BAB 6
Ardini melihat jam di telefon
bimbit, memang dia jenis yang tidak suka memakai jam sejak dulu lagi. Bila
ingin tahu tentang waktu, dia akan menyemak di skrin telefon bimbit sahaja. Jam
menunjukkan pukul 9.00 pagi. Dia masih mengenakan t-shirt dengan seluar track.
Dia menunggu mesej dari Izhar sebelum bersiap-siap, namun Izhar belum lagi
memaklumkan apa-apa keputusan seperti yang telah dijanjikan.
Lamunan Ardini terhenti apabila terdengar bunyi mesej masuk. Ardini
melihat skrin, mesej dari Izhar dibuka dan dibaca.
Turun skrg. I dah ada kat bawah...
Ardini terkejut membaca mesej dari Izhar. Izhar berjanji akan menghantar
mesej sebelum keluar menjemputnya.
Tunggu skjp, saya bersiap.
Ardini membalas ringkas mesej dari Izhar
Dia cepat-cepat mengenakan pakaian. Dia memilih baju kurung berwarna
putih dengan bunga pink. Tudung pink dipadankan dengan bunga baju.
Langkah diatur laju meninggalkan bilik. Tidak mahu Izhar dan Datin Rohana
tertunggu-tunggu.
Sampai di bawah, mata Ardini meliar mencari kelibat Izhar. Namun dia
tidak pasti hendak cari di mana. Izhar pun tidak memaklumkan di mana tempat dia
menunggu. Ardini mengeluarkan telefon bimbitnya, nombor Izhar didail.
“Ermm…” Terdengar suara Izhar dihujung talian.
“Awak tunggu kat mana?” Soal Ardini termengah-mengah kerana berjalan
laju-laju.
“Bawah pokok, parking bus, Audi Q5
putih.” Jawab Izhar. Talian dimatikan.
Ardini mencebik, belum pun sempat dia membalas kata-kata Izhar, lelaki
itu telah meletakkan telefon. Ardini menjengahkan kepala memerhatikan tempat
meletak bas di bahagian kiri kolej. Dia ternampak kereta berwarna putih ada diparking di situ, namun jenis kereta itu,
Ardini tidak pasti. Dia pun bukan tahu dengan jenis-jenis kereta. Ardini
mengatur langkah laju, hanya itu kereta berwarna putih yang ada di situ, dia
pasti kereta tersebut milik Izhar.
Sampai di kereta, Ardini mengetuk cermin tingkap yang sedikit gelap.
Enjin kereta masih hidup. Dia ingin memastikan itu kereta Izhar. Sejurus cermin
tingkap diturunkan, Ardini melihat kelibat Izhar. Lelaki itu lansung tidak
berpaling ke arahnya, hanya memandang ke hadapan, walaupun dengan berkaca mata
hitam namun Ardini tahu reaksi wajah Izhar.
Ardini tidak ternampak susuk tubuh Datin Rohana, dia berasa pelik kerana
berdasarkan perbualannya dengan Datuk Hassan, lelaki itu ada memaklumkan
tentang kehadiran Datin Rohana bersama. Namun untuk bertanya Izhar, Ardini
berat mulut kerana reaksi wajah Izhar yang dingin. Pertanyaan hanya dipendam
sendiri.
Ardini terus bergerak ke pintu belakang, dia berasa segan untuk duduk
bersebelahan dengan Izhar. Lantas jemarinya membuka pintu, sejurus dia ingin
masuk ke dalam perut kereta, Izhar bersuara.
“Cik Peah, belum apa-apa lagi dah nak jadi mem ke?” Izhar menyoal sinis.
Ardini terasa hati dengan kata-kata Izhar, dia tidak jadi melabuhkan
punggung. Pintu kereta ditutup semula, dia bergerak ke pintu hadapan, membuka
pintu lalu melabuhkan punggung di tempat duduk penumpang bersebelahan dengan
Izhar. Dia terasa sedikit janggal duduk berduaan dengan Izhar di dalam kereta.
Suasana sunyi.
Izhar yang sedari tadi memandang hadapan terus menukar gear, pedal minyak ditekan, kereta
berlalu meninggalkan perkarangan kolej kediaman pertama dan meluncur laju
menuju ke Putrajaya.
Ardini berasa janggal dengan situasi itu, dia tak tahu bagaimana untuk
bereaksi semasa bersama Izhar. Jika Datin Rohana turut menemani tentu suasana
tidak sekekok itu. Ardini hanya memandang jalan dihadapan, kadang-kadang dia
menunduk memandang lutut. Tiada perbualan diantara mereka.
Dalam Ardini melayani perasaan sendiri, telefon bimbit dari beg
sandangnya berbunyi. Tergesa-gesa dia mencari telefon. Sebaik telefon bimbitnya
dicapai, butang hijau ditekan, tidak sempat melihat nombor pemanggil terlebih
dahulu.
“Hello, assalamualaikum.” Ardini menjawab panggilan.
“Waalaikumusalam Dini, ni auntie
Rohana, ada Izhar bagitahu apa-apa tak?” Soal Datin Rohana dari hujung talian.
“Bagitahu apa?, takde pulak.” Ardini menjawab soalan Datin Rohana,
matanya melirik ke arah Izhar. Namun Izhar hanya beriak biasa. Masih meneruskan
pemanduan seperti tiada apa-apa.
“Bertuah betul budak ni, auntie
suruh dia bagitahu Dini, auntie tak
dapat join. Tiba-tiba je kena pergi
melawat rumah ibu tunggal kat Pantai Dalam, maaf la Dini ye.” Terang Datin
Rohana.
“Oh macam tu, takpe la auntie,
Dini faham.” Jawab Ardini lembut.
“Auntie dan bagitahu Izhar
lokasi butik kat mana. Nanti Dini ikut Izhar je la ye. Lagipun auntie dah bagitahu kawan auntie yang Izhar akan datang bersama
Dini. Dia kata dia akan tunggu. Dini janganla risau, Kawan auntie janji akan uruskan semuanya.”Datin Rohana menerang panjang
lebar. Dia tidak mahu Dini janggal dengan ketiadaannya bersama.
“terima kasih auntie.”Sambung
Ardini.
“okeylah, auntie dah lewat ni,
nanti kita jumpa lagi.” Datin Rohana mematikan talian sejurus mengucapkan
salam.
Ardini menyimpan semula handphonenya
ke dalam beg sandang. Selepas bercakap dengan Datin Rohana dia hanya mendiamkan
diri. Izhar pun tidak mengeluarkan sepatah kata. Masing-masing diam, melayani
perasaan sendiri.
Izhar masih marah dengan mamanya, dia tidak dimaklumkan awal-awal bahawa
Datin Rohana tidak dapat turut serta, jika dia tahu lebih awal, tentu akan
ditunda rancangan pada hari tersebut. Dia tiada hati untuk keluar berdua
bersama Ardini. Apabila dimaklumkan mamanya tidak dapat turut serta, dia ingin
membatalkan sahaja rancangan itu tapi dibantah oleh papanya atas alasan
kesuntukan masa. Dia tiada pilihan lain melainkan menurut sahaja.
Izhar memusing stereng kereta membelok masuk ke stesyen minyak
berhampiran. Sebaik kereta diberhentikan di tepi pam minyak, Izhar membuka
cermin mata hitam jenis Ray Ban.
Cermin kereta di sebelah Ardini diturunkan. Sejurus memberitahu penjaga pam
tentang jumlah isian, Izhar mengusap-ngusap bahagian hadapan rambut.
Ardini yang pelik dengan tingkah laku Izhar memandang lama ke arah Izhar.
Buat seketika dia terleka melihat wajah Izhar. Kulit Izhar berwarna putih
langsat, dengan hidung mancung, keningnya terbentuk kemas, pipinya bersih
dengan kesan baru bercukur. Bibirnya merah. Wajahnya putih bersih, kacak, lebih
mirip kepada Datin Rohana berbanding Datuk Hassan yang berkulit gelap.
“Tau la I handsome, tak payahlah tengok sampai nak terkeluar biji mata.”Izhar
bersuara sinis dengan mata yang masih memandang ke hadapan. Perasan dengan
pandangan mata Ardini, kedua-dua tangannya dialih, memegang stereng kereta.
Ardini tersentak dari memandang Izhar, darah menyerbu naik ke muka,
wajahnya berona merah. Terasa malu apabila Izhar menyedari dia merenung wajah
lelaki itu. Pandangannya dialih semula ke hadapan. Izhar hanya beriak biasa.
Sejurus membayar jumlah isian minyak, Izhar menekan pedal, meninggalkan stesyen
minyak.
Kurang satu jam, mereka tiba di Alamanda, Putrajaya. Izhar terus keluar
dari kereta sejurus memarkir kereta di sudut paling hujung Alamanda. Ardini
lekas-lekas menyaingi langkah Izhar yang laju. Dia hanya membuntuti Izhar,
perasaan malu tentang peristiwa tadi masih menebal. Dia hanya mengikut langkah
Izhar dari belakang.
Izhar terus berjalan laju, tidak mengendahkan Ardini di belakang. Sejurus
menaiki tangga lif ke tingkat dua, langkahnya diatur laju menuju butik yang
disarankan oleh mamanya. Tiba dibutik, dilihatnya ada seorang wanita seusia
ibunya sedang sibuk membersihkan habuk-habuk pada plastik yang membaluti
koleksi-koleksi baju yang tersusun rapi. Izhar melangkah masuk ke dalam butik.
Ardini termengah menuruti langkah laju Izhar. Dia hanya mengikut langkah Izhar
tanpa mengeluarkan suara.
Demi melihat Izhar dan Ardini, pemilik butik tersebut menghampiri mereka
berdua.
“Boleh saya bantu?” Sapa pemilik butik dengan lembut.
“Boleh jumpa dengan Datin Mas Ayu.” Izhar menyoal kembali.
“Saya Datin Mas Ayu.” Sahut pemilik butik ringkas.
“Saya Izhar anak Datin Rohana, mama suruh datang sini jumpa dengan auntie.” Terang Izhar.
“Oh Encik Izhar rupanya, sila la duduk. Ini mesti Ardini kan .” Matanya dilirik
kepada Ardini sambil mempelawa kedua-duanya duduk di sofa.
Ardini hanya mengangguk, menghulurkan salam tanda perkenalan dengan Datin
Mas Ayu.
“Auntie ada banyak koleksi yang
cantik, tengok-tengokla yang mana berkenan.” Terang Datin Mas Ayu kepada Izhar
dan Ardini.
Ardini mengukir senyum manis, senang dengan kemesraan yang dipamerkan
oleh teman Datin Rohana itu. Izhar tidak beriak, Sebagai lelaki dia memang
tidak pandai bab-bab memilih pakaian.
“apa kata auntie bagi saranan?”
Ardini bersuara setelah dilihatnya Izhar hanya mendiamkan diri.
“kalau macam tu, mari ikut auntie,
kat belakang ada koleksi-koleksi lain, design
terbaru.” Terang Datin Mas Ayu. Langkahnya di atur ke bahagian belakang
butik. Ardini dan Izhar hanya menurut. Izhar tidak berhajat untuk lama-lama
disitu, selesai memilih pakaian dia akan terus keluar. Dia pun tidak berapa
kisah tentang pakaian untuk majlis itu nanti, cuma Datin Rohana yang beria-ia
meminta dia datang ke situ.
“Camane dengan yang ni.” Datin Mas Ayu menunjukkan sepasang persalinan
berwarna krim dari jenis kain satin buatan Itali.
“Erm…cantik.” Ardini bersuara ringkas. Dia memang suka dengan warna krim
lembut. Tambahan pula baju tersebut dihiaskan dengan manik jahitan tangan yang
mempunyai corak awan larik pada bahagian badan baju.
Datin Mas Ayu pantas menurunkan persalinan tersebut. Plastik balutan
dibuka dan baju tersebut diserahkan kepada Ardini. Ardini menyambut dan
meneliti baju ditangan, dia memang berkenan dengan pilihan Datin Mas Ayu, namun
begitu dia juga perlu bertanyakan pendapat Izhar sebelum membuat pemilihan.
“tengokla dulu, kalau berkenan boleh terus fitting baju, auntie nak
ke tandas sekejap.” Sambung Datin Mas Ayu.
Selepas Datin Mas Ayu berlalu ke bilik air, Ardini menghampiri Izhar.
Niatnya hendak bertanyakan pendapat Izhar.
“apa pendapat awak dengan baju ni.” Ardini menayangkan persalinan
ditangannya. Walaupun malu dan takut-takut, Ardini memberanikan diri bertanya
Izhar.
“apa-apa je la, ambik je yang mana U
suka, I banyak kerja lain lagi.”Izhar
menjawab acuh tak acuh, tidak
memalingkan wajah, pandangannya masih dilempar ke luar butik.
Mendengarkan jawapan Izhar, Ardini menarik kembali tangannya yang
tersangkut sepasang baju melayu. Sungguh Ardini terasa hati dengan kata-kata
Izhar. Kalau Izhar tidak suka kepadanya kenapa mesti menerima perkahwinan itu.
Sebagai anak kepada Datuk Hassan, Izhar berhak membantah.
Dia tidak faham dengan Izhar. Untuk menarik diri di saat akhir, Ardini
sudah tidak berdaya. Tidak sampai hati menghampakan harapan Datuk Hassan dan
Datin Rohana yang bersungguh-sungguh. Ardini sudah terlajak kata menyetujui
permintaan Datuk Hassan, kini dia terpaksa menelan pahit keputusan yang telah
diambil. Ardini berdoa dalam hati, semoga Izhar akan dapat menerimanya.
Persalinan ditangan terus dibawa kepada Datin Mas Ayu sejurus ternampak
wanita itu menghampiri.
“Camane, berkenan dengan yang itu?” Soal Datin Mas Ayu, matanya menyoroti
persalinan yang masih ditangan Ardini.
“Cantik, Dini berkenan.” Ardini mengangguk, memberikan jawapan ringkas.
“Yang ini design auntie sendiri.”
Datin Mas Ayu menerang dalam senyum lebar. Tangannya segera menyambut
persalinan dari tangan Ardini.
“Tak sangka auntie berbakat
dalam bidang fesyen.”Ardini memuji, kagum dengan kebolehan Datin Mas Ayu
menghasilkan rekaan yang cantik di matanya.
“Memang dah tersenarai sebagai salah satu hobi auntie.” Datin Mas Ayu meleret senyum, masih merendah diri walaupun
hatinya berbunga apabila dipuji.
“Kalau dah berkenan, boleh la terus fitting
baju. Bila majlis kahwin?, senang auntie
nak prepare.” Datin Mas Ayu
menyoal sejurus memberikan saranan.
“Majlis belum tahu tarikhnya, semua Datuk Hassan yang uruskan, mungkin
dalam masa terdekat datuk akan bagitahu.” Ardini menjawab persoalan Datin Mas
Ayu.
“Ermm, orang macam Datuk Hassan, buat keputusan last minute pun takde masalah, nak apa petik jari je, semua siap.”
Terang Datin Mas Ayu, dia sudah faham dengan keluarga Datuk Hassan, kenalan
Datuk Hassan memang ramai. Sebab itu segala urusan Datuk Hassan sentiasa mudah.
Ardini hanya tersenyum mendengarkan kata-kata Datin Mas Ayu.
“Ah.. panggil lah Izhar, boleh terus fitting
baju, ambik ukuran awal-awal, boleh auntie
prepare dulu, takut tiba-tiba pulak datuk nak buat majlis, susah pula auntie nanti.” Luah Datin Mas Ayu.
Bimbang Datuk Hassan membuat keputusan yang tidak dijangka.
“Baiklah.” Ardini menjawab ringkas, langkah diatur ke tempat Izhar
berdiri, namun dilihatnya bayangan Izhar tidak kelihatan. Matanya liar meneliti
ke segenap penjuru. Matanya tertancap pada batang tubuh Izhar sedang leka
meneliti majalah Motor trader di
kedai majalah bersebelahan butik. Ardini mempercepatkan langkah menghampiri
Izhar. Terasa berat mulut ingin berkomunikasi dengan Izhar namun digagahkan
juga.
“Datin minta terus fitting baju.”
Ardini bersuara senada. Wajahnya menunduk, tidak berani menatap mata Izhar
sejak kejadian dalam kereta.
Izhar tidak beriak, hanya mendiamkan diri, fokus masih kepada majalah
ditangan. Ardini hanya berdiri dibelakang Izhar. Menyedari Ardini masih tidak
berganjak, Izhar terus ke kaunter, membuat bayaran dan jalan melewati Ardini ke
dalam butik Datin Mas Ayu. Wajahnya yang
serius tidak berpaling ke arah Ardini.
Ardini lekas-lekas menyaingi langkah Izhar. Sejurus melangkah masuk ke butik dilihatnya
Izhar telahpun berlalu dengan baju melayu ditangan, melangkah masuk ke fitting room.
Ardini mengikut jejak langkah Izhar, persalinan kurung moden di tangan
Datin Mas Ayu diambil. Datin Mas Ayu melemparkan senyum. Ardini terus menuju ke
fitting room, selang dua dari fitting room Izhar.
Kurung moden diacu di badan,
kemudian dicuba. Ardini memusing-musing tubuh persis model menggayakan baju.
Sempurna, desisnya dalam hati. Baju rekaan Datin Mas Ayu nampak cantik
ditubuhnya. Buat seketika Ardini
termenung, terasa bersalah kepada Izhar. Ardini dapat merasakan Izhar tidak
merelakan perkahwinan diantara mereka. Dia kesal kerana terpaksa menerima
permintaan Datuk Hassan, sedar dirinya tidak layak untuk Izhar. Keluhan berat
dilepaskan, kalau lah ada jalan keluar yang lain, pasti dia tidak akan memilih
jalan itu.
Hati Ardini serba salah, perahu yang terlajak tidak mungkin berundur
kembali. Dia hanya boleh berdoa semoga Izhar dapat menerima dirinya seadanya.
Usai fitting baju, Ardini
melangkah keluar dari fitting room.
Dilihatnya Izhar telahpun duduk menunggu di sofa bahagian depan butik. Ardini
cepat-cepat menghampiri Datin Mas Ayu.
“Auntie, saiz ni dah sesuai
untuk Dini.” Ucap Ardini.
“baguslah, auntie ikut ukuran
yang ini aje, macam berjanji pulak dengan Izhar, saiz dia pun sesuai jugak.”
Sambung Datin Mas Ayu, tersenyum mempamirkan barisan gigi yang tersusun rata.
“Not to big, not to small,
justtttt….. right.” Sambut seorang pekerja Datin Mas Ayu yang baru sampai.
Sengaja dipanjangkan perkataan just, senyumannya
dileret, matanya dikenyit kepada Ardini.
Ardini menghulur tangan, menyalami gadis itu sebagai tanda perkenalan.
Memang Ardini terdidik dengan cara itu. Gadis tadi berlalu ke bahagian belakang
butik. Sebagai pekerja disitu, dia memang ramah dengan semua pelanggan. Pesan
Datin Mas Ayu, kalau nak pikat pelanggan mestilah pandai melayan.
Ardini mengerling Izhar, mata Izhar mencerlung memandang ke arahnya, satu
signal supaya Ardini bersegera
menyelesaikan urusan. Ardini yang faham dengan pandangan mata Izhar,
cepat-cepat meminta izin dari Datin Mas Ayu.
Dia menyalami Datin Mas Ayu lalu
beredar ke arah Izhar.
“dah siap auntie bagitahu Datin
Rohana.” Suara Datin Mas Ayu separuh melaung.
Sejurus melihat Ardini menghampiri, Izhar terus bangun, langkah diatur
menuju tingkat bawah. Tiada komunikasi antara mereka. Masing-masing hanya
mendiamkan diri. Ardini hanya membuntuti Izhar, melihatkan Izhar yang dingin
padanya, mulut Ardini terkunci untuk mengeluarkan bicara. Dia terasa janggal
berkeadaan begitu.
Tiba dihadapan MPH Bookstore Izhar berhenti. Tubuhnya dipusing ke
belakang, hampir-hampir Ardini terlanggar tubuhnya kerana tindakan Izhar
berhenti secara tiba-tiba. Ardini kini
berdiri betul-betul dihadapan Izhar, dia hanya menunduk apabila menyedari Izhar
merenung ke arahnya.
“I nak masuk dalam jap, tunggu
sini.” Izhar memberi arahan ringkas namun cukup difahami oleh Ardini. Ardini
hanya melihat Izhar melangkah masuk ke kedai buku itu dengan ekor mata. Sejurus
kelibat Izhar menghilang, dia meninjau ruang kosong pada barisan bangku yang
disediakan di hadapan kedai buku tersebut. Apabila terlihat olehnya satu ruang
yang tidak berpenghuni, Ardini menghampiri dan melabuhkan punggungnya.
Ardini hanya memerhatikan orang yang lalu lalang. Dilihatnya terdapat
ramai jenis orang. Ada
juga warganegara asing yang datang membeli belah di situ. Ardini terasa amat
kerdil dalam himpunan manusia-manusia yang rata-ratanya merupakan golongan
kaya. Ada juga
mata yang mengerling ke arahnya. Dia perasan sejak mula melangkah masuk ke mall itu tadi, mungkin kerana pakaian
yang dikenakan agak berbeza dengan kebanyakan pengunjung di situ. Dia terasa
malu sendiri. Mungkin juga Izhar malu berjalan beriringan dengannya tadi.
Ardini menunduk, terasa rendah diri dengan kekurangan yang dia miliki, Ardini
menarik nafasnya dalam-dalam, membiarkan segala rasa itu pergi.
Penat menunggu, Ardini mengeluarkan telefon bimbitnya dari beg sandang
tepi. Dilihat jam diskrin telefon, telah sejam lebih Izhar berada di dalam
kedai buku, dia sudah jenuh menunggu di luar. Posisi kakinya telah ditukar
banyak kali untuk mencari keselesaan. Penat menunggu Ardini bangun, kemudian
duduk semula. Untuk meninjau-ninjau barang di kedai dia malu. Bimbang melakukan
perkara bodoh kerana baru pertama kali di ke situ.
Dalam leka Ardini melayan perasaan, dia terlihat kelibat Izhar keluar
dari perkarangan kedai buku. Ardini bingkas bangun, memusing badan mengarah ke
Izhar namun Izhar terus berjalan laju melewati Ardini. Izhar mengatur langkah
laju menuju ke kereta. Ardini cepat-cepat menyaingi langkah Izhar. Dia berasa
sebal dengan tindakan Izhar yang membiarkan dia menunggu lama. Apabila keluar,
Izhar pula tidak mengeluarkan sepatah kata, meminta maaf kepada dirinya kerana
menunggu lama pun tidak, seolah-olah dia tidak wujud di situ.
Sampai di kereta Izhar terus membuka kunci. Izhar masuk ke dalam perut
kereta lantas enjin dihidupkan. Ardini yang bimbang ditinggalkan Izhar
cepat-cepat menaiki kereta. Melihatkan tingkah laku Izhar tadi membuatkan dia
terfikir tidak mustahil sekiranya Izhar akan memecut kereta dan meninggalkannya
terkulat-kulat disitu. Ardini terasa dirinya dipermain-mainkan Izhar kala itu.
Dalam kereta masing-masing mendiamkan diri. Ardini melayani perasaannya
sendiri manakala Izhar lebih banyak menumpukan perhatian pada pemanduan. Kaki
Ardini terasa lenguh kerana lama duduk menunggu Izhar. Dalam dia melayani
perasaan sendiri, dia terlelap. Entah berapa lama dia sendiri tidak pasti. Yang
pasti suara kasar Izhar telah mengejutkannya dari lena.
“Cik Peah, dah sampai, kalau nak tidur pergi naik atas.” Izhar bersuara
sinis, matanya tidak dialihkan, masih memandang ke hadapan dengan kaca mata
hitam, kedua-dua tangan melekap distereng kereta.
Ardini membuka mata, posisi badan yang menyendeng di tepi Izhar
cepat-cepat dialihkan. Seat belt dibuka,
pintu kereta ditolak dari dalam dan dia cepat-cepat turun. Sejurus dia
melangkah kaki meninggalkan kereta Izhar, kereta itu dipecut laju meninggalkan
perkarangan kolej.
Izhar memecut laju keretanya menuju ke
banglonya. Sejurus tiba, keretanya diparkir di ruang meletak kereta. Keluar
sahaja dari kereta, langkahnya diatur laju menuju ke dalam rumah. Kunci kereta
ditangan dilempar ke atas meja kaca di tengah-tengah barisan sofa, berdenting
bunyi apabila kunci jatuh di atas meja dan berlaga dengan permukaan meja. Masih
terngiang-ngiang perbualan dengan papanya sewaktu balik dari menghantar Ardini
tadi.
“ Papa dah tetapkan tarikh majlis kahwin. Tiga minggu dari sekarang.”
Terang Datuk Hassan ringkas.
“Cepatnya pa, tak boleh tangguh lewat sikit ke.” Izhar bersuara sedikit
tinggi, terperanjat dengan keputusan tergesa-gesa Datuk Hassan.
“Tiga minggu dah cukup untuk buat semua persiapan.” Datuk Hassan bersuara
tegas. Tidak mahu Izhar membantah keputusannya.
Izhar mengeluh berat. Datuk Hassan lansung tidak memberinya peluang untuk
memberikan pendapat. Dia cuma berharap majlis itu dilewatkan sedikit supaya
memberinya peluang untuk berterus terang kepada Delia tentang rancangan
papanya.
Izhar masih ingat kali pertama dia terserempak dengan papanya di pusat
membeli belah Sogo, saat itu dia berjalan beriringan dengan Delia dengan
jari-jemari mereka yang bertaut antara satu sama lain. Papanya hanya memberikan
jelingan tidak puas hati, namun dia
bersyukur papanya tidak bertindak diluar kawalan saat itu. Namun apabila tiba
di rumah papanya telah lama menunggunya di sofa. Dia pelik kerana papanya
sanggup ke rumahnya hanya untuk meminta dia memutuskan hubungan dengan Delia.
Memang sedari awal lagi papanya tidak pernah merestui perhubungan mereka
berdua. Namun Izhar yakin dia dapat memujuk mamanya menerima Delia. Sebab
itulah dia memujuk Delia untuk mengikat tali pertunangan terlebih dahulu. Namun
begitu Izhar kecewa kerana Delia tidak pernah melihat hubungan mereka sebagai
serius.
Izhar terduduk di sofa, lamunannya terhenti, dia memikirkan perancangan
papanya. Rambutnya dilurut-lurut ke balakang, terasa kepalanya sesak memikirkan
majlis perkahwinan yang dia sendiri tidak restui. Yang pastinya dia memarahi
Ardini kerana menerima perancangan papanya. Dia berasa puas hati kerana melayan
Ardini acuh tak acuh tadi. Hatinya puas dapat mempermainkan gadis itu. Entah
kenapa dia marah tatkala melihat wajah Ardini. Terasa Ardini berkomplot dengan
Datuk Hassan untuk mengenakan dirinya.
Puas memikirkan masalahnya, Izhar bingkas bangun, langkah di atur menuju
ke biliknya ditingkat atas. Dia mengambil tuala untuk mandi. Memang sudah
menjadi kebiasaannya, setiap kali dilanda masalah, dia akan mandi. Baginya
mandi itu satu terapi yang menghilangkan sekejap rasa gundahnya. Sejurus masuk
ke bilik mandi, Izhar membuka pili shower,
air mencurah-curah jatuh menyimbah tubuhnya. Saat itu dia rasa sedikit lega.
Hilang sebentar masalah yang membelenggu hatinya tadi. Namun begitu, Izhar tahu
masalahnya kali ini tidak mungkin ada jalan penyelesaian lagi. Dia tiada
pilihan lain melainkan menurut sahaja kata-kata Datuk Hassan.
izhar2..kalau orang tak nak buat apa nk serius ngan Delia kan..
ReplyDeleteApa la jadi at Dini t..
it seem that u r the only person interested in my karya.thanks for your support.i really appreciated it.i'll post next chapter soon..kalau dah kahwin mesti lagi best kan,hehe....
ReplyDeleteawak, kita pun suka jugak..baru nk layan..hehehe..geram betul kat mamat nih..haihhh, rs nk sekeh je pale dia!
ReplyDeletesombongnya izhar..kesian dekat dini
ReplyDelete