Thursday, 16 February 2012

AKU UNTUKMU BAB 12

Sambungannya....jeng jeng jeng...
BAB 12



Ardini melihat di cermin, badannya dipusing ke kiri dan kanan persis gaya seorang model yang memperagakan pakaian. Baju kurung moden yang dibeli bersama Izhar sudah tersarung kemas di tubuhnya. Baju plain berwarna merah hati dipadankan dengan tudung printed bercorak jalur dengan awning yang juga berwarna merah hati.

Lain benar penampilannya kala ini. Selama hidupnya belum pernah dia bergaya penuh anggun seperti itu. Selalunya hanya baju kurung longgar yang menjadi pilihannya tetapi kali ini dia perlu akur dengan pilihan Izhar.

Ardini menyapu nipis bedak compact Baby Johnson kewajahnya. Bibirnya dicalit dengan gincu Maybelline  berwarna merah muda, hanya sekadar calitan yang nipis.

Puas dengan penampilan diri, Ardini bergerak ke pintu bilik. Beberapa minit yang lalu dia terdengar deruman kereta masuk ke perkarangan banglo Izhar. Ardini menelah, tentu salah seorang rakan istimewa Izhar telah sampai kerana berdasarkan makluman Izhar seorang rakannya akan datang untuk makan tengahari di situ manakala tiga orang lagi akan sampai untuk minum petang.

Usai bersolat tadi, Ardini terus mempersiap diri untuk menyambut tetamu istimewa Izhar. Kerana tetamu-tetamu itu jugalah, Izhar mendesak Ardini untuk membeli pakaian baru. Ardini hanya menurut untuk menjaga air muka Izhar.

Ardini melangkah menuruni anak tangga. Dari jurai tangga kedengaran suara ketawa di ruang tamu. Dia mengerling kelibat kedua-dua orang sahabat yang sedang rancak berbual.

Menyedari kelibat Ardini yang menapak turun, keempat-empat mata menyoroti ke arah Ardini. Buat seketika kedua-dua sahabat itu terleka memerhatikan Ardini. Seakan-akan masa terhenti, baik Izhar mahupun Rayyan terpana dengan penampilan Ardini. Izhar terpaku dengan keanggunan Ardini dalam persalinan yang luar dari kebiasaan, selalunya Ardini nampak biasa di matanya tapi kali ini penampilan Ardini sangat berbeza. Perasaan Izhar yang terhenti tadi disedarkan dengan bunyi deringan telefon. Cepat-cepat dia melarikan anak mata. Rayyan pun seakan-akan baru bangkit dari disergah. Pantas matanya diarah kepada Izhar.

Ardini yang tidak perasan dengan perhatian yang diberikan oleh kedua-dua lelaki tadi terus menuju ke dapur. Dia mahu memulakan tugasnya, tidak mahu tetamu yang datang tertunggu-tunggu.  Sementara Izhar dan Rayyan menyambung perbualan yang terhenti antara mereka tadi.

Selesai menghidang di meja makan, Ardini menghampiri Izhar dan Rayyan.

“Makanan dan sedia.” Ardini memberi isyarat kepada Izhar untuk menjemput Rayyan ke meja makan. Hanya senyuman segaris dilempar kepada Rayyan.

Ardini kembali menapak ke meja makan. Menyediakan apa yang patut.

Izhar mengajak Rayyan ke meja makan. Mereka berdua mengambil tempat masing-masing.

Ardini mula menyenduk nasi ke dalam pinggan Izhar dan Rayyan, menu yang dimasak pada hari itu adalah ikan kerapu tiga rasa, tom yam campur dan beberapa jenis sayur. Semua lauk yang dimasak merupakan kegemaran Izhar. Untung dia belajar memasak dari Datin Rohana, jika tidak pasti sukar untuk menyediakan semua lauk yang menjadi menu pilihan Izhar pada hari itu.

Tatkala menyenduk nasi ke dalam pinggan Rayyan, mata Ardini dan Rayyan bertaut. Ardini hanya melirik senyum. Sementara Rayyan mengambil peluang untuk meperkenalkan diri.

I’m Rayyan.”Kata Rayyan ringkas. Dia melirik mata. Kesempatan itu digunakan untuk memandang lama wajah manis Ardini.

“ Saya Ardini.” Ardini membalas. Dia saling berbalas senyuman dengan Rayyan.

Ada satu perasaan yang menjalar di hati Izhar tatkala melihat senyuman manis Ardini kepada Rayyan. Senyum yang belum pernah dilihat sepanjang perkenalan mereka. Tiba-tiba dia rasa cemburu dengan perhatian yang ditunjukkan Ardini kepada Rayyan.

Sudah menyenduk nasi, Ardini bergerak ke hujung meja makan, mencapai bekas air basuh tangan untuk diletakkan berhampiran Izhar dan Rayyan. Rayyan tanpa sedar mengekori gerak laku Ardini dengan ekor mata. Terlupa sebentar dengan status Ardini sebagai isteri sahabatnya. Izhar yang perasan akan kelainan pandangan mata Rayyan bertindak menendang kaki Rayyan dari bawah meja. Rayyan yang terperanjat terus mengalih pandangan, terus saling bertentang pandang dengan Izhar. Izhar hanya beriak dengan mengangkat kening tatkala mata mereka bertaut.  Satu penzahiran yang lahir dari rasa cemburu.

wife U cantik.” Rayyan menyatakan pendapat apabila kelibat Ardini menghilang ke ruang dapur.

“kenapa?!, kau berkenan ke?” Izhar menyoal sinis. Sebelah keningnya diangkat. Tiba-tiba dia tidak senang dengan cara Rayyan memandang Ardini.

“Kenapa?!, kau cemburu ke?” Soalan dibalas soalan, Rayyan meniru gaya Izhar menaikkan sebelah kening.

“Aku cemburu?...Kalau aku tak nak pun, tak kan lepaskan kat kau…” Izhar bernada sinis sekali berseloroh dengan Rayyan.

“ku tunggu jandamu.” Seloroh Rayyan. Pecah ketawa mereka berdua. Mereka terdiam untuk seketika. Masing-masing dirangkul perasaan sendiri. Apabila Izhar berpura-pura batuk, masing-masing mula menjamu makanan.

“Bekas aku…kau nak ke?” Izhar bersuara semula bila suasana sunyi seketika, kali ini dia bernada sedikit sinis dalam serius.

“Aku tak kisah bekas sape pun, yang penting boleh jadi isteri yang baik.” Rayyan bersuara mengendur, memulang paku buah keras dalam nada yang lembut. Ada terselit nasihat dalam kata-katanya.

 Izhar berasa terkesan dengan kata-kata Rayyan namun perasaan itu dibiarkan berlalu. Perbualan antara mereka bersambung sehingga ke hal-hal pejabat dan kawan-kawan yang telah lama tidak bertemu. Keakraban mereka bermula sejak Rayyan mula-mula bekerja dengan Datuk Hassan lagi. Disebabkan keakraban yang terjalin lama itu, Izhar tidak kekok bila bersama Rayyan. Panggilan ganti diri mereka juga sering berubah, bila hal yang dibincangkan sedikit serius, panggilan I dan U akan digunakan dan bila keadaan menjadi lebih santai, mereka lebih selesa beraku dan engkau.

Rayyan lebih matang dalam banyak perkara, mungkin disebabkan itu dia menjadi orang kepercayaan Datuk Hassan berbanding Izhar.

Selesai makan, mereka beredar ke ruang tamu, menyambung perbualan dari meja makan. Sesekali terdengar mereka ketawa. Ardini mengambil alih tugasan dengan mengemas meja makan. Dia bersegera ke dapur semula untuk menyediakan menu minum petang. Masa yang berbaki hanya tinggal dua jam sebelum rakan Izhar yang lain tiba.

Tangan Ardini pantas menyiapkan menu yang disenarai Izhar. Sekali lagi dia berterima kasih kepada Datin Rohana kerana mengajar membuat donut dan karipap. Antara kuih yang menjadi kegemaran Izhar ‘home made doughnut and curry puff’.

Dua jam berlalu dan Ardini telahpun siap menyediakan kuih muih. Hampir setengah jam lalu, rakan-rakan Izhar telahpun sampai. Mereka kedengaran berbual mesra sebelum semuanya beredar dari meja kayu yang terletak di ruang halaman banglo menuju ke arah kereta masing-masing.

Ardini meletak kuih muih ke dalam piring dan disusun rapi di atas meja makan sebelum dibawa keluar. Dia ke dapur semula menyediakan air minuman tetamu. Apabila semua telah tersedia di meja makan, Ardini mengangkat sedikit demi sedikit ke meja kayu di luar.

 Izhar bersama-sama tiga orang rakan sedang membelek-belek kenderaan sesama sendiri. Satu lagi minat Izhar yang baru Ardini tahu, Izhar minat make up kereta. Mereka rancak berbual mengenai kereta. Sesekali terdengar gelak ketawa antara mereka dan sesekali juga mereka bergerak dari satu kereta ke kereta yang lain. Kadangkala terdengar puji-pujian terhadap aksesori kereta dikalangan mereka.

Rayyan sedari tadi hanya menjadi pemerhati, dia bersantai di kerusi kayu. Minatnya tidak terarah kepada kereta. Dia hanya memerhatikan dari jauh. Apabila melihat Ardini leka menyusun kuih dan minuman di atas meja kayu, dia mula membuka bicara.

Izhar’s favourites.” Matanya terarah ke kuih muih yang disusun Ardini. Memang dia sedia maklum tentang kuih yang menjadi kegemaran Izhar kerana mereka sentiasa keluar makan bersama. Sedikit demi sedikit dia tahu minat Izhar.

“Ermm.” Ardini membalas ringkas. Dia hanya melemparkan senyuman manis kepada Rayyan.

“Duduklah, teman I bersembang, I ni bukan peminat kereta.” Rayyan mempelawa dan dalam masa yang sama dia berseloroh, dia bosan duduk bersendirian kerana ditinggalkan oleh rakan-rakan lain.

Ardini mengambil tempat di kerusi bersebelahan Rayyan.

I saw U recite the doa makan.” Ardini memulakan bicara. Dia ternampak Rayyan membaca doa makan sedangkan dia pasti Rayyan bukan berbangsa melayu. Ardini sedikit keliru dengan status agama Rayyan.

“Rayyan Lee Abdullah.” Rayyan memperjelas status agama yang menjadi anutannya kini. Ramai yang tidak menyangka dia beragama islam, tidak hairanlah jika Ardini salah seorang daripadanya.

so bukan Ryan, R.Y.A.N.” Ardini menyebut huruf demi huruf. Sekadar mengisi kekosongan antara mereka.

“No, it’s R.A.Y.Y.A.N.” Rayyan membetulkan.

“Salah satu nama syurga.” Ardini memberikan kenyataan tentang nama Rayyan. Dia pernah terbaca tentang syurga yang bernama Rayyan.

Yes”.Rayyan menjawab ringkas. Masing-masing melirik senyum sesama sendiri.

Buat seketika keadaan sunyi antara mereka. Ardini membuang pandang ke arah Izhar, mata mereka bertaut, namun Izhar lekas melarikan anak mata. Ardini berpaling apabila Rayyan bersuara.

U remind me to someone…” Rayyan memecah kebisuan antara mereka.

“Really?, who?” Ardini menyoal senada. Sengaja mencetuskan perbualan baru dengan Rayyan.

An old friend.”Rayyan menjawab ringkas. Ingatan Rayyan terarah kepada Ainul, gadis yang mula-mula memperkenalkan dia tentang islam. Lama-kelamaan hati dia terpaut pada islam, seiring dengan rasa cinta terhadap gadis itu.

Which part of me yang ingatkan U pada dia?” Ardini bersuara lagi apabila menyedari Rayyan merenung jauh.

The way U dress up, talks, sangat serupa….”Rayyan menjawab sambil merenung jauh. Seperti menggamit kembali kenangan lama.

So, mana dia sekarang?.” Ardini menyambung bertanya apabila Rayyan dilihatnya masih termenung jauh.

“Yang pasti not here.”Rayyan senyum sebaris, bernada seloroh, seolah-olah baru dikejutkan dari mimpi. Dia tidak berhajat menceritakan kisahnya kepada Ardini.

Ardini hanya membalas dengan senyuman.

So I heard you are a degree holder?. Soal Rayyan, mengubah topik perbincangan.

“Ermm.” Ardini menjawab seraya mengangguk.

In what course?”Rayyan menyoal lagi.

“Pendidikan Awal Kanak-kanak.” Sambung Ardini.

so bakal cikgu la ni.., kebetulan kakak I baru bukak private preschool, dia pun memang perlukan tenaga pengajar sekarang ni, U berminat? Soal Rayyan lagi.

“Ermmm…entahlah, buat masa ni belum lagi kot, kena tanya Izhar dulu.” Ardini menyatakan apa yang bermain dalam kepalanya. Tidak mungkin dia memberikan persetujuan sebelum berbincang dengan Izhar. Tetapi apabila diingat semula, mampukah dia duduk berbicara dan berbincang dengan Izhar. Tidak tercapai akalnya ke situ.

Well, kalau berminat here is my card. Give me a call.” Rayyan bersuara, sekeping kad dihulur kepada Ardini.

Ardini menyambut kad dari tangan Rayyan. Kad itu dibaca sekali imbas. Dia tersenyum seraya mengucapkan terima kasih.

Sedari tadi Izhar hanya melirik pandang ke arah Ardini dan Rayyan yang berbual mesra. Ada satu perasaan aneh yang menjalar dihatinya waktu itu. Melihatkan kemesraan antara Rayyan dan Ardini membuatkan dia rasa cemburu. Walaupun puas ditepis rasa itu namun matanya tidak lari dari memerhatikan Rayyan dan Ardini. Melihatkan senyum manis Ardini kepada Rayyan membuatkan dia resah. Konsentrasi terhadap kereta juga hilang. Dia tidak betah bertahan dengan satu perasan baru yang meresap ke dalam jiwanya.

Tidak tahan dengan panahan rasa cemburu, Izhar bergerak ke arah paip, membasuh tangan kerana membelek-belek enjin kereta tadi. Rakan-rakan yang masih leka menilik kereta ditinggalkan.

Ardini melirik mata mengikut pergerakan Izhar. Kali ini dia pula termenung jauh.

“Izhar tu nampak je keras tapi hati lembut.” Rayyan seolah-olah memahami gelodak perasaan yang dirasakan oleh Ardini.

Ardini mengalih pandang ke arah Rayyan. Dia membalas senyuman lelaki itu.

“Sembang apa, dari tadi rancak aje.” Izhar menyoal apabila dia menghampiri kerusi kayu, dia mengambil tempat disebelah Ardini. Matanya terarah kepada Rayyan.

Ardini mengensot sedikit ke kiri, tidak selesa kerana Izhar terlalu hampir sehingga tubuh mereka bersentuhan. Dia pelik melihat kelakuan Izhar, selama ini tidak pernah Izhar duduk begitu hampir dengannya, kali ini berlainan pula sikap Izhar. Kadang kala Ardini sendiri tidak faham, tidak dapat membaca Izhar hanya sekadar dari perlakuan lelaki itu.

“Berbual kosong je.” Rayyan menjawab ringkas. Dia perasan pada kelainan kerlingan mata Izhar terhadap dia dan Ardini.

“Bukan main lama berbual, tak kan bual kosong je.” Izhar melirik mata ke arah Ardini. Ada nada cemburu pada kata-katanya. Tangannya sengaja diletakkan ke atas bahu Ardini. Menarik tubuh Ardini hampir dengannya.

Kali ini tingkah Izhar bertambah pelik. Tidak pernah dia menunjukkan sikapnya kepada Ardini begitu tetapi di hadapan Rayyan, Izhar berlagak mesra. Sungguh Ardini keliru. Bimbang Izhar semakin jauh tersasar dalam lakonannya, Ardini meminta diri.

“ Saya ke dapur dulu.” Ardini bangun, hanya seulas senyum diberi kepada Rayyan.

Ardini yang tidak selesa dengan perlakuan Izhar segera meminta diri. Dia janggal apabila Izhar tiba-tiba berubah sikap. Selalunya Izhar dingin dengannya, tidak tahu kenapa Izhar menunjukkan sikap baik apabila berhadapan dengan Rayyan malah bukan setakat baik tetapi terlebih mesra. Disebabkan itu Ardini mengambil keputusan untuk meninggalkan Izhar bersama Rayyan.

U kenapa?” Rayyan menyoal setelah kelibat Ardini hilang di dapur. Kelainan pada tingkah laku Izhar boleh dibaca matanya.

“Kenapa apa?” Soalan dibalas soalan. Wajahnya selamba, sengaja buat tidak faham dengan soalan Rayyan.

“Perlakuan U tadi?...”Rayyan menyambung.

Izhar mengelak dari menjawab soalan. Dia separuh melaung ke arah kawan-kawan yang sedang leka.

“Jom minum dulu.” Laung Izhar.

“Kejap lagi bos.”Salah seorang diantara mereka menjawab.

“kalau U suka dia, jaga elok-elok.” Rayyan bersuara. Ada terselit nasihat dalam kata-katanya.

Izhar masih seperti tadi, hanya memperlihatkan muka tidak bersalah dan hanya membuat muka selamba.

“kalau U tak suka dia, jangan kongkong, biar dia lepas, tentukan sendiri nasib dia.” Suara Rayyan mengendur. Kata-kata berunsur nasihat diberi lagi kepada Izhar.

“Aku tahulah.” Izhar menjawab ringkas. Tidak suka apabila Rayyan bertindak mengajar apa yang perlu dia buat.

Buat seketika tiada perbualan antara mereka. Masing-masing melayani perasaan sendiri.


tunggu sambungannya....




13 comments:

  1. ku tunggu jandamu? aww saya nk suka rayyan boleh tak, nyampah ar hero ni, ego xhabis2,

    ReplyDelete
  2. Rayyan Vs Izhar..
    hihi...
    cemburu plak Izhar..

    ReplyDelete
  3. besh... x sbr nk bace smbunggannye.. izhar dh start jeles.. sukex3.. hehe..

    ReplyDelete
  4. alahai..part E3 yg paling akak teruja.. mamat tu dah jeles..wei..macam tak caya ja..akak respect Rayyan selamba dek..dia boleh cakap yg dia tak kisah dengan bekas org... akak rasa membuatkan izhar berfikir berkali kali..apa ek yg ada dihatinya kini..

    ReplyDelete
  5. zawani mukhtar has left a new comment on your post "AKU UNTUKMU-BAB 11":

    patutlh bila saya comment jer trus ilang, ingt cik writer x sudi

    ReplyDelete
  6. zawani mukhtar has left a new comment on your post "AKU UNTUKMU BAB 12":

    ku tunggu jandamu? aww saya nk suka rayyan boleh tak, nyampah ar hero ni, ego xhabis2,

    ReplyDelete
  7. missfie_za&Lynn_are has left a new comment on your post "AKU UNTUKMU BAB 12":

    besh... x sbr nk bace smbunggannye.. izhar dh start jeles.. sukex3.. hehe..

    ReplyDelete
  8. please somebody help me,kenapa komen2 ni ada yg tak masuk dalam blog ni tapi kat email saya ada.sayangnya semua komen2 indah ni. saya terpaksa copy and paste semula disini....uhuk uhuk...

    ReplyDelete
  9. dah jumpa masalahnya,komen tu terus pergi ke spam.saya dah jumpa penyelesaian kepada masalah itu,hehe.terima kasih kerana komen yg sangat membina ini.saya sangat bersemangat nak sambung post lain-lain,hehe...

    ReplyDelete
  10. like!
    xsbr nk tggu next chpter!cpt3~
    hee~

    ReplyDelete
  11. hehehe...Izhar sudah ada rasa cemburu......

    ReplyDelete
  12. terima kasih untuk komen-komen anda....hehe...

    ReplyDelete