Saturday 24 March 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 6

jom baca sambungannya...
BAB 6



Zachary melewati meja Nina, apabila dilihatnya Nina masih tiada di mejanya, dia kembali ke biliknya semula. Pantas telefon bimbitnya dikeluarkan. Nombor Nina didail. Ada perkara yang ingin dia maklumkan kepada gadis itu. Apabila panggilannya tidak bersambut, Zachary kembali duduk di meja. Dia pelik kerana biasanya Nina akan datang lebih awal darinya tetapi hari itu bila jarum jam sudah menginjak ke pukul sepuluh pagi, Nina masih belum tiba di pejabat.

            Zachary bingkas bangun, dia mengambil keputusan untuk terus turun dan minum pagi. Langkahnya diatur menuju ke pintu lif, pejabat pentadbiran MS Mall masih lagi belum berpindah walaupun pasarayanya telahpun berpindah semenjak bergabung dengan DZ Mall dulu. Masih ada beberapa perkara yang perlu diuruskan sebelum pejabat pentadbiran mereka berpindah sepenuhnya.

            Apabila pintu lif terbuka, terpancul wajah Nina di sebalik pintu. Seperti biasa Nina akan memberikan senyuman manis kepada ketuanya itu.

            “Nina, kenapa you lambat hari ni?” Soal Zachary.

            Encik Zach, kan saya dah maklumkan pada encik, saya ada appointment doktor hari ni, saya masuk lambat sikit.” Terang Nina, pelik kerana dia sudah memaklumkan hal itu kepada Zachary.

            “Oh ye ke, saya terlupa agaknya.” Zachary tersenyum, pintu lif kembali tertutup bila dia tidak jadi masuk.

            “Encik Zach memang selalu lupa.”Kata Nina lagi, senyuman Zachary dibalas.

            “You tu manis sangat sampai I asyik terlupa je, sebab tu la I perlukan you untuk selalu ingatkan I.” Zachary berkata selamba. Memang dia tidak pernah menyembunyikan perasaannya.

            “Encik Zach nak pergi mana ni?” Nina mengalih topik perbincangan. Sudah faham dengan sikap bosnya itu.

            “I nak breakfast, jom ikut sekali.” Pelawa Zachary, lupa sebentar tentang niat asalnya.

            “Saya dah breakfast tadi, Encik Zach je la pergi.” Kata Nina lagi.

            “You ni susah sangat nak ajak keluar, breakfast je, bukannya dating, lagipun ada perkara yang I nak bagitahu you.”Sambung Zachary, faham dengan Nina yang seringkali menolak pelawaannya.

            “Penting sangat ke, kita bincang kat office je la.” Kata Nina lagi.

            “Kalau you tak sudi tak pe la, I pergi sorang je.” Zachary berpura-pura merajuk.

            “Bukan macam tu…” Belum sempat Nina menyambung, Zachary terlebih dahulu menyampuk.

            “Kalau macam tu jom, I belanja.” Tangan Nina ditarik masuk semula ke dalam lif.

            “Encik Zach…” Nina memandang tangannya, tidak selesa bila Zachary bertindak memegang jari jemarinya.

            Sorry..”Zachary memohon maaf di atas ketelanjurannya. Jari jemari Nina dilepaskan. Dia tahu Nina jenis yang suka menjaga batas pergaulan.

            Nina membuntuti Zachary menuju tempat meletak kereta. Dia tidak selesa berdua-duan begitu dengan Zachary. Bukan kerana dia sengaja menolak tetapi kerana dia masih bergelar isteri. Walaupun dia sendiri tidak pasti sampai bila dia akan memegang status itu, tetapi selagi dirinya masih terikat dengan ikatan perkahwinan dan masih lagi menjadi isteri orang, dia akan menjaga batas-batasnya.





Suasana di dalam restoren mamak itu telahpun mulai lengang. Nina mengambil tempat di hadapan Zachary bagi memudahkan mereka berbicara. Setelah menyatakan pesanan kepada pelayan restoren, Zachary memulakan bicara.

            Ada perkara yang I nak bincang dengan you.” Kata Zachary.

            “Perkara apa?” Soal Nina, biasanya Zachary lebih suka membincangkan hal kerja di pejabat.

            “Pasal jawatan you, you tahu kan, mall kita dah bergabung dengan DZ mall. Jadi sekarang ni, banyak jawatan yang telah bertukar, dan ada juga yang dimansuhkan dan digantikan dengan post baru.” Terang Zachary. Dia berhenti sebentar bila pelayan restoren menghantar pesanan.

            “Maksud Encik Zach?” Nina masih belum menangkap maksud kata-kata Zachary.

            “I dah berbincang dengan Encik Arman, kitaorang nak mansuhkan post you sebagai secretary I.” Sambung Zachary sambil menyuap roti canai ke dalam mulut.

            “Habis tu macam mana dengan jawatan saya, maksud Encik Zach, saya akan diberhentikan ke?” Soal Nina, dia tidak jadi menyuap mi goreng mamak ke mulut.

            “Bukan macam tu, after this I’ll be assisting Daniel Arman, so I dah tak perlukan secretary lagi.”Zachary tersenyum sebaris melihat garis kedut pada wajah Nina yang kerisauan kehilangan pekerjaan.

            “Maksud Encik Zach jawatan saya akan dimansuhkan?” Soal Nina lagi. Masih belum berpuas hati dengan jawapan Zachary.

            “Yup, dan post you akan digantikan dengan post lain.” Terang Zachary.

            “Saya akan ditukarkan ke department lain ke?”Nina menaikkan keningnya.

            “You akan jadi Personal Assistant Encik Arman.” Zachary berterus terang.

            “PA Encik Arman!?”Nina terperanjat.

            “Kenapa? You tak suka ke?” Soal Zachary pelik.

            “Bukan tak suka tapi tak biasa je.”Nina cuba beralasan.

            “Mula-mula memang tak biasa, lama-lama okey la. Lagipun you dinaikkan pangkat, tak kan you nak tolak tawaran ni. Kebetulan PA lama Encik Arman terpaksa berhenti kerja, ikut suami dia ke luar negara.” Terang Zachary lagi.

            “Kenapa la PA dia berenti kerja pulak, tak biasa la kerja dengan Encik Arman.” Keluh Nina.

            Kan tempat seorang isteri tu disisi suami, mestilah kena ikut pindah sekali.You ni macam tak suka je, ke you tak boleh nak berpisah dengan I.” Seloroh Zachary, keningnya diangkat tinggi.

            Nina terdiam seketika, kata-kata Zachary mendalam maksudnya, membawa dua konotasi yang berbeza. Seolah-olah kata itu ditujukan khas untuknya.

            “Encik Zach ni ke situ pulak, saya serius ni.” Sambung Nina apabila tersedar. Merah muka Nina disakat Zachary sebentar tadi.

            “Betul la, I bukannya pergi jauh pun. Lepas ni you akan jadi perantara Encik Arman dengan I, kalau you tak tahu, I akan ajar sikit-sikit. Lagipun tugas PA dengan secretary sama je.”Sambung Zachary.

            “Hai, rancak berbual nampak.”

            Tiba-tiba terdengar satu suara lembut menyapa mereka. Nina dan Zachary menoleh serentak.

            “Arman, come join us.” Pelawa Zachary apabila Daniel Arman menghampiri meja tempat mereka makan. Tidak menyangka mereka akan bertemu di situ.

            “Bersembang apa sampai tak sedar I datang.” Tegur Daniel Arman seraya mengambil tempat disebelah Zachary.

            Just briefing Miss Nina ‘bout her new post.” Jawab Zachary. Matanya dilirik kepada Nina.

            So macam mana?” Soal Daniel Arman, dia turut melirik pandang kepada Nina.

            “Cik Nina kita ni takut-takut pulak, agaknya sayang sangat nak tinggalkan I kot.” Seloroh Zachary, sengaja sambung menyakat Nina.

            Really?”.Daniel Arman memandang wajah Nina yang sudah mula kemerahan. Cuba mencari kelainan pada riak muka Nina.

            “Maafkan saya, I need to go to the rest room sekejap.”Nina terus bangun, pandangan mata Daniel Arman merimaskan dirinya. Terasa kalah dengan panahan mata lelaki itu.

            So how long have you been working with each other?”Soal Daniel Arman seraya menyatakan pesanan kepada pelayan yang baru menghampiri.

            “Almost one and a half year.”Jawab Zachary.

            “How was her performance?”Soal  Daniel Arman lagi.

            “She’s the best.”Jawab Zachary ringkas.

            “Dah kahwin?” Daniel Arman menyambung soalan, sengaja menguji sejauh mana Zachary mengenali Nina.

            “Dah tapi suami dia dah meninggal sebab accident.”Zachary menjawab jujur, tidak dapat menebak maksud sebenar Daniel Arman yang sebenarnya cuba menyiasat perkara sebenar.

            Really?”Soal Daniel Arman tenang.

            “kenapa? You tak percaya ke?.”Zachary mengangkat kening. Hairan juga apabila nada Daniel Arman seolah-olah tidak mempercayai kata-katanya.

            “Bukan, I tengok dia muda lagi, tak sangka dah jadi balu, kesian juga.”Jawab Daniel Arman, cuba menyembunyikan riak wajahnya.

            “Tapi I tengok dia tu jinak-jinak merpati, nampak je jinak tapi susah nak dekat.”Seloroh Zachary.

            Perbualan mereka terhenti apabila Nina kembali ke meja makan.

            “Berbual apa rancak sangat?” Nina memerhatikan kedua-dua lelaki dihadapannya. Seolah-olah menyembunyikan sesuatu dari pengetahuannya.

            “Pasal burung merpati.” Seloroh Zachary, memang dia gemar berseloroh dengan Nina.

            Nina mengangkat kening, tidak faham dengan maksud kata-kata Zachary.

            “We were just talking about you, Zach kata you kematian suami?, betul ke?” Soal Daniel Arman tenang, dia menyuap mee goreng mamak yang baru dihantar oleh pelayan. Berpura-pura ingin tahu.

            Nina gugup sejurus mendengar soalan dari Daniel Arman. Tidak tahu jawapan bagaimana yang harus diberikan kepada Daniel Arman. Selama ini dia hanya menipu Zachary, cuba menyembunyikan kebenaran tentang siapa dirinya yang sebenar daripada pengetahuan orang lain. Biar kisah hidupnya menjadi rahsianya sendiri.

            “Dah lama ke kehilangan suami?” Daniel Arman menyoal lagi apabila dilihatnya Nina hanya membisu.

            Zachary menjeling Arman dengan ekor mata, pelik dan hairan melihat sikap Daniel Arman yang membawa isu sensitif Nina dalam perbincangan mereka.

            “Dalam empat tahun lepas.”Nina menjawab gugup.

            “Kenapa?” Soal Daniel Arman lagi, perhatiannya lebih ditumpukan kepada makanan berbanding Nina. Tenang perlakuannya.

            Accident.”Jawab Nina teragak-agak.

            “Kesian, muda-muda lagi dah meninggal.” Selamba Daniel Arman menuturkan kata-katanya.

            Sementara Zachary sudah berubah riak, dia menendang kaki Daniel Arman dari bawah meja, nyata dimatanya Daniel Arman tidak prihatin akan perasaan Nina yang telah kehilangan suami.  Daniel Arman berpaling memandang Zachary dengan kening terangkat sementara Zachary membuntangkan matanya, mengisyaratkan supaya  Daniel Arman lebih prihatin terhadap apa yang telah terjadi pada Nina.

            “Maaf, saya cuma kesian kan suami Cik Nina, muda-muda lagi dah kembali ke rahmatullah.” Kali ini nada Daniel Arman sedikit sinis.

            “Arman, kan I dah cerita kat you, tentu Nina tak nak ingat lagi benda-benda macam tu.” Sampuk Zachary, dia bimbang melihat kelainan pada riak wajah Nina.

            “Takpe, lagipun dah lama, saya pun dah lupakan.” Nina cepat-cepat menjawab. Tidak mahu isu itu terus dipanjangkan. Daniel Arman pula seolah-olah mahu memerangkap dia dengan soalan-soalan begitu.

            Sedang leka mereka berbual tiba-tiba telefon bimbit Zachary berbunyi. Melihatkan nama yang tertera pada skrin telefon, Zachary bangun dan menjarakkan dirinya dari meja untuk menjawab panggilan.

            Seketika kemudian Zachary kembali ke tempat Nina dan Daniel Arman duduk.

            “Guys, I’m really sorry. I ada emergency la, I kena balik sekarang. Boleh tak you hantar Nina ke office I.” Kata Zachary.

            “Eh, takpelah, saya balik naik teksi je.”Nina menolak. Dia tidak mahu dihantar oleh Daniel Arman.

            Okey, no problem, small matter jet u. Kalau I bawa balik ke office I boleh?, boleh tengok-tengok tempat baru dia.”Soal Daniel Arman.

            Nina mengerutkan kening. Kedua-dua orang lelaki itu berbincang seolah-olah dia tidak wujud di situ.

            “Bagus juga idea you tu, boleh ajarkan dia yang basic-basic dulu. I kena pergi sekarang. You jaga dia baik-baik.” Seloroh Zachary.

            Don’t worry, dah memang tanggungjawab I.”Sahut Daniel Arman sambil menjeling reaksi Nina dihadapannya. Dalam makna kata-katanya.

            Nina hanya mengekori pemergian Zachary dengan ekor mata. Jelas pada reaksi mukanya yang dia tidak bersetuju dengan cadangan Daniel Arman. Kalau lah dia tahu dia akan terperangkap dengan Daniel Arman di situ, tentu dia tidak akan bersetuju dengan cadangan Zachary untuk keluar bersarapan bersama tadi.

            “Jom.” Daniel Arman bingkas bangun dari duduk. Dia berjalan menuju kaunter bayaran dan membayar harga makanan.

            Nina membuntuti Daniel Arman dari belakang selepas keluar dari restoren mamak. Sejurus masuk ke dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Kejadian yang pernah berlaku antara mereka suatu waktu dulu telah menyebabkan mereka terasa janggal antara satu sama lain. Nina lebih banyak membuang pandang ke luar tingkap, fikirannya berserabut memikirkan bagaimana untuk dia bekerjasama dengan Daniel Arman pada masa hadapan sedangkan diantara mereka pernah terjalin satu ikatan yang sangat rumit suatu waktu dulu. Sementara Daniel Arman lebih menumpukan perhatian pada pemanduannya. Dia sendiri kelu untuk berbicara dengan wanita yang pernah muncul seketika dalam hidupnya dulu.

            So, dah berapa lama kerja dengan Zach?” Daniel Arman memulakan bicara bila suasana antara mereka diselubungi kesunyian.

            “Setahun setengah.” Jawab Nina ringkas. Pandangannya masih dibuang ke luar tingkap.

            “Apa berita terkini?” Soal Daniel Arman lagi.

            “Masih macam dulu.” Jawab Nina pendek.

            “Kecuali sekarang lebih cantik, lebih moden dan pandai berfesyen.” Sambung Daniel Arman dalam senyuman.

            “Dulu, kenapa lari?” Daniel Arman menyoal lagi, kali ini soalannya dipesongkan kepada peristiwa lalu.

            “Datuk yang halau saya.”Jawab Nina, terasa sebak hatinya mengenangkan kenangan lalu.

            “Kalau daddy yang halau kenapa lari terus, kenapa tak tunggu keputusan saya?” Balas Daniel Arman tenang.

            “Datuk memang tak pernah sukakan saya.”Jawab Nina sayu.

            “Awak kahwin dengan dia ke dengan saya?”Soal Daniel Arman lagi.

            “Apa bezanya, keputusannya tetap sama.”Jawab Nina lagi.

            “Mana awak tahu keputusannya sama, awak pernah tanya saya sendiri?”

            “Semua yang berlaku atas keterpaksaan, saya dah tahu keputusan Encik Arman.” Kata Nina penuh emosi.

            “Kenapa buat kesimpulan sendiri, awak tahu ke apa yang ada dalam hati saya.”

            “Saya tak tahu dan saya tak perlu tahu pun. Apa yang sepatutnya berlaku dah pun berlaku. Encik Arman pun dah ada kehidupan sendiri.” Sambung Nina lagi. Kata-kata yang pernah diluah Daniel Arman suatu waktu dulu masih terngiang-ngiang di telinganya. Lelaki itu tidak pernah meminta untuk berkahwin dengannya.

            “Jauh lagi ke office Encik Arman?” Soal Nina. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu membicarakan tentang perkara-perkara lalu.

            “Dalam lima minit lagi sampai.” Jawab Daniel Arman. Dia juga tidak mahu memaksa. Nina terlalu keras hati apabila perkara itu dibincangkan sedangkan dia sedang berusaha mengusahakan sesuatu untuk menjernihkan kekeruhan antara mereka. Tetapi Daniel Arman bukanlah yang jenis suka memaksa. Bagi dirinya, biar Nina mengambil masa dahulu untuk mengenalinya. Biar dia menunjukkan perasaannya hanya melalui layanannya terhadap Nina.


p/s: suka tak dengan entry ni?

17 comments:

  1. best giler...smbung cpt2..

    ReplyDelete
  2. saya suka, best

    ReplyDelete
  3. suka sgt... x sbr nk tggu nxt n3

    ReplyDelete
  4. suka sangat.... lepas ni mesti ade part best2...tak sabarnya nak tunggu next entry...hehe

    ReplyDelete
  5. sukeeeeeee sangatttttt... nak lagiiiiii...

    ReplyDelete
  6. alahai..kesiannya minah tu kan..terjerat diantara 2 lelaki yg mmg ada hati kat dia..sorang suami dan sorang lagi bossnya.. adakah hati minah tu masih ada pada arman dan adakah mamat sengal tu akan menceraikan dirinya..dan kenapa selama ni arman tidak pernah mahu mencari isterinya..dan apakah berlaku setelah minah tu meninggalkan arman dan apakah yg dilakukan selama dia meninggalkan arman..tidak kah dia berasa berdosa meninggalkan suaminya..

    ReplyDelete
  7. suker....
    thumb up -_-

    ReplyDelete
  8. kak tulip,kite sukerrr!heh~

    ReplyDelete