Tuesday 3 April 2012

BUKAN ISTERI SEMPURNA BAB 14

Kepada yang tinggalkan komen yang sangat2 membina. Terima kasih banyak2. Cik Tulip amat hargai komen2 anda yang membuatkan hati Cik Tulip sentiasa berbunga riang.... :) Jom baca sambungan bab 14..


BAB 14



Sudah lebih setengah jam Datuk Zainudin menunggu di situ. Bayang-bayang Danish Arham masih belum lagi kelihatan. Sekali lagi dia mengerling jam ditangan. Semenjak Danish Arham memaklumkan kepulangannya, mereka masih belum bersua muka. Inilah janji temu mereka yang pertama semenjak Danish Arham menghilangkan diri lima tahun lalu.

            “Daddy, dah lama sampai?” Sapa Danish Arham.

            “Kenapa lambat sangat, daddy banyak lagi urusan lain.”Sahut Datuk Zainudin tanpa menjawab pertanyaan Danish Arham. Kopi ditangan diteguk perlahan.

            Tiada ucapan salam mesra dari kedua-dua mereka.

            “Ada hal sikit tadi.” Kata Danish Arham seraya mengambil tempat dihadapan Datuk Zainudin lalu memberi pesanan kepada pelayan.

            “Kenapa nak jumpa daddy, tak cukup ke duit yang daddy bank in tiap-tiap bulan?”Soal Datuk Zainudin bertalu-talu.

            “Daddy, dah lama tak jumpa Dan, tak kan nak jumpa macam ni pun tak boleh.”

            “Bukan tak boleh, daddy banyak urusan lain, kenapa Dan tak balik rumah, kalau balik rumah tak payah nak jumpa-jumpa macam ni. Tak la membuang masa daddy.” Ucap Datuk Zainudin serius.

            “Dan ada hal nak bincang dengan daddy, tak best pula nak bincang kat rumah.”

            “Apa yang penting sangat sampai tak boleh nak bincang kat rumah. Mummy pun dah lama risaukan Dan.”

            Mereka terdiam seketika apabila pesanan Danish Arham tiba.

            “Pasal Nina.”Sambung Danish Arham sambil meneguk kopi panas ditangannya.

            “What about her?”Soal Datuk Zainudin pelik. Sejak melarikan diri dulu, tidak pernah Danish Arham ambil pusing akan hal Nina.

            “I want her.”Luah Danish Arham.

            “What!, jangan buat kerja gila, dia kan dah jadi adik ipar Dan.”

            Datuk Zainudin terperanjat.

            “I know. I want El to divorce her cause I want her.”

            Danish Arham nekad. Semenjak bertemu semula dengan Nina di pejabat Daniel Arman, hatinya tidak pernah tenang. Wajah Nina sering terbayang di ruang matanya.

            “She was your ‘toy girl’, you can’t be serious?”Soal Datuk Zainudin dalam tawa sinis.

            “I am serious dad. I want El to divorce her, I want to marry her.”

            “You had your chance but you blew it.”Sambung Datuk Zainudin sinis.

            “That was then.”

            Kata-kata Danish Arham terhenti.

            “Now I want her back...”Danish Arham menyambung.

            “You have to discuss it with El, not me.” Datuk Zainudin menghela nafas. Tidak menyangka sejauh itu Danish Arham meminta.

            “But I want you to be the first to know.”

            Datuk Zainudin hanya mengangguk. Begitulah kebiasaan sikap Danish Arham. Bila mahukan sesuatu dia akan datang meminta, bila tidak, dia akan tinggalkan begitu sahaja. Datuk Zainudin sudah masak benar dengan sikap Danish Arham. Bagi Danish Arham setiap permintaannya umpama satu arahan. Seperti kanak-kanak yang mahukan gula-gula, selagi belum tertunai permintaannya, selagi itulah dia akan mendesak.





Rokok ditangan disedut beberapa kali sebelum dia membaling sisanya keluar dari balkoni. Danish Arham memerhatikan pemandangan kota dari tingkat sepuluh hotel itu. Apabila teringatkan perbincangannya dengan Datuk Zainudin siang tadi, dia tersenyum.

            Datuk Zainudin tidak pernah melarang mahupun menghalang apa jua kemahuan dirinya. Disebabkan itu jugalah dia lebih selesa berbincang dan meluah rasa kepada Datuk Zainudin berbanding ibunya, Datin Rogayah.

            Semenjak bertemu semula dengan Nina tempoh hari, hatinya tidak pernah tenang. Wajah Nina tidak mampu dibuang dari ruang mindanya. Dia sering teringat pada Nina. Teringat akan wajah Nina, tubuh Nina dan segala-galanya tentang Nina. Saat itu dia rasa menyesal kerana dulu dia melepaskan gadis itu. Lebih kesal lagi kerana gadis itu kini menjadi milik Daniel Arman, saudara kembarnya sendiri.

            Semenjak itu, dia nekad. Apapun yang terjadi, Nina harus menjadi miliknya. Sekurang-kurangnya itu yang dia mahukan saat itu. Keinginan yang membara itu menutup pintu hatinya untuk melihat siapa Nina sebenarnya. Walaupun gadis itu kini sudah menjadi isteri kepada Daniel Arman.

            Danish Arham tidak peduli. Walau dengan apa cara sekalipun, dia akan mendapatkan Nina semula. Penampilan baru Nayli Imanina memikatnya, membuatkan hatinya meronta-ronta untuk mendapatkan gadis itu semula.





Nina masuk ke bilik tidurnya apabila dia selesai menyidai beberapa pakaian yang baru dibasuh. Tubuhnya yang terasa keletihan direbahkan ke atas katil empuk. Dia merenung syiling bilik, menayangkan kembali peristiwa yang berlaku siang tadi ketika dia mengemas-ngemas bilik Daniel Arman.

            Nina tersenyum sendiri. Indahnya saat dia memeluk Daniel Arman. Terasa selamat dalam dakapan lelaki itu. Entah kenapa semenjak dia bekerja rapat dengan Daniel Arman, hatinya berbunga riang. Ada terbit satu rasa dalam hatinya. Kadangkala layanan romantis Daniel Arman membuatkan dia terbuai.

            Tiba-tiba segala kemanisan imbauan itu hilang apabila perbuatan Danish Arham kembali mengisi ruang fikirannya.





Seperti kebiasaan pada cuti semester yang panjang, Nina akan datang ke banglo Datuk Zainudin untuk membantu ibunya. Pada cuti hujung semester akhir pengajiannya itu, dia turut berbuat demikian. Cuma bezanya pada hari itu, hanya dia yang pergi ke banglo Datuk Zainudin, ibunya Salamah terpaksa pergi ke hospital untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

            Nina tidak kisah, itu bukan kali pertama dia membantu Salamah. Sudah dua tiga kali Salamah mengajaknya ke banglo besar itu bagi membantu apa yang patut.

            Setelah semua penghuni banglo meninggalkan rumah, Nina memulakan tugasnya mengemas. Kebetulan pada hari tersebut, Datin Rogayah turut keluar. Atas urusan apa Nina tidak tahu.

            Seawal jam sembilan pagi, Nina telah memulakan tugasnya. Dia mengemas bahagian bawah banglo tersebut sehingga semuanya selesai sebelum dia bergerak ke tingkat atas banglo tersebut.

            Bilik pertama yang akan dikemas adalah bilik Danish Arham. Sejurus masuk dan menutup pintu dari dalam, Nina terperanjat kerana Danish Arham baru keluar dari bilik air dalam keadaan hanya bertuala. Nina yang berhasrat untuk keluar semula dihalang oleh Danish Arham atas alasan dia akan segera keluar selepas bersiap.

            Dalam keadaan was-was Nina memulakan kerja mengemas. Dengan ekor mata dia dapat melihat jelingan Danish Arham dari sudut bilik yang menempatkan almari. Dalam hatinya sudah terdetik sesuatu. Terasa menyesal kerana tidak bertegas untuk keluar pada awal tadi. Keadaan Danish Arham yang hanya bertuala merunsingkan Nina. Tidak sepatutnya dia berdua-duaan dengan lelaki yang berkeadaan begitu. Kalau pun tiada perkara yang buruk berlaku, pastinya tidak elok bagi gadis sepertinya berada dalam bilik dengan lelaki yang separuh bogel.

            Nina tidak boleh bertangguh, dia harus keluar sebelum berlakunya fitnah atau perkara yang tidak diingini. Nina mengatur langkah menuju ke pintu bilik. Namun sebelum sempat dia mencapai tombol pintu, tangannya diraih dari belakang dan menghalangnya dari terus melangkah.

            “Temankan I.”Ucap Danish Arham dalam nada romantis.

            Dada Nina berdegup kencang, entah kenapa hatinya tidak senang mendengar kata-kata Danish Arham. Seolah-olah lelaki itu cuba menyampaikan maksud yang sukar untuk dia mengertikan.

            “Encik Danish, saya rasa elok saya keluar dulu. Lagipun Encik Danish nak bersiap. Tak elok pula berdua-duaan dalam keadaan Encik Danish macam tu.”Kata Nina tanpa berpaling.

            “Apa yang tak eloknya, I tak kisah. Lagipun dah lama I perhatikan you.”

            “You temankanlah I pakai baju.”Danish Arham memaut bahu Nina lalu memusingkan tubuh Nina supaya menghadapnya.

            Nina mengundur sedikit ke belakang bila dirasakan Danish Arham berdiri terlalu rapat dengan tubuhnya. Hatinya mula tidak sedap.

            “Saya rasa, elok saya keluar sekarang.” Sambung Nina. Dia berpusing dan ingin segera membuka pintu.

            Tetapi tangan Danish Arham segera menghalang tindakan Nina. Tubuh Nina dipusingkan kembali menghadapnya. Kali ini Danish Arham bertindak dengan lebih berani. Dia cuba merapatkan bibirnya ke bibir Nina.

            Tubuh Nina menggigil, dadanya berombak kuat. Seakan-akan tidak percaya dengan tindakan Danish Arham. Tubuh Danish Arham yang semakin hampir ditolak kasar sehingga Danish Arham terundur beberapa tapak ke belakang.

            Melihatkan penolakan Nina membuatkan Danish Arham naik angin. Dia pantas mencapai tangan Nina lalu mendorong tubuh Nina ke katil. Di situ dihempaskan tubuh Nina dengan kasar.

            Nina sudah mula mengesak tangis. Takut dengan tindakan Danish Arham yang tiba-tiba mengasarinya dan berniat buruk terhadapnya.

            “Tolonglah Encik Danish, jangan buat saya macam ni.” Rayu Nina apabila Danish Arham merapatinya.

            Danish Arham yang sudah hilang pertimbangan tidak memperdulikan rayuan Nina. Tudung Nina dicabut kasar. Baju kurung yang dipakai oleh Nina direntap sehingga terkoyak dan memperlihatkan sebahagian tubuh Nina.

            Nina menolak tubuh Danish yang sudah menindih tubuhnya. Tubir matanya sudah dilimpahi air jernih. Sedaya upaya dia cuba melawan kudrat Danish Arham. Namun tenaganya tidak mampu melawan tenaga Danish Arham yang ternyata lagi kuat darinya. Dia kehilangan ikhtiar, hanya air mata sahaja yang mampu mengalir, menzahirkan perasaannya yang hancur saat itu. Rentetan pengkhianatan Danish Arham terhadap dirinya.





Air mata Nina mengalir kembali mengenangkan perbuatan kejam Danish Arham suatu waktu dulu. Sejak peristiwa itu, dunianya terasa kelam dan gelap, seolah-olah cahaya yang selama ini menerangi hidupnya berlalu bersama angin dan tidak pernah kembali lagi. Dia kecewa.

            Semenjak peristiwa itu juga dia mula merasa rendah diri dan mula menjadi pendiam. Seolah-olah seluruh kehidupannya sudah tidak bermakna lagi. Tambahan pula, ibunya Salamah juga telah pergi meninggalkan dirinya untuk menjalani kehidupannya sendirian.

            Namun, sejak dia bertemu semula dengan Daniel Arman, terasa kesunyiannya yang dahulu menghuni hati beransur pergi. Hatinya berbunga, terasa hidupnya kembali bermakna. Mengenali Daniel Arman membuatkan dia bahagia. Lelaki yang sudah lima tahun menjadi suaminya itu tidak pernah dia kenali. Pertemuan semula itu telah menciptakan peluang yang luas untuk dia mengenali Daniel Arman. Mengenali semua tentang Daniel Arman yang tidak pernah dia tahu.

            Mengenangkan semua yang berlaku diantara dirinya dan Daniel Arman sejak kebelakangan ini membuatkan Nina tersenyum. Sungguh dia suka dengan perasaannya yang berbunga mekar. Satu perasaan istimewa telah wujud untuk Daniel Arman dalam hatinya dan dia tidak dapat  menafikan rasa itu. Hatinya benar-benar telah tertawan. Tertawan pada kelembutan Daniel Arman.

            Namun, anganan yang mula berbunga riang dihati tiba-tiba layu dan gugur. Layakkah dirinya bergandingan dengan lelaki sehebat Daniel Arman. Layakkah dirinya yang kotor dipadankan dengan Daniel Arman yang penuh dengan kelembutan. Akan adakah rasa cinta dan sayang dihati Daniel Arman untuk perempuan sepertinya. Dia tidak layak untuk bersama Daniel Arman. Dia cumalah sisa yang ditinggalkan. Tiba-tiba hatinya sebak. Wajah Azzura kembali terlayar dimindanya. Tidak mungkin dia layak untuk bersaing dengan gadis itu demi memiliki hati Daniel Arman. Nina menghela nafas dalam. Tidak mungkin dia dan Daniel Arman dapat bersatu.


p/s-maaflah entry kali ni pendek ye...harap2 semua enjoy...



10 comments:

  1. daniel tu mcm lembik la. nk sokong danish boleh x? sye suka bad boy, kalo daniel nk nina, dia kena la tegas ckit.

    ReplyDelete
  2. tak suka danish....nak daniel dgn nina....

    ReplyDelete
  3. ntah pape..danish..
    daniel..dy suka cara lmbut...bgus la macm tu kan..
    buat ap bad boy tp jahanam..tak de gunanya

    ReplyDelete
  4. jahatnya si Danish ni..... sanggup nak merebut Nina dari tangan Daniel...... dulu dia juga yg lari selepas rosakkan Nina skrg ni nak terhegeh2 lah pulak sampai sanggup nak runtuhkan rumahtangga Daniel dan Nina..... memang tak ada rasa bersalah lansung.....
    apakah yg akan dilakukan Daniel nanti agar Danish tidak merampas Nina dari tangannya.....

    ReplyDelete
  5. kurang asam jawa punya Danish Arham..ada hati nak merampas Nina drp Daniel Arman...dah ludah pastu jilat balik...tak malu betul...Cik Tulip.. pendek arr..agaknya citer ni best sangat..tu yg rasa pendek kot...apa2 pun I likeee....

    ReplyDelete
  6. membaca E3 ni akak merasa sungguh kesal ngan Datuk Z..sebagai ayah..dia patuh menasihati dan mesti tegas dengan anaknya D.Arham..bahawa Nina milik Arman..mana boleh disuruh adiknya melepaskan Nina hanya kerana ia ingin memilikki Nina. Dia ingat Nina tu barang ke..boleh di pass kan bila tak suka..di lepaskan..
    Bagaiman perasaan D.Arman bila..abangnya sendiri merebut isterinya darinya..adakah dia akan biarkan..sepertimana dia pernah berkata dia tidak akan menyintai Nina..sebab dia ada kehidupan dia sendiri..since berjumpa ngan Nina semula ..akak rasa rentak hatinya berkata sebaliknya..kan..
    Kesian Nina kan..bila lah nasib dia akan berubah..dan tegarkah Arman melepaskan Nina ..bila disuruh oleh ayahnya..
    Bila melihat dari sudut lain..kepincangan keluarga ini mungkin juga disebabkan Datin..yg tidak pernah bertegas ngan Datuk dan dalam membesarkan kedua dua putranya itu..kalau lah dia bertegas dalam mendidik anak anaknya mungkin perkara ini tidak akan berlaku..dimana anak anak bersengketa diantara satu sama lain..dan Datuk semakin liar ..
    alahai tulip terujanya nak tahu ..what happens next..eh..apa yg arham nak buat..dan adakah arman akan membiarkan Nina menghilang lagi kerana tidak tahan ngan arham yg mempunyai jiwa yg kacau..yg selalu menganggu dirinya..sebagai suami adakah dia tegar..melihat itu berlaku..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kak ida,kdg2 akak ni mcm ada telepati tau.mcm tau2 je jln cerita,hehe :)

      Delete
    2. setuju dgn cik tulip. gerun sbb kak ida mcm boleh baca ap yg ad dlm otak penulis.HIHI:)

      Delete
  7. mnarik!ble danish nk rmpas blik nina.cm lbh complicted.akak tulip tulis pnjng2 sket.huhu..hope more interestng ble danish nk nina..n daniel nk protct nina.datok bckup abg.datin bckup adik..

    ReplyDelete
  8. Malaysia & Singapore & brunei best on-line blogshop for wholesale & supply korean
    accessories, accessories, earstuds, pendant, rings, bangle, trinket & hair
    accessories. Deal 35 % wholesale discount. Ship Worldwide
    Also visit my blog post Baby Onesies

    ReplyDelete