AKU UNTUKMU BAB
14-PART 2
Datin Rohana menyambut kedatangan Izhar dan Ardini dengan senyuman,
terasa rindu untuk bertemu dengan anak menantunya. Datin Rohana berasa bahagia
semenjak Izhar mendirikan rumah tangga. Kalau dulu, dia selalu bimbang dengan
jodoh anak tunggalnya itu. Bukan risau akan ketiadaan calon tapi lebih kepada
risau akan calon yang diperkenalkan Izhar. Izhar dulu merupakan anak muda yang
lepas laku. Walaupun tinggal berasingan, sebagai seorang ibu Datin Rohana lebih
memahami anak terunanya.
Disebabkan itu juga semasa Datuk Hassan mencadangkan Ardini sebagai
menantu dia tidak pernah membantah. Malah dia bersetuju dengan apa sahaja
cadangan Datuk Hassan kerana dia tahu Datuk Hassan mahukan yang terbaik untuk
Izhar. Setelah mengenali Ardini, Datin Rohana semakin pasti suaminya membuat
keputusan yang betul. Walaupun baru beberapa kali dia berpeluang bermesra dengan Ardini, dia
tahu Ardini seorang gadis yang baik, yang boleh membentuk Izhar ke arah jalan yang
betul.
“Kenapa lambat sangat sampai?” Datin Rohana menegur selepas menyambut
salam dari Ardini.
“Tadi Har basuh kereta dulu.” Izhar menjawab.
“Nak tidur sini ke?” Datin Rohana menegur pelik setelah melihat Ardini
membimbit sebiji beg masuk ke dalam rumah.
“Dini je, Har balik sekejap lagi.” Izhar menjawab ringkas. Matanya
dikerling ke arah Datuk Hassan yang sedang membaca akhbar di ruang tamu.
“tak tunggu makan malam ke?” Soal Datin Rohana lagi.
“Banyak kerja la ma.” Izhar menjawab ringkas.
“Kalau macam tu, Har datang ambik Dini lusa, bolehlah bawak Dini cari
barang-barang nak bawak rumah Makcik Zizah.” Datin Rohana mengemukakan
cadangan, dia faham benar dengan sikap Izhar.
“Dini duduk sini sampai hari kenduri.” Izhar menjawab bagi pihak Ardini.
Ardini hanya mendiamkan diri. Selepas bersalaman dengan Datuk Hassan dan
Mak Tom, dia menyerahkan beg pakaian kepada Mak Tom lalu duduk bertentangan
dengan Datuk Hassan. Datin Rohana turut mengambil tempat disisi suaminya
manakala Izhar duduk disudut kiri sofa.
Mendengarkan jawapan Izhar yang sedikit pelik dan melihatkan kelainan
riak wajah anak dan menantunya itu, Datin Rohana dapat menelah sesuatu telah
berlaku antara kedua-duanya.
“Korang ni mama tengok lain macam je, bergaduh ke?’ Datin Rohana mula
menyiasat.
‘takdelah ma, mungkin Har penat, Dini pun bosan duduk terperuk je kat
rumah.” Izhar cepat-cepat menjawab, cuba berdalih.
“Kalau ada masalah duduk berbincang sama-sama, jangan masing-masing buat
hal masing-masing, masalah tak kan
selesai.” Datuk Hassan menyampuk. Dia turut mengesan perubahan pada anak dan
menantunya itu.
“Mama dengan papa dulu pun macam korang jugak, kalau nak kata takde
masalah dalam rumahtangga tu, bohonglah, hidup berumah tangga ni banyak
cabaran, kena banyak tolak ansur, faham-memahami, kalau ada masalah kena
luahkan, jangan pendam sendiri baru menjamin kerukunan rumahtangga.” Sambung
Datin Rohana. Pengalamannya sudah lama, dia lebih arif dengan pasang surut
hubungan suami isteri kerana dia sendiri pernah mengalaminya.
Izhar dan Ardini hanya mendiamkan diri. Ardini turut kehilangan
kata-kata. Memang betul telahan Datin Rohana tentang kedinginan hubungan antara
dirinya dan Izhar sejak kebelakangan ini, namun apa yang Datin Rohana dan Datuk
Hassan tidak tahu adalah mereka hanya suami isteri di atas kertas semata-mata.
Antara mereka memang tidak pernah ada hubungan suami isteri dalam erti kata
yang sebenar. Kedinginan yang wujud bukanlah seminggu dua kebelakangan ini
sahaja malah telah wujud sejak awal perkahwinan mereka lagi.
Apa yang berbeza ialah semasa awal perkahwinan, Ardini bijak menyimpan
rahsia kekeruhan hubungan mereka. Cuma sejak akhir-akhir ini dia terbawa-bawa
dengan emosi, gagal mengawal riak wajahnya seperti awal dahulu. Semakin hari
dia merasakan semakin lemah dengan dugaan yang mendatang. Ketabahan dan
kesabarannya semakin terhakis hari demi hari. Dia sendiri tidak pasti sampai
bila dia mampu bertahan berkeadaan begitu.
Izhar bangun, langkahnya diatur menuju ke bangku kayu bersebelahan kolam
ikan di halaman banglo Datuk Hassan. Dia tidak menafikan kata-kata Datin Rohana,
malah mengiakan kata-kata itu pun tidak. Hakikat sebenarnya lebih rumit dari
telahan Datin Rohana dan Datuk Hassan. Apa yang ternampak oleh mata kasar papa
dan mamanya hanyalah sebahagian daripada kisah mereka. Banyak lagi yang
terlindung disebalik hijab yang Datuk Hassan dan Datin Rohana sendiri tidak
tahu.
Izhar melabuhkan punggung di salah satu bangku kayu. Kata-kata Datin
Rohana dan Datuk Hassan memang benar, sebuah perkahwinan memerlukan pengorbanan
sekiranya ingin bahagia. Kalau dulu, dia pasti dengan apa yang dia inginkan
dari perkahwinannya bersama Ardini, dia hanya mahu mengakhiri semuanya bila
tiba masa yang sesuai antara mereka namun kini dia semakin keliru dengan rasa
hatinya. Apa sebenarnya yang dia inginkan menjadi semakin kabur. Dia sendiri
tidak dapat membuat keputusan dengan perasaan yang semakin berbaur.
“Har layan Dini dengan baik tak?” Datin Rohana bertanya apabila Datuk
Hassan menghilang ke tingkat atas. Naluri ibunya kuat mengatakan ada sesuatu
telah berlaku dengan hubungan Izhar dengan Ardini.
“Baik Ma.”Ardini menjawab ringkas. Dia memaniskan wajah, cuba
membuang risau di hati Datin Rohana.
“Kalau Har layan Dini buruk, bagitahu mama, jangan malu-malu.” Datin
Rohana bersuara mengendur. Dia berharap hubungan anak menantunya pulih seperti
biasa.
Izhar yang baru melangkah untuk masuk dapat mendengar jelas pertanyaan
ibunya. Dia membatukan diri, memicing anak telinga ke arah perbualan antara
Datin Rohana dan Ardini.
“Abang Har baik dengan Dini, selalu ambil berat hal Dini, tak pernah abaikan
kebajikan Dini.” Ardini bersuara senada, dia sengaja menggunakan perkataan
‘abang’ bagi menghilangkan curiga Datin Rohana. Wajahnya dimaniskan seboleh
mungkin. Memang benar Izhar tidak pernah mengabaikan kebajikannya cuma kejadian
beberapa minggu lalu mencetuskan rasa kurang senangnya terhadap lelaki itu.
Rentetan peristiwa itu juga yang membawa kepada ‘kedinginan’ hubungan mereka
seperti yang dimaksudkan oleh Datin Rohana.
Izhar mendengar setiap bait ayat yang dituturkan Ardini. Dia baru
tersedar akan sikap Ardini yang satu itu, Ardini sering mengalah dalam banyak
hal. Jarang-jarang sekali Ardini membela diri. Selama ini dia tidak nampak akan
semua itu. Izhar menghela nafas berat. Dia masih buntu untuk mencari jalan
keluar kepada permasalahan mereka.
“baguslah macam tu, mama cuma nak kan yang terbaik untuk korang berdua,
kalau ada masalah boleh luahkan pada mama, kalau Izhar tak layan Dini dengan
baik, bagitahu mama, tahulah mama ajar dia.” Seloroh Datin Rohana. Dia
tersenyum sebaris.
Ardini tertawa kecil mendengar kata-kata Datin Rohana, sudah lama dia
mengimpikan untuk berbual mesra dengan seorang ibu. Sejak ibunya meninggal
dunia, dia telah kehilangan kasih seorang ibu. Makcik Nora tidak pernah
memberikan kasih sayang seorang ibu kepadanya malah dia dilayan dengan buruk.
Apabila bersama Datin Rohana, kasihnya tertumpah pada wanita itu. Datin
Rohana melayannya dengan penuh mesra. Walaupun usia perkenalan mereka masih
baru, Datin Rohana melayani Ardini seperti mereka telah lama menjalin ikatan
saudara. Dia terharu dengan kasih sayang yang dicurahkan oleh wanita itu. Dan
dia cuma berharap kasih sayang itu berkekalan sampai bila-bila. Kerana itu juga
dia tidak tegar melukakan hati ibu Datin Rohana.
“Kalau Abang Har layan Dini dengan buruk, Dini backhand je.” Ardini turut berseloroh, pecah ketawa mereka, terasa
hilang resah dihati Ardini apabila berbual dengan Datin Rohana. Dia cuba
menghilangkan resah dihati Datin Rohana walhal hakikatnya dia sendiri masih
kabur dengan hala tuju hubungannya dengan Izhar.
Izhar tersenyum sendiri mendengar tawa kecil Ardini, segala masalah yang
menyerabuti kepalanya terasa berterbangan pergi tatkala mendengar Ardini
ketawa. Izhar melangkah masuk dengan senyum yang masih bersisa.
“Apa yang seronok sangat sampai tergelak kuat ni?” Izhar menghampiri
Datin Rohana dan Ardini. Dia memaniskan wajah. Matanya dikerling ke arah
Ardini. Ardini hanya beriak biasa, sama-sama menyambung lakonan Izhar walhal
hati wanitanya bergetar melihat senyum Izhar. Apabila mata mereka bertaut
Ardini cepat melarikan wajah.
“Rupanya Dini ni kelakar jugak.” Sahut Datin Rohana, tawanya masih
bersisa.
“Mama baru tahu ke?, bukan setakat kelakar je, clumsy pun ye jugak.” Sambung Izhar. Dia mengerling Ardini.
Kesempatan itu digunakan untuk merenung wajah yang mula bertakhta dicelah sudut
hatinya.
Ardini hanya menundukkan wajah, tidak mahu menyahut. Baru tadi dirasakan
seluruh rumah sedang berbicara tentang kedinginan hubungannya dengan Izhar,
kini lelaki itu menunjukkan riak gembira. Ardini benar-benar keliru dengan
tingkah laku Izhar namun untuk menzahirkan kekeliruannya dihadapan Datin Rohana
dia tidak sanggup. Bimbang wanita itu kembali gundah memikirkan masalah mereka.
Izhar mengatur langkah untuk berlalu meninggalkan banglo Datuk Hassan,
bukan dia tidak mahu berlama-lama di rumah mama dan papanya, cuma dia mahu
memberi ruang kepada Ardini untuk bersendiri.
“jangan lupa ambik Dini pagi Ahad ni, barang-barang nak beli tu, nanti
mama bagitahu Dini je.” Datin Rohana bersuara apabila Izhar mula mengatur
langkah.
Izhar hanya mengangguk, langkahnya diatur laju menuju ke kereta. Sejurus
masuk ke kereta dia menghidupkan enjin lalu meninggalkan banglo Datuk Hassan.
Izhar mundar mandir di satu
sudut di ruang tamu, segala yang dilakukan terasa tidak kena. Terasa hidupnya
tiba-tiba kosong dengan ketiadaan Ardini walhal sebelum berkahwin dia sudah
biasa tinggal bersendirian. Izhar pelik dengan peru bahan dirinya. Sepanjang Ardini
berada di rumahnya, dia tidak pernah menghargai kehadiran gadis itu, bila
Ardini menghilang segala yang dilakukan terasa salah. Malah dia terasa sunyi
bersendirian.
Izhar bangun, langkahnya diatur ke arah kerusi kayu di halaman rumah. Di
situ dia membuang pandang ke arah susunan pasu disekeliling halaman dalam
samar-samar malam, memori Ardini jatuh pitam terlayar di mindanya. Izhar
tersenyum sendiri. Selama Ardini berada di rumahnya, jarang ada komunikasi
diantara mereka, namun begitu dia terasa hidupnya terisi dengan kehadiran
Ardini. Aktiviti luarnya juga sudah ditinggalkan. Dia sendiri tidak pasti
kenapa dia lebih suka menghabiskan masanya di rumah, yang pasti dia suka
melihat Ardini yang kadangkala kelam kabut dan kadang kala gelabah apabila
menerima arahan darinya. Semakin hari dia semakin seronok dengan perkara itu.
Walaupun Ardini selalu memerapkan diri dalam bilik, Izhar tahu Ardini
masih ada bersama dengannya.
Tapi waktu itu, Izhar merasakan dirinya sunyi, seolah-olah ditinggalkan
lama bagi menjalani kehidupannya sendirian. Saat itu dia merasakan dia tidak
boleh kehilangan Ardini. Dia lupa sebentar hakikat sebenar Ardini yang pernah
dibenci waktu awal perkahwinannya.
Sedang leka Izhar mengelamun, telefon bimbitnya yang diletakkan di atas
meja kaca di ruang tamu berdering. Izhar bergegas mendapatkan handphonenya. Tiada nama pemanggil yang
tertera, hanya nombor yang terpapar di skrin. Izhar membawa handphone ke telinga.
“Hello.” Izhar menyambut panggilan.
“Hai, ingat I lagi
tak?”Terdengar suara gadis manja di hujung talian.
“Sape ye?” Izhar bertanya, dia tidak dapat mengagak identiti pemanggil.
“Ala U
ni, tak kan
tak kenal suara I dalam phone?” Gadis tadi masih berteka teki.
“Sorryla, I betul-betul tak cam la.” Izhar bersuara senada, berharap
pemanggil memperkenalkan diri.
“Kita junpa masa kat Econsave hari
tu, U ada bagi business card, ingat tak?”Gadis itu meminta Izhar meneka sendiri
identiti dirinya.
“Ohh…Maya, sekarang baru I cam
suara U, ada apa hal call I?” Izhar mengimbas kembali saat
pertemuan dia dengan Maya.
“Ala tak kan nak call
U pun kena ada sebab, I saje je
nak tanya khabar.” Maya jawab meleret. Sengaja memancing perhatian Izhar.
“I sihat-sihat je, U pulak camane?”Izhar menjawab senada.
Panggilan Maya sedikit sebanyak mengalih perhatian dia terhadap Ardini.
“I ni tak sihat, sebab tu call U. ” Maya
bersuara manja.
“U sakit apa?, kena cepat-cepat
jumpa doktor nanti melarat pulak.” Izhar bertanya serius.
“ Sakit I ni doktor pun tak boleh ubat.”Maya
meleret-leretkan suaranya.
“serius ke sakit U tu, sakit
apa?” Izhar bertanya lagi, kali ini nadanya lebih serius.
“I sakit rindu, cuma U je boleh ubat.” Maya tidak malu
berterus terang akan perasaannya kepada Izhar.
“U ni ada-ada je la, I ingatkan sakit apalah yang serius
sangat.” Izhar bersuara mengendur, menganggap kata-kata Maya sekadar gurauan.
“I nak ajak U keluar weekend ni.”Maya menyatakan tujuan panggilannya.
“Actually, weekend ni I dah ada plan.”Izhar berterus terang. Teringat pesanan Datin Rohana supaya
dia keluar membeli barang bersama Ardini.
“Oh ye ke…”Maya bernada kecewa.
“maybe next time.”Izhar cuba
meredakan kekecewaan Maya.
“Okey, U yang janji, jangan
janji tinggal janji sudah la.” Maya cuba mengikat Izhar dengan janji.
“Okey, I have to go now, till next
time.” Izhar memberi isyarat untuk menghentikan perbualan.
“Okey, jangan lupa janji U, bye...”
Maya mengingatkan Izhar tentang janji yang telah diikat.
“I won’t, bye.”Izhar mematikan
talian.
Maya memandang lama skrin telefon
bimbitnya, dia tersenyum sendiri. Sejak pertemuan semula dengan Izhar hampir
sebulan yang lalu membuatkan dia gila bayang. Memang Izhar merupakan lelaki idamannya
sejak dibangku sekolah lagi. Dulu semasa sama-sama bersekolah, dia seringkali
mencari peluang untuk memikat Izhar namun Izhar hanya melayaninya seperti rakan
biasa. Peminat Izhar memang ramai tapi dia sanggup bersaing. Mungkin disebabkan
ramai dikalangan teman Izhar merupakan gadis-gadis cantik maka lelaki itu hanya
menanggap mereka seperti teman biasa termasuk dirinya.
Maya merebahkan tubuhnya ke katil. Perbualan antara Izhar dan dirinya
bermain-main di kepala. Kali ini dia tidak akan melepaskan peluang untuk
memikat Izhar. Kalau dulu, dia terlepas peluang kali pertama untuk maraih cinta
Izhar. Peluang kali kedua ini tidak akan dilepaskan begitu sahaja. Janji yang
di ikat bersama Izhar tadi akan dituntut. Maya melebarkan senyum. Memang sudah
lama dia mendambakan cinta Izhar, apatah lagi kini Izhar bakal mewarisi legasi
perniagaan keluarganya. Izhar juga memiliki pakej lengkap lelaki idaman
hatinya. Izhar kacak, bertubuh sasa dan yang paling disukai, Izhar memiliki
kekayaan yang boleh menjamin masa hadapannya.
Melalui perbualan dia bersama Izhar semasa bertemu di Econsave dulu, dia tahu lelaki itu telah
mendirikan rumahtangga tapi dia tidak kisah. Lelaki boleh berkahwin lebih dari
seorang isteri dan dia tidak kisah sekiranya dia perlu menjadi isteri kedua.
Yang penting Izhar menjadi miliknya. Maya akan menuntut janji Izhar, dari situ
dia akan memulakan perancangannya memikat Izhar. Maya tersenyum lagi,
membayangkan kehidupan indahnya bersama Izhar.
Suasana dalam kereta sunyi.
Izhar hanya menfokuskan mata dengan pemanduan sejak keretanya dipandu
meninggalkan perkarangan banglo Datuk Hassan sementara Ardini lebih suka
membuang pandang ke luar tingkap. Menyaksikan kesibukan warga kota menjalani kehidupan masing-masing.
Antara dirinya dan Izhar lansung tiada komunikasi sejak pertemuan semula itu.
Ardini sendiri tidak tahu harus bereaksi
bagaimana apabila bersama Izhar. Jurang kejanggalan antara mereka terasa
semakin menebal sejak rentetan peristiwa Izhar mengasarinya beberapa minggu
lalu. Mulutnya terkunci untuk memulakan bicara bersama Izhar.
Izhar melayani perasaannya sendiri sedari tadi. Fokusnya pada jalanraya
tidak terganggu walaupun kepalanya berselirat dengan pelbagai persoalan yang
muncul dalam dirinya. Sejak kebelakangan ini, ada satu perasaan yang menyelinap
ke segenap pembuluh darahnya. Perasaan indah yang masih berbaur dengan pelbagai
perasaan lain. Tidak tahu kenapa tetapi saat berdua-duaan bersama Ardini begini
membuatkan Izhar berasa gembira.
Dalam buaran perasaan yang berbaur, terbit satu perasaan yang indah
tatkala dia bersama Ardini, namun dia sangsi dan kurang pasti dengan rasa itu.
Tidak mungkin dia jatuh cinta pada Ardini. Walau dia cuba menafikan hakikat itu,
nalurinya kuat mengatakan dia menyimpan satu perasaan indah kepada Ardini.
Izhar menarik nafas dalam, cuba
mententeramkan jiwa yang dirasakan semakin berserabut dengan pelbagai
persoalan.
“Banyak ke barang yang mama suruh beli?” Izhar memulakan bicara, cuba
menghindari otaknya dari terus-menerus memikirkan masalah.
“Mama ada senaraikan barang apa nak beli.” Ardini menjawab senada.
“Barang basah ada?” Izhar bertanya lagi.
“Semua barang kering untuk bawak pergi rumah Makcik Zizah.” Sambung
Ardini, dia hanya membuang pandang ke arah jalan raya.
“Elok la macam tu, pergi Econsave dulu
beli barang, lepas tu pergi Jusco.” Izhar menerang walaupun tidak diminta.
“Buat apa pergi Jusco, Econsave sudahla,
mama takde pesan barang-barang lain.” Ardini bersuara, dia ingin cepat-cepat
balik. Terasa janggal berdua-duaan dengan Izhar. Sejak ‘konfrontasi’ antara
mereka terjadi, inilah kali pertama dia berkomunikasi panjang lebar secara
lisan dengan Izhar.
“I ada nak cari barang
lain.”Sambung Izhar.
Ardini hanya mendiamkan diri. Tidak menyahut kata-kata Izhar. Dia hanya
melayani perasaannya sendiri. Bait-bait kata lagu Dik nyanyian Wali Band menusuk ke dalam jiwanya. Sekali sekala
Ardini memejamkan mata, terasa syahdu menusuk jiwanya. Alangkah indah sekiranya
cinta dia dan Izhar bersemi sepertimana bait-bait lagu itu. Untuk seketika
suasana sunyi diantara mereka. Izhar turut melayani perasaannya sendiri.
“Maafkan I tentang hari tu…”
Izhar bersuara memecah kesunyian tatkala penyesalan menerjah semula ke ruang
mindanya.
“Hari tu yang mana satu?” Ardini bersuara sinis. Tidak pasti Izhar
memohon maaf atas kesalahan yang mana satu.
“the evening that I tried to do bad
things to you and the night that I trespassed into your room.”Izhar
bersuara mengendur. Sejak kejadian itu dia belum berpeluang memohon maaf dari
Ardini.
“I’ll get over it..”Ardini
tidak beriak, nadanya kedengaran sedikit sinis. Ada rasa kecewa yang masih berbuku dihatinya.
Izhar masih tidak puas hati dengan reaksi Ardini. Memang dia amat kesal
dengan ketelanjurannya. Namun Ardini hanya menunjukkan reaksi dingin dengan
ucapan maafnya. Izhar berasa susah hati. Dia cuma berharap Ardini akan
memaafkannya.
“I memang betul-betul kesal dan
I ikhlas minta maaf...” Izhar
bersuara lemah. Berharap akan mendapat reaksi berbeza dari Ardini kali ini.
Ardini serba salah dengan kata-kata Izhar. Dari lenggok gaya percakapan Izhar memang dia dapat
mengesan lelaki itu benar-benar ikhlas memohon maaf. Memang benar kata orang,
hati perempuan ibarat kerak nasi, lambat laun akan lembut juga. Ardini menghela
nafas berat. Terasa bersalah kerana terlalu menghukum Izhar. Selama tinggal
bersama Izhar, lelaki itu tidak pernah mengasarinya kecuali peristiwa lewat
petang hampir tiga minggu yang lalu. Itupun Izhar tidak sampai melakukan
sesuatu yang buruk padanya.
“I forgive U.” Ardini bersuara
mengendur. Sudah tiba masanya dia menamatkan ‘konfrontasi’ mereka. Dia juga
tidak betah selalu melarikan dari Izhar. Dia cuma mahu keadaan seperti biasa
semula. Kalau betul Izhar kesal dengan perbuatannya dulu, tidak salah dia
memaafkan lelaki itu.
Izhar lega mendengar kata-kata Ardini, sekurang-kurangnya keadaan
diantara mereka akan menjadi seperti sedia kala. Izhar tersenyum di dalam hati,
sengaja tidak dizahirkan bagi mengelakkan curiga dihati Ardini.
Tiba di Econsave, Izhar mencari
kesemua barang-barang yang dipesan oleh Datin Rohana. Keretanya di parkir
dihadapan bangunan Econsave. Memang
sedari dulu Izhar gemar memborong barang di situ, lebih jimat berbanding tempat
lain. Bangunan setingkat berbentuk memanjang itu terletak di belakang Hospital Columbia Asia dan bertentangan jalan
dengan pasaraya besar Jusco Balakong.
Selesai memasukkan barang-barang
di dalam bonet kereta, mereka melintasi jalan menuju ke Jusco. Izhar berjalan
dihadapan manakala Ardini hanya membuntuti dari belakang. Tiba di butik pakaian
wanita, Izhar masuk di ikuti Ardini.
“Nak cari baju ke?” Ardini bertanya pelik.
“Ermmm.” Izhar menjawab sepatah.
“Untuk mama?” Ardini bertanya lagi.
“No, for U.” Jawab Izhar.
Tangannya membelek-belek beberapa helai blouse
dan skirt labuh.
“Untuk saya?” Ardini bertanya sekali lagi untuk kepastian.
“Ermmm, I want U to change the way
U dress.”Izhar bersuara lagi, matanya masih meneliti susunan baju-baju.
“Whats wrong with the way I dress?”
Ardini bersoal pelik, selama ini Izhar tidak pernah mempedulikan cara dia
berpakaian.
“I want U to look more
sophisticated and modern.” Izhar menyatakan pendapatnya. Entah sejak bila
dia mula mengambil berat hal pakaian Ardini dia pun pelik tapi dia berasa
seperti ingin lakukan begitu.
“There’s nothing wrong with the way
I dress.”Ardini bersuara mengendur, antara dengar dan tidak, wajahnya
tertunduk. Terasa sedikit tidak puas hati dengan kritikan Izhar.
“How about this one?” Izhar
mengangkat sehelai blaus dengan corak bunga pink
dan ditunjukkan kepada Ardini.
Ardini mengangkat wajah, matanya tertancap pada blaus di tangan Izhar.
Dia mengukir senyum.
“Cantik, saya nak yang tu.” Ardini bersuara girang. Dia belum pernah
bergaya dengan blaus. Melihatkan corak blaus yang cantik dimatanya membuatkan
dia teruja untuk mencuba. Entah kenapa tiba-tiba dia suka dengan perhatian yang
diberikan oleh Izhar. Mungkin itu cara untuk Izhar cuba menebus kesalahannya.
Izhar memilih beberapa helai blaus berlainan corak dan warna dan
diserahkan kepada Ardini. Kemudian, Izhar berjalan menuju ke ruangan yang
menempatkan himpunan skirt, dia memilih beberapa helai skirt dan turut menyerahkan kepada Ardini.
“Go to the fitting room and try all
of its” Izhar memberikan arahan ringkas.
“All of this?” Ardini bersoal
pelik sambil mengangkat blaus dan skirt di tangan.
“Yes.” Izhar menjawab sepatah.
Selesai mencuba, semua pakaian dibawa ke kaunter bayaran.
Setelah selesai membuat bayaran mereka berjalan keluar dari butik. Kali
ini Ardini berjalan dihadapan, Izhar menyusul dibelakang kerana menguruskan
pembayaran di kaunter tadi. Belum pun sampai sepuluh langkah, lengan Izhar di
raih dari belakang. Izhar yang terkejut terus berpaling. Ardini turut berpaling
apabila terdengar suara manja yang menyapa Izhar.
“Hai sayang, lama tak dengar khabar, U
pergi mana, sampai hati U tak
layan call I.”Delia bersuara manja.
Lengan Izhar diraih melingkari lengannya.
“I’m the one who should ask U that
question.”Izhar bersuara sinis dan senada, cuba merungkai lingkaran tangan
Delia.
“U buat apa kat sini?” Delia
mengalih perhatian Izhar dari soalan tadi.
“Shopping.”Izhar menjawab
sepatah. Ada
nada sinis dalam jawapannya, lingkaran tangan Delia dilerai, dia menjarakkan
kedudukan antara mereka.
“U shopping? With who?” Delia
bersoal pelik. Sepanjang bersama Izhar jarang sekali lelaki itu ingin
menemaninya bershopping.
“Yes, with my wife.”Izhar
menjawab senada, lebih kepada tujuan untuk menyakitkan hati Delia rentetan
peristiwa dia ternampak Delia dengan lelaki lain.
Ardini yang sedari tadi berdiri terpacak menyaksikan drama Izhar dan
Delia bertindak meminta diri.
“Saya tunggu kat kereta.”Ardini memandang wajah Izhar. Terselit rasa
cemburu melihat kemesraan Delia dengan Izhar. Baru tadi hatinya berbunga kerana
Izhar membelikannya baju, kini dia berasa sakit hati. Mungkin dia belum
mengenali Izhar dengan lebih mendalam. Kisah silam Izhar tidak banyak yang
diketahui. Mungkin Izhar memang ada menyimpan kekasih sekeliling pinggang.
Dengan rupa paras Izhar dan kedudukan Izhar, semua itu tidak mustahil. Lagipun
dia tiada hak untuk berasa cemburu, Izhar pun tidak pernah menyatakan rasa
cinta dan kasih kepadanya, dia tidak sepatutnya berharap. Ardini berjalan
meninggalkan Delia dan Izhar.
Izhar memerhatikan langkah Ardini berlalu meninggalkan dia bersama Delia.
Dia dapat melihat perubahan riak wajah Ardini ketika meminta izin untuk pergi.
Mungkinkah Ardini turut menyimpan perasaan terhadapnya. Izhar keliru, tidak
mungkin Ardini jatuh cinta padanya setelah apa yang dilakukan kepada gadis itu
semenjak awal perkahwinan mereka.
“Don’t tell me that girl is your
wife, U must be kidding me..”Delia bersuara sinis, menganggap kata-kata
Izhar sekadar gurauan. Tak mungkin Izhar mengahwini gadis seperti Ardini.
Kalaupun Izhar telah berkahwin, tentu pilihan Izhar lebih mirip kepada
gadis yang berpenampilan sepertinya.
Seksi dan up to date.
“I’m serious, she is my wife.”Izhar
bernada serius.
“Tapi U tak boleh buat I macam ni.”Delia bersuara separuh
merayu.
“U pun tak sepenuhnya jujur
dengan I.”Izhar bernada sinis lagi,
dia sudah jemu dengan permainan Delia.
“Apa maksud U?”Delia menyoal
pelik. Mustahil Izhar tahu tentang hubungannya dengan Alex.
“I saw U with a chinese guy couple
weeks ago.I rasa setakat ni je hubungan kita. Antara kita dah habis.” Izhar
memberikan kata putus tentang status hubungan mereka. Selama ini dia banyak
bersabar dengan kerenah Delia tapi kali ini dia sudah serik. Biarlah semuanya
berakhir.
“Apa maksud U?”Delia masih
bertanya walaupun mendengar dengan jelas kata-kata Izhar. Dia tidak menafikan
kata-kata Izhar kerana semuanya benar tetapi dia tidak percaya bila Izhar
bertindak memutuskan hubungan mereka.
“We are over..” Izhar berlalu
meninggalkan Delia yang masih terpinga-pinga. Baginya hubungan dia dan Delia
sudah lama berakhir, sejak Delia mengabaikan dirinya dulu. Cuma dia perlukan
alasan kukuh untuk berpisah dengan Delia. Selama ini dia beranggapan hubungan
mereka masih punyai harapan. Tetapi setelah ternampak Delia bermesra dengan
lelaki lain dia nekad untuk mengakhiri hubungan mereka.
Izhar berjalan laju menuju kereta. Telah setengah jam berlalu sejak
Ardini meninggalkan dia berbicara dengan Delia. Izhar bimbang Ardini telah
menunggunya lama. Kalau dulu dia memang tidak peduli semua tu, tapi kali ini
dia terasa kelainan pada nalurinya. Dia lebih prihatin terhadap Ardini.
Tiba di kereta, Izhar terus menghidupkan alarm. Dilihatnya Ardini sedang menunggunya di gerai-gerai jualan
yang dibuka di hadapan Econsave.
Apabila matanya dan Ardini bertembung, Izhar mempamit, memberi isyarat
kepada Ardini supaya naik ke kereta.
Sejurus enjin kereta dihidupkan, Izhar memandu keretanya meninggalkan
perkarangan pasaraya itu. Ardini hanya mendiamkan diri sedari tadi. Walaupun
hatinya meronta-ronta ingin mengetahui hubungan Izhar dan wanita tadi tetapi
niatnya dipendam sendiri. Dia tiada hak mencampuri urusan Izhar. Memang sedari
awal perkahwinan Izhar pernah menyatakan kepadanya bahawa lelaki itu tidak
mengharapkan apa-apa dari perkahwinan mereka. Oleh itu, dia tiada hak untuk menghalang Izhar dari berkawan
dengan wanita lain. Namun naluri wanitanya tetap berasa cemburu membayangkan
kemesraan wanita itu terhadap Izhar. Pada jangkaan Ardini tentu Izhar dan
wanita tadi pernah menjalinkan hubungan yang istimewa berdasarkan pemerhatian
awalnya tadi.
“Tadi tu Delia.” Izhar memulakan bicara, seolah-olah memahami apa yang
sedang bermain di kepala Ardini.
Ardini tidak menyahut kata-kata Izhar. Dia masih beriak tenang kerana
tiada alasan kukuh untuk dia berasa marah.
“Dia ex-girl I.” Izhar
bercerita tanpa diminta.
Ardini masih tidak menunjukkan sebarang riak. Hanya menjadi pendengar.
“U cemburu?”. Tanya Izhar. Dia
mengangkat kening sebelah kiri tatkala Ardini mengangkat wajah memandangnya
dengan mata buntang. Wajah Ardini berona merah.
“Mana ada saya cemburu.” Ardini bersuara lambat-lambat membela diri.
Wajahnya ditunduk ke bawah, bimbang Izhar perasan akan wajahnya yang telah
bertukar warna.
“I dengan dia dah takde
apa-apa.” Terang Izhar lagi. Entah kenapa dia merasakan perlu untuk
menceritakan semua itu kepada Ardini.
Ardini tidak menyahut tapi kata-kata Izhar tadi menyebabkan hatinya yang
diamuk cemburu kembali tenang. Dia berasa lega kerana telahan awalnya tadi
disangkal dengan hujah-hujah Izhar. Walaupun masih kabur dengan hala tuju
hubungannya bersama Izhar dia tetap berasa lega.
Ardini turut berasa pelik kerana
Izhar melayannya dengan baik, lelaki itu juga lebih banyak bercakap berbanding
dirinya, tidak seperti semasa awal perkahwinan mereka. Penat berfikir, Ardini
membiarkan persoalan itu berlalu.
part beli baju.... hahaha shoping....
ReplyDeleteader pula maya, dah la hbgn dini ngan hubby dia xbhagia lgi, nk tmbh lgi prob... hmmmm, ape2pung criter ni best
mengganggu betul maya ni....
Deleteknp Dini tak kate je...
ReplyDeletebuat apa saya nak cemburu,hubungan kita x kemana..
msti berubah riak wajah Izhar
betul jugak tu tapi Dini ni jenis yang suka memendam rasa agaknya....
DeleteArdini cemburu....wah! dlm marah tu ada rasa sayang.....
ReplyDeletebest la bab ni...hehe
ReplyDeleteakak suka part bila mamat sengal tu bersendirian dirumahnya dan merasakan kehilangan Ardini..dan dia dapat tahu dalam hatinya ada nama minah tu..walaupun masih kabur..tetapi cinta itu bole dipupuk..akak harap mereka dapat menjalani hidup seperti pasangan suami ister yg lain..just go with the flow..harap ardini cuba untuk menerima Iz..seadanya..dan tidak perlu dia mempersoalkan akan niat Iz berbaik dengannya..kerana kalau ada perasaan curiga..dihatinya pasti perkawenAN dan perhubungan mereka tidak akan kemana mana..start with a first step..dan tgk mcm mana..
ReplyDeleteyes,i totally agree with u :)
Deleteowh abang har...da de something2 ngn Ardini ye???! hehehe =)
ReplyDeletepesanan tok cik tulip: pasni marathon la letak n3 bnyak2 panjang2 kat blog ye...sbbb nti saye nak running2 disini. totally in love ngan ini cerita. kipidup cik tulip!
Part izhar ckp we are over! Keke
ReplyDeletei like part when they buy some blouse n skirt.best..sibuk je maya tu..nyampahlh..
ReplyDelete