BAB 8
Telah
seminggu Ardini berada di rumah Izhar. Hari ini Izhar akan memulakan tugasan di
pejabat, Ardini bangun awal-awal lagi. Usai mandi dan bersolat dia terus turun
ke bawah, menyediakan sarapan pagi Izhar. Sejurus tiba di dapur, Ardini membuka
peti sejuk. Empat biji telur dikeluarkan,
dua biji direbus, dua biji lagi digoreng hancur tanpa minyak di atas pan. Ardini mengeluarkan roti gardenia dan disapu mentega kacang serta
jem strawberi. Air milo dibancuh separuh teko.
Dia masih sibuk-sibuk di dapur semasa Izhar turun ke meja makan. Melihat
Izhar telah bersedia di meja makan, Ardini bergegas menghidang makanan dan
menyediakan air.
“Air apa?” Izhar bertanya sejurus Ardini menghidang di atas meja.
“Milo .” Ardini menjawab sepatah.
“I tak nak, buat Nescafe.”
Izhar mencapai roti yang disapu mentega kacang dan menyuap ke mulut.
Ardini bersegera ke dapur, membancuh secawan Nescafe O untuk Izhar.
Setelah siap, air tersebut diletak di hadapan Izhar.
“I cakap nak Nescafe O ke?”
Izhar menyoal Ardini, kening sebelah dijungkit tatkala memandang Ardini.
“Awak tak cakap apa-apa.”Ardini bersuara serba salah. Memang Izhar tidak
berpesan apa-apa semasa menyuruh dia membuat air tadi.
“Lain kali tanya dulu.” Izhar bersuara sinis. Sengaja dia mahu menyakiti
hati Ardini.
“Saya tak tahu pulak..” Balas
Ardini dalam nada mengendur.
“Pergi buat yang lain, Nescafe susu.” Belum sempat Ardini bersuara, Izhar
telah mengarah.
Ardini melangkah semula ke dapur, menyediakan air yang diminta selajur
dia membawa air yang dipesan ke hadapan Izhar. Izhar meneguk perlahan,
tiba-tiba…
“Kau nak bunuh aku ke!” . Nyaring suara Izhar, air di dalam mulut
disembur keluar.
Ardini panik, tidak tahu apa yang perlu dibuat ketika itu. Dia
tergesa-gesa ke dapur untuk mengambil tuala. Sampai di meja makan dia terus
mengelap kemeja Izhar yang kotor terkena air Nescafe. Baru menyapu dua tiga
kali, tuala ditangannya di rampas kasar oleh Izhar. Ardini hanya membiarkan.
Dia berdiri tegak dihadapan Izhar, hanya menunduk ke lantai.
“Yang tercegat kat situ buat apa?” Suara Izhar meninggi, memang semua
yang terjadi sebahagian perancangan jahatnya.
Ardini masih berdiri tegak, menunggu arahan Izhar. Kecut perutnya bila
Izhar meninggikan suara.
“Pergi buat yang lain.” Izhar mengarah lagi.
Ardini berlari-lari anak ke dapur, menyediakan secawan lagi air yang
sama. Kali ini dirasa terlebih dahulu walaupun dia sendiri tidak tahu silap apa
yang telah dilakukan pada air tadi. Dia bimbang perkara tadi berulang. Selesai
di dapur, ditatang cawan air ke ruang makan namun setibanya disitu, kelibat
Izhar sudah tidak kelihatan. Yang kedengaran hanya deruman kereta meninggalkan
perkarangan rumah.
Ardini pelik dengan tingkah laku Izhar. Selama seminggu yang lalu, Izhar
tidak pula berperangai begitu. Segala apa yang disediakan tidak pernah dikomen.
Tetapi hari ini sikapnya jauh berlainan. Seolah-olah dua karekter yang jauh
berbeza. Ardini hanya membiarkan persoalan itu berlalu. Dia meneruskan
tugas-tugasnya.
Izhar tersenyum gembira, hatinya puas apabila melihat Ardini kelam kabut.
Peristiwa di ruang makan diulang tayang, bibirnya menguntum senyum lebar. Memang
dia sengaja merencana peristiwa tadi. Sengaja mahu mengenakan Ardini. Sepanjang
pemanduan dia hanya melirik senyum puas.
Tiba di pejabat, senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Dia masuk ke
bilik lalu duduk menyandar di kerusi, pandangan dibuang ke syiling pejabat,
bibirnya masih mengukir senyum.
Rayyan yang menyedari kehadiran Izhar meluru ke pintu bilik. Pintu bilik
Izhar dikuak dari luar. Dia yang perasan akan perubahan riak Izhar mula
menegur.
“Ceria nampak?, aura pengantin baru ke?” Rayyan berseloroh, matanya
dilirik ke arah Izhar.
“Ermmm…” Izhar menjawab sepatah, memang dia ceria tapi bukan kerana baru
berkahwin tetapi baru dapat mengenakan Ardini tadi. Senyum dibibir lekas-lekas
dibuang. Mata terarah kepada Rayyan.
“Apa yang gembira sangat, kata kena paksa kahwin, tapi senyum makin
lebar.” Giat Rayyan, dia masuk seraya duduk dihadapan Izhar.
“Aku bukannya gembira sebab tu, aku gembira sebab dapat sakat perempuan
tu.” Izhar membalas, tidak mahu Rayyan salah sangka dengan senyumannya.
“Jangan selalu-selalu sakat, takut lama-lama terus melekat, terpikat.”
Seloroh Rayyan. Ketawanya pecah.
“Takde maknanya aku nak terpikat, bukan taste aku la bekas orang ni, tak nak aku jadi pak sanggup, jilat
ludah orang.” Izhar bersuara sinis. Hilang moodnya
mendengar seloroh Rayyan tak bertempat.
“U jangan cakap macam tu, kita kan hanya mampu merancang, yang menentukan di atas sana .” Nadanya sedikit
mengendur. Jari ditujah ke atas. Cuba memberi nasihat kepada Izhar.
“Pandaila nasihat aku, yang kau tak datang majlis aku kenapa?” Soal
Izhar, mengubah topik perbincangan. Memang kelibat Rayyan tidak kelihatan pada
hari kahwinnya.
“Kan I outstation
seminggu, U dah lupa ke, papa
kesayangan U yang suruh, It’s either U or me. Takkan nak suruh U pulak, tak jadilah majlis, pengantin
lelaki takde.” Rayyan bersuara, nadanya dileret, sengaja sambung menyakat
Izhar.
“Bila nak perkenalkan wife U. ” Rayyan
bersuara lagi bila Izhar membisu.
“Lain kali la, sekarang aku tengah sibuk, paper project tak siap-siap lagi, ada tiga lagi pending.”Terang Izhar ringkas, malas
bila isu kahwinnya dipanjangkan.
“Sibuk dengan paper project atau
sibuk dengan wife.” Giat Rayyan lagi.
“kau, kalau nak sakat-sakat aku, baik keluar sebelum ada yang kena makan
kasut.” Izhar mengugut, bengkak hati disakat-sakat begitu.
“Okeylah aku keluar, tak nak ganggu orang tengah berdarah manis.” Rayyan
mengangkat kedua-dua tangan seraya bangun meninggalkan Izhar dalam ketawa.
Izhar merah muka menahan marah, sempat dibaling pen ditangan ke arah
Rayyan namun Rayyan cepat mengelak dan terus meninggalkan bilik Izhar.
amboii..
ReplyDeleteIzhar berlagaknya cakap..
nanti tangkap cintan baru tahu..
huhu
kita lihat aje apa yg berlaku,hehe
Deleteala asek2 pompuan jer yg kena buli.....
ReplyDeleteperempuan kan penyabar,hehe.well, lelaki dalam crita ni pun ada yg gentleman tau..kita tunggu bab-bab akan datang...
Deletebez..bez...smbg lagi ye cik writer
ReplyDeleteok,dgn berbekalkan sokongan.akan disambung lagi,hehe..
Deletenanti2 kan, buat ler dini melawan sket ke..wat muka sket pun jadi ler..sian sgt asik kena jer..isk, xde pulak ikon marah kt sini..hehehe..
ReplyDeleteSalam. Dah khatam novel dari dulu lagi. Memang menarik. Tahniah kepada penulis. Salam :)
ReplyDelete