BAB 15
Izhar memasukkan semua
barang-barang dan beg ke dalam bonet kereta dibantu oleh Ardini sementara Datin
Rohana mengunci pintu banglo sebelum bergerak ke Sungai Lembing, Kuantan. Datin
Rohana memastikan setiap pintu dikunci dengan kemas sebelum meninggalkan rumah
selama dua hari. Mak Tom dan dua orang tukang kebun telah diberi cuti sepanjang
ketiadaan Datin Rohana.
Setelah memastikan semuanya selesai, Izhar memandu keretanya meninggalkan
banglo Datuk Hassan. Datin Rohana memilih untuk duduk di kerusi bahagian
belakang walaupun Ardini berkeras memintanya duduk bersebelahan Izhar. Alasan
yang diberikan ialah dia lebih selesa duduk di belakang, mudah kalau nak tidur.
Ardini hanya mampu bersetuju demi keselesaan Datin Rohana.
Sepanjang perjalanan mereka hanya mendiamkan diri. Antara Ardini dan
Izhar juga tiada komunikasi. Datin Rohana telah hampir setengah jam terlelap di
kerusi belakang. Izhar hanya mengerling mamanya dari cermin tengah yang
terlekat pada bumbung kereta. Memang itulah kebiasaan mamanya apabila naik
kereta, belum sampai sepuluh minit dah terlelap.
Hampir dua jam masa berlalu, Ardini berasa tidak sedap tekak, dia terasa
loya mungkin kerana berada dalam kereta hampir dua jam tanpa henti. Perutnya
juga terasa memulas-mulas tapi bukan untuk ke tandas, kepalanya turut pening.
Ardini cuba
menahan rasa loya sebaik mungkin, kepala yang berdenyut-denyut dipicit-picit
lembut. Izhar yang perasan akan perubahan Ardini mula bertanya.
“U okey ke?” Soal Izhar.
“Pening kepala, mungkin masuk angin kot.” Ardini menjawab ringkas. Memang
kebiasaannya kalau kepalanya masuk angin, dia akan berasa loya dan sakit
dibahagian kepala.
Datin Rohana yang sedari tadi lena terjaga dengan perbualan Izhar dan
Ardini. Dia membetulkan duduk dan memerhatikan Ardini yang sendawa angin sejak lima minit yang lalu.
Tangan Datin Rohana pantas menepuk bahu Izhar dari belakang. Izhar yang
terperanjat dengan tindakan Datin Rohana berpaling ke belakang dengan riak
wajah pelik.
“Tak nampak ke Dini nak muntah tu, berhenti dulu kat tepi.” Datin Rohana
bersuara serius, menegur ketidakprihatinan Izhar terhadap keadaan Ardini.
Izhar lekas-lekas membawa kereta ke bahagian kiri jalan. Kereta diparkir
sebentar di tepi jalan bagi memberi ruang kepada Ardini.
“Dini kenapa?” Datin Rohana menyoal pelik setelah Ardini berhenti dari
sendawa angin.
“Rasa loya pulak, mungkin perut masuk angin.” Ardini menjawab ringkas,
jawapan sama yang diberikan kepada Izhar.
“Entah-entah Dini mengandung kot?” Datin Rohana membuat telahan sendiri.
Izhar yang baru sahaja meneguk air dari botol mineral tersedak. Air di
dalam mulutnya tersembur keluar demi mendengar kata-kata Datin Rohana. Mana
mungkin Ardini mengandung kerana diantara mereka masih belum ada apa-apa. Izhar
menutup kembali botol dan menyapu sisa-sisa air di mulut.
Datin Rohana menepuk bahu Izhar untuk kali kedua.
“Lain kali ambik berat sikit hal bini, entah-entah bini mengandung pun
tak tahu.” Datin Rohana bersuara lagi, pelik melihat reaksi Izhar dengan
kata-katanya.
Ardini yang sedari tadi beriak tenang cuba mententeramkan suasana.
Melihatkan wajah Izhar yang terperanjat membuatkan dia rasa perlu menjelaskan
salah faham Datin Rohana.
“Taklah mama, rasanya Dini nak datang bulan, biasanya petanda awalnya
macam tu.”Ardini menjelaskan kekeliruan Datin Rohana sekaligus meredakan
perasaan Izhar.
“Kalau macam tu tak pe la, tapi kalau mengandung kena jaga baik-baik
kesihatan, balik nanti ajak Har pergi check
doktor, manalah tahu kot-kot dah lekat.” Datin Rohana masih berharap.
Ardini dan Izhar hanya mendiamkan diri. Hakikatnya hanya mereka berdua
yang tahu. Antara mereka masih tiada apa-apa. Mana mungkin Ardini mengandung
sedangkan dia dan Izhar masih terpisah tempat tidur. Kata-kata Datin Rohana
dibiarkan sepi.
Hampir tiga jam memandu akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan di
Sungai Lembing. Datin Rohana yang samar-samar memori mengenai jalan ke rumah
Makcik Zizah mendapatkan pertolongan orang-orang di sekitar dengan memberitahu
alamat rumah Makcik Zizah. Hampir lima
belas minit mencari berdasarkan petua yang diberi, Datin Rohana bersama Izhar
dan Ardini tiba di rumah Makcik Zizah.
Rumah Makcik Zizah yang terletak di hujung Kampung Sungai Tiga hampir
sembilan puluh peratusnya dibina dengan binaan berasaskan kayu. Rumah kayu lama
itu nampak usang. Izhar yang sedari tadi menjadi pemandu memandang pelik ke
arah rumah Makcik Zizah. Tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Selama ini
dia hanya mengenal banglo mewah semata-mata. Sejak kecil lagi dia telah tinggal
di banglo. Selepas membuat keputusan untuk berdikari juga Datuk Hassan
menghadiahkan dia sebiji banglo. Keadaan rumah kayu yang usang menyebabkan dia
rasa kurang selesa untuk bertandang. Hatinya mulai berat untuk turun dari
kereta.
“Mama pasti ke ini rumahnya?” Izhar bertanya walaupun jelas kelihatan
beberapa biji kanopi telah terpasang di halaman rumah.
“Yelah, mama ingat lagi rumah Makcik Zizah, memang dari dulu macam ni.
Tak berubah lansung.”Datin Rohana menjawab.
Ardini hanya mendiamkan diri. Menunggu isyarat dari Datin Rohana untuk
turun.
“Apa tunggu lagi, jom la turun.” Datin Rohana memberi arahan.
“Boleh ke duduk rumah macam ni, Har tak selesa la ma.” Izhar mengeluh
berat.
“Apa pulak tak bolehnya, dulu sebelum Har lahir, mama dengan ayah pun
pernah tinggal dalam rumah macam tu. Dah!, turun cepat.” Datin Rohana memberi
arahan untuk kali kedua. Tidak mahu mendengar rungutan Izhar.
Ardini terus turun diikuti Datin Rohana sementara Izhar masih lagi
termenung panjang di dalam SUVnya.
Makcik Zizah yang sedari tadi sibuk di dapur didatangi anak terunanya
yang bakal melansungkan perkahwinan untuk memaklumkan tentang kehadiran Datin
Rohana. Mendengarkan berita dari anaknya itu, Makcik Zizah bergegas meluru ke
halaman, menjemput tetamu istimewa untuk masuk ke rumah.
“Eh, Datin sampai jugak ke sini?” Makcik Zizah menyoal, teruja dengan
kehadiran bekas majikannya itu.
“Mestilah, Kak Zah dah jemput tak kan
saya tak datang.” Datin Rohana menyalami tangan Makcik Zizah diikuti oleh
Ardini.
“Datuk tak ikut ke?” Soal Makcik Zizah lagi apabila kelibat Datuk Hassan
tidak kelihatan.
“Datuk kena outstation seminggu,
tak dapat nak datang tapi dia kirim salam.” Datin Rohana menjawab persoalan
Makcik Zizah.
“Oh macam tu.., jadi ni la menantu Datin.” Makcik Zizah menyoal sambil
matanya dilirik ke arah Ardini.
“cantik orangnya, manis.” Sambung Makcik Zizah lagi.
“Ardini.” Datin Rohana memperkenalkan Ardini.
Ardini hanya tersenyum sebaris, sedari tadi dia hanya menjadi pemerhati
pertemuan semula majikan dan pekerja itu.
“Maafla tak datang majlis kenduri Izhar, kesihatan akak dah berapa elok
sejak kebelakangan ni, selalu sakit-sakit lutut, tak boleh nak berjalan jauh.”
Makcik Zizah bernada kecewa.
“Takpe lah, saya faham.” Datin Rohana bersuara mengendur, cuba
meredakan rasa bersalah Makcik Zizah.
“Izhar mana?, dari tadi tak nampak dia.” Makcik Zizah bersuara lagi,
sedari tadi dia tidak nampak kelibat Izhar.
“Ada
dalam kereta, tengah lepaskan lelah la tu, dari tadi bawak kereta tak
berhenti.” Datin Rohana mencipta alasan bagi pihak Izhar walhal dia tahu Izhar
kurang selesa dengan keadaan rumah Makcik Zizah.
“Kalau macam tu, kejap lagi naik dulu, berehat-rehat dalam bilik.” Makcik
Zizah memberi saranan.
“Dini pergi panggil Izhar, mintak dia keluarkan barang-barang
sekali.”Datin Rohana mengarah Ardini memanggil Izhar.
Tanpa banyak bicara Ardini berjalan menghampiri kereta Izhar. Tiba di
kereta dia membuka pintu dibahagian tempat duduk penumpang. Dilihatnya Izhar
sedang termenung jauh seperti memikirkan sesuatu. Ardini tahu Izhar tidak
selesa untuk tinggal di rumah makcik Zizah untuk dua hari ini. Lelaki itu lahir
dalam keluarga berada, mana boleh bertahan dalam suasana serba kekurangan
begitu.
“Mama panggil, dia suruh keluarkan semua barang-barang.” Ardini bersuara.
“Sekejap lagi.” Izhar menjawab ringkas.
Sejurus Ardini berlalu, Izhar keluar dari kereta. Barang dari bonet
dikeluarkan. Izhar berjalan lemah menuju ke arah Datin Rohana dan Ardini yang
sedang rancak berbual di halaman rumah. Kesemua barang diletakkan di beranda
rumah kayu itu. Sebaik melihat kelibat Izhar berjalan melepasinya, Makcik Zizah
bersuara.
“Dah besar panjang Izhar ni, hampir tak kenal Makcik tadi, muka pun
bertambah kacak, dulu kecik-kecik hingus selalu meleleh-leleh kalau selesema,
kadang-kadang sampai masuk mulut.” Makcik Zizah bersuara, menceritakan zaman
kanak-kanak Izhar, mengimbau kembali kenangan lalu.
Izhar tertelan air liur mendengar kata-kata Makcik Zizah, matanya dilirik
kepada Ardini, wajahnya berona merah, terasa malu bila kisah masa kecilnya
dibangkitkan dihadapan Ardini. Dia sendiri tidak pernah ingat akan perkara itu,
mungkin masih terlalu kecil untuk ingat perkara yang pernah berlaku. Sementara
Ardini tersenyum hingga menampakkan barisan gigi, gelaknya disimpan. Kali
pertama dia lihat Izhar malu. Datin Rohana hanya tersenyum sebaris dengan
matanya dilirik ke arah Izhar.
Izhar hanya menunduk ke tanah, menyembunyikan wajah yang berona dari
pandangan mata Ardini. Terbayang di matanya senyum lebar Ardini mendengarkan
kata-kata makcik Zizah. Senyuman Ardini itu manis pada pandangan matanya. Tidak
tahu kenapa tapi dia berasa malu dengan Ardini.
“Jom la masuk rumah, nanti saya tunjukkan bilik.” Makcik Zizah berjalan
mendahului mereka ke dalam rumah.
Langkah Makcik Zizah dibuntuti oleh mereka sehingga tiba ke bilik.
“Datin gunalah bilik ni, maaflah rumah kami ni tak selesa macam banglo
Datin.” Makcik Zizah bersuara mengendur, merendah diri.
“Ini pun dah cukup selesa, lagipun saya datang ni nak tolong-tolong,
bukan nak duduk terperap dalam bilik.” Datin Rohana bersuara mengendur. Matanya
di lirik ke dalam bilik bersaiz kecil yang menempatkan sebiji katil yang boleh
memuatkan dua orang dan beberapa perabut.
Datin Rohana mengajak anak menantunya masuk untuk melepaskan lelah
sebelum mula membantu keluarga Makcik Zizah untuk membuat persiapan majlis
kenduri yang akan berlansung esok.
Datin Rohana masuk ke bilik disusuli
Ardini. Terasa badannya sakit-sakit kerana sejak petang tadi membantu Makcik
Zizah membuat persiapan kenduri. Izhar hanya duduk-duduk di bilik. Kadangkala
apabila bosan dia akan pergi ke bahagian belakang rumah, membantu serba sedikit
golongan lelaki. Selepas magrib tadi Izhar hanya berehat-rehat dalam bilik
sementara Datin Rohana dan Ardini menyambung tugasan.
Menyedari kehadiran Datin Rohana dan Ardini, Izhar bingkas bangun dari
perbaringan. Matanya dilirik ke arah kedua-duanya. Ardini hanya menundukkan
wajah tatkala mata mereka bertaut. Ardini berjalan ke hujung bilik, terus
menuju ke beg pakaiannya. Sementara Datin Rohana menyalin pakaian kerana
pakaian sebelumnya sudah berbau peluh.
Ardini duduk lama dihadapan begnya. Masih janggal terpaksa berkongsi
bilik dengan Izhar. Menyedari kelainan pada perilaku Ardini Datin Rohana
bersuara.
“Dini kenapa tak bukak lagi tudung tu, walaupun sini rumah kampung, orang
tak kan masuk
bilik tanpa kebenaran, bukak la tudung tu, bukan ada orang lain kat sini, baju
pun salin sekali.” Datin Rohana bersuara setelah dilihatnya Ardini masih
terpaku dihadapan beg.
Ardini mengambil sehelai t-shirt
dan kain batik. Pakaiannya disangkut dilengan dan Ardini bangun, mula mengatur
langkah keluar dari bilik.
“Nak pergi mana tu?” Datin Rohana menegur pelik.
“Tukar baju dalam bilik air.” Sahut Ardini.
“tukar sini aje la, tak kan
dengan mama pun nak malu, lagipun bilik air diaorang guna untuk basuh
pinggan.”Datin Rohana bersuara lagi, pelik dengan Ardini yang malu tidak
bertempat.
Ardini duduk semula di sisi beg, tidak jadi melangkah keluar. Lama dia
berkeadaan begitu. Izhar yang sedari tadi duduk di birai katil hanya mendengar.
Dia tersenyum sebaris dengan kata-kata Datin Rohana. Mustahil Ardini malu
dengan mamanya, yang pasti Ardini malu dengannya.
Ardini yang tidak mahu Datin Rohana curiga mula menanggalkan tudungnya
perlahan-lahan.
“Mama nak keluar kejap, bersembang dengan Makcik Zizah, korang tidurlah
dulu.” Kata Datin Rohana lagi.
“Mama tidur atas katil lah. Biar Dini tidur bawah.” Ardini bersuara lagi
sebelum Datin Rohana keluar. Janggal rasanya jika dia tidur bersama Izhar.
“Takkan la mama nak tidur dengan Izhar, dia tu dah besar panjang, nak
tidur bawah ketiak mama lagi, mama tidur bawah je.” Seloroh Datin Rohana,
menganggap kata-kata Ardini sekadar pelawaan sopan kepadanya.
Ardini tiada pilihan melainkan bersetuju dengan kata-kata Datin Rohana
bagi mengelakkan Datin Rohana bertambah curiga sementara Izhar tidak
mengeluarkan kata-kata. Entah kenapa terasa jantungnya bergetar hebat apabila
terpaksa berkongsi bilik dengan Ardini. Dia yang hanya mengenakan t-shirt hitam dengan seluar track krim hanya duduk di birai katil
sejurus Datin Rohana keluar dari bilik. Terasa janggal apabila berdua-duaan
dengan Ardini begitu. Izhar memerhatikan Ardini yang duduk bersila di sisi
katil, berhadapan dengan beg pakaiannya. Ardini duduk membelakangkan dirinya.
Dilihatnya Ardini sedang menyikat-nyikat rambut yang dibiarkan lepas ke
belakang. Dia merenung Ardini dari belakang. Kali pertama dia melihat Ardini
melepas rambut. Sebelum ini dia pernah melihat Ardini tidak bertudung, kali
pertama semasa gadis itu pitam dan kali kedua semasa Ardini keluar dari bilik
mandi. Kali ini dia berpeluang melihat keadaan sebenar rambut Ardini. Untuk
seketika Izhar terleka.
Ardini yang sedari tadi tidak selesa bersendirian bersama Izhar
memalingkan wajah, ingin melihat apa yang sedang dilakukan oleh Izhar. Tatkala
dia berpaling, mata dia dan Izhar bertemu. Izhar yang tersedar dari renungannya
cepat-cepat melarikan mata. Bimbang Ardini menyedari renungannya tadi. Ardini
pula menundukkan wajah, malu direnung oleh Izhar. Pada waktu itu Izhar dan
Ardini terasa jiwa mereka bergetar satu irama. Masing-masing terasa malu
sendiri dengan peristiwa yang baru berlaku.
“Saya nak tukar baju, awak…jangan tengok.” Ardini bersuara lambat-lambat,
mengingatkan Izhar dengan wajah yang tidak dipalingkan.
Izhar hanya mendiamkan diri, mengiakan tidak, menidakkan pun tidak. Dia
masih duduk di birai katil.
Ardini membuka perlahan-lahan bajunya. Dalam hati dia berharap agar Izhar
menghormati permintaannya. Walaupun dia halal untuk Izhar, dia masih belum
bersedia membuka auratnya di hadapan lelaki itu.
Izhar yang sedari tadi memalingkan wajah ke tempat lain tidak mampu
melawan kehendak matanya untuk berpaling ke arah Ardini. Naluri lelakinya
berombak kuat tatkala mendengar kata-kata Ardini. Dia berasa terdorong untuk
melihat walaupun dilarang oleh Ardini. Izhar memalingkan wajah, dia pasti
Ardini tidak akan perasan akan tindakannya itu kerana Ardini duduk
membelakanginya. Sejurus berpaling, Izhar terperanjat apabila Ardini sedang
merenung tajam ke arahnya. Izhar cepat-cepat memejam celik matanya persis mata
yang dimasuki habuk.
“Awak….”Ardini bersuara menekan. Dia cepat-cepat menukar pakaian.
“Awak ni memang tak boleh percaya la…” Ardini bersuara mengendur, kecewa
kerana Izhar tidak mengendahkan larangannya.
Izhar cepat-cepat berbaring di atas katil. Terasa malu apabila Ardini
menangkapnya sedang merenung tubuh Ardini. Izhar mengiring membelakangkan
Ardini. Terasa darah menyerbu ke muka apabila dia dicaught in the act oleh Ardini. Izhar sendiri tidak pasti bagaimana
dia boleh hilang kawalan diri. Dia menyumpah diri sendiri kerana gagal mengawal
kehendak hatinya.
Izhar tersenyum sendiri memikirkan perkara yang baru terjadi. Sungguh dia
pelik dengan perasaan barunya itu. Selama ini dia seboleh-bolehnya mengelak
untuk tinggal sebilik dengan Ardini, bila terpaksa duduk sebilik begitu
perasaannya lain. Ada rasa Indah. Kadang-kadang dia turut pelik dengan Ardini.
Sejak awal perkahwinan hingga ke hari itu Ardini masih menjaga auratnya dari
pandangan matanya walhal antara mereka sudah tiada batasan aurat lagi. Izhar
tersenyum lagi. Kalau dulu, dia lebih menggemari gadis yang berpakaian seksi
seperti Delia tapi apabila lama bersama Ardini, citarasanya mulai berubah.
Ardini mengetap bibir, rasa tidak puas hati dengan tingkah laku Izhar
masih bersisa. Dia bangun, mengatur langkah ke katil, dia pasti Izhar belum
tidur, lelaki itu hanya melarikan wajah kerana tertangkap dengan perbuatannya
tadi.
“Saya tidur bawah.” Ardini
bersuara senada. Ada terselit rasa tidak puas hati.
Mendengarkan kata-kata Ardini, Izhar bingkas bangun dan berpaling ke arah
Ardini.
“U tidur atas la dengan mama,
biar I tidur bawah.” Izhar bersuara
mengendur, dia dapat mengesan rasa tidak puas hati Ardini.
Izhar bingkas turun dari katil, dia menuju ke almari di sudut bilik, comforter nipis yang terletak di atas almari dicapai. Izhar baru berkira-kira
hendak membentang comforter apabila
pintu bilik dikuak dari luar. Datin Rohana muncul disebalik pintu.
“Har tidur atas la, mama tidur bilik Makcik Zizah.” Datin Rohana bersuara
apabila ternampak Izhar membentang comforter.
Ardini yang baru merebahkan tubuh ke katil menelan air liur. Hatinya
terasa berdebar-debar mendengar kata-kata Datin Rohana. Izhar tidak beriak,
matanya dikerling ke arah Ardini. Dia tiada pilihan melainkan melipat semula comforter dan meletak kembali ke tempat
asal. Datin Rohana yang duduk di tepi beg menyisir-nyisir rambut. Melihatkan
Izhar yang masih berdiri di tepi katil membuatkan dia bersuara.
“Pergilah tidur, dah lewat ni, esok nak bangun awal.” Kata Datin Rohana.
Izhar tidak menjawab kata-kata Datin Rohana, dia merebahkan tubuhnya
lambat-lambat ke katil. Berbaring di sisi paling tepi, menjarakkan tubuhnya
dengan Ardini. Dia bimbang dituduh mengambil kesempatan rentetan peristiwa
tadi.
Usai menyikat rambut, Datin Rohana menyarung semula tudungnya. Dia
mengatur langkah menuju ke bilik Makcik Zizah. Dia sempat memesan supaya Izhar
mengunci pintu sebelum beredar.
Izhar bangun dan melangkah menuju pintu, selak pintu dikemaskan. Dia
kembali berbaring di katil. Dilihatnya Ardini berbaring mengiring memandang ke
dinding kanan bilik sementara dia berbaring mengiring memandang ke sisi kiri
bilik. Masing-masing menjarakkan diri, ruang tengah yang kosong boleh
menempatkan seorang lagi. Mereka hanya mendiamkan diri apabila tiba-tiba Ardini
bersuara.
“Awak jangan cuba buat benda pelik kat saya.” Kata Ardini, masih curiga
dengan kejujuran Izhar. Jantungnya berdetak laju.
“I masih boleh kawal diri.”
Izhar menjawab senada walhal jantungnya terasa menendang-nendang dada.
“Boleh percaya ke?”Ardini menyoal sinis. Masih ragu-ragu.
“Kalau I buat benda tak senonoh,
U backhand je la.” Giat Izhar, entah
dari mana idea datang membuatkan dia berkata begitu kepada Ardini.
“malas layan awak, tidur lagi baik.”Ardini bernada marah. Tidak suka bila
kata-katanya dibalas dengan gurauan.
Ardini menarik selimut menutupi seluruh badan. Izhar mengangkat bahu,
tanda kemenangan dipihaknya. Degup jantung yang mulanya berdetak laju kembali
normal. Izhar turut memjamkan mata. Senyum dilirik. Terasa indah tatkala
bersama Ardini. Perasaan yang tidak pernah dirasai seumur hidupnya.
Majlis persandingan anak teruna Makcik
Zizah baru selesai sejam yang lalu. Datin Rohana terkocoh-kocoh menuju ke bilik
setelah membantu mengemas serba sedikit. Jam telah menunjukkan pukul empat
petang. Dia perlu bersiap-siap untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Sejurus
masuk ke bilik, dia meminta Ardini mengemas barang sebelum pergi mandi. Ardini
hanya menurut. Kelibat Izhar masih tidak kelihatan, mungkin masih membantu
golongan lelaki di bahagian belakang rumah.
Ardini kagum dengan Izhar, walaupun nampak seperti seorang lelaki yang
dingin, Izhar tidak kekok membawa diri dikhalayak ramai. Ardini tersenyum
sendiri, Izhar ada kelebihan yang tersendiri, desis hatinya. Siap mengemas
barang-barang milik Datin Rohana, dia bergerak ke beg Izhar yang diletak disisi
katil. Hatinya berbolak balik mahu mengemas barang-barang milik Izhar. Kalau
tidak dikemas pasti Datin Rohana akan curiga, kalau dikemas apa pula pandangan
Izhar terhadapnya. Ardini maju, dengan perasaan yang berbaur dia mengemas
barang milik Izhar, bimbang Datin Rohana curiga.
Siap mengemas Ardini berjalan menuju ke bilik air, di tangannya
tersangkut persalinan untuk dipakai pulang ke kuala Lumpur. Rumah Makcik Zizah
masih dipenuhi sanak saudara yang menolong mengemas peralatan kenduri. Sejurus
masuk ke bilik air, Ardini menyarung kain basahan untuk mandi. Bilik mandi yang
terletak di luar rumah berasaskan binaan batu itu di cat dengan warna biru
laut. Tandas turut dibina secara berkembar dengan bilik mandi. Di dalam bilik
mandi tersebut terdapat satu kolah mandi besar.
Izhar mengerling jam di tangan yang telah mengijak ke pukul empat
setengah. Dia bergegas masuk ke rumah untuk bersiap-siap pulang ke Kuala
Lumpur. Tugas membuka khemah dan kanopi pakatan orang kampung ditinggalkan
untuk diselesaikan oleh golongan lelaki warga kampung.
Izhar masuk ke bilik menuju ke beg pakaiannya, dia sedikit terkejut
apabila menyedari semua baju-bajunya yang dipakai semalam telah dilipat dan di
masukkan ke dalam plastik. Izhar duduk di birai katil melepas lelah untuk
sementara waktu. Beberapa minit kemudian dia mengambil persalinan baru dan
berjalan menuju ke bilik air. Tiba di pintu bilik air, Izhar menolak pintu,
namun pintu yang dikunci dari dalam tidak boleh dibuka.
Ardini yang baru memakai kain basahan terkejut apabila pintu cuba dibuka
dari luar.
“Ada orang kat dalam.” Ardini separuh melaung memaklumkan dia berada di
dalam.
Izhar yang berdiri di luar hanya tersenyum sebaris tatkala mendengar
suara Ardini. Dia mundar mandir di hadapan bilik air menunggu giliran. Belum
pun sepuluh minit menunggu Ardini, Datin Rohana datang terkocoh-kocoh
menghampiri Izhar dari belakang.
“Sape kat dalam?” Soal Datin Rohana setelah dilihatnya Izhar mundar
mandir diluar bilik mandi.
“Ardini.”Izhar menjawab sepatah.
Demi mendengar nama Ardini, Datin Rohana bertindak mengetuk-ngetuk pintu
bilik air dengan kasar dari luar. Ardini yang terkejut mendengar Datin Rohana
menjerit namanya dari luar berjalan laju menuju ke pintu, kepalanya disarung
dengan tuala. Sejurus membuka pintu, kepalanya disembulkan keluar, tubuhnya
dilindung sebalik pintu.
“Mandi je la sekali, laki bini orang tak mengata, ramai lagi orang tengah
tunggu nak mandi.” Datin Rohana bertindak menolak tubuh Izhar ke dalam bilik
air.
Ardini yang terperanjat dengan tindakan Datin Rohana bertindak
menundukkan wajah. Izhar masih terpaku berdiri sebaik tubuhnya terdorong ke
dalam. Dia turut kaget dengan tindakan Datin Rohana.
Sejurus pintu bilik air ditutup Ardini berjalan laju menuju ke kolah air.
Sementara Izhar masih berdiri statik. Terasa janggal berada bersama Ardini di
dalam satu bilik air. Langkah Ardini yang laju disoroti dengan mata. Kali
pertama dia melihat Ardini berkeadaan begitu. Walaupun dibaluti dengan kain
basahan, susuk tubuh Ardini jelas kelihatan kerana basah.Terasa ada satu
perasaan yang mengalir disegenap pembuluh darahnya. Izhar cepat-cepat melarikan
anak mata, bimbang dirinya tersasar jauh.
Ardini hanya menunduk ke lantai, matanya lansung tidak dikerling,
segayung demi segayung air dicurah laju ke tubuh. Dia mahu bersegera mandi,
tidak selesa berkeadaan begitu dihadapan Izhar.
Izhar menunggu sehingga Ardini selesai mandi, hanya berdiri disudut yang
paling tepi. Tubuhnya dipaling membelakangkan Ardini. Dia tahu Ardini tidak
selesa dengan kehadirannya disitu, sebab itulah dia memberi ruang untuk Ardini
menyelesaikan mandinya terlebih dahulu.
Usai mandi Ardini bergerak di hujung sudut, bertentangan dengan tempat
Izhar berdiri. Dengan segera dia mengenakan pakaian, matanya tidak lepas dari
mengawasi Izhar, bimbang lelaki itu mencuri pandang ke arahnya seperti kejadian
malam sebelumnya.
Selesai mengenakan pakaian Ardini bergegas keluar dari bilik air.
Meninggalkan Izhar bersendirian dalam bilik air. Dia melangkah laju menuju ke
bilik.
Izhar tersenyum sendiri, riak wajah Ardini yang merah padam menahan malu
terlayar kembali dimindanya. Kadangkala dia terfikir sendiri, ikatan suami
isteri yang dibina, hanya atas nama sahaja, hakikatnya mereka seperti orang
yang tidak kenal antara satu sama lain. Izhar sendiri tidak tahu bagaimana untuk
mengakhiri semua itu, yang pasti dia kini berbelah bagi dengan keputusan yang
pernah dicanangkan kepada Ardini suatu waktu dahulu.
maaf dik..dari kaca mata akak dan pandangan akak..jgn kechil hati ya..tak ada part yg romantik yg berlaku diantara mereka berdua..yg hanya adalah kejangalan dan penerimaan izhar yg selama ini sgt prejudis kat Ardini macam dah tak ada..tetapi terbit satu perasaan yg sukar untuk dimengertikan olehnya terhadap Ardini dan begitu sukar untuk dia tafsirkan oleh minda dan perasaannya. Ardini pula akak rasa dia bertambah kekok dengan penerimaan Izhar yg luarbiasa baik kat dirinya dan menjadi tanda tanya dan banyak persoalan kebaikan Izhar yg masih menjadi teka teki mindanya.. Teruj nak tahu..what goes next after this..perjalanan kehidupan mereka berdua..adakah izhar akan meminta Ardini untuk menerimanya dan memulakan perhubungan mereka sebgai suami dan isteri yg bukan tertulis dan terlakar diatas kertas putih..
ReplyDeleteyes,u r right,takde part yg romantik,hehe.just nak ring the bell je,see if anybody home.anyway thanks alot,memang tepat betul komen Kak Ida....
DeleteUrutan lelaki utk wanita..
DeleteServis memuaskan ATAU *social escort service* dalam dan luar negeri..
Whatsapp shj 013 655 7 445
best sgt kak...xt'kta...hehehe...hit like like like.....hehehe
ReplyDeleteerk..sory ek..rasenya xde part romantik tp apew pon ttp best..nakal jugak izhar eh...
ReplyDeleteyup, bab romantiknya lum sampai lagi,hehe.just ring the bell.memang tahap ke'alert'an para pembaca sgt mengagumkan..hehe..
Deletebesh2.... hehe... sweet btol diowg..
ReplyDeleteThanks guys,memang pembaca ni sangat alert,saje je cik tulip letak soalan cepu gangsa tu,nak tgk reaksi pembaca....ermmm...u guys really r the best...:)
ReplyDeletebesh2..tp dialognya tak byk. huhu tp yg lain okey jerh.
ReplyDeletebagus r mama Har tu..kehkehkeh..
ReplyDeletecik tulip...bile nak post n3 baru ni? dah seharian saya tunggu~ =(
ReplyDeleteNaughty, naughty izhar😁
ReplyDelete