan seribu makna.

            “Dah puas gelak?” Soal Daniel Arman dengan wajah serius.

            Nina diam tidak berkutik. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak.

            “Sekali lagi awak gelakkan saya macam tu, saya angkut awak balik rumah malam ni, Faham?” Sambung Daniel Arman dengan kedua-dua keningnya terangkat. Sengaja dia seriuskan roman wajah.

            Nina hanya mengangguk faham. Tersedar dari ketelanjuran dirinya mentertawakan Daniel Arman. Wajahnya tiba-tiba berubah riak, daripada gembira kepada runsing. Tidak ada kata yang terluah dari bibirnya. Terasa gerun pula dengan ugutan Daniel Arman sebentar tadi.

            “Kelakar sangat ke jawapan saya bagi tadi?” Soal Daniel Arman lagi bila Nina terdiam membisu.

            Kali ini Nina menggeleng kepala cepat-cepat dan laju. Bimbang Daniel Arman mengugut untuk kali yang kedua.

            Sementara Daniel Arman tersenyum nipis melihatkan ulah Nina. Terkesan benar Nina dengan kata-katanya tadi. Hatinya tersenyum lebar, kelakar melihatkan wajah Nina yang sudah berubah riak.

            “Erm, lain kali jangan gelakkan saya macam tu, kalau Nina buat lagi, saya akan gunakan kuasa authority saya. Lagipun Nina kan halal bagi saya.” Sambung Daniel Arman lagi apabila dilihatnya Nina hanya mendiamkan diri sambil menunduk wajah.

            Nina masih diam membisu untuk seketika.

            “Saya nak balik.” Tiba-tiba Nina bersuara dalam nada suara yang bergetar. Terasa sebak bila Daniel Arman berkata begitu. Sampai hatikah Daniel Arman menggunakan kuasanya sebagai suami untuk memaksanya begitu.

            “Nina marah?” Soal Daniel Arman kembali. Getaran suara Nina yang dikesan telinganya terasa merentap tangkai hatinya. Tiba-tiba dia berasa bersalah menuturkan kata-kata itu sebentar tadi. Dia tidak berniat mengugut Nina, hanya sekadar usikan nakalnya sahaja untuk melihat reaksi Nina.

            “Encik Arman, saya dah letih la, nak balik dulu.” Kata Nina lagi. Kali ini nadanya bertukar lembut, memohon pengertian Daniel Arman.

            “Baiklah.” Ucap Daniel Arman lembut. Terasa menyesal pula dengan usikannya sebentar tadi. Baru sebentar tadi dia rasa sangat bahagia melihat senyum gembira Nina diwajah wanita itu, kini senyuman itu kembali hilang. Yang tinggal hanya kedinginan. Kedinginan yang seringkali menyeliputi mereka tatkala berdua-duaan begitu.





“Nina okey?” Soal Daniel Arman bila dilihatnya Nina lebih banyak membuang pandang keluar tingkap.

            “Okey.” Jawab Nina sepatah.

            “Kalau okey kenapa diam je, Nina masih marah pada saya.” Duga Daniel Arman.

            “Apa hak saya nak marah pada Encik Arman. Encik Arman kan bos saya.” Tukas Nina, walhal dalam hatinya dia terasa hati dengan kata-kata Daniel Arman semasa makan tadi.

            “Bos dan juga suami Nina.” Lanjut Daniel Arman. Dia berpaling memandang Nina yang duduk di tempat duduk penumpang.

            Nina diam tidak beriak. Matanya dibuang keluar tingkap walaupun tiada apa yang menarik perhatiannya di luar. Hanya kegelapan malam sahaja.

            “Obviously Nina masih marah pada saya.” Kata Daniel Arman lagi seraya memberhentikan kereta di bahu jalan.

            “Kenapa Encik Arman berhenti ni?.” Ucap Nina seraya berpaling menghadap Daniel Arman.

            Daniel Arman diam tidak menjawab. Handbrake kereta ditarik sejurus kereta berhenti. Kali ini giliran dia pula mengunci mulut.

            “Encik Arman jangan nak buat benda tak elok pada saya, nanti saya menjerit.” Kata Nina lagi. Teringat pada ugutan Daniel Arman direstoren tadi menyebabkan dia mula memikirkan kebarangkalian yang tidak elok.

            Daniel Arman menjeling Nina dengan ekor mata. Seketika kemudian dia terfikir idea nakal untuk mengenakan Nina. Sekali sekala tengok Nina merajuk dengannya, dia rasa suka.

            Nina sudah mula tidak selesa dengan tingkah Daniel Arman. Tubuhnya dirapatkan ke pintu. Sekiranya Daniel Arman mula bertindak diluar jangkaan, dia akan lari keluar.

            Baru Nina terfikir untuk membuka pintu dan lari, Daniel Arman sudah auto lock keretanya. Jantung Nina berdegup kencang dan tidak sekata. Terasa ingin luruh urat sarafnya saat itu. Segala kemungkinan sudah bermain-main dikepalanya. Terasa menyesal pula mengikut Daniel Arman keluar makan malam itu.

            “Berani ke keluar gelap-gelap macam ni?” Soal Daniel Arman dalam roman wajah yang sengaja diseriuskan.

            Daniel Arman yang perasan akan tingkah Nina yang seperti cacing kepanasan tersenyum dalam hati. Dia mula membuka tali pinggang keledarnya, kedua-dua tangannya kemudian diletakkan ke stereng kereta, untuk seketika dia berkeadaan begitu. Kemudian Daniel Arman rapatkan wajahnya ke wajah Nina, berpura-pura ingin mencium Nina.

Melihatkan wajah Nina yang pucat menyebabkan akhirnya ketawa Daniel Arman terhambur keluar. Gamat seisi kereta dengan ketawa Daniel Arman.

“Nina, Nina…” Kata Daniel Arman.

“Kalaupun saya nak buat benda tak elok kat Nina, tak kan la saya nak buat kat sini. Lebih baik bawa Nina balik rumah. Lebih selesa, ada katil, ada tilam empuk.” Sambung Daniel Arman dalam ketawa yang masih bersisa.

Sementara Nina masih diam disebelahnya. Entah kenapa saat itu Nina tidak mampu bereaksi. Dia marah dengan tindakan Daniel Arman mempermainkan dirinya begitu. Memang dia takut sebentar tadi, takut sekiranya Daniel Arman bertindak melakukan perkara yang tidak elok padanya. Takut sekiranya dia menjadi korban sekali lagi, korban kerakusan lelaki. Tanpa sedar air matanya menitis.

“Nina masih marah pada saya?” Soal Daniel Arman bila dilihatnya Nina diam sambil menunduk ke bawah.

Nina diam tidak menjawab pertanyaan Daniel Arman. Dalam hatinya ada rasa sedih yang bertamu. Sedih kerana Daniel Arman tegar mempermainkan perasaannya begitu.

“Nina…” Kata Daniel Arman seraya meraih jemari Nina ke dalam genggamannya. Kali pertama dia cuba memujuk wanita itu. Dia sudah bersedia sekiranya Nina menghamburkan kemarahan. Memang itu yang dia mahu, mahu Nina melepaskan marahnya, mahu Nina meluahkan apa yang terbuku dihati. Sukar bagi dia untuk memahami Nina sekiranya Nina masih menyembunyikan perasaannya.

Nina masih terdiam, dia hanya membiarkan Daniel Arman bermain-main dengan jari jemarinya. Terasa syahdu, seketika kemudian terdengar esakan kecil. Bahunya terhenjut-henjut menahan tangisan yang ingin melebat. Entah kenapa hatinya sayu bila Daniel Arman memujuknya begitu. Dia rasa terpujuk dengan bicara lembut Daniel Arman. Nina sendiri tidak pasti apa yang dia rasakan kala itu, tapi dia betul-betul pasti saat itu, dia sukakan perhatian Daniel Arman itu. Suka bila Daniel Arman memujuknya begitu. Mungkin juga jauh di sudut hatinya dia hanya mengharapkan Daniel Arman. Mengharapkan hanya lelaki itu yang menjadi suaminya. Mengharap cinta Daniel Arman tertumpah hanya untuknya. Mengharap kasih Daniel Arman tercipta hanya untuknya.

Namun untuk Nina menzahirkan kata-kata itu dimulutnya dia tidak berani atau lebih tepat lagi dia tidak punyai kekuatan apabila dia tahu hati Daniel Arman sudah dimiliki. Bimbang dia hanya melukut ditepian gantang. Mengharap pada kasih yang buka tercipta untuknya.

Sementara Daniel Arman terpana, tidak menyangka usikannya tadi membuatkan Nina menangis. Hatinya tersentuh tatkala melihat air mata Nina.

“Maafkan saya.” Ucap Daniel Arman lagi, tangannya mengusap lembut jemari Nina.

“Saya tak kan buat perkara yang di luar kerelaan Nina.” Sambung Daniel Arman, mengulangi kata-katanya suatu waktu dahulu. Tidak mungkin dia mendatangi Nina dengan paksaan. Biar wanita itu benar-benar bersedia menerima dirinya dahulu. Itupun kalau cinta Nina tertumpah padanya dan bukannya pada lelaki lain.

“Saya hantar Nina balik?” Soal Daniel Arman lagi apabila esakan Nina semakin mengendur.

Nina hanya mengangguk. Tiada sepatah bicara yang terkeluar dari mulutnya. Dia rasa terpujuk dengan bicara lembut Daniel Arman. Entah kenapa hatinya terlalu tersentuh apabila diusik begitu oleh Daniel Arman tadi. Adakah kerana jauh disudut hatinya sudah terpahat nama Daniel Arman. Yang pasti dia memang hanya mahukan Daniel Arman berada disisinya selama-lamanya.





Daniel Arman merenung jauh syiling biliknya. Selepas dia bersembahyang isyak tadi, tubuhnya direbahkan di tilam empuk itu. Dia mengulang tayang peristiwa yang berlaku diantara dirinya dan Nina sebentar tadi. Tanpa sedar dia tersenyum.

            Masih terbayang-bayang wajah Nina yang ketakutan dengan usikannya tadi. Polos wajah Nina menarik perhatiannya. Entah kenapa saat melihat Nina sejak awal dia keluar bersama dengan Nina tadi, hatinya sejuk. Marahnya yang bertamu semasa melihat Nina bermesra-mesra dengan Zachary hilang begitu sahaja. Sungguh dia hairan dengan perasaannya sendiri. Dia tidak mampu untuk memarahi Nina. Tidak mampu untuk membenci Nina kerana cinta yang disemai untuk gadis itu tertanam dalam di lubuk hatinya sehingga sukar untuk dia buang lagi rasa itu.

            Saat itu Daniel Arman sedar dia terlalu menyintai Nina walaupun gadis itu bukanlah pilihan hatinya. Dia hanya mahukan Nina, mahukan Nina untuk dirinya. Mungkin Nina bukanlah jodoh pilihannya namun dia bersyukur kerana yang memilih Nina untuknya datang dari kuasa yang lebih besar. Allah memilih Nina untuknya dan dia pasti, pilihan itu merupakan pilihan yang terbaik. Kerana hanya Allah maha merencana dan maha menentukan setiap segala sesuatu. Nina, akan kuraih cintamu, akan kusingkir yang lain selain diriku dari hatimu, desis Daniel Arman dalam hati. Dia nekad, dia akan kembali merebut cinta Nina.

 p/s-harap2 semua suka....