Thursday 1 March 2012

AKU UNTUKMU BAB 21

kepada yang tertanya2 tentang perasaan Izhar terhadap Ardini,dalam bab 22 nanti akan di'reveal' perasaan sebenar terhadap Ardini. Dalam bab 24 pula akan di'reveal' perasaan kedua-dua pasangan ni. Tapi untuk malam ni enjoy dulu entry ni. Insyaallah Cik Tulip akan post bab 22 malam esok....Jom ikuti sambungannya...


BAB 21



Mereka tiba di Kampung Gelang Patah hampir jam 3 petang. Izhar lebih banyak menumpukan perhatian ke jalan raya semasa memandu sementara Ardini lebih suka membuang pandang ke luar tingkap. Dia sudah tidak berani mencuri pandang ke arah Izhar lagi. Bimbang Izhar menelah apa yang tersirat dihatinya. Perasaan itu biar dia simpan sendiri.

            Setelah memarkir kereta di satu sudut halaman, Ardini keluar disusuli Izhar. Ardini melihat sekeliling kawasan rumah peninggalan ayahnya. Segalanya masih sama. Di hadapan rumah kayu itu terdapat sebatang pohon mangga telur. Dibawah pohon itu terdapat sebuah pangkin yang dibina arwah ayahnya suatu ketika dulu. Di pangkin itulah Ardini sering menghabiskan masanya. Kadangkala pangkin itu juga yang menjadi tempat dia mengulangkaji pelajaran bersama Milla.

            Ardini terasa hatinya sayu mengenang kembali detik-detik silam. Dulu dia pernah gembira di situ, kini semuanya hanya tinggal kenangan. Masa yang ditinggalkan tidak mungkin diputarkan kembali.

            “Hah!, dah bertahun-tahun baru ingat nak balik!” Suara kasar Makcik Nora mengejutkan Ardini dari lamunan.

            “Assalamualaikum makcik.” Ardini masih menunjukkan hormat pada wanita yang pernah menjaganya dahulu. Izhar yang sedari tadi berdiri di situ hilang entah ke mana.

            “Ada apa hal baru sekarang nampak batang hidung?”Makcik Nora bersuara sinis. Lansung tidak menjemput Ardini naik.

            “Dini datang nak ambik barang-barang yang masih tertinggal kat sini.” Ardini bersuara sopan. Arwah bapanya sering mengingatkan dia untuk menghormati orang yang lebih tua.

            “Elok la macam tu, barang kau tu dah jadi sampah dalam rumah ni, buat semak aje!”Makcik Nora seolah-olah menghamburkan dendam yang berbuku terhadap Ardini.

            “Kalau macam tu, boleh Dini masuk ambik barang?”Ardini menyoal lembut, meminta kebenaran untuk masuk walaupun sebenarnya rumah itu miliknya setelah diwariskan arwah Nasir kepadanya dulu.

            “Kalau dah selesai urusan kau, berambus cepat-cepat!” Makcik Nora berlalu setelah menghamburkan kata-kata kasar terhadap Ardini. Memang hatinya panas apabila wajah Ardini dijamu matanya. Sejak dulu lagi dia memang bencikan gadis itu, disebabkan itu juga layanannya kepada Ardini tidak pernah mesra.

            Ardini memandang sekeliling, mencari kelibat Izhar yang tidak kelihatan sedari tadi. Dia pelik ke mana menghilangnya Izhar. Setelah tersedar dari lamunannya tadi Izhar memang sudah tiada di situ. Ardini menapak ke hadapan, dia akan bersegera mengambil barang-barangnya. Selesai urusannya dia akan meninggalkan rumah itu secepat mungkin. Sambutan dingin dari Makcik Nora tadi membuatkan dia tidak mahu berlama di situ. Belum pun sepuluh langkah menapak, terdengar suara Izhar dari arah belakangnya.

            I nak pergi kedai hujung sana kejap.”Izhar bersuara sambil menuding jarinya ke kawasan sebelah kiri.

            Ardini tidak berkata apa-apa. Langkah Izhar ke kereta diekori dengan hujung mata. Tentu Izhar ingin pergi ke kedai Pak Majid di hujung kampung. Mungkin kehilangan Izhar tadi juga kerana dia melihat-lihat kawasan sekeliling. Jika tidak masakan Izhar tahu lokasi terletaknya kedai runcit Pak Majid.

            Ardini terus menapak naik ke rumah kayu peninggalan arwah ayah. Semasa menapak menaiki tangga dia bertembung dengan Makcik Nora yang berwajah masam. Wanita itu melangkah laju meninggalkan rumah sejurus Ardini naik ke rumah. Ardini sendiri tidak pasti mengapa Makcik Nora terlalu membencinya. Sejak awal perkahwinan ayahnya dengan wanita itu, hubungan mereka tidak pernah baik. Bukan Ardini tidak pernah mahu berbaik dengan Makcik Nora. Pesanan ayahnya supaya sentiasa menghormati ibu tirinya itu dituruti tetapi Makcik Nora sendiri yang menjarakkan diri daripadanya. Tidak pernah melayani Ardini selayaknya.

            Ardini terus melangkah masuk ke rumah, dia memandang setiap sudut rumah yang masih tidak berubah. Kedudukan perabot juga masih sama seperti masa dia tinggalkan dulu. Tiada yang berubah. Untuk sementara Ardini termenung, segala kenangan lalu terasa menggamit dirinya. Terlayar satu persatu di ruang mindanya.

            Ardini menapak menuju ke biliknya. Bilik yang menyimpan seribu satu rahsia hatinya. Tempat yang paling banyak dihabiskan masanya suatu waktu dulu. Ardini tersenyum manis, melihat-lihat keadaan sekeliling bilik. Walau hanya merupakan bilik usang tetapi terlalu banyak kenangan yang diciptakan di situ. Ardini berjalan ke sudut kanan bilik, menuju ke almari pakaian, mengeluarkan barang-barang miliknya yang masih tersimpan disitu. Satu persatu dikeluarkan dan diletakkan di lantai. Oleh kerana sudah lama barang-barang tersebut ditinggalkan, terdapat habuk-habuk kecil menyelaputi bekas simpanan barang.

            Izhar telah lebih sepuluh minit menghilang ke kedai, Ardini terus menyusun barang-barangnya mengikut kategori. Semua sijil-sijil disatukan, baju-bajunya disusun rapi dan barang-barang lain diletakkan dalam satu beg plastik. Dalam leka mengemas barangan dia menyedari ada kelibat orang sedang berdiri di tengah-tengah pintu biliknya. Ardini memalingkan wajah, mahu melihat siapa yang sedang berdiri di pintu. Sejurus berpaling Ardini terkejut kerana Pakcik Darus sedang berdiri tegak dan merenungnya. Satu renungan yang sukar dimengertikan maksudnya oleh Ardini.

            “Saya datang ambil barang.”Ardini berterus terang tanpa diminta, renungan Pakcik Darus yang sukar dimengertikan itu meresahkannya.

            “Buatkan aku kopi.” Pakcik Darus bersuara garau. Mengarahkan Ardini untuk menyediakan air minumnya. Sejak berkahwin dengan Nora, hanya sekali dia berjumpa dengan Ardini.

            “Baiklah.” Ardini menurut. Dia pelik dengan permintaan Pakcik Darus tetapi apabila mengenangkan Pakcik Darus lebih tua darinya dia menurut sahaja permintaan lelaki itu.

            Ardini menapak menuju ke dapur. Sudah lama dia tidak masuk ke situ. Dilihatnya sekeliling, banyak yang telah berubah di situ sehingga menyukarkan dia untuk mencari barang-barang untuk membuat air kopi permintaan Pakcik Darus.

            Setelah berjumpa dengan apa yang dicari, Ardini membancuh kopi dan membawa ke sofa kayu tempat Pakcik Darus sedang berehat. Seteko air kopi yang disusun dalam dulang diletakkan atas meja depan Pakcik Darus. Belum sempat Ardini menoleh untuk ke bilik, Pakcik Darus bersuara.

            “Tuang sekali.”Kasar suara Pakcik Darus mengarah.

            Ardini tidak jadi melangkah, dia membongkok sedikit dan menuang air kopi untuk Pakcik Darus. Usai melakukan kerja itu, Ardini ingin kembali ke biliknya. Menyambung semula tugasnya yang tertangguh tadi. Belum sempat Ardini berpaling ke belakang, Pakcik Darus memegang kuat pergelangan tangannya. Ardini terkejut, jantungnya berdegup laju. Terasa berlainan benar tingkah laku Pakcik Darus. Ardini memandang tepat ke muka Pakcik Darus. Mungkin ada yang masih ingin disampaikan oleh lelaki itu kepadanya.

            Namun pandangan mata Pakcik Darus yang tajam merenungnya menyebabkan Ardini takut. Ternyata lelaki itu berniat jahat ke atasnya. Tangannya yang dipegang kejap cuba ditarik namun Pakcik Darus memperkemaskan gengaman. Ardini bertambah cuak dengan perlakuan Pakcik Darus. Ketika inilah dia teringatkan Izhar, di mana Izhar saat dia memerlukan pertolongan lelaki itu. Ardini sudah mula mengalirkan air mata apabila genggaman tangan Pakcik Darus tidak dapat dirungkai.

            Dia merayu supaya Pakcik Darus melepaskan tangannya tetapi tidak dipedulikan. Dalam tangisan Ardini mula terfikirkan sesuatu. Air kopi panas dalam teko yang baru dibancuh tadi dicapai laju lalu dicurahkan ke tangan Pakcik Darus. Lelaki tua itu menjerit kesakitan, tangannya yang kesakitan terkena air panas menyebabkan dia terkejut lalu melepaskan genggaman. Pada masa itu Ardini mengambil kesempatan untuk lari masuk ke dalam bilik. Airmatanya mengalir laju, tubuhnya menggigil-gigil kerana takut akan perbuatan Pakcik Darus. Sejurus pintu dikunci, Ardini meluru ke katil, telefon bimbit dari beg sandang dikeluarkan dan dengan tangan yang menggigil dia mendail nombor Izhar.





Izhar duduk berehat-rehat di dalam kereta sambil membelek-belek majalah Motor Trader. Dia lebih banyak mengelamun daripada menumpukan perhatian kepada majalah. Semasa dia dalam perjalanan pulang dari kedai tadi, dia ternampak sebatang anak sungai di tepi jalan. Disitu dia memberhentikan kereta dan berehat sambil menikmati angin petang. Walaupun matahari masih terik namun suasana di kampung itu terasa begitu nyaman. Lamunan Izhar terhenti apabila telefonnya berdering. Izhar membaca nama pemanggil, panggilan dari Ardini dijawab.

            “Izhar… tolong saya!, Pak…Pakcik Darus!”Terdengar suara Ardini tersekat-sekat dalam esak tangis. Izhar cuak, mula memikirkan kemungkinan benda buruk terjadi pada Ardini.

            U kenapa?” Izhar bersuara cemas. Tidak tahu apa yang sedang berlaku. Enjin kereta dihidupkan cepat-cepat.

            “Cepat balik!…tolong saya sebelum Pakcik Darus….”Panggilan dari Ardini mati tiba-tiba.

            Izhar memusing stereng kereta dan keretanya dipecut laju menuju ke rumah Makcik Nora. Dalam kepalanya sudah terbayang benda buruk berlaku ke atas Ardini. Jarak antara tempatnya dan rumah Makcik Nora tidak sampai satu kilometer namun Izhar merasakan seperti jarak itu jauh sekali. Dalam hatinya berdoa supaya Ardini selamat. Terasa sayu mendengar tangisan Ardini yang ketakutan dalam telefon tadi.

            Tiba di rumah Makcik Nora, Izhar terus keluar dari kereta. Dia berlari menuju ke atas rumah. Apabila ternampak pintu bilik Ardini yang terbuka luas, Izhar terus masuk. Di situ dia terlihat Pakcik Darus sedang menindih Ardini manakala Ardini sedang meronta-ronta. Hatinya panas, dia pantas berjalan laju ke arah Pakcik Darus. Tubuh Pakcik Darus ditarik dari belakang, Izhar menarik baju yang dipakai lelaki itu. Disebabkan tubuh Pakcik Darus yang kurus kering, mudah bagi Izhar mengheret lelaki itu menuju ke tanah. Tenaga tua Pakcik Darus memang bukan tandingan tenaga Izhar. Izhar menghempas tubuh Pakcik Darus sejurus tiba di halaman. Terjelepok lelaki tua itu di tanah. Izhar mencengkam leher baju Pakcik Darus, tangannya digenggam dan di bawa ke depan muka Pakcik Darus. Kalau diikut rasa hatinya, mahu sahaja dia menumbuk wajah lelaki tua itu namun kesabarannya masih bersisa.

            Mengenangkan Pakcik Darus lebih tua darinya, tangan yang dikepal dilerai. Leher baju Pakcik Darus juga dilepaskan. Orang tua itu menggigil ketakutan. Ternyata kudrat tuanya bukan lawan Izhar. Pak Sabri yang sedari tadi ternampak kejadian yang berlaku datang dengan tergesa-gesa.

            “Astagfirullahalazim, kenapa ni?”Tanya Pak Sabri tatkala terlihat Pakcik Darus menggigil-gigil di tanah.

            “Orang tua tak sedar diri ni nak buat benda tak elok kat isteri saya!” Izhar bersuara meninggi. Matanya masih merenung tajam ke arah Pakcik Darus. Marahnya masih bersisa.

            “Kau ni Darus tak sudah-sudah buat masalah, bila la kau nak insaf!.” Pak Sabri turut memarahi Darus. Dia memang sudah faham dengan cara hidup Darus.

            “Baik kau pergi sebelum aku belasah kau.” Izhar memberi amaran, menghambur rasa marahnya yang terbuku.

            Pakcik Darus segera bangkit, dia melangkah laju meninggalkan tempat Izhar dan Pak Sabri berdiri. Hatinya kecut dengan tindakan Izhar tadi. Cepat-cepat dia meninggalkan tempat itu, bimbang dibelasah Izhar.

            “Saya Izhar, suami Ardini.” Izhar memperkenalkan diri sambil menghulur tangan untuk bersalaman dengan Pak Sabri.

            “Nama pakcik, Sabri, duduk rumah sebelah tu.” Pak Sabri menyambut tangan Izhar, memperkenalkan diri sambil menuding ke arah rumahnya yang terletak bersebelahan dengan rumah Nora.

            “Saya nak naik dulu, tengok isteri saya.” Izhar meminta diri, teringat akan Ardini, risau bertamu dihati memikirkan keadaan Ardini.

            Pak Sabri sekadar mengangguk seraya berlalu manakala Izhar terus naik ke rumah. Langkahnya di atur laju menuju ke bilik Ardini. Tiba di situ, dilihatnya Ardini masih sedang menangis, duduk dalam keadaan memeluk lutut.

            U okey?”Izhar bertanya untuk memastikan keadaan Ardini, dia melangkah menghampiri Ardini.

            Ardini hanya duduk sambil menangis teresak-esak. Tudungnya yang senget benget dibiarkan. Peristiwa sepuluh tahun dulu berlegar-legar di kepalanya.  Sikit lagi dia akan menjadi mangsa kerakusan lelaki untuk kali kedua. Walaupun sempat diselamatkan Izhar hatinya tetap berasa kecut. Peristiwa yang baru berlaku mengimbau kembali kenangan hitamnya.

            Melihatkan kebisuan Ardini, Izhar pastas meraih tangan Ardini. Menarik sehingga Ardini bangun. Tangan Ardini ditarik menuju ke kereta. Ardini tidak membantah, hanya menuruti langkah Izhar. Fikirannya tidak mampu berfungsi dengan baik. Dia masih terkejut dengan peristiwa tadi. Tiba di kereta, Izhar membukakan pintu kereta, tubuh Ardini didorong naik ke kereta manakala dia kembali ke atas rumah, mengambil kesemua barang-barang yang separuhnya telah dikemas oleh Ardini. Selebihnya dikumpul dalam satu kotak besar dan dibawa ke dalam bonet.

            Selesai mengambil kesemua barang-barang Ardini, Izhar masuk ke kereta. Dia menghidupkan enjin lalu memandu laju meninggalkan kampung itu. Ardini masih teresak-esak disebelahnya. Mungkin masih fobia dengan kejadian yang baru berlaku. Izhar hanya membiarkan, memberi ruang kepada Ardini menzahirkan apa yang terbuku dihati dalam bentuk tangisan.

            Sejam berlalu, Ardini masih berkeadaan begitu, bengkak dimatanya sudah jelas kelihatan, hidung dan bibirnya memerah. Air matanya masih mengalir.

            Are U okey?”Izhar bertanya, mahu memastikan keadaan Ardini yang masih tidak berubah sejak mereka meninggalkan rumah Makcik Nora tadi.

            Ardini tidak menyahut, malah tangisannya semakin melebat. Melihatkan keadaan itu, Izhar memandu kereta ke bahagian kiri jalan. Kereta diberhentikan di sisi jalan dengan enjin yang masih hidup.

            Why stop?” Ardini bersoal pelik dalam esak tangis apabila Izhar memberhentikan kereta.

            Obviously you are not okey.”Kata Izhar, ada nada kasihan pada suaranya.

            “I am okey.”Ardini menjawab ringkas, cuba melindungi dan menyembunyikan rasa yang terbuku.

            “No you are not.” Izhar berkata lagi, memancing Ardini untuk meluahkan perasaan.

            “I am okey.”Kata Ardini lagi. Tidak mahu berbicara tentang perasaannya. Air matanya dikesat dengan hujung tudung. Nafasnya ditarik dalam-dalam, cuba membuang rasa pilu di hati.

            “Camane nak backhand I, orang tua kurus kering tu pun U tak boleh lawan.” Izhar bernada seloroh. Matanya dibuang ke barisan pokok-pokok di tepi jalan.

            Ardini tergelak kecil dalam air mata yang masih bersisa. Terasa kata-kata Izhar mencuit hatinya. Dulu dia pernah katakan pada Datin Rohana, sekiranya Izhar melayannya buruk dia akan backhand lelaki itu. Mana mungkin dia berupaya melakukan perkara sebegitu. Tentu tidak terlawan kudrat Izhar padanya. Ardini tersenyum sebaris. Kata-kata Izhar menghilangkan rasa sedih dihatinya.

            Melihatkan senyuman dibibir Ardini, Izhar memusing stereng, kembali memandu di atas jalan raya, berasa lega kerana kata-katanya dapat menceriakan Ardini. Selang setengah jam dilihatnya Ardini sudahpun terlelap di sebelah. Mungkin kerana terlalu letih. Izhar memberhentikan kereta di stesen minyak, mengisi penuh tangkinya. Kesempatan itu digunakan untuk merenung wajah Ardini yang lena. Ardini berwajah tenang dengan sepasang mata yang redup. Berhidung mancung dengan sepasang bibir yang nipis. Walaupun berkulit hitam manis wajah Ardini cantik.

            Tangisan yang bertali arus rentetan peristiwa tadi tidak menghilangkan seri wajah Ardini. Masih manis pada pandangan matanya. Renungan Izhar mati apabila terdengar suara pelayan pam. Izhar pantas mengeluarkan wang dari walletnya dan membayar jumlah isian minyak. Selesai urusannya di situ, dia meneruskan perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. Dalam hatinya dia tersenyum.

Nantikan entry berikutnya pada malam esok,hehe :)














5 comments:

  1. suka bila izhar dh jd lembut dgn dini..

    ReplyDelete
  2. beshnyer..................

    ReplyDelete
  3. beshx3.. x sbr nk bace entry sterusnya... truskan usaha.. hehe..

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...naseb baek Izhar ikot skali Dini balik kg.

    ReplyDelete
  5. tidak kah ardini memberitau pada izhar yg rogolnya adalah laki mak tirinya..kesian dia kan..betui ke mmg kena rogol ngan org tua tu..ataupun dia sangka dia kena rogol tapi tidak sempat kerana pak cik tua tu tak sempat buat apa apa sebab masa kejadian tu..org tua takut sebab ardini pengsan..mudah mudahan inilah yg akak doakan..mengharap agar izhar dapat mengetahuinya bila mereka melaluinya berssama sebagai pasangan suami isteri dan bukan hanya tertulis diatas kertas perkawenan mereka ini..

    ReplyDelete