Sunday, 5 February 2012

AKU UNTUKMU-BAB 4 DAN 5


BAB 4



            Datuk Hassan tiba di Kampung Gelang Patah pada pukul 11.00 pagi, perjalanan yang memakan masa selama tiga jam secara berterusan itu terasa sangat memenatkan. Pak Musa ada menawarkan khidmat untuk memandu kereta ke kampung itu namun ditolak oleh Datuk Hassan atas alasan ianya urusan peribadi. Demi untuk menyampaikan hajatnya, Datuk Hassan kuatkan semangat untuk menapak ke kampung yang telah lama tidak dijejakkan kaki. Kali terakhir dia ke kampung itu pada hari dia menerima berita kematian Mohd Nasir, ayah Ardini. Disebabkan hubungan rapat diantara merekalah yang membawa kepada rentetan keberadaan dia disitu pada hari ini. Bezanya dulu dia datang bersendirian tetapi kini dia datang bertemankan Datin Rohana dan Izhar.

            Pemikiran Datuk Hassan melayang, mengimbas kembali kejadian beberapa tahun dulu semasa teman karibnya dijemput illahi. Datuk Hassan dimaklumkan tentang kejadian yang berlaku oleh Pak Sabri yang merupakan ketua kampung Gelang Patah yang kebetulan tinggal bersebelahan dengan rumah Mohd Nasir. Pak Sabri memang mengenali Datuk Hassan kerana Datuk Hassan sering berkunjung ke situ semasa Mohd Nasir masih ada. Kadangkala mereka menghabiskan masa minum petang bersama-sama. Mengenangkan keakraban Datuk Hassan dengan arwah Mohd Nasir, Pak Sabri tidak lupa untuk memaklumkan berita kematian itu kepada Datuk Hassan.

            Datuk Hassan yang ketika itu sedang menunggu penerbangan untuk ke Dubai atas tujuan perniagaannya cepat-cepat meninggalkan airport, terpaksa menangguhkan urusannya. Berita yang diterima lebih penting berbanding urusannya. Dalam kelam kabut membuat keputusan itu, dia terlupa memaklumkan perkara itu kepada Datin Rohana. Dia sanggup menyewa teksi dengan kadar yang tinggi demi untuk berjumpa sahabatnya buat kali terakhir. Hatinya pilu kala itu, tidak pernah dia menjangka Mohd Nasir akan terlebih dahulu meninggalkan mereka. Betul kata orang, ajal dan maut ditangan Tuhan, Mohd Nasir yang dilihatnya sihat, tiba-tiba meninggal dunia kerana serangan jantung.

            Datuk Hassan juga masih ingat wajah suram Ardini yang tidak dapat menerima berita kematian ayahnya secara tiba-tiba. Segalanya masih jelas dalam mindanya.

            “Ayah…ayah bangunla, kenapa ayah tidur sini? Kenapa semua orang tengok ayah? Ayah suruhla diaorang balik.” Ardini bersuara dalam tangisan yang tersedu-sedu. Dia cuba menggoncang tubuh kaku ayahnya walaupun dihalang oleh beberapa orang wanita tua. Ayahnya tetap kaku.

            “Ayah…cakapla dengan Dini, ayah kata nak tengok Dini masuk Universiti. Dini dah siapkan pun semua dokumen-dokumen yang diaorang nak dengan Milla tadi. Kan pagi tadi Dini dah bagitau ayah nak jumpa Milla, buat persiapan sama-sama dengan Milla. Kenapa ayah tidur tak bangun-bangun lagi, ayah bangunlah…tengok semua borang yang Dini dah siap isi ni.” Ardini mengeluarkan beberapa keping borang dari sampul coklat bersaiz A4 ditangannya lalu ditayang ke muka ayahnya, tubuh tua itu masih kaku. Beberapa orang wanita yang memandang hanya mampu menggelang kepala dengan linangan air mata. Pilu melihat keadaan Ardini yang seperti orang sasau.

            “Kenapa ayah sanggup tinggalkan Dini, Dini cuma ada ayah dalam dunia ni, kalau ayah pergi, siapa nak  jaga Dini. Ayah bangunlah….jangan tinggalkan Dini.” Ardini merintih dalam sendu tangisan. Hatinya sebak bagai disiat-siat. Terasa kesedihannya terlalu amat perit dan tidak tertanggung. Ayah yang selama ini menjaga dan mengasihinya telah pergi buat selama-lamanya. Air mata dihambur semahu-mahunya.

            Demi melihat ayahnya masih lagi kaku, Ardini menangis tanpa henti sehingga dia kepenatan. Akhirnya tubuh lemah Ardini terkulai. Segalanya menjadi hitam, Ardini sudah tidak sedarkan diri. Beberapa orang wanita meluru menyambut tubuh Ardini dan memapahnya ke dalam bilik.

            Nora hanya membiarkan Ardini berkeadaan begitu, dia hanya membatukan diri. Membiarkan orang lain yang menguruskan Ardini. Sejak awal berkahwin dengan arwah Mohd Nasir pun dia sudah meletakkan jarak dengan anak tirinya itu. Kebencian yang pada awalnya hanya sebesar biji sawi merebak bagaikan barah. Disebabkan rasa benci itulah dia bertindak mengabaikan Ardini. Tidak mahu mengambil berat perihal anak tirinya. Hanya membiarkan Ardini menguruskan kehidupannya sendiri. Orang kampung sendiri sedia maklum dengan kekeruhan hubungan antara keduanya. Walaupun tidak bersetuju dengan cara Nora melayan Ardini, mereka hanya mendiamkan diri, tidak mahu masuk campur dan dikatakan menjaga tepi kain orang lain. Rasa tidak puas hati hanya terluah sesama mereka.

            Semenjak peristiwa itu, Datuk Hassan nekad untuk membiayai pengajian Ardini. Biarla budi Mohd Nasir kepadanya dibalas dengan cara itu. Tugas yang tidak mampu diteruskan oleh Mohd Nasir akan disambung olehnya.

            Lamunan Datuk Hassan terhenti apabila terdengar suara Nora, ibu tiri Ardini.

            “Eh…datuk, ada hal apa datang ke sini?” Belum pun sempat Datuk Hassan memberi salam Nora telahpun menyoal, kepalanya disembulkan dari tingkap kayu rumah, suaranya dilembutkan. Dia hairan melihat Datuk Hassan datang setelah sekian lama bersama wajah-wajah yang tidak dikenalinya. Namun hatinya lekas menebak, tentu ia berkaitan dengan Ardini kerana dia sedia maklum, selama pengajian Ardini di universiti, Datuk Hassan lah yang telah membiayai kos pembelajaran anak tirinya itu. Datuk Hassan pernah memaklumkan kepadanya tentang perkara tersebut semasa Datuk Hassan ingin bertolak pulang ke Kuala Lumpur semasa hari kematian Mohd Nasir.

            Ada hal sikit nak dibincangkan.”Terang Datuk Hassan ringkas.

            “Kalau macam tu, naiklah dulu, kita bincang kat atas.”Nora bersuara lembut, sangkanya tentu Datuk Hassan berhajat besar.

            Datuk Hassan naik ke atas rumah, diikuti dengan Datin Rohana dan Izhar dari belakang.

            “Datuk duduklah dulu.”Pelawa Nora, matanya dilirik kepada wajah-wajah yang tidak dikenali.

            “Perkenalkan ini isteri saya Rohana dan ini anak saya Izhar.”Terang Datuk Hassan lagi sambil tangannya diarah pada Datin Rohana dan Izhar.

            Datin Rohana bangun seraya menyalami tangan Nora. Nora hanya mempamirkan senyuman gembira. Namun dalam hatinya tidak dapat mengagak tujuan kedatangan keluarga Datuk Hassan.

            “Datuk dengan Datin duduklah dulu, saya buatkan air kejap.” Nora berlalu ke dapur.

            Izhar sedari tadi hanya membatukan diri, tidak berminat untuk masuk campur. Andai Datuk Hassan tidak memaksanya untuk turut serta tentu dia tidak berada di situ. Arahan bapanya tidak mampu dibantah. Sekiranya membantah tentu segala keistimewaannya ditarik balik. Dia  hanya mampu menurut dalam terpaksa.

            Sepuluh minit kemudian, Nora datang dengan membawa dulang berisi air teh O panas bersama biskut kering yang dihidang di dalam piring.

            “Maaflah, cuma ada biskut aje, lagipun Datuk datang mengejut, tak bagitahu dulu, kalau bagitahu, boleh la sediakan kuih sikit-sikit.” Nora tersenyum, masih meneruskan lakonan.

            “takpe lah, tak payahla susah-susah.”Sahut Datin Rohana lembut.

            Ada hajat apa Datuk ke mari?” Nora bersuara ingin tahu. Dia menuang air ke dalam cawan dan mempelawa para tetamunya minum.

            “Kami nak maklumkan pasal Ardini.” Terang Datuk Hassan ringkas. Datin Rohana hanya menanti suaminya membuka bicara. Sementara Izhar hanya mendiamkan diri.

            “Kenapa dengan Ardini, dia pun dah lama tak balik ke sini, sejak masuk U dulu.” Balas Nora, dia memancing Datuk Hassan membuka cerita.

Belum sempat Datuk Hassan memulakan bicara, Darus lelaki yang dikahwini Nora setahun selepas kematian Mohd Nasir baru sahaja pulang ke rumah. Sebaik naik ke rumah dia hairan dengan kehadiran tetamu yang tidak dikenali. Persoalan tentang kereta mewah yang dilihatnya tersadai di halaman rumah terjawab kini. Datuk Hassan yang menyedari kepulangan lelaki itu bangun lalu menyalami tangan Darus, sedang Izhar masih membatukan diri. Darus menyambut huluran tangan Datuk Hassan ala kadar, dia hanya beriak dingin. Tidak berminat hendak beramah mesra dengan tetamu asing itu. Dia terus berlalu meninggalkan ruang tamu, membiarkan Nora melayani tetamu sendirian.

”Kami cuma nak bagitahu yang Ardini akan bernikah.” Terang Datuk Hassan lembut.

“Nikah!, dengan sape, kenapa dia tak bagitahu pun.” Cepat-cepat Nora bertanya. Terkejut dengan berita yang baru diterima.

“Saya nak jodohkan dia dengan anak saya, Izhar, Ardini pun dah setuju. Kami datang ni pun cuma nak maklumkan tentang perkara ni.” Datuk Hassan menyambung.

“mana boleh dia tak tanya persetujuan saya dulu, dia muda lagi nak buat keputusan sepenting ni!” Nora meninggikan suara

“Ardini dah 26 tahun, dia dah cukup matang untuk tentukan masa depan sendiri dan buat keputusan, saya harap Puan Nora tak membantah keputusan ni.” Suara Datin Rohana lembut, tidak mahu keadaan menjadi tegang, mereka datang dengan niat yang baik.

“kalau macam tu kata Datin, saya akan bersetuju tapi dengan satu syarat.” Matanya dilirik ke arah Datin Rohana. Nora mula mengatur rancangan jahat untuk kepentingannya sendiri.

“Apa syaratnya, kalau kami boleh tunaikan, insyaallah..”Luah Datuk Hassan. Tidak mahu hal itu dipanjang-panjangkan.

“Datuk pun tahu, selama ibu Dini meninggal, saya lah yang bertanggungjawab menjaga Dini. Segala keperluan Dini, saya yang uruskan. Disebabkan Datuk nak Dini jadi menantu Datuk, saya harap Datuk boleh la membayar balik semua penat lelah saya selama ini dalam bentuk wang ringgit.” Nora bersuara lembut, bibirnya mengukir senyum sinis.

Datuk Hassan dan Datin Rohana menunjukkan riak terperanjat. Mereka tidak menyangka Nora akan meminta wang sebagai ganti untuk Ardini menjadi menantu mereka.

Izhar masih juga hanya membatukan diri. Fikirannya melayang entah ke mana. Setiap butir bicara dalam perbincangan itu didengarnya bagai angin lalu, lansung tidak masuk ke dalam kotak mindanya. Minda dan perasaannya bagaikan dibius dari segala rasa.

“kalau macam tu, kami ikut aje, berapa yang Puan Nora nak.” Soal Datuk Hassan. Dia ingin bersegera menyelesaikan urusan antara mereka. Malas lama-lama melayani perempuan berhati keji seperti Nora.

“Biasanya orang sekarang terima hantaran 20 ribu, jadi saya nak duit 20 ribu untuk hantaran Ardini tu diserahkan kepada saya, sebagai membalas jasa saya membela dia sejak ibu dia meninggal, saya rasa permintaan saya tak keterlaluan jika dibandingkan dengan jasa-jasa saya selama ini.” Nora menyatakan kemahuannya, senyum sinis dilirik.

“Kalau itu yang Puan Nora nak, saya akan bagi dan saya nak Puan Nora tahu semua persediaan majlis akan saya uruskan. Puan Nora tak perlu campur tangan dan Puan Nora anggaplah segala hutang Ardini pada Puan Nora selesai dengan wang 20 ribu tu. Kalau Puan Nora masih menganggu hidup Ardini selepas ni, saya tak kan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang terhadap Puan Nora.” Datuk Hassan menyatakan pendiriannya.

“Datuk jangan risau, lepas ni saya akan anggap semuanya selesai, saya tak kan ganggu hidup Ardini, saya pun nak dia gembira je.” Nora bersuara sinis, dia tersenyum gembira dengan kenyataan Datuk Hassan.

Datuk Hassan segera turun ke tanah, Datin Rohana dan Izhar ditinggalkan sebentar. Laju langkah Datuk Hassan meluru ke kereta, pintu keretanya di buka, dia membuka dashboard lalu buku cek dikeluarkan, dengan beralaskan kusyen di tempat duduk penumpang, dia menulis sejumlah wang yang dikehendaki oleh Nora. Pantas tangannya mengoyak sekeping cek lalu terus dibawa ke atas rumah. Setibanya di atas, terus dia menghulurkan cek tersebut kepada Nora.

Nora melirik senyum gembira. Matanya tertancap pada sekeping cek. Hatinya berbunga riang menerima sejumlah wang dari Datuk Hassan.

Datuk Hassan memberi isyarat kepada Datin Rohana dan Izhar untuk bersegera meninggalkan rumah itu. Urusannya dengan Nora telahpun selesai, tidak perlu lagi dia berlama-lama disitu.

“Saya rasa urusan kita dah selesai, kami nak mintak diri dulu.” Kata Datuk Hassan.

“Baiklah, terima kasih untuk pemberian Datuk.” Mata Nora masih melekat pada cek pemberian Datuk Hassan. Pemergian Datuk Hassan hanya dihantar dengan ekor mata.





































BAB 5



Ardini baru selesai menduduki kertas peperiksaan terakhir. Dia yakin semua soalan dapat dijawab dengan baik. Sebelum pulang ke kolej, Ardini singgah di kafeteria fakulti pendidikan untuk makan tengahari. Dalam perjalanan ke kafeteria, Ardini terserempak dengan Kak Murni dan juga Hilda yang kebetulan ingin menuju ke cafeteria. Mereka berjalan beriringan.

Tiba dikafeteria, mereka mengambil makanan mengikut pilihan masing-masing dan mengambil tempat duduk. Ardini yang baru habis peperiksaan lega kerana dapat mengharungi peperiksaan semester akhir. Namun dalam merasa kelegaan kerana tamat pengajian, Ardini turut memikirkan tentang majlis perkahwinannya. Habis peperiksaan bermakna tidak lama lagi dia akan diijabkabulkan dengan Izhar. Hatinya berdebar untuk melalui saat-saat itu. Walaupun Datuk Hassan yakin dengan perkahwinan itu, Ardini masih ragu-ragu dengan penerimaan Izhar. Ardini mengelamun panjang memikirkan hal tersebut.

“Jauhnya termenung.” Tegur Hilda seraya menyuap nasi ke mulut.

“Risau pasal exam ke?” Soal Kak Murni, air dalam gelas diteguk dua kali.

“Dini pikir pasal majlis kahwin tu.”Terang Ardini, dia tidak berselindung dengan Kak Murni dan Hilda. Nasinya hanya dikuis-kuis dengan sudu.

“Hai, tak sabar ke?” Seloroh Hilda, meneruskan suapan nasi ke mulut.

“Ida ni, ke situ pulak. Datuk kata lepas habis periksa dia akan mula buat persiapan.” Ardini menerangkan situasi sebenar.

“Elok la, Dini tak payah banyak-banyak pikir.” Sambung Kak Murni dengan mulut yang penuh.

“Dini bukan risau pasal tu, Dini risau sebab tak kenal rapat dengan anak Datuk Hassan, Dini takut dia tak dapat terima Dini.” Luah Ardini, tangannya masih menguis-nguis nasi dalam pinggan.

Kan dia tak bantah perkahwinan ni, tentu dia boleh terima Dini.” Hilda menyambung. Dia menyedut air oren sejuk dari gelas.

“yelah, tapi Dini tetap risau.” Luah Ardini lagi, dia mengeluh berat.

“Tak semestinya kenal rapat akan bahagia, ada orang bercinta bertahun-tahun tapi bahagia tak sampai setahun. Tengok orang dulu-dulu, mana ada bercinta, kahwin atas pilihan ibu bapa tapi bahagia sampai ke akhir hayat. Kata orang, bercinta selepas kahwin kekal bahagia.” Kak Murni menerang panjang lebar, mahu menenangkan resah Ardini . Bicara Kak Kurni lebih matang kerana perbezaan umur antara mereka. Kak Murni lebih tua dua tahun berbanding Hilda dan Ardini.

“Dini harap macam tu la.”Ardini menghela nafas, nasi dalam pinggan dikuis-kuis lagi. Berharap kata-kata Kak Murni sebagai doa.

“Ida doakan Dini akan kekal bahagia sampai bila-bila.’ Kata Hilda sambil memandang Ardini. Hilda memang pandai menceriakan keadaan. Kak Murni mengangguk setuju, matanya memandang Ardini.

“Terima kasih Ida, Kak Murni. Dini pun doakan macam tu…insyaallah….”Ardini tersenyum, tangannya meneruskan menyuap nasi ke mulut. Mendengarkan kata-kata mereka mengembalikan seleranya yang mati. Dia bersyukur memiliki teman sebaik Kak Murni dan Hilda.

“Dini dah habis paper kan?” soal Kak Murni mengubah topik perbincangan.

“Ermm.. dah tadi..akak ngan Ida bila habis?” Giliran Ardini menyoal.

“Ida petang ni habis.”Ida menjawab bagi pihaknya.

“Akak ada lagi satu paper next week, pagi Isnin. Jawab Kak Murni ringkas.

“Ingat nak ajak akak ngan Ida keluar esok atau lusa, tapi akak belum merdeka lagi, tangguh minggu depan lah.” Luah Ardini.

“Nak pergi mana?” soal Kak Murni.

“Tengok wayang ke.” Kata Ardini. Sudah lama mereka tidak menghabiskan masa bersama-sama.

“okey jugak idea tu, kita tengok cerita hantu, sekarang ni banyak cerita hantu best-best kat wayang.” Sambung Hilda.

“Tak nak la Ida ni, Dini kan tak suka tengok cerita hantu. Kita tengok cerita lain la .” Ardini menyambung.

“Tak suka ke takut, macam la tak tahu, Dini ni penakut stage 4, dah kritikal sangat, sampai pergi bilik air malam-malam pun kena teman.” Hilda menyakat.

“mana ada.” Ardini mencebik. Walaupun tahu Hilda sekadar berseloroh namun dia tetap tidak suka disakat-sakat.

Melihatkan telatah kedua-duanya, Kak Murni menggeleng-gelengkan kepala. Memang dia faham dengan sikap Hilda yang suka menyakat Ardini.

weekend, next week kita pergi la.” Kak Murni memberi cadangan. Tidak mahu perbalahan kecil antara Hilda dan Ardini berlanjutan.

“yeke, bestnya. Dah lama kita tak keluar sama kan?” Kata Ardini, dia mengukir senyum gembira.

“yelah, tak lama lagi orang tu dah nak jadi bini orang.” Sambung Hilda. Sebelah matanya dikenyit ke arah Ardini. Suapan nasi diteruskan. Pantas Ardini memukul lengan Hilda sampai Hilda terjerit kecil.

“Padan muka.” Ardini melirik senyum. Sungguh dia gembira dengan Kak Murni dan Hilda.  Semenjak kali pertama Ardini menjejakkan kaki di Universiti Malaya, Kak Murni dan Hilda lah yang menjadi teman rapatnya. Kebetulan mereka telah di tempatkan di dalam satu bilik yang sama. Segala permasalahan Ardini akan diluahkan kepada kedua-duanya. Selalunya Kak Murni akan bertindak sebagai penasihat kepada mereka manakala Hilda pula akan membuat lawak untuk menceriakan hati mereka berdua. Perkenalan selama empat tahun di Universiti menjadikan mereka akrab seperti adik beradik.

Ardini juga pernah menceritakan tentang kekeruhan hubungannya dengan keluarga tirinya semenjak ayahnya meninggal dunia. Tambahan pula ibu tirinya telah berkahwin lain. Ardini berasa janggal berada bersama keluarga Makcik Nora. Disebabkan itu, setiap kali cuti semester Ardini akan menghabiskan masa bersama-sama Keluarga Hilda atau pun Kak Murni. Selain menghabiskan cuti semester bersama, Kak Murni dan Hilda juga selalu mengajak Ardini untuk sama-sama meraikan Hari Raya bersama keluarga mereka.

Ardini yang merupakan anak tunggal tidak menolak. Dia lebih rela menghabiskan musim raya bersama-sama keluarga teman rapatnya daripada beraya bersama Makcik Nora yang ternyata tidak pernah menyayanginya. Makcik Nora tidak pernah melayannya dengan baik. Hanya herdikan dan tengkingan yang menjadi halwa telinga semenjak ayahnya berkahwin dengan Makcik Nora. Namun begitu, Ardini tidak pernah mengadu kepada Mohd Nasir. Dia tak mahu ayahnya runsing memikirkan nasib dirinya. Biarlah dia menanggung segala keperitan asalkan ayahnya tidah susah hati.

Sejak berkawan dengan Kak Murni dan Hilda, Ardini merasakan segala kekosongan jiwanya kini terisi. Dia sudah mampu tergelak dengan lawak ceria Hilda manakala Kak Murni pula akan sentiasa menaikkan semangatnya apabila Ardini dilanda masalah. Sungguh Ardini merasa bertuah memiliki keduanya sebagai sahabat. Dia bersyukur Allah mengurniakan sahabat yang memahami dirinya.

Walaupun sangat akrab dengan kedua-duanya, Ardini belum sampai menceritakan kisah hitam dalam diari hidupnya. Biarlah dia menyimpan segala kenangan pahit yang mengaibkan itu sendiri. Keluarga Datuk Hassan tahu mengenai perkara itu pun kerana dia terpaksa menceritakan kepada mereka. Jika tidak pasti rahsia itu akan disimpan sehingga mati. Hatta Mohd Nasir sendiri pun tidak pernah tahu tentang perkara itu. Ardini telah menyimpan rahsia itu sebaik mungkin. Dia tidak mahu ayahnya patah hati dengan nasib yang menimpa dirinya. Dia sanggup menanggungnya sendirian daripada melihat senyuman ayahnya hilang dari bibir.

“Jom balik.” Suara Hilda mematikan lamunan Ardini.

“Eh…dah bayar ke makanan tadi?” Sahut Ardini.

“Tu lah, kuat sangat berangan, sampai orang dah siap bayarkan pun tak sedar.” Kata Hilda.

“Ida tolong bayar ke?” Tanya Ardini dengan keningnya dijungkit.

“Kak Murni.”Ida menjuih bibir ke arah Kak Murni.

Ardini cepat-cepat bangun, cuba menyaingi langkah Hilda di belakang Kak Murni. Mereka bersama-sama berjalan pulang menuju kolej.







Usai menunaikan solat isyak, Ardini duduk di meja studynya. Dia mengambil sikat dari dalam laci meja, rambutnya yang melewati paras bahu disisir lembut. Rambutnya yang ikal berpelak-pelak dengan hujung yang bergulung-gulung senang untuk diuruskan. Kak Murni dan Hilda sering memuji-muji rambut Ardini. Kata mereka rambut Ardini lebat dan cantik. Ardini hanya tersenyum mendengar pujian mereka. Jauh disudut hatinya, dia bersyukur dengan kurniaan Illahi. Ramai orang kampung yang kata, wajah Ardini mirip ibunya. Walaupun telah lama berpisah, masih terpahat wajah bersih ibunya di minda.

 Ardini memang rindukan belaian kasih seorang ibu, namun begitu dia pasrah dengan ketentuan Illahi, rezeki, jodoh dan maut telah pun ditetapkan sejak azali. Sebab itu jugalah dia tidak berkeras menolak semasa Datuk Hassan memintanya mengahwini Izhar. Sekiranya itu telah menjadi ketentuan kepada dirinya, dia akan pasrah dengan jodoh itu sama seperti dia pasrah dengan pemergian ayah dan ibunya yang sangat dikasihi.

Selesai menyisir rambut, Ardini mencapai handphonenya dihujung meja, lantas nombor Datuk Hassan didail. Dia ingin memaklumkan tentang peperiksaannya yang telah tamat. Bimbang jika Datuk Hassan terus tertanya-tanya tentang perkara itu.

Setelah menunggu beberapa saat, panggilan disambut dari hujung talian.

“Assalamualaikum.” Ardini mula memberi salam membuka bicara.

“Waalaikumusalam.” Jawab Datuk Hassan lembut. Dia memang sedang menantikan panggilan dari Ardini.

Uncle sekeluarga apa khabar?” Soal Ardini berbasa basi.

“Alhamdulillah sihat-sihat semuanya, periksa macam mana?” Datuk Hassan bertanya, dia sudah dapat menebak tujuan Ardini menelefonnya.

“Semua okey, paper last pun dah habis petang tadi.” Ardini menyampaikan tujuan panggilannya. Memang Datuk Hassan pernah berpesan supaya dia dimaklumkan sekiranya peperiksaan Ardini tamat.

“Kalau macam tu alhamdulillah, so dah boleh ke uncle nak mula buat persiapan?.”Soal Datuk Hassan, meminta pendapat Ardini.

“Terpulanglah pada uncle, Dini ikut je.”Kata Ardini ringkas. Dia hanya menurut perancangan Datuk Hassan.

“kalau macam tu, apa kata hujung minggu ni Dini keluar dengan Izhar, cari baju untuk majlis tu nanti.” Datuk Hassan memberikan saranan.

“Kalau berdua je Dini tak berapa selesa la uncle, kalau Auntie Rohana join boleh tak?” Ardini menyatakan pendapatnya. Memang dia tidak selesa keluar berdua-duaan dengan lelaki. Walaupun Izhar bakal menjadi suaminya, dia masih rasa ada jurang pemisah antara mereka terutamanya apabila mengenangkan dia dan Izhar tidak kenal rapat. Sekurang-kurangnya dengan kehadiran Datin Rohana dia akan ada teman berborak.

“takde masalah, hari tu pun auntie yang beria-ia nak ajak Dini pergi cuba baju kat butik kawan dia kat Alamanda.” Sambung Datuk Hassan. Datin Rohana memang ada mencadangkan supaya Ardini di bawa ke butik teman yang sama-sama menyertai persatuannya. Tapi cadangan itu hanya dibiarkan sepi kerana Ardini masih menumpukan perhatian pada kertas peperiksaannya yang terakhir.

“kalau macam tu, tak la pening kepala Dini fikir nak cari baju kat mana.” Kata Ardini, bersyukur dengan cadangan Datuk Hassan.

“Lusa Dini free tak?, nanti uncle suruh Izhar bawak auntie ambik Dini terus dari kolej ke Alamanda.” Datuk Hassan memberi saranan, merujuk kepada  hari Ahad, hujung minggu.

“Dini free uncle.”Ardini menyatakan persetujuan dengan cadangan Datuk Hassan. Memang dia hanya menurut sahaja perancangan yang disarankan Datuk Hassan.

“Kalau macam tu nanti uncle suruh Izhar call Dini, senang nak berjanji nak pergi pukul berapa. Pasal persiapan-persiapan lain tu, Dini tak payah risau, biar uncle yang uruskan semua” Sambung Datuk Hassan.

“Baiklah.” Ardini bersetuju dengan cadangan Datuk Hassan. Dia hanya perlu menunggu panggilan dari Izhar untuk menetapkan pukul berapa untuk mereka pergi menyewa baju perkahwinan. Ardini berlapang dada kerana urusannya dipermudahkan. Namun begitu, dia tetap berasa risau kerana buat pertama kali dia akan keluar bersama-sama Izhar, mujur juga Datin Rohana akan ikut sama mencari baju. Jika tidak tentu Ardini terasa janggal terpaksa berdua-duan mencari baju dengan Izhar.







Ardini baru sahaja selesai mandi. Rambutnya yang baru disyampu, dikeringkan dengan tuala. Kelibat Hilda dan Kak Murni sudah tidak kelihatan. Semasa keluar ke bilik mandi tadi, Kak Murni ada memaklumkan yang dia akan keluar untuk ke study group untuk last paper. Hilda pula katanya ada perjumpaan group untuk membincangkan aktiviti berkelah di Sungai Congkak minggu hadapan. Seperti selalu, pagi Sabtu setiap minggu Ardini akan lepak di bilik sahaja. Kalau bosan dia akan turun mengambil angin di gazebo sambil melihat-lihat kereta yang lalu lalang. Waktu petang pula dia akan mengajak Kak Murni dan Hilda berjogging di keliling tasik Varsiti sambil menikmati pemandangan tasik buatan itu. Waktu malamnya akan dihabiskan dengan membaca novel, itu pun novel-novel yang dipinjam dari Hilda.

Usai mengeringkan rambut, Ardini duduk di meja studynya. Dia mencapai majalah mingguan wanita yang baru dibeli oleh Kak Murni. Belum pun dia menyelak ke halaman pertama, terdengar bunyi deringan dari telefon bimbitnya. Ardini melihat di skrin, nombor yang tidak dikenali muncul. Lambat-lambat Ardini menekan punat hijau untuk menjawab.

“Hello.” Suara Ardini antara dengar dengan tidak.

“Ni sape ni?” Soal satu suara dari hujung talian, dingin.

Ardini diam sebentar. Tidak faham kenapa orang yang membuat panggilan ke telefonnya menanyakan tentang identiti dirinya. Sepatutnya dia yang seharusnya bertanya tentang identiti pemanggil yang tidak dikenali itu.  Untuk berterus terang tentang dirinya, Ardini bimbang ada yang sengaja mahu mempermainkannya.

“Ni sape ni?” Soalan tadi diulang.

“errr…saya Peah Binti Rodi.” Ardini mereka-reka nama. Berharap pemanggil tersebut segera mematikan talian.

“Tuuuuuuttttttt….” Talian dimatikan dari hujung sana. Ardini pelik dengan pemanggil tadi. Sudahlah dia yang call orang, alih-alih orang pulak disoal siasat, desis hati Ardini. Tiba-tiba Ardini teringatkan Izhar.

‘Entah-entah Izhar yang call tadi’. Ardini bersuara sendirian. Terasa kesal kerana tidak menanyakan identiti pemanggil sebelum talian dimatikan tadi.



*******



Izhar mengeluarkan kertas kecil yang diberi oleh papanya malam tadi. Nombor telefon yang ditulis tangan atas kertas tadi dilihat untuk kali kedua. Izhar pasti dia telah mendail nombor yang betul seperti yang diberikan oleh papanya.

‘ Ai, nombor papa bagi ni dah betul, tapi Peah mana pulak yang angkat phone tadi, tak kan papa salah bagi nombor kot.’ Izhar menggumam sendirian. Pelik nombor Ardini yang diberi oleh papanya milik orang lain. Izhar cuba mendail sekali lagi. Sejurus talian bersambut, Izhar terus bersuara.

“Hello, boleh tahu siapa pemilik nombor telefon ni?” Izhar membacakan nombor telefon Ardini satu persatu. Suaranya sedikit sinis.

Ardini yang dapat menebak panggilan itu daripada Izhar terus menjawab pertanyaan pemanggil dari hujung talian.

“Saya Nur Ardini Bt Mohd Nasir, awak nak bercakap dengan siapa?” Soal Ardini. Dia tidak mahu berbohong lagi, bimbang jika pemanggil tersebut ialah Izhar.

“kalau cakap betul-betul kan senang, I Izhar. Papa suruh I  bincang dengan U pasal nak cari baju pengantin.” Izhar menerang ringkas.

“Oh maafla, ingatkan orang salah nombor.” Terang Ardini tentang situasi janggal yang berlaku antara mereka.

“so, Ahad ni U free kan?” Soal Izhar acuh tak acuh. Jika tidak kerana dipaksa oleh papanya tentu dia tidak ingin mengikut perancangan itu.

“Saya free.” Ardini menjawab pendek, menanti Izhar memberikan keputusan.

“dalam pukul 9.30 pagi I datang. Apa-apa hal tunggu mesej dari I.” Terang Izhar ringkas. Belum sempat Ardini memberikan respon, talian dimatikan.

Ardini pelik dengan sikap Izhar, dia belum pun sempat berkata apa-apa, Izhar telahpun mematikan talian. Ardini kembali membelek-belek mingguan wanita yang ditinggalkan tadi tetapi hatinya tidak tenteram memikirkan cara Izhar melayannya dalam telefon tadi, namun cepat-cepat dia membuang prasangka buruk.

‘Insyaallah semuanya okey.’ Desis hatinya. Nombor Izhar disimpan dalam senarai contact dalam handphonenya. Matanya kembali tertancap pada helaian demi helaian majalah sehingga akhirnya dia terleka.

Setelah hampir sejam membaca setiap helaian majalah, Ardini terdengar bunyi orang sedang membuka kunci di pintu bilik. Ardini pasti Hilda yang pulang kerana Kak Murni pasti akan mengambil masa yang lama jika dia sedang study. Ardini faham benar dengan sikap Kak Murni bila bersama teman-teman study group. Kata Kak Murni kalau nak study biar study betul-betul, kalau hangat-hangat tahi ayam baik tak payah study.

“Hai, buat apa tu?” soal Hilda sebaik menapak masuk.

“tak buat apa pun, tengok-tengok majalah je.” Jawab Ardini ringkas.

“Bakal suami tak ajak keluar ke.” Hilda mula menyakat.

“Ida ni selalu sakat Dini la.” Ardini mencebik. Dia tidak suka soal kahwinnya dibangkit-bangkitkan. Dia pun masih belajar untuk menerima perkahwinan yang tidak dirancang itu.

“Eh, bila pula Ida sakat, Ida cakap betul apa, manala tau bakal pengantin baru nak dating plak.” Hilda membuka dan menyangkutkan tudung.

“Mana ada dating, setakat cadang nak keluar uruskan hal baju kahwin ada la.”Ardini faham dengan sikap Hilda. Lagi dia mengelak untuk menjawab, lagi giat Hilda menyakat. Lebih baik dia memberitahu kebenaran kepada Hilda.

“iyeke, dating la jugak tu, bila nak pergi, petang ni ke?” Soal Hilda.

“tak, pagi esok.” Jawab Ardini.

“Nak pergi makan?”Hilda mematikan perbualan tentang perkahwinan Ardini.

“boleh jugak, nak turun sekarang ke?”Ardini kembali menyoal

“jomlah, dah dekat pukul 1 ni.” Saran Hilda. Ardini menyalin pakaian, tudung disarungkan ke kepala. Hilda kembali menyarungkan tudung. Setelah membetulkan kedudukan awning tudung, mereka berdua keluar dari bilik. Langkah diatur menuju ke dewan makan kolej di ground floor.



bersambung lagi....




3 comments: