BAB 16
Ardini bangun dari perbaringan
apabila terdengar bunyi mesej yang masuk di telefon bimbitnya. Usai
bersembahyang isyak tadi dia merebahkan tubuhnya ke katil. Penat kerana
membantu majlis kenduri Makcik Zizah dua hari yang lalu masih terasa. Ardini mencapai
telefon bimbit yang diletakkan di atas meja solek. Mesej dari Kak Murni dibuka
dan dibaca.
Salam, hjg minggu ni Dini free
tak?, akak nak hantar barang-barang
Dini.
Sejurus membaca mesej, Ardini terus mendail nombor Kak Murni. Dia lebih
selesa berbicara dari mulut ke mulut daripada berbalas mesej. Sejurus talian
bersambut, Ardini memulakan bicara.
“Assalamualaikum kak?” Ardini memulakan perbualan dengan ucapan salam.
“Waalaikumusalam.” Kak Murni menjawab ringkas, dia mengagak tentu Ardini call untuk berbincang akan hal berkaitan
mesejnya tadi.
“Akak sihat?” Ardini berbasa basi sebelum menyampaikan maksud.
“Alhamdulillah sihat, Dini?” Kak Murni turut memperlihatkan keprihatinan.
“Dini sihat.” Ardini menjawab ringkas.
“So camane, Ahad ni boleh tak kita
jumpa?” Kak Murni bertanya, terus kepada maksudnya.
“Boleh, Dini sekarang pun belum kerja lagi, bila-bila jumpa pun takde
masalah.” Ardini menyatakan persetujuan.
“Kalau macam tu baguslah, akak bukannya apa, sejak kerja ni sibuk je
memanjang, payah nak keluar tak tentu masa.” Luah Kak Murni. Dia sudah hampir
sebulan bekerja sebagai pegawai pemasaran di syarikat swasta.
“Biasalah kerja swasta, kenala berkorban sikit.” Ardini bersuara
mengendur, awal bulan hari tu Kak Murni ada memaklumkan yang dia telah mendapat
pekerjaan. Mungkin berjawatan sementara kerana mereka sama-sama belum menerima
ijazah.
“Dini boleh datang ke stesen KTM Kuala Lumpur tak?, dekat sikit dengan
tempat kerja akak, kebetulan akak ada meeting
hari tu.” Kak Murni bertanya, dalam kata-katanya ada keluhan kerana
terpaksa menghadiri mesyuarat pada cuti hujung minggu.
“Boleh, akak habis meeting pukul
berapa?” Ardini bertanya lagi.
“Dini datang dalam pukul tiga petang la, mesyuarat mula pagi, maybe finish by three.”Kak Murni
memaklumkan.
“Okey, jumpa akak nanti.” Kata Ardini, memberi isyarat untuk menamatkan
perbualan.
“Okey, jumpa nanti, apa-apa hal akak SMS.” Kak Murni mematikan talian
sejurus mengucap salam.
Ardini kembali merebahkan tubuh ke katil, dia akan memaklumkan kepada
Izhar tentang perjanjian dan perancangan yang telah dibuat bersama Kak Murni
pada hujung minggu yang akan datang.
Sejurus mengemas meja makan selepas
Izhar selesai makan sarapan, Ardini bergerak ke ruang tamu. Izhar sedang leka membaca akhbar dengan
tv yang terpasang. Kebiasaan Izhar sejak kebelakangan ini yang Ardini perasan
ialah Izhar suka membuka tv ketika dia duduk-duduk di ruang tamu, walaupun dia
melakukan kerja-kerja lain disitu.
Ardini bergerak ke sofa sebelah kanan lalu duduk. Izhar yang masih leka
dengan akhbar ditangan tidak menyedari kehadiran Ardini. Melihatkan Izhar yang
masih leka membelek akhbar, Ardini memulakan bicara.
“Esok saya nak pergi pusat bandar, nak
ambik barang dari kawan.” Ardini memulakan bicara. Mengharapkan Izhar
memberi kebenaran.
“Nak I hantar ke?” Izhar
bersuara, matanya masih memandang surat
khabar ditangan.
“Takpelah, saya naik KTM kat Bandar Tasik Selatan je, dia tunggu kat
stesen KTM Kuala Lumpur.” Ardini menerang tanpa diminta, dia tidak mahu
menganggu jadual Izhar pada hujung minggu.
“Terpulanglah.” Izhar menjawab sepatah, dia masih kusyuk membaca akhbar.
Ardini berlalu ke bilik selepas Izhar memberi kebenaran untuk dia keluar.
Dia jarang-jarang sekali keluar dari banglo Izhar. Sejak berkahwin, inilah kali
pertama dia akan keluar berjumpa kawan yang tidak ditemui semenjak hari
perkahwinannya berlansung. Apabila masuk ke bilik, Ardini berjalan menuju
balkoni, kebiasaannya apabila tidak turun ke laman dia paling suka berdiri di
balkoni dan menikmati udara pagi yang nyaman.
Selesai membaca akhbar, Izhar bergerak ke halaman rumah, dia bercadang
untuk membasuh kereta supaya pada hari berikutnya dia boleh melakukan
kerja-kerja pejabat yang masih tertangguh.
Belum pun sampai sepuluh langkah, Izhar terdengar telefon bimbitnya
berbunyi. Dia berpatah balik mendapatkan telefon. Sejurus melihat nama
pemanggil, Izhar bawa telefon ke telinga, langkahnya diatur menuju ke halaman
rumah. Izhar melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu.
“Hello.” Izhar membuka bicara.
“Hi, ingat I lagi tak?”
Terdengar suara manja dihujung talian.
“Maya right, I save your number.”Izhar
bersuara senada.
“U sihat?” Maya bersuara manja,
cuba
memancing perhatian Izhar.
“I’m good. U?”Izhar menjawab
ringkas.
“I ni sakit rindu.”Jawab Maya.
“rindu? Kat sape?, bertuahlah orang tu.” Seloroh Izhar.
“Rindu kat U la.”Maya merengek
manja.
“Ada-ada la U ni.” Izhar
menganggap kata-kata Maya sekadar gurauan, masakan Maya masih mahu memikatnya
setelah dia memaklumkan kepada gadis itu tentang statusnya sebagai suami orang.
“I serius rindu kat U tau, sebenarnya I nak ajak U keluar
petang esok.” Maya memberitahu tujuan panggilannya.
“Sebenarnya esok I ada kerja
sikit.” Izhar memberitahu perancangannya untuk hari esok.
“Ala please, remember your promise lagipun u
owe me one.” Maya merengek manja, mengingatkan Izhar pada janji yang pernah
dibuat.
“Okey, I’ll make time.”Izhar
memberikan persetujuan mengenangkan janji yang pernah dibuat bersama Maya.
“okey, see U tomorrow.”Kata
Maya lagi.
“See U. ”Izhar
mematikan perbualan bersama Maya. Butang merah pada telefon bimbitnya ditekan.
Ardini yang sedari tadi berdiri di balkoni biliknya membuang pandang,
terus kepada Izhar, perbualan Izhar di ruang halaman rumah tadi tidak jelas
ditangkap telinganya. Terdetik dalam hatinya dengan siapa Izhar bersembang di
telefon. Memikirkan kebarangkalian Izhar bersembang dengan Delia membuatkan
hatinya di panah rasa cemburu. Sejak kebelakangan ini Ardini merasakan terdapat
satu perasaan istimewa terhadap Izhar. Perasaan itu menyebabkan dia terasa
ingin terus mendekati Izhar namun apabila teringat akan kata-kata Izhar semasa
awal dulu, Ardini melupakan hasratnya.
Dia tidak mahu terus membina angan-angan yang akhirnya akan runtuh dan
menghempapkan. Sebelum dia bermimpi dengan lebih jauh, dia harus sedar tidak
mungkin Izhar akan menyimpan rasa cinta kepadanya.
Ardini menghela nafas berat. Wajah Izhar ditenung dari sudut balkoni.
Izhar lelaki baik, mungkin menerima dia sebagai isteri hanya sekadar memenuhi
permintaan kedua ibu bapanya. Untuk seketika Ardini berasa bersalah kepada
Izhar kerana mengheret lelaki itu ke dalam hidupnya. Izhar terpaksa menerima
dirinya yang tidak sempurna. Setitis air mata Ardini tumpah mengalir. Tiba-tiba
terasa kesal kerana lelaki itu terpaksa menerimanya tanpa rela.
Ardini menyeka air mata dengan hujung jari, nafasnya ditarik dalam-dalam.
Masih ada air mata yang tersisa. Wajah Izhar ditenung lama, dalam hatinya
memang ada menyimpan satu perasaan istimewa untuk Izhar. Sejak Izhar melafazkan
akad, dia nekad akan menerima lelaki itu sebagai suami, mengasihi Izhar sepenuh
hati. Semakin hari berlalu, rasa itu semakin kuat membungkus hatinya.
Air mata yang tumpah diseka lagi, matanya masih terlekat pada wajah
Izhar. Air matanya mengalir lagi. Saat itu Izhar mendongak ke atas memandang
tepat ke wajahnya. Untuk seketika mereka merenung antara satu sama lain. Ardini
lekas-lekas melarikan wajah. Dia berpaling dan masuk semula ke dalam bilik.
Bimbang Izhar menyedari keadaan dirinya.
Ardini merebahkan tubuhnya ke katil, air matanya masih bersisa. Sejak
kebelakangan ini dia banyak berfikir mengenai hala tuju kehidupan yang dibina
bersama Izhar. Dia tidak mahu terlalu berharap, kata-kata Izhar dulu masih
dipegang kemas. Dia redha bagaimana Izhar akan mengakhiri hubungan mereka. Dia
juga tidak betah terus menerus menyeksa diri dan mengikat Izhar dalam ikatan
perkahwinan yang Izhar sendiri tidak redhai. Namun selagi dia bergelar isteri
kepada lelaki itu dia akan menunaikan tanggungjawabnya kepada Izhar.
Izhar merenung jauh ke hujung sudut halaman, baru sebentar tadi dia
terlihat Ardini menangis. Hatinya dipagut rasa pilu menyaksikan Ardini
mengalirkan air mata. Apa sebab yang membuatkan gadis itu menangis dia sendiri
tidak tahu. Sedang perasaannya sendiri berbaur. Memikirkan hala tuju
perkahwinan dia dengan Ardini membuatkan kepalanya serabut. Untuk mengakhiri
semua itu dalam masa yang terdekat ini dia masih belum bersedia. Perasaannya
masih keliru.
BAB 17
Setelah setengah jam menunggu
akhirnya Ardini berjaya menahan sebiji teksi yang lalu di hadapan tempat dia
menunggu. Disebabkan Izhar tinggal dikawasan perumahan elit maka teksi jarang
kedapatan di situ. Kebanyakan penduduk di situ mempunyai kenderaan sendiri yang
membolehkan mereka keluar masuk tidak kira masa. Mungkin disebabkan itu juga
jarang ada pemandu teksi yang masuk untuk mendapatkan penumpang di kawasan elit
itu.
Disebabkan ramai diantara warga kota
yang keluar berjalan pada hari minggu sebegitu menyebabkan jalan raya sedikit
sibuk. Hampir sejam duduk di dalam teksi barulah Ardini tiba di stesen KTM
Bandar Tasik Selatan. Dari situ Ardini menaiki tren dan perlu melalui empat
stesen lain iaitu Salak Selatan yang terus menuju ke Seputeh
dan MidValley
serta KL Sentral sebelum sampai ke stesen Kuala
Lumpur .
Ardini tiba di stesen Kuala
Lumpur hampir jam empat petang. Dia menunggu Kak Murni
sambil duduk di kerusi yang disediakan. Belum pun sampai sepuluh minit
melabuhkan punggung, terdengar bunyi mesej masuk ke dalam telefonnya. Ardini
mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandang dan mesej dari Kak Murni dibuka
dan dibaca.
Dini, akak mgkin lmbt sikit.
Meeting start lmbt tadi. Kalau dh smpai, dini tggu dulu K. Dh siap akak SMS.
Ardini menyimpan kembali telefon bimbitnya ke dalam beg sandang. Ardini
mengeluarkan novel The Seven Secrets Of
Happiness tulisan Sharon Owens dari
beg sandangnya. Sehelai demi sehelai mukasurat dibuka dan dibaca sementara
menunggu Kak Murni. Memang itu merupakan hobinya sejak dulu, kalau ada masa
terluang dia akan memilih untuk membaca buku ilmiah ataupun karya fiksyen.
Kadangkala hobinya itu diselang selikan dengan membaca kisah cinta fiksyen
melayu mahupun inggeris.
Hampir sejam menunggu Ardini berasa letih, dia bangun dan menuju ke kedai
runcit yang terdapat dalam stesen itu. Ardini membeli roti berinti coklat
dengan air kotak soya untuk mengisi perut. Selesai membeli Ardini kembali ke
tempat duduknya untuk sambung membaca. Suasana di stesen itu lengang menandakan
tidak ramai pengunjung di situ. Disebabkan kedudukan stesen KTM Kuala Lumpur
terletak di pusat Bandar maka stesen itu kurang dikunjungi kerana ramai
pengguna pengangkutan awam mempunyai alternatif lain seperti LRT di stesen
Kerinchi yang terletak hampir dengan stesen KTM Kuala Lumpur dan pengguna juga
lebih suka menggunakan perkhidmatan bas yang boleh didapati di hadapan Pasar
seni.
Hampir sejam Ardini menunggu, dia menerima mesej kedua dari Kak Murni
yang mengatakan Kak Murni akan tiba lewat kerana mesyuaratnya masih belum
selesai. Ardini mengerling jam di telefon bimbitnya, sudah hampir tiga jam dia
menunggu, solat asarnya masih belum ditunaikan. Ardini menapak ke surau yang
terletak di hujung sebelah kanan stesen untuk menunaikan solat.
Usai bersolat, Ardini duduk berehat di dalam surau kecil yang hanya boleh
menempatkan paling ramai sebanyak lima
orang dalam satu masa. Ardini mencongak-congak masa yang tinggal. Pasti dia
akan sampai lewat ke banglo Izhar kerana hari sudah hampir menginjak ke waktu
malam. Setelah menerima mesej dari Kak Murni yang mengatakan Kak Murni dalam
perjalanan ke tempatnya, Ardini menapak kembali ke ruang menunggu di hadapan.
Dua puluh minit menunggu akhirnya Kak Murni tiba di stesen KTM.
Perjumpaan semula selepas hampir tiga bulan menyebabkan mereka terharu.
Masing-masing berpelukan melepaskan rindu.
“Dah lama Dini tunggu?” Kak Murni membuka bicara. Sekadar bertanya walhal
dia sendiri sudah tahu Ardini telah lama menunggu.
“Hampir empat jam.” Ardini berterus terang. Memberitahu kebenaran
walaupun dia tidak marah.
“Maafla, mesyuarat akak mula lambat tadi, tunggu bos punya pasal.” Rungut
Kak Murni.
“Takpelah kak, bukannya selalu.” Ardini cuba meredakan Kak Murni.
“Kesian Dini kena tunggu lama.” Luah Kak Murni, bersimpati dengan Ardini
yang terpaksa menunggunya.
“Takpe, Dini faham, lagipun bukannya senang nak jumpa macam ni, nak patah
balik, rumah Dini pun jauh, Dini sanggup tunggu, demi nak jumpa akak tau.”
Ardini melirik senyum, cuba
meredakan rasa bersalah Kak Murni dengan kata-katanya.
“Terima kasih Dini sebab faham situasi akak, jomlah ambik barang, lepas
ni akak nak kena balik office, ada
benda nak selesaikan sebelum masuk kerja pagi esok, lagipun akak parking kereta kat luar tu, tak boleh
lama-lama, takut dapat surat cinta DBKL pulak.” Sambung Kak Murni sambil
berseloroh.
Mereka berjalan beriringan menuju ke kereta. Sejurus tiba Kak Murni
mengeluarkan barang-barang dari bonet dan diserahkan kepada Ardini.
“Baik betul tunang akak bagi akak pinjam kereta.” Giat Ardini, dia memang
kenal kereta tunangan Kak Murni yang selalu bertandang ke kolej semasa mereka
bercinta dulu. Terselit rasa cemburu dengan layanan tunang Kak Murni kepada Kak
Murni.
“Yelah, kat KL ni kalau takde kereta susah. Tambah-tambah macam akak ni
kena selalu meeting kat luar, kereta
dah jadi keperluan pulak.”Sambung Kak Murni.
“Bertuahlah badan.” Ardini tersenyum sebaris.
“Orang tu lagi bertuah, dapat anak orang kaya, handsome pulak tu.” Giat Kak Murni. Menganggap kata-kata Ardini
sekadar gurauan mesra.
Ardini hanya tersenyum tawar, hakikat sebenarnya hanya dia sahaja yang
tahu. Perkahwinannya dengan Izhar tidak ke mana-mana. Hanya kontrak atas kertas
yang dipersetujui dalam terpaksa dan tanpa rela.
Kak Murni menyalami tangan Ardini selepas meminta diri untuk kembali ke
pejabatnya. Mereka berpelukan sebelum berpisah. Ardini melambai tangan
mengiringi permergian Kak Murni.
Suasana di luar telah hampir gelap keseluruhannya. Ardini mengambil
keputusan untuk kembali masuk ke dalam bagi menunaikan solat magrib yang hampir
tiba. Selepas itu dia akan menelefon Izhar, meminta Izhar datang menjemputnya
disitu, kerana barang-barangnya yang banyak. Sekiranya hari masih siang dia
tidak runsing, disebabkan hari semakin gelap, dia risau berjalan dengan membawa
beg yang berat bersama barang-barang lain. Tentu akan melambatkan
perjalanannya. Terasa menyesal kerana tidak menerima perlawaan Izhar untuk
menghantarnya hari itu tapi hal yang terjadi tadi tidak dijangka. Dia sendiri
tidak tahu Kak Murni akan lewat.
Ardini menapak menuruni lorong bawah yang dibina untuk memudahkan
pengguna menyeberangi ke seberang landasan. Beg dan barang-barangnya di jinjing
menggunakan kedua-dua tangan. Semasa
melalui lorong itu, terlihat dua orang warga asing yang sedang duduk dalam
keadaan khayal. Pada masa itu, Ardini berbelah bahagi sama ada untuk berpatah
balik atau terus berjalan. Saat itu dia terfikirkan keselamatan dirinya, namun
mengenangkan jam dah hampir menginjak ke pukul lapan, Ardini memberanikan diri.
Solat magribnya perlu ditunaikan terlebih dahulu. Dia bertawakal.
Tiba di surau, Ardini bersegera
menunaikan solat magrib. Di situ dia berehat seketika sebelum membuat panggilan kepada Izhar. Dia akan menunggu Izhar di ruang menunggu
kerana tempat itu dekat dengan jalan keluar, sekiranya berlaku perkara yang tidak
dijangka dia akan terus keluar mencari perlindungan di luar. Kejadian yang
berlaku kepadanya sepuluh tahun dulu, menjadikan dia lebih berhati-hati di
tempat yang sunyi.
Ardini mendail nombor Izhar, apabila
terdengar deringan, Ardini menunggu taliannya disambut dari hujung sana . Selang beberapa
deringan talian dimatikan dari hujung talian sebelum sempat disambut. Ardini
pelik. Dia mencuba sekali lagi tapi perkara yang sama berlaku. Ardini mencuba
untuk kali ketiga tetapi hasilnya masih sama. Talian disebelah sana dimatikan sebelum diangkat. Ardini
pelik, mungkin telefon bimbit Izhar kehabisan bateri.
Ardini mengambil keputusan untuk menghubungi telefon rumah. Setelah
mendail dia menunggu, lama dia menunggu namun taliannya tidak juga bersambut.
Ardini mencuba sehingga lima
kali, telefon rumah Izhar tidak diangkat. Mungkin Izhar tiada di rumah kerana
telefon tidak berangkat. Tak mungkin Izhar berada di bilik kerana banglo besar
itu dipasang dengan satu telefon disetiap bilik.
Ardini mengeluh nafas, dia mengambil keputusan untuk meninggalkan pesanan
ringkas ke telefon bimbit Izhar. Sekiranya masih tiada jawapan dia akan pulang
sendiri menaiki tren.
Maya tersenyum manis tatkala terlihat
kelibat Izhar yang menghampiri meja duduknya. Memang dia sengaja menunda masa
yang telah dijanjikan kepada Izhar kerana dia mahu mengajak Izhar makan malam
dengannya. Walaupun sekadar berjumpa di Macdonald
Kota Raya dia berasa puas, dari situ dia akan jadikan titik permulaan
hubungannya dengan Izhar.
Sejurus tiba di meja tempat Maya
sedang duduk, Izhar melabuhkan punggung di kerusinya tadi.
“Sini rupanya phone I, thought I lost it in the toilet.” Kata Izhar, telefon
bimbit yang terletak di sisi meja diambil, dia berhasrat memasukkan handphonenya ke dalam poket tetapi tidak
jadi melakukan apabila terdengar bunyi mesej masuk.
Blh dtg jmput saya kt KTM KL, brg2 byk sgt,
susah nk naik tren,lgpun dh mlm.
Izhar membaca pesanan ringkas
Ardini. Hatinya berdegup kencang memikirkan Ardini yang bersendirian di stesen
KTM yang dia sendiri tahu sentiasa suram dan tidak ramai pengunjung. Dia
menyangka Ardini telahpun sampai ke rumah kerana dia keluar berjumpa Rayyan
dari petang tadi sebelum dia datang untuk makan bersama Maya.
Maya menjeling sekilas ke arah Izhar, hatinya tertanya-tanya siapa yang
baru menghantar mesej tersebut kepada Izhar, lima belas minit yang lalu telefon Izhar
berbunyi semasa lelaki itu menghilang ke tandas. Kerana rasa ingin tahu yang
kuat, dia bertindak mengambil telefon
Izhar dan melihat nama pemanggil. Apabila terlihat nama Ardini di skrin
telefon, dia berasa sakit hati, tentu Ardini merupakan isteri Izhar. Walaupun
lelaki itu tidak pernah menceritakan perihal isterinya, siapa lagi yang akan membuat
panggilan kepada Izhar pada waktu malam. Terasa marahnya meluap tentang perkara
itu, tidak mungkin dia akan membenarkan Ardini merosakkan malam indah yang
telah dirancang dengan Izhar.
Lantaran rasa sakit hati itu, dia
bertindak mematikan panggilan Ardini sebanyak tiga kali. Dia sanggup melakukan
perkara itu dalam usahanya memikat Izhar. Segala yang menjadi halangan
kepadanya akan dipatahkan. Kali ini dia nekad tidak akan melepaskan Izhar lagi.
Biar seribu cara yang harus digunakan untuk mendekati lelaki itu, dia akan
lakukan apa sahaja.
“Sorry Maya, I need to go to pick
my wife. I’ll make up for you next time.”Izhar bangun selepas memaklumkan
kepada Maya, walaupun terasa bersalah kepada Maya kerana terpaksa membatalkan
perjumpaan mereka, hatinya lebih bimbang dengan keadaan Ardini. Sejak peristiwa
dia terlihat Ardini menangis semalam, hatinya jatuh simpati pada Ardini. Terasa
bersalah selama ini dia sering melayani Ardini dengan buruk.
Izhar bergegas keluar dari restoren Mcdonald.
Langkahnya di atur laju menuju ke stesen KTM. Sesekali langkahnya diselangi
larian anak.
Maya panas hati dengan tindakan Izhar. Dia telah merancang pelbagai plan untuk memikat Izhar malam itu,
tidak disangka lelaki itu akan meninggalkannya begitu sahaja. Maya menghentak meja,
menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap rancangannya yang gagal. Beberapa
mata mengerling ke arahnya. Suatu situasi yang jarang dilihat dalam restoren
keluarga itu. Maya hanya membiarkan, dihatinya terhimpun satu dendam yang baru
menyala.
Ardini menunggu beberapa minit selepas
menghantar mesej kepada Izhar sebelum dia melangkah keluar. Dalam hatinya dia
berharap lelaki warga asing yang sedang khayal tadi telah pergi. Dengan hati
yang diamuk risau, Ardini berjalan menuju ke lorong bawah, hasratnya untuk
menuju ke ruang menunggu di hadapan. Ardini berjalan lambat-lambat.
Tiba dilorong bawah, dilihatnya dua orang lelaki tadi masih ada
duduk-duduk disitu. Ardini berasa takut tatkala melihat dua orang lelaki tadi
merenung tajam ke arahnya, seakan-akan mempunyai niat buruk kepadanya. Ardini
memberanikan diri berjalan, wajahnya ditundukkan ke lantai, takut bertentang
mata dengan dua orang lelaki tadi. Beg yang berat dan barang-barang yang penuh
ditangan membataskan langkahnya untuk lebih laju.
Semasa melintasi tempat dua lelaki tadi, hati Ardini berasa kecut yang
teramat. Tiba-tiba dia terasa tangannya diraih dari belakang, Ardini bertambah
takut. Kepalanya yang ditunduk sedari tadi didongakkan, mahu bertentang mata
dengan lelaki yang memaut tangannya. Tatkala Ardini mengangkat wajah, dia
terlihat Izhar telah meraih tangannya dan mengambil beg dari tangannya.
Barang-barang lain dibiarkan ditangan Ardini. Izhar tidak mengeluarkan sepatah
kata sebaliknya terus menarik tubuh Ardini sehingga Ardini terdorong untuk
menyaingi langkah laju Izhar.
Ardini sendiri pelik bagaimana Izhar boleh sampai secepat itu sedangkan
dia baru sahaja menghantar pesanan ringkas kurang setengah jam yang lalu. Untuk
bertanya Izhar, dia tidak berani melihatkan wajah Izhar yang serius. Persoalan
itu hanya dibiarkan berlalu.
“Tak cukup ke kena rogol sekali.” Izhar bernada sinis sejurus tiba di
ruang menunggu. Wajahnya serius. Langkahnya masih laju, memegang kejap
pergelangan tangan Ardini. Terasa hatinya panas kerana Ardini tidak memaklumkan
dengan lebih awal. Makluman pun sekadar melalui pesanan ringkas sahaja.
Ardini menjeling dengan ekor mata, kakinya turut melangkah laju. Dia
tidak faham mengapa Izhar mengeluarkan kata-kata sebegitu terhadapnya.
“Saya call banyak kali tadi.”
Ardini bersuara mengendur, membela diri setelah mendengar sindiran Izhar.
Izhar tidak mempedulikan kata-kata Ardini. Langkahnya laju di atur ke
bahagian parking kereta, bersebelahan
dengan gedung besar Mydin. Tangan
Ardini masih dipegang kejap. Keadaan Ardini yang berjalan tergesa-gesa
menyaingi langkahnya tidak dipedulikan.
Tiba di bahagian parking, Izhar
masih memegang tangan Ardini. Ardini yang masih tercungap-cungap menarik nafas
bersuara.
“You’re hurting me.”Ardini
berkata-kata dengan wajah yang suram. Terasa Izhar mengasarinya dengan
menggenggam kuat pergelangan tangannya.
Izhar yang seperti baru tersedar dengan tindakan terus melepaskan tangan
Ardini.
“I’m sorry.”Terasa marahnya
tadi mengendur apabila wajah suram Ardini dijamah matanya.
Setelah menghidupkan alarm kereta,
Izhar masuk disusuli Ardini. Barang-barang Ardini sekadar di letak di kerusi
belakang.
“Next time U go out, I’ll go with
U.”Kata Izhar sejurus menghidupkan enjin kereta. Bimbang perkara yang sama
berulang kembali. Sejak kebelakangan ini perasaannya berbeza sekali. Terasa
Ardini telah menjadi tanggungjawabnya. Mungkin kerana dalam hatinya telah
ditumbuhi benih-benih kasih kepada Ardini atau mungkin juga ini kali pertama
Ardini keluar dari banglonya. Dia sendiri tidak pasti tapi yang dia rasa saat
itu, Ardini perlu dilindungi.
Ardini hanya mendiamkan diri, tidak mahu membalas kata-kata Izhar. Tiada
guna membela diri di saat Izhar sedang diamuk perasaan marah. Dia hanya
mendengar bait-bait yang keluar dari mulut Izhar. Dia sendiri tidak faham kenapa
Izhar terlalu marah sedangkan dia telah cuba menghubungi lelaki itu banyak
kali. Tak mungkin Izhar tidak tahu dia yang membuat panggilan kerana pesanan
ringkasnya diterima oleh Izhar.
pergh..ini yg akak tunggu tunggukan ..at least ada reaksi dari izhar kat ardini..perasaan kasih tu akak harap dia akan berkembang jadi taman didalam hati izhar..akak berharap juga agar ardini boleh menerima izhar seadanya ..walaupun mulut izhar tu tak berinsuran bila meluahkan kata kata dari mulutnya..apa yg dia nak cakap dalam hatinya ..akal dan mulutnya kata lain..sedangkan ardini tu..setahunya seorg wanita yg anggun butir bicaranya sopan..yg silap adalah takdirnya..ia dirogol bukan krn kemahuannya..tapi bagi seorg lelaki yg bergelar suami sudah tentu dia mahukan seorg anak dara menjadi temannya..tapi adakah izhar seorg teruna? kalo dirinya pun tidak sesumpurna mana..kenapa masih nak menjatuhkan maruah seorg isteri..
ReplyDeletenk lg..
ReplyDeletebila izhar nk brubah ni?
eeleh..si izhar tu..
ReplyDeletebaru la rsa xsia2 sngt baca novel ni, nmpak skit hala tuju hbgn dorg tu, criter dh besh, cuma xmau la konflik yg berat2 sngt ok.. cik writer x tension, ktaorg yg baca ni pung x tension.
ReplyDeletexsuka dengan maya tu..cepat2 kasi dia 'ilang' ek..
ReplyDelete(aik, dh mcm haku pulak direktor nya) hahaha..
best laa awak..i like!
best...
ReplyDeletethe best..congratulation...
ReplyDelete