Wednesday 8 February 2012

AKU UNTUKMU BAB 7

ikuti sambungannya,hehe


BAB 7



Majlis resepsi baru sahaja selesai, jam menunjukkan waktu itu sudah hampir ke pukul 3 petang. Majlis akad nikah telahpun dijalankan malam semalam, sehari sebelum majlis bersanding. Atas kehendak Izhar majlis dijalankan secara sederhana sahaja. Hanya persandingan biasa, tiada sesi bergambar dengan persalinan yang pelbagai. Izhar memberi alasan, perkara-perkara sampingan sebegitu akan diambil di studio sahaja. Datuk Hassan dan Datin Rohana tidak membantah. Mereka cuma mahu menjalankan majlis mengikut syariat islam, mendahulukan yang wajib sahaja dan tidak perlulah berlebih-lebihan.

Jemputan juga hanya terdiri daripada saudara-mara dan kenalan rapat Datuk Hassan dan Datin Rohana. Sepanjang majlis berlansung Izhar hanya mendiamkan diri. Senyuman yang diberikan juga hambar.  Terasa dadanya sesak dengan bebanan perasaan yang tidak mampu diluah. Jika tidak kerana keputusan Datuk Hassan, tentu dia masih bebas mencorak hidup sendiri. Berada lama di banglo papanya, menambahkan serabut dikepalanya, melihat orang lain yang tersenyum gembira dengan majlisnya resepsinya, sedangkan hatinya sakit kerana terpaksa menerima semua itu tanpa rela.

Izhar tidak betah lagi berlama di situ, dia ingin keluar dari suasana yang baginya hanya penuh dengan kebencian. Dia ingin bersegera pulang ke banglonya untuk mencari ketenangan dari kemeriahan perkahwinan yang tidak sedikit pun dia rasai. Dia hanya mahu lari jauh dari semua itu.

Ada diantara saudara maranya yang masih berada di banglo papanya. Sebahagiannya telah pun beransur pulang ke kediaman kerana urusan masing-masing. Izhar yang baru selesai menukar persalinan turun dari tingkat atas, dia menghampiri Datin Rohana yang sedang berbual-bual mesra dengan adiknya Datin Rokiah. Turut menyertai mereka adalah anak Datin Rokiah, Arsyad dan Alissa manakala Datuk Ismail, suaminya sedang sibuk memasukkan beg-beg ke dalam bonet kereta di halaman rumah.

Izhar melangkah perlahan menuju ke arah sofa, menghampiri Datin Rohana. Dia ingin memaklumkan kepada Datin Rohana tentang niatnya untuk pulang ke rumah sendiri. Punggungnya dilabuhkan disebelah Arsyad. Perbualan Datin Rohana yang sedari tadi rancak terganggu dengan kehadiran Izhar. Semua mata mengarah kepada Izhar.

“Kenapa cepat sangat salin baju, dah siap bergambar?” Soal Datin Rohana.

“Dah.” Jawab Izhar ringkas. Tidak berminat melanjutkan topik yang di perkatakan oleh Datin Rohana.

“Ardini mana?” Soal Datin Rokiah apabila kelibat Ardini tidak kelihatan.

“Dalam bilik lagi.” Masih jawapan ringkas. Dia malas memikirkan tentang Ardini. Perkara itu hanya akan menambah serabutkan kepalanya.

“Kenapa tak ajak Kak Dini turun, Lissa nak berborak-borak kejap, lepas ni dah nak balik, tak sempat nak berkenalan.” Giliran Alissa menyoal, wajahnya dicemik merajuk.

“Ramai lagi yang sibuk bergambar dengan Kak Dini, kenapa Lissa tak join sekali?” Terdengar suara Datuk Hassan yang baru turun dari arah tangga.

“Iyeke, kenapa tak bagitahu awal-awal ada sesi bergambar.” Alissa melompat bangun dari sofa, dia berlari-lari anak naik ke tingkat atas. Tidak mahu terlepas sesi bergambar bersama pengantin baru.

“Jangan lama sangat, kejap lagi dah nak bertolak.” Datin Rokiah separuh melaung, sempat mengingatkan Alissa yang menghilang ke tangga.

Izhar memulakan bicara selepas memberi laluan kepada Datuk Hassan mengambil tempat disisi Datin Rohana.

“ Ma, Pa, Har ingat nak terus balik lepas magrib nanti.” Matanya memandang Datin Rohana dan Datuk Hassan.

“Kenapa awal sangat nak balik?, kan majlis baru je selesai, tetamu pun masih belum habis balik, tak kan pengantin dah nak lari” Ujar Datin Rohana. Terkejut dengan keputusan tiba-tiba Izhar. Sedang saudara mara masih ada lagi yang belum pulang. Tentu tidak sopan dengan tindakan Izhar yang seakan-akan tidak menghormati tetamu.

Datuk Hassan masih mendiamkan diri. Dia mahu mendengar dahulu pendapat Izhar sebelum dia sendiri memberikan pendapatnya.

“ banyak kerja la Ma, nak siapkan paper project sebelum minggu depan.”Tukas Izhar, dia sekadar menciptakan alasan supaya tidak nampak jelas dimata orang-orang dihadapannya.

kan papa bagi cuti seminggu, kerja tu boleh hold dulu.” Datuk Hassan menyampuk. Tangannya membelek-belek surat khabar yang tidak sempat dibaca kerana sibuk menguruskan tetamu kenduri tadi.

“Har tak suka tangguh-tangguh kerja pa.” Izhar membela diri, berharap Datuk Hassan tidak menghalang niatnya.

“Biarlah Mak Long, biasala orang baru kahwin, tak sabar nak berdua-duaan la tu.” Arsyad mengusik. Senyuman nakal dileret. Matanya dijeling kearah Izhar. Izhar masih tidak beriak. Dia tidak kuasa melayan pendapat orang luar yang tak tahu menahu tentang hitam putih isi hatinya.

“Yelah Kak Long, orang baru kahwin tentu nak privasi. Lagipun sape tak kenal Muhammad Izhar Datuk Hassan, memang workaholic.” Sambung Datin Rokiah. Sengaja ditekankan perkataan workaholic, memang dia cukup kenal dengan anak buahnya itu. Izhar memang komited dengan kerja. Kerja-kerjanya diutamakan berbanding perkara lain.

“Kalau Har prefer macam tu terpulanglah, papa tak menghalang.” Datuk Hassan menyambung, dia tidak mahu mengonkong keputusan Izhar. Dia lebih memberi peluang kepada Izhar untuk belajar mengurus sendiri rumahtangganya kalau itu yang Izhar benar-benar mahukan.

“Dini macam mana, Har dah bincang dengan dia?” Giliran Datin Rohana menyoal.

“Belum lagi, nanti Har bagitahu dia.” Izhar menerang ringkas. Sejak peristiwa dia membawa Ardini menempah persalinan kahwin, dia belum pernah berbicara dengan Ardini walaupun Ardini telah berada di banglo papanya sehari sebelum akad nikah lagi. Sepanjang majlis juga mereka berdua hanya mendiamkan diri. Bergambar pun ala kadar, sekadar memenuhi permintaan saudara mara. Apabila sepupu-sepupunya mengambil alih tempatnya untuk bergambar bersama Ardini, dia mengambil keputusan untuk menukar baju dan turun ke tingkat bawah.

Wajah Ardini juga hanya dilihat sekali imbas, tidak berminat untuk merenung lama kerana dia berharap Delia yang menjadi pendampingnya di hari bahagia itu dan bukannya Ardini.







Ardini berasa penat kerana terpaksa melayani keletah sepupu-sepupu Izhar yang memintanya untuk sama-sama bergambar. Dia sedar Izhar menghilangkan diri selepas tempatnya diambil alih oleh sepupu-sepupunya tadi. Izhar pun seperti tidak menunjukkan minat untuk bergambar lama dengannya.

Walaupun terasa sedih, namun disimpan kemas rasa itu dalam hati, senyuman manis dilempar kepada setiap yang menegurnya. Setiap yang ingin mengambil gambar bersamanya dilayani sebaik mungkin. Ada juga diantara mereka yang memuji-muji. Ardini hanya mampu memberikan senyuman. Tidak mahu perasaan riak menguasai diri. Dalam hatinya dia tetap bersyukur dengan anugerah illahi.

Selesai sesi bergambar, semua yang berada di bilik itu beredar, masing-masing berpuas hati dengan gambar yang diambil. Ada antaranya yang tersenyum-senyum sambil melihat semula gambar-gambar yang telah diambil. Ardini hanya mengiringi pemergian mereka dengan ekor mata.

Ardini yang keletihan terus berlalu ke bilik air, dia ingin cepat-cepat mandi. Solat zuhur yang terlewat akan disegerakan. Ardini mengambil tuala dan beberapa helai pakaian masuk ke bilik air.

Usai mandi, Ardini cepat-cepat menunaikan solat. Teringat kata-kata ibunya bahawa orang yang melewatkan sembahyang juga akan diseksa dalam neraka. Untuk seketika dia berasa takut. Berdoa supaya jangan dipesongkan hatinya daripada sentiasa mengingati Allah. Selesai menunaikan solat, Ardini berkira-kira untuk turun ke tingkat bawah. Kelibat Izhar masih tidak kelihatan di situ, dia pula berasa janggal berada bersendirian dalam bilik sedangkan ahli-ahli keluarga yang lain berada di bawah.

Pakaian-pakaiannya yang dibawa dari kolej masih tersimpan kemas dalam beg di satu sudut bilik. Hanya beberapa helai pakaian yang nak digunakan sahaja dikeluarkan. Yang lain dibiarkan tersimpan dalam beg, menunggu sehingga Izhar memberikan keputusan sebelum dia memunggah semua barang-barangnya.

Baru Ardini berkira-kira hendak turun ke ruang tamu, pintu bilik dikuak dari luar. Dari sebalik pintu terpancul tubuh Izhar. Ardini tidak jadi untuk keluar, dia duduk semula di birai katil memandang terus ke arah Izhar. Izhar yang tidak berpaling ke arahnya hanya memberikan arahan.

“kemas baju, lepas magrib terus balik rumah I”. Izhar sekadar memberitahu pendek. Melihatkan tingkah Izhar yang dingin membuatkan Ardini hanya memdiamkan diri. Mungkin Izhar masih belum boleh menerima perkahwinan yang baharu berlansung.

Bila difikirkan semula, Ardini berasa kesal kerana bersetuju dengan permintaan Datuk Hassan. Tidak tahu kenapa dia terlalu berlembut hati apabila Datuk Hassan meminta. Mungkin juga kerana dia terlalu banyak terhutang budi dengan Datuk Hassan. Keresahan hati hanya dipendam sendiri. Terasa dirinya berseorangan menghadapi semuanya. Pantas dia berdoa dalam hati, semoga segalanya berakhir dengan baik, semoga Izhar dapat menerimanya sebagai isteri.







Kereta Izhar meluncur laju meninggalkan perkarangan banglo Datuk Hassan. Izhar dan Ardini hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan. Masing-masing melayani perasaan sendiri. Ardini membuang pandang ke luar tingkap sedang Izhar menumpukan perhatian dengan pemanduan. Suasana terasa janggal antara mereka. Sejak dari awal pertemuan sebelum majlis, tiada perkara yang dibualkan diantara mereka. Kedinginan Izhar mengunci mulut Ardini untuk memulakan bicara.

Setibanya di banglo Izhar, Ardini turun, beg-beg dikeluarkan dari bonet kereta. Dia hanya mengikut langkah Izhar dari belakang. Beg-beg dibawa masuk ke bahagian ruang tamu. Masih tiada bicara antara mereka. Ardini hanya mendiamkan diri, menanti arahan dari Izhar.

Izhar terus menyangkut kunci kereta di penjuru pintu. Langkahnya di atur laju menuju ke tangga. Beg yang terisi beberapa helai pakaiannya ditinggal di ruang tamu. Sebelum berlalu, Izhar sempat berpesan kepada Ardini..

“Nanti bawak beg naik atas.” Arahan ringkas diberi kepada Ardini.

Ardini duduk sebentar di sofa, memberikan dirinya masa. Dia duduk termenung, kedinginan Izhar membuatkan dia terfikir kesudahan episod hidup yang baru sahaja dibina. Nafas dihela berat. Walauapapun dia perlu meneruskannya, untuk berpatah balik dengan keputusan yang diambil adalah mustahil sama sekali.

Ardini bingkas bangun, beg-beg diheret menuju ke tangga, terus dibawa ke tingkat atas. Dengan susah payah dia membawa naik kesemua beg. Sejurus tiba dihadapan pintu bilik, Ardini menguak pintu bilik perlahan-lahan. Beg-beg yang dibawa diletak di satu sudut bilik. Dilihatnya bilik itu luas dengan katil bersaiz king. Di sudut kiri bilik terdapat set sofa berbentuk L, betul-betul berhadapan dengan tv flat screen bersaiz 50 inci. Di sisi kiri tv pula ditempatkan satu rak kayu yang menempatkan himpunan pelbagai jenis vcd. Ardini melangkah menuju sofa, punggungnya dilabuhkan di atas sofa. Sungguh dia tidak tahu untuk buat apa.

Selang beberapa minit, terdengar pintu dari arah bilik air dikuak dari dalam. Ardini hanya menunggu di sofa, tidak dipalingkan wajahnya ke arah itu. Masih terasa janggal berada hanya berdua di banglo Izhar.

Demi sahaja melihat Ardini yang diam di sofa, Izhar datang menghampiri tempat Ardini sedang duduk. Timbul idea nakal untuk mengenakan Ardini saat itu. Dia akan pastikan Ardini tidak senang duduk kerana bersetuju dengan cadangan papanya. Langkahnya diatur senada, menghampiri tempat duduk Ardini. Sengaja dia membiarkan tubuhnya terdedah dengan hanya bertuala dari pinggang ke paras lutut. Dia akan mula melancarkan permainan terhadap Ardini. Senyuman nakal terukir dibibirnya.

Ardini terkejut melihat Izhar yang tiba-tiba berdiri dihadapannya. Ardini bingkas bangun, mengundur sedikit, mencipta jarak antara mereka. Matanya cepat dilarikan, menunduk memandang lantai demi melihat Izhar hanya bertuala separas lutut. Tubuh Izhar yang separuh terdedah sebahagiannya masih dibasahi air.  Haruman mandian kuat menusuk hidung Ardini.

“Apa yang U buat dalam bilik I?” Izhar menyoal. Matanya tepat memandang Ardini, sengaja mengundang gemuruh di jiwa Ardini.

Mulut Ardini terkunci rapat, tidak tahu jawapan apa untuk diberi kepada Izhar.

“ Untuk pengetahuan U, I belum bersedia nak hidup dengan U, perkahwinan ni dipaksakan ke atas I dan buat masa ni I belum ada hati nak duduk sebilik dengan U.” sambung Izhar sinis, berterus terang dengan perasaannya yang disimpan sejak di rumah papanya siang tadi.

“Tapi kita kan dah..” belum sempat Ardini menghabiskan ayat, Izhar meningkah.

I memang tak boleh nak terima U, sekarang U boleh angkat beg, tukar bilik lain. You can choose any room except mine..”Izhar memberi kata putus.

Ardini bangun, bergerak ke arah sudut yang diletakkan beg tadi. Dia masih belum berpuas hati dengan kata-kata Izhar.

“Tapi…” Belum sempat Ardini menghabiskan ayat. Izhar menapak menghampiri tempat Ardini berdiri. Melihat Izhar yang semakin hampir, Ardini terpaku, tubuhnya diundur sedikit ke belakang hingga bersatu dengan dinding. Ardini menyumpah dalam hati, terasa menyesal meningkah kata-kata Izhar tadi.

“Tapi apa?!” Kedua-dua tangannya dilekapkan ke dinding seraya mengunci pergerakan Ardini, keningnya diangkat. Matanya tepat memandang Ardini menyebabkan Ardini tertunduk. Hati Ardini kecut dengan tingkah Izhar.

Unless you want me to rape U tonight. I have no problem with that, lagipun I like the rough way.You?..” Izhar mengangkat kening tatkala mata Ardini terbeliak memandang ke arahnya.

Ardini yang kecut perut dengan kata-kata Izhar terus menolak kasar tubuh Izhar. Izhar terundur sedikit ke belakang. Lantas Ardini menarik beg pakaian, pintu bilik Izhar ditarik tergesa-gesa. Sebaik keluar dari bilik itu, Ardini lari masuk ke bilik bersebelahan dengan bilik Izhar. Pintu bilik dikunci rapat, tombol pintu ditekan dengan tangan menggigil. Terasa degupan jantungnya berdebar-debar, berdegup laju dan tidak sekata.

Ardini terus menghidupkan lampu, tubuhnya disandarkan dipintu bilik, Dia menghela nafas lega. Sikit lagi dia hampir menjadi mangsa Izhar, getus hatinya.

Sementara Izhar mengukir senyuman puas. Langkahnya diatur menuju ke almari baju. Masih terbayang riak muka Ardini yang cuak dengan kata-katanya. . Dalam hati dia tersenyum puas.

‘Padan muka, kena rogol konon, aku rogol betul-betul baru tahu.’ Getus Izhar dalam hati.

Ardini mengeluarkan baju-bajunya dari dalam beg, debaran dihati masih terasa lagi. Semua isi beg disusun rapi di dalam almari. Walaupun tidak dihuni, bilik itu kelihatan kemas dan teratur. Perabot dalam bilik lengkap dan tersusun. Terdapat satu bilik air di hujung sebelah kiri bilik. Dia tergesa-gesa memilih bilik itu tadi apabila digertak oleh Izhar. Tanpa berfikir panjang, bilik itu menjadi pilihannya.

Belum pun siap mengemas pakaiannya ke dalam almari, terdengar Izhar bersuara dari luar pintu.

“Sepuluh minit lagi, turun bawah, lambat I ….rogol.” Izhar memberi arahan berbaur ugutan, sengaja mahu mempermainkan Ardini. Rasa marah masih bersisa dalam hatinya.

Jantung Ardini yang baru sekata rentaknya tadi kembali berdebar. Ardini menyarungkan semula tudung di kepala, beg yang kosong disorongkan ke bawah katil, beg yang masih berisi pakaian ditolak merapati almari bagi memudahkan dia menyambung semula tugasnya kemudian. Baju-bajunya hanya sebahagian yang dibawa, selebihnya masih ditinggal dikolej. Sebelum ke rumah Datuk Hassan dia telah berpesan kepada Hilda dan Kak Murni untuk tolong membawa keluar barang-barangnya dari bilik setelah habis semester. Bila ada kelapangan dia akan pergi mengambil sendiri barang-barangnya dari mereka berdua.

Ardini melangkah lemah ke tangga, perasaan cuak masih berbaki lagi. Dia perlahan-lahan menuruni anak-anak tangga. Sebaik tiba ditingkat bawah dilihatnya Izhar sedang leka menonton siaran HBO.

Menyedari kehadiran Ardini, Izhar mematikan tv. Dia mahu menyampaikan beberapa perkara kepada Ardini terlanjur Ardini menjadi isterinya.

“Duduk.” Sepatah Izhar bersuara. Ardini hanya menurut, dia mengambil tempat setentang dengan Izhar.

Ada perkara yang I  nak bagitahu sepanjang U duduk sini.” Izhar memulakan bicara. Ardini hanya mendiamkan diri, mendengar sahaja bait-bait yang terluah dari bibir Izhar. Matanya dilarikan ke bawah, tidak mahu menentang mata tajam Izhar. Sungguh dia berasa takut bertentang mata dengan lelaki itu.

‘Terlanjur U dah jadi wife I, ada beberapa benda yang I nak U tahu dan yang I nak U buat.” Izhar memberitahu. Dia duduk menyilang kaki dengan tubuhnya disandarkan pada sofa. Izhar memandang ke arah Ardini walaupun jelas dimatanya Ardini melarikan wajah dan masih takut-takut. Dia tidak peduli, yang penting mesejnya sampai. Dia mula menyatakan syarat.

“Pertama, kalau dulu baju I hantar dobi, since U dah ada, U akan ambik alih tugas membasuh dan menggosok baju-baju I. Baju-baju kotor I akan letak dalam bakul tepi bilik. Setiap pagi U ambik dan basuh. Kalau dah siap lipat dan iron just hang it in front of my room. Kedua, kalau dulu I breakfast and dinner kat luar. Starting from tomorrow, you’ll cook for me. Makesure wake up before 7 a.m sebab I akan sarapan tepat jam 7 pagi. For this week, masaklah apapun tapi pastikan bukan makanan berlemak dan berminyak, I tak suka. Weekend next week kita akan balik rumah parents I. I nak U belajar memasak dari mama I. Belajar apa yang I suka dan tak suka makan. Ketiga, setiap bulan atas arahan papa I akan bagi U gaji sebanyak RM2000.00, U can use it as U like. Keempat, my room is a restricted area, so jangan pandai-pandai masuk unless if I ask you to do so atau ada emergency case sahaja. Lastly, semua tugas maid I yang dulu, U akan buat. Do I make myself clear enough?”Izhar menerang panjang lebar.

Ardini yang sedari tadi hanya mendengar mengangguk tanda faham.  Sepatah perkataan pun tidak keluar dari bibirnya. Dia faham dengan arahan Izhar dan dia akan sedaya upaya memenuhi kemahuan Izhar. Buat masa ini itu sahaja yang boleh dilakukan olehnya. Bersetuju dengan setiap kata-kata Izhar.

One more thing before U leave, untuk pengetahuan U papa bayar ibu tiri U RM20 ribu untuk U jadi isteri I, so jangan sia-siakan duit papa I yang keluar tu.” Izhar bersuara sinis. Dia ingin Ardini tahu tentang itu, biar Ardini sedar akan statusnya di situ.

Mendengarkan kata-kata Izhar Ardini bangkit dari sofa, sebak hatinya mendengar pengakuan Izhar. Benarkan Datuk Hassan ‘membeli’nya untuk dijadikan isteri Izhar. Dia tidak mahu berlama di situ, terasa sayu hati dengan kata-kata yang terluah dari mulut Izhar. Ardini berjalan cepat-cepat, tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu, dia akan menyambung semula tugas-tugasnya yang tertangguh tadi. Kebetulan dia masih belum menunaikan solat isyak. Dia bergegas menuju ke anak tangga. Belum pun melangkah jauh, terdengar Izhar bersuara.

I nak pesan, kalau nak tidur, jangan lupa kunci pintu…I ni jenis yang berjalan dalam tidur…” Izhar melirik senyum puas. Gembira dapat mengenakan Ardini.

Ardini mempercepatkan langkah menuju anak tangga. Langkahnya diatur laju menuju ke bilik. Sejurus masuk, tombol pintu terus ditekan. Dia cuak dengan ugutan Izhar, sebelum apa-apa terjadi, dia mengambil langkah berjaga-jaga. Ardini menyambung tugasan mengemas pakaian. Usai mengosongkan beg, dia ke bilik air, mengambil wuduk selajurnya bersembahyang.

Selesai semua perkara, Ardini merebahkan tubuhnya ke katil. Terasa sakit-sakit badan kerana tidak berehat sejak majlis pagi tadi. Ardini membiarkan lampu bilik terpasang terang. Memang itu tabiatnya sejak azali, dia tidak betah tidur dalam kegelapan. Salah satu dari kelemahan yang dimiliki, takut akan gelap. Ardini jarang tidur bersendirian, di kolej tidurnya ditemani oleh Kak Murni dan Hilda. Semasa di kampung, walaupun tidur bersendirian dia tidak takut kerana biliknya berkembar dengan bilik ayahnya. Dinding yang menghubung antara kedua bilik juga hanya separuh, tidak sampai bumbung, hatta lampu bilik juga dikongsi bersama, hanya diterangi lampu kalimantang.

Ardini leka melayani perasaannya sehingga dia terlena sendiri. Izhar pula naik ke bilik tatkala jam menginjak ke pukul dua pagi. Dia leka melayani siaran tv sehingga terleka dengan waktu. Tiba di hadapan bilik Ardini, dilihatnya bilik itu terang dengan cahaya lampu. Dia dapat menangkap kelemahan Ardini yang satu itu.

‘penakut’.Izhar berdesis dalam hati.

Perasaan ingin tahu Izhar terhadap ugutannya tadi membuatkan dia memulas tombol pintu perlahan-lahan. Pintu terkunci dari dalam, bibirnya segera mengukir senyum.

‘tahu takut dengan aku.’ Senyumnya disimpan, nyata gertakannya memberi kesan kepada Ardini.







Telah lima hari berlalu sejak Ardini menjejakkan kaki di banglo Izhar. Antara mereka masih tiada komunikasi. Masing-masing membawa haluan sendiri. Izhar lebih banyak menghabiskan masa di bilik bacaan manakala Ardini meneruskan rutin harian seperti yang diarahkan Izhar.

Seperti biasa Ardini menyiapkan makan malam untuk Izhar. Makanan yang siap dimasak akan terus dihidang dimeja makan sementara menunggu Izhar turun. Ardini hanya akan makan selepas Izhar makan terlebih dahulu untuk memudahkan dia mengemas semula ruang dapur.

Ardini kagum dengan ruang dapur Izhar yang luas. Dia yang berasal dari kampung takjub dengan hiasan dalaman rumah Izhar yang lengkap serba serbi, lantas dia mengaitkan kekaguman itu dengan Datuk Hassan. Datuk Hassan merupakan seorang yang berpengaruh dalam dunia perniagaan. Dengan kedudukan itulah, tempiasnya dapat dirasai Izhar. Segala kemewahan Datuk Hassan  tertumpah kepada Izhar selaku anak tunggal. Jika dibandingkan dengan dirinya bagai langit dengan bumi jarak antara mereka.

Dalam Ardini leka mengamati ruang dalam dapur, dia dikejutkan dengan kehadiran Izhar. Ardini baru berkira-kira untuk menapak ke ruang tamu, namun Izhar menyapa dari meja makan.

“Duduk dulu, ada benda I nak cakap sikit.” Kata Izhar.

Ardini hanya menurut, salah satu kerusi paling hujung ditarik, mengelak dari bertentang mata dengan Izhar. Dia berkira-kira untuk duduk tetapi lekas disapa Izhar.

“Duduk depan I, I cuma nak makan, takde niat lain.” Izhar bersuara sinis.

Ardini menolak semula kerusi, lambat-lambat dia mengambil tempat di depan Izhar.

“Makan sekali.” Izhar mengarah, tangannya menyenduk lauk-lauk ke dalam pinggan.

“Takpelah, saya makan kemudian.”Ardini bersuara lambat-lambat, antara dengar dengan tidak.

“Ambik pinggan, makan dengan I.” Kali ini Izhar bersuara lebih tegas. Tidak suka Ardini meningkah kata-katanya.

Ardini bingkas bangun menuju ke dapur, mendapatkan pinggan lain. Setibanya di meja, terus disenduk nasi dan lauk. Makanan yang disuap terasa tersekat dikerongkong. Terasa janggal makan berdua dengan Izhar. Bila lelaki itu bersuara tegas, dia mula kecut perut. Segala arahan diturut tanpa banyak bicara.

“Petang esok balik rumah parents I.” Kata-kata Izhar lebih kepada  makluman kepada Ardini. Ardini hanya menjadi pendengar.

“Pukul berapa?” Ardini memberanikan diri menyoal.

“Lepas solat Jumaat.” Izhar menjawab ringkas.

Izhar meneruskan suapan makan, tetap berselera seperti biasa. Untuk seketika tiada bicara antara mereka, hanya sunyi.

“Apa yang U harap daripada perkahwinan ni?.” Izhar memecah kesunyian antara mereka.

Ardini tidak menjawab, lama ditenung nasi di pinggan. Tidak menyangka Izhar akan bertanyakan soalan seumpama itu. Dia hanya mendiamkan diri, tiada jawapan untuk soalan Izhar. Yang pasti dia cuma mengharapkan yang terbaik dari perkahwinan itu.

I tak harapkan apa-apa, I terima pun sebab papa paksa I, satu hari nanti I akan akhiri juga semua ni.” Izhar bersuara selepas Ardini sunyi tanpa jawapan.

Ardini terpana dengan kata-kata Izhar, nasi yang disuap terasa lekat di kerongkong, namun perasaan sayu dihatinya tidak dizahirkan dalam riak muka. Dia hanya menunduk memandang nasi walhal dalam hatinya terasa sedih dengan kata-kata Izhar. Belum pun seminggu melayari alam rumahtangga Izhar telahpun memutuskan pengakhiran hubungan mereka.

I tak nak U harapkan apa-apa dari perkahwinan ni, U bukan pilihan I dan I tak mungkin dapat terima U.” Izhar meluahkan apa yang terbuku dihati.

Ardini hanya menjadi pendengar yang setia walaupun setiap bait kata Izhar sangat mengguris hatinya. Terasa dirinya seperti bola yang ditendang ke sana dan ke mari. Mudah benar Izhar meluahkan kata-kata seolah-olah dia tiada hati dan perasaan. Terasa dadanya sebak namun air mata ditahan dari mengalir. Masih jauh perjalanan hidupnya dan dia harus kuat. Dia tidak akan tersungkur sebelum berjuang.

Izhar bangun setelah selesai makan. Langkahnya diatur menuju ke ruang tamu. Apa yang terbuku dihati telah disampaikan kepada Ardini sementara Ardini dirangkul perasaan sayu sendiri. Dia kini jelas dengan perasaan sebenar Izhar terhadap dirinya, dan mulai saat itu dia akan mengikut rentak Izhar. Tiada guna dia meraih cinta pada yang tidak sudi memberi. Kata-kata Izhar begitu meruntun jiwanya. Dia hanya mampu bertahan sehingga Izhar menetapkan garisan penamat antara mereka.

Lama bermenung di meja makan, Ardini bingkas bangun. Dia meneruskan rutin seperti biasa dalam kegalauan perasaan yang berbaur. Lama-lama dia rasa terpujuk sendiri. Bukan sekali dia di duga, sudah berkali-kali dan setiap kali itu dia tetap tabah. Allah hanya menguji pada setiap yang dikasihi, Ardini memujuk diri sendiri.







Ardini  memasukkan beberapa helai pakaian dan telekung ke dalam beg sandangnya. Izhar tidak memaklumkan berapa lama mereka akan berada di rumah Datuk Hassan jadi Ardini hanya bersedia. Selesai menguruskan semuanya Ardini menjengah dari balkoni bilik, dilihatnya Izhar telahpun bersedia menunggu dengan enjin kereta yang telah dihidupkan. Ardini cepat-cepat melangkah turun.

Dalam kereta, masing-masing mendiamkan diri. Izhar memasang radio kereta, cuba menghilangkan kejanggalan antara mereka. Siaran Red.fm menjadi pilihan Izhar. Suasana hanya sunyi antara mereka, yang kedengaran hanyalah celoteh DJnya dalam Bahasa Inggeris. Tidak lama kemudian lagu Truly Madly Deeply nyanyian Savage Garden dimainkan. Masing-masing melayani perasaan sendiri.

Setibanya di rumah Datuk Hassan, mereka disambut oleh Datin Rohana. Kelibat Datuk Hassan tidak kelihatan. Ardini menyalami tangan Datin Rohana seraya mencium tangan ibu mertuanya itu. Dia tidak janggal kerana Datin Rohana mesra dengannya sejak awal perkenalan lagi.

“Masukla, duduk dulu, sekejap lagi Mak Tom bawa air.” Datin Rohana membuka bicara. Ardini hanya mengangguk tanda faham dengan kata-kata Datin Rohana.

“Papa mana mama?” Ardini berbasa basi. Terasa janggal memanggil Datin Rohana dengan panggilan mama. Sejak majlis kahwin, dia belum sempat bermesra dengan Datin Rohana dan Datuk Hassan.

Ardini melabuhkan punggung di sofa  apabila Datin Rohana terlebih dulu duduk sementara Izhar menghilangkan diri di luar banglo. Mungkin tidak berminat untuk menyertai perbualan mereka.

“Papa dah ke pejabat lepas solat Jumaat tadi.” Datin Rohana menjawab persoalan Ardini.

“Sejak kahwin, baru hari ni dapat berbual mesra.” Datin Rohana menyambung.

“ Betul tu.” Ardini mengiakan kata-kata Datin Rohana, bibirnya melirik senyum.

“Apa mimpi Izhar bawak Dini hari ni, setahu mama dia tu payah nak buat benda-benda macam ni. Sejak balik dari UK dia memang suka berdikari, dah tak nak duduk sebumbung dengan mama, kalau mama suruh baru datang jenguk mama, itu pun kena call banyak kali. Katanya nak belajar hidup sendiri.” Terang Datin Rohana serba sedikit tentang tingkah laku Izhar.

“Izhar mintak Dini belajar masak dari mama.” Ardini memberitahu ringkas tujuan kedatangan mereka.

“patutlah….kalau takde udang sebalik batu, takkan dia nak senang-senang datang.” Seloroh Datin Rohana.

Ardini hanya tersenyum sebaris mendengar kata-kata Datin Rohana.

“sebenarnya mama rindu nak bising-bising sikit rumah ni, tak sangka pulak jodoh Izhar dah sampai. Dini selalu-selalu la datang sini, tak la mama sunyi sangat. Mudah-mudahan cepat dapat anak, bolehla mama main dengan cucu pulak.” Datin Rohana menyambung. Dia tersenyum manis, membayangkan dirinya melayani keletah cucu.

Ardini hanya melirik senyum, kata-kata Datin Rohana mengundang kegalauan hatinya. Mana mungkin impian Datin Rohana akan jadi kenyataan dengan kekeruhan hubungan dia dan Izhar.  Namun kegundahannya tidak dizahirkan, sekadar bermain dalam hatinya sendiri.

Dalam mereka asyik berbual mesra, Izhar mendatangi dari ruang halaman rumah. Bergerak menuju ke anak-anak tangga. Dia tidak berhajat menyertai perbualan bersama Datin Rohana dan Ardini. Demi melihat kelibat Izhar melintasi ruang tempat mereka duduk, Datin Rohana bersuara.

“Har tidur sini ke?” Datin Rohana menyoal walaupun dia tahu Izhar tidak mungkin akan bermalam di banglonya. Memang Izhar jarang menghabiskan masa malamnya bersama dia dan Datuk Hassan. Alasan yang selalu diberikan ialah dia perlu menyiapkan kerja pejabat yang tidak pernah habis.

“Banyak kerja la Ma.” Izhar menjawab ringkas.

“Mama belum puas sembang dengan Dini, lagipun kalau nak belajar memasak, mana cukup dua tiga jam.” Datin Rohana meluah rasa hati seraya mengemukakan pendapat.

“ Dini tidur sini, pagi Ahad har datang ambik.” Izhar memberitahu perancangannya walaupun keputusan itu dibuat tanpa berbincang terlebih dahulu dengan Ardini.

“Elokla macam tu.” Datin Rohana memandang Ardini, bibirnya melirik senyum. Seronok apabila dia ada teman hujung minggu itu.

Datin Rohana menyambung perbualan bersama Ardini, sekali sekala terdengar mereka ketawa mesra. Datin Rohana gembira apabila Ardini berkunjung. Terasa kesunyiannya terubat. Sememangnya dia amat merindui kehadiran seorang anak perempuan tetapi sejak didiagnos dengan ketumbuhan di rahim, harapan untuk memiliki anak perempuan musnah. Rahimnya terpaksa dibuang untuk menyelamatkan nyawa.





Datin Rohana menyisir-nyisir rambutnya di cermin meja solek sementara Datuk Hassan sedang leka membelek majalah perniagaan di tangan.

            “Bang, Ana rasa Dini tu memang anak yang baik.” Datin Rohana melirik mata ke arah Datuk Hassan melalui cermin di meja solek.

            “Ermmm, sebab tu abang pilih dia.”Datuk Hassan bersuara sambil menanggalkan cermin mata, majalah diletak atas meja di sisi katil.

            “tak salah abang pilih dia..”Datin Rohana bangkit menghampiri katil lalu merebahkan tubuh disebelah Datuk Hassan.

            “Abang kenal keturunan dia.” Datuk Hassan berkata sambil merenung jauh syiling rumah. Perlakuannya ditiru oleh Datin Rohana.

            “Abang tak pernah cerita tentang ayah Dini.” Datin Rohana cuba mencungkil cerita yang tidak pernah diberitahu kepadanya mengenai arwah Mohd Nasir. Datin Rohana pun tidak pernah meminta diceritakan kisah antara mereka cuma selepas mengenali Ardini, dia berminat untuk mengetahui cerita disebalik perhubungan suaminya dan arwah ayah Ardini.

            “Abang terhutang nyawa pada arwah Nasir.” Datuk Hassan menjawab ringkas. Dia termenung jauh, mengenang kembali kejadian yang telah berlaku bertahun-tahun dulu.

Datin Rohana hanya menjadi pendengar, tidak berniat menganggu bicara suaminya.

            “Arwah Nasir pernah selamatkan abang dari menjadi mangsa korban samun. Masa tu abang baru selesai dari keluarkan duit di bank, duit yang abang nak gunakan untuk mula buka perniagaan dulu. Tak sangka dalam perjalanan balik dari bank, ada sekumpulan lelaki bermotosikal yang datang serang abang. Masa tu teruk abang kena pukul, sampai tak mampu berdiri. Masa tulah, arwah Nasir datang selamatkan abang. Dia pukul semua penyamun dengan kayu sampai semuanya lari. Dia yang bawa abang ke klinik, tunggu sampai doktor check abang.

            Nasib baik Nasir datang tepat pada masanya, kalau tidak tentu abang pun dah tiada lagi. Sejak tu hubungan abang dengan arwah Nasir akrab. Jasa-jasa dia tak mampu abang nak balas. Walaupun selepas dia tiada ni, abang masih terasa berhutang dengan dia.” Datuk Hassan menerang panjang lebar. Ada sebak dalam tutur bicaranya.

            “Memang Dini pilihan terbaik untuk Izhar.” Datin Rohana menyahut. Melalui cerita suaminya, dia mengaitkan kebaikan arwah Nasir dengan Ardini.

            “Insyaallah.” Datuk Hassan menyambut sepatah kata-kata isterinya. Dalam hati dia berdoa.


Akan bersambung lagi....jeng jeng jeng...




4 comments:

  1. salam dik ..mengenang nasib yg menimpa dini mmg amat dikesali..sudahlah dirinya sebtang kara didunia dengan peangai suami yg sebegitu bagaimana mungkin ia akan mengharungi hari hari yg mendatang dengan membawa gelaran seorg isteri disebabkan akad ijab dan qabul yg dilontarkan oleh sang suami terhadap dirinya..tidakkah taraf seorg isteri itu bukan diletak ditapak kaki tetapi disisinya untuk disayangi dan dilindungi bukan dibuli dan ditekan sesuka hati dan menyakiti sekeping hatinya..itu zalim namanya..bagi akak biarlah dini mencari perkerjaan untuk menampung hidupnya dan sekiranya berlaku perceraian boleh lah ia berdiri sendiri dan tidak bergantung harap pada keluarga datuk.

    ReplyDelete
  2. skong kak ida...
    cte nih best sngt3...sy suka dari bab 1 lagi..
    Jangan nampak sngt Dini nih lemah..

    ReplyDelete
  3. well,mungkin bukan lemah tapi lembut.tunggu bab-bab seterusnya.akan ada anjakan paradigma,hehe.kadang-kadang dalam lembut pun ada ketegasan kan?....tunggu sahaja dalam bab-bab akan datang.thanks utk komen yg sangat membina...

    ReplyDelete
  4. Akak..sy dah bace smpi chapter ni..nak smbung lg..tp tgh tahan hati ni sbab ade test esk..huhu..ape2 pn..nak g tau akak..sy dah 'lekat' ngan citer ni..mmg best dan olahan citer akak best..dan sy yakin lembut dini tue..ade ktegasan dan kdegilan kn? Hbs la izhar nti..haha..xsbr nak bace seterusnye.. =)

    ReplyDelete