Friday, 3 February 2012

AKU UNTUKMU-BAB 2


BAB 2



Datuk Hassan meminta Pak Musa menghentikan kereta di pinggir jalan bersebelahan dengan tasik Varsiti. Dari dalam kereta dia dapat melihat seorang gadis yang sedang duduk menunduk membaca sesuatu ditangan. Datuk Hassan turun dari kereta dan berjalan menghampiri gadis tersebut. Semakin langkah Datuk Hassan mendekat, semakin dia pasti gadis itu yang ingin ditemuinya.

Ardini mengangkat wajahnya apabila menyedari ada orang yang menghampiri tempat dia menunggu. Ardini pasti insan yang dilihatnya ialah Datuk Hassan. Semalam Datuk Hassan telah memaklumkan tentang pertemuan mereka. Ardini memberikan senyuman manis kepada Datuk Hassan yang hampir seusia bapanya. Ardini pasti Datuk Hassan ingin menemuinya untuk membincangkan sesuatu tetapi Ardini tidak dapat menebak perkara apa namun dia amat pasti hal tersebut sangat penting kerana jika tidak, tentu Datuk Hassan tidak akan mengganggunya semasa musim peperiksaan akhir di kampus.

“Assalamualaikum.” Sapa Datuk Hassan lembut.

“Waalaikumusalam Uncle….dudukla.” Sapa Ardini kembali.

“Macam mana peperiksaan akhir Dini?, semua okey kan ? Datuk Hassan berbasa basi sebelum hasrat hatinya disampaikan.

“ Alhamdulillah, setakat ni semua okey.” Balas Ardini ringkas.

“ Bagusla macam tu.” Datuk Hassan membalas kembali.

Ada hal apa uncle ajak Dini jumpa?, kalau pasal duit, Dini masih ada lagi simpanan yang uncle bagi dulu, yang itu pun cukup sampai hujung semester ni.” Terang Ardini. Wang pemberian Datuk Hassan masih ada lagi dalam simpanannya, sekurang-kurangnya cukup hingga pengajiannya tamat hujung semester akhir. Ardini berasa dia terlalu banyak menerima belas ihsan dari Datuk Hassan. Dia nekad selepas tamat pengajian nanti dia akan segera mencari kerja bagi membayar semula wang pemberian Datuk Hassan sepanjang pengajiannya.

Uncle datang bukan sebab tu.” Datuk Hassan bersuara mengendur, mula membuka bicara.

“ Sebenarnya ada hal lain uncle ajak Dini jumpa.” Sambung Datuk Hassan. Ardini hanya menjadi pendengar, menanti Datuk Hassan menyambung kata-kata.

Uncle nak bercakap tentang perkahwinan Izhar, anak tunggal uncle.”Terang Datuk Hassan tentang tujuan pertemuan mereka.

Ardini masih tidak dapat menangkap maksud kata-kata Datuk Hassan, dia menunggu Datuk Hassan meneruskan bicara.

Uncle nak minta tolong dari Dini.” Datuk Hassan meneruskan kata-katanya.

“Pertolongan macam mana yang Uncle maksudkan, kalau Dini boleh tolong, insyaallah Dini akan tolong.” Ardini menyatakan kesanggupan. Mengenangkan jasa Datuk Hassan kepadanya dia menyanggupi apa sahaja pertolongan untuk Datuk Hassan.

“mungkin permintaan Uncle ni agak keterlaluan, tapi uncle harap Dini dengar dulu,Uncle tak memaksa tapi besar harapan uncle kalau Dini setuju.” Datuk Hassan bersuara senada. Ardini yang masih mendengar semakin keliru dengan kata-kata Datuk Hassan. Dia menanti Datuk Hassan meneruskan bicara.

“Sebenarnya Uncle nak minta Dini bernikah dengan Izhar”. Datuk Hassan berterus terang dengan maksud kedatangannya. Ardini yang mendengar luahan Datuk Hassan terpana seketika, cuba memproses kata-kata yang baru menerjah gegendang telinganya. Jantungnya berdegup kencang dengan kata-kata yang keluar dari mulut Datuk Hassan. Masakan Datuk Hassan bergurau dengan hal sepenting itu. Mulutnya terkunci untuk berkata-kata, tidak tahu riak bagaimana yang harus diberi kepada Datuk Hassan. Jika tidak difikirkan tentang pengorbanan Datuk Hassan selama ini pasti cadangan itu akan ditolak mentah-mentah.

Ardini serba salah memikirkan kata-kata Datuk Hassan. Dia tersepit dengan jasa-jasa Datuk Hassan. Setelah kematian bapanya, Datuk Hassan lah yang banyak mengambil berat perihal dirinya terutamanya tentang pengajiannya. Sepanjang pengajian selama empat tahun itu ditanggung sepenuhnya oleh Datuk Hassan. Bukan Ardini tidak menolak bantuan Datuk Hassan tetapi lelaki itulah yang berkeras ingin membantunya. Kata Datuk Hassan, jika tidak kerana bapa Ardini, dia mungkin sudah tiada lagi di dunia. Ardini sendiri tidak jelas hubungan antara Datuk Hassan dengan bapanya.

Melihatkan kesunyian Ardini, Datuk Hassan menyambung bicaranya.

Uncle tak paksa, Dini ambiklah masa, fikirkan apa yang uncle beritahu tadi tapi uncle nak Dini tau, cuma Dini aje yang boleh bantu uncle.”Datuk Hassan bersuara mengendur.

Ardini hanya mendengar, tidak membalas kata-kata Datuk Hassan. Datuk Hassan menyambung bicaranya.

“Bila Dini dah ada keputusannya, maklumkan pada uncle, apa jua keputusan Dini uncle akan terima tapi besar harapan uncle Dini dapat penuhi permintaan uncle.”Luah Datuk Hassan seraya bangun untuk meninggalkan Ardini, memberikan ruang kepada Ardini menimbang permintaannya. Walaupun sedar permintaannya agak keterlaluan, Datuk Hassan tiada pilihan lain. Ardini merupakan satu-satunya calon yang sesuai untuk merubah Izhar. Dia telah mengenali budi pekerti Ardini sejak bertahun-tahun yang lalu.

Ardini menghela nafas berat, besar benar dirasakan permintaan Datuk Hassan. Pemergian Datuk Hassan diiringi dengan pandangan sayu.

Ardini bangun, melangkah lemah meninggalkan pondok di tasik Varsiti. Kata-kata Datuk Hassan masih berlegar-legar dimindanya, terasa sangat memberati fikirannya, membius segala rasa. Langkahnya diatur perlahan menuju Kolej Kediaman Pertama, Universiti Malaya.

Setiba di bilik, Ardini membuka pintu bilik, melangkah masuk, beg sandang tepinya di letak di atas meja study.Tudung ditanggalkan dan tubuhnya direbah ke katil. Matanya memandang kosong ke syiling. Kata-kata Datuk Hassan masih melewati kotak fikirannya.

Fikiran Ardini terbawa-bawa kepada imej wajah Izhar, lelaki yang tidak pernah diimpi menjadi suami. Dia juga tidak pernah mengenali Izhar, hanya pernah berjumpa sekali semasa kunjungan kali pertamanya ke banglo Datuk Hassan empat tahun dulu. Wajah Izhar hanya dilihat sekali imbas semasa Izhar pulang dari kerja dan melewati sofa tempat Ardini menunggu Datuk Hassan. Izhar pun tidak menoleh melihatnya.

Buntu berfikir, Ardini bingkas bangun, dia belum bersolat asar. Tuala yang disidai di kerusi meja study diambil, langkah diatur laju ke bilik air.  Sebelum masuk ke bilik mandi Ardini bergerak ke sinki, mencuci muka. Wajahnya ditilik setelah saki baki pencuci muka dibersihkan. Matanya dilirik ke bahagian dada yang separuh terdedah, pantas jari jemarinya meraba-raba garisan sepanjang sepuluh sentimeter. Walaupun lukanya telah lama sembuh namun parutnya masih membekas. Fikiran Ardini terhenti untuk seketika, lama dia termenung. Lamunannya terhenti apabila ada derap kaki dari luar, lantas Ardini bergerak masuk ke bilik air, bersegera mandi, melupakan kenangan hitam.













Ardini duduk sendirian di gazebo kolej. Telefon bimbit ditangan digenggam erat, terasa tangannya basah dengan peluh. Fikiran Ardini masih berbelah bagi. Usai bersolat magrib tadi Ardini tekad untuk memaklumkan keputusannya kepada Datuk Hassan. Dia tidak mahu berfikir lagi, dia telah membulat tekad. Pantas telefon bimbitnya diangkat dan nombor Datuk Hassan didail, dia menunggu sehingga panggilannya disambut. Walaupun tekad, Ardini tetap berdebar-debar, bimbang akan lembut hati sekiranya Datuk Hassan merayu. Ardini berdoa dalam hati, semoga dia kuat menyampaikan keputusannya kepada Datuk Hassan.

“Hello, assalamualaikum.” Panggilan Ardini disambut Datuk Hassan

“Waalaikumusalam.” Ardini menjawab lambat-lambat. Mendengarkan suara Datuk Hassan, terasa apa yang ingin disampaikan berterbangan menghilang.

“Camane keputusan Dini?”. Datuk Hassan bertindak mengaju soalan setelah Ardini masih mendiamkan diri.

uncle…Dini mintak maaf, Dini tak dapat tunaikan permintaan uncle…”Ucap Ardini terus terang.

“ermm…honestly uncle kecewa dengan keputusan Dini...” Luah Datuk Hassan menyatakan isi hatinya.

“ maafkan Dini.” Ardini rasa bersalah kerana mengecewakan Datuk Hassan.

“tak boleh ke Dini pertimbangkan, ambil masa dua tiga hari fikirkan hasrat uncle, anggaplah Dini membalas jasa uncle.” Kata-kata Datuk Hassan separuh mendesak. Mengikat Ardini dengan jasa-jasa yang pernah ditabur. Walaupun bukan niatnya memaksa Ardini namun dia kecewa sekiranya Ardini menolak permintaannya.

Demi mendengar kata-kata Datuk Hassan, Ardini serba salah, dia dirantai dengan jasa-jasa Datuk Hassan. Kata-kata Datuk Hassan mengikatnya. Lama Ardini mendiamkan diri. Tidak tahu apa yang harus diputuskan kala itu.

“ Insyaallah Dini akan ambik masa fikirkan tapi Dini perlu jumpa uncle sekeluarga termasuk Izhar, ada perkara yang Dini nak uncle sekeluarga tahu….” Dalam lemah Ardini menyatakan keputusannya. Dia nekad untuk memberitahu kebenaran tentang dirinya kepada keluarga Datuk Hassan. Dia tidak mahu menangguk di air keruh. Sebelum Datuk Hassan menetapkan apa-apa keputusan, dia akan berterus terang.

“Baiklah, pagi esok uncle hantar Pak Musa datang ambik Dini di kolej.” Datuk Hassan bersuara gembira.

“Terima kasih uncle, assamualaikum…” Ardini menamatkan perbualan.

“waalaikumusalam.” Talian dimatikan Datuk Hassan.

Ardini melangkah lemah ke bilik, tiba di bilik dilihatnya Kak Murni sedang membaca majalah, Hilda pula sibuk menelaah pelajaran untuk kertas peperiksaan akan datang. Ardini hanya dikerling, tiada perbualan tercetus antara mereka. Masing-masing menumpukan perhatian kepada aktiviti sendiri. Ardini juga tidak berminat menceritakan perkara yang baru terjadi kepadanya. Tidak mahu membebani mereka

3 comments:

  1. best-2 .. x sabar nak tunggu dorg bernikah . *dorg nikah jugak kan ? ehehek ..

    ReplyDelete
  2. wahaha..sgt interesting cite ni. terima jela dini

    ReplyDelete
  3. kalau nikah mesti banyak cabaran kan.tak kurang juga adegan romantik.just wait and read what hapen next....

    ReplyDelete