BAB 7
Majlis resepsi baru sahaja
selesai, jam menunjukkan waktu itu sudah hampir ke pukul 3 petang. Majlis akad
nikah telahpun dijalankan malam semalam, sehari sebelum majlis bersanding. Atas
kehendak Izhar majlis dijalankan secara sederhana sahaja. Hanya persandingan
biasa, tiada sesi bergambar dengan persalinan yang pelbagai. Izhar memberi
alasan, perkara-perkara sampingan sebegitu akan diambil di studio sahaja. Datuk
Hassan dan Datin Rohana tidak membantah. Mereka cuma mahu menjalankan majlis
mengikut syariat islam, mendahulukan yang wajib sahaja dan tidak perlulah
berlebih-lebihan.
Jemputan juga hanya terdiri daripada saudara-mara dan kenalan rapat Datuk
Hassan dan Datin Rohana. Sepanjang majlis berlansung Izhar hanya mendiamkan
diri. Senyuman yang diberikan juga hambar.
Terasa dadanya sesak dengan bebanan perasaan yang tidak mampu diluah.
Jika tidak kerana keputusan Datuk Hassan, tentu dia masih bebas mencorak hidup
sendiri. Berada lama di banglo papanya, menambahkan serabut dikepalanya,
melihat orang lain yang tersenyum gembira dengan majlisnya resepsinya,
sedangkan hatinya sakit kerana terpaksa menerima semua itu tanpa rela.
Izhar tidak betah lagi berlama di situ, dia ingin keluar dari suasana
yang baginya hanya penuh dengan kebencian. Dia ingin bersegera pulang ke
banglonya untuk mencari ketenangan dari kemeriahan perkahwinan yang tidak
sedikit pun dia rasai. Dia hanya mahu lari jauh dari semua itu.
Izhar melangkah perlahan menuju ke arah sofa, menghampiri Datin Rohana.
Dia ingin memaklumkan kepada Datin Rohana tentang niatnya untuk pulang ke rumah
sendiri. Punggungnya dilabuhkan disebelah Arsyad. Perbualan Datin Rohana yang
sedari tadi rancak terganggu dengan kehadiran Izhar. Semua mata mengarah kepada
Izhar.
“Kenapa cepat sangat salin baju, dah siap bergambar?” Soal Datin Rohana.
“Dah.” Jawab Izhar ringkas. Tidak berminat melanjutkan topik yang di
perkatakan oleh Datin Rohana.
“Ardini mana?” Soal Datin Rokiah apabila kelibat Ardini tidak kelihatan.
“Dalam bilik lagi.” Masih jawapan ringkas. Dia malas memikirkan tentang
Ardini. Perkara itu hanya akan menambah serabutkan kepalanya.
“Kenapa tak ajak Kak Dini turun, Lissa nak berborak-borak kejap, lepas ni
dah nak balik, tak sempat nak berkenalan.” Giliran Alissa menyoal, wajahnya
dicemik merajuk.
“Ramai lagi yang sibuk bergambar dengan Kak Dini, kenapa Lissa tak join sekali?” Terdengar suara Datuk
Hassan yang baru turun dari arah tangga.
“Iyeke, kenapa tak bagitahu awal-awal ada sesi bergambar.” Alissa
melompat bangun dari sofa, dia berlari-lari anak naik ke tingkat atas. Tidak
mahu terlepas sesi bergambar bersama pengantin baru.
“Jangan lama sangat, kejap lagi dah nak bertolak.” Datin Rokiah separuh
melaung, sempat mengingatkan Alissa yang menghilang ke tangga.
Izhar memulakan bicara selepas memberi laluan kepada Datuk Hassan
mengambil tempat disisi Datin Rohana.
“ Ma, Pa, Har ingat nak terus balik lepas magrib nanti.” Matanya
memandang Datin Rohana dan Datuk Hassan.
“Kenapa awal sangat nak balik?, kan
majlis baru je selesai, tetamu pun masih belum habis balik, tak kan pengantin dah nak
lari” Ujar Datin Rohana. Terkejut dengan keputusan tiba-tiba Izhar. Sedang
saudara mara masih ada lagi yang belum pulang. Tentu tidak sopan dengan
tindakan Izhar yang seakan-akan tidak menghormati tetamu.
Datuk Hassan masih mendiamkan diri. Dia mahu mendengar dahulu pendapat
Izhar sebelum dia sendiri memberikan pendapatnya.
“ banyak kerja la Ma, nak siapkan paper
project sebelum minggu depan.”Tukas Izhar, dia sekadar menciptakan alasan
supaya tidak nampak jelas dimata orang-orang dihadapannya.
“kan
papa bagi cuti seminggu, kerja tu boleh hold
dulu.” Datuk Hassan menyampuk. Tangannya membelek-belek surat khabar yang tidak sempat dibaca kerana
sibuk menguruskan tetamu kenduri tadi.
“Har tak suka tangguh-tangguh kerja pa.” Izhar membela diri, berharap
Datuk Hassan tidak menghalang niatnya.
“Biarlah Mak Long, biasala orang baru kahwin, tak sabar nak berdua-duaan
la tu.” Arsyad mengusik. Senyuman nakal dileret. Matanya dijeling kearah Izhar.
Izhar masih tidak beriak. Dia tidak kuasa melayan pendapat orang luar yang tak
tahu menahu tentang hitam putih isi hatinya.
“Yelah Kak Long, orang baru kahwin tentu nak privasi. Lagipun sape tak
kenal Muhammad Izhar Datuk Hassan, memang workaholic.”
Sambung Datin Rokiah. Sengaja ditekankan perkataan workaholic, memang dia cukup kenal dengan anak buahnya itu. Izhar
memang komited dengan kerja. Kerja-kerjanya diutamakan berbanding perkara lain.
“Kalau Har prefer macam tu
terpulanglah, papa tak menghalang.” Datuk Hassan menyambung, dia tidak mahu
mengonkong keputusan Izhar. Dia lebih memberi peluang kepada Izhar untuk
belajar mengurus sendiri rumahtangganya kalau itu yang Izhar benar-benar
mahukan.
“Dini macam mana, Har dah bincang dengan dia?” Giliran Datin Rohana
menyoal.
“Belum lagi, nanti Har bagitahu dia.” Izhar menerang ringkas. Sejak
peristiwa dia membawa Ardini menempah persalinan kahwin, dia belum pernah
berbicara dengan Ardini walaupun Ardini telah berada di banglo papanya sehari
sebelum akad nikah lagi. Sepanjang majlis juga mereka berdua hanya mendiamkan
diri. Bergambar pun ala kadar, sekadar memenuhi permintaan saudara mara.
Apabila sepupu-sepupunya mengambil alih tempatnya untuk bergambar bersama
Ardini, dia mengambil keputusan untuk menukar baju dan turun ke tingkat bawah.
Wajah Ardini juga hanya dilihat sekali imbas, tidak berminat untuk
merenung lama kerana dia berharap Delia yang menjadi pendampingnya di hari
bahagia itu dan bukannya Ardini.
Ardini berasa penat kerana terpaksa
melayani keletah sepupu-sepupu Izhar yang memintanya untuk sama-sama bergambar.
Dia sedar Izhar menghilangkan diri selepas tempatnya diambil alih oleh
sepupu-sepupunya tadi. Izhar pun seperti tidak menunjukkan minat untuk
bergambar lama dengannya.
Walaupun terasa sedih, namun disimpan kemas rasa itu dalam hati, senyuman
manis dilempar kepada setiap yang menegurnya. Setiap yang ingin mengambil
gambar bersamanya dilayani sebaik mungkin. Ada juga diantara mereka yang memuji-muji.
Ardini hanya mampu memberikan senyuman. Tidak mahu perasaan riak menguasai
diri. Dalam hatinya dia tetap bersyukur dengan anugerah illahi.
Selesai sesi bergambar, semua yang berada di bilik itu beredar,
masing-masing berpuas hati dengan gambar yang diambil. Ada antaranya yang tersenyum-senyum sambil
melihat semula gambar-gambar yang telah diambil. Ardini hanya mengiringi
pemergian mereka dengan ekor mata.
Ardini yang keletihan terus berlalu ke bilik air, dia ingin cepat-cepat
mandi. Solat zuhur yang terlewat akan disegerakan. Ardini mengambil tuala dan
beberapa helai pakaian masuk ke bilik air.
Usai mandi, Ardini cepat-cepat menunaikan solat. Teringat kata-kata
ibunya bahawa orang yang melewatkan sembahyang juga akan diseksa dalam neraka.
Untuk seketika dia berasa takut. Berdoa supaya jangan dipesongkan hatinya
daripada sentiasa mengingati Allah. Selesai menunaikan solat, Ardini
berkira-kira untuk turun ke tingkat bawah. Kelibat Izhar masih tidak kelihatan
di situ, dia pula berasa janggal berada bersendirian dalam bilik sedangkan
ahli-ahli keluarga yang lain berada di bawah.
Pakaian-pakaiannya yang dibawa dari kolej masih tersimpan kemas dalam beg
di satu sudut bilik. Hanya beberapa helai pakaian yang nak digunakan sahaja
dikeluarkan. Yang lain dibiarkan tersimpan dalam beg, menunggu sehingga Izhar
memberikan keputusan sebelum dia memunggah semua barang-barangnya.
Baru Ardini berkira-kira hendak turun ke ruang tamu, pintu bilik dikuak
dari luar. Dari sebalik pintu terpancul tubuh Izhar. Ardini tidak jadi untuk
keluar, dia duduk semula di birai katil memandang terus ke arah Izhar. Izhar
yang tidak berpaling ke arahnya hanya memberikan arahan.
“kemas baju, lepas magrib terus balik rumah I”. Izhar sekadar memberitahu pendek. Melihatkan tingkah Izhar yang
dingin membuatkan Ardini hanya memdiamkan diri. Mungkin Izhar masih belum boleh
menerima perkahwinan yang baharu berlansung.
Bila difikirkan semula, Ardini berasa kesal kerana bersetuju dengan
permintaan Datuk Hassan. Tidak tahu kenapa dia terlalu berlembut hati apabila
Datuk Hassan meminta. Mungkin juga kerana dia terlalu banyak terhutang budi
dengan Datuk Hassan. Keresahan hati hanya dipendam sendiri. Terasa dirinya
berseorangan menghadapi semuanya. Pantas dia berdoa dalam hati, semoga
segalanya berakhir dengan baik, semoga Izhar dapat menerimanya sebagai isteri.
Kereta Izhar meluncur laju meninggalkan
perkarangan banglo Datuk Hassan. Izhar dan Ardini hanya mendiamkan diri
sepanjang perjalanan. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Ardini membuang
pandang ke luar tingkap sedang Izhar menumpukan perhatian dengan pemanduan.
Suasana terasa janggal antara mereka. Sejak dari awal pertemuan sebelum majlis,
tiada perkara yang dibualkan diantara mereka. Kedinginan Izhar mengunci mulut
Ardini untuk memulakan bicara.
Setibanya di banglo Izhar, Ardini turun, beg-beg dikeluarkan dari bonet
kereta. Dia hanya mengikut langkah Izhar dari belakang. Beg-beg dibawa masuk ke
bahagian ruang tamu. Masih tiada bicara antara mereka. Ardini hanya mendiamkan
diri, menanti arahan dari Izhar.
Izhar terus menyangkut kunci kereta di penjuru pintu. Langkahnya di atur
laju menuju ke tangga. Beg yang terisi beberapa helai pakaiannya ditinggal di
ruang tamu. Sebelum berlalu, Izhar sempat berpesan kepada Ardini..
“Nanti bawak beg naik atas.” Arahan ringkas diberi kepada Ardini.
Ardini duduk sebentar di sofa, memberikan dirinya masa. Dia duduk
termenung, kedinginan Izhar membuatkan dia terfikir kesudahan episod hidup yang
baru sahaja dibina. Nafas dihela berat. Walauapapun dia perlu meneruskannya,
untuk berpatah balik dengan keputusan yang diambil adalah mustahil sama sekali.
Ardini bingkas bangun, beg-beg diheret menuju ke tangga, terus dibawa ke
tingkat atas. Dengan susah payah dia membawa naik kesemua beg. Sejurus tiba
dihadapan pintu bilik, Ardini menguak pintu bilik perlahan-lahan. Beg-beg yang
dibawa diletak di satu sudut bilik. Dilihatnya bilik itu luas dengan katil
bersaiz king. Di sudut kiri bilik
terdapat set sofa berbentuk L, betul-betul berhadapan dengan tv flat screen bersaiz 50 inci. Di sisi
kiri tv pula ditempatkan satu rak
kayu yang menempatkan himpunan pelbagai jenis vcd. Ardini melangkah menuju sofa, punggungnya dilabuhkan di atas
sofa. Sungguh dia tidak tahu untuk buat apa.
Selang beberapa minit, terdengar pintu dari arah bilik air dikuak dari dalam.
Ardini hanya menunggu di sofa, tidak dipalingkan wajahnya ke arah itu. Masih
terasa janggal berada hanya berdua di banglo Izhar.
Demi sahaja melihat Ardini yang diam di sofa, Izhar datang menghampiri
tempat Ardini sedang duduk. Timbul idea nakal untuk mengenakan Ardini saat itu.
Dia akan pastikan Ardini tidak senang duduk kerana bersetuju dengan cadangan
papanya. Langkahnya diatur senada, menghampiri tempat duduk Ardini. Sengaja dia
membiarkan tubuhnya terdedah dengan hanya bertuala dari pinggang ke paras
lutut. Dia akan mula melancarkan permainan terhadap Ardini. Senyuman nakal
terukir dibibirnya.
Ardini terkejut melihat Izhar yang tiba-tiba berdiri dihadapannya. Ardini
bingkas bangun, mengundur sedikit, mencipta jarak antara mereka. Matanya cepat
dilarikan, menunduk memandang lantai demi melihat Izhar hanya bertuala separas
lutut. Tubuh Izhar yang separuh terdedah sebahagiannya masih dibasahi air. Haruman mandian kuat menusuk hidung Ardini.
“Apa yang U buat dalam bilik I?” Izhar menyoal. Matanya tepat
memandang Ardini, sengaja mengundang gemuruh di jiwa Ardini.
Mulut Ardini terkunci rapat, tidak tahu jawapan apa untuk diberi kepada
Izhar.
“ Untuk pengetahuan U, I belum
bersedia nak hidup dengan U,
perkahwinan ni dipaksakan ke atas I dan
buat masa ni I belum ada hati nak
duduk sebilik dengan U.” sambung
Izhar sinis, berterus terang dengan perasaannya yang disimpan sejak di rumah
papanya siang tadi.
“Tapi kita kan
dah..” belum sempat Ardini menghabiskan ayat, Izhar meningkah.
“I memang tak boleh nak terima U, sekarang U boleh angkat beg, tukar bilik lain. You can choose any room except mine..”Izhar memberi kata putus.
Ardini bangun, bergerak ke arah sudut yang diletakkan beg tadi. Dia masih
belum berpuas hati dengan kata-kata Izhar.
“Tapi…” Belum sempat Ardini menghabiskan ayat. Izhar menapak menghampiri
tempat Ardini berdiri. Melihat Izhar yang semakin hampir, Ardini terpaku,
tubuhnya diundur sedikit ke belakang hingga bersatu dengan dinding. Ardini
menyumpah dalam hati, terasa menyesal meningkah kata-kata Izhar tadi.
“Tapi apa?!” Kedua-dua tangannya dilekapkan ke dinding seraya mengunci
pergerakan Ardini, keningnya diangkat. Matanya tepat memandang Ardini
menyebabkan Ardini tertunduk. Hati Ardini kecut dengan tingkah Izhar.
“Unless you want me to rape U tonight.
I have no problem with that, lagipun
I like the rough way.You?..” Izhar mengangkat kening tatkala mata Ardini
terbeliak memandang ke arahnya.
Ardini yang kecut perut dengan kata-kata Izhar terus menolak kasar tubuh
Izhar. Izhar terundur sedikit ke belakang. Lantas Ardini menarik beg pakaian,
pintu bilik Izhar ditarik tergesa-gesa. Sebaik keluar dari bilik itu, Ardini
lari masuk ke bilik bersebelahan dengan bilik Izhar. Pintu bilik dikunci rapat,
tombol pintu ditekan dengan tangan menggigil. Terasa degupan jantungnya
berdebar-debar, berdegup laju dan tidak sekata.
Ardini terus menghidupkan lampu, tubuhnya disandarkan dipintu bilik, Dia
menghela nafas lega. Sikit lagi dia hampir menjadi mangsa Izhar, getus hatinya.
Sementara Izhar mengukir senyuman puas. Langkahnya diatur menuju ke
almari baju. Masih terbayang riak muka Ardini yang cuak dengan kata-katanya. .
Dalam hati dia tersenyum puas.
‘Padan muka, kena rogol konon, aku rogol betul-betul baru tahu.’ Getus
Izhar dalam hati.
Ardini mengeluarkan baju-bajunya dari dalam beg, debaran dihati masih
terasa lagi. Semua isi beg disusun rapi di dalam almari. Walaupun tidak dihuni,
bilik itu kelihatan kemas dan teratur. Perabot dalam bilik lengkap dan
tersusun. Terdapat satu bilik air di hujung sebelah kiri bilik. Dia
tergesa-gesa memilih bilik itu tadi apabila digertak oleh Izhar. Tanpa berfikir
panjang, bilik itu menjadi pilihannya.
Belum pun siap mengemas pakaiannya ke dalam almari, terdengar Izhar
bersuara dari luar pintu.
“Sepuluh minit lagi, turun bawah, lambat I ….rogol.” Izhar memberi arahan berbaur ugutan, sengaja mahu
mempermainkan Ardini. Rasa marah masih bersisa dalam hatinya.
Jantung Ardini yang baru sekata rentaknya tadi kembali berdebar. Ardini
menyarungkan semula tudung di kepala, beg yang kosong disorongkan ke bawah
katil, beg yang masih berisi pakaian ditolak merapati almari bagi memudahkan
dia menyambung semula tugasnya kemudian. Baju-bajunya hanya sebahagian yang
dibawa, selebihnya masih ditinggal dikolej. Sebelum ke rumah Datuk Hassan dia
telah berpesan kepada Hilda dan Kak Murni untuk tolong membawa keluar
barang-barangnya dari bilik setelah habis semester. Bila ada kelapangan dia
akan pergi mengambil sendiri barang-barangnya dari mereka berdua.
Ardini melangkah lemah ke tangga, perasaan cuak masih berbaki lagi. Dia
perlahan-lahan menuruni anak-anak tangga. Sebaik tiba ditingkat bawah
dilihatnya Izhar sedang leka menonton siaran HBO.
Menyedari kehadiran Ardini, Izhar mematikan tv. Dia mahu menyampaikan
beberapa perkara kepada Ardini terlanjur Ardini menjadi isterinya.
“Duduk.” Sepatah Izhar bersuara. Ardini hanya menurut, dia mengambil
tempat setentang dengan Izhar.
“Ada
perkara yang I nak bagitahu sepanjang U duduk sini.” Izhar memulakan bicara. Ardini hanya mendiamkan
diri, mendengar sahaja bait-bait yang terluah dari bibir Izhar. Matanya
dilarikan ke bawah, tidak mahu menentang mata tajam Izhar. Sungguh dia berasa
takut bertentang mata dengan lelaki itu.
‘Terlanjur U dah jadi wife I, ada beberapa benda yang I nak U tahu dan yang I nak U buat.” Izhar memberitahu. Dia duduk
menyilang kaki dengan tubuhnya disandarkan pada sofa. Izhar memandang ke arah
Ardini walaupun jelas dimatanya Ardini melarikan wajah dan masih takut-takut.
Dia tidak peduli, yang penting mesejnya sampai. Dia mula menyatakan syarat.
“Pertama, kalau dulu baju I hantar
dobi, since U dah ada, U akan ambik alih tugas membasuh dan
menggosok baju-baju I.
Baju-baju kotor I akan letak dalam
bakul tepi bilik. Setiap pagi U ambik
dan basuh. Kalau dah siap lipat dan iron
just hang it in front of my room.
Kedua, kalau dulu I breakfast and dinner kat
luar. Starting from tomorrow, you’ll cook
for me. Makesure wake up before 7 a.m
sebab I akan sarapan tepat jam 7
pagi. For this week, masaklah apapun
tapi pastikan bukan makanan berlemak dan berminyak, I tak suka. Weekend next week
kita akan balik rumah parents I. I nak U belajar memasak dari mama I. Belajar apa yang I suka dan tak suka makan. Ketiga,
setiap bulan atas arahan papa I akan
bagi U gaji sebanyak RM2000.00, U can use it as U like. Keempat, my room is a restricted area, so jangan
pandai-pandai masuk unless if I ask you
to do so atau ada emergency case sahaja.
Lastly, semua tugas maid I yang dulu, U akan buat. Do I make myself
clear enough?”Izhar menerang panjang lebar.
Ardini yang sedari tadi hanya mendengar mengangguk tanda faham. Sepatah perkataan pun tidak keluar dari
bibirnya. Dia faham dengan arahan Izhar dan dia akan sedaya upaya memenuhi
kemahuan Izhar. Buat masa ini itu sahaja yang boleh dilakukan olehnya.
Bersetuju dengan setiap kata-kata Izhar.
“One more thing before U leave, untuk
pengetahuan U papa bayar ibu tiri U RM20 ribu untuk U jadi isteri I, so jangan sia-siakan duit papa I yang keluar tu.” Izhar bersuara sinis.
Dia ingin Ardini tahu tentang itu, biar Ardini sedar akan statusnya di situ.
Mendengarkan kata-kata Izhar Ardini bangkit dari sofa, sebak hatinya
mendengar pengakuan Izhar. Benarkan Datuk Hassan ‘membeli’nya untuk dijadikan
isteri Izhar. Dia tidak mahu berlama di situ, terasa sayu hati dengan kata-kata
yang terluah dari mulut Izhar. Ardini berjalan cepat-cepat, tidak mahu terlalu
memikirkan perkara itu, dia akan menyambung semula tugas-tugasnya yang
tertangguh tadi. Kebetulan dia masih belum menunaikan solat isyak. Dia bergegas
menuju ke anak tangga. Belum pun melangkah jauh, terdengar Izhar bersuara.
“I nak pesan, kalau nak tidur,
jangan lupa kunci pintu…I ni jenis
yang berjalan dalam tidur…” Izhar melirik senyum puas. Gembira dapat mengenakan
Ardini.
Ardini mempercepatkan langkah menuju anak tangga. Langkahnya diatur laju
menuju ke bilik. Sejurus masuk, tombol pintu terus ditekan. Dia cuak dengan
ugutan Izhar, sebelum apa-apa terjadi, dia mengambil langkah berjaga-jaga.
Ardini menyambung tugasan mengemas pakaian. Usai mengosongkan beg, dia ke bilik
air, mengambil wuduk selajurnya bersembahyang.
Selesai semua perkara, Ardini merebahkan tubuhnya ke katil. Terasa
sakit-sakit badan kerana tidak berehat sejak majlis pagi tadi. Ardini
membiarkan lampu bilik terpasang terang. Memang itu tabiatnya sejak azali, dia
tidak betah tidur dalam kegelapan. Salah satu dari kelemahan yang dimiliki,
takut akan gelap. Ardini jarang tidur bersendirian, di kolej tidurnya ditemani
oleh Kak Murni dan Hilda. Semasa di kampung, walaupun tidur bersendirian dia
tidak takut kerana biliknya berkembar dengan bilik ayahnya. Dinding yang
menghubung antara kedua bilik juga hanya separuh, tidak sampai bumbung, hatta
lampu bilik juga dikongsi bersama, hanya diterangi lampu kalimantang.
Ardini leka melayani perasaannya sehingga dia terlena sendiri. Izhar pula
naik ke bilik tatkala jam menginjak ke pukul dua pagi. Dia leka melayani siaran
tv sehingga terleka dengan waktu. Tiba di hadapan bilik Ardini, dilihatnya
bilik itu terang dengan cahaya lampu. Dia dapat menangkap kelemahan Ardini yang
satu itu.
‘penakut’.Izhar berdesis dalam hati.
Perasaan ingin tahu Izhar terhadap ugutannya tadi membuatkan dia memulas
tombol pintu perlahan-lahan. Pintu terkunci dari dalam, bibirnya segera
mengukir senyum.
‘tahu takut dengan aku.’ Senyumnya disimpan, nyata gertakannya memberi
kesan kepada Ardini.
Telah lima hari berlalu sejak Ardini menjejakkan
kaki di banglo Izhar. Antara mereka masih tiada komunikasi. Masing-masing
membawa haluan sendiri. Izhar lebih banyak menghabiskan masa di bilik bacaan
manakala Ardini meneruskan rutin harian seperti yang diarahkan Izhar.
Seperti biasa Ardini menyiapkan makan malam untuk Izhar. Makanan yang
siap dimasak akan terus dihidang dimeja makan sementara menunggu Izhar turun.
Ardini hanya akan makan selepas Izhar makan terlebih dahulu untuk memudahkan
dia mengemas semula ruang dapur.
Ardini kagum dengan ruang dapur Izhar yang luas. Dia yang berasal dari
kampung takjub dengan hiasan dalaman rumah Izhar yang lengkap serba serbi,
lantas dia mengaitkan kekaguman itu dengan Datuk Hassan. Datuk Hassan merupakan
seorang yang berpengaruh dalam dunia perniagaan. Dengan kedudukan itulah,
tempiasnya dapat dirasai Izhar. Segala kemewahan Datuk Hassan tertumpah kepada Izhar selaku anak tunggal.
Jika dibandingkan dengan dirinya bagai langit dengan bumi jarak antara mereka.
Dalam Ardini leka mengamati ruang dalam dapur, dia dikejutkan dengan
kehadiran Izhar. Ardini baru berkira-kira untuk menapak ke ruang tamu, namun
Izhar menyapa dari meja makan.
“Duduk dulu, ada benda I nak
cakap sikit.” Kata Izhar.
Ardini hanya menurut, salah satu kerusi paling hujung ditarik, mengelak
dari bertentang mata dengan Izhar. Dia berkira-kira untuk duduk tetapi lekas
disapa Izhar.
“Duduk depan I, I cuma nak makan, takde niat lain.”
Izhar bersuara sinis.
Ardini menolak semula kerusi, lambat-lambat dia mengambil tempat di depan
Izhar.
“Makan sekali.” Izhar mengarah, tangannya menyenduk lauk-lauk ke dalam
pinggan.
“Takpelah, saya makan kemudian.”Ardini bersuara lambat-lambat, antara
dengar dengan tidak.
“Ambik pinggan, makan dengan I.”
Kali ini Izhar bersuara lebih tegas. Tidak suka Ardini meningkah kata-katanya.
Ardini bingkas bangun menuju ke dapur, mendapatkan pinggan lain.
Setibanya di meja, terus disenduk nasi dan lauk. Makanan yang disuap terasa
tersekat dikerongkong. Terasa janggal makan berdua dengan Izhar. Bila lelaki
itu bersuara tegas, dia mula kecut perut. Segala arahan diturut tanpa banyak
bicara.
“Petang esok balik rumah parents I. ” Kata-kata Izhar lebih kepada makluman kepada Ardini. Ardini hanya menjadi
pendengar.
“Pukul berapa?” Ardini memberanikan diri menyoal.
“Lepas solat Jumaat.” Izhar menjawab ringkas.
Izhar meneruskan suapan makan, tetap berselera seperti biasa. Untuk
seketika tiada bicara antara mereka, hanya sunyi.
“Apa yang U harap daripada
perkahwinan ni?.” Izhar memecah kesunyian antara mereka.
Ardini tidak menjawab, lama ditenung nasi di pinggan. Tidak menyangka
Izhar akan bertanyakan soalan seumpama itu. Dia hanya mendiamkan diri, tiada
jawapan untuk soalan Izhar. Yang pasti dia cuma mengharapkan yang terbaik dari
perkahwinan itu.
“I tak harapkan apa-apa, I terima pun sebab papa paksa I, satu hari nanti I akan akhiri juga semua ni.” Izhar bersuara selepas Ardini sunyi
tanpa jawapan.
Ardini terpana dengan kata-kata Izhar, nasi yang disuap terasa lekat di
kerongkong, namun perasaan sayu dihatinya tidak dizahirkan dalam riak muka. Dia
hanya menunduk memandang nasi walhal dalam hatinya terasa sedih dengan
kata-kata Izhar. Belum pun seminggu melayari alam rumahtangga Izhar telahpun
memutuskan pengakhiran hubungan mereka.
“I tak nak U harapkan apa-apa dari perkahwinan ni, U bukan pilihan I dan I tak mungkin dapat terima U. ” Izhar meluahkan apa yang terbuku
dihati.
Ardini hanya menjadi pendengar yang setia walaupun setiap bait kata Izhar
sangat mengguris hatinya. Terasa dirinya seperti bola yang ditendang ke sana dan ke mari. Mudah
benar Izhar meluahkan kata-kata seolah-olah dia tiada hati dan perasaan. Terasa
dadanya sebak namun air mata ditahan dari mengalir. Masih jauh perjalanan
hidupnya dan dia harus kuat. Dia tidak akan tersungkur sebelum berjuang.
Izhar bangun setelah selesai makan. Langkahnya diatur menuju ke ruang
tamu. Apa yang terbuku dihati telah disampaikan kepada Ardini sementara Ardini
dirangkul perasaan sayu sendiri. Dia kini jelas dengan perasaan sebenar Izhar
terhadap dirinya, dan mulai saat itu dia akan mengikut rentak Izhar. Tiada guna
dia meraih cinta pada yang tidak sudi memberi. Kata-kata Izhar begitu meruntun
jiwanya. Dia hanya mampu bertahan sehingga Izhar menetapkan garisan penamat antara
mereka.
Lama bermenung di meja makan, Ardini bingkas bangun. Dia meneruskan rutin
seperti biasa dalam kegalauan perasaan yang berbaur. Lama-lama dia rasa
terpujuk sendiri. Bukan sekali dia di duga, sudah berkali-kali dan setiap kali
itu dia tetap tabah. Allah hanya menguji pada setiap yang dikasihi, Ardini
memujuk diri sendiri.
Ardini
memasukkan beberapa helai pakaian dan telekung ke dalam beg sandangnya.
Izhar tidak memaklumkan berapa lama mereka akan berada di rumah Datuk Hassan
jadi Ardini hanya bersedia. Selesai menguruskan semuanya Ardini menjengah dari
balkoni bilik, dilihatnya Izhar telahpun bersedia menunggu dengan enjin kereta
yang telah dihidupkan. Ardini cepat-cepat melangkah turun.
Dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Izhar memasang radio kereta,
cuba
menghilangkan kejanggalan antara mereka. Siaran Red.fm menjadi pilihan Izhar. Suasana hanya sunyi antara mereka,
yang kedengaran hanyalah celoteh DJnya
dalam Bahasa Inggeris. Tidak lama kemudian lagu Truly Madly Deeply nyanyian Savage Garden dimainkan. Masing-masing melayani
perasaan sendiri.
Setibanya di rumah Datuk Hassan, mereka disambut oleh Datin Rohana.
Kelibat Datuk Hassan tidak kelihatan. Ardini menyalami tangan Datin Rohana
seraya mencium tangan ibu mertuanya itu. Dia tidak janggal kerana Datin Rohana
mesra dengannya sejak awal perkenalan lagi.
“Masukla, duduk dulu, sekejap lagi Mak Tom bawa air.” Datin Rohana
membuka bicara. Ardini hanya mengangguk tanda faham dengan kata-kata Datin
Rohana.
“Papa mana mama?” Ardini berbasa basi. Terasa janggal memanggil Datin
Rohana dengan panggilan mama. Sejak majlis kahwin, dia belum sempat bermesra
dengan Datin Rohana dan Datuk Hassan.
Ardini melabuhkan punggung di sofa
apabila Datin Rohana terlebih dulu duduk sementara Izhar menghilangkan
diri di luar banglo. Mungkin tidak berminat untuk menyertai perbualan mereka.
“Papa dah ke pejabat lepas solat Jumaat tadi.” Datin Rohana menjawab
persoalan Ardini.
“Sejak kahwin, baru hari ni dapat berbual mesra.” Datin Rohana
menyambung.
“ Betul tu.” Ardini mengiakan kata-kata Datin Rohana, bibirnya melirik
senyum.
“Apa mimpi Izhar bawak Dini hari ni, setahu mama dia tu payah nak buat
benda-benda macam ni. Sejak balik dari UK dia memang suka berdikari, dah
tak nak duduk sebumbung dengan mama, kalau mama suruh baru datang jenguk mama,
itu pun kena call banyak kali.
Katanya nak belajar hidup sendiri.” Terang Datin Rohana serba sedikit tentang
tingkah laku Izhar.
“Izhar mintak Dini belajar masak dari mama.” Ardini memberitahu ringkas
tujuan kedatangan mereka.
“patutlah….kalau takde udang sebalik batu, takkan dia nak senang-senang
datang.” Seloroh Datin Rohana.
Ardini hanya tersenyum sebaris mendengar kata-kata Datin Rohana.
“sebenarnya mama rindu nak bising-bising sikit rumah ni, tak sangka pulak
jodoh Izhar dah sampai. Dini selalu-selalu la datang sini, tak la mama sunyi
sangat. Mudah-mudahan cepat dapat anak, bolehla mama main dengan cucu pulak.”
Datin Rohana menyambung. Dia tersenyum manis, membayangkan dirinya melayani
keletah cucu.
Ardini hanya melirik senyum, kata-kata Datin Rohana mengundang kegalauan
hatinya. Mana mungkin impian Datin Rohana akan jadi kenyataan dengan kekeruhan
hubungan dia dan Izhar. Namun
kegundahannya tidak dizahirkan, sekadar bermain dalam hatinya sendiri.
Dalam mereka asyik berbual mesra, Izhar mendatangi dari ruang halaman
rumah. Bergerak menuju ke anak-anak tangga. Dia tidak berhajat menyertai
perbualan bersama Datin Rohana dan Ardini. Demi melihat kelibat Izhar melintasi
ruang tempat mereka duduk, Datin Rohana bersuara.
“Har tidur sini ke?” Datin Rohana menyoal walaupun dia tahu Izhar tidak
mungkin akan bermalam di banglonya. Memang Izhar jarang menghabiskan masa
malamnya bersama dia dan Datuk Hassan. Alasan yang selalu diberikan ialah dia
perlu menyiapkan kerja pejabat yang tidak pernah habis.
“Banyak kerja la Ma.” Izhar menjawab ringkas.
“Mama belum puas sembang dengan Dini, lagipun kalau nak belajar memasak,
mana cukup dua tiga jam. ”
Datin Rohana meluah rasa hati seraya mengemukakan pendapat.
“ Dini tidur sini, pagi Ahad har datang ambik.” Izhar memberitahu
perancangannya walaupun keputusan itu dibuat tanpa berbincang terlebih dahulu
dengan Ardini.
“Elokla macam tu.” Datin Rohana memandang Ardini, bibirnya melirik
senyum. Seronok apabila dia ada teman hujung minggu itu.
Datin Rohana menyambung perbualan bersama Ardini, sekali sekala terdengar
mereka ketawa mesra. Datin Rohana gembira apabila Ardini berkunjung. Terasa
kesunyiannya terubat. Sememangnya dia amat merindui kehadiran seorang anak
perempuan tetapi sejak didiagnos dengan ketumbuhan di rahim, harapan untuk
memiliki anak perempuan musnah. Rahimnya terpaksa dibuang untuk menyelamatkan
nyawa.
Datin Rohana menyisir-nyisir rambutnya di cermin meja solek sementara
Datuk Hassan sedang leka membelek majalah perniagaan di tangan.
“Bang, Ana rasa Dini tu memang anak
yang baik.” Datin Rohana melirik mata ke arah Datuk Hassan melalui cermin di
meja solek.
“Ermmm, sebab tu abang pilih
dia.”Datuk Hassan bersuara sambil menanggalkan cermin mata, majalah diletak
atas meja di sisi katil.
“tak salah abang pilih dia..”Datin
Rohana bangkit menghampiri katil lalu merebahkan tubuh disebelah Datuk Hassan.
“Abang kenal keturunan dia.” Datuk
Hassan berkata sambil merenung jauh syiling rumah. Perlakuannya ditiru oleh
Datin Rohana.
“Abang tak pernah cerita tentang
ayah Dini.” Datin Rohana cuba
mencungkil cerita yang tidak pernah diberitahu kepadanya mengenai arwah Mohd
Nasir. Datin Rohana pun tidak pernah meminta diceritakan kisah antara mereka
cuma selepas mengenali Ardini, dia berminat untuk mengetahui cerita disebalik
perhubungan suaminya dan arwah ayah Ardini.
“Abang terhutang nyawa pada arwah
Nasir.” Datuk Hassan menjawab ringkas. Dia termenung jauh, mengenang kembali
kejadian yang telah berlaku bertahun-tahun dulu.
Datin Rohana
hanya menjadi pendengar, tidak berniat menganggu bicara suaminya.
“Arwah Nasir pernah selamatkan abang
dari menjadi mangsa korban samun. Masa tu abang baru selesai dari keluarkan
duit di bank, duit yang abang nak gunakan untuk mula buka perniagaan dulu. Tak
sangka dalam perjalanan balik dari bank, ada sekumpulan lelaki bermotosikal
yang datang serang abang. Masa tu teruk abang kena pukul, sampai tak mampu
berdiri. Masa tulah, arwah Nasir datang selamatkan abang. Dia pukul semua
penyamun dengan kayu sampai semuanya lari. Dia yang bawa abang ke klinik,
tunggu sampai doktor check abang.
Nasib baik Nasir datang tepat pada
masanya, kalau tidak tentu abang pun dah tiada lagi. Sejak tu hubungan abang
dengan arwah Nasir akrab. Jasa-jasa dia tak mampu abang nak balas. Walaupun selepas
dia tiada ni, abang masih terasa berhutang dengan dia.” Datuk Hassan menerang
panjang lebar. Ada
sebak dalam tutur bicaranya.
“Memang Dini pilihan terbaik untuk
Izhar.” Datin Rohana menyahut. Melalui cerita suaminya, dia mengaitkan kebaikan
arwah Nasir dengan Ardini.
“Insyaallah.” Datuk Hassan menyambut
sepatah kata-kata isterinya. Dalam hati dia berdoa.
Akan bersambung lagi....jeng jeng jeng...
salam dik ..mengenang nasib yg menimpa dini mmg amat dikesali..sudahlah dirinya sebtang kara didunia dengan peangai suami yg sebegitu bagaimana mungkin ia akan mengharungi hari hari yg mendatang dengan membawa gelaran seorg isteri disebabkan akad ijab dan qabul yg dilontarkan oleh sang suami terhadap dirinya..tidakkah taraf seorg isteri itu bukan diletak ditapak kaki tetapi disisinya untuk disayangi dan dilindungi bukan dibuli dan ditekan sesuka hati dan menyakiti sekeping hatinya..itu zalim namanya..bagi akak biarlah dini mencari perkerjaan untuk menampung hidupnya dan sekiranya berlaku perceraian boleh lah ia berdiri sendiri dan tidak bergantung harap pada keluarga datuk.
ReplyDeleteskong kak ida...
ReplyDeletecte nih best sngt3...sy suka dari bab 1 lagi..
Jangan nampak sngt Dini nih lemah..
well,mungkin bukan lemah tapi lembut.tunggu bab-bab seterusnya.akan ada anjakan paradigma,hehe.kadang-kadang dalam lembut pun ada ketegasan kan?....tunggu sahaja dalam bab-bab akan datang.thanks utk komen yg sangat membina...
ReplyDeleteAkak..sy dah bace smpi chapter ni..nak smbung lg..tp tgh tahan hati ni sbab ade test esk..huhu..ape2 pn..nak g tau akak..sy dah 'lekat' ngan citer ni..mmg best dan olahan citer akak best..dan sy yakin lembut dini tue..ade ktegasan dan kdegilan kn? Hbs la izhar nti..haha..xsbr nak bace seterusnye.. =)
ReplyDelete