Friday, 10 February 2012

AKU UNTUKMU BAB 9 DAN 10

To followers,the next post will be in three weeks time.so harap boleh la bersabar ye.i need to setlle down few things for the next three weeks. For this moment of time, lets enjoy dulu bab 9 dan 10 ni.jangan lupa tinggalkan komen anda.

 
BAB 9



Sebulan berada di banglo Izhar membuatkan Ardini bosan, dia tidak pernah keluar dari banglo itu. Hatinya meronta-meronta untuk keluar. Hubungan dengan Izhar masih seperti awal pertemuan mereka. Jarang ada komunikasi, kalau ada pun hanya berkisar perkara yang penting-penting sahaja. Kadang-kadang arahan Izhar hanya dibalas dengan anggukan sahaja. Sejak peristiwa malam perkahwinannya, dia jarang meningkah arahan Izhar.

Marah Izhar seperti tiada surutnya. Izhar juga sering mengelak dari bertembung dengan Ardini. Kadang-kadang Ardini tidak tahu apa yang terbuku di hati Izhar. Sedangkan dia juga perlu tahu tentang status hubungan mereka. Kadangkala Ardini berasa sedih dengan layanan Izhar namun air matanya berjaya dikawal sebaik mungkin. Dia sudah lama berhenti menangis. Diajarkan hatinya untuk tabah dan sabar dengan ujian dan dugaan. Air matanya kering saat kehormatannya diragut dulu. Air matanya juga kering apabila ibu tirinya melayannya dengan buruk dan air matanya terus kering saat dia menangisi pemergian ayah yang sangat dikasihi untuk menghadap illahi.

Jika dibandingkan dengan layanan Izhar terhadapnya, luka itu hanya sekelumit, hanya berbekas dihati. Perasaannya sudah dibius saat keperitan menguliti dirinya. Dia mengajar dirinya untuk kuat dan tabah dengan ujian. Tangisannya hanya dalam doa yang dititipkan. Dia akan redha dengan ketentuan untuknya. Dia tahu segala perancangan Allah merupakan yang terbaik untuk dirinya. Namun sampai bila dia akan bertahan, Ardini sendiri tidak pasti. Dia hanya mampu berdoa.





Ardini baru usai bersolat Isyak. Dia duduk termanggu di birai katil, merenung jauh, memikirkan hala tuju perkahwinannya bersama Izhar. Dia tidak pasti sampai bila harus berkeadaan begitu, digantung tidak bertali oleh Izhar.

Lamunan Ardini terhenti apabila dia terdengar bunyi mesej yang masuk ke telefon bimbitnya. Ardini bangkit dari duduk, melangkah lemah ke meja solek bagi mendapatkan handphone. Dia membuka inbox, ada pesanan ringkas daripada Kak Murni.



Dini, sorry lmbt sms. Brg2 Dini akak dah bwk blk ke rmh sewa baru akak. Bila2 Dini ada masa, dtgla ambk.tp bln ni akak sibuk-tgh apply keja.mgkn bln dpn ke.Nnti akak bgtahu smula.Akak bgtahu almt skali…



            Mesej dari Kak Murni dibaca sekilas. Untuk seketika Ardini tersenyum, dia merasa bertuah kerana memiliki kawan seperti Kak Murni. Kak Murni sering melayan dia dengan baik. Pelbagai bantuan dihulur tatkala Ardini memerlukan. Ardini mengimbas kenangan meraikan hari raya bersama keluarga Kak Murni. Keluarga Kak Murni juga baik, sering melayani dia dengan istimewa setiap kali dia berkunjung terutamanya pada cuti semester. Dia dilayan bagai keluarga.

Keluarga Hilda juga begitu, Ardini sempat meluangkan cuti raya bersama keluarga Hilda tahun lepas. Dia siap dihadiahkan persalinan yang sedondon dengan keluarga Hilda. Ardini melirik senyum. Kenangan bersama keluarga Kak Murni dan Hilda benar-benar menggamit. Dia terharu menerima layanan baik dari mereka. Kadang-kadang ada cemburu bertamu dihati tatkala melihat kawan-kawannya mempunyai keluarga yang bahagia.

Ardini memegang kejap handphonenya, mesej dari Kak Murni dibalas.



Thanks Kak, Dini hrgai prtolongan akak, bla free akak SMS la, Dini akn pegi ambk brg2..syg akak…



******

            Setelah selesai mendraf paper project untuk disubmit kepada Datuk Hassan, Izhar berkira-kira untuk keluar makan tengahari. Dia bangun, melangkah keluar dari bilik. Langkahnya diatur menuju ke bilik Rayyan. Dia berhajat mengajak Rayyan untuk makan sekali. Tiba didepan pintu bilik Rayyan, Izhar mengetuk dua tiga kali, sebaik mendengar Rayyan menyahut, pintu dibuka dari luar. Rayyan pamit Izhar, menzahirkan arahan untuk Izhar terus masuk.

            “Jom lunch.”Usul Izhar. Memang dia biasa mengajak Rayyan keluar menemaninya makan.

            Give me ten minute, nak clear desk dulu.” Rayyan menyusun fail-fail di atas meja.

            “Okey, I  tunggu kat basement, naik kereta I.”Izhar berlalu setelah meninggalkan pesanan kepada Rayyan.

            Rayyan bergegas turun setelah kerja-kerjanya dihabiskan. Dia menuruni lif, turun ke tingkat paling bawah. Dia melajukan langkah apabila terlihat kereta Izhar yang telah dihidupkan enjin. Rayyan mengambil tempat di sebelah Izhar, di tempat duduk penumpang. Selang beberapa minit, kereta meluncur laju meninggalkan Wisma DH Holding.

            “nak lunch mana?” Rayyan memecahkan kesunyian antara mereka.

            “Tempat biasa”. Izhar menjawab ringkas. Pemanduan diteruskan ke destinasi tujuan.

            Tiba di restoren Chicken Rice Shop Midvalley, kedua-dua mereka mengambil tempat. Rayyan pamit seorang pelayan dan menyatakan pesanan.

            “tak bosan ke hari-hari makan sini.” Rayyan membuka bicara.

            “Macam tak tahu, favourite aku kan.” Izhar memberi jawapan senada.

            “Tapi kan….sejak U kahwin, dah jarang keluar dengan I.” Rayyan menggiat, sengaja memancing amarah Izhar. Matanya dikerling ke arah Izhar.

            “Bini duduk rumah buat apa?, memasakla, jimat duit.” Tukas Izhar dalam nada yang sinis. Marah bila hal Ardini dibangkit Rayyan.

            “Orang ada bini….bertuahla, aku ni jugak yang lone ranger .” Rayyan tambah menggiat, buat tidak faham dengan kata-kata Izhar.

            Izhar hanya mendiamkan diri. Malas melayani kata-kata Rayyan, semakin dilayan, makin berlarutan.

            Selang lima belas minit berlalu, pelayan menghampiri mereka dan meletakkan pesanan makanan. Mereka meneruskan makan tanpa bicara. Hanya sesekali terdengar Rayyan menggiat, Izhar hanya membiarkan, dia tidak kuasa melayani kata-kata Rayyan yang semakin menjadi-jadi.

            Usai menjamah makan tengahari, Izhar membuka semula bicara yang terhenti.

“Nak ikut aku?” Soal Izhar ringkas.

            “Mana?” Soalan dibalas soalan.

            “Kedai DVD.” Izhar menjawab ringkas.

            “Buat apa?’ Rayyan bersoal pelik. Tidak pernah Izhar mengajaknya meneman ke kadai DVD sebelum ini.

            “makan!” Izhar menjawab dengan jawapan loyar buruk. Sebal dengan soalan Rayyan yang tidak masuk akal.

            “cakap betul-betul la.” Rayyan bernada serius. Memang dia masih keliru dengan tujuan Izhar.

            “Beli DVD la, soalan macam tu pun nak tanya ke?.” Izhar memulang paku buah keras.

            “ Ai…sejak bila minat tengok DVD ni?” Soal Rayyan pelik.

            “Sejak kahwin.” Izhar menjawab ringkas, bibirnya melirik senyum, pecah ketawa Rayyan.

            Izhar bangun menuju ke kaunter, dia membayar harga makanan. Rayyan buat muka pelik. Belum pernah dia lihat Izhar begitu.

            “nak cari DVD apa?” Rayyan menyambung soalan. Dia melangkah cepat-cepat menyaingi langkah Izhar.

            Ghost stories or horror movies.” Izhar menyimpan senyum. Dalam hatinya merancang sesuatu.

            “sejak kahwin ni, I tengok banyak perubahan U, kalau dulu serius, dingin, sekarang dah boleh senyum-senyum sendiri, minat pun benda-benda pelik.” Rayyan bersuara senada.

            Izhar memberhentikan langkah, tubuhnya dipusing menghadap Rayyan.

            U kalau nak merepek-repek, pergi tunggu dalam kereta.”Izhar mengarah seperti mengarah anak kecil, malas melayani kata-kata Rayyan.

            “okeylah, aku senyap.” Rayyan mengunci mulut apabila menyedari riak muka Izhar yang seperti hilang sabar dengan kata-katanya tadi.

            Tiba di kedai DVD, Izhar membelek-belek beberapa keping DVD cerita seram. Rayyan hanya membuntuti Izhar dari belakang. Dia hanya mendiamkan diri, tidak berani menyampuk setelah ditempelak oleh Izhar tadi.

            Izhar memegang beberapa keping DVD, bibirnya kembali melirik senyum.

            U nak beli semua tu ke?”Rayyan menyoal pelik, matanya dikerling ke arah tangan Izhar yang memegang kejap beberapa kepingan DVD.

            “ya, rancangan jangka panjang.” Izhar menjawab ringkas. Dalam hatinya dia tersenyum riang sementara Rayyan hanya mengangkat kening dan menjungkit bahu.

            Izhar terus membayar harga DVD di kaunter. Langkahnya diatur laju menuju kereta. Rayyan berlari anak, cuba menyaingi langkah laju Izhar.

            Izhar mengerling tujuh keping DVD di tangan, senyumannya melebar. Apabila mereka masuk ke perut kereta, enjin dihidupkan, kereta Izhar meluncur laju meninggalkan perkarangan Midvalley. Perancangan rapi telah disusun dalam kepalanya. Senyuman dibibir masih terukir kemas.

            Game On’ Getus hati Izhar.

            Rayyan yang memandang pelik tingkah laku Izhar hanya mampu menggeleng-geleng kepala.







Izhar sengaja pulang lewat hari itu. Turun sahaja dari kereta, langkahnya laju menuju ke arah fius utama banglo dua tingkat itu. Terselit rancangan nakal untuk mengenakan Ardini dalam kepalanya. Senyumannya dilirik untuk entah ke berapa kali. Dia pasti Ardini masih sibuk di dapur kala itu.

Izhar berdiri betul-betul dihadapan fius utama, kotak fius dibuka perlahan-lahan, beberapa fius dipilih dan jarinya pantas menolak fius ke mode off. Bila selesai dia kembali ke kereta, mengambil briefcase dan melangkah ke pintu utama banglo. Senyum di bibir masih belum mampu dibuang. Idea jahat berlegar-legar dikepalanya.

Ardini mengerling jam di ruang tamu. Jarum jam telah menginjak ke nombor lapan. Kelibat Izhar masih belum kelihatan. Dia tidak pasti kenapa Izhar pulang lewat hari itu. Tadi dia terdengar bunyi kereta tetapi Izhar masih belum masuk ke rumah. Ardini mula menghidang makanan di meja. Sedang dia menyusun lauk-lauk dimeja makan, tiba-tiba dia terperanjat apabila lampu ditangga dan tingkat dua banglo itu tiba-tiba terpadam. Dia menuju ke arah tangga, ruang ditingkat atas dijengah, yang ternampak oleh matanya hanya gelap. Ardini berpaling untuk kembali ke meja makan. Sejurus memusing badannya, Ardini terperanjat bila Izhar tiba-tiba berdiri dibelakangnya. Jantungnya berdegup kencang.

“kenapa?”. Izhar buat-buat tanya. Senyumnya disimpan.

“lampu tingkat atas tiba-tiba padam.” Ardini menjawab ringkas. Dadanya diurut lembut, terperanjat dengan kemunculan Izhar secara tiba-tiba.

“Fius terbakar la tu, esok I suruh technician datang tengok.” Izhar menjawab ringkas. Dalam hatinya menguntum senyum melihat wajah cuak Ardini.

Ardini bergerak ke tepi apabila Izhar mengatur langkah ke anak-anak tangga menuju ke tingkat atas sementara Izhar mengukir senyuman lebar membelakangkan Ardini.

Selang lima belas minit Izhar turun semula ke tingkat bawah. Ditangannya tersisip kemas satu plastik hitam kecil. Langkah diatur laju menuju ke ruang tamu,  terus menuju ke meja panjang di bawah televisyen berskrin rata. Dia meletakkan plastik tadi lalu menghilang ke meja makan. Dalam kepala dia menyusun rancangan untuk mengenakan Ardini malam itu.

Usai makan malam, Izhar terus menuju ke sofa ruang tamu. Dia menghidupkan tv. Ardini masih sibuk mengemas di dapur. Izhar melirik senyum, rancangan nakalnya terlayar di kepala.

Izhar pantas memasukkan DVD ke dalam DVD player. Butang play ditekan. Dia duduk semula ke sofa, menanti kelibat Ardini melintasi ruang tamu. Memang sudah menjadi kebiasaan Ardini apabila selesai mengemas meja makan, dia akan naik semula ke bilik.

Menyedari kelibat Ardini melintasi ruang tamu menuju ke tangga, Izhar cepat-cepat menegur.

“Tak takut gelap ke?” Izhar memprovokasi. Cuba menarik perhatian Ardini.

Ardini tidak jadi melangkah. Dikerling ruang atas yang suram dan gelap, hatinya tiba-tiba kecut. Perasaan berani hilang sekelip mata.

“Dudukla dulu, tengok movie dengan I.”Izhar memancing perhatian Ardini.

Ardini berpatah balik ke arah sofa, dia mengambil tempat di bahagian kanan sofa. Izhar buat muka selamba. Ardini memandang ke arah tv, kali pertama dia menonton tv bersama-sama Izhar. Dalam hatinya runsing memikirkan tingkat atas yang bergelap. Satu kelemahannya ialah dia takut gelap. Buntu fikirannya memikirkan lokasi tidurnya malam itu.

Lamunan Ardini terganggu apabila muzik tema awal cerita kuat bergema. Ardini yang ragu-ragu dengan introduksi cerita yang bakal ditonton membuka mulut.

“Cerita apa ni?” walaupun berat mulut, dia bertanya untuk kepastian.

Ghost story”. Izhar menjawab ringkas, matanya tidak berganjak dari kaca tv, senyumnya disimpan.

Ardini mengeluh nafas berat, telahannya benar. Dia paling tak suka menonton cerita hantu. Untuk meninggalkan ruang tamu, dia tidak berani ke tingkat atas sendirian. Dia tiada pilihan lain melainkan turut sama menonton bersama Izhar.

Ardini memusing kepala ke kiri dan kanan, dia mencari kusyen empat segi yang di letak di sisi kiri dan kanan sofa untuk digunakan sebagai pelindung mata namun satu pun tidak kelihatan. Ardini pelik, seingatnya pagi tadi semasa mengemas, dia ada menyusun kusyen-kusyen tersebut. Sesekali Ardini bangun menjengah di bawah sofa namun tidak juga dia terjumpa. Izhar tersenyum sebaris, dalam hatinya melonjak gembira. Rancangannya menjadi.

Ardini yang hilang idea terus menutup muka dengan menggunakan tangannya. Hatinya kecut bila mendengar kesan bunyi yang menyeramkan. Sekali sekala dia menutup muka dengan hujung tudung. Nafasnya seakan-akan sesak, kaca tv hanya diintai melalui celahan jari, bila muncul wajah hantu cepat-cepat dia menutup kembali matanya. Terasa nafas yang ditarik tersekat-sekat.

Izhar yang sedari tadi berpura-pura fokus pada tv sebenarnya menahan gelak dari terhambur. Dia suka melihat Ardini takut. Dia memang sengaja mahu Ardini kecut perut. Kadangkala dia pun keliru dengan perubahan hobinya itu. Kalau dulu, dia lebih suka menumpukan perhatian pada kerja, masa yang terluang akan dihabiskan dengan berhibur atau duduk membelek kereta. Tapi kali ini minatnya berubah, dia lebih suka menghabiskan masa mengenakan Ardini seperti itu, melalui cara itu dia rasa puas.

Ardini menarik nafas dalam-dalam apabila cerita habis. Dia menurunkan tangan yang sedari tadi melekap kuat di muka, terasa tangannya basah dengan peluh. Belum pun hilang kecut perutnya, dia mula resah memikirkan untuk ke tingkat atas. Solat Isyak masih tertangguh, Ardini menghela nafas berat. Lama dia termenung, ternyata hatinya dirangkul rasa takut yang tidak berkesudahan.

Sebaik melihat Izhar bangun dan menuju ke arah tangga, Ardini cepat-cepat bertanya. Terasa ringan mulutnya untuk berkomunikasi dengan Izhar. Dia tiada pilihan, hanya Izhar teman yang ada disitu, kerana rasa takut yang teramat sangat dia bersuara.

“Awak nak naik atas ke?”. Ardini memandang Izhar penuh pengharapan.

“Ermmm.” Izhar menjawab sepatah seraya melangkah menuju tangga.

“Saya nak ikut.” Ardini menyambung. Dia bingkas bangun.

Izhar tidak menoleh, dia berjalan lurus walhal hatinya tersenyum riang, mulutnya dikawal sebaiknya supaya ketawanya tidak terhambur keluar. Ardini hanya membuntuti dari belakang.

Ardini cepat-cepat masuk ke bilik sebaik Izhar menghilang dalam gelap di biliknya. Ardini mencapai telekung, satu bantal dan selimut. Dia tergesa-gesa, bimbang Izhar meninggalkannya di belakang. Sebaik mendapatkan barang-barang yang ingin diambil, Ardini lekas-lekas keluar. Dilihatnya Izhar telahpun melangkah ke anak tangga untuk turun. Ardini berlari-lari anak membuntuti Izhar. Barang-barang ditangan dipegang kejap.

Izhar turut membawa kelengkapan tidur, untuk memastikan lakonannya benar-benar berjaya. Demi melihat Izhar turut membawa bantal, selimut dan toto, Ardini menegur.

“Awak tidur bawah jugak?” Ardini bertanya lambat-lambat.

“Ermmm…”Izhar memberi jawapan ringkas.

“tak tidur atas ke?” Soal Ardini lagi. Tergerak mulutnya untuk bertanya.

Kan gelap, panas.”Izhar menjawab ringkas. Senyumnya disimpan.

Tiba di ruang tamu, Ardini terus menapak ke bilik bersebelahan dapur.

“nak tidur dalam bilik tu ke?” Giliran Izhar pula bertanya, wajahnya dikerutkan.

“Ermm.” Ardini menjawab sepatah, matanya dilirik ke arah Izhar. Soalan Izhar kedengaran pelik.

“Bukan apa, dulu I pernah dengar baby nangis dalam tu.” Izhar bersuara senada. Peralatan tidurnya diletak di tengah-tengah sofa. Meja sofa di alih ke tepi sudut.

“Habis tu saya nak tidur mana?”Ardini mati akal.

“Mana-mana asalkan bukan dengan I, kalau berani tidur la dalam bilik tu.” Izhar menjawab sambil matanya diarah pada bilik yang dimaksudkan Ardini tadi. Sengaja menakut-nakutkan Ardini.

Demi mendengar kata-kata Izhar Ardini mematikan langkah, dia kembali semula ke perkarangan sofa. Barang-barangnya dilambak di atas permaidani lantai. Dia bersegera menuju ke sinki, mengangkat wudhu’ dalam ketakutan dan cepat-cepat kembali ke ruang tamu untuk menunaikan solat Isyak. Izhar telahpun merebahkan tubuh ke atas toto.

Usai bersolat, Ardini mengambil selimut dan dibentang atas permaidani di sudut kanan ruang tamu. Jarak yang memisahkan antara dia dan Izhar hanya enam meter. Rasa takut masih membelenggu jiwa.

Ardini tidur hanya beralaskan permaidani. Dia tergesa-gesa mengambil barang dari bilik sehingga terlupa mengambil alas tidur. Ardini meletakkan kepala di atas bantal. Tudung di kepalanya masih terlekat kemas. Dia masih belum biasa menanggalkan tudung bila bersama Izhar. Semasa dia cuba mencari posisi tidur yang selesa Izhar bersuara.

“Tak takut ke I berjalan dalam tidur?” Izhar mengukir senyum.

Ardini memejam rapat mata, sebahagian selimut ditarik hingga menutupi seluruh badan. Dia hanya bertawakal. Soalan Izhar dibiarkan sepi.



******



Izhar terjaga seawal jam lima pagi. Dia bingkas bangun apabila terasa badannya sakit-sakit. Izhar terus menuju ke tingkat atas. Barang-barang yang dibawa turun malam tadi ditinggalkan. Sewaktu melintasi tempat Ardini tidur, Izhar melirik mata, dilihatnya Ardini masih lagi lena walaupun dalam kesejukan. Buat seketika Izhar merenung wajah lembut Ardini, dia berasa kasihan melihat Ardini berkeadaan begitu. Namun apabila teringat akan tindakan Ardini menerima permintaan Datuk Hassan berkahwin dengannya, Izhar membuang jauh perasaannya itu.

Izhar meneruskan langkah menuju ke bilik. Apabila pintu bilik dikuak, dia terus merebahkan tubuh di atas katil. Badannya diurut-urut lembut. Hampir setengah jam dia berkeadaan begitu. Apabila puas meregang-regang tubuh, Izhar bangun menuju ke bilik air.

Usai mandi dan bersiap-siap ke pejabat, Izhar turun semula ke tingkat bawah. Ardini masih lagi tidur. Izhar hanya membiarkan. Dia berlalu ke halaman rumah, masuk ke dalam kereta dan meninggalkan banglonya.



Tiba di pejabat Izhar ditegur oleh Rayyan.

“Kenapa ni?” Soal Rayyan apabila terlihat Izhar mengurut-ngurut pinggang. Dia menekan punat lif sebaik masuk bersama-sama Izhar.

“Sakit badan.” Izhar menjawab ringkas. Malas menceritakan hal sebenar kerana dia tahu Rayyan akan giat menyakatnya lagi.

“Kenapa pulak?” Soal Rayyan lagi. Pelik kerana sepanjang perkenalan mereka, Izhar tidak pernah merungut sakit badan.

“Tak boleh tidur malam tadi.” Jawab Izhar, malas melayani soalan Rayyan yang semakin melarat-larat.

U buat apa sampai tak boleh tidur? .” Giat Rayyan. Dia melirik senyum.

“Yang U ni tanya soalan pelik-pelik kenapa?” Izhar meninggikan nada suara. Tidak mahu terus mendengar soalan pelik Rayyan.

“mana la tahu, U dah ada apa-apa dengan wife U.”Rayyan bersuara lagi. Dia sekadar berseloroh dengan Izhar.

“Dalam mimpi je la…”Izhar menjawab kasar. Dia berlalu meninggalkan Rayyan apabila pintu lif terbuka. Malas melayani kerenah Rayyan. Walaupun dia sendiri pelik dengan perubahan yang dialaminya itu, dia tidak pula mengakui kebenaran soalan-soalan Rayyan kepadanya. Memang dia banyak berubah sejak berkahwin dengan Ardini.





BAB 10



Izhar hendak keluar ke halaman rumah untuk membasuh kereta. Selalunya pada cuti hari Sabtu dia akan menghantar kereta ke car wash untuk dicuci tetapi pada hari itu dia mengambil keputusan untuk membasuh sendiri kereta. Malam tadi dia sempat berpesan kepada Ardini supaya mengubah kedudukan pasu di halaman rumahnya.

Semasa Izhar bangun pagi tadi, kelibat Ardini sudah tidak kelihatan di dapur. Sudah bersarapan pagi dia terus  keluar, dilihatnya Ardini telahpun berada di halaman banglo sedang mengangkat pasu-pasu kecil dibahagian sebelah kiri halaman dan dibawa ke bahagian sebelah kanan. Terdapat beberapa pasu yang telah disusun kemas di belakang meja kayu.

Izhar terus menuju ke kereta, dia masuk dan memasang radio sebelum mula membasuh kereta. Melalui cermin tingkap, matanya dilirik ke arah Ardini, Izhar memerhatikan penampilan Ardini. Untuk seketika Izhar tersenyum sinis melihat Ardini.

Walaupun telah lama berada di situ Ardini masih mengenakan tudung kepala. Izhar pelik bagaimana Ardini boleh bertahan berkeadaan begitu sepanjang masa. Pilihan baju Ardini juga pelik. Ardini sering mengenakan baju kurung longgar yang menutupi seluruh tubuh walhal antara mereka sudah tiada aurat. Izhar menggeleng-geleng kepala. Dia melangkah keluar menyambung tugas.

Ardini mengesat-ngesat peluh di dahi, telah hampir sejam dia mengangkat pasu-pasu dan dialihkan kedudukan. Ada juga yang digembur-gembur semula tanah yang telah padat dalam pasu. Ardini menoleh ke hujung halaman, terdapat lagi satu pasu yang belum dialihkan. Ardini bergerak menuju ke hujung halaman, pasu yang paling besar diantara yang lain diangkat. Walaupun berat Ardini menggagahkan diri mengangkat sendiri pasu.

Ardini mengangkat pasu perlahan-lahan, kadangkala dia berhenti, mengumpul semula tenaga. Jarak yang membezakan hanya beberapa meter sahaja tetapi dengan pasu yang berat, terasa jauh tempat yang hendak dituju. Ardini mengangkat semula pasu, dia mengambil jalan pintas melalui batu-batu kecil yang bertaburan di bahagian tepi halaman. Belum pun sampai separuh jalan, Ardini gagal mengimbangi badan. Dia jatuh terduduk, pasu ditangan jatuh ke hadapan, pecah berdenting apabila berlaga dengan kumpulan batu-batu kecil. Ardini cuba bangun dengan menongkat kedua-dua tangan di kiri kanan badan tapi dia terasa pedih ditelapak tangan kirinya. Ardini membawa tangan kiri ke depan, dilihatnya ada darah meleleh dari telapak tangan.

Demi mendengar bunyi kaca jatuh, Izhar berlari ke arah Ardini. Dilihatnya Ardini sudah jatuh terduduk. Dia menapak ke hadapan, melihat keadaan Ardini. Tangan Ardini yang mengalir darah dipegang. Ardini yang masih tergamam masih merenung lama luka ditangan. Darah yang mengalir bertambah banyak. Pandangan mata Ardini mulai kabur dan gelap. Ardini jatuh terjelepuk di atas tanah.

Izhar terperanjat bila Ardini tiba-tiba jatuh pitam. Lantas dia terus mencempung tubuh Ardini dan dibawa ke ruang tamu rumah. Tubuh Ardini direbahkan ke sofa. Tudung kepala Ardini dicabut. Izhar bergegas mendapatkan safety Aids. Tangan Ardini yang luka ditebat dengan kain, disapu dengan ubat luka dan seterusnya dibalut.

Selang lima belas minit berlalu, Ardini terjaga. Dia masih keliru. Ardini bangun duduk melunjur. Tangan kirinya terasa pedih. Dilihatnya Izhar sedang duduk di sofa bahagian kiri, menonton tv. Ardini mengangkat tangan kiri yang berbungkus, ditenung lama tangan itu sehingga Izhar bersuara.

“Sikit aje, jauh dari mati.” Izhar bersuara sinis. Matanya masih fokus pada kaca tv.

Ardini hanya mendiamkan diri. Apabila terasa rambutnya seperti dibuai-buai angin dari pintu utama rumah, tangan kanan dibawa ke kepala.

“Tudung saya mana?” Ardini bertanya cemas. Kepalanya dipusing-pusing memeriksa dan mencari di tempat dia duduk.

“Bukan aurat pun.” Izhar menjawab senada. Fokusnya masih pada tv.

“kenapa bukak.” Ardini bersuara sedikit mengendur.

“Takde nafsu pun tengok U.” Izhar bersuara tanpa memalingkan wajah.

Ardini duduk menunduk.

“tak percaya tengok cermin.”Izhar menyambung.

Ardiam terdiam, kata-kata Izhar mengguris hatinya. Ardini bangun, menjengah ke cermin di satu sudut ruang tamu. Rambutnya kusut masai, getah yang diguna untuk mengikat rambut sudah hampir jatuh. Ardini cepat-cepat menyeka rambut dan di ikat semula. Dia rasa malu sendiri. Rambut hadapan dilurut-lurut. Ardini menyarung semula tudung seraya berjalan laju meninggalkan Izhar ke biliknya.

Izhar ketawa sendiri, kelakar melihat Ardini yang kelam kabut.

‘muka macam nenek kebayan sape ada nafsu…’Desis Izhar sendiri dalam hati.

Usai membersihkan diri Ardini duduk di birai katil. Kejadian tadi terlayar semula dimindanya. Walaupun nampak dingin dan keras hati, Izhar sebenarnya seorang yang prihatin. Ardini tersenyum sendiri. Sejak dari awal pertemuan dengan Izhar, hati Ardini terasa berdebar-debar bila bersama lelaki itu. Dia pun tidak tahu kenapa tetapi setiap kali mata mereka bertaut Ardini kalah. Dia tidak berani merenung mata Izhar.  Senyum Ardini melebar.



P/s: the next post will be publish next...more excitement and more heart pounding than ever....penuh debaran dan cabaran lagi untuk Ardini....








3 comments:

  1. aduii...cpt3 eh post..
    berlagak btul izhar nih ea

    ReplyDelete
  2. menarik..
    x sabar nak bace bab akn dtg

    ReplyDelete
  3. mnarik... dr bab 1 smpai 10... mmg besh... sukex3... x sbr nk 2gu next n3...

    ReplyDelete